PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan...

25
INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID-MURID TAHAP SATU DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI DAERAH MERADONG OLEH SITI FATIMAH BT. SAUFEE SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA STRAS 1

Transcript of PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan...

Page 1: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

INSTITUT PERGURUAN RAJANG

BINTANGOR, SARAWAK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006

TEMA

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN

PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID-MURID TAHAP SATU DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH

DI DAERAH MERADONG

OLEH

SITI FATIMAH BT. SAUFEE

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA STRASMERADONG, BINTANGOR

1

Page 2: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

09 – 11 OKTOBER 2006PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID-MURID

TAHAP SATU DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI DAERAH MERADONG

Siti Fatimah bt. SaufeeSK Nanga Stras, Meradong,

Bintangor

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah tahap penguasaan tulisan Jawi di kalangan murid-murid Islam tahap satu . Kajian ini telah dijalankan secara ujian dan temubual . Sampel terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan di salah sebuah sekolah rendah di daerah Meradong. Pemilihan sampel berdasarkan tempat pengkaji bertugas. Ujian secara lisan, bertulis dan temubual bersama guru dan beberapa orang murid telah digunakan untuk mengukur tahap pencapaian penguasaan tulisan Jawi. Data dianalisa secara statistik deskriptif yang menjuruskan kepada huraian peratus. Setelah huraian secara peratus dijalankan berbagai cadangan dan kajian untuk dilanjutkan.Kajian ini memberi satu alternatif bagi guru agama atau individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di kelas serta meningkatkan kemahiran penguasaan tulisan Jawi untuk murid-murid islam tahap satu.. Temubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang murid-murid dan guru serta faktor yang mempengaruhi kebolehan sampelan menulis Jawi. Manakala ujian mengenal, menulis dan membaca pula untuk mengetahui sejauh mana masalah kebolehan murid-murid menulis Jawi. Kesimpulan kajian ini menunjukkan prestasi murid-murid berkait rapat dengan latar belakang dan persekitaran di mana murid-murid yang mempunyai ibu bapa yang tiada pendedahan awal mengenai tulisan Jawi dan kesedaran tentang pentingnya pendidikan Jawi. Sikap murid-murid yang negatif juga mempengaruhi cara pembelajaran mereka. Oleh itu, untuk memantapkan lagi penggunaan tulisan Jawi beberapa saranan dibuat sebagai kesinambungan ke arah mengembalikan semula keagungan tulisan Jawi dan meletakkan fungsi dann kedudukan yang tinggi setanding dengan tulisan-tulisan lain di dunia.

2

Page 3: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

Pengenalan

Di peringkat awal murid-murid merupakan satu peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya baik dari segi intelek, jasmani mahupun rohaninya. Pada peringkat ini murid-murid di Tahap satu suka menyoal, meneroka dan mencuba. Malah tidak berhenti belajar dalam menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai bagi menyediakan rangsangan yang bercorak Islam supaya mereka dapat belajar perkara-perkara berkenaan Islam dan seterus menjiwai setiap pengalaman yang berunsurkan Islam.

Salah satu perkara yang berkaitan dengan agama Islam yang dipelajari oleh murid-murid di peringkat sekolah rendah ialah pendidikan islam dalam tulisan Jawi. Ianya merupakan aspek komponen yang ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Aspek asas Jawi membolehkan murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan tangan mengikut bentuk huruf, membentuk huruf Jawi serta membaca sukukata dan perkataan mudah. Melalui tulisan Jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat diperteguhkan. Hal ini adalah disebabkan tulisan Jawi merupakan pendekatan yang paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan masyarakat selaras dengan cita-cita ‘Falsafah Pendidikan Negara’.

