STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

24
STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN GURU MATEMATIK DI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK UNIVERSITI 04-15-19-08 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Transcript of STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

Page 1: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN

GURU MATEMATIK DI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK UNIVERSITI

04-15-19-08

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Page 2: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

ii

PENGAKUAN

Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Noor Shah' Saad,

Zulkifley Mohamed, Nor'ain Mohd Tajudin, Muzirah Musa dan Lim Kian Boon kecuali

nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

1. Prof Madya Dr. Noor Shah bin Saad / .

Ketua Penyelidik (Pendidikan Matematik)

15 Oktober 2009

2. Dr. Zulkiflcj bin Mohamed

Ahli Penyelidik (Statistik)

3. Dr. Nor'ain Mohd Tajudin

Ahli Penyelidik (Pendidikan Matematik)

4. Cik Muzirah Musa kpc.

Ahli Penyelidik (Statistik)

5. En. Lim Kian Boon

Ahli Penyelidik (Matematik)

Page 3: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

iii

PENGHARGAAN

Pasukan kajian ini ingin mengucapkan ribua terima kasih kepada organisasi-organisasi

dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kajian ini.

Pertamanya, kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah mengeluarkan Geran

Penyelidikan Jangka Pendek Universiti bagi menjalankan kajian ini. Ucapan terima ksih

juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian

Pelajaran Malaysia, Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri, pengetua-pengetua sekolah

menengah serta guru matematik sekolah menengah di semenanjong Malaysia dalam

memberi kebenaran dan sokongan semasa menjalankan kajian ini di sekolah. Kajian ini

tidak dapat dilaksanakan tanpa bantuan dan sokongan daripada sekolah-sekolah dan juga

guru matematik dalam memberi respon kepada soal selidik. Ribuan Terima kasih

diucapkan.

Noor Shah Saad Ketua Penyelidik

Geran Penyelidikan Jangka Pendek Universiti 04-15-0019-08

Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak.

Oktober 2009.

Page 4: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

iv

Abstrak

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (PIPP) 2006 - 2010 berhasrat untuk memastikan bukan sahaja dapat melahirkan guru yang berkualiti malahan untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Bagi mencapai hasrat ini, standard pengajaran yang berkesan dan berkualiti harus diamalkan di kalangan guru-guru khususnya guru matematik. Kajian ini melibatkan tiga peringkat. Pertama, kajian literatur secara intensif tentang standard pengajaran matematik yang diperkenalkan di luar negara seperti National Council of Teacher of Mathematics (NCTM, 2000), The Australian Association of Mathematics Teachers (AAMT, 2006) dan Training and Development Agency for School (TDA, 2007). Di Malaysia, Standard Kualiti Pendidikan (2003) dan Standard Guru Malaysia (2007) turut diperkenalkan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru dalam perkhidmatan dan praperkhidmatan. Peringkat kedua melibatkan pembinaan instrumen soal selidik tentang standard kecemerlangan pengajaran matematik dan disahkan (kesahan muka)oleh pakar-pakar-pakar pendidikan matematik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Empat komponen (konstruk) telah dikenal pasti iaitu Amalan ikhtisas (AI), Atribut Ikhtisas (ATI), Pengetahuan Ikhtisas (PI), dan Proses Pengajaran Pembelajaran (PPPI). Instrumen ini telah diuji dalam kajian rintis dan Indek Kebolehpercayaan Cronbach's Alpha instrumen adalah melebihi 0.85. Seterusnya, pada peringkat ketiga instrumen (soal selidik) yang diperbaiki dikenali sebagai instrumen Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik (SET@MATH). Instrumen ini telah ditadbir secara pos kepada 224 buah sekolah di Semenanjong Malaysia secara rawak yang melibatkan seramai 1,120 orang guru matematik sekolah menengah. Seramai 820 guru matematik (73.2 %) telah memberi respon. Dapatan kajian mendapati persepsi guru matematik sangat tinggi tentang tiga komponen iaitu Atribut Ikhtisas (ATI), Amalan Ikhtisas (AI) dan Proses Pengajaran Pembelajaran Ikhtisas (PPPI). Di samping itu, satu model SET@MATH telah dibina berdasarkan Model Persamaan Berstruktur menerusi kaedah Kuasadua Terkecil Separa dan model tersebut dapat disuaikan dan boleh diterima sebagai satu model Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik.

