Sejarah an Tulisan Jawi

download Sejarah an Tulisan Jawi

of 25

Transcript of Sejarah an Tulisan Jawi

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    1/25

    Page | 1

    ISI KANDUNGAN

    1.0 Sejarah tulisan jawi dan khat di Malaysia

    1.1 Sejarah Tulisan Jawi..4

    1.1.1 Ciri-Ciri Tulisan Jawi.71.1.2 Sistem Ejaan Jawi.8

    1.2 Sejarah Tulisan Khat

    1.2.1 Sejarah Khat di Malaysia..10

    1.2.2 Kepentingan Mempelajari Seni Khat..11

    2.0Transkrip sebuah cerpen kepada tulisan jawi

    2.1 Cerpen tulisan Rumi.11

    2.2 Cerpen tulisan Jawi..13

    3.0 Ilmu Tajwid

    3.1.1 Pengenalan Ilmu Tajwid16

    3.1.2 Sejarah Ilmu Tajwid17

    3.1.3Tokoh Ilmu Tajwid Tempatan18

    3.1.4 Hukum dan Kaedah membaca Basmallah dan Istiazah..20

    4.0 Kesimpulan..22

    5.0 Lampiran..23

    6.0Bibliografi.25

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    2/25

    Page | 2

    Penghargaan

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Pertama sekali saya

    ingin ucapkan terima kasih kepada Ustaz Nik Hassan Bin Seman kerana memberi

    tugasan ini kepada kami. Syukur saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada

    masanya dan saya berharap hasil kerja ini dapat keputusan yang baik. Saya ingin

    mengucapkan terima kasih kepada ibu saya dalam memberi dorongan menyiapkan

    tugasan ini, seterusnya kepada rakan-rakan saya yang mana kami bersama-sama

    berbincang, memerah otak dan membuat rangka atau hasil kasar untuk tugasan ini.

    Oleh itu, sekiranya terdapat persamaan didalam hasil kerja ini diharapkan dimaafkan.

    Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah dan rakan guru pelatih

    yang mana telah menjayakan kepada penyiapan tugasan ini sama ada secara

    langsung atau tidak langsung. Malalui tugasan yang diberi ini saya telah memepelajari

    dengan lebih banyak maklumat mengenai sejarah tulisan jawi dan khat dan

    kepentingannya dalam kehidupan harian serta yang paling utama ialah dalam

    pembelajaran.

    Sekian,terima kasih.

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    3/25

    Page | 3

    Pendahuluan

    Tulisan jawi merupakan tulisan asal dalam sejarah perkembangan bangsa

    Melayu.Menurut Sejarah,boleh dikatakan bahawa abad ke-15 hingga ke-18 tulisan jawi

    menjadi nadi kepada perkembangan Bahasa Melayu kerana bahasa jawi bukan sahaja

    digunakan dalam urusan agama,tetapi juga sebagai tulisan rasmi dalam pentadbiraan

    kerajaan dan perhubungan dengan Negara-negara lain.Semua persuratan ditulis

    dengan bahasa melayu dalam tulisan jawi.Tulisan Melayu atau Tulisan Al-Quran itu

    adalah sumber ilmu pengetahuan Islam kerana kitab islam bahasa melayu dan kitab

    islam ditulis dengan huruf melayu dan huruf Al-Quran

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    4/25

    Page | 4

    1.0 Sejarah tulisan Jawi dan Khat di Malaysia

    1.1 Sejarah Tulisan Jawi

    PERKATAAN yang baik umpama pohon yang baik, akarnya mencengkam tanah,

    pohonnya menjulang ke langit, ia menghasilkan buahnya pada setiap musim. Intisari

    maksud daripada surah Ibrahim ayat 25. Pohon yang tinggi memerlukan akar yang

    kukuh. Tanpa akar, pohon akan rebah ke bumi. Dengan akar juga ia menyerap

    makanan agar kehidupan dapat diteruskan sehingga ke hujung hayatnya.

