32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share[1]

download 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share[1]

of 29

Transcript of 32899089 Pembelajaran Koperatif Think Pair Share[1]

KESAN PEMBELAJARAN KOPERATIF TEKNIK THINK-PAIR-SHARE TERHADAP MARKAT PENCAPAIAN KARANGAN BAHASA MELAYU PELAJAR TINGKATAN 4 Munsyi Norliza binti Abu Bakar Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Perempuan Melayu, Melaka ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif think-pair-share pelajar tingkatan 4. Kajian

terhadap markat pencapaian karangan Bahasa Melayu

dijalankan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen model single group pretest-posttest design terhadap 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor. Dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk jadual yang diperoleh daripada analisis yang dibuat melalui min, sisihan lazim dan ujian-t. Kajian menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah di peringkat memuaskan, manakala pencapaian dalam ujian pasca berada pada tahap cemerlang . Ujian-t yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan ujian pra . BAB 1: PENGENALAN Latar Belakang Kajian Globalisasi telah mengubah senario pendidikan kini. Pendidikan di Malaysia telah mengalami reformasi untuk mencapai Wawasan 2020 agar dapat melahirkan generasi baru yang boleh bersaing di arena antarabangsa. Sehubungan dengan itu, warga pendidik perlulah peka dengan perubahan dalam sistem pendekatan serta sentiasa bersifat dinamik dalam menongkah arus perubahan ini. Warga pendidik yang merupakan pencorak generasi baru Malaysia harus bersedia untuk melakukan perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar produk yang dihasilkan oleh institusi pendidikan dapat memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan yang semakin mencabar kini. strategi pembelajaran koperatif teknik Think-Pair-Share. Pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam ujian pasca berbanding pencapaian dalam

1

Dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, kita memerlukan paradigma dalam pengajaran dan pembelajaran. Potensi diri pelajar perlulah dieksploitasi secara maksimum dan optimum agar pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja menjadi lebih menarik dan berkesan malah menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan dalam pencapaian diri pelajarpelajar. Peranan guru terpaksa ditransformasikan daripada penyampai ilmu pengetahuan kepada pemudah cara atau fasilitator; membimbing pelajar meneguhkan strategi pembelajaran dan pemprosesan maklumat agar mereka berupaya menentukan hala tuju pemikiran mereka serta merangka strategi pencapaian.(BPG 2002) Oleh itu, transformasi bukan sahaja dari sudut medium penyampaian ilmu pengetahuan iaitu guru tetapi juga peranan pelajar itu sendiri. Pelajar perlu berupaya menjana pemahaman dan pengetahuan mereka secara maksimum dengan mengeksploitasi pelbagai sumber ilmu pengetahuan yang ada kini,(KPM 1999). Untuk mencapai matlamat tersebut, pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dirangka. Suasana pembelajaran yang kondusif akan dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran iaitu melalui kepelbagaian aktiviti seperti penyelesaian masalah, pembelajaran secara pengalaman, dan pengaplikasian teknologi secara inovatif. Pernyataan Masalah Penulisan karangan merupakan satu kemahiran menulis bagi menguji kemampuan pelajar dalam berbahasa serta dapat menyampaikan isi dengan huraian yang lengkap. Dalam pengajaran bahasa, strategi pengajaran yang disarankan ialah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar(PPK 2001). Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru antara yang disarankan dalam sukatan pelajaran sekolah bestari ialah pembelajaran secara koperatif (KPM 1999), justeru pada tahun 2010 semua sekolah di Malaysia akan dijadikan sekolah bestari. Namun, penggunaan strategi pembelajaran tradisional masih meluas dalam kalangan guru iaitu pendekatan berpusatkan guru kerana guru masih kurang kemahiran dan kepakaran dalam menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran (Salbiah 2000). Oleh itu, pengkaji berpendapat amatlah perlu untuk mengkaji penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar.

2

Kerangka Konseptual Kajian

Kumpulan Rawatan

UJIAN PRA (Pencapaian)

Rawatan (4 minggu) Pembelajaran Koperatif (Think- PairShare)

UJIAN PASCA (Pencapaian)

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (One- group Pretest-Posttest Design ) Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Markat Pencapaian Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen one group pretest- posttest design

(Wiersma 2000, Jackson 2003). Satu kumpulan rawatan akan dipilih secara intact dan diberikan ujian pra dalam penulisan karangan berpandu bagi menguji pencapaian mereka. Rawatan akan dijalankan selama 4 minggu menggunakan strategi pembelajaran koperatif think-pair-share. Selepas itu ujian pasca akan diberikan untuk melihat pencapaian pelajar dalam penulisan karangan berpandu.

