Sejarah Tulisan Jawi 1

Click here to load reader

  • date post

    24-Apr-2015
  • Category

    Documents

  • view

    102
  • download

    7

Embed Size (px)

description

share

Transcript of Sejarah Tulisan Jawi 1

Sejarah Tulisan Jawi 1 SEJARAH TULISAN JAWI HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda dapat: 1. Mengetahui dan memahami sejarah awal Melayu sebelum kedatangan Islam. 2. Mengetahui asal usul kedatangan Islam ke Tanah Melayu 3. Mengetahui kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu. . PENGENALAN asyarakat Melayu telah lama mengenali tulisan, iaitu sebelum kedatangan Islam lagi. Penemuan batu-batu bersurat zaman Sriwijaya seperti Batu bersurat Kedukan Bukit (683 M), Kota Kapur (686 M) dan Talang Tuwo (684 M) yang ditulis pada abad ketujuh Masihi dalam bahasa Melayu Kuno jelas menunjukkan bahawa, masyarakat Melayu telah mempunyai tradisi tulisan dan penulisan. Walaupun tradisi tulisan dan penulisan telah lama wujud pada zaman pra-Islam seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat lama itu, tetapi perkembangannya dalam kalangan rakyat amat terhad. Tradisi tulisan dan penulisan lebih banyak berkembang dalam kalangan para rahib Hindu dan jurutulis istana sahaja. Rakyat biasa pada umumnya kurang mengenali tradisi tulisan kerana karya yang dihasilkan dalam bentuk demikian tidak banyak dan tersebar dalam kalangan mereka. Tambahan pula, karya-karya yang berkaitan dengan agama Hindu tidak tersebar luas kepada rakyat jelata. Justeru, sesuatu karya atau cerita, sama ada yang dicipta oleh masyarakat Melayu atau dipinjam dari masyarakat luar tersebar dalam kalangan masyarakat hanya melalui penceritaan lisan kerana tidak ramai antara rakyat jelata yang mempunyai kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran membaca dan menulis biasanya terhad kepada golongan agama dan mereka yang rapat dengan istana.

ISI KANDUNGAN Asal usul istilah Jawi ahukah anda, istilah Jawi sering dikaitkan dengan panggilan Arab kepada suatu rumpun bangsa di Nusantara. Orang Arab beranggapan, semua suku bangsa di Nusantara berasal dari Jawah, dan penghuninya dipanggil Jawi. Menurut Amat Juhari Moain (1996: 17), nama Jawi itu berasal daripada kata bahasa Sejarah Tulisan Jawi 1 2 Arab Jawah. Apabila dijadikan kata adjektif Jawah menjadi Jawi. Perkataan Jawah atau Jawi berkemungkinan berasal daripada perkataan Javadwipa, iaitu nama bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Bagi orang Arab, kata Java sahaja yang diambil, manakala perkataan dwipa ditinggalkan. Kata Java ini digunakan untuk merujuk ke seluruh Asia Tenggara. Penduduknya juga dinamakan dengan menggunakan kata tersebut atau dalam bentuk adjektifnya menjadi Jawi. Oleh itu kata Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara; bukan hanya kepada orang Jawa, iaitu penduduk yang berasal dari Pulau Jawa. Sebaliknya, Jawah atau Jawi merujuk kepada seluruh rumpun bangsa Melayu, tidak kira sama ada mereka itu orang Melayu, Campa, Pattani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipino mahupun bangsa lain. Pandangan ini turut disokong oleh Muhammad Naquib al-Attas (1972: 2) yang menyatakan bahawa Kita tahu bahawa istilah Jawi itu adalah nama gelaran orang Arab terhadap seluruh bangsa-bangsa penduduk daerah kepulauan ini (Alam Melayu). Masyarakat Arab zaman lampau menggelarkan sesuatu bangsa pada umumnya berdasarkan gelaran buminya. Suku kaum yang mendiami di daerah bumi berkenaan dianggap bangsa yang sama. Sebagai contoh, bumi Afrika dikenali sebagai Bilad al-Sudani dan suku kaum di Afrika dikenali sebagai al-Sudani. Oleh itu, tidak hairanlah semua kaum dari Alam Melayu dikenali sebagai Jawi kerana buminya dikenali sebagai Bilad al-Jawah. Faktor warna kulit, bentuk badan dan bahasa yang sama