    Bahasa Melayu umpama pohon, tulisan Jawi pula umpama akar. Melalui tulisan Jawilah

    bahasa Melayu membina kekuatannya pada zaman kegemilangan kesusasteraan

    Melayu. Akar kekuatan tulisan Jawi terletak kepada sistemnya yang dinamik dan

    berpotensi menerima perkembangan.Hubungan antarabangsa Arab dengan umat

    Melayu telah bermula sejak sebelum kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti

    perdagangan. Sesudah Islam menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan itu

    menjadi semakin erat. Orang Arab yang datang bermukim di Alam Melayu bertambah

    ramai. Sebahagiannya datang untuk berniaga manakala yang lain untuk berdakwah.

    Demikian juga orang Melayu yang pergi ke Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan

    untuk mempelajari agama (Hamdan 1999: 1).

    Syed Naquib al-attas (1969 :11) menyebut tentang catatan pengembara Cina yangmenyatakan bahawa pada tahun 55 Hijrah 672 Masihi sudah ada penempatan orang

    Islam di Sumatera Timur.Beliau menyatakan sedemikian kerana kemungkinan

    perpindahan orang Islam yang sudah bermastautin di negeri China sejak abad pertama

    akibat daripada kekacauan politik yang berlaku di China pada zaman Raja Hi-Tsung.

    Menurut Fatimi (1963:69) dan S.M.N. alAttass (1969 :11) orang Islam yang berpindah

    dari Canton telah turun ke Selatan dan menubuhkan kawasan-kawasan penempatan di

    Kalah Kedah pada sekitar tahun 878 Masihi dan di Palembang.Penempatan yang sama

    berlaku di tempat lain seperti yang dibuktikan oleh peninggalan dan inskripsi Jawi di

    Champa,Kampuchea bertarikh 431 Hijrah 1039 Masihi .Othman Mohd.Yatim dan Abdul

    Halim Nasir (1990:12-16) juga telah menyatakan terdapat penemuan inskripsi bertarikh

    419 Hijarah 1020 Masihi di Permatang Pasir Pekan Pahang dan 440 Hijrah 1048 Masihi

    di Brunei.

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    5/25

    Page | 5

    Sehubugan itu Omar Bin Awang (1985:189) juga bersetuju tentang kehadiran orang

    Islam di Asia Tenggara pada abad kelapan Masihi lagi dengan memetik kata-kata G.R

    Tibbets (1957: 37) yang mengatakan bahawa kehadiran pedagang-pedagang Islam di

    pelabuhan-pelabuhan China,tentu sekali menunjukkan bahawa mereka juga telah

    melawat dan berdagang di Asia Tenggara.Selain itu ialah bukti kedatangan Islam ialah

    penemuan tiga duit syiling kerajaan Abbasiyah zaman Khalifah al-Mutawakkil di

    Kedah,membuktikan kegiatan perdagangan dan kehadiran orang Islam di Kepulauan

    Melayu, ( Omar Awang, ibid:190)

    Menurut Wan Azmi ( 1980 : 144) di Kelantan telah ditemui wang emas yang tertulis

    tarikh 577 H/116 M dan tulisan Arab al-julus Kelantan yang bermaksud menduduki

    Kelantan dan tertulis al-Mutawakkil pada satu muka lagi iaitu gelaran rajanya yang

    bermaksud yang bertawakal kepada Allah, menunjukkan sudah tertubuh satu kerajaan

    Islam yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu dalam pertengahan yang kedua

    abad ke-12 M.

    Secara ringkasnya,kedatangan Islam bukan sahaja agama dan kepercayaan

    masyarakat di Kepulauan Melayu berubah,tetapi aspek-aspek budaya yang lain turut

    berubah. Implikasi yang amat besar dalam perkembangan bahasa Melayu akibat

    daripada proses pengislaman ialah penggunaan dan adaptasi skrip Arab sehingga

    menjadi skrip Jawi untuk mengeja bahasa Melayu.Tulisan Jawi di gunakan hanya selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Tulisan

    terawal yang digunakan di Nusantara adalah tulisan Pallava Grantha yang berasal dari

    India selatan. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam

    Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada

    abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu

    Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang

    paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah

    sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan

    tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British.

    Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang

    kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pasaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Acehhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Terengganuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Terengganuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Rumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Rumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Tidak_Bersekutuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Terengganuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Terengganuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri-negeri_Melayu_Tidak_Bersekutuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Rumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Rumihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Terengganuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Terengganuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Acehhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pasaihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pasai
  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    6/25

    Page | 6

    Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia

    digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat

    dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara

    pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa

    Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi

    negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

    TulisanJawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di

    Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam

    ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab

    yang dimasukkan ke dalam sistem penulisanbahasa Melayu. Tulisan Jawi

    adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina

    dan Indonesia Sejarah

    Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.Tulisan ini telah

    berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan

    Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini

    diMalaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H

    atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun

    ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awalberbanding

    tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak

    Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama

    Islam danadat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis,

    dan Terengganu.

    Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia

    digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat

    dan perdagangan.contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara

    pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan

    Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran an 1957 telah ditulis dalamdua bahasa iaitu bahasa

    Melayu yang ditulis Jawidan bahasa Inggeris..Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia

    antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Portugishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerdekaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerdekaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Portugis
  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    7/25

    Page | 7

    Abjad Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis

    dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan. Skrip

    Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untukpengejaannya seperti yang kita

    maklum adalah dinamakansebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak

    dapatdiketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skripitu, namun beliau

    memetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawaperkataan Jawi didalam bahasa Melayu

    digunakan untuk pokokjawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza

    denganberas pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalambahasa

    Minangkabau.Tetapi apa yang jelas disini nama Jawitersebut tidak ada kaitan dengan

    tulisan tersebut Satu Persoalan timbul iaitu dari manakah datangnya istilah Jawi untuk

    tulisanJawi ?

    Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuatbeberapa penyelesaian

    dan tambahan.Terdapatbeberapa ciritulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip

    Jawi mengalamievolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelahmelalui

    empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dandapat disesuaikan dengan

    keadaan dan keperluan semasa.

    Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitargugusan kepulauan

    melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal

    daripada tulisan .

    1.1.1 Ciri- Ciri Tulisan Jawi

    Terdapat empat ciri Utama yang dipunyai oleh Skrip Jawi iaitu bertindan secara

    memugak kedua ialah ligature ketiga aksara2 berbaris atau mempunyai titik dan

    keempat aksara bersambung.Selain itu,aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30

    aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam

    Abjad tambahan.

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    8/25

    Page | 8

    1.1.2 Sistem Ejaan Jawi

    Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh Bahasa Arab dan Melayu. Unsur Arab

    dan Melayu mengalami dua tahap perkembangan. Pada tahap pertama, ejaannya

    menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf suci al-Quran.

    Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan bunyi yang betul tetapi mengambil masa

    yang lama untuk menulisnya kerana terlalu banyak tanda diakritik yang digunakan.

    Pada tahap kedua tanda baris tersebut dihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini

    sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar Jawi kerana memerlukan masa untuk

    menguasai dan menggunakannya. Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf Jawi

    versi Melayu yang merupakan ejaan yang menggunakan huruf saksi atau huruf vokal,

    iaitu Alif, Wau dan Ya. Dalam buku William Marsden, A Dictionary of the Malayan

    language (1812) dan buku R.J. Wilkinson (1903), didapati bahawa terdapat ejaan yang

    bercampur dari segi pemilihan huruf.

    Ketamadunan Islam terserlah dengan perkembangan tulisan khat ke seluruh dunia.