Hashim Abdullah (1999), menyatakan kehilangan atau kelupusan tulisan Jawi bermakna satu lagi daripada sekian banyak ‘warisan pusaka’ bangsa Melayu yang hilang. Dan inilah juga yang dikenalpasti kejahilan anak-anak muda Melayu membaca al-Quran, disebabkan ketidakbolehan mereka membaca Jawi. Ekoran daripada itu pelbagai krisis akhlak dan sosial di kalangan remaja kerana konsep Islam yang tulen tiada lagi dalam diri mereka. Menyedari hakikat itulah maka kini, pelbagai pihak tampil ke hadapan dengan pelbagai pandangan untuk memartabatkan semula Jawi yang pernah mentamadunkan bangsa Melayu.

Menurut Zaidi Osman (1999) ada menyatakan peranan tulisan Jawi dalam perkembangan kebudayaan dan keilmuan Melayu amat besar. Dapat dikatakan semua manuskrip Melayu terawal dalam tulisan Jawi. Beribu-ribu manuskrip Melayu yang masih terpelihara yang mengungkapkan berbagai-bagai bidang ilmu seperti kebudayaan, kesusasteraan, sejarah, keagamaan , perubatan dan sebagainya memberi gambaran yang jelas tentang tulisan Jawi dalam memupuk perkembangan keilmuan masyarakat Melayu zaman silam. Kesenian ini tidak akan pupus sekiranya kanak-kanak iaitu generasi muda sekarang ini diberi penekanan di dalam mempelajari Jawi dan seterusnya mempertahankan martabatnya di mata dunia.

Tulisan Jawi merupakan sebuah kraf seperti kraf-kraf yang lain. Sebagai suatu hasil kraf dan seni, kemahiran menulis mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul di peringkat awal lagi. Oleh itu, menulis Jawi memerlukan latihan dan bimbingan yang bersistematik. Faktor-faktor di atas akan menentukan kebolehan dan keupayaan murid-murid menulis

3

Page 4: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

Jawi. Peringkat menulis Jawi sama seperti menulis Rumi yang mempunyai perbezaan dari segi arah tulisan dan bentuk dan kaedah menyambungkan huruf menjadi suku kata atau perkataan. Pengajaran menulis memerlukan perancangan dan ketelitian yang rapi.

Di sini peranan guru amat penting di dalam memberi penekanan latihan dan latihtubi serta tumpuan kepada psikomotor. Sementara teori mentalisme lebih sesuai diajukan kepada murid-murid yang mempunyai daya kemahiran mengenal dan mengecam huruf-huruf Jawi. Guru seharusnya dapat menyesuaikan kaedah dan pendekatan semasa proses pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi berdasarkan kebolehan murid-murid dan tidak mengelirukan murid dengan kaedah tulisan Jawi .

Kekerapan latihan menulis yang terancang akan membantu murid-murid menguasai tulisan Jawi dengan baik. Guru haruslah menyediakan lembaran kerja dan pendekatan serta teknik yang pelbagai dan menyeronokkan untuk memberi tumpuan dan perhatian yang lebih terhadap penguasaan tulisan Jawi.

a) Peringkat Pramenulis Manakala pada peringkat pramenulis pula ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh ini latihan-latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan mata diberi kepada murid-murid dari peringkat awal lagi. Bagi mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan Jawi yang dirancang haruslah sistematik bertitik tolak daripada aktiviti-aktiviti pramenulis yang berbentuk bebas. Latihan-latihan pramenulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :

1. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.2. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa

dan sempurna.3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.4. Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.5. Melatih pergerakan yang berbeza arah tulis dari kanak ke kiri dan dari kiri

ke kanan.

b) Peringkat mendirikan asasSetelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat ini, dicadangkan murid-murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan.

c) Penyampaian kemahiran Semasa menyampaikan kemahiran tulisan mekanis, guru haruslahmemberi perhatian kepada beberapa perkara :

1. Murid-murid haruslah diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar.

4

Page 5: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

2. Sebelum dilatih menulis, hendaklah diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging murid-murid.

3. Murid-murid menulis dengan menyebut nama-nama huruf.4. Menggunakan kertas, mula-mula gunakan alat-alat dengan baik,

kemudiannya dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

Kesimpulannya, setiap orang Islam sewajarnya mengambil berat tentang tulisan Jawi sebagai satu tanggungjawab di dalam memartabatkan tulisan Jawi sebagai satu tulisan yang lebih ke arah huruf-huruf hijaiyah yang perlu dikuasai dengan betul dan baik. Tulisan Jawi merupakan kunci khazanah ilmu dan warisan bangsa Melayu yang mesti dikekalkan hingga ke akhir zaman.

