peranan tulisan jawi

Click here to load reader

  • date post

    29-Dec-2015
  • Category

    Documents

  • view

    171
  • download

    4

Embed Size (px)

description

penulisan ilmiah

Transcript of peranan tulisan jawi

  • Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

    PERANAN TULISAN JAWI DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA 1

    Hashim Hj. Musa

    Pendahuluan: Melaka sebagai Pusat Tamadun Islam Dunia Kurun ke-9H/ 15M

    Empayar Melaka pada pertengahan kurun ke- 15 M merupakan kemuncak kegemilangannya, terutamanya pada zaman Sultan Mansur Syah yang menaiki takhta sekitar tahun 1456 (Muhammad Yusoff Hashim, 1989:114). Tiga tahun sebelum itu iaitu 1453 kerajaan Islam Uthmaniyyah telah menawan bandar Constantinople/Istanbul daripada Kerajaan Romawi Timur menandakan kemasukan Islam ke Eropah timur. Namun pada tahun 1492 iaitu 36 tahun kemudian, kerajaan Islam di Sepanyol telah dimusnahkan oleh kerajaan Kristian, menandakan kehancuran kuasa orang Islam di Eropah barat sehingga kini.

    Sesungguhnya, Melaka bersama Pasai dalam abad ke-15 telah menjadi pusat kebudayaan Melayu Islam yang terkemuka di dunia dan menjadi nadi pengajaran dan penyebaran Islam ke seluruh Asia Tenggara. lstana Sultan menjadi semacam madrasah dan maktabah; pusat

    0/

  • Peranan Tulisan jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

    pengajian, pusat penyalinan, penterjemahan, dan perpustakaan bagi khazanah persuratan Melayu Islam. Kitab-kitab Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, al-Durr al-Manzum dan tentu sekali banyak lagi yang lain, tersalin/tersimpan di sini, manakala kitab Bahr Lahut karangan Sheikh Abdullah Arif (1177 M) dikatakan oleh Wan Muhammad Shaghir ( 1996: 1-2) telah diMelayukan di Melaka pada zaman mi.

    Ulama-ulama daripada Timur Tengah, Parsi, India dan lain-lain, antaranya Makhdun Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadhi Yusuf, Mualana Yusuf, Maulana Sadar Johan dan Maulana Jalaluddin telah mengunjungi atau menetap di Melaka untuk mengajar bangsawan dan pembesar Melaka termasuklah sultan sendiri (Sejarah Melayu, Ms Raffles No 18, 1998: 122, 183, 185). Jawatan Qadhi dan Faqih menduduki barisan depan pembesar Melaka. Pelajar-pelajar daripada kawasan lain di Kepulauan Melayu belajar di Melaka dan apabila kembali ke tempat masing-masing telah menjadi pendakwah Islam dan ada yang menubuhkan pusat pengajian mereka sendiri, termasuklan beberapa tokoh Wali Songo Jawa iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri (R. 0. Winstedt, 1977:85).

    Melaka juga pada masa itu merupakan antara pelabuhan yang tersibuk di dunia, seperti yang dinyatakan oleh Tom Pires pencatat rasmi kerajaan Portugis ketika itu:

    "No trading port as large as Malacca is known nor anywhere they deal in such fine and highly prized merchandise. (Tiada pelabuhan yang sebesar Melaka diketahui dan tiada yang berdagang barangan yang secantik dan semahal itu)." (Suma Oriental of Tome Pires, Armando Cortesao, 1944:286).

    Simon Elegant dalam Far Eastern Econmic Review, IO Jun, 1999:45, telah menegaskan tentang Melaka (Terjemahan):

    "Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia ... Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil, Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis; bandar raya dengan 100,000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di

    87

  • Jurnal Pengajian Melayu, jilid 16, 2005

    pasar. Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan asing seadilnya."

    Demikianlah Melaka pada masa itu benar-benar pusat tamadun Melayu Islam yang telah mencapai taraf dunia, dengan organisasi dan institusi sosial dalam bidang ekonomi, politik, pentadbiran, pendidikan, dan agama Islam yang kukuh dan berwibawa. Ini bermakna dalam masa sekitar 50 tahun selepas pembukaannya, para pemimpin dan rakyat jelatanya telah berjaya membina negara dan tamadun Melayu Melaka sebagai sebuah negara bertaraf dunia pada ketika itu. Asas yang menjadi tunjang tamadun itu ialah budaya Melayu, agama Islam, dan bahasa Melayu (dengan tulisan Jawi) sebagai wadah persuratan, perakaman dan pewarisan segala khazanah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaannya.

    Tulisan Jawi dan kedatangan Islam di Kepulauan Melayu

    Tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab yang tiba ke Kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam. Sememangnya sejarah penggunaan tulisan Jawi amat rapat dengan sejarah kemasukan dan penghayatan Islam di seluruh Kepulauan Melayu amnya dan di Malaysia khususnya.

    Tulisan Jawi dicipta oleh orang Melayu dengan berasaskan huruf Arab, untuk mengeja bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa agama Islam walaupun sebelum ini bahasa Melayu sudah mempunyai ejaan Kawi. Ini adalah kerana tulisan Jawi lebih serasi untuk melambangkan bunyi istilah-istilah agama Islam yang kebanyakannya bersumberkan al-Qur'an dan al-Hadith yang wajib disebut secara betul supaya tidak berlaku perubahan bunyi yang mudah terjadi jika dieja dalam tulisan Rumi dan dapat menjejas keimanan, seperti bagi istilah-istilah berikut kalau dieja dengan tulisan Rumi:

    88

  • Peranan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Islam Di Malaysia

    Jawi Rumi Makna dalam Rumi

    01_,J Quran/Kuran surat akhbar ..:...;W. Sabit sejenis parang .r-LA;; Takbir takbir sepatutnya ta'bir

    t!:~ Tasyrik yang disyirikkan - Khusuk kusuk (masai)

    Kesimpulannya, sememangnya datuk nenek orang Melayu dahulu apabila memeluk agama Islam dengan penuh kebijaksanaan dan dengan taufik hidayat Ilahi, mereka telah mencipta tulisan Jawi untuk merakamkan persuratan Islam dan menggunakannya selama hampir 1000 tahun (berbanding dengan tulisan Rumi hanya sekitar 50 tahun) supaya dapat memelihara kemurnian ajaran al-Quran dan al-Hadith demi ketakwaan dan keredaan Ilahi.