    Sehingga kini, terdapat enam jenis tulisan khat yang popular dan sering digunakan

    dalam dunia percetakan serta hiasan. Di Semenanjung Tanah Melayu, sebagai contoh

    pertemuan Batu Bersurat di Terengganu telah membuktikan bahawa khat Arab telah

    diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi. Ia telah bermula sekitar kurun

    ke-7 Hijrah iaitu 702H/1303M di mana khat Arab telah terpahat di lubuk hati masyarakat

    Melayu. Khat tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu. Berhampiran dengan batu

    tersebut terdapat batu pedang. Padanya terdapat khat kalimah Allah yang mirip khatkufi. Sejak pada itu, penggunaan tulisan ini menjadi semakin meluas dan menjadi

    tulisan rasmi dalam kerajaan.

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    9/25

    Page | 9

    Di Malaysia, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang. Seperti contoh, tulisan ini

    diukir diatas kayu keras. Ini adalah keistimewaan seni khat di Malaysia, yang diwarisi

    turun temurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat Islam. Ayat Al-

    Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri.

    Alatan senjata seperti pedang juga diukir dengan ayat Al-Quran. Pada zaman

    keagungan kerajaan Melayu Islam diseluruh Alam Melayu, seni khat diabadikan diatas

    duit syiling seperti pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455-1459). Pada

    zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1632-1677), wang emas diukir dengan

    khat. Begitu juga dengan cokmar, mop mohor, pingat dan bintang kebesaran kerajaan

    negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat Al-Quran. Khat yang diabadikan diatas

    tenunan songket dan hiasan menambahkan lagi keunikan penggunaan khat di

    Malaysia. Pameran khat juga sering diadakan di Malaysia dibawah anjuran Pusat Islam,

    Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi. Hal ini bertujuan sebagai tanda kebangkitan

    kembali penghayatan dan penghargaan terhadap seni khat dan ukiran Islam. Diantara

    ahli khat Malaysia yang masyhur adalah seperti Syed Abdul Rahman al-Attas. Khat

    beliau diabadikan di bangunan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu, Masjid Jamek,

    Bangunan Parlimen Malaysia, koleksi Muzium Seni Asia (Universiti Malaya), koleksi

    Sultan Johor dan lain- lain lagi (Zulina Hassan 2009).

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    10/25

    Page | 10

    1.2 Sejarah Khat di Malaysia

    Berikut merupakan jenis-jenis tulisan khat yang dikagumi di Malaysia dan

    penerangannya. ialah Tulisan yang mengalami proses pengindahan sehingga ia

    digunakan sebagai tulisan utama dalam dunia penulisan Islam kini. Nasakh

    berperanan dalam pembukuan atau menaskhahkan al-Quran dan pelbagai naskhah

    ilmiah. Ia merupakan tulisan yang paling asas digunakan bertujuan untuk pembelajaran

    kanak-kanak di seluruh dunia Islam selain Riqah. Seni Nasakh digunakan secara

    meluas dalam bahan ilmiah dan percetakan serta media elektronik.Ada beberapa

    pandangan mengenai nama khat nasakh.Ada yang mengatakan ia dinamakan nasakh

    kerana tulisan ini digunakan untuk menasakhahkan atau dengan kata lain membukukan

    al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama hijrah

    lagi.Kedua ialah Khat Thuluth yang bermaksud satu pertiga.Dinamakan khat thuluth

    kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai

    satuperiga lebar mata pen . Khat Thuluth merupakan

    Tulisan yang digelar Raja Segala Khat kerana dianggap seni yang paling indah tetapi

    sukar untuk dikuasai. Kaedah yang mendalam dan terperinci membuatkan seni KhatThuluth menjadi pilihan utama dalam dunia perhiasan. Khat Riqah ialah Sejenis khat

    yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah (850H). Tujuan

    khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di

    kalangan kakitangan kerajaan. Menurut Kamus Bahasa Riqaah bermaksud cebisan

    kertas yang ditulis. Ciri tulisan ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah

    ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam masyarakat

    kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan. Beberapa langkah telah diambil untuk

    menjadikan khat ini dapat dipelajari oleh murid-murid sekolah dan dapat digunakan

    dalam urusan harian seperti urusan surat menyurat, urusan perniagaan, iklan dan

    promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar dalam akhbar.