Soalan-soalan Kajian

1) Sejauh manakah murid-murid tahap satu mengenal huruf-huruf Jawi?

2) Sejauh manakah murid-murid tahap satu boleh menguasai kemahiran menulis tulisan Jawi?

3) Sejauh manakah murid-murid tahap satu membaca huruf-huruf Jawi?

4) Apakah punca-punca murid-murid tahap satu tidak dapat menulis dan membaca huruf Jawi?

5) Apakah bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai ?

Objektif Kajian

1) Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahap satu mengenal huruf-huruf Jawi.

2) Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahap satu menguasai kemahiran tulisan Jawi.

3) Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahap satu membaca huruf-huruf Jawi.

4) Mengetahui punca-punca murid-murid tahap satu tidak tahu menulis dan membaca tulisan Jawi.

5) M engetahui bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai.

5

Page 6: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

Definisi huruf-huruf Jawi

Huruf Jawi Nama Padanan Rumi

ا

ب

ت

ث

ج

ح

ح

خ

د

ذ

ر

ز

س

ش

ص

ض

ط

ظ

alif

ba

ta

sa [tha]

jim

ca

ha

kha [kho]

dal

zal [dhal]

ra [ro]

zai

sin

syin

sad [sOd]

dad [dOd]

ta [to]

za [zo]

a

b

t

s, (th)

j

c

h, (h)

kh

d

z, (dh)

r

z

s

sy, (sh)

s, (s)

d, (d)

t, (t)

z, (z)

6

Page 7: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

ع

غ

ع

ف

ف

ق

ك

ك

ل

م

ن

و

و

ہ

ء

ي

ى

ن

ain [ ain]

ghain

nga

fa

pa

qaf

kaf

ga

lam

mim

nun

wau

va

ha

hamzah

ya

ya [ye]

nya

awal : a, I, u

akhir : k, (‘)

gh

ng

f

p

k, q, (q)

k

g

l

m

n

w, u, o

v

h

awal: gugur

akhir: k, (‘)

y, i, e taling

e pepet akhir

ny

7

Page 8: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

Penulisan mendahului bacaan …………Penulis adalah tindakan di mana psikomotor mekanisme amat ketara , sebaliknya dalam pembacaan, kami hanya mencapai sesuatu pekerjaan yang intelektual.

Tinjauan Literatur

Kajian ini adalah mengenai kebolehan murid-murid Tahap satu dalam menguasai tulisan Jawi. Oleh sebab itu, dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai beberapa perkara yang berkaitan seperti berikut :

1. Teori-teori mengenai tulisan dan bacaan .2. Kajian terdahuu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan di luar

negara.Justeru itu, bab ini akan meninjau literatur yang berkaitan dengan kajian. Ia akan memberikan maklumat mengenai bidang-bidang yang bersesuaian dengan kajian ini.

Teori-teori

Pendidikan Jawi juga bermulanya dengan beberapa kemahiran yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah kemahiran mengingat ( menghafaz ), membaca dan menulis. Ia amat berkait rapat di antara satu sama lain untuk mencapai satu objketif utama yang berkaitan dengan kajian.

Daripada The Discovery of the child, Dr. Montessori mendapati bahawa ,

Biarlah kanak-kanak itu meraih faedah dalam tempoh masa yang lama melalui aktiviti-aktiviti motor ini sebelum bergerak kepada sesuatu pembacaan yang amat abstrak. Ingat bahawa masa penulisan yang panjang atau pembinaan perkataan adalah cara semulajadi untuk seorang kanak-kanak belajar membaca. Dr. Montessori kerap menekankan bahawa tangan itu adalah guru utama kanak-kanak. Beliau mengambil satu petikan daripada The Absorbant Mind .

