Terjemahan (Jane)

24
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Bahagian Bahasa Malaysia,Terjemahan dan Interpretasi Sidang Akademik 2014/2015 Semester II HBT 411/6- Projek Terjemahan II JANE oleh W.Somerset Maugham Disediakan untuk :Dr. Aniswal Abdul Ghani Disediakan oleh : Yap Cher Xi (115808) Tugasan ini diserahkan untuk memenuhi keperluan kursus HBT 411/6 – Projek Terjemahan II. Saya yang bertandatangan di bawah dengan ini mengaku bahawa tugasan yang diserahkan ini merupakan hasil kerja saya dan sebarang rujukan telah dilakukan seperti yang sepatutnya mengikut peraturan membuat rujukan ilmiah. Tandatangan Pelajar: Tarikh: Ulasan Pensyarah/ Pemeriksa : Tandatangan Pensyarah/ Pemeriksa : Gred :

Transcript of Terjemahan (Jane)

Page 1: Terjemahan (Jane)

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Bahagian Bahasa Malaysia,Terjemahan dan Interpretasi

Sidang Akademik 2014/2015

Semester II

HBT 411/6- Projek Terjemahan II

JANE oleh W.Somerset Maugham

Disediakan untuk :Dr. Aniswal Abdul Ghani

Disediakan oleh : Yap Cher Xi (115808)

Tugasan ini diserahkan untuk memenuhi keperluan kursus HBT 411/6 – Projek Terjemahan II. Saya yang bertandatangan di bawah dengan ini mengaku bahawa tugasan yang diserahkan ini merupakan hasil kerja saya dan sebarang rujukan telah dilakukan seperti yang sepatutnya mengikut peraturan membuat rujukan ilmiah.

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

Ulasan Pensyarah/ Pemeriksa :

Tandatangan Pensyarah/ Pemeriksa : Gred :

Page 2: Terjemahan (Jane)

W.SOMERSET MAUGHAM

JANE

Saya ingat dengan jelas kali pertama saya berjumpa dengan Jane Fowler walaupun hanya sepintas lalu. Agak sukar untuk saya mempercayai bahawa pertemuan dengan Jane bukannya khayalan. Pada akhir-akhir ini, saya pulang ke London dari negara China dan minum teh bersama dengan Puan Tower. Puan Tower pernah berminat terhadap penghiasan dan dengan hati yang keras, dia membuang kerusi yang selesa duduknya bertahun-tahun begitu juga meja, kabinet, barang penghiasan yang biasa digunakannya sejak dia berkahwin serta gambar-gambar yang telah dia lama simpan. Bawah pembantuan juruhias, sebarang yang berhubung dengannya atau digemarnya tidak disimpankan lagi dalam bilik tamunya.

'Masih ingat set bilik tamu saya yang tak menarik sebelum tu?' Tanya Puan Tower.

Pada hari itu, dia mengajak saya untuk melihat set bilik tamunya yang megah dan terbaru. Dalam tempat penginapannya, semua yang boleh dikekalkan telah dikekalkan manakala bagi mereka yang nampak buruk telah dicatkan semula. Walaupun tidak sesuai tetapi nampak cantik selepas dihiaskan semula.

Langsir di rumah Puan Tower kelihatan mewah walaupun reka bentuknya amat sederhana. Sofanya ditutupi dengan kain broked Itali manakala kerusi yang saya duduk adalah hasil sulaman. Meskipun bilik tamu Puan Tower diperhiaskan dengan cantik dan mewah akan tetapi saya masih tidak berpuas hati. Saya lebih gemar fabrik chintz yang agak buruk, warna air Victorian yang saya tahu dulu, serta tembikar Dresden yang berbentuk cimni. Saya memikirkan mengapa set bilik tamu yang saya suka telah berubah menjadi sesuatu yang tinggi harga beliannya. Adakah itu usaha juruhias? Bisik saya dalam hati. Namun Puan Tower nampak sangat berpuas hati mengenai penghiasan itu.

'Suka lampu alabaster saya tak? Lampu tu nyala dengan lembut.' Kata Puan Tower.

'Sejujurnya, saya tak tahan tengok cahaya tu.' Saya senyum.

'Susah saya hiaskan bilik tamu ni dengan lampu yang anda tak tahan tengok.' Ketawa Puan Tower.

Saya tidak dapat meneka umurnya meskipun dia lebih tua daripada saya kerana dia telah berkahwin sejak saya kecil lagi. Walaupun begitu, dia menganggap saya rakan sezamannya. Dia tidak merahsiakan umurnya yang mencecah tiga puluh sembilan tahun dengan senyuman yang menawan hati. Dia juga mengakui bahawa dia akan mewarnai rambutnya menjadi warna perang dengan sedikit warna merah sebaik sahaja rambutnya mula beruban kerana dia tidak dapat menahan kehodohan rambutnya.

'Mereka memuji saya nampak muda.'

Page 3: Terjemahan (Jane)

Sementara rambutnya siap diwarnai, Puan Tower amat berpuas hati dengan usaha tukang gunting itu terhadap senian. Dia wanita yang cantik, berpakaian elok serta nampak muda daripada umur empat puluh tahun di bawah cahaya lampu alabastar.

'Saya hanya memasang mentol yang berelektrik 0.5 wat di meja solek saya. Itu cara saya untuk kekal muda selagi umur saya tak dapat dirahsiakan di depan cermin.' Puan Tower bersenyum nakal.

Kami berbual tentang kawan kami. Berulang-kali kami berubah tempat duduk dan pada akhirnya kami duduk di sebuah kerusi yang kami berasa selesa duduk. Api membakar terang di perdiangan dan bekas minum disusun dengan kemas di atas meja yang cantik. Wanita yang duduk di depan saya wanita yang menarik dan bersifat humor serta melayan saya dengan baik. Dia berbangga dengan tetamunya dan bergaul dengan mereka selain daripada menghidangkan mereka makanan yang sedap. Sesetengah daripada mereka berasa selesa berada di sini dan tidak menjadikan pertemuan ini suatu undangan. Puan Tower menetapkan tarikh untuk saya berjumpa dengan orang yang saya ingin jumpa.

'Suatu perkara yang mesti saya beritahu anda adalah saya akan menangguhkan pertemuan ini kalau Jane Fowler ada di sini.'

'Siapa Jane Fowler?' Tanya saya.

Puan Tower memberi senyuman penuh kesal.

'Jane Fowler orang yang menjengkel.'

'Oh!'

'Masih awak ingat tak, seorang wanita yang memakai loket emas serta gaun ketat dalam gambar? Gambar tu letak di atas piano saya sebelum bilik saya siap dihiaskan. Tambah, rambut wanita tu pendek dan semua rambutnya disikat ke belakang. Tulah Jane Fowler yang ada pakai cermin mata.'

'Awak simpan banyak gambar dalam bilik.' Saya berkata dengan samar-samar.

'Saya menggeletar teringat akan gambar-gambar itu. Saya dah bungkuskan mereka jadi bungkusan yang besar dan simpan dalam loteng.'

'Baik, siapa Jane Fowler?' Saya bertanya lagi dengan senyuman.

'Jane kakak ipar saya. Dia kakak kepada suami saya dan mengahwini seorang pengeluar kilang di negara Utara. Walaupun Jane telah lama hilang suaminya namun dia sangat berada.'

'Mengapa dia menjengkelkan awak?'

'Jane bersifat kekampungan dan nampak serbah-serbih dengan pemakaiannya. Muka airnya nampak tua, lebih kurang dua puluh tahun tua daripada saya. Walaupun demikian, dia masih berani memberitahu sesiapa yang dia jumpa bahawa dia sebaya saya. Dia amat

Page 4: Terjemahan (Jane)

menyayangi ahli keluarganya begitu juga kepada saya kerana tinggal saya seorang saudara yang masih hidup. Semasa dia menziarahi London, Jane mesti akan melawat ke rumah saya tiga atau empat minggu. Kami duduk di sini sementara Jane membaca dan menjahit. Kadang-kala, dia berkeras membawa saya makan malam di kedai makan Claridge. Masa itu Jane nampak macam pembantu harian yang tua dan lucu dan setiap kali orang yang tidak ingin saya temui akan duduk di sebelah meja saya. Dalam perjalanan balik ke rumah, Jane kata dia suka membelanja saya. Semasa Jane menziarahi saya, saya terpaksa menggunakan serkup teko (hasil buatan tangan Jane), doili dan hiasan tengah meja dalam bilik makan saya.'