Objektif Kajian:

1 2 3

Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share Mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

Soalan Kajian

1

Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian prapenulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-PairShare

3

2

Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian pascapenulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-PairShare

3

Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dengan ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu dengan menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share

Hipotesis Kajian Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar antara ujian pra dengan ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model ThinkPair-Share Kepentingan Kajian Kajian ini penting kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah dalam merangka program bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan dalam penulisan Bahasa Melayu pelajar-pelajar serta mengatur program dalam meningkatkan strategi pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru. Selain itu, kepentingan kajian ini kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah untuk merangka kursus yang lebih rinci berkaitan pelbagai teknik dalam strategi pengajaran kooperatif. Batasan Kajian Kajian kuasi-eksperimen ini terbatas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Bandar Maharani, Muar, Johor. Responden dipilih seramai 30 orang yang diajar menggunakan kaedah pembelajaran koperatif think- pair- share selama 4 minggu. Penilaian adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam aspek bahasa dan isi dengan menggunakan strategi pembelajaran tersebut. Definisi Operasional Pencapaian Dalam kajian ini pencapaian dinilai berdasarkan markat yang dicapai melalui penulisan karangan yang diberi. Pencapaian pelajar adalah berdasarkan penskoran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (2005). Dalam kajian ini pencapaian bermaksud

4

markat yang dicapai dalam penulisan karangan berdasarkan penskoran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pembelajaran Koperatif Slavin (1990) mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab atas pembelajaran rakan kumpulan serta diri mereka sendiri. Tiga konsep utama ialah ganjaran kumpulan, akauntabiliti individu, dan peluang kejayaan yang saksama. Menurut Kagan and Kagans (1994) prinsip iaitu pembelajaran koperatif ditunjangi oleh empat simultaneous interaction, equal participation, positive independence and pembelajaran koperatif sebagai menyiapkan satu tugasan secara

individual accountability. Neil Davidson (1990), Johnson et. Al (1994), dalam Slavin (1991) mendefinisikan kumpulan melalui perbincangan dan seterusnya mencapai resolusi, berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan kecil dalam suasana bekerjasama dan bantu-membantu melalui akauntabiliti individu. Menurut Kagan (1994), think-pair-share dibangunkan oleh Kagan. Pendekatan ini Prof Frank Lyman dan rakan-rakan dari University of Maryland Howard County Southern Teacher Education Center berasaskan pendekatan struktural Lyman (1981,1989) menjelaskan bahawa berasaskan kemahiran berfikir yang tinggi dan sangat berkesan dalam pembelajaran. think-pair-share is a multimode cooperative learning strategies that incorporates wait time, pair learning and signaling. Its also a vehicle for numerous other structured or scripted, response possibilities in the share mode such as vote, show and choral speak as well as for cognitive and social variations within the think and pair modes. Dalam melaksanakan think-pair-share terdapat 3 langkah iaitu: Langkah 1- Think (Write) Berfikir dan Menulis Setiap pelajar berfikir secara sendirian dan mencatatkan isi daripada bahan bacaan atau rangsangan mengikut masa yang diperuntukkan. Semasa perkongsian ada dalam kalangan rakan yang tidak bersependapat tetapi ini adalah wajar dan dibenarkan. Proses berfikir boleh berbentuk terarah atau berpandu, Kagan (1992). Langkah 2 Pair (Berpasangan) Kumpulan membincangkan idea secara berpasangan. Langkah ini adalah peluang untuk latihan kemahiran kolaboratif terhadap memberi dan menerima pujian. Langkah 3 Share ( Berkongsi ) Pasangan berkongsi idea dengan kumpulan berempat (square) atau seluruh kelas.