Kata Kunci: Standard pengajaran matematik, Model Persamaan Berstruktur

Page 5: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

v

Abstract

Formulation of the National Education Blueprint (PIPP) 2006-2010 aspires to ensure not just quality teachers can be produced but to ensure that those quality teachers remain in Malaysian education system and maintain their teaching quality throughout their services. To achieve this aspiration, the effective and quality teaching standard should be practice among teachers, specifically the mathematics teachers. This study involved three stages. Firstly, an extensive survey of literature about the mathematics teaching standards that was established overseas such as The National Council of Teacher of Mathematics (NCTM, 2000), The Australian Association of Mathematics Teachers (AAMT, 2006) and the Training and Development Agency for School (TDA, 2007). In Malaysia, the Education Quality Standard (2003) and Malaysian Teachers Standard (2007) were also established in attempt to improve in service and pre-service teachers' quality. The second stage involved the construction of Standard of Excellent in Teaching Mathematics standard survey instrument and validated (face-validation) by mathematics education experts' from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Four components were identified, namely the Professional Practices (AI), Professional Attributes (ATI), Professional Knowledge (PI), and Professional Teaching and Learning Process (PPPI). This instrument was tested in the pilot study and the reliability index of Cronbach's alpha coefficient was found to be above 0.85. Furthermore, at the third stage, necessary amendments were made for the improvement of the instrument and this instrument was called Standard of Excellent in Mathematics Teaching or SET@MATH. The post-survey was administered to 224 schools in Peninsular Malaysia randomly, which involved 1,120 secondary mathematics teachers. There were 820 mathematics teachers responded in the survey. The findings of the study showed that the mathematics teachers' perception towards three components namely, the Professional Attributes (ATI), the Professional Practices (AI) and the Professional Teaching and Learning Process (PPPI) were significantly high. A SET@MATH model was developed based on the structural equation modeling (SEM) through the partial least squares method and this model was well fitted and can be accepted as a Model of Standard for Excellent in Teaching Mathematics.

Keywords: Mathematics Teaching Standard, Structural Equation Modeling

Page 6: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

vi

KANDUNGAN

Muka surat

Pengakuan ii

Penghargaan iii

Abstrak iv

Abstract v

Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xiii

Senarai Singkatan xiv

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 3

1.3 Tujuan dan Objektif Kajian 4

1.4 Persoalan Kajian 4

1.5 Kepentingan Kajian 5

1.6 Batasan Kajian 5

1.7 Definisi Istilah 6

Page 7: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

vii

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 7

2.2 Standard Pengajaran Matematik 8

2.2.1 Standard Pengajaran Matematik - The National 8 Council of Teacher of Mathematics

2.2.2 Standard Pengajaran Matematik di Australia 11

2.2.3 Standard Pengajaran Matematik di United Kingdom 13

2.2.4 Standard Pengajaran Matematik di Thailand 15

2.2.5 Standard Pengajaran Matematik di Iowa, USA 18

2.2.6 Standard Guru Malaysia - Bahagian Pendidikan 21 Guru

2.2.7 Standard Kualiti Pendidikan - Jemaah Nazir 24 Persekutuan Malaysia

2.2.8 Ciri-ciri Pengajar daripada Perspektif Islam 24

2.3 Model Persamaan Berstruktur (MPB) Berasaskan Kaedah 26 Kuasa Dua Terkecil Separa(KTS)

2.3.1 Model Pengukuran AI, ATI, PI, PPPI dan 26 SET@MATH

2.3.2 Model Berstruktur AI 30

2.3.3 Model Berstruktur PI 31

2.3.4 Model Berstruktur PPPI 32

2.3.5 Model Berstruktur SET@MATH 33

2.4 Kesimpulan 34

Page 8: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

viii

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 36

3.4 Instrumen Kajian 37

3.4.1 Item Soal Selidik 38

3.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen 39

3.5 Prosedur Kajian 41

3.6 Analisis Data 42

3.7 Kaedah Pembangunan Model Persamaan Berstruktur 43 (MPB) Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik (SET@MATH)