PuanTower berhenti sambil menarik nafas.

'Saya rasa wanita yang bijaksana seperti awak mesti dapat mengendalikan situasi sebegitu.'

'Tapi sekarang saya belum ada peluang lagi. Jane seorang yang baik hati. Dia berhati emas. Walaupun dia membosankan saya, tetapi saya takkan bagi tahu dia.'

'Bila dia sampai?'

'Esok.'

Loceng berbunyi sementara Puan Tower menjawab soalan saya. Kekecohan terdengar dari dewan. Sekelip mata, pelayan tetamu masuk diiringi dengan seorang perempuan tua.

'Puan Fowler.' Umum pelayan tetamu.

'Jane!' Jerit Puan Tower sambil menuju ke arah Jane dengan cepat. 'Tak jangka awak datang hari nilah.'

'Pelayan tetamu awak beritahu saya tadi. Tapi saya ingat saya ada tulis dalam surat saya datang hari ni.'

Puan Tower pulih daripada kejutan.

'Baiklah, tak apa. Saya masih sangat gembira awak datang. Nasib baik saya ada masa lapang petang ni.'

'Cukuplah telur rebus sebagai makan malam saya. Saya tak nak mengganggu awak.'

Puan Tower mengerutkan mukanya. Telur rebus!

'Rasanya kami boleh makan sesuatu yang lebih baik.'

Saya tertawa kecil dalaman apabila saya teringat mereka ialah 'rakan sebaya'. Puan Fowler agak tua namun kelihatan sihat dalam umur lima puluh lima tahun. Dia memakai topi straw yang bertepi lebar dan berwarna hitam. Sehelai kain les terhampar dari topi ke atas bahunya. Selain itu, di luar gaun panjang dipakai sehelai jubah yang aneh. Badannya kembang macam beberapa helai kain dalam dipakai di bawah bajunya. Tambahan pula,

Page 5: Terjemahan (Jane)

kakinya dipakai sepasang but yang kukuh. Puan Fowler ialah rabun jauh kerana dia memakai sepasang cermin mata yang berbingkai emas.

'Nak minum teh cina?' Tanya Puan Tower.

'Baiklah, biar saya tanggalkan mantel saya terlebih dulu.'

Jane mula tanggalkan sarung tangan dan jubahnya. Saya mendapati bahawa gambar di dalam loket emasnya ialah gambar suaminya yang baru meninggal dunia. Jane menyimpan topinya bersama dengan sarung tangan dan jubahnya di sudut sofa. Puan Tower memuncungkan mulutnya. Jelasnya Puan Tower tidak berpuas hati terhadap pakaian Jane yang tidak sesuai dengan bilik tamunya yang cantik dan baru siap dihiaskan semula. Saya berasa ragu di mana Puan Fowler boleh dapat pakaian 'istimewa' ini. Saya agak menakjubkan Jane sanggup memakai pakaian yang reka bentuknya lebih sesuai dengan zaman dua puluh lima tahun yang lepas walaupun bajunya nampaknya baharu dan mahal. Rambut Puan Fowler sudah beruban dan bergaya sederhana. Rambutnya yang disikat berpisah di tengah-tengah mengakibatkan dahi dan telinganya boleh dinampak. Jelas diketahui bahawa Puan Fowler tidak tahu akan gaya rambut Monsieur Marcel. Jane memandang ke meja teh yang teko perak Georgian dan cawan teh Worcester tua diletak di atasnya.

'Marion, ada guna serkup teh yang saya beri awak hari itu?' Jane bertanya.

'Ada, saya guna ia setiap hari, Jane.' Kepetahan jawab Puan Tower.

'Malangnya serkup teh itu mengalami kerosakan sebentar tadi. Serkup teh itu terbakar.'

'Serkup teh yang diberi sebelum itu terbakar juga.'

'Saya takut awak fikir kami tak hati-hati.'

'Tak apa.' Puan Fowler senyum. 'Saya rasa seronok membuatkan awak satu lagi serkup teh. Saya akan pergi ke Liberty membeli kain sutera pada hari esok.'

Puan Tower menjawab dengan berani.

'Tahu tak, saya tak layak menerima serkup teh baharu. Bukanlah kawan awak, isteri vikar nak juga?'

'Saya baru buatkan dia serkup teh baharu.' Kata Puan Fowler dengan gembira.

Saya mendapati bahawa gigi Jane adalah putih, kecil dan sekata. Senyumannya sangat manis.

Rasanya kedua-dua wanita itu memerlukan masa untuk berbual-bual. Oleh itu, saya meminta diri untuk pulang.

Awal pagi hari keesokan, saya terjaga kerana menerima telefon daripada Puan Tower. Melalui suaranya, saya mendapati bahawa Puan Tower sangat seronok.

Page 6: Terjemahan (Jane)

'Saya menerima berita yang paling menakjubkan.' Kata Puan Tower. 'Jane akan berkahwin.'

'Karut.'

'Hari ni, tunang Jane akan datang ke sini untuk makan malam. Saya mahu awak datang juga.'

'Tapi saya mungkin boleh ganggu awak semua.'

'Tidak. Jane suruh saya ajak awak. Datanglah.'

Puan Tower ketawa.

'Siapa tunang Jane?'

'Tak tahu. Jane beritahu saya dia seorang jurutera. Awak dapat bayang muka tunang Jane tak?'

Masa itu saya tiada hal penting dan saya tahu bahawa Puan Tower akan menghidangkan saya makanan yang sedap pada hari itu.

Puan Tower adalah bersendirian semasa saya sampai ke rumahnya. Dia berpakaian mewah dengan memakai gaun yang berwarna teh. Dia kelihatan amat muda dengan pakaian tersebut.

'Jane sedang mekap. Saya ingin awak jumpa dia. Jane berasa seronok dan teruja menyata tunangnya iaitu Gilbert menyayanginya. Suara Jane yang lucu dan geletar apabila menyebut tunangnya buatkan saya ingin ketawa.'

'Agak-agaknya bagaimanalah rupa tunangnya?'

'Oh, saya pasti saya tahu. Badannya sangat besar dan rantai emas yang berat digantung bersilang pada perutnya yang besar. Mukanya besar, gemuk, bersih dicukur, merah dan bersuara lantang.'

Puan Fowler datang. Dia memakai gaun sutera yang lebar, keras dan berwarna hitam. Leher gaun berpotongan V kecil dan panjang lengan gaun sampai ke siku Puan Fowler. Puan Fowler memakai rantaian berlian yang berwarna perak. Dalam tangannya dipegang sepasang sarung tangan yang berwarna hitam dan kipas yang berhiasan bulu burung unta hitam. Kecantikannya ditunjukkan melalui pakaiannya (orang jarang dapat berbuat demikian).

'Jane, leher awak betul-betul cantik.' Kata Puan Tower dengan senyuman yang manis.

Kulit lehernya agak licin berbanding mukanya yang berkerut. Lehernya licin dan putih. Saiz kepalanya banyak padan dengan bahunya.

'Marion ada beritahu apa-apa tak?' Jane tanya lalu pusing menghadap saya dengan senyuman yang mempesonakan (macam kami sudah berkawan lama).

Page 7: Terjemahan (Jane)

'Tahniah.' kata saya.

'Nantilah, tunang saya belum sampai.'

'Manisnya cakap begitu.' Ketawa Puan Tower.

Mata Puan Fowler bersinar-sinar bawah cermin mata yang kelihatan lucu itu.

'Jangan asyik agak-agak suami saya terlalu tua. Awak tak suka saya mengahwini orang yang tua dan uzur kan? Walaupun dia berbudi bahasa.'

'Tuan Gilbert Napier.'