5

Oleh itu pembelajaran koperatif think-pair-share dalam kajian ialah pembelajaran secara berpasangan melalui aktiviti berfikir, berpasangan daan berkongsi dengan rakan sekumpulan. Karangan Berpandu Menurut LPM(2005) karangan berpandu merupakan penulisan yang bertemakan bahan bahan rangsangan seperti gambar foto, gambar rajah, ilustrasi kartun, pelan, iklan, petikan dan catatan. Karangan ini berbentuk respon terbuka berdasarkan bahan rangsangan yang perlu dijawab dalam bentuk esei yang mengandungi tiga hingga empat isi yang panjangnya di antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahan rangsangan dalam karangan berpandu bertujuan untuk membantu pelajar menghuraikan, menjelaskan atau membincangkan isi tersurat dan tersirat dan pemarkahan adalah berdasarkan skor yang ditetapkan iaitu dinilai dari segi idea, wacana dan bahasa. Objektif penulisan karangan berpandu ialah supaya pelajar dapat memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat. Penulisan karangan berpandu adalah untuk mentaksir keupayaan pelajar memahami dan menilai maklumat daripada pelbagai sumber secara berkesan dan bertatasusila. Selain itu ia juga bertujuan untiuk mentaksir keupayaan pelajar memahami respon positif terhadap maklumat dalam pelbagai bahan rangsangan. Pelajar juga dinilai dari segi keupayaan menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah dan keputusan. Dalam kajian ini maksud karangan berpandu ialah bahan bergambar digunakan sebagai panduan untuk menghasilkan penulisan.

BAB 2: KAJIAN LITERATUR Kurikulum Bahasa Melayu Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan. Kandungan Sukatan Pelajaran meliputi perkara berikut: i. ii. Bidang pembelajaran (pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai berasaskan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis) Hasil pembelajaran (perincian kemahiran dipertingkatkan kepada 3 aras berdasarkan kebolehan pelajar iaitu aras paling asas yang harus dikuasai oleh murid yang paling rendah pencapaiannya, aras sederhana

6

yang sepatutnya dikuasai oleh kebanyakan murid dan aras tinggi yang mencabar kebolehan murid cemerlang). iii Cadangan aktiviti/ sumber/ teknik (pilihan aktiviti yang dicadangkan untuk mencapai hasil pembelajaran). (Kementerian Pendidikan Malaysia 2003) Kurikulum Bahasa Melayu edisi Sekolah Bestari (KPM1998) menyepadukan kemahirankemahiran berbahasa iaitu mendengar bertutur, membaca, menulis dan pelbagai kemahiran generik serta kemahiran menggunakan teknologi secara langsung dan tidak langsung. Kandungan kurikulum bestari memberi tumpuan kepada empat komponen utama iaitu pengetahuan, kemahiran, nilai dan kecekapan berkomunikasi. Aspek komunikasi, kognitif, fizikal, afektif, emosi dan sosial menjadi domain kepada perkembangan menyeluruh ini. Semuanya disepadukan dengan teknologi dan keupayaan pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Strategi pengajaran ialah cara penyampaian isi kandungan dan objektif pembelajaran yang akan dicapai secara induktif atau deduktif, (Burden & Byrd,1994). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KPM 2003) adalah bercirikan: i. Pendekatan Berpusatkan pelajar Strategi pengajaran yang membolehkan pelajar berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri agar pelajar dapat membina keyakinan berbahasa. Pendekatan ini selari dengan pendekatan masteri yang menekankan keperluan bagi memastikan pelajar menguasai hasil pembelajaran dan maju mengikut kadar keupayaan sendiri. Aktiviti penilaian, pemulihan dan pengayaan adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Kepelbagaian Teknik Pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik kebolehan pelajar perlu yang bersesuaian dengan digunakan oleh guru untuk meningkatkan minat menyenaraikan strategi pengajaran dan pembelajaran

pelajar terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik, serta penggunaan bahan bantu dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan pelajar berinteraksi serta berfikir secara kritis dan kreatif. Antara teknik yang disarankan ialah kaedah dan teknik

7

perbincangan, simulasi , projek dan inkuiri berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan konstruktivisme. iii. Kepelbagaian Sumber dan Bahan Penggunaan pusat sumber dan komputer bagi mendapatkan bahan dan maklumat amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu serta untuk pembacaan luas. iv. Penggunaan Tatabahasa yang Tepat Guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. v. Pengajaran dan Pembelajaran Bertema Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema, kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan disamping menyerapkan ilmu dalam bidang lain. Tema haruslah berkisar kepada bidang ilmu, hal persendirian dan kemasyarakatan serta isu semasa. vi. Bacaan Luas Bacaan luas bertujuan untuk menimba lilmu pengetahuan dan sahsiah yang baik serta meningkatkan daya berfikir dan minat untuk terus membaca. Pengajaran vii. dan pembelajaran boleh dilakukan secara serapan menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera. Penggabungjalinan Satu proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana beberapa kemahiran dapat dikuasai secara serentak melalui proses ini. Penggabungjalinan viii. Penyerapan Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran. Penyerapan unsur-unsur adalah seperti isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu yang mencakupi pelbagai tema serta hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. Semangat kewarganegaraan juga diserapkan bersama nilai murni berlandaskan kepercayaan kepada tuhan secara sedar dan terancang. Kemahiran berfikir pula diserapkan sacara terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran bernilai tambah seperti teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, konstruktivisme, berlaku antara hasil pembelajaran, serta antara kemahiran bahasa dengan tatabahasa, kosa kata dan peribahasa.