3.7.1 Sistem Persamaan Berstruktur (SPS) MPB-KTS 45

3.7.2 Sistem Persamaan Pengukuran (SPP) MPB-KTS 46

3.7.3 Sistem Persamaan Pemberat (SPB) MPB-KTS 48

3.7.4 Menganggar Pemberat Model Luaran Bagi Kes 49 Reflektif dan Formatif

3.7.5 Menganggar Pembolehubah Pendam Model 52 Dalaman

3.8 Kesimpulan 55

Page 9: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

ix

BAB 4 DAP AT AN KAJIAN

4.1 Pengenalan 56

4.2 Perbandingan Standard Pengajaran Matematik 56

4.3 Standard Pengajaran Matematik Mengikut Perspektif 60 Guru Matematik

4.3.1 Profil Responden 60

4.3.2 Persepsi Tentang Komponen SET@MATH 63

4.3.2.1 Persepsi Tentang Komponen Atribut 64 Ikhtisas (ATI)

4.3.2.2 Persepsi Tentang Komponen Amalan 69 Ikhtisas (AI)

4.3.2.3 Persepsi Tentang Komponen 76 Pengetahuan Ikhtisas (PI)

4.3.2.4 Persepsi Tentang Komponen Proses 84 Pengajaran dan Pembelajaran Ikhtisas (PPPI)

4.4 Pembangunan dan Pengujian Model Persamaan 94 Berstruktur (MPB) Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik (SET@MATH)

4.5 Kesimpulan 97

Page 10: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

x

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 98

5.2 Standard Pengajaran Matematik 98

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 102

5.4 Kesimpulan 103

RUJUKAN 105

Lampiran A Lampiran B Lampiran C1-C8 Lampiran DI Lampiran D2 Lampiran E

Instrumen soal selidik Surat EPRD Surat JPN ( 8 negeri) Kertas Kerja ICERP Kertas Kerja PERSAMA Prototype-CD(flash/excel)

Page 11: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

xi

SENARAI JADUAL

Jadual rauka surat

3.1 Taburan Persampelan 37

3.2 Deskripsi Skala dalam SET@MATH 38

3.3 Komponen SET@MATH 39

3.4 Indeks Kebolehpercayaan SET@MATH 40

3.5 Tahap Persepsi dan Kategori Pengetahuan SET@MATH 43

4.1 Analisis Perbandingan bagi Komponen SET@MATH 57

4.2 Komponen bagi SET@MATH 58

4.3 Indek Kebolehpercayaan bagi Item-item dalam SET@MATH 60

4.4 Profil Responden 61

4.5 Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Komponen 64 Atribut Ikhtisas

4.6 Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Item-item bagi 66 setiap Konstruk dalam Atribut Ikhtisas

4.7 Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Komponen 69 Amalan Ikhtisas

4.8 Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Item-item bagi 71 setiap Konstruk dalam Amalan Ikhtisas

4.9 Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Komponen 76 Pengetahuan Ikhtisas

4.10 Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Item-item bagi 79 setiap Konstruk dalam Pengetahuan Ikhtisas

4.11 Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Komponen 85 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Ikhtisas

Page 12: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

xii

4.12 Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Tentang Item-item bagi 88 setiap Konstruk dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Ikhtisas