Pengumuman dari pelayan tetamu sebaik sahaja Jane habis bercakap.

Pintu dibuka secara kuat-kuat dan dimasuki seorang pemuda yang berpakaian jaket makan malam yang berpotongan elok. Dia kurus, kecil, serta tidak begitu tinggi. Dia mempunyai rambut kerinting yang berwarna gelap dan mukanya bersih bercukur serta matanya berwarna biru. Walaupun suami Jane tidak begitu kacak namun dia bersifat mesra dan ramah. Wajah Gilbert berseri-seri dengan umur yang masih muda ini. Sudah tentu umur Gilbert tidak mencecah dua puluh empat tahun. Pada asasnya, saya ingat Gilbert anak kepada suami Puan Fowler datang memberitahu kami bahawa bapanya tidak dapat menghadiri makan malam kerana tiba-tiba mengalami gaut. Mata Gilbert memandang ke Puan Fowler. Dia menuju ke arah Jane dengan tangan terbuka dan kepala terdongak. Puan Fowler memberi Gilbert senyuman yang malu-malu lalu pusing menghadap adik iparnya.

'Marion, dia tunang saya.' Kata Jane.

Gilbert Napier menghulurkan tangannya.

'Saya harap awak suka saya, Puan Tower.' Katanya. 'Jane beritahu saya dia tinggal awak seorang saudara-mara di dunia.'

Puan Tower masih cantik dilihat. Saya berasa kagum dan terfikir apa cara asuhan dan norma-norma sosial dapat mendidik seseorang perempuan bersifat begitu bersopan-santun dan tidak berkelakuan mengikut rasa hatinya. Kekaguman dan kekejutan Puan Tower (yang tidak dapat disembunyikan pada saat itu) cepat tukar kepada muka mesra yang berpura-pura menyambut kedatangan Gilbert. Puan Tower terdiam kerana terkejut. Gilbert merasai sesuatu dan saya sibuk berfikir topik perbualan untuk mengelakkan tertawa. Puan Fowler mengekalkan ketenangan.

'Awak mesti suka Gilbert, Marion. Gilbert pelahap. Tiada orang lebih pandai daripada Marion untuk menikmati makanan.' Dia berpusing menghadap Gilbert. 'Masakan Marion adalah terkenal.'

'Saya tahu.' Gilbert tersenyum berseri-seri.

Puan Tower membalas bersahaja lalu membimbing kami menurun ke tingkat bawah. Saya tidak sanggup melupakan makan malam tersebut. Puan Tower tidak dapat menentukan

Page 8: Terjemahan (Jane)

bahawa sama ada Jane membodohkannya atau bergurau dengannya. Jane sengaja merahsiakan umur tunangnya. Sebenarnya Jane tidak bergurau dan dia juga bukan orang yang berniat jahat. Puan Tower berasa hairan, jengkel dan bingung. Namun dia masih mengekalkan ketenangan oleh sebab ingat akan peranannya sebagai tuan rumah. Puan Tower tidak berhenti bercakap. Saya terfikir sama ada Gilbert merasai kekerasan dan kegarangan Puan Tower bawah muka yang mesra itu. Puan Tower memerhati Gilbert untuk mendapat tahu rahsianya yang tidak boleh diketahui orang. Keghairahannya sebagai 'detektif' mengakibatkan pemerah pipinya menjadi merah gelap.

'Marion, muka awak agak merah.' Jane berkata sambil memandang Gilbert dengan ramah-tamah menerusi cermin matanya yang bujar dan besar.

'Saya menghiaskan diri dengan cepat. Mungkin saya pakai terlalu banyak pemerah pipi.'

'Tu pemerah pipi ke? Saya ingat tu warna semula jadi. Minta maaf salah faham.' Jane senyum dengan malu-malu. 'Tahu tak, Marion bersekolah sama dengan saya. Tak sangkakan? Tapi betul saya pernah berhidup sembunyi.'

Saya tidak faham apa maksudnya. Saya rasa agak kagum kerana Jane menjelaskan perkahwinan mereka secara amat mudah. Semua orang menyangka Puan Tower akan terlupa maruahnya dan menjadi keberangan. Namun Puan Tower ketawa dengan riang.

'Jane, kita tak muda lagi, dah cecah umur lima puluh tahun.' Kata Puan Tower.

Kenyataan itu tidak menyedihkan Jane.

'Gilbert kata demi baiknya, saya tak boleh mengakui berumur lebih daripada empat puluh sembilan tahun.' Jane jawab dengan lembut.

Tangan Puan Tower menggetar dan dia membalas dengan tajam.

'Tapi beza umur awak berdua besar.' Dia bersenyum.

'Dua puluh tujuh tahun.' Kata Jane. 'Terlalu besar ke? Gilbert cakap saya nampak muda walaupun berusia tua. Saya tak akan mengahwini seorang yang 'hampir mati'.'

Saya berasa ingin ketawa. Gilbert ketawa kebudak-budakan juga. Nampaknya dia dihibur oleh Jane. Percakapan Puan Tower buntu. Saya cuba melegakan suasana kerana saya bimbang Puan Tower terlupa dia wanita juga.

'Saya andai awak sekarang sibuk beli maharkan?' tanya saya.

'Tak. Saya nak tukang jahit di Liverpool buatkan saya mahar. Saya buat begitu masa kahwin pertama saya. Tapi Gilbert tak benar. Dia suka memerintah tapi pandai membuat pilihan juga.'

Jane memandang Gilbert dan senyum malu-malu seperti perempuan yang berumur tujuh belas tahun.

Page 9: Terjemahan (Jane)

Puan Tower nampak pucat bawah muka yang dimekapkan.

'Kami akan habis bulan madu di Itali. Gilbert tak pernah ada peluang baca seni bina di Renaissance. Lebih baik arkitek tengok bangunan di situ. Sepanjang perjalanan, kami akan berhenti di Paris untuk cari baju saya.'

'Pergi lama tak?'

'Gilbert dah mohon cuti enam bulan dengan majikannya. Bagus sebab Gilbert tak pernah ambil cuti lebih daripada dua minggu.'

'Kenapa?' Tanya Puan Tower dalam suara tidak mesra.

'Dia tak mampu belanja, kesiannya.'

'Ah!' Puan Tower terkejut betul dan suaranya menjadi tinggi.

Jane dan Puan Tower naik ke tingkat atas selepas kopi dihidangkan. Saya dan Gilbert berbual secara kasual. Selepas dua minit, pelayan tetamu memberi saya sekeping nota daripada Puan Tower. Nota itu tertulis seperti berikut:

'Cepat balik. Bawa dia bersama awak. Takut nanti saya marah naik nak pertikai dengan Jane.'

Saya bercakap bohong kepada Gilbert.

'Puan Tower sakit kepala. Dia mahu tidur awal. Lebih baik kami balik sekarang kalau awak bersetuju juga.'

'Tentulah.' Jawab Gilbert.

Cepat-cepat kami naik tangga kemaskan barang. Selepas lima minit, kami sudah menunggu di pintu depan. Saya menghubungi pemandu teksi untuk menghantar Gilbert balik.

'Tak perlulah, terima kasih.' Gilbert kata. 'Saya boleh jalan kaki ke selekoh jalan. Di situ ada bas awam.'

Puan Tower mencetus marah sebaik sahaja dia terdengar bunyi pintu depan ditutup.

'Jane, awak gila ke?' Jerit Puan Tower.

'Tak gila macam orang yang nampak biasa tapi gila betul.' Jane jawab dalam suara yang tidak mesra.

'Boleh saya tanya sebab awak nak kahwin pemuda tu?' Puan Tower tanya dengan amat sopan-santun.

'Gilbert tak izin saya menolaknya. Dah lima kali dia minta kebenaran saya. Saya menjadi semakin letih nak menolaknya.'

'Tahu kenapa dia begitu cemas nak kahwin awak tak?'

Page 10: Terjemahan (Jane)

'Saya menghibur hatinya.'

Puan Tower berteriak dengan marah.

'Cuma lihat muka aje, saya boleh tahu dia bangsat licik.'