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    11/25

    Page | 11

    1.2.1 Kepentingan Mempelajari Seni Khat

    Kepentingan Kepada Individu ialahKhat merupakan salah satu wasilah perhubungan

    kemanusian dan merapatkan hubungan antara manusia bagi merealisasikan urusan

    kehidupan dengan sempurna, Khat juga merupakan sumber rezeki kepada orang yang

    mempunyai bakat dan kesungguhan dalam bidang ini.Orang yang menyintai khat

    mempunyai perasaan dan jiwa yang halus serta yakin. Kepentingan Kepada

    Masyarakat ialahKhat digunakan untuk menulis pelajaran, ilmu pengetahuan,

    akhbar, majalah dan sebagainya. Khat ditulis pada lukisan-lukisan kesenian, papan

    tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari

    kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, jalan-jalan dan sekolah-

    sekolah.Khat adalah alat pemindahan ilmu turas (ilmu warisan) dan ilmu pengetahuan.

    Ia dapat dibuktikan apabila kitab-kitab itu dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulisan

    yang pelbagai jenis semenjak dahulu.

    2.0 Transkrip Cerpen kepada tulisan Jawi

    2.1 CERPEN:Seorang Wanita dan Tukang Besi

    Ketika si tukang besi sedang duduk di rumahnya melepas lelah setelah seharian

    bekerja, tiba-tiba terdengar pintu rumahnya diketuk orang. Si tukang besi keluar untuk

    melihatnya, pandangannya tertumpu kepada wanita cantik yang merupakan jirannya.

    Saudaraku, aku menderita kelaparan. Jika bukan kerana tuntutan agamaku yang

    menyuruh untuk memelihara jiwa , aku tidak akan datang ke rumahmu. Mahukah

    engkau memberikan makanan padaku kerana Allah? kata wanita itu.

    Ketika itu, memang tengah datang musim kemarau. Sawah dan ladang mengering.

    Padang rumput menjadi tandus hingga haiwan ternak menjadi kurus dan akhirnya mati.

    Makanan menjadi basi, maka kelaparan melanda sebahagian besar penduduk desa itu.

    Hanya sebahagian kecil yang masih bertahan.

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    12/25

    Page | 12

    Tidakkah engkau tahu bahawa aku mencintaimu? Akan kuberi engkau makanan, tetapi

    engkau harus melayaniku semalam, kata tukang bes i itu.

    Si tukang besi memang jatuh hati kepada jirannya itu. Dia merayunya dengan berbagai

    cara dan taktik, namun tak juga berhasil meluluhkan hati wanita itu.

    Lebih baik mati kelaparan daripada derhaka kepada Allah, ujar wanita itu lagi sambil

    berlalu menuju rumahnya.

    Setelah dua hari berlalu, wanita itu kembali mendatangi rumah si tukang besi dan

    mengatakan hal yang sama. Demikian pula jawapan si tukang besi. Ia akan memberi

    makanan asalkan wanita itu mau menyerahkan dirinya. Mendengar jawapan yang

    sama, wanita itupun kembali ke rumahnya.

    Dua hari kemudian, wanita itu datang lagi ke rumah tukang besi itu dalam keadaan

    payah. Suaranya garau, matanya sayu, dan punggungnya membungkuk kerana

    menahan lapar. Ia kembali mengatakan hal serupa. Begitu pula jawapan si tukang besi,

    sama dengan yang sudah-sudah. Wanita itu kembali ke rumahnya dengan tangan

    kosong untuk kali ketiga.

    Ketika itulah, Allah memberikan hidayah-Nya kepada si tukang besi. Sungguh celaka

    aku ini, seorang wanita mulia datang kepadaku, dan aku terus berlaku zalim

    kepadanya, kata tukang besi dalam hatinya. Ya Allah aku bertaubat kepada -Mu dari

    perbuatanku dan aku tidak akan mengganggu wanita itu lagi selamanya.

    Si tukang besi itu bergegas mengambil makanan dan pergi ke rumah wanita itu.

