Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam

45
STANDARDISASI DAN PERANCANGAN BAHASA DI BRUNEI DARUSSALAM Tajuk Pembentangan: Penggunaan Tulisan Jawi Dalam Pembelajaran Di Negara Brunei Darussalam Oleh: 10b1260 Norhayati binti Mohd. Sufri 10b1155 Nur Atiqah binti Hj Mohammad Salleh @ Hj Imran 10b1261 Nur Ajidah binti Amin 10b1235 Warhidayah binti Yussof 10b1219 Nur Amalina Atikah binti Tahier 10b1222 Siti Nurhazirah binti Zaini

Transcript of Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam

STANDARDISASI DAN PERANCANGAN BAHASA DI BRUNEI DARUSSALAM

Tajuk Pembentangan:Penggunaan Tulisan Jawi Dalam Pembelajaran

Di Negara Brunei Darussalam

Oleh:

10b1260 Norhayati binti Mohd. Sufri

10b1155 Nur Atiqah binti Hj Mohammad Salleh @ Hj Imran

10b1261 Nur Ajidah binti Amin

10b1235 Warhidayah binti Yussof

10b1219 Nur Amalina Atikah binti Tahier

10b1222 Siti Nurhazirah binti Zaini

Isi kandungan

• Pengenalan• Permasalahan kajian• Objektif kajian• Metodologi kajian• Skop kajian• Latar belakang kajian• Isu dan Cabaran• Tindakan • Kesimpulan • Cadangan

• Tulisan Jawi mula diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam sejak abad ke-15 sejajar dengan kedatangan agama Islam ke Brunei dan telah menjadi salah satu sistem tulisan rasmi yang digunakan di negara ini.

• Penggunaannya tidak terhad dalam bidang pendidikan sahaja.

• Ini membuktikan kepentingan tulisan Jawi itu semakin dipandang tinggi, apatah lagi penggunaan tulisan Jawi dijadikan satu komponen dalam kurikulum Bahasa Melayu yang menekankan bidang bacaan, ejaan dan tulisan.

PENGENALAN

• Namun, terdapat permasalahan yang dihadapi dalam penggunaannya terutamanya pada sistem ejaannya. Oleh kerana ejaan Jawi perlu selaras dengan perkataan Bahasa Melayu, maka timbulnya kekeliruan di kalangan penggunanya terutama para guru dan pelajar.

• Ini disebabkan sistem ejaan Jawi yang belum disempurnakan dan sistem huruf Jawi yang belum diselaraskan sepenuhnya dengan menggunakan Sistem Ejaan Jawi Za’ba yang telah diperkenalkan di negara ini.

• Persoalan kajian ialah membincangkan sejauh mana penggunaan tulisan Jawi digunakan di negara ini, adakah terdapat isu dan cabaran dalam pelaksanaan serta penggunaannya?

PERMASALAHAN KAJIAN

• Untuk mengetahui perancangan-perancangan yang telah dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan penggunaan tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam.

• Untuk meneliti dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaannya.

• Untuk mengetahui apakah tindakan yang telah dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat.

OBJEKTIF KAJIAN

Metodologi Kajian• Menggunakan dua kaedah iaitu kaedah primer dan kaedah sekunder.

Kaedah primer iaitu memperolehi data-data melalui temubual mengumpulkan butiran maklumat. Seramai 6 orang telah ditemu bual untuk membantu kajian iaitu: Hj Alias dari Jabatan Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, DBP

Brunei Norlenney binti Haji Mohamed Yusuf Masni binti Moktal (Bahagian Peristilahan) Shahrum bin Hj Abdul Latif Prof. Madya Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu

• Selain daripada itu, seramai 86 orang pelajar juga telah diberi soalan bertulis, setiap pelajar diberi perkataan bertulisan Rumi untuk dieja dalam tulisan Jawi. Pengkaji juga menemubual guru dan pelajar bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengetahuan Jawi dan mengenal pasti kesukaran-kesukaran yang selalu dihadapi oleh para pelajar.