'Awak mungkin salah. Tak begitu sopan awak cakap macam tu.'

'Dia miskin dan awak kaya. Jangan terlalu tergila-gila akan Gilbert. Dia cuma nak dapat duit awak.'

Jane mengekalkan ketenteraman. Dia melihat lentingan adik iparnya secara tenang.

'Dia bukan, dia sangat cinta saya.' Jane jawab.

'Jane, awak wanita tua.'

'Awak sebaya saya, Marion.' Jane senyum.

'Bagi saya, saya tak akan buat begitu. Walaupun saya nampak muda dan semua orang anggap saya berumur kurang daripada empat puluh tahun, tapi saya tak pernah mimpin mengahwini seorang yang dua puluh tahun muda daripada saya.'

'Dua puluh tujuh tahun.' Jane betulkan.

'Awak nak beritahu saya dia boleh jaga seorang yang cukup tua jadi ibunya?'

'Dah banyak tahun saya tinggal di negara ni. Tapi saya belum tahu banyak benda lagi terutama sifat manusia. Saya diberitahu seorang lelaki bernama Freud dari Australia. Saya percaya...'

Puan Tower mematahkan percakapan Jane.

'Jangan mengarut. Jane, tu tak sepatutnya. Saya sangka awak boleh berfikir dengan waras. Seharusnya saya terfikir awak boleh jatuh cinta pada budak lelaki.'

'Tapi saya tak cintakan dia. Saya dah beritahu Gilbert. Tapi tak boleh dinafikan bahawa saya sangat sukakan dia. Kalau tidak saya tak akan terfikir untuk mengahwininya. Rasanya ni adil sebab saya dah beritahu Gilbert perasaan saya.'

Puan Tower menarik nafas dalam-dalam. Darah naik ke kepalanya dan dia kelihatan mempunyai kesusahan bernafas. Tangannya tidak memegang kipas. Jadi dia telah mengambil senaskhah surat khabar dan mengipas badannya sekuat-kuat.

'Kenapa nak kahwin kalau tak cintakan dia?'

'Dah lama saya tinggal keseorangan dan rasa kesepian. Saya rasa saya perlu berubah.'

'Kenapa tak kahwin lelaki yang sebaya awak?'

Page 11: Terjemahan (Jane)

'Tiada lelaki yang sebaya saya meminang saya lima kali. Sungguh, tiada langsung lelaki yang sebaya saya meminang saya.'

Jane tertawa kecil semasa dia jawab soalan Puan Tower. Ketawa kecilnya menyinggung perasaan Puan Tower.

'Jangan ketawa, Jane. Saya tak akan terima dia. Saya tak rasa awak betul dan ni sungguh menyedih hati saya.'

Puan Tower berasa tertekan lalu menangis. Walaupun dia tahu tangisan pada umur setua ini boleh mengakibatkan kesan buruk (dia akan nampak hodoh kerana mata bengkak sepanjang hari) tetapi Puan Tower tidak mampu menahan diri daripada tangisan. Jane masih mengekalkan ketenangan.

Dia memandang Puan Tower sambil meratakan lap kemejanya yang diperbuat daripada kain sutera dan berwarna hitam.

'Awak tak akan bahagia.' Puan Tower tersedu-sedu. Dia mengelap matanya dengan berhati-hati supaya maskaranya tidak comot.

'Saya tak fikir begitu.' Suara Jane yang tenang dan lembut itu seolah-olah mempersendakan keterlaluan kebimbangan Puan Tower. 'Kami dah bincang dengan teliti. Saya orang yang ramah. Saya fikir Gilbert akan berasa gembira dan selesa apabila berdamping dengan saya. Sekarang Gilbert tinggal bersedirian. Dia kekurangan seorang yang boleh menjaganya dengan baik. Kami hanya terfikir berkahwin selepas membuat pertimbangan lanjut. Kami juga bersetuju bahawa penceraian adalah dibenarkan sekiranya sesiapa kami mengetengahkan permintaan.'

Puan Tower berhenti menangis dan mengeluarkan kata-kata yang saya rasa amat melukakan perasaan orang.

'Berapa banyak wang dia memperuntuk?'

'Saya ingin memberi Gilbert seribu setahun. Tapi dia menolak. Saya boleh rasa kecewanya semasa cadangan ini dikemukakan. Dia beritahu saya pendapatannya adalah cukup bagi belanjanya.'

'Dia sangat licik.' Kata Puan Tower dengan muram.

Jane berhenti bercakap dan memandang adik iparnya dengan bertekad.

'Sayang, awak tak sama saya. Tak pernah awak jadi balu.' Kata Jane.

Puan Tower memandang Jane. Muka Puan Tower menjadi sedikit merah dan dia nampak tidak gembira kerana Jane pandai menyindir. Puan Tower bersabar demi mempertahankan maruah diri.

'Minta maaf kerana saya nak pergi tidur sekarang.' Kata Puan Tower. 'Kami sambung bincang esok pagi.'

Page 12: Terjemahan (Jane)

'Saya rasa tak begitu sesuai, sayang. Saya dan Gilbert kena pergi daftar kahwin esok pagi.'

Puan Tower terkejut dan tidak berkata apa-apa.

Pendaftaran perkahwinan diadakan di pejabat pendaftaran. Puan Tower merupakan saksi perkawinan. Gilbert kelihatan lagi mudah dengan suit yang berwarna biru. Nampaknya Gilbert sangat gelisah. Baginya, ia macam perkahwinan yang benar. Manakala Jane masih bawah ketenteraman. Mungkin dia sudah biasa dengan situasi itu sebagai wanita feksyen yang ada pengalaman berkahwin.

Bawah ketenteramannya, Jane adalah seronok kerana mukanya kelihatan sedikit merah. Momen itu adalah istimewa bagi setiap perempuan. Jane memakai gaun panjang yang diperbuat daripada baldu yang berwarna perak dan kelabu. Saya mengenali gaun itu ialah hasil tukang jahit Liverpool (yang bakatnya tidak boleh didakwa dan telah lama membuatkan Jane gaun). Jane memakai topi yang bertepi lebar dan penuh dengan bulu burung unta sempena dengan hari yang gembira ini. Cermin mata yang bertepi emas itu menjadikan muka Jane kelihatan lagi lucu. Selepas upacara tamat, pendaftar (yang saya rasa dia terkejut kerana jurang umur yang terlalu besar antara Jane dengan Gilbert) datang berjabat tangan dengan Jane dan mengucapkan tahniah kepada mereka. Dengan segan-segan, Gilbert mencium Jane. Puan Tower juga mencium Jane walaupun hati dalamannya masih tidak menerima hubungan mereka. Jane memandang saya seolah-olah mengharapkan saya boleh menciumnya juga. Saya bertindak mengikut harapnya. Semasa keluar dari pejabat pendaftaran, tanpa dinafikan bahawa saya berasa sedikit malu berjalan melalui orang yang berkumpul di situ melihat pasangan pengantin. Saya berasa lega apabila melangkah masuk ke dalam kereta Puan Tower. Kami memandu ke stesen Victoria. Walaupun masa kereta api ke Paris adalah pada pukul dua petang, namun Jane berkeras memakan makan berdamai di restoran stesen kerana dia takut tidak boleh sampai di petron tepat waktu. Kehadiran Puan Tower di parti (untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli keluarga Jane) menenangkan hati Jane. Makanan yang dihidangkan di situ betul-betul tidak sedap. Puan Tower tidak boleh disalahkan kerana makan kurang. Tambahan pula, saya benci akan champagne dihidangkan pada makan tengah hari. Jane meneliti menu sahaja tanpa mempenduli suara Puan Tower yang terdengar tidak gembira itu.

'Saya sentiasa fikir seorang perlu makan kenyang sebelum memulakan perjalanan.' Kata Jane.

Saya menghantar Puan Tower balik selepas Jane dan Gilbert bertolak.

'Berapa lama awak jangka mereka akan bercerai? Enam bulan?' Tanya Puan Tower.

'Saya berharap mereka tak akan bercerai langsung.' Saya senyum.