4.13 Nilai Pekali Pengujian Kebolehpercayaan Model Luaran 94

Page 13: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

xii i

SENARAI RAJAH

Rajah muka surat

2.1 Model Berstruktur AI 30

2.2 Model Berstruktur PI 31

2.3 Model Berstruktur PPPI 32

2.2 Model Berstruktur SET@MATH 33

4.1 Model SET@MATH 96

Page 14: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

BAB 1

LATAR BELAKANG KAJIAN

1.1 Pengenalan

Kualiti pengajaran pembelajaran di bilik darjah khususnya pengajaran pembelajaran

matematik merupakan aspek utama yang diberi perhatian bagi kebanyakan negara

(Stigler & Hiebert, 1999). Shulman (1986) menegaskan bahawa 'teaching necessarily

begins with a teacher's understanding of what is to be learned and how it is to be

taught Oleh itu, keputusan yang dibuat oleh guru sebelum, semasa, dan selepas

pengajaran adalah amat penting untuk pelajar dan juga guru untuk meningkatkan mutu

pengajarannya. Keputusan yang dibuat seharusnya berdasarkan kepada 'professional

guidance' yang mantap.

Terdapat pelbagai standard pengajaran matematik yang digubal di luar negara.

Contohnya, The National Council for Teachers of Mathematics (NCTM) (1991,

2000) telah memperkenalkan standard untuk pengajaran matematik di Amerika

Syarikat melalui 'The Professional Standards for Teaching Mathematics\ Secara

lebih spesifik, cadangan NCTM ini bertujuan untuk memberi panduan bagaimana

pengajaran dan pembelajaran matematik seharusnya diamalkan di bilik darjah di

seluruh Amerika Syarikat. Ia juga memperjelaskan dua jenis standard iaitu standard

konten untuk tajuk matematik yang spesifik dan standard proses yang melibatkan

pedagogi dan kaedah mengajar. Ini ditegaskan melalui pernyataan, Teachers need to

Page 15: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

2

know and use mathematics for teaching that combines mathematical knowledge and

pedagogical knowledge9 (NCTM, 2000, p. 370).

Terdapat empat peranan guru matematik yang diperjelaskan seterusnya kepada

enam standard bagi pengajaran matematik iaitu: i) Standard I: Persekitaran

pembelajaran; ii) Standard 2: Tugasan matematik yang bermakna; iii) Standard 3:

Alat untuk mempertingkatkan wacana atau pengajaran; iv) Standard 4: Peranan guru

semasa pengajaran (discourse); v) Standard 5: Peranan pelajar semasa pengajaran;

dan vi) Standard 6: Analisis pengajaran pembelajaran.

Australia juga turut memperkenalkan standard pengajaran matematik yang

dikenali sebagai "Standard for Excellent in Teaching Mathematics in Australian

School" (AAMT, 2006). Standard ini memberi panduan tentang kualiti yang

diperlukan untuk menjadi seorang guru yang efektif, bagaimana melaksanakan tugas

dan tanggungjawab mereka dengan baik serta falsafah kendiri mengenai pengajaran

dan pembelajaran matematik di bilik darjah.

Di Malaysia pula, terdapat Standard Kualiti Pendidikan yang di kemukakan

oleh Jemaah Nazir Persekutuan yang melibatkan empat dimensi iaitu hala tuju

kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan dan

kemenjadian murid yang merangkumi 12 elemen. Bagi dimensi pengurusan program

pendidikan, dikemukakan Elemen 9 yang berkaitan dengan standard pengajaran dan

pembelajaran untuk diguna pakai oleh semua mata pelajaran. Dalam dokumen

tersebut, Elemen 9 bagi standard pengajaran dan pembelajaran ini tertumpu kepada

13 aspek dalam membuat penilaian pengetahuan guru semasa pengajaran iaitu: i)

rancangan pengajaran tahunan; ii) rancangan pelajaran harian; iii) set induksi; iv)

penyampaian dan perkembangan pelajaran; v) teknik penyoalan; vi) penglibatan

murid; vii) peneguhan; viii) latihan dan tugasan; ix) pemeriksaan latihan dan tugasan

murid; x) penutupan; xi) hasil kerja murid; xii) pengurusan kelas; dan xiii) perwatakan

guru.

