Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

Click here to load reader

  • date post

    19-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    4.336
  • download

    6

Embed Size (px)

description

Kajian tentang penggunaan pembelajaran koperatif menggunakan teknik think pair share dalam penulisan Bahasa Melayu

Transcript of Pembelajaran Koperatif Think Pair Share

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TEKNIK THINK-PAIR-SHARE TERHADAP MARKAT PENCAPAIAN KARANGAN BAHASA MELAYU PELAJAR TINGKATAN 4 Munsyi Norliza binti Abu Bakar Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif think-pair-share pelajar tingkatan 4. Kajian

terhadap markat pencapaian karangan Bahasa Melayu

dijalankan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen model single group pretest-posttest design terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor. Dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk jadual yang diperoleh daripada analisis yang dibuat melalui min, sisihan lazim dan ujian-t. Kajian menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah di peringkat memuaskan, manakala pencapaian dalam ujian pasca berada pada tahap cemerlang . Ujian-t yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan ujian pra . BAB 1: PENGENALAN Latar Belakang Kajian Globalisasi telah mengubah senario pendidikan kini. Pendidikan di Malaysia telah mengalami reformasi untuk mencapai Wawasan 2020 agar dapat melahirkan generasi baru yang boleh bersaing di arena antarabangsa. Sehubungan dengan itu, warga pendidik perlulah peka dengan perubahan dalam sistem pendekatan serta sentiasa bersifat dinamik dalam menongkah arus perubahan ini. Warga pendidik yang merupakan pencorak generasi baru Malaysia harus bersedia untuk melakukan perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar produk yang dihasilkan oleh institusi pendidikan dapat memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan yang semakin mencabar kini. strategi pembelajaran koperatif teknik Think-Pair-Share. Pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam ujian pasca berbanding pencapaian dalam

1

Dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, kita memerlukan paradigma dalam pengajaran dan pembelajaran. Potensi diri pelajar perlulah dieksploitasi secara maksimum dan optimum agar pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja menjadi lebih menarik dan berkesan malah menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan dalam pencapaian diri pelajarpelajar. Peranan guru terpaksa ditransformasikan daripada penyampai ilmu pengetahuan kepada pemudah cara atau fasilitator; membimbing pelajar meneguhkan strategi pembelajaran dan pemprosesan maklumat agar mereka berupaya menentukan hala tuju pemikiran mereka serta merangka strategi pencapaian.(BPG 2002) Oleh itu, transformasi bukan sahaja dari sudut medium penyampaian ilmu pengetahuan iaitu guru tetapi juga peranan pelajar itu sendiri. Pelajar perlu berupaya menjana pemahaman dan pengetahuan mereka secara maksimum dengan mengeksploitasi pelbagai sumber ilmu pengetahuan yang ada kini,(KPM 1999). Untuk mencapai matlamat tersebut, pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dirangka. Suasana pembelajaran yang kondusif akan dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran iaitu melalui kepelbagaian aktiviti seperti penyelesaian masalah, pembelajaran secara pengalaman, dan pengaplikasian teknologi secara inovatif. Pernyataan Masalah Penulisan karangan merupakan satu kemahiran menulis bagi menguji kemampuan pelajar dalam berbahasa serta dapat menyampaikan isi dengan huraian yang lengkap. Dalam pengajaran bahasa, strategi pengajaran yang disarankan ialah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar(PPK 2001). Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru antara yang disarankan dalam sukatan pelajaran sekolah bestari ialah pembelajaran secara koperatif (KPM 1999), justeru pada tahun 2010 semua sekolah di Malaysia akan dijadikan sekolah bestari. Namun, penggunaan strategi pembelajaran tradisional masih meluas dalam kalangan guru iaitu pendekatan berpusatkan guru kerana guru masih kurang kemahiran dan kepakaran dalam menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran (Salbiah 2000). Oleh itu, pengkaji berpendapat amatlah perlu untuk mengkaji penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar.