8

kecerdasan pelbagai dan pembelajaran kontekstual diserapkan dengan mengambil kira kesesuaian dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada. ix. Penilaian Sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran ialah penilaian dengan tujuan untuk menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran supaya tindakan susulan dapat diambil. x. Pemulihan Aktiviti untuk membantu murid mencapai apa yang belum dicapai, dijalankan mengikut kadar kemampuan murid. xi. Pengayaan Aktiviti yang perlu diberi penekanan kerana setiap pelajar adalah berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Strategi pengajaran di sekolah Bestari pula adalah berpusatkan pelajar dan guru hanyalah sebagai pembimbing atau fasilitator. Hal ini kerana konsep Bestari ialah pembelajaran terarah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri. Pelajar dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. serta dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab. Pelajar yang cerdas digalakkan supaya maju ke hadapan dan pelajar yang lemah diberikan tugasan pada aras yang boleh dicapainya(asas). Pembelajaran digalakkan secara koperatif dan koloboratif (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Pelbagai strategi boleh dirancang oleh guru supaya proses pengajaran pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan. Antaranya adalah: i) Terarah Pembelajaran adalah untuk pemerolehan dan penguasaan pengetahuan. Pelajar dilatih dalam ii) prosedur tertentu termasuk latih tubi.

Sebagai contohnya pembelajaran masteri dan pengajaran secara langsung. Pemerhatian - Pelajar belajar dengan memerhati bagaimana sesuatu itu dilakukan. Pembelajaran juga berlaku tanpa disedari, pemerhatian rapi diikuti dengan peniruan atau pemerhatian formal cara kerja seseorang. iii) Reflektif Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenal pasti andaian melandasi sesuatu, menilai ketepatan andaian, kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etnik termasuklah pembentukan dan pemahaman konsep, inkuiri kesedaran dan nilai

9

iv)

Generatif - Membantu pelajar mempelajari bagaimana untuk bertindak apabila situasi memerlukan kreativiti, pemahaman, keaslian, rekaan dan penyelesaian secara unik. Melatih pelajar dalam prosedur tertentu termasuklah percambahan fikiran, peta minda, pemikiran lateral dan kreativiti.

v)

Kolaboratif- Membantu pelajar mempelajari kemahiran untuk bekerja dan berfikir bersama-sama untuk menyelesaikan masalah secara kumpulan. Sebagai contoh pembelajaran koperatif, permainan pasukan, penyelesaian berdua dan perbincangan kelas.

vi)

Luar konteks- Pembelajaran melalui aktiviti yang berfokus dan berintensif pada satu-satu masa seperti sesi hands-on seminar dan bengkel dan pembelajaran kendiri.

vii)

Metakognitif Menilai dan merenungkan pembelajaran sendiri tentang apakah yang telah saya lakukan? Bagaimanakan saya boleh memperbaiki prestasi? Apakah bantuan yang saya perlukan? (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000) Strategi yang ditekankan banyak yang berasaskan kepada teori-teori pengajaran

konstruktivisme, behaviorisme serta brained based learning. Burden & Byrd(2003) menjelaskan strategi pengajaran berpusatkan pelajar termasuklah kaedah induktif inkuri. Manakala kaedah perbincangan adalah berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru mengikut cara pelaksanaannya. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Koperatif Pembelajaran Koperatif adalah satu strategi pengajaran di mana kumpulan kecil yang terdiri daripada pelbagai kebolehan dan kecerdasan, menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk meningkatkan kefahaman tentang sesuatu subjek. Setiap ahli dalam kumpulan bukan sahaja bertanggungjawab untuk menguasai pembelajaran malah saling membantu ahli dalam kumpulan untuk belajar yang dan menghasilkan kejayaan setiap ahli kumpulan. Pelajar melaksanakan tugasan bersama-sama sehingga semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyelesaikan tugasan yang diberi. Menurut Azizah et.al (2000), pembelajaran koperatif adalah bersandarkan tiga teori utama iaitu Teori Persandaran Sosial, Teori Perkembangan Kognitif dan Tingkahlaku Pembelajaran. Pendekatan ini mementingkan kerjasama antara kumpulan . Dalam metodologi Pembelajaran Bersama, tugasan perbincangan dilakukan secara kumpulan yang mengandungi empat hingga lima orang. Setelah selesai tugasan, pelajar-