METODOLOGI KAJIAN

• Berikut adalah jumlah pelajar untuk membantu kajian:Pelajar Sekolah Rendah: 10 orang Pelajar Sekolah Menengah: 36 orang Mahasiswa Universiti Brunei Darussalam: 40

orang

• Kaedah sekunder pula ialah kaedah kepustakaan. Dalam usaha untuk mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian, bahan-bahan yang terdapat diperpustakaan telah dimanfaatkan, antaranya ialah bahan-bahan bercetak seperti buku, artikel dan tesis yang berkaitan dengan permasalahan kajian.

Skop Kajian

• Kajian ini akan memfokuskan kepada penggunaan tulisan Jawi dalam bidang pendidikan sahaja yang melibatkan penggunaannya di sekolah-sekolah.

• Selain itu juga, kajian ini akan menumpukan kepada dua agensi kerajaan yang terlibat dalam penggunaan tulisan Jawi dalam pendidikan iaitu Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pengajian Islam di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

SKOP KAJIAN

Sejarah Tulisan Jawi di Brunei

Kemunculannya tulisan Jawi secara langsung dengan kedatangan Agama Islam ke Nusantara, terutamanya digunakan dalam kitab-kitab ternama Agama Islam.

Berasal dari tulisan Arab dan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.

Tulisan jawi merupakan tulisan asal dalam sejarah perkembangan bangsa Melayu. Menurut Sejarah, boleh dikatakan bahawa abad ke-15 hingga ke-18 tulisan jawi menjadi nadi kepada perkembangan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam kerana tulisan jawi bukan sahaja digunakan dalam urusan agama, tetapi juga sebagai tulisan rasmi dalam pentadbiran kerajaan dan perhubungan dengan Negara-negara lain.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Sebagai contoh, dalam abad ke-15 dan ke-16, semua persuratan kerajaan Brunei yang dikirim kepada kerajaan Sepanyol di Manila, Filipina, ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi. Surat-surat kerajaan Sepanyol yang dikirim kepada kerajaan Brunei pula dituliskan dalam bahasa Melayu kerana kerajaan Brunei tidak akan menerima surat yang ditulis lain daripada bahasa Melayu.

Pelajaran Jawi di Brunei

Dengan bermulanya sekolah Melayu pada tahun 1911, semenjak itulah pelajaran Jawi diajarkan.

Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam, selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pendidikan di negara ini telah mengambil keputusan untuk menyerapkan pelajaran Jawi sebagai satu komponen ke dalam kurikulum pelajaran Bahasa Melayu (BM) Sekolah Rendah (Darjah 1 – Darjah 6) dan Menengah (Tingkatan 1 – 3) yang wajib dipelajari oleh semua pelajar di sekolah-sekolah kerajaan dan bukan kerajaan. Walau bagaimanapun, di peringkat sekolah menengah (Tingkatan 4 – 5) tidak diwajibkan penggunaan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam.

• Antara usaha-usaha itu ialah bermula tahun 1991, pelajaran Jawi telah dimasukkan ke dalam kertas peperiksaan Bahasa Melayu berdasarkan memorandum Pengarah Peperiksaan, Bil: BE/DE/C/2 yang bertarikh 11 Jun 1990.

• Selain itu, Sistem Ejaan Jawi telah digunakan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan sejak tahun 1992, sepertimana memorandum Pengarah Perlembagaan Kurikulum kepada Pengarah DBPB Bil: JPKT/17 J2 (36) bertarikh 29 Mei 1996

• Tambahan lagi, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum telah mengadakan beberapa bengkel yang berkaitan dengan pelajaran Jawi. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan terhadap pelajaran Jawi di Negara Brunei Darussalam. Apatah lagi hal ini telah dititahkan oleh KDYMM supaya tahap penguasaan Jawi dipertingkatkan lagi.

• Oleh yang demikian, dengan usaha dan tindakan yang diambil oleh agensi-agensi terlibat, pelajaran Jawi di negara ini semakin berkembang. Walaupun tulisan Rumi mula menggugat tulisan Jawi, hal ini harus dipandang serius juga kerana tulisan Jawi membawa kepentingan dan jasa kepada bangsa Melayu.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei

Dewan Bahasa dan Pustaka adalah salah satu agensi yang turut terlibat dalam melaksanakan sistem pembelajaran di negara ini. Peranan DBP masa kini adalah seperti berikut:

Bertanggungjawab dan mengembangmajukan Bahasa dan sastera Melayu.

Menyelidik, mendokumentasi dan menerbitkan bahan-bahan kebudayaan.

Menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan perpustakaan di seluruh negara.

Mengembangkan budaya ilmu dan membaca di kalangan masyarakat.

• Salah satu tugas DBP, berperanan dalam pelaksanaan penggunaan Jawi di negara ini. Mengenai tulisan Jawi, ianya telah dinyatakan dalam Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil.21/88 iaitu kemestian semua pihak dalam menggunakan dan mempraktikkan tulisan Jawi pada papan tanda di bangunan kerajaan dan badan-badan perniagaan termasuklah papan nama, papan kenyataan, kepala surat, iklan, poster, kain rentang, nama-nama dan tanda jalan dan lain-lain. Dalam surat keliling itu juga dinyatakan bahawa tulisan Jawi hendaklah ditulis dua kali ganda besarnya daripada tulisan Rumi dan diletakkan pada bahagian atas.

• DBP dijadikan sumber rujukan bagi mendapatkan nasihat dan bantuan dalam penggunaan tulisan Jawi yang betul. Maka dengan ini, penggunaan tulisan Jawi yang diajarkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah berpandukan kepada sistem ejaan Jawi yang digunakan oleh DBP. Ini kerana sekolah-sekolah tersebut di bawah Kawalan Kementerian Pendidikan. Setiap langkah yang dibuat oleh DBP untuk memperbaiki dan menguasai ejaan Jawi yang betul akan dipersetujui oleh Kementerian Pendidikan, namun Kementerian Hal Ehwal Ugama mempunyai dasar-dasar tersendiri.

• Sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam usaha pelestarian bahasa Melayu ini termasuklah juga usaha dalam mengekalkan penggunaan tulisan Jawi di Negara Brunei Darussalam. Dewan Bahasa dan Pustaka salah satu jabatan yang memainkan peranan penting dalam melestarikan penulisan jawi selain memartabatkan Bahasa Melayu. Setelah terbentuknya Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa rasmi.Demi memenuhi keperluan dalam mendokong hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi satu bahagian khas khusus dalam menangani perkembangan dan kemajuan Bahasa Melayu telah pun ditubuhkan. Salah satu fungsinya ialah dengan mendaulatkan, memperkasa dan menyebarluaskan tulisan Jawi.

• Menurut sejarah, sekitar abad ke-15 hingga ke-18 tulisan jawi menjadi nadi kepada perkembangan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam.Sejak abad ke-15 tulisan jawi digunakan secara meluas dalam menyampaikan ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu umum dan dalam merekodkan dokumen-dokumen penting. Namun sayangnya dalam arus era globalisasi kini tulisan jawi semakin dipinggirkan. Perubahan zaman teknologi mengakibatkan penggunaan tulisan jawi semakin tergugat dari kemunculan pelbagai kaedah ejaan dan ketidakseragaman ejaan jawi yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna tulisan jawi masa kini terutama impaknya terhadap para pelajar.

Jabatan Pengajian Islam (JPI)

Pada tahun 2002, Jabatan Pengajian Islam ditempatkan sepenuhnya di bawah Kementerian Pendidikan. Namun, pada 1hb Januari 2006 Jabatan Pengajian Islam ditempatkan semula di bawah Kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Antara misi, matlamat dan objektif jabatan ini adalah seperti berikut:

Misi

- Melahirkan pelajar yang kukuh aqidahnya, berkepandaian dan berakhlak mulia melalui Pendidikan Islam yang bersistem, berkualiti dan mantap bersandarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

  Matlamat

- Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam secara formal dan tidak formal bagi pembinaan dan pembentukan insan yang taat berugama, berkepandaian, berakhlak mulia dan taat kepada negara serta pemimpin bagi mendukung falsafah Negara Melayu Islam Beraja.

Objektif

- Mewujudkan sistem Pendidikan Ugama yang kemaskini.

- Menyediakan lebih banyak lagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

- Menyediakan kurikulum yang kemaskini, menyeluruh dan menepati hala tuju pencapaian matlamat, misi dan visi Jabatan.

- Membuat pemantauan yang berkesan dan berterusan ke atas semua jenis persekolahan ugama.

- Meningkatkan kualiti pegawai, guru dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam melalui latihan/ bengkel/ kursus.

