Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkatkan kosa kata murid ...

Click here to load reader

Embed Size (px)

Transcript of Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkatkan kosa kata murid ...

  1. 1. KERTAS CADANGAN KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MEMPERTINGKATKAN KOSA KATA MURID TAHUN 6 DI SK PUTRAJAYA PRESINT 8(1)
  2. 2. KANDUNGAN HALAMAN BAB 1 : PENDAHULUAN 3 1.1 Pengenalan 3 1.2 Pernyataan Masalah 5 1.3 Objektif Kajian 6 1.3.1 Persoalan Kajian 6 1.3.2 Hipotesis Kajian 7 1.4 Definisi Operasional 7 1.4.1 Model STAD 7 1.4.2 Pembelajaran Koperatif 1.4.3 Kamus 9 1.4.4 Kosa kata. 10 1.5 Batasan Kajian / Persampelan 11 1.6 Kepentingan Kajian 11 1.7 Rumusan 12 BAB 2 : SOROTAN LITERATUR 13 2.1 Pendahuluan 13 2.2 Kajian Literature 13 2.2.1 Kajian Dalam Negara Kaedah Pembelajaran Koperatif. 14 2.2.2 Kajian Dalam Negara Penggunaan Kamus dalam Menguasai Kosa Kata. 16 2.2.3 Kajian Luar Negara Kaedah Pembelajaran Koperatif 19 2.2.4 Kajian Luar Negara Penggunaan Kamus dalam Menguasai Kosa Kata. 20 2.3 Rumusan 21 BAB TIGA : METODOLOGI KAJIAN 22 3.0 Pendahuluan 22 3.1 Rekabentuk Kajian 23 3.2 Populasi Kajian 23 3.3 Instrumen Kajian 23 3.4 Prosedur Kajian 34 3.4.1 Prosedur pengumpulan data 26 3.4.2 Prosedur analisis data 27 3.4.3 Prosedur Pemprosesan Data 28. 3.5 Rumusan 28 RUJUKAN 29 LAMPIRAN 30 2
  3. 3. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bahasa Melayu merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid- murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Melalui Bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi,menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Menurut Raminah Hj. Sabran (1993).Penguasaan bahasa lebih ketara pentingnya dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi perantara utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah. Terdapat pelbagai aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Ia diberi tumpuan utama bagi bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kaedah Pembelajaran Koperatif (STAD) dipilih sebagai subjek kajian atas dorongan oleh dapatan-dapatan positif tentang keberkesanan Pembelajaran Koperatif di kebanyakan negara Eropah. Justeru, penyelidik ingin mengesan kehidupan manusia. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi,menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya. Menurut Raminah Hj. Sabran (1993) Penguasaan bahasa lebih ketara pentingnya dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi perantara utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3
  4. 4. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah. Terdapat pelbagai aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Ia diberi tumpuan utama bagi bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kaedah Pembelajaran Koperatif (STAD) dipilih sebagai subjek kajian atas dorongan oleh dapatan-dapatan positif tentang keberkesanan Pembelajaran Koperatif di kebanyakan negara Eropah. Justeru, penyelidik ingin mengesan kesan Pembelajaran Koperatif dalam mempertingkatkan kosa kata murid tahun enam. Kaedah Pembelajaran Koperatif menekankan interaksi sosial antara rakan sebaya dapat membawa kesan positif terhadap pencapaian pelajar, perubahan hubungan antara ahli dan sikap terhadap mata pelajaran dan sekolah. Cooperative learning is group learning activity organised so that learning is dependent on socially structured exchange of information between learners in groups and in which each learner is held accountable for his or her own learning and is mitivated to increase the learning of others. (Kagan & Olsen, 1992) Guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid- murid mereka dalam penguasaan Bahasa Melayu. Isu kelemahan penguasaan kosa kata Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah sering menjadi perhatian. Isu ini juga menjadi hangat dan mendapat perhatian pelbagai pihak. Murid-murid sekolah bukan sahaja sukar untuk memahami kosa kata Bahasa Melayu tetapi juga kosa kata mereka amat terhad. Murid-murid sering gagal untuk memilih dan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul dan tepat. Punca utama mengapa murid-murid gagal menguasai kosa kata dan hanya memiliki kosa kata yang sangat terhad adalah kerana mereka kurang minat membaca dan merujuk kamus. Sekiranya murid-murid rajin membaca dan merujuk kamus, mereka boleh mempertingkatkan kosa kata dan seterusnya mereka boleh menguasai tatabahasa Bahasa Melayu. Untuk mengatasi masalah ini guruguru perlu menggalakkan murid- murid supaya rajin membaca dan memberi 4