Tiga belas aspek dalam Elemen 9 ini digunakan oleh pihak nazir sekolah

sebagai alat untuk menilai standard kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan

Page 16: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

3

menggunakan skor 0 hingga 4 bagi sesebuah sekolah. Bagi Elemen 9 ini diberi

wajaran 20 peratus (%) daripada wajaran keseluruhan Standard Kualiti Pendidikan

Malaysia. Penilaian bagi Elemen 9 bukanlah dibuat untuk menilai kualiti pengajaran

pembelajaran secara individu tetapi melibatkan keseluruhan sekolah. Oleh itu, agak

kurang wajar untuk menentukan standard pengajaran matematik di kalangan guru

matematik di sekolah dengan hanya berdasarkan kepada wajaran 20 % dan tambahan

pula instrumen ini digunakan bagi menaksir keupayaan guru melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran dan bukan untuk menentukan standard pengajaran

matematik.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia juga turut

menyenaraikan Standard Guru Malaysia (2007) iaitu Standard 1: Amalan nilai

profesionalisme keguruan; Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman; dan Standard 3:

Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran. Setiap standard yang dinyatakan disertakan

dengan indikator bagi memberi penjelasan tentang maksud standard-standard tersebut

1.2 Pernyataan Masalah

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhasrat untuk memastikan bukan sahaja

dapat melahirkan guru yang berkualiti, tetapi lebih jauh daripada itu, iaitu untuk

memastikan mereka yang berkualiti ini kekal dalam sistem pendidikan negara dan

kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka" {Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan KPM 2007, p. 106). Bagi mencapai hasrat KPM tersebut,

persoalannya, apakah garis panduan yang perlu diikuti oleh guru matematik untuk

mengajar matematik dengan berkesan di Malaysia? dan pihak manakah yang

bertanggungjawab untuk menentukan garis panduan pengajaran matematik yang

berkesan?

Memandangkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (2003) dan penekanan

pengajaran pembelajaran matematik dalam kurikulum Matematik KBSM agak

berbeza dari segi tujuan dan matlamatnya maka wajarlah satu kajian secara

Page 17: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

4

menyeluruh untuk menentukan satu kualiti pengajaran pembelajaran matematik yang

lebih jelas untuk diikuti oleh semua guru matematik di negara ini. Malah, kajian ini

dapat dijadikan panduan kepada pendidik guru matematik di institusi pengajian tinggi

untuk melatih dan membimbing guru pelatih ke arah pembentukan kualiti pengajaran

pembelajaran matematik dengan lebih berkesan.

1.3 Tujuan dan Objektif Kajian

Secara amnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti standard pengajaran

matematik di kalangan guru-guru matematik di Malaysia. Secara khususnya objektif

kajian bertujuan untuk:

i. membanding standard pengajaran matematik yang disarankan di luar dan

dalam Negara;

ii. mengenal pasti standard pengajaran matematik yang mengikut perspektif

guru matematik sekolah menengah;

iii. membangunkan model standard kecemerlangan pengajaran matematik; dan

iv. menguji model standard kecemerlangan pengajaran matematik.

1.4 Persoalan Kajian

Bagi mencapai tujuan kajian, empat persoalan kajian dibentuk, iaitu;

i. Apakah standard-standard pengajaran matematik yang disarankan di luar dan

dalam negara?

ii. Apakah standard kecemerlangan pengajaran matematik mengikut perspektif

guru matematik di Malaysia?

iii. Apakah model standard kecemerlangan pengajaran matematik sekolah

menengah?

iv. Dapatkah model standard kecemerlangan pengajaran matematik yang dibina

disuaikan dengan data-data daripada soal selidik?

Page 18: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

5

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dilaksanakan kerana pada masa kini masih tidak ada lagi suatu

standard pengajaran khususnya dalam pengajaran matematik yang boleh dijadikan

panduan guru-guru matematik di Malaysia untuk memperbaiki amalan-amalan di bilik

darjah dan juga mempertingkatkan profesionalisme sebagai seorang guru matematik.