• JPI juga berperanan mengawal sistem penggunaan Jawi dalam pembelajaran terutamanya pada sekolah-sekolah agama dan institusi pengajian Islam. Mata pelajaran yang diajarkan lebih kepada pengetahuan agama Islam dan tulisan Jawi digunakan sepenuhnya. Jabatan ini masih menggunakan sistem ejaan Jawi Za’ba lama, yang tidak bersependapat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam menggunakan sistem ejaan Jawi Baru atau dikatakan dikemaskinikan.

SISTEM EJAAN JAWI ZA’BA

• Sumbangan Za’ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian daripada buku yang dinamakan Rahsia Ejaan Jawi itu telah dicetak.

• Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek penyenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menyeragamkan ejaan Jawi.

• Pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang- lebarkan di sana sahaja”.

• Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya

• Terhasilnya sistem Za’ba inilah yang dijadikan panduan awal kepada pengguna tulisan Jawi.

Masalah yang dihadapi oleh DBP:

• Masalah berkenaan tulisan jawi ini sebenarnya sudah lama dibincangkan oleh berbagai pihak terutama dalam bidang pendidikan dan sektor kerajaan.

• Selepas kedatangan orang-orang Eropah ke Tanah Melayu tulisan jawi digunakan seiring dengan tulisan rumi dan juga usaha untuk mengetepikan tulisan jawi dengan menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi negara.

• Sejak itu tulisan jawi mulai tergugat kedudukannya sebagai tulisan utama bagi seluruh Kepulauan Melayu amnya.

ISU DAN CABARAN

• Masalah utama yang paling rumit untuk dicapai adalah

dari segi ejaannya.

• Walaupun kerajaan telah mengeluarkan beberapa arahan

dan surat keliling mengenai tulisan jawi iaitu kemestian

semua pihak dalam menggunakan dan mempraktikkan

tulisan jawi pada papan tanda di bangunan kerajaan dan

badan-badan perniagaan dan tulisan jawi hendaklah

ditulis dua kali ganda besarnya daripada tulisan rumi dan

diletakkan pada bahagian atas sekali tetap juga ejaan jawi

itu tidak dijaga dengan baik kerana masih terdapat

kesilapan dalam ejaannya.

• Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka kini bertambah

mencabar dalam era globalisasi ini, DBP juga perlu sentiasa

‘alert’ dengan keadaan semasa sesuai dengan peralihan

zaman yang semakin canggih.

• Jika dahulu semua tulisan jawi itu mengikut sistem ejaan

Za’ba tetapi sekarang beberapa perubahan telah berlaku

sehingga wujud Sistem Pedoman Ejaan Jawi Yang

Disempurnakan (PEJYD) pada tahun 1986 yang dirumuskan

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur berdasarkan

keputusan Konvensyen Tulisan Jawi tahun 1984.

Masalah yang dihadapi oleh JPI:

Menggunakan sistem ejaan Za’ba

Perubahan kepada sistem ejaan jawi mengelirukan para pelajar terutamanya kanak-kanak.

Masalah ini dianggap kecil namun ia dapat memberi kesan kepada pendidikan yang diterima.

Masalah utama ialah tiada penyelarasan yang berjaya dilakukan.

Tulisan Jawi sudah lama dimartabatkan dan seharusnya mendapat penekanan yang serius agar sistem ejaan jawi itu diselaraskan bagi mengelak kekeliruan.

Perbezaan kokurikulum setiap Jabatan - contohnya Kementerian Pendidikan

Kementerian Pendidikan hanya meminjam guru daripada JPI untuk mengajar Pendidikan Ugama Islam (PUI) dan hanya menggunakan tulisan rumi.

Buku-buku teks bagi PUI disediakan oleh Kementerian Pendidikan dan JPI tidak mempunyai kuasa untuk menjadikan pendidikan tersebut ditulis dalam tulisan jawi.

Buku-buku teks yang berkaitan dengan tulisan jawi seharusnya diselaraskan terlebih dahulu sehinggakan ia memungkinkan kekeliruan terhadap ejaan jawi yang masih belum mendapat kata putus dari pihak yang berkuasa.

• Secara keseluruhannya, prestasi para pelajar tidak seimbang.

• Hampir semua pelajar tidak begitu menguasai sistem ejaan

Jawi baru dengan baik.