    Diketuknya pintu rumah wanita itu. Tak lama selepas ituterlihat pintu terbuka dan

    muncullah wanita yang nampak kuyu. Melihat si tukang besi berdiri di depan pintu

    rumahnya, wanita itu bertanya, Apa keperluanmu datang ke rumahku?

    Aku bermaksud menghantarkan sedikit makanan yang aku punya. Jangan risau, aku

    memberinya kerana Allah, jawab si tukang besi itu.

    Ya Allah, jika benar apa yang dikatakannya, maka haramkanlah ia dari api di dunia dan

    akhirat, tutur wanita itu dan menadahkan kedua tanganya ke langit .

    Si tukang besi itu pulang ke rumahnya. Ia memasak makanan yang tersisa buat dirinya.

    Tiba-tiba secara tidak sengaja kakinya terkena bara api, namun kaki si tukang besi itu

    tidak terbakar. Bergegas ia menemui wanita itu lagi.

    Wanita yang mulia, Allah telah mengabulkan doamu, ujar si tukang besi.

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    13/25

    Page | 13

    Seketika itu, wanita itu sujud syukur kepada Allah.

    Ya Allah engkau telah mewujudkan doaku, maka cabutlah nyawaku saat ini juga.

    Terdengar rintih suara dari mulut wanita itu dalam sujudnya. Allah kembali mendengar

    doanya. Wanita itupun berpulang ke Rahmatullah dalam keadaan sujud.

    Demikianlah kisah seorang wanita yang menjaga kehormatannya meskipun harus

    menahan rasa lapar yang tiada tara.

    Setiap muslimah mestinya dapat mengambil iktibar dari berbagai kisah wanita solehah.

    Merekalah yang mestinya dijadikan teladan dalam kehidupan keseharian, bukan para

    artis yang menawarkan gaya hidup hedonisme dan materialism

    2.2 Cerpen tulisan Jawi

    -

    .

    .

    .

    . .

    . .

    .

    .

    .

    .

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    14/25

    Page | 14

    .

    .

    . .

    .

    .

    . .

    -

    .

    .

    -.

    . -

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    .

    . .

    -

    .

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    15/25

    Page | 15

    .

    .

    .

    .

    . .

    .

    .

    .

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    16/25

    Page | 16

    3.0 Ilmu Tajwid

    3.1.1 Pengertian Ilmu Tajwid

    Pengertian Tajwid menurut bahasa ialah memperindah sesuatu.Sedangkan menurut

    istilah, Ilmu Tajwid adalah pengetahuan tentang kaedah serta cara-cara membaca Al-

    Quran dengan sebaik-baiknya. Tujuan ilmu tajwid adalah memelihara bacaan Al-Quran

    dari kesalahan dan perubahan serta memelihara lisan (mulut) dari kesalahan membaca.

    Dalil dari Al-Quran. Firman Allah s.w.t.:Maksudnya: Dan bacalah Al-Quran itu dengan

    tartil (bertajwid) [Q.S. Al-Muzzammil (73): 4]. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah

    s.w.t. memerintahkan Nabi s.a.w. untuk membaca Al-Quran yang diturunkan

    kepadanya dengan tartil, yaitu memperindah pengucapan setiap huruf-hurufnya

    (bertajwid). Firman Allah s.w.t. yang lain:Ertinya: Dan Kami (Allah) telah bacakan (Al-

    Quran itu) kepada (Muhammad s.a.w.) secara tartil (bertajwid) [Q.S. Al-Furqaan (25):

    32].

    Dalil dari As-Sunnah. Dalam hadits yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a. (isteri

    Nabi s.a.w.), ketika beliau ditanya tentang bagaiman bacaan dan sholat Rasulullah

    s.a.w., maka beliau menjawab:Ertinya: "Ketahuilah bahawa Baginda s.a.w. solat

    kemudian tidur yang lamanya sama seperti ketika beliau solat tadi, kemudian Baginda

    kembali solat yang lamanya sama seperti ketika beliau tidur tadi, kemudian tidur lagi

    yang lamanya sama seperti ketika beliau solat tadi hingga menjelang subuh. Kemudian

    dia (Ummu Salamah) mencontohkan cara bacaan Rasulullah s.a.w. dengan

    menunjukkan (satu) bacaan yang menjelaskan (ucapan) huruf-hurufnya satu persatu.