Kajian ini akan meneroka amalan-amalan yang standard yang perlu diamalkan semasa

pengajaran matematik berasaskan standard oleh NCTM, AAMT, TDA, Jemaah Nazir

dan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil kajian akan

mencadangkan satu instrumen Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik

(SET@MATH) untuk guru-guru sekolah menengah di Malaysia dalam meningkatkan

kualiti pengajaran matematik di bilik darjah. Instrumen soal selidik ini boleh

digunakan bagi menentukan tahap pengetahuan standard kecemerlangan pengajaran

matematik secara berkala bagi meningkatkan kualiti pengajaran matematik.

Justeru itu, dapatan kajian ini juga dapat dijadikan panduan kepada pendidik

matematik di institusi pengajian tinggi untuk melatih dan membimbing guru pelatih ke

arah pembentukan kualiti pengajaran pembelajaran matematik dengan lebih berkesan.

1.6 Batasan Kajian

Kajian dilakukan secara kuantitatif iaitu soal selidik yang telah dibina diedarkan ke

224 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia yang merangkumi sekolah

menengah kebangsaan (SMK), sekolah menengah agama (SMKA), sekolah berasrama

penuh (SBP) dan sekolah menengah teknik (SMT). Pemilihan sekolah-sekolah ini

telah ditentukan melalui persampelan rawak berstrata dan terbatas kepada empat zon

iaitu Zon Utara (Perlis, Kedah, Perak), Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur), Zon

Selatan (Negeri Sembilan, Melaka) dan Zon Timur (Pahang). Sampel kajian ini hanya

terbatas kepada lima orang guru matematik yang mewakili setiap buah sekolah.

Kajian ini berasaskan kepada empat komponen (konstruk) yang dikenal pasti

iaitu komponen Atribut Ikhtisas (ATI), Amalan Ikhtisas (AI), Pengetahuan Ikhtisas

(PI) dan Proses Pengajaran Pembelajaran Ikhtisas (PPPI) bagi menentukan tahap

Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik.

Page 19: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

6

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Standard Pengajaran Matematik

Standard ini merujuk kepada kualiti pengetahuan ikhtisas, atribut ikhtisas, amalan

ikhtisas dan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas yang perlu dimiliki setiap

guru matematik dan mampu melakukan transformasi dan mengimplimentasikan

standard ini sebelum, semasa, dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan tinjauan kajian-kajian yang berkaitan dengan fokus

penyelidikan ini yang merangkumi kajian-kajian di dalam dan di luar negara.

Antaranya adalah tinjauan standard pengajaran Matematik oleh National Council of

Teacher of Mathematics (NCTM), Standard Kecemerlangan dalam Pengajaran

Matematik di Sekolah-sekolah Australia (AAMT), Standard Pengajaran Guru di

United Kingdom (TDA), Thailand, dan Iowa (USA) serta standard kualiti pengajaran

yang disarankan oleh Bahagian Pendidikan Guru Malaysia dan Jemaah Nazir

Persekutuan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu, beberapa perkara

yang berkaitan dengan ciri-ciri seseorang pengajar dan tertib atau adab mengajar

mengikut tuntutan atau perspektif Islam juga dihuraikan. Tinjauan literatur ini

memberi huraian terperinci tentang komponen-komponen dan konstruk yang

disyorkan oleh pakar-pakar dalam bidang matematik dan pendidikan matematik sama

ada di dalam dan di luar negara berkaitan dengan standard kecemerlangan pengajaran

pembelajaran matematik untuk diamalkan oleh guru-guru matematik di sekolah.

Seterusnya, kajian ini dilihat secara statistik bagi pembangunan model

Standard Kecemerlangan Pengajaran Matematik (SET@MATH), diikuti dengan

pengujian model SET@MATH ini menggunakan Permodelan Persamaan Berstruktur

berasaskan kepada penerokaan Kaedah Kuasadua Terkecil Separa akan dihuraikan

secara terperinci dalam bab ini.

Page 21: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

8

2.2 Standard Pengajaran Matematik

Dalam bahagian ini, beberapa standard pengajaran matematik yang diamalkan di luar

dan dalam negara dibincangkan secara terperinci.