menyebabkan orang Arab zaman lampau menggolongkan suku-suku kaum berkenaan kepada suatu kumpulan bangsa. Hashim Musa (1999: 9) menjelaskan bahawa, menurut G.H Werndly, istilah Jawi boleh dikaitkan dengan perkataan Jawa seperti yang disebut oleh Morco Polo sebagai nama lama bagi Pulau Sumatera. Manakala, menurut Raffless, perkataan Jawi bagi orang Melayu bermaksud kacukan seperti dalam ungkapan anak Jawi, iaitu kacukan daripada bapa keling dan ibu Melayu dan dari situ timbulnya Jawi Peranakan. Seterusnya, Wilkinson pula menyamakan istilah Jawi dengan istilah Melayu. Misalnya, perkataan yang terdapat dalam kitab Seribu Masalah tertulis: ... Kitab ...yang daripada bahasa Parsi ... dipindahkan kepada bahasa Jawi ... oleh Muhammad Mizan bin haji Khatib Taha ... yang berbangsa al-Jawi dari Palembang ...pada tahun 1230 Hijrah. Perkataan bahasa Jawi dan berbangsa al-Jawi yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud Melayu.Sejarah Tulisan Jawi 1 3 Istilah Jawi menjadi ikutan orang-orang Melayu yang menamakan tulisan Arab sebagai tulisan Jawi. Menurut Zaba (r.h), tulisan Melayu huruf Arab itu biasanya disebut orang pada ketika itu sebagai tulisan Jawi. Perkataan Jawi juga dikaitkan dengan istilah tanah Jawi, turun Jawi, kitab Jawi, ulama Jawi, orang Jawi, masuk Jawi dan sebagainya. Secara kesimpulan, dapat dijelaskan bahawa, istilah Jawi ialah nama yang diberikan kepada seluruh bangsa di Kepulauan Melayu; manakala bahasa yang digunakan ialah bahasa Jawi dan tulisannya dinamakan sebagai tulisan Jawi. Sekarang anda sudah mengetahui asal usul perkataan Jawi. Dengan menggunakan perspektif anda sendiri cuba nyatakan apa yang dimaksud dengan ungkapan tulisan Jawi? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ Perkembangan tradisi penulisan di Alam Melayu ada peringkat awal di Alam Melayu, tulisan dianggap sebagai kuasa magis dan ketuhanan kerana tulisan dianggap perkara yang unik dan tidak ramai dalam kalangan rakyat yang menguasainya. Wujudnya beberapa kerajaan di bumi Melayu seperti Sriwijaya dan Melayu pada zaman pra-Islam sudah tentu memerlukan sistem tulisan untuk melicinkan urusan pentadbiran negara dan perhubungan luar. Hal ini demikian kerana, Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan besar yang bergantung kepada lautan dan menjadi maritime power. Justeru, mereka banyak berhubung dengan masyarakat asing yang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan dalam urusan perdagangan mereka. Pada peringkat awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu, iaitu kira-kira pada abad ke-12 M, masyarakat Melayu tidak mencipta tulisan Jawi serta merta. Sebaliknya, mereka menggunakan skrip Jawi yang sedia ada bagi tujuan penulisan. Batu Bersurat Terengganu merupakan dokumen awal bukti penggunaan tulisan Jawi di Alam Melayu. Menurut Muhammad Naquib al-Attas, batu bersurat tersebut ditulis pada tahun 702 H, bersamaan tahun 1303 M.Sejarah Tulisan Jawi 1 4 Perkembangan tulisan Jawi di Nusantara ejak agama Islam mula bertapak di Nusantara atau di Alam Melayu, tulisan Jawi mula berkembang dan hidup bersama-sama masyarakat Melayu. Menurut catatan sejarah, tulisan Jawi pertama ditemui di Tanah Melayu pada abad ketiga Hijrah (Amat Juhari Moain, 1996). Tulisan Jawi muncul seiring dengan kedatangan Islam ke Indonesia pada abad pertama Hijrah. Kedatangan Islam ke Indonesia mengubah