    Dalil dari Ijma' Ulama. Telah sepakat para ulama sepanjang zaman sejak dari zaman

    Rasulullah s.a.w. sampai dengan sekarang dalam menyatakan bahwa membaca Al-

    Quran secara bertajwid adalah suatu yang fardhu dan wajib. Pengarang kitab Nihayah

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    17/25

    Page | 17

    menyatakan: "Sesungguhnya telah ijma (sepakat) semua imam dari kalangan ulama

    yang dipercaya bahwa tajwid adalah suatu hal yang wajib sejak zaman Nabi s.a.w.

    sampai dengan sekarang dan tiada seorangpun yang mempertikaikan kewajiban ini."

    .3.1.2 Sejarah ilmu tajwid

    Di Malaysia, sejarah perkembangan ilmu tajwid adalah selari dengan sejarah

    perkembangan Islam. Mengikut pendapat ahli sejarah ,Islam mula bertapak di Malaysia

    pada abad ke-15 dimana Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan yang

    penting di Asia Tenggara.Mengikut Sejarah Melayu,Raja Melaka yang pertama iaitu

    Parameswara telah diislamkan oleh Sheikh Abdul Aziz dari mekah pada tahun 1414

    yang kemudiannya berkahwin dengan puteri islam dari Pasai.Melalui perkembangan

    Islam inilah,para mubaligh telah mengajar al-quran dan perkara-perkara lain.Mereka

    menjalankan pengajian al-Quran secara bersemuka melalui madrasah dengan tujuan

    orang yang membaca al-Quran dapat membaca dengan bertajwid.Dari sinilah

    bermulanya perkembangan ilmu tajwid.

    Mengikut sejarah perkembanngan ilmu tajwid,penyusun ilmu tajwid yang pertamadalam bahasa Melayu adala seorang ulamak yang bernama Muhammad Salih bin Ibnu

    Muti bin Syeikh Muhammad Salih al-Kalantani.Berasal daripada Kelantan.Bukunya

    yabg berjudul Miratul Quran fi Tashili Marifati ahkamit Tajwid lil Muhkil Wahhab

    dihasilkan pada 1193H bersamaan 1779M.

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    18/25

    Page | 18

    3.1.3 Tokoh Tajwid Tempatan

    Tokoh tajwid yang banyak memberi sumbangan dalam pengajaran dan pendidikan di

    Malaysia ialah Yang Berbahagia Datok Haji Hassan bin Azhari

    Datok Hj Hassan bin Azhari dilahirkan pada 18 ogos 1928 di Shuaib Amir Mekah.Beliau

    dilahirkan dalam keluarga berilmu dan beragama.Ayahnya Azahari B. Hj. Abd Khalid

    adalah seorang ilmuan yang lama tinggal di Mekah dan mempunyai kesempatan masa

    yang banyak untuk mendalami ilmu agama dalam pelbagai bidang.Ibunya Hj. Fatimah

    bt Abd Hakim dari campuran keturunan arab dan Minangkabau .

    Pada tahun 1939,Beliau terpaksa meningggalkan Mekah dan berpindah ke Negeri

    Selangor mengikuti ayahnya yang berkhidmat sebagai guru.Ketika berada di

    Malaysia,beliau dimasukkan ke Sekolah Marta al Ulum al Diniyyah,kemudian ke

    Sekolah Arab Al Hayat Al Mardhiyyah sekolah arab ke dua di Kampung Jawa Selangor.

    Beliau menyambung pelajarannya ke Sekolah al Junaid di Singapura. Kemudian ke

    Sekolah Hishamuddin Selangor. Beliau pernah belajar di Sekolah Melayu Kuala Langat

    dan Jublee School Klang.