2.2.1 Standard Pengajaran Matematik oleh The National Council of Teachers

of Mathematics

Pengajaran merupakan 'complex endeavor [with] no easy recipes for helping all

students learn or for helping all teachers become effective' (NCTM, 2000, p. 17). Bagi

subjek matematik, tidak ada satu pendekatan pengajaran matematik akan bersesuaian

dengan semua pelajar dalam semua situasi. Daripada perspektif ini, guru menjadi

sebagai penyelesai masalah, membuat keputusan berasaskan pengetahuan dan

pengalaman, berterusan dan mengemukakan persoalan yang aktif. Dalam Teaching

Principle' yang dikemukakan oleh NCTM (2000), tiga aspek utama bagi pengajaran

yang efektif, iaitu:

a. Pengajaran efektif memerlukan pengetahuan dan kefahaman tentang

matematik, pelajar sebagai 'learners' dan strategi pedagogi;

b. Pengajaran efektif memerlukan cabaran dan sokongan persekitaran

pembelajaran di bilik darjah; dan

c. Pengajaran efektif memerlukan pencarian penambahbaikan berterusan dalam

pengajaran pembelajaran.

Pengajaran efektif memerlukan guru responsif kepada keunikan pelajar

sebagai individu, yang mana boleh mewujudkan variabilis dan juga fleksibiliti dalam

pengajaran mereka dalam konteks keperluan pembelajaran pelajar, pengetahuan sedia

ada yang ada pada pelajar, tahap motivasi pelajar yang memberi impak dalam

perancangan pendekatan, isi kandungan dan penilaian supaya sepadan dengan

kemampuan pelajar. Seterusnya, variabiliti juga dirujuk sebagai 'malleable' dan

'adaptable' supaya dapat mengubahsuai terhadap perancangan pengajaran

pembelajaran yang dibuat Pengajaran efektif juga membabitkan guru mengambil kira

Page 22: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

9

alternatif dan membuat keputusan sebelum, dan semasa pengajaran bagi menangani

perkara yang tidak diduga dalam bilik darjah.

Di samping itu, membuat keputusan secara pedagogikal (pedagogical decision

making) semasa pengajaran merupakan satu proses yang komplek. Ianya boleh

dirujuk sebagai satu proses pemikiran dan penaakulan yang menjadi asas dan boleh

dijustifikasikan semasa membuat pemilihan tentang pelbagai alternatif yang dapat

menghasilkan pengajaran pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada pelajar

(Rajendran, et al. 2006). Guru membuat pelbagai keputusan semasa pengajaran tetapi

kualiti membuat keputusan yang menentukan kualiti pengajaran pembelajaran di bilik

darjah.

Eraut (1994) membezakan tiga jenis membuat keputusan semasa pengajaran

pembelajaran iaitu membuat keputusan secara intuitif, secara analitikal dan secara

'deliberative'. Membuat keputusan secara intuitif adalah keputusan yang dibuat

dengan mengambil kira tentang gerak hati atau pilihan yang manusabah yang terlintas

dalam pemikiran. Keputusan yang dibuat adalah dengan kadar segera atau secara

pintas tentang tindakan yang akan diambil. Kadangkala pilihan tindakan yang diambil

adalah secara rawak tetapi selalunya berasaskan kepada pengalaman lalu. Membuat

keputusan secara analitikal pula memerlukan masa untuk berfikir dan pilihan yang

dibuat selalunya bergantung kepada maklumat dan pengetahuan yang disusun dengan

menggunakan prinsip-prinsip teoritikal atau 'practical algorithms'- Sebaliknya

membuat keputusan secara 'deliberative' merupakan membuat keputusan secara sedar

dan berfikir secara kritikal bergantung kepada masa dan asas pengetahuan yang

berkaitan pada pembuat keputusan.

NCTM telah mengemukakan standard pengajaran matematik dalam dokumen

Professional Standards for Teaching of Mathematics (1991). Mengikut dokumen

tersebut, dalam standard pengajaran matematik, guru perlu memainkan empat peranan

iaitu;

a. mewujudkan persekitaran bilik darjah yang membantu pengajaran

pembelajaran matematik;

Page 23: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

10

b. menentukan matlamat dan memilih tugasan matematik yang dapat membantu

pelajar mencapai matlamat pengajaran;

c. mengurus wacana atau pengajaran di bilik darjah supaya pelajar dan guru jelas

tentang apa yang sedang dipelajari; dan

d. membuat analisis pembelajaran pelajar, tugasan dan persekitaran untuk tujuan

membuat keputusan pengajaran.