'Tak mungkin. Awak tak rasa Gilbert mengahwini Jane adalah untuk mendapat duitnya? Patutlah tak mungkin tak akan bercerai kalau begitu. Saya hanya berharap hal ini tidak terlalu menderitakan Jane.'

Page 13: Terjemahan (Jane)

Saya ketawa. Saya mengesyaki niat Puan Tower apabila dia bercakap begitu.

'Baiklah, awak boleh cakap "saya dah nasihat awak" kalau mereka bercerai.' Kata saya.

'Saya janji saya tak akan cakap begitu.'

'Awak boleh ucap tahniah kepada diri kalau berjaya tak buat begitu.'

'Jane wanita tua dan membosankan.'

'Jane membosankan?' Saya terjekut. 'Betul Jane tak cakap banyak tapi pendapatnya banyak membantu.'

'Jane tak pernah bergurau.'

Saya berada di Far East semasa Gilbert dan Jane pulang dari Paris. Selama dua tahun saya berada di luar negara. Saya tidak pernah menerima pembalas surat daripada Puan Tower walaupun saya sentiasa mengirimnya poskad. Selepas seminggu saya balik dari London, saya terjumpa dia duduk di meja sebelah saya dalam suatu parti yang besar. Rasanya parti sudah hampir tamat apabila saya sampai. Oleh sebab datang lambat, saya agak sibuk melihat siapa dijemput. Saya mengenali banyak orang terkenal yang gambar mereka sentiasa dipaparkan di surat khabar duduk di sekitar meja panjang. Tuan rumah kami suka menjemput orang yang lazim dikenali sebagai 'orang ternama'. Parti ini benar-benar parti agung. Oleh sebab lama tidak berjumpa dengan Puan Tower, perbualan kami bersifat agak konvensional. Saya membuat pertanyaan mengenai Jane.

'Dia hidup baik.' Saya terasa kejemuan dalam suara Puan Tower.

'Apa berlaku selepas perkahwinan mereka?'

Puan Tower berhenti mengucap lalu mengambil sebiji badam masin dari hidangan di depannya.

'Hubungan mereka sangat mesra.'

'Awak salah akhirnya.'

'Saya masih berkeras hubungan cinta mereka tak lama kekal. Sebab tu bertentangan norma alam semula jadi yang patut dipatuhi.'

'Jane hidup bahagia tak?'

'Kedua-dua mereka hidup bahagia.'

'Saya anggar awak jarang menziarahi mereka.'

Page 14: Terjemahan (Jane)

'Dulunya mungkin bukan. Tapi sekarang...' Puan Tower memuncungkan bibirnya. 'Jane menjadi sangat cantik sekarang.'

'Apa maksud awak?' Saya ketawa.

'Sebenarnya Jane ada di sini malam ni.'

'Sini?'

Saya terkejut. Saya memandang ke sekeliling untuk mencari Jane.

Tuan rumah orang yang bersifat riang dan lucu. Saya berasa ragu dan tidak dapat membayang Jane - seorang wanita yang tua serta isteri kepada arkitek yang tidak terkenal dapat dijemput oleh tuan rumah. Puan Tower tahu apa yang saya sedang fikir. Dia senyum terkecil.

'Tengok sebelah kiri tuan rumah.'

Saya melihat mengikut suruhannya. Dalam bilik tetamu yang dipenuhi dengan orang ramai, kecantikan seorang wanita memikat perhatian saya. Rasanya dia kenal akan saya tetapi sejauh mana saya tahu saya tidak mengenalinya. Rambutnya digunting pendek dan berjambak-jambak dalam kerinting kecil. Dia tidak muda lagi kerana rambutnya sudah beruban menjadi warna kelam besi. Walaubagaimanapun, dia tidak berpura-pura muda dengan mekap. Jelas nampak dia tidak memakai gincu, pemerah pipi serta bedak. Dia bukan sangat cantik dan kulitnya berkedut. Tetapi dia sangat memikat hati saya atas sifat semula jadinya. Badannya sangat putih mengakibatkan kontras yang besar. Saya rasa wanita yang berumur tiga puluh tahun akan berasa bangga jika mempunyai kulit yang secantik itu. Gaunnya adalah sangat unggul. Sampai masa sekarang, saya belum jumpa lagi reka bentuk gaun yang sefeksyen itu. Gaun itu berleher luas, pendek serta berwarna terkini (campuran warna hitam dan kuning). Reka bentuk gaun itu reka bentuk kegemaran perempuan. Lain daripada orang lain, dia lihat sederhana dengan gaun itu. Ribon besar dan kaca mata tunggal yang lekat pada gaun menunjukkan keeksentrikan dan kemegahan gaun itu.

'Tak akan awak nak beritahu saya itu kakak ipar awak?' Saya menarik nafas dalam-dalaman.

'Ya, dia Jane Napier.' Suara Puan Tower agak dingin.

Pada masa itu Jane sedang berbual-bual. Tuan rumah menghadap ke arah Jane dengan muka senyum yang biasa ditunjuknya. Seorang lelaki tua yang duduk di sebelah kiri Jane juga berusaha membongkok ke depan untuk mendengar apa yang dicakap Jane. Lelaki itu berambut jarang dan mempunyai muka yang cengkung. Namun, dia nampak pintar. Sesuatu pasangan yang duduk saling berhadapan juga tertarik untuk mendengar percakapan Jane. Dengan tiba-tiba, semua orang menghentam ke belakang kerusi dan ketawa dengan lantang.

'Kakak ipar awak bergurau lagi.' Seorang lelaki di sebelah sisi meja kami cakap kepada Puan Tower. Saya mengenalinya. Dia negarawan terkenal.

Page 15: Terjemahan (Jane)

Puan Tower senyum.

'Dia istimewa, kan?'

'Tolong bagi tahu saya apa telah berlaku. Sekejap, biar saya minum sedikit champagne dulu.'

Baiklah, saya cakap apa yang saya tahu. Awal bulan madu, Gilbert dengan Jane mendapatkan mereka tukang jahit di Paris. Gilbert tidak menolak gaun yang dipilih Jane tapi pada masa yang sama dia cuba pujuk Jane untuk pakai gaun yang direkanya. Nampaknya Gilbert pandai memujuk kerana Jane terima cadangan dia akhirnya. Gilbert telah mengupah seorang pembantu rumah Perancis yang bijak untuk Jane dan sebelum itu Jane siapkan kerja jerumat sendiri. Jane akan menelefon pembantu rumah Perancis itu apabila dia hendak menghiaskan diri. Gaun yang direka oleh Gilbert adalah unggul dan lain daripada gaun yang lazim dipakai Jane. Namun, Gilbert berjaga-jaga juga supaya perubahan yang dibuat terhadap Jane tidak terlalu besar. Untuk menggembirakan Gilbert, Jane menyakinkan diri untuk memakai gaun yang direkanya. Kadang-kala, Jane masih takut-takut untuk memakai gaun yang dibelinya sebelum ini. Tapi dia tak pakai lagi kain dalam yang biasa dipakainya. Perubahan ini menggelisahkannya dan dia cuba abaikan perasaan itu.

'Tak guna betul, sekarang dia cuma pakai "kain kecil dan nipis". Saya terkejut, dia tak jatuh sakit pada umur ni.'

Gilbert dan pembantu rumah Perancis mengajar Jane menghiaskan diri. Tanpa disangka, Jane belajar dengan cepat. Pembantu rumah bangga atas kecantikan kulit Jane. Dia rasa tak betul kalau kecantikan itu tidak didedahkan orang.

'Sabar, Alphonsine. Kecantikan puan mesti dapat ditunjukkan dengan baju yang saya buat berikutnya.' Kata Gilbert.

Tambahan pula, Jane nampak hodoh dengan cermin mata. Secara jujur, orang jarang nampak cantik dengan cermin mata yang bertepi emas. Jadi, Jane cuba memakai cermin mata yang berbingkai corak kulit kura-kura. Namun, Gilbert masih tidak berpuas hati.

'Ia mungkin sesuai bagi perempuan lain. Tapi Jane, awak nampak tua dengan cermin mata.' Kata Gilbert.