• Ini dapat dibuktikan dariapada dapatan kajian bahawa para

pelajar masih melakukan kesalahan dalam ejaan Jawi baru

dan masih belum mampu menguasai sistem ejaan Jawi baru

dengan baik.

• Sebagai contoh kesalahan ejaan dari kata serapan bahasa

Inggeris, kata serapan bahasa Arab, penggunaan huruf alif,

penggunaan huruf hamzah, penggunaan huruf ha dan lain-lain.

PRESTASI PARA PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN DAN PENULISAN TULISAN

JAWI

• Dari segi penguasaan ejaan Jawi, menunjukkan

bahawa para pelajar juga tidak mempunyai

pegangan asas mengeja Jawi dengan baik. Hal ini

mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti

1) Masalah kekeliruan tentang penggunaan ejaan Jawi

lama dan baru

2) Ketidakmantapan para pelajar menguasai sistem

ejaan Jawi baru disebabkan oleh kurangnya waktu

belajar

3) Sikap negatif para pelajar terhadap pelajaran Jawi.

Di antara masalah-masalah adalah seperti berikut:

1) Penggunaan vokal alif dalam ejaan Jawi bagi menggantikan vokal /a/

dalam ejaan Rumi. Kesukaran untuk menentukan bila mereka perlu

menterjemahkan vokal /a/ kepada vokal alif atau sebaliknya. Contoh:

perkataan ‘saya’ dan ‘dada’. Vokal /a/ pada perkataan ‘saya’ tidak

diterjemahkan dengan vokal alif manakala berlaku pada perkataan

‘dada’.

2) Kesukaran dalam mengenal pasti dan menulis perkataan Jawi yang

berasal dari perkataan-perkataan serapan bahasa Arab.

3) Kesukaran untuk menulis perkataan-perkataan yang mempunyai huruf

hamzah. Contoh dalam perkataan ‘ke arah’ dan ‘malaikat’.

Masalah-Masalah Dan Kekeliruan Yang Terdapat Dalam Pembelajaran Jawi Mengikut Pandangan

Para Pelajar

4) Masalah dalam menulis perkataan yang berasal dari serapan bahasa Inggeris ke dalam ejaan Jawi. Contoh: semua huruf ‘k’ dalam perkataan serapan bahasa Inggeris ditukar kepada huruf kaf dalam ejaan Jawi. Contoh perkataan kritik.

5) Kekeliruan para pelajar dalam penggunaan huruf qaf dan kaf bagi menterjemah huruf k.

6) Kesukaran dalam mengingati kaedah-kaedah dalam penulisan sistem ejaan Jawi baru.

7) Kesukaran untuk menentukan sama ada menggunakan huruf ha atau ha simpul bagi menterjemah huruf h.

8) Kesukaran dengan kemasukan imbuhan dalam perkataan asal.

9) Keliru dalam meletakkan titik pada huruf nya sama ada ditulis di atas atau di bawah.

10) Kesulitan dalam membentuk ayat-ayat dalam tulisan Jawi.

11) Kurang penggunaan yang menyebabkan sukar untuk mempelajarinya.

Tindakan yang dirancang untuk menangani masalah

Langkah-langkah yang dilakukan oleh DBP:

• Menubuhkan Jawatankuasa Sidang Pakar Pedoman Ejaan Jawi - Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Ahli-ahli Jawatankuasa Sidang Pakar antaranya :-

Dewan Bahasa dan Pustaka Pendidikan Jabatan Pengajian Islam Pusat Dakwah Jabatan Mufti

• Pada tahun 2012 satu bengkel telah diadakan iaitu dengan memanggil pakar-pakar untuk mengkaji pedoman ini.

• Menjalankan usaha penyelarasan ejaan Jawi iaitu pedoman dan tulisan yang ditangani oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana DBP mempunyai seksyen Jurutulis Jawi Kanan dan dua orang jurutulis Jawi.

• Pedoman yang ditangani oleh DBP ialah sistem dan tulisan antaranya mengadakan bengkel tulisan kepada guru-guru.

• Perancangan pelaksanaan pedoman ini telah dibuat akan tetapi ia perlu disemak yang bertujuan untuk penerimaannya kepada pengguna kerana terdapat beberapa perkara yang berbangkit yang memerlukan pengubahsuaian dan dikemaskini.