kehidupan masyarakat dengan meninggalkan amalan-amalan animisme dan mengambil Islam sebagai satu cara hidup. Budaya ilmu yang dibawa oleh Islam mengeluarkan mereka daripada kejahilan kepada kebenaran. Tulisan Jawi memainkan peranan penting bagi menyokong perkembangan Islam. Perkembangan dan penguasaan tulisan Jawi di Indonesia mengambil masa yang lama disebabkan masyarakat setempat yang sudah sebati dengan kepercayaan pengaruh agama Hindu-Buddha. Namun, penerimaan Islam menjadikan penduduk setempat dapat menguasai tulisan Jawi. Sebelum wujudnya tulisan Jawi di Nusantara, telah muncul satu bentuk tulisan daripada pengaruh Dewanegara yang digunakan oleh orang Palava di India dan negeri-negeri lain seperti di Sumatera Selatan, Campa, Ligor dan Jawa. Bukti wujudnya tulisan Palava dapat dilihat pada prasasti Kota Kapor di Bangka, Sumatera Selatan yang wujud pada abad ketujuh Masihi. Selain di Kota Kapor, terdapat juga bukti penggunaan tulisan Palava seperti di Sajametra, Manju Shriga, Bukateja, Syang Hyang Winbtang, dan Dangpu Hawang Glis. Menurut J.G Casparis, tulisan Palava yang terdapat di Kepulauan Melayu boleh dibahagikan kepada dua zaman, iaitu zaman Palava Awal dan zaman Palava Kemudian. Tulisan zaman Palava awal mempunyai ciri-ciri tulisan India Selatan dan Sri Lanka. Sebaliknya, tulisan Palava kemudian menyerupai tulisan Kawi awal seperti yang terdapat pada Inskripsi Jawo Kuno dalam pertengahan abad ke-8. Skrip Palava Awal yang dijumpai di Kepulauan Melayu ditulis dalam bahasa Sanskrit, sementara skrip Palava Kemudian, terutama yang terdapat pada Inskripsi Srivijaya yang menggunakan bahasa Melayu Tua. Selain Palava, terdapat sejenis tulisan lain yang terdapat di Sumatera, iaitu tulisan Rencong atau Rencang. Tulisan ini digunakan secara meluas di daerah Sumatera Utara dan Sumatera Selatan seperti di Bengkulu, Minangkabau, Tapanuli. Tulisan ini digunakan untuk merakamkan cerita rakyat, peraturan, adat, soal keagamaan dan hal-hal lain. Di Jawa pula terdapat tulisan Jawa Kuno yang dikenali sebagai tulisan Kawi. Sejarah Tulisan Jawi 1

5 Perkataan Kawi yang diambil daripada perkataan Sanskrit bermakna penyair. Tulisan ini digunakan dengan meluasnya di Jawa dengan beberapa penyesuaian terutama bagi menghasilkan kesusasteraan Jawa. Lazimnya tulisan Jawi dikaitkan dengan agama Islam. Walaupun kedatangan agama Islam ke Alam Melayu masih lagi kabur, namun terdapat beberapa buah prasasti yang menunjukkan bahawa Islam wujud di Asia Tenggara sejak lama dulu. Antara bukti yang menunjukkan wujudnya Islam di Nusantara ialah penemuan batu nisan makam Syeikh Abdul Qadir Ibn Husain Syah Alam, di Langgar Alor Setar, Kedah, bertarikh 290 H bersamaan 91