'Dah tahu lah! Jane, awak kena pakai kanta.' Tiba-tiba Gilbert terfikir sesuatu.

'Gilbert, saya tak boleh.'

Jane merenung Gilbert. Keseronokan Gilbert mengetawakan Jane.

'Saya cubalah.' Sifat Gilbert yang terlalu baik itu menjadikan Jane sanggup membuat semua yang dapat menggembirakannya.

Mereka berjumpa dengan pakar optik. Selepas Jane siap pakai kanta, Gilbert menepuk tangannya lalu mencium Jane di depan penjual yang terkejut itu.

Page 16: Terjemahan (Jane)

'Awak nampak cantik.' Jerit Gilbert.

Mereka menghabiskan bulan-bulan di Itali melihat seni bina Renaissance dan Baroque. Jane semakin menyesuaikan diri dan suka akan perubahan yang dibawa kepadanya. Pada mulanya Jane berasa malu dipandang orang di bilik makan hotel (kerana hal itu tidak pernah berlaku). Tetapi sekarang Jane akan menjadi gembira sekiranya diberi perhatian. Wanita-wanita akan datang bertanya kepada dia di mana dia membeli gaunnya.

'Suka gaun ni?'

'Suami saya buat untuk saya.' Jawab Jane dengan malu-malu.

'Boleh tak kalau saya nak tiru reka bentuk gaun ni.'

Jane sudah bersedia untuk menjawab soalan mereka. Sebagai seorang wanita juga, Jane tahu apa yang difikir mereka walaupun dia sudah lama hidup berseorangan.

'Minta maaf. Suami saya banyak teliti tentang pemakaian saya. Dia tak suka orang lain tiru frok saya. Dia nak saya jadi unik.'

Jane ingat orang akan ketawa akan jawabnya. Tetapi mereka hanya berkata:

'Ya, tentu kami tahu awak unik.'

Walaubagaimanapun, Jane tahu mereka tiru pakaiannya secara 'mental'. Perbuatan ini mengakibatkan Jane menjadi terkenal. Jane tidak faham kenapa orang lain mahu pakai sama seperti dia kerana dia juga tidak meniru cara pemakaian orang lain.

'Gilbert.' Suara Jane agak tinggi.

'Lain kali tolong buatkan saya gaun yang orang lain tak mampu tiru.'

'Boleh. Saya buat gaun yang awak sesuai pakai aje.'

'Betul ke?'

'Ya, kalau awak janji minta saya.'

'Janji apa?'

'Gunting rambut.'

Rasanya ini kali pertama Jane menolak cadangan Gilbert. Dia berasa bangga atas rambutnya yang panjang dan tebal itu. Baginya cadangan ini agak mencabar kerana ia boleh mengorban besar sekiranya tidak berjaya. Namun Jane berjanji akhirnya ( 'Saya tahu Marion akan fikir saya bodoh, tetapi saya tak ingin pulang ke Liverpool lagi,' kata Jane). Dalam perjalanan balik ke London, Gilbert membawa Jane berjumpa dengan tukang rambut yang terbaik di dunia apabila mereka melalui Paris. Jane berasa amat gelisah dan jantungnya berdebar dengan agak cepat. Tukang rambut itu seperti Pygmalion yang telah menghasilkan

Page 17: Terjemahan (Jane)

sebuah karya agung. Jane keluar dari kedai dengan rambut kerinting yang bergaya dan menarik.

'Ya, tapi ni tak boleh jelas kenapa Jane berada bersama dengan duchess dan menteri kabinet pada malam tu. Sungguh, laksama armada duduk di sebelahnya.' Kata saya.

'Sebab Jane pandai berkelakar. Semua orang ketawa akan apa yang dicakap Jane.' Puan Tower kata.

Tiada keraguan sekarang hati Puan Tower adalah muram.

'Selepas mereka balik dari bulan madu, Jane mengirimkan saya surat. Biarpun tak suka, saya rasa saya perlu ajak mereka makan malam. Saya tahu jamuan tu mesti membosankan tapi saya betul-betul tak mahu abaikan orang yang penting kepada saya. Saya juga tak mahu Jane ingat saya kurang kawan. Awak tahu juga kawan baik saya tak lebih lapan orang. Saya rasa benda akan jadi baik kalau saya dapat kenal lebih banyak orang. Sepanjang hari saya tak dapat jumpa Jane sebab saya sibuk kerja. Dia baru sampai ke sini selepas membuatkan kami tunggu sekejap. Saya rasa itu taktik Gilbert. Semua wanita nampak kekampungan selepas Jane muncul. Saya kagum melihatnya kerana dia buatkan saya nampak seperti wanita jalang yang tua.'

Puan Tower minum sedikit champagne.

'Saya harap awak nampak gaun yang Jane pakai. Orang lain mungkin nampak janggal dengan gaun itu tapi Jane nampak sempurna. Dan cermin mata tu! Saya dah kenal Jane tiga puluh lima tahun tapi ini kali pertama Jane muncul tanpa pakai cermin mata.'

. 'Awak tahu potongan badan Jane cantik.'

'Saya tak tahu. Lain daripada pakaian yang biasa dipakainya, saya tak pernah jumpa dia pakai macam ni. Adakah awak rasa potongan badan dia cantik masa awak jumpa dia di rumah saya? Sungguh, dia bukan tak sedar akan sensasi yang dibangkitkan olehnya. Saya rasa lega selepas makan malam itu. Walaupun Jane tidak menjaga perasaan orang lain, tetapi itu bukan masalah kerana wajahnya yang cantik itu. Saya sentiasa terdengar suara ketawa datang dari meja sebelah yang didudukinya. Saya berasa gembira tetamu berseronok-seronok di parti dan saya berasa hairan juga kerana lebih daripada tiga orang lelaki memuji kakak ipar saya selepas makan malam itu. Saya terfikir sama ada Jane akan membenarkan lelaki-lelaki itu melawatnya. Satu benda lagi, saya tak tahu itu masalah bagi saya ataupun bukan. Selepas sehari, tuan rumah menelefon saya. Dia ingin mengajak Jane makan tengah hari. Dia tahu Jane ada di London dan orang yang kerap disebut pada bulan ini ialah Jane (gerak hati tuan rumah agak tepat). Saya berada di sini sekarang bukan kerana saya mengenali tuan rumah selama dua puluh tahun ataupun saya sudah beratus-ratus kali mengundang dia makan malam. Saya boleh berada di sini adalah kerana saya ialah adik ipar Jane.'

Kesian Puan Tower. Pengalamannya menyakitkan hati orang. Orang di situ lebih memberi perhatian kepada Jane dan saya juga tidak dapat tertahan hati saya dihiburkan Jane. Saya rasa Puan Tower layak mendapat simpati kami.

Page 18: Terjemahan (Jane)

'Biasanya orang suka kelakar.' Saya cuba menyenangkan hati Puan Tower.

'Dia tak pernah buatkan saya ketawa.'

Sekali kali saya terdengar suara ketawa datang dari meja depan. Saya anggap Jane bergurau lagi.

'Awak seorang aje tak rasa Jane pandai bergurau?' Saya tanya sambil bersenyum.

'Hairan tak? Selepas tahu Jane pandai berjenaka.'

'Langsung tak .'

'Dia cakap benda sama aje. Saya ketawa sebab saya tak nak nampak bodoh. Sebenar saya tak rasa geli hati pun.'

'Awak ni macam ratu Victoria.' Kata saya.

'Bodoh betul jenaka ini.' Puan Tower beritahu saya. Saya cuba topik perbualan yang lain.

'Gilbert ada di sini?' Tanya saya.

'Gilbert pernah diajak sebab Jane tak berani keluar tanpa dia. Tapi malam ni Gilbert ada jamuan institusi arkitek... dah lupalah nama insitusi tu.'

'Saya malas nak hubung dengan Jane semula.'

'Nanti pergilah cakap dengan Jane. Dia akan ajak awak pergi ke hari Selasanya.'

'Hari Selasa?'