  5. 5. penerangan tentang kebaikan membaca. Hasil daripada laporan prestasi ini dan pengalaman penyelidik sendiri yang menghadapi murid-murid yang tidak mempunyai kemahiran penguasaan kosa kata Bahasa Melayu, menyebabkan penyelidik mencuba kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Kaedah tradisional dilihat kurang berkesan dalam mempertingkatkan kosa kata murid. Oleh itu Pembelajaran Koperatif (STAD) dipilih untuk membuktikan pembelajaran ini dapat mengatasi masalah kosa kata murid yang terhad. Dalam kajian ini penyelidik memilih beberapa latihan kosa kata antaranya membina perkataan, dan teknik kaitan perkataan (konsep) dengan menjadikan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rujukan bagi memilih dan mengisi tempat kosong bagi jawapan yang tepat. Penyelidik memilih pelbagai latihan kosa kata ini kerana mengharapkan dapat merangsangkan minat dan menggalakkan murid untuk mengambil bahagian. Kaedah Pembelajaran Koperatif (STAD) ini diharap dapat mempertingkatkan lagi kosa kata bahasa Melayu murid-murid tahun enam ini. 1.2 Pernyataan Masalah Masalah utama yang dikenal pasti mengapa murid tidak boleh menjawab latihan mengisi tempat kosong atau memilih jawapan yang tepat semasa menjawab latihan ujian atau peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Pemahaman (011) adalah disebabkan pengetahuan kosa kata murid yang terhad. Kajian yang akan dijalankan ini untuk meningkatkan lagi keupayaan murid dalam penguasaan kosa kata melalui pembelajaran koperatif (STAD). Kajian ini juga berfokus kepada murid tahun tahun 6, di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1). Pencapaian murid kelas ini sederhana sahaja. Kesemua murid kelas ini boleh membaca dan boleh menggunakan kamus dengan baik. Kebanyakan pelajar kelas ini adalah berlatar belakang keluarga yang sederhana sosio ekonominya. Lower economic family backgrounds do have negative effect on education aspirations of the students and their resulting academic achievements. 5
  6. 6. Menurut Mok (1996) (Latar belakang keluarga yang rendah sosio ekonominya boleh memberi kesan negatif terhadap aspirasi pelajaran pelajar dan keputusan pencapaian akademik mereka). Menurut Mok Soon Sang (1996), kebanyakan guru mengamalkan kaedah pengajaran kelas yang tidak ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna dan berkesan. Pengajaran biasa di dalam kelas merupakan pengajaran yang hanya berfokus kepada penerangan di papan tulis dan tidak berlaku komunikasi di antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Pelbagai kaedah pengajaran dijalankan guru untuk menarik minat murid belajar seterusnya meningkatkan prestasi mereka. Salah satunya adalah pembelajaran koperatif. Bagi membuktikan pernyataan itu, kajian dijalankan untuk menyelidik kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap peningkatan prestasi dan mempertingkatkan kosa kata. 1.3 Objektif Kajian Soalan tatabahasa dan kosa kata sering diuji dalam peperiksaan. Kosa kata memainkan peranan yang amat penting untuk memilih jawapan yang tepat dan betul. Murid-murid sukar menjawab soalan jika mereka gagal memahami maksud perkataan. Oleh itu rasionalnya kajian ini adalah untuk mengendalikan pelbagai latihan kosa kata untuk membantu murid-murid mempertingkatkan kosa kata melalui kaedah pembelajaran koperatif. Objektif kajian ini untuk : a) Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian dalam mempertingkat kosa kata antara murid yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif (STAD) dengan murid yang mengikuti kaedah pembelajaran tradisional. b) Mengenal pasti sama ada murid-murid lemah untuk memilih jawapan yang betul dan tepat disebabkan kosa kata murid yang terhad. 1.3.1 Persoalan Kajian 6
  7. 7. a) Adakah kaedah pembelajaran koperatif (Model STAD) berkesan berbanding kaedah pembelajaran tradisional dalam meningkatkan prestasi pelajar terhadap topik kosa kata? b) Adakah pelajar lemah memilih jawapan yang betul dan tepat disebabkan kosa kata mereka yang terhad? 1.3.2 Hipotesis Kajian Hipotesis kajian adalah: Ho1: Tidak terdapat perbezaan kesan kaedah pembelajaran koperatif (STAD) dan pembelajaran tradisional terhadap peningkatan prestasi pelajar. Ha1: Pelajar yang menerima pembelajaran koperatif menunjukkan prestasi yang lebih tinggi berbanding pelajar yang menerima pembelajaran tradisional. Ho2: Tidak terdapat perbezaan kesan kaedah pembelajaran koperatif (STAD) dan Pembelajaran Tradisional terhadap kosa kata murid Ha2: Pelajar yang menerima pembelajaran koperatif (Model STAD) menunjukkan Peningkatan terhadap penguasaan kosa kata berbanding pelajar yang menerima Pembelajaran tradisional. 1.4 Definisi Operasional 1.4.1 Model STAD Menurut Effandi Zakaria (1998), Pembelajaran koperatif adalah satu strate