10

pelajar akan diberi ganjaran dan pujian berdasarkan hasilan mereka yang berupa skor setiap individu dalam kumpulan. Ganjaran juga diberikan untuk sikap dan semangat kerjasama secara berpasukan sepanjang proses penyelesaian tugasan dijalankan. Pembelajaran Koperatif merupakan satu pendekatan pengajaran kumpulan kecil yang mementingkan kerjasama ahli di dalam kumpulan ke arah penggarapan input objektif pengajaran yang optimum dan setiap individu bertanggungjawab untuk belajar bersungguhsungguh bukan sahaja untuk dirinya malah menyumbang ke arah kejayaan kumpulan sebagai matlamat. Robert Slavin (1990) dalam George et.al (1995) mendefinisikan pembelajaran Koperatif sebagai suatu kaedah perkongsian idea di mana pelajar-pelajar bekerjasama dan bertanggungjawab terhadap rakan kumpulan dalam pembelajaran untuk mencapai kejayaan dan matlamat kumpulan. Neil Davidson dalam George et.al (1995) pula melihat Pembelajaran Koperatif dari pelbagai perspektif iaitu perbincangan dan penyempurnaan tugas kumpulan, interaksi bersemuka dalam kumpulan kecil, kebergantungan dan saling membantu antara ahli kumpulan dan tanggungjawab setiap individu. Dalam Pembelajaran Koperatif ahli-ahli kumpulannya adalah kecil iaitu terdiri daripada tiga hingga lima orang pelajar yang mempunyai kebolehan dan sosio ekonomi yang berbeza seperti perbezaan etnik, jantina, sosio ekonomi, serta pencapaian yang tinggi, sederhana dan rendah. Setiap pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan pencapaian, meningkatkan harga diri pelajar, memiliki sikap kemahiran berkolaborasi sesama rakan dan pergaulan sekitarnya. (Stevens & Slavin 1995; Sharan 1992, Johnson & Johnson 1991; Kagan 1989) Pembelajaran secara koperatif akan meningkatkan kejelekitan antara pelajar dalam kumpulan kerana mereka terpaksa menerima kehadiran rakan sekumpulan, saling mempelajari dan saling berempati. Pelajar juga perlu saling mempercayai agar perbincangan yang dilakukan dalam pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana menyeronokkan, telus dan berhasil. (Susan Hill and Tim Hill ,1990) Menurut David and Roger Johnson (2000, 2001) pembelajaran Koperatif adalah lebih produktif berbanding belajar secara persaingan atau individu melalui lima elemen iaitu saling bergantung secara positif antara ahli kumpulan pembelajaran dalam memberi sumbangan demi kejayaan, setiap ahli berinteraksi secara bersemuka untuk meningkatkan kejayaan antara satu lain, akauntabiliti individu dan setiap ahli kumpulan dalam melaksanakan setiap tugasan dan tanggungjawab, hubungan interpersonal dan kemahiran kumpulan kecil dalam membuat keputusan, komunikasi dan menangani konflik ketika perbincangan secara bijak dan membuat rumusan tentang pencapaian dan hasilan kumpulan ke arah penambahbaikan. Takrifan yang diberi menjelaskan bahawa Pembelajaran Koperatif ialah kaedah pembelajaran dalam kumpulan kecil yang hetrogenus dari segi latar belakang dan