'Jamuan diadakan di rumah Jane setiap hari Selasa. Di situ awak boleh nampak banyak orang bernama. Jamuan tu jamuan terbaik di London. Cuma setahun aje, Jane telah lakukan apa yang saya gagal buat dua puluh tahun.'

'Amboi! Syoknya. Macam mana jamuan tu dapat dijayakan?'

Puan Tower mengangkat bahunya yang cantik itu tetapi gemuk.

'Saya pun harap awak boleh jawab keraguan saya.' Kata Puan Tower.

Selepas makan malam, saya gagal menuju ke Jane yang duduk di sofa situ kerana jalan-jalan penuh sesak dengan orang ramai. Sehingga tuan rumah datang, saya baru dapat mendekati Jane.

'Saya ingin memperkenalkan anda kepada bintang jamuan saya. Kenal Jane Napier? Dia wanita yang istimewa. Kelakarnya adalah lebih menarik daripada buku komedi anda.'

Page 19: Terjemahan (Jane)

Laksamana armada masih duduk bersama dengan Jane. Rasanya dia tidak berniat nak bergerak apabila saya sampai di sisi mereka. Jane berjabat tangan dengan saya lalu memperkenalkan saya kepada laksama itu.

'Dia Tuan Reginald Frobisher.'

Kami mula berbual-bual selepas pengenalan dibuat. Jane sama zahid, mesra dan berhati jujur sejak hari saya mengenalinya. Orang ramai amat menikmati apa yang dicakap Jane. Saya juga gelak-gelak ketawa. Percakapan Jane yang jitu dan lucu banyak menarik orang terutama apabila berserta dengan mukanya yang cantik itu. Saya berasa riang berbual dengan Jane. Dia berpesan kepada saya semasa saya minta pulang.

'Jika tiada apa-apa nak buat, datanglah menziarahi kami pada hari Selasa. Gilbert mesti berasa soronak berjumpa dengan awak.'

'Dia akan tahu tiada benda boleh buat selepas sebulan tinggal di London.' kata laksamana armada itu.

Jadi, saya menziarahi Jane pada hari Selasa. Saya rasa kagum kerana tetamu Jane ialah orang yang hebat seperti penulis, pelukis, ahli politik, pelakon, wanita yang berstatus tinggi, ratu-ratu dan sebagainya. Puan Tower adalah betul, jamuan itu betul-betul jamuan agung. Saya tidak pernah berjumpa lagi jamuan yang seagung itu selepas rumah Stafford dijual. Tiada aktiviti spesifik diadakan dalam jamuan itu dan beraneka makanan dan minuman ringan dihidangkan. Nampaknya Jane berseronok-seronok begitu juga kepada tetamu-tetamu walaupun mereka tidak banyak dilayan. Jamuan berterusan sehingga pukul dua pagi. Sejak hari itu, saya sentiasa pergi ke rumah Jane dan mengajak dia makan bersama-sama. Saya berminat nak tahu apa yang membuatkan Jane pandai berjenaka kerana saya seorang yang suka kelakar. Tambahan pula, saya mendapati bahawa kami susah nak ulang balik apa yang dikata Jane. Sebagai contoh, pengetahuan tentang wain. Jane tiada bakat mencipta epigram. Dia juga tidak pandai bertikam balas akan tetapi dia ikhlas dalam menyampaikan percakapan yang tidak menusuk hati orang. Ada sesetengah orang ingat percakapan Jane bukan sesuatu jenaka malahan kurang senonoh. Namun sebenarnya Jane tidak pernah mengucapkan sesuatu yang memalukan orang. Sifat kelucuan Jane adalah dilahirkan secara semula jadi dan saya pasti ia bukan sengaja dibuat-buat. Selain itu, dia cakap ikut suka hatinya seperti rama-rama bebas terbang dari bunga ke bunga. Tiada niat dan taktik ditunjukkan dalam percakapannya. Kelucuan Jane boleh dirasai melalui cara percakapan dan muka ekspresinya. Walaupun bukan syarat utama, tetapi saya rasa mukanya yang cantik itu menyumbang juga kepada kelucuannya. Sekarang Jane menjadi terkenal dan orang berasa gembira berbual dengannya. Orang tidak fikir lagi kenapa Gilbert mengahwini seorang wanita yang jauh lebih tua daripadanya. Sebaliknya, umur Jane tidak dipentingkan lagi. Mereka hanya berasa Gilbert seorang pemuda yang banyak bertuah. Malahan, laksamana armada itu menghuraikan Jane dengan memetik dari Shakespeare: 'Masa tidak mampu melayukannya, begitu juga aneka ragamnya tidak dapat disekat adat.' Gilbert berasa gembira atas kejayaan Jane. Semakin lama saya mengenali Gilbert semakin tambah kesukaan saya terhadapnya. Gilbert bukan bangsat dan mata duitan. Gilbert pemuda yang murah diri

Page 20: Terjemahan (Jane)

dan sabar diri. Dia bangga dengan Jane dan dia benar-benar mencintai Jane. Cinta kasih Gilbert kepada Jane banyak mengharukan.

'Sekarang apa rasa awak terhadap Jane?' Dia tanya saya secara kebudak-budakan.

'Saya tak tahu awak dengan Jane, siapa lebih baik.' Jawab saya.

'Oh, memang Jane lebih baik.'

'Jangan mengarut dan fikirkan saya bodoh tak nampak awak yang ubah Jane.'

'Saya cuma pandai nampak benda yang orang lain tak boleh nampak dengan guna mata aje.' Kata Gilbert.

'Saya tahu awak nampak potensi Jane menjadi cantik. Tapi macam mana awak buatkan Jane pandai berkelakar?'

'Saya sentiasa rasa apa yang dicakap Jane menakjubkan. Dia pelucu sebenar.'

'Hanya awak yang fikir macam tu.'

Dengan hati terbuka, Puan Tower mengakui bahawa dia menyalahi Gilbert. Walaupun dia semakin tambah kesukaannya terhadap Gilbert tetapi dia masih mempercayai bahawa mereka akan bercerai pada hari Jane hilang kecantikannya.

'Tak akan, saya tak pernah jumpa pasangan yang begitu saling mencintai.' Kata saya.

'Awak cuba fikir, sekarang Gilbert hanya berumur dua puluh empat tahun. Semasa di jamuan Jane, nampak tak anak saudara Tuan Reginald yang cantik tu? Saya tak faham kenapa Jane banyak memberi perhatian kepada dia.'

'Saya percaya Jane tak akan takut siapa-siapa perempuan.'

'Tengoklah nanti.’ Kata Puan Tower.

'Baiklah, awak teka enam bulan kan? Sekarang tiga tahun saya bagi mereka.'

Itu sifat manusia untuk harap seseorang dibuktikan salah apabila orang itu terlalu yakin pada pendapat sendiri. Puan Tower betul-betul banyak yakin diri. Rasanya Puan Tower pihak yang lebih berpuas hati kalau pasangan itu (yang dia rasa amat tidak bersesuaian) betul-betul bercerai kerana Gilbert tertarik oleh perempuan muda. Namun, benda tidak akan terjadi seperti yang kita ingini. Memang Puan Tower boleh menunjuk-nunjukkan diri kalau dia betul teka tetapi saya yakin bahawa dia akan dibuktikan salah pada akhirnya. Benda tidak akan terjadi mengikut keinginannya.

Pada suatu hari, secara tiba-tiba saya menerima panggilan telefon daripada Puan Tower menyuruh saya pergi ke rumahnya. Apabila saya dibawa masuk ke bilik, Puan Tower macam harimau bintang menyerang hendap buruannya kerana dia nampak seronok apabila menuju ke saya dari tempat duduknya.

Page 21: Terjemahan (Jane)

'Jane dan Gilbert dah bercerailah.' Katanya.

'Betul ke? Hmm, baiklah, tetap awak betul.'

Puan Tower memandang saya dengan muka ekspresi yang tidak pernah saya jumpa.

'Kesian Jane.' Saya menggumam.

'Betul, kesiannya!' Ulang sekali Puan Tower. Saya tercengang kerana dia macam mempersenda-sendakan Jane.