Aristotle adalah orang yang pertama mengenali kemampuan unik ingatan manusia dalam pepatah masyhurnya :

Bersama-sama dengan pandangan Aristotle, Dr. Montessori menegaskan bahawa pendidikan di peringkat awal kanak-kanak mestilah berdasarkan prinsip ini :

8

Tidak ada apa dalam intelektual ini yang tidak dikesan dalam derianya tetapi ia wujud dalam inteleknya dalam kaedah yang berlainan daripada dalam deria

Page 9: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

Kajian terdahulu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan luar negara.

Ibnu Taimiyyah (1982) menegaskan perlunya mempelajari Bahasa Arab (Tulisan Jawi) sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kaitan dengan kefahaman dalam bidang Islam.Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Amir Mohd. Rashid (1991) yang mendapati tahap penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar adalah rendah. Ini berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan rumi yang diajar dan digunakan dalam banyak mata pelajaran lain di sekolah. Atas alasan inilah dikatakan pelajar lambat menguasai kemhairan Jawi.Alasan ini disokong pula oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Muhamad b. Endut(1992) yang mendapati ramai pelajar yang lambat menguasai Jawi disebabkan ia hanya diberi penekanan dalam masa pelajaran Pendidikan Islam sahaja.

Abu Baker As-sidek seorang peserta Majlis Forum Hari Sastera di Kuantan menyatakan kementerian Pendidikan tidak menitikberatkan tulisan Jawi sejak pengenalan kurikulum lama sekolah rendah dan ini menyebabkan ramai kanak-kanak sekarang tidak dapat membaca Jawi.Jika usaha tertentu tidak diambil dari sekarang ramai generasi muda tidak akan dapat membaca dan menulis jawi .(Berita Minggu, 18 Oktober ,1987)

Pandangan di atas ada kebenarannya, kerana Norlaila Sulaiman (1993) mendapati dalam kajiannya bahawa kedudukan pengajaran Jawi yang tidak menentu dalam kurikulum sekolah telah menimbulkan masalah dan menjadi sebab kelemahan penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar sekolah.

Metodologi

Metodologi kajian menurut Kamus Dewan (1999) adalah satu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian.Maka dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan metodologi yang akan digunakan dalam melakukan kajian ini.Perbincangan akan menyentuh beberapa aspek kajian yang berkaitan iaitu reka bentuk kajian, sampel kajian, tempat kajian,instrumen kajian, analisis data, pentadbiran kajian dan kesahan dan kebolehpercayaan alatan yang digunakan dalam melakukan kajian.

Rekabentuk

Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes. Menurut Majid (2000) telah menyatakan bahawa kajian kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara intensif oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial seperti individu, satu keluarga, satu kampung, satu kelab, satu sekolah atau satu masyarakat.

9

Bantulah perkembangan semula jadi kanak-kanak itu, bahawasanya latihan deria adalah hal yang paling penting dalam pendidikan

Page 10: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

Pemerhatian akan dijalankan ke atas semua murid-murid Tahap satu yang beragama Islam yang berbeza latar belakang keluarga. Penilaian dilakukan semasa proses pembelajaran di dalam kelas.Setiap sesi mengambil masa selama 20 – 30 minit.

Sampel dan persampelan

Temu bual yang diberikan untuk memperolehi tahap penguasaan Jawi di kalangan murid-murid Islam Tahap satu. Responden ini terdiri daripada 15 orang murid Islam yang sedang belajar di sebuah sekolah yang dikenal pasti. Jadual 1 berikut menunjukkan latarbelakang responden.

