Tulisan jawi dan Khat Arab

Click here to load reader

  • date post

    07-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    30.099
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Tulisan jawi dan Khat Arab

KOD KURSUS NAMA KURSUS PRA SYARAT SINOPSIS

: : :

UKP 1061 TULISAN JAWI TIADA

Pendedahan kepada para pelajar tentang sejarah tulisan jawi. Penekanan terhadap para pelajar dalam menguasai Sistem Ejaan Jawi yang mutakhir serta mengusai kemahiran asas menulis tulisan Khat Jawi. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas penulisan Jawi dan Khat dengan mengadakan bengkel dan ceramah. Mengenal dan mempratikkan strategi pengajaran dan pembelajaran Jawi di sekolah. Pendedahan kepada pelajar tentang kepelbagaian Tulisan Khat Jawi. OBJEKTIF 1. 2. 3. Mempertahankan kemahiran menulis dan membaca tulisan jawi. Dapat mengenali dan membezakan segala bentuk tulisan Menyayangi dan mencintai khazanah bangsa

KANDUNGAN KURSUS 1. 2. 3. 4. Sejarah dan perkembangan tulisan jawi Bentuk-bentuk tulisan jawi Kemahiran menulis Tulisan khat

TENAGA PENGAJAR

Mohd Fauzi Bin Ariffin PTj : Pusat Islam, UPSI 012-3555604

Tulisan Jawi (UKP 1061)Tulisan Jawi

Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu, menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu. Tulisan Jawi ( ) adalah satu seni penulisan yang telah

wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Seja r ahTulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini

menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak Portugis, di-Raja Melayu dan dengan pihak-pihak itu, berkuasa

Belanda

Inggeris.

Selain

Pemasyhuran

Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Abjad

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris..

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi. Bentuk hur uf Nama alif ba ta sa jim ha ca kha dal zal ra zai sin syin Tung g Aw al al ka ta Tengah ka ta Akhir ka ta Padanan R umi a b t s, (th) j h, () c kh d z, (dh) r z s sy

sad dad ta za ain ghain nga fa pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha ya ye nya

)s, ( )d, ( )t, ( )z, ( ;awal: a, i, u )( ,akhir: k gh ng f p )k, q, (q k g l m n w, u, o v h y, i, e taling e pepet hujung ny

hamzah ta marbutah Catatan:

awal: gugur; akhir: k, () t, h, ()

1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalamtulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.

2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.

ContohNa ma-na ma har i dalam tu li san Jaw i Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad

Bacaan lanjut Sejarah

H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258263.

R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40. J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71.

Kaedah

Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD), Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.

SEJARAH TULISAN JAWISkrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa Melayu untuk pengejaannya seperti yang kita maklum adalah dinamakan sebagai Skrip Jawi. Namun sehingga sekarang tidak dapat diketahui siapakah yang memberikan nama Jawi kepada skrip itu, namun beliau memetik dalam kamus R.J Wilkinson bahawa perkataan Jawi didalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jejawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna kerbau atau lembu dalam bahasa Minangkabau. Tetapi apa yang jelas disini nama Jawi

tersebut tidak ada kaitan dengan tulisan tersebut Satu Persoalan timbul iaitu dari manakah datangnya istilah Jawi untuk tulisan Jawi ? Skrip tulisan jawi berasal daripada skrip Arab yang telah dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan.Terdapat beberapa ciri

tulisan Jawi yang menjadikan ianya unik. Skrip Jawi mengalami evolusi yang boleh dikategorikan kepada empat fasa. Setelah melalui empat fasa ini tulisan Jawi menjadi semakin mantap dan dapat disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.

Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.

Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu dan pernah mendukung bangsa Melayu keambang tamadun Melayu moden pada masa kini.Tulisan rumi hanya wujud dalam tamadun melayu selepas perang dunia kedua sahaja.(sumber : Kang,1993). adalah merupakan karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasikan dalam lingkungan Abad ke-15M hingga awal abad ke-20M.Dalam manuksrip melayu ini tercatat pelbagai bahan dan ilmu yang menjadi khazanah bangsa Melayu pada masa dahulu.Manuskrip Melayu Bukti sejarah kewujudan tulisan jawi dalam tamadun melayu dahulu boleh dilihat bahan-bahan bertulis seperti

batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata,duit syiling, batu lontar, tembikar dan seumpamanya

ukiran-ukiran pada masjid , istana azimat dan tangkal

Penemuan pertama batu nisan yang tertulis dalam bahasa Arab di Sumatera bertarikh 55 Hijrah (674M) dan di Kedah bertarikh 290 Hijrah jelas telah menunjukkan bahawa tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf tambahan kepada huruf Arab bagi menyesuaikannya dengan gaya bahasa orang Melayu telah menyumbangkan kewujudan Tulisan Jawi dalam tamadun Melayu. Akan tetapi siapakan pencipta sebenar kepada tulisan Jawi tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Ciri- Ciri T ulisan J awi Terdapat empat ciri Utama yang dipunyai oleh Skrip Jawi iaitu : a) bertindan secara memugak b) ligatur1 c) aksara2 berbaris atau mempunyai titik d) aksara bersambung * Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab dan Enam Abjad tambahan.

1

Pengikat lelidah alat tiup. ; Bentuk notasi muzik abad ketiga belas hingga keenam belas. Aksara : Lambang unik yang digunakan dalam sistem tulisan sesuatu bahasa untuk menyampaikan maklumat.2

Manuskrip Melayu

Apa itu Manuskrip

Melayu ?

Manuskrip Melayu adalah karya yang ditulis dengan tangan dalam tulisan Jawi yang dihasilkan dalam lingkungan Abad ke-15 hingga awal abad ke-20. Menga pa I a P enting ?

Manuskrip Melayu Penting kerana ia adalah merupakan warisan dalam bentuk penulisan daripada zaman silam yang tidak ternilai harganya. Isi kandungannya mengandungi pelbagai ilmu yang berguna dan perkara yang meliputi fikah, tauhid, tassawuf, tajwid, sejarah, undang-undang, petua dan azimat, perubatan, firasat, tabir mimpi. Pelbagai hikayat, syair dan nazam juga ditulis. Ilmu yang dihasilkan merupakan ilmu yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan tamadun Melayu yang perlu dipelihara bagi faedah generasi kini mahupun yang akan datang.

Contoh Manuskrip Hikay at Hang T uah

T er kenal

Menceritakan kegagahan Hang Tuah dan rakan-rakannya bernakti dan berkhidmat untuk Sultan Melaka yang membawa kegemilangan kesultanan Melaka. Misa Melayu Sebuah karya sastera sejarah yang mengandungi sejarah tentang raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak serta membicarakan tentang adat resam dan budaya Perak. Sir at Al- Mustaqim Disusun dan ditulis oelh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada tahun 1044 Hijrah (1634 Masihi). Merupakan sebuah kitab fikah yang penting yang menghuraikan amal ibadat setiap muslim. Kita b T ib Membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yang menggunakan bahan dari pokok dan tanaman yang dicampur dengan ramuan rempah, di antaranya ubat sembelit, sengugut dan meroyan.

Sy air Ser atus Siti Mengisahkan tentang keagungan Sultan Mansur yang menjadi khalifah di negeri Baghdad dan bagaimana baginda mencari isteri untuk dijadikan permaisuri. Hukum Kanun Melaka Merupakan naskah undang-undang yang tertua sekali dadn dianggap terpenting serta mempengaruhi undang-undang negeri Melayu yang lain. Membentangkan undang-undang yang meliputi pentadbiran negara, hukum jenayah dan hukum perniagaan. Perbicaraan kemudiannya diikuti dengan hukum Jong. Car a Menyimpan Usia manuskrip yang sudah lanjut memerlukan penjagaan yang berterusan dan sebaik mungkin supaya selamat dan tidak hancur. Manuskrip tidak boleh terdedah kepada pencemaran udara, seboleh-bolehnya selalu dibersihkan daripada habuk dan serangga. Manuskrip yang rosak perlu dibaiki dengan dengan segera

Per anan Mas yar aka t Manuskrip perlu