Puan Tower susah nak menceritakan saya apa sebenarnya berlaku.

Menurut kata Puan Tower, dia cepat-cepat menelefon saya semasa Gilbert meninggalkan bilik. Apabila Gilbert balik semula, mukanya pucat dan tidak keruan. Puan Tower boleh mengesan sesuatu yang dahsyat telah berlaku sebelum Gilbert memberitahunya.

'Marion, Jane nak cerai saya.'

Puan Tower senyum sumbing lalu memegang tangan Gilbert.

'Saya tahu awak cakap macam tu sebab nak jaga perasaan Jane. Betul baik hatilah awak ni.'

'Saya beritahu awak sebab saya mengharapkan simpati.'

'Oh, memang saya tak rasa awak salah, Gilbert.’ Kata Puan Tower dengan lembut.

'Saya dah tahu ini mesti berlaku.'

Gilbert mengeluh.

'Sebelum ni saya juga fikir begitu. Saya tak boleh harap Jane sentiasa berada di sisi saya. Jane terlalu baik dan saya biasa aje.'

Puan Tower menepuk-nepuk tangan Gilbert. Dia betul-betul rasa Gilbert sangat baik hati.

'Sebenarnya apa telah berlaku?'

'Jane nak cerai saya.'

'Jane pernah kata dia tak akan halang awak kalau awak nak kahwin perempuan lain.'

'Tak mungkin. Saya dah kahwin Jane.' Jawab Gilbert.

Puan Tower membingung.

'Tapi awak cakap awak yang cerai Jane.'

'Saya? Mungkin ini benda terakhir yang patut saya buat.'

Page 22: Terjemahan (Jane)

'Kenapa Jane nak cerai?'

'Dia nak kahwin Tuan Reginald Frobisher sebaik aje dekri siap dibuat.'

Puan Tower terkejut. Dia rasa lemah dan ingin mendapatkannya garam hidu.

'Lepas awak buatkan dia semua?'

'Saya tak laku apa-apa.'

'Awak sanggup diperguna macam ni?'

'Sebelum kahwin, kami dah setujulah yang lain tak boleh halang kalau sesiapa kami nak bercerai.'

'Ini adalah demi baik awak. Cuma fikir, umur awak dua puluh empat tahun aje.'

'Tapi sekarang perjanjian ni banyak berguna kepada Jane.' Gilbert jawab dengan muram.

Puan Tower membantah, mempertikai, dan menaakul penceraian itu. Gilbert berkeras norma-norma masyarakat tidak berguna bagi Jane dan dia perlu buat betul-betul apa yang Jane mahu. Puan Tower ditinggalkan dalam perasaan tidak terdaya. Ketinggalan Gilbert melegakan Puan Tower yang ingin mencerita semua kepada saya. Puan Tower seronok apabila melihat saya terkejut sama sepertinya akan tetapi tindak balas saya (sebagai seorang wanita) yang tidak terlalu marah akan Jane dituduh olehnya sebagai sesuatu jenayah. Puan Tower masih banyak marah semenjak Jane masuk ke bilik. Pemakaian Jane yang hitam dan putih itu adalah banyak sesuai dengan keadaan sekarang. Saya tertarik oleh gaun dan topi Jane - sesuatu rekaan pelopor yang unggul. Jane tenang seperti biasa. Dia menuju ke Puan Tower untuk menciumnya tetapi Puan Tower menarik balik dirinya.

'Gilbert ada di sini tadi.' Kata Puan Tower.

'Ya, saya tahu.' Jane senyum. 'Saya suruh dia jumpa awak sebab saya akan pergi ke Paris malam ni. Saya takut dia sunyi jadi saya harap awak boleh bantu saya jaga dia masa saya tak ada di sini. Saya akan senang hati kalau awak boleh janji saya.'

Puan Tower memegang tangan Jane.

'Saya agak susah nak percaya apa yang Gilbert beritahu saya tadi. Dia cakap awak nak cerai dia dan mengahwini Tuan Reginald Frobisher.'

'Ingat tak, awak suruh saya kahwin seorang yang sebaya saya masa saya nak kahwin Gilbert. Tuan Reginald berumur lima puluh tiga tahun.'

'Tapi Jane, awak hutang Gilbert banyak. Awak boleh nampak cantik sebab Gilbert bantu awak. Kalau tak ada baju Gilbert, awak nampak biasa aje.'

'Oh, Gilbert akan terus buatkan saya baju. Dia dah janji saya.' Jane jawab dengan berterus-terang.

Page 23: Terjemahan (Jane)

'Setiap perempuan harap dapat suami baik. Gilbert layan awak dengan bagus.'

'Ya, saya tahu Gilbert baik.'

'Kalau macam tu, kenapa awak boleh begitu kejam?'

'Saya tak cinta Gilbert.' Jane kata. 'Saya sentiasa ingatkan dia benda ni. Sekarang saya amat perlukan teman lelaki yang sebaya dengan saya. Saya rasa dah cukup lama saya mengahwini Gilbert. Saya kurang topik perbualan nak berbual dengan orang muda.' Dia berhenti mengucap dan bersenyum. 'Mestilah saya nak jumpa Gilbert lagi. Anak adik-beradik Tuan Reginald banyak sesuai kepada Gilbert. Selepas berbincang dengan Tuan Reginald, saya akan ajak mereka tinggal bersama kami di Malta (Tuan Reginald perlu bertugas di Mediterranean Command) sebaik aje kami berkahwin. Saya tak akan hairan kalau mereka saling jatuh cinta.'

Puan Tower menyenguk.

'"Yang lain tak boleh halang kalau sesiapa kami nak bercerai". Adakah awak cakap begitu kepada Tuan Reginald?'

'Saya ada cadangkan kepada dia.' Jane jawab dengan tenteraman. 'Tuan Reginald kata dia boleh tahu benda tu baik ataupun tidak selepas melihat ia. Dia beritahu saya dia tak akan kahwin perempuan lain selepas mengenali saya. Sungguh, dia sudah menyediakan lapan senapang yang berpanjangan dua belas inchi di kapalnya. Kalau sesiapa ingin mengahwini saya, dia boleh menghabiskan perundingan dalam masa yang singkat.' Muka ekspresi Jane yang takut kena marah Puan Tower membuatkan saya ketawa. 'Rasanya Tuan Reginald lelaki yang cepat berang.'

Puan Tower betul-betul marah kerana dahinya berkerut.

'Saya tak rasa awak lucu, Jane. Saya tak faham kenapa orang ketawa apa awak cakap.'

'Saya tak rasa saya pandai berkelakar, Marion.' Jane senyum menunjuk giginya yang putih dan kemas. 'Saya berasa gembira boleh meninggalkan London terlebih dahulu sebelum terlalu ramai orang bersuara mengenai hal saya.'

'Saya harap awak boleh kongsi rahsia kejayaan awak dengan saya.' Kata saya.

Jane tenang dan mesra berpusing menghadap saya.

'Tau tak, tiada orang lebih hairan daripada saya apabila saya mendapati percakapan saya diketawa orang. Selepas mengahwini Gilbert, kami menetap di London. Tiada orang pernah ketawa akan benda yang saya ulang cakap tiga puluh lima tahun. Saya terfikir mungkin adalah kerana baju, rambut atau cermin mata saya. Lama-kelamaan, saya menyedari orang ketawa sebab saya cakap benar. Saya pun tak faham kenapa orang rasa itu sesuatu kelakar. Saya percaya suatu hari nanti orang akan tahu rahsia jadi lucu ni. Tapi benda akan jadi lain kalau orang terlalu biasa cakap benar.'

Page 24: Terjemahan (Jane)

'Kenapa saya seorang aje tak fikir itu lucu.' Tanya Puan Tower.

Jane teragak-agak untuk berfikir penjelasan yang sesuai.

'Mungkin awak tak perasan itu hakikat semasa awak menjumpainya.' Jane jawab dengan lembut dan baik.

Puan Tower berhenti bercakap. Jane sentiasa dapat menyakinkan orang. Jane wanita yang istimewa.