Jadual 1: Latarbelakang Responden Mengikut Jantina dan kelas

Pembolehubah Kekerapan Pembolehubah KekerapanJantinaLelakiPerempuan

10 (66.7%)5 (33.3%)

KelasTahun satuTahun duaTahun tiga

3 (20%)9 (60%)3 (20%)

Jumlah 15 (100%) Jumlah 15 (100%)

Bagi mendapatkan maklumat kajian, pengkaji telah memilih sebuah sekolah di daerah Meradong. Pengkaji memilih sekolah tersebut kerana sekolah tersebut merupakan tempat pengkaji sedang bertugas dan memudahkan untuk menjalankan kajian .

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 15 orang murid Islam Tahap satu di S.K Nanga Stras yang terdiri dari latar belakang yang berbeza dari aspek kebolehan, taraf sosio ekonomi keluarga dan tahap kecerdasan otak seperti yang dinyatakan dalam jadual 2

Jadual 2 : Jumlah subjek terlibat

Bil Taraf Sosioekonomi (SES) Lelaki Perempuan JUMLAH

1 SES Tinggi 6 3 9

2 SES Sederhana 2 0 2

3 SES Rendah 2 2 4

JUMLAH 10 5 15

Pengkaji memilih sampel mengikut taraf sosioekonomi keluarga bagi mendapatkan dapatan kajian untuk persoalan keempat iaitu adakah taraf sosioekonomi keluarga menjadi punca murid-murid tidak dapat menulis dan membaca huruf jawi.

10

Page 11: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

Keluarga yang dikategori bertaraf sosioekonomi tinggi ialah yang berpendapatan RM 2000.00 dan ke atas sebulan. Bagi keluarga yang dikategorikan bertaraf sosioekonomi sederhana ialah yang berpendapatan RM 701.00 hingga RM 1999.00 dan ke atas sebulan. Manakala keluarga yang dikategorikan bertaraf sosioekonomi rendah ialah yang berpendapatan RM 700.00 dan ke bawah sebulan. Rujuk jadual 3 untuk melihat pendapatan keluarga sampel secara lebih terperinci.

Jadual 3 : Pendapatan Keluarga Sampel mengikut Nilai tertinggi

Bil Bilangan murid Pendapatan Keluarga Taraf Sosioekonomi ( SES)

1 9 orang RM 2000.00 ke atas Tinggi

2 2 orang RM 701.00 – RM 1999.00 Sederhana

3 4 orang RM 700.00 ke bawah Rendah

Jadual 3 menunjukkan bahawa daripada 15 responden yang dipilih, 9 orang daripada mereka adalah daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi tinggi iaitu berpendapatan lebih RM 2000.00 sebulan. Manakala 2 orang responden daripada mereka adalah daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi sederhana iaitu berpendapatan lebih RM 701.00 sehingga RM 1999.00 sebulan dan akhirnya seramai 4 orang responden adalah dalam kategori berpendapatan rendah iaitu berpendapatan kurang RM 700.00 sebulan.

Instrumen Kajian

Pengumpulan data dalam kajian ini akan dilakukan dengan dua alat kajian iaitu seperti berikut :

1. a) Temubual untuk murid-muridi. Bahagian A : maklumat responden

ii. Bahagian B : Sikap respondeniii. Bahagian C : Faktor-faktor mempengaruhi sikap

responden b) Temubual untuk guru

i. Bahagian A : maklumat guruii. Bahagian B : Pengajaran dan pembelajaran

2. a) Mengecam dan membaca tulisan JawiMembaca kad imbasan Jawi telah dijalankan selama 2 minggu berturut-turut pada dalam bulan April . Ini untuk meninjau sejauh mana tahap penguasaan responden dalam mengenal tulisan Jawi.

11

Page 12: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

b) Ujian bertulis Ujian bertulis disediakan dalam bentuk ujian. Dalam soalan ujian bentuk soalan terdiri daripada mengenal huruf pada kad imbasan, menulis huruf pada lembaran kerja dan membaca tulisan Jawi secara urutan pada carta. Masa yang diperuntukkan untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap tulisan Jawi selama 30 minit seorang. Ianya dijalankan selama 2 minggu berturut-turut.