2

Kerangka Konseptual Kajian

Kumpulan Rawatan

UJIAN PRA (Pencapaian)

Rawatan (4 minggu) Pembelajaran Koperatif (Think- PairShare)

UJIAN PASCA (Pencapaian)

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (One- group Pretest-Posttest Design ) Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Markat Pencapaian Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen one group pretest- posttest design

(Wiersma 2000, Jackson 2003). Satu kumpulan rawatan akan dipilih secara intact dan diberikan ujian pra dalam penulisan karangan berpandu bagi menguji pencapaian mereka. Rawatan akan dijalankan selama 4 minggu menggunakan strategi pembelajaran koperatif think-pair-share. Selepas itu ujian pasca akan diberikan untuk melihat pencapaian pelajar dalam penulisan karangan berpandu.

Objektif Kajian:

1 2 3

Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share Mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

Soalan Kajian

1

Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian prapenulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-PairShare

3

2

Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian pascapenulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-PairShare

3

Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dengan ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu dengan menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

Hipotesis Kajian Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar antara ujian pra dengan ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model ThinkPair-Share Kepentingan Kajian Kajian ini penting kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah dalam merangka program bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam penulisan Bahasa Melayu pelajar-pelajar serta mengatur program dalam meningkatkan strategi pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru. Selain itu, kepentingan kajian ini kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah untuk merangka kursus yang lebih rinci berkaitan pelbagai teknik dalam strategi pengajaran kooperatif. Batasan Kajian Kajian kuasi-eksperimen ini terbatas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Bandar Maharani, Muar, Johor. Responden dipilih seramai 30 orang yang diajar menggunakan kaedah pembelajaran koperatif think- pair- share selama 4 minggu. Penilaian adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam aspek bahasa dan isi dengan menggunakan strategi pembelajaran tersebut. Definisi Operasional Pencapaian Dalam kajian ini pencapaian dinilai berdasarkan markat yang dicapai melalui penulisan karangan yang diberi. Pencapaian pelajar adalah berdasarkan penskoran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (2005). Dalam kajian ini pencapaian bermaksud

4

markat yang dicapai dalam penulisan karangan berdasarkan penskoran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pembelajaran Koperatif Slavin (1990) mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab atas pembelajaran rakan kumpulan serta diri mereka sendiri. Tiga konsep utama ialah ganjaran kumpulan, akauntabiliti individu, dan peluang kejayaan yang saksama. Menurut Kagan and Kagans (1994) prinsip iaitu pembelajaran koperatif ditunjangi oleh empat simultaneous interaction, equal participation, positive independence and pembelajaran koperatif sebagai menyiapkan satu tugasan secara

individual accountability. Neil Davidson (1990), Johnson et. Al (1994), dalam Slavin (1991) mendefinisikan kumpulan melalui perbincangan dan seterusnya mencapai resolusi, berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan kecil dalam suasana bekerjasama dan bantu-membantu melalui akauntabiliti individu. Menurut Kagan (1994), think-pair-share dibangunkan oleh Kagan. Pendekatan ini Prof Frank Lyman dan rakan-rakan dari University of Maryland Howard County Southern Teacher Education Center berasaskan pendekatan struktural Lyman (1981,1989) menjelaskan bahawa berasaskan kemahiran berfikir yang tinggi dan sangat berkesan dalam pembelajaran. think-pair-share is a multimode cooperative learning strategies that incorporates wait time, pair learning and signaling. Its also a vehicle for numerous other structured or scripted, response possibilities in the share mode such as vote, show and choral speak as well as for cognitive and social variations within the think and pair modes. Dalam melaksanakan think-pair-share terdapat 3 langkah iaitu: Langkah 1- Think (Write) Berfikir dan Menulis Setiap pelajar berfikir secara sendirian dan mencatatkan isi daripada bahan bacaan atau rangsangan mengikut masa yang diperuntukkan. Semasa perkongsian ada dalam kalangan rakan yang tidak bersependapat tetapi ini adalah wajar dan dibenarkan. Proses berfikir boleh berbentuk terarah atau berpandu, Kagan (1992). Langkah 2 Pair (Berpasangan) Kumpulan membincangkan idea secara berpasangan. Langkah ini adalah peluang untuk latihan kemahiran kolaboratif terhadap memberi dan menerima pujian. Langkah 3 Share ( Be