• Seminar Persidangan Kebangsaan Ejaan Jawi (PKEJ) ini diselengarakan oleh tiga kementerian iaitu:-

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan

(Dewan Bahasa dan Pustaka) Kementerian Pendidikan dan Kementerian

Ugama.

• Seminar tersebut diadakan pada tahun 2012 dan terdapat beberapa resolusi tertentu, salah satunya mengadakan Jawatan Kuasa Kebangsaan untuk penyelarasan.

• Mengadakan Peraduan menulis jawi.

Menggalakkan orang yang berbangsa Melayu dan bukan Melayu mengikuti peraduan menulis Jawi di pesta buku.

Majlis MIB telah mengundang warga DBP untuk mengadakan peraduan tulisan Jawi melalui majlis tersebut sebagai langkah mengembangkan tulisan jawi.

Terdapat beberapa usaha untuk mencari jalan penyelelesaian bagi melaksanakan perancangannya, tinggal sahaja pihak-pihak tertentu menjalankan perlaksanaan perancangan tersebut.

Langkah-langkah yang dilakukan oleh JPI:

• Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman telah menekankan kepentingan tulisan jawi dalam Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kesembilan Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

• Inisiatif telah dijalankan bagi menubuhkan satu jawatankuasa penyelarasan ejaan jawi yang terdiri daripada tiga orang pegawai dari Kementerian Kebudayaan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

• Penyelarasan ejaan jawi akan dilakukan sebelum menerbitkan buku-buku di masa yang akan datang bagi mengelakkan masalah yang terdahulu berbangkit.

• Penekanan telah dibuat, sekiranya masih lagi terdapat kesalahan dalam menulis ejaan jawi, pihak yang berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mewujudkan satu rang undang-undang bagi mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan apabila menulis dalam tulisan jawi.

• Pihak Jabatan Pengajian Islam turut mengadakan kursus-kursus kepada pegawai-pegawai Kerajaan agar sentiasa mengetahui sistem ejaan jawi dengan berpandukan sistem ejaan zaaba.

• Ia bertujuan agar dapat membantu para guru-guru yang telah berkhidmat dengan Kerajaan malahan bagi membimbing bakal-bakal guru agar mengetahui sistem ejaan jawi di bawah pimpinan Jabatan Pengajian Islam.

• Pihak jabatan juga telah menyediakan buku-buku teks yang mudah difahami oleh kanak-kanak yang belajar di sekolah ugama, kemudian menggantikan buku-buku teks lama.

• Langkah-langkah yang telah diambil oleh Pihak Jabatan ialah dengan mengadakan peraduan-peraduan menulis Jawi dan menggalakkan kanak-kanak untuk membaca dalam tulisan jawi.

• Taklimat bimbingan tulisan Jawi kepada guru-guru agama JPI

• Bengkel Seni Khat bagi mengembangkan lagi penggunaan tulisan Jawi di samping untuk mempelbagaikan lagi penggunaan tulisan Jawi.

Antaranya adalah:

• Memberi pendedahan lebih mengenai sistem ejaam Jawi baru, mendedahkan kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi.

• Menyerapkan penggunaan Jawi dalam pembelajaran misalnya menukarkan ejaan Rumi kepada ejaan Jawi.

• Mempelbagaikan aktiviti pengajaran Jawi agar pelajar lebih tertarik.

• Memberi perhatian lebih dan membantu pelajar yang bermasalah dengan pelajaran Jawi; membetulkan dan menerangkan kesalahan pelajar.

Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Guru

• Meluaskan pembacaan Jawi pelajar seperti merujuk kepada buku, kamus, majalah dalam tulisan Jawi.

• Memberikan latihan penggunaan sistem ejaan Jawi baru supaya pelajar mahir menggunakannya.

• Mengadakan ujian bertulis dan lisan dalam petikan Rumi dan Jawi.

• Mengadakan kursus, seminar atau bengkel penggunaan ejaan Jawi yang betul.

• Berdasarkan kepada analisis-analisis yang dilakukan, jelas menunjukkan bahawa sistem Ejaan Jawi di Negara Brunei Darussalam khususnya di sekolah-sekolah menghadapi masalah ketidakseragaman. Antara sebabnya adalah sistem yang digunakan oleh pihak-pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan(DBP) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama(JPI) menggunakan sistem ejaan yang berlainan. Oleh yang demikian, kerjasama dari ketiga-tiga kementerian ini adalah sangat penting bagi menyelesaikan masalah ini.