Analisa Data

Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahap satu mengenal huruf-huruf Jawi.

Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 42% murid tidak mengenal huruf dan 58 % murid mengenal huruf seperti yang terdapat dalam rajah 1.

Rajah 1 : Tahap penguasaan murid-murid Tahap satu mengenal huruf-huruf Jawi.

Semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 100% daripada 15 orang murid sudah mengenal huruf pertama dan ketiga Jawi iaitu ا dan ت . Huruf ا mudah diingati kerana huruf ا ini lebih menyerupai angka 1 dan huruf kecil L iaitu l. Manakala huruf ث,, ب

, ن, د .sebanyak 80% sahaja murid menguasainya ه sebanyak 86.7% dan huruf ي dan حDiikuti pula huruf س dan و yang menunjukkan peratusan sebanyak 73.3%. Hasil kajian juga menunjukkan 66.7% bagi huruf , , ل, ف ص sememangnya boleh dikuasai ء dan ذdengan baik juga. Bagi mengenal huruf ر dan م pula, hanya 60% sahaja murid daripada 15 orang yang menguasainya dan diikuti pula huruf ع sebanyak 53.3% sahaja. Bagi 6 huruf yang berikutnya iaitu huruf , , , ظ, ط ز خ ,ج dan ك hanya 7 daripada 15 orang sahaja yang menguasainya sebanyak 53.3%. Manakala bagi huruf yang berikut pula iaitu

, , , , , , م, ق ض ش ح ج ك menunjukkan tahap penguasaaan yang amat rendah ى dan ,ڤsebanyak 33.3% sehingga 26.7% sahaja yang menguasainya. Hanya seorang sahaja yang mengenali huruf ن sebanyak 6.7% sahaja.(Rujuk lampiran C)

12

Page 13: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahap satu menulis huruf-huruf Jawi.

Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan 65.4% murid tidak tahu dan tidak boleh

menulis huruf Jawi dengan betul dan hanya 34.6% sahaja murid boleh menulis huruf

Jawi. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan menulis tulisan Jawi di kalangan

murid-murid tahap satu amat rendah. Ini terdapat dalam rajah 2 di bawah.

Rajah 2 : Tahap penguasaan murid-murid Tahap satu menulis huruf-huruf Jawi

Semasa ujian dijalankan menunjukkan keputusan berdasarkan jadual 2 (rujuk lampiran), semua murid berada pada tahap kebolehan 100% menulis 6 huruf pertama Jawi iaitu huruf , ج, , , ث ت2 ب2 ,ا dan ح. Bagi huruf د dan خ pula masing-masing memberi keputusan yang baik juga iaitu sebanyak 86.7% dan 80%. Manakala bagi huruf س hanya 73.3% daripada 15 orang murid yang menguasainya. Begitu juga bagi huruf ذ dan pula hanya 60% ر hanya 66.7% sahaja dapat dikuasai sepenuhnya dan bagi huruf صsahaja dapat dikuasai oleh murid-murid Tahap satu.

Hasil daripada kajian dan tinjauan melalui latihan menulis ke atas 15 responden didapati 46.7% hingga 6.7% sahaja murid tidak dapat menulis huruf jawi dengan betul dan baik bagi huruf, , , , , , , , , ن, م ك ف ظ ط ض2 ش ز ,چ dan ن. Manakala bagi huruf yang berikutnya , , , , , , , , , , ي, ء ه و و ل ك ق ف غ ع menunjukkan 0% daripada 15 ى dan ,عorang yang langsung tidak boleh menulis huruf tersebut. Dari analisis ini, pengkaji dapat

13

Page 14: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

membuat andaian bahawa murid-murid tidak dapat menulis huruf-huruf yang berkenaan adalah disebabkan kurang penekanan dari guru dan ibu bapa di rumah. Sekadar mendengar murid boleh menghafal dan menyebut urutan huruf-huruf hijaiyah secara lagu atau nasyid sudah memadai dengan kebolehan mereka tanpa ditekankan lagi pada proses menulis dengan baik dan betul.

Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahap satu membaca huruf-huruf Jawi.

Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 48.4% murid tidak boleh membaca huruf Jawi secara urutan dan hanya 51.6% sahaja murid boleh membaca huruf Jawi dengan lancar. Ini terdapat dalam rajah 3 di bawah.

Rajah 3 : Tahap penguasaan murid-murid Tahap satu membaca huruf-huruf Jawi

Semasa ujian dijalankan, hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan membaca huruf Jawi pada tahap sederhana sahaja. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian 2 huruf pertama Jawi sahaja yang dapat dibaca secara urutan sebanyak 100%.Huruf ini amat sinonim dengan murid-murid yang biasa terdedah dengan 2 huruf pertama dalam al-Quran.

Hasil kajian juga mendapati hampir separuh daripada huruf tidak boleh dibaca secara urutan dengan baik dan betul sebanyak 47.2% sahaja. Fenomena ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk memberi penekanan yang mendalam bermula dari peringkat awal ini lagi. Ini bermakna huruf-huruf berkenaan sememangnya sudah di ajar dan dapatan dari buku-buku latihan murid didapati sudah banyak latihan menyambung huruf-huruf Jawi untuk membina suku kata terbuka dan menulis ayat-ayat mudah.

14

Page 15: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

Punca-punca yang mempengaruhi murid-murid Tahap satu tidak dapat menulis dan membaca huruf-huruf Jawi

Hasil dapatan kajian membuktikan taraf sosioekonomi keluarga mempengaruhi pencapaian tahap penguasaan Jawi murid. Ibu bapa yang berpendapatan dan berpendidikan tinggi tidak menekankan aspek agama iaitu mengajar mengaji al-Quran pada anak-anak mereka di rumah kerana lebih mementingkan mata pelajaran lain . Manakala ibu bapa yang berpendapatan rendah juga tidak memberi perhatian khusus kepada anak-anak mereka di dalam penguasaan Jawi mungkin disebabkan kos kehidupan yang tinggi dan kedaifan di dalam pendidikan Islam.

Bagi murid-murid yang berpendapatan sederhana, kebolehan mereka dalam tulisan Jawi amat memberangsangkan dan menunjukkan prestasi yang cemerlang. Ini menunjukkan ibubapa yang dari sosioekonomi sederhana amat mementingkan pendidikan Islam terhadap anak-anak mereka. Kajian juga membuktikan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan pegangan hidup (aqidah) dalam pendidikan Islam amat mempengaruhi pencapaian akademik murid.

Oleh yang demikian guru, keluarga dan masyarakat yang beragama Islam keseluruhannya dapat sama-sama menggemblengkan tenaga membantu masalah murid yang lemah dan memberi tumpuan kepada penguasaan tulisan Jawi yang semakin dilupai ini. Oleh yang demikian guru, keluarga dan masyarakat yang beragama Islam keseluruhannya dapat sama-sama menggemblengkan tenaga membantu masalah murid yang lemah dan memberi tumpuan kepada penguasaan tulisan Jawi yang semakin dilupai ini.

Peranan guru amat penting untuk memberi motivasi kepada murid serta penggunaan kaedah dan aktiviti yang boleh menarik minat murid. Keluarga pula perlu merancang ekonomi dengan mengagihkan lebih peruntukan kewangan kepada pendidikan anak dari membeli barang lain yang kurang kepentingannya.

Kementerian Pelajaran perlu memandang masalah murid yang miskin. Murid ini perlu diberi bantuan kewangan untuk terus menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.Selain itu, peranan kerajaan dan jabatan agama agar menekankan pendidikan Islam di dalam pendidikan masa kini.