Empat peranan guru matematik ini diperjelaskan seterusnya kepada enam standard

bagi pengajaran matematik iaitu;

i. Standard 1: Persekitaran pembelajaran

Guru matematik perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

menggalakkan perkembangan pemikiran pelajar dengan menghormati dan

menghargai pendapat pelajar dan cara mereka berfikir, memperuntukkan masa

untuk meneroka matematik dan bergelut dengan idea dan masalah, dan

mewujudkan konteks yang sesuai untuk memperkembangkan keupayaan

matematik.

ii. Standard 2: Tugasan matematik yang bermakna

Guru memberi tugasan matematik yang sesuai dan signifikan dan memenuhi

bagaimana pelajar belajar matematik. Tugasan-tugasan ini mengambil kira

intelek pelajar, menggalakkan kefahaman konsep dan prosedur, merangsang

pelajar membuat kaitan, penyelesaian masalah dan menggalakkan komunikasi

secara matematik.

iii. Standard 3: Alat untuk mempertingkatkan wacana atau pengajaran

Menggalakkan dan menerima penggunaan komputer, kalkulator dan lain-lain

alatan teknologi, bahan konkrit sebagai model, gambar, rajah, jadual dan graf,

metaphors, analogi dan cerita, menulis hipotesis, memberi penerangan dan

penaakulan dan persembahan lisan.

Page 24: STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK: MEMPERTINGKATKAN ...

11

iv. Standard 4: Peranan guru semasa pengajaran

Semasa pengajaran guru mengemukakan soalan dan tugasan yang mencabar

pemikiran pelajar, meminta pelajar memberi penjelasan jawapan dan idea,

menentukan kedalaman pengetahuan isi kandungan semasa perbincangan,

memutuskan bila untuk membekalkan maklumat untuk penjelasan dan

kefahaman, memantau penyertaan pelajar dalam perbincangan dan bagaimana

menggalakkan pelajar untuk turut terlibat dalam perbincangan.

v. Standard 5: Peranan pelajar semasa pengajaran

Guru mewujudkan suasana pengajaran bilik darjah bagi pelajar untuk

memulakan permasalahan dan pertanyaan, membuat konjektur atau tekaan dan

persembahan penyelesaian, respon kepada persoalan dan pertanyaan guru

antara satu sama lain, menggunakan pelbagai alat untuk memberi sebab,

tekaan, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi, dan bergantung kepada

bukti matematik dan bantahan untuk kesahan jawapan.

vi. Standard 6: Analisis pengajaran pembelajaran

Guru membuat analisis berterusan pengajaran pembelajaran dengan membuat

pemerhatian, mendengar dan mengumpul maklumat tentang pelajar apa yang

dipelajari, memeriksa kesan persekitaran pembelajaran, tugasan dan

pengajaran ke atas pengetahuan, kemahiran dan disposisi di kalangan pelajar.

2.2.2 Standard Pengajaran Matematik di Australia (AAMT, 2006)

Persatuan guru mathematics Australia (AAMT) telah mengemukakan standard

pengajaran matematik dalam document Standards for Excellence in Teaching

Mathematics in Australian Schools (2006). Mengikut dokumen tersebut, standard

pengajaran guru matematik terdiri daripada tiga bahagian iaitu pengetahuan ikhtisas,

atribut ikhtisas dan amalan ikhtisas. Bahagian pengetahuan ikhtisas terdiri daripada

tiga elemen iaitu pengetahuan tentang pelajar, pengetahuan isi kandungan matematik

dan pengetahuan cara pembelajaran pelajar. Bahagian atribut ikhtisas terdiri daripada

tiga elemen iaitu atribut kendiri, perkembangan ikhtisas kendiri dan tanggungjawab