• Pengguasaan terhadap Jawi perlu dipertingkatkan dan diperbaiki lagi bagi mengekalkan warisan bangsa serta untuk mencapai tahap yang diinginkan.

KESIMPULAN

• Memandangkan tahap pemahaman dan prestasi para pelajar pada penggunaan tulisan Jawi adalah lemah, maka ini perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan memberi lebih banyak pendedahan dan latihan.

• Memberi pendedahan yang lebih kepada semua guru pendidikan Islam dan bahasa Melayu mengenai dengan sistem ejaan Jawi terkini agar mereka boleh mengajar dengan betul dan mengelakkan kekeliruan.

• Perhatian lebih perlu diberikan terhadap kaedah ejaan yang mengelirukan untuk difahami. Ini kerana terdapat perbendaharaan kata yang mengelirukan sama ada perkataan yang berasal dari bahasa melayu, serapan bahasa Inggeris atau serapan bahasa Arab.

CADANGAN

• Memperbanyak latihan menterjemah terutama sekali dalam perkataan-perkataan yang mempunyai huruf /a/, /k/, hamzah dan sebagainya.

• Pengajar perlu sentiasa prihatin terhadap kekeliruan pelajar dan membuat pemerhatian terhadap pola-pola yang sering menimbulkan kesukaran bagi tujuan mempermudah pengajaran dan pemahaman tulisan jawi.

• Sentiasa memantau dan menganalisa kesalahan-kesalahan dalam penulisan tulisan jawi pelajar.

• Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Pengajian Islam perlu meningkatkan kerjasama bagi menitikberatkan sistem ejaan Jawi baru. Oleh itu, sistem ejaan Jawi dapat diselaraskan dengan baik dan untuk mengelakkan kekeliruan terhadap pelajaran Jawi.

• Meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka dalam mencari jalan untuk meyelesaikan masalah ketidakselarasan Sistem Ejaan Jawi terutamanya di sekolah rendah dan sekolah ugama bagi menggelakkan kekeliruan di kalangan pelajar.

• Mengadakan taklimat dan bengkel kepada guru-guru agama dan seterusnya melakukan ujian serta pemantauan untuk menilai tahap kemahiran mereka dalam sistem Jawi agar mereka tidak melakukan kesilapan dan memberi kesan terhadap pembelajaran kepada pelajar.

• Mengadakan lebih banyak aktiviti yang melibatkan guru dan pelajar yang berkaitan dengan Jawi seperti peraduan dan pertandingan.

Abd. Hamid Hj Mohamad. 2006. Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan:Satu Kajian

Kes Di Kalangan Murid Darjah VI Di Emapat Buah Sekolah Rendah Di Mukim

Tutong. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan bahasa Melayu, Institut Pendidikan

Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam.

Dk. Mariam Pg. Hj. Matarsad (1982). Masalah tulisan Jaawi di sekolah rendah dan

maktab: Pengajaran dan penggunaanya. Kertas Kerja Seminar Penyibaran dan

Peningkatan Tulisan Jawi. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. 29-31 Julai.

Effiyanna Hj Awg Besar.2009.Pengguasaan Ejaan Jawi Terkini dalam kalangan murid

tahun VI Sekolah Rendah ST. Margaret School Seria: Satu Perbandingan. Latihan

Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Sultan Hassanal

Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam.

Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan Dalam Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

RUJUKAN

Ismail Dahaman (Penyusun) (1996). Pedoman ejaan dan sebutan dan sebutan

bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Jabatan Perkembangan Kurikulum. (2005). Pelajaran Jawi dalam sistem

pendidikan negara. Laporan Unit Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan

Negara Brunei Darussalam.

Kang Kyoung Seock (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat

Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pedoman Umum Ejaan Jawi.2011.Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sarinah Hj Abdul Wahid.2007. Pengguasaan Sistem Ejaan Jawi Baru dalam

Penulisan di Kalangan Murid Darjah 6, Sekolah Rendah Mohammad Alam

Seria. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, Institut

Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah:Universiti Brunei Darussalam.

Zainal Abidin Ahmad.2000.Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sekian

Terima Kasih