Bentuk-bentuk huruf Jawi yang tidak dapat dikuasai

Rata-rata huruf Jawi tidak dikuasai dengan sepenuhnya berbanding dengan huruf hijaiyah yang terdapat di dalam al-quran. Huruf-huruf tersebut adalah seperti yang berikut : ,چ

, , , ى, و ك ف ,ع dan iaitu ن sebanyak 19.4% daripada 36 huruf-huruf Jawi. Ini membuktikan huruf –huruf tersebut jarang digunakan dalam kehidupan seharian dan menyebabkan ianya sukar dikuasai dengan sepenuhnya.

15

Page 16: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

Impkikasi dan cadangan

Berdasarkan kajian yang dijalankan , jelaslah bahawa tahap penguasaan tulisan Jawi murid-murid hanya 48.1% sahaja secara keseluruhannya. Separuh daripada murid-murid tidak dapat menguasai sepenuhnya tulisan Jawi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja seandainya tiada tindakan susulan dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Hasil kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran semua pihak seperti guru, keluarga, Kementerian Pelajaran dan masyarakat keseluruhannya untuk sama-sama meningkatkan tahap kebolehan murid-murid dalam penguasaan tulisan Jawi.

Bagi murid-murid dari taraf sosioekonomi rendah pula agar mendapat kemudahan belajar sama seperti murid-murid lain. Guru juga perlu menarik minat murid-murid untuk belajar dan memahami kemahiran yang diajar. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dapat digunakan untuk meningkatkan lagi kebolehan murid dalam tulisan Jawi.

Cadangan untuk kajian lanjut

Berdasarkan kepada keputusan-kepuutsan yang diperolehi daripada hasil kajian ini, beberapa cadangan disarankan untuk pengkaji di masa akan datang agar dapat melengkapkan lagi kajian seperti ini, iaitu :

a) Subjek kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja. Pengkaji pada masa akan datang disarankan agar menggunakan sekolah dari seluruh negeri supaya dapatan kajian lebih lengkap dan dipercayai.

b) Kajian tentang penggunaan bahan bantu belajar untuk meningkatkan lagi minat terhadap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi. Kajian mengenai penggunaan bahan bantu belajar ini banyak dijalankan tetapi tidak banyak berkaitan dengan penguasaan tulisan Jawi.

c) Kajian tentang teknik yang digunakan untuk murid menyelesaikan masalah penguasaan tulisan Jawi. Penggunaan teknik yang telah gunakan terhadap murid-murid boleh dipelbagaikan mengikut tahap kematangan mereka Melalui kajian ini mungkin guru boleh memikirkan teknik yang berkesan bagi mereka membantu murid-murid menyelesaikan masalah penguasaan tulisan Jawi dengan lebih berkesan.

d) Kajian ini hanya mengkaji faktor sosioekonomi keluarga. Disarankan pada masa akan datang dapat menjalankan kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan murid dalam tulisan Jawi. Implikasi tersebut akan lebih membuka peluang untuk membantu tahap kebolehan menguasai tulisan Jawi murid-murid.

16

Page 17: PENGUASAAN TULISAN JAWI DI KALANGAN MURID ... · Web viewTemubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi.

e) Kajian ini hanya menggunakan statistik deskriptif peratusan. Dicadangkan pengkaji akan datang menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam mengkaji kebolehan menguasai tulisan Jawi murid-murid sekolah. Ini kerana kajian yang baik ialah kajian yang menggunakan kedua-dua kaedah iaitu kuantitatif dan kualitatif supaya dapatan lebih terperinci.

Kesimpulan

Hasil kajian telah menerangkan tentang kebolehan murid-murid di dalam menguasai tulisan Jawi. Kajian ini juga dapat mengenalpasti bahagian-bahagian apa yang paling lemah dan perlu diberi perhatian.

Seterusnya, dapat dikesan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan pegangan aqidah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kelemahan murid-murid dalam tulisan Jawi. Oleh itu, guru, keluarga, Kementerian Pelajaran dan masyarakat dapat menggembleng tenaga untuk meningkatkan tahap kebolehan kemahiran tulisan Jawi.

17