    Dalam sejarah penyebaran agama Islam ada beberapa bahasa yang telah dijadikan bahasa agama Islam dengan penggunaan sistem tulisan yang diasaskan daripada skrip Arab, antaranya ialah bahasa Parsi, bahasa Turki, bahasa Swahili (Afrika), bahasa Urdu, dan bahasa Melayu.

    89

  • ]urnal Pmgajian Melayu, Ji/id 16, 2005

    Daripada bahasa-bahasa itu yang masih kekal dengan skrip Arab ialah bahasa Parsi dan bahasa Urdu selain daripada bahasa Arab sendiri, manakala bahasa Turki, bahasa Swahili dan bahasa Melayu sudah mengambil tulisan Rumi. Bahasa Melayu hanya menggunakan skrip Arab/Jawi dalam bidang agama ataupun oleh orang-orang lama yang masih nostalgia dengannya seperti Utusan Melayu. Demikianlah suasana yang ada kini.

    Dari segi sejarah sumber skrip Arab berpunca daripada keluarga skrip Semitik daripada cabang Semitik Utara yang menurunkan keluarga kecil Aramaik dan seterusnya skrip Nabataen dan akhirnya kepada skrip Arab. Manakala tulisan Rumi berasal daripada tulisan Eropah, iaitu seperti rajah berikut:

    Penurunan Tulisan Jawi Dan Tulisan Rumi Bahasa Melayu

    Skrip Semitik Purba

    Skrip Semitik Utara Skrip Semitik Selatan Skrip Ethiopik

    Skrip Skrip Skrip

    Paleo-Hebrew Aramaik PhoenU

  • Peranan Tu/isan jawi Da/am Perkembangan Islam Di Malaysia

    Bahasa Melayu sebelum menggunakan tulisan Jawi untuk mencatatkan agama Islam, telah menggunakan beberapa sistem tulisan yang lain yang telah digunakan oleh masyarakat Melayu pada masa itu, antaranya ialah sistem tulisan Kawi dan sistem tulisan Rejang (Sumatra). Penggunaan tulisan Kawi terdapat dalam dua contoh batu bersurat iaitu satu di Minyak Tujuh Aceh bertarikh 1380 M dan satu lagi ialah Batu Nisan Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas, Sungai Ujung, Negeri Sembilan bertarikh 1463 (sila lihat gambar batu bersurat tersebut yang terlampir). Batu nisan Ahmad Majunun mempunyai dua sistem tulisan sekali gus iaitu tulisan Kawi dan tulisan Jawi. Penggunaan tulisan Kawi ini menunjukkan dengan jelas zaman transisi dari zaman dominasi Hindu-Buddha kepada zaman pemerkasaan Islam sepenuhnya apabila tulisan Jawi digunakan secara meluas di seluruh Kepulauan Melayu.

    Tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, mungkin ada dua arah ketibaannya. Pertama ialah ketibaan daripada arah Timur iaitu daripada negara China. Syed M. Naquib al-Attas (1969) menyebut tentang catatan pengembara China yang menyatakan bahawa pada tahun 55 H I 674 M sudah ada penempatan orang-orang Islam di Sumatra Timur iaitu di San Fu Chi (Srivijaya). Penghijrahan dan penempatan yang lebih besar mungkin berlaku apabila orang-orang Islam, yang sudah bermastautin di Negeri China sejak awal Hijrah lagi, telah berpindah akibat daripada kekacauan yang berlaku pada zaman RajaJi-Tsung. Mereka telah turun ke bahagian selatan dan menubuhkan kawasan-kawasan penempatan baru di Kalah (Kedah) sekitar tahun 878 M (S. Q. Fatimi, 1963:69) dan di sekitar Palembang sekarang (Syed M. Naquib Al-Attas, 1969: 11). Beberapa buah batu bersurat dalam tulisan Arab telah dijumpai pada awal kurun 5 H I 11 M membuktikan arah kedatangan dan penempatan Islam daripada arah Timur iaitu China; batu nisan Champa di Vietnam Selatan bertarikh 431 H I 1039 M, batu nisan di Pekan Pahang bertarikh 419 H I 1028 M, batu nisan al-Mukhdarah di Brunei bertarikh 440 H I 1048 M, batu nisan Fatimah di Leran Surabaya bertarikh 475 H I 1082 M dan batu bersurat di Kuala Berang Terengganu 702 HI 1303 M.

    Satu lagi kemungkinan arah kedatangan Islam ialah dari Barat, sama ada secara langsung daripada tanah Arab ataupun melalui Parsi dan India. Berdasarkan catatan Arab/Parsi/India oleh Abu Ishak Makarani al-Fasy, (lihat N.A. Baloch, Advent of Islam in Indonesia, 1980:17 dan

    91

  • jurnal Pengajian Melayu, jilid 16, 2005

    Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990:37) Islam mula-mula bertapak di Perlak Sumatra dengan kerajaan Islam pertama dirnbuhkan sekitar 225 H I 840 M oleh rajanya yang pertama Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Shah anak kepada seorang Arab Qu