    Penglibatan beliau dalam bidang Al Quran amat luas dan beliau mengembangkan

    kepada masyarakat umum terutamanya dalam bidang tajwid dan makhraj, jenis-jenisqiraat dan tarannum.Beliau meninggalkan asas pendidikan al Quran untuk kanak-kanak

    melalui pendekatan muqaddam yang diwarisi dengan memperkenalkan kaedahnya

    sendiri untuk pembacaan asas al Quran bagi kanak-kanak dengan memperkenalkan

    huruf diikuti dengan perkataan al Quran dan seterusnya diikuti dengan bacaan

    pula.Kaedah ini diperkenalkan melalui program televisyen dan radio bagi membina

    kemampuan kanak-kanak membaca al Quran dan juga orang dewasa.

    Beliau telah menulis sebuah risalah bertajuk Muqaddimah Ilmu tajwid bagi

    meningkatkan mutu bacaan di kalangan masyarakat Malaysia pada tahun 2001.Pada

    tahun 2003,beliau telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Penghayatan

    Tajwid Al Quran Dan Amalannya Dalam Masyarakat Hari Ini di Metrikulasi Universiti

    Islam Antarabangsa.Beliau juga dijemput keluar negara untuk memberi kursus dalam

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    19/25

    Page | 19

    bidang tajwid di Singapura yang dianjurkan oleh badan masyarakat beberapa kali pada

    tahun 2000.Beliau telah melibatkan diri dalam bidang penghakiman tajwid peringkat

    kebangsaan dan antarabangsa selama 50 tahun.

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    20/25

    Page | 20

    3.1.4 Hukum dan Kaedah membaca Basmallah dan Istiazah

    '

    .

    :

    - . .

    . .

    .

    :

    .

    '

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    21/25

    Page | 21

    '

    :

    89 -

    :

    . '

    '4 :

    . ' .

    . .

    . ' . . . '

    . .

    ' . .

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    22/25

    Page | 22

    4.0 Kesimpulan

    Jawi mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang unik dan indah. Jawi merupakan satu

    warisan bangsa Melayu yang dibina berasaskan huruf al-Qur'an.Serba sedikit

    pengetahuan dan pengalaman saya bertambah dalam mengetahui sejarah tajwid dan

    cara menulis khat yang betul serta tulisan jawi. Setiap individu bertanggungjawab

    memelihara dan mengekalkan identiti dan maruah bangsa,

    agama dan negara.Pihak Kementerian Pelajaran perlu melaksanakan langkah-

    langkah yang proaktif untuk menggalakkan penggunaan tulisan Jawi pada peringkat

    sekolah dan institusi perguruan. Diharapkan tulisan Jawi dan seni khat terus tersebar

    luas dan mantap digunakan di negara kita ini.

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    23/25

    Page | 23

    5.0 Lampiran

    KHAT NASAKH

    KHAT RIQAH

    KHAT THULUTH

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    24/25

    Page | 24

  • 8/2/2019 Sejarah an Tulisan Jawi

    25/25

    P | 25

    6.0 Bibliografi

    Hashim Musa,Sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu,Dewan Bahasa dan

    Pustaka.Kuala Lumpur,1997

    Hashim Musa,Sejarah perkembangan tulisan jawi,Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala

    Lumpur,1999

    Haji.Abu Najihat al Hafiz,2002,Panduan Para Huffaz,Darul Iman sdn.Bhd

    Fatimah Syarha Mohd.Noordin Sejarah dan Jenis Khat Dilayari pada 28 julai 2011 di

    www.Nayie.blogspot.com Muhd.Sabri Yunus Sejarah Tajwid Di Malaysia.Dilayari pada 3 ogos 2011 di

    www.qariqariah.blogspot.com.

    Pak Long Tokoh-tokoh Tajwid Dilayari pada 1 ogos 2011 di www.Nayie.blogspot.com

    http://www.nayie.blogspot.com/http://www.nayie.blogspot.com/http://www.nayie.blogspot.com/