11

pencapaian yang melibatkan proses pembelajaran berkongsi maklumat, tanggungjawab individu yang saling membantu bagi mencapai sesuatu kejayaan secara bersama-sama. Kepelbagaian ini akan mewujudkan perasaan akauntabiliti dan tanggungjawab serta saling membantu sesama ahli dalam mencapai kejayaan kumpulan. Kajian Lepas Banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan strategi pembelajaran koperatif Hasil kajian yang dilakukan oleh Norijah(1997) mendapati pencapaian para pelajar dalam kaedah pembelajaran koperatif modul (PKM) lebih tinggi berbanding pelajar dalam kaedah pembelajaran modul (PM) dan pencapaian para pelajar kumpulan PM lebih tinggi dibandingkan dengan pelajar kaedah pembelajaran tradisional (PT). Bagi perkaitan antara pencapaian pelajar dengan kognitif pelajar, didapati pelajar-pelajar dalam kumpulan kaedah PKM gaya kognitifnya tidak memainkan peranan yang signifikan daalm pencapaian Bahasa Melayu mereka. Namun bagi kumpulan PM gaya kognitifnya mempengaruhi peningkatan pencapaian pelajar. Kajian juga mendapati sikap dan minat pelajar sangat positif terhadap pembelajaran PKM dan PM dan mereka memperlihatkan kesungguhan dan keyakinan yang tinggi. Kesimpulan daripada kajian ini ialah jenis pengajaran dan pembelajaran yang sistematik amat berkesan dan memberi sumbangan yang signifikan ke arah peningkatan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian yang dilakukan oleh Ahmad Najdi(2001),Razman (2001) dan Iskandar Shah (2003) mendapati pembelajaran secara koperatif kaedah STAD sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar Ahmad Najdi mendapati kemahiran membaca bagi mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat meningkat dan kajian oleh Razman juga mendapati kaedah koperatif STAD kemahiran bertutur dan membaca. Kajian dalam disiplin ilmu lain yang telah dijalankan juga menunjukkan bahawa penggunaan pembelajaran koperatif menunjukkan dapatan yang positif (Khatijah 1997; Nor Azizah, Siti Rahayah dan Musa 1998; Lee Siew Gek 1999; Abd. Samat 2002; Salmiah 2003;Zainun 2003; dan Effandi 2003). Kajian Nor Azizah, Siti Rahayah dan Musa (1998) mendapati pelajar memberikan respon yang positif terhadap penerapan nilai murni iaitu bekerjasama, kejujuran dan kerajinan dan Lee Siew Gek(1999) mendapati bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar Sains KBSM. Abd. Samat (2002) dalam mata pelajaran pula mendapati bahawa pencapaian dalam mata sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran bahasa Arab komunikasi terutama

pelajaran Matematik kumpulan homogenus adalah lebih baik daripada pencapaian

12

kumpulan hetrogenus, manakala kumpulan etnik Cina lebih baik pencapaiannya daripada kumpulan etnik Melayu. Sementara itu dalam kajian yang dilakukan oleh Salmiah (2003) untuk menentukan dan mengatasi masalah pengendalian dan pembelajaran berkumpulan yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Enam Atas dalam mata pelajaran Pengajian Am mendapati kaedah ini dapat meningkatkan prestasi, menarik minat dan lebih berpusatkan pelajar. Effandi (2003) keseluruhan dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat perbezaan secara dalam kemahiran antara kumpulan koperatif dan kumpulan tradisional

menyelesaikan masalah, pencapaian matematik, kesedaran metakognitif, sikap terhadap matematik dan sikap terhadap penyelesaian masalah. Zainun (2003) dalam kajiannya terhadap kesan PK Model STAD ke atas sikap dan persepsi murid Tahun Lima dalam mata pelajaran Matematik mendapati bahawa Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi yang signifikan matematik. sikap pelajar terhadap matematik antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Analisis item mengikut kategori menunjukkan terdapat perbezaan sikap bagi kategori keseronokan dalam matematik dan kategori aktiviti sosial pelajar dan guru bersikap positif terhadap pembelajaran dalam matematik tetapi tidak ada perbezaan yang signifikan bagi kepentingan/ nilai dalam Kedua-dua koperatif.Maklumat yang didapati melalui temubual mendapati guru menyatakan pelajar seronok dan berminat dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi pembelajran koperatif mengambil masa yang lebih panjang untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun Amizal (2000) mendapati dalam kajiannya terdapat peningkatan kemahiran saintifik melalui pembelajaran secara koperatif berlaku dengan baik berbanding secara tradisional jika dilihat dari segi persepsi guru dan pelajar. Daripada ujian hipotesis didapati bahawa hanya satu sahaja kemahiran saintifk yang menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu kemahiran mengelas berbanding kemahiran lain yang tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu kemahiran memerhati, mengukur dan menggunakan nombor, mentafsir maklumat, meramal, berkomunikasi, manipulatif dan menyelaesaikan masalah . Selain kajian eksperimen, beberapa dapatan lain yang dijalankan melalui kajian tinjauan bagi menilai pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif di sekolah mendapati pelaksanaan di kalangan guru adalah sederhana. Penilaian input dan penilaian proses juga adalah sederhana. Faktor seperti pengetahuan sedia ada guru, kursus dalam perkhidmatan Jabatan Pendidikan Negeri, guru Pusat Sumber sekolah, perabut sekolah, kemudahan fizikal sekolah, media pengajaran dan pembelajaran(P&P), tugas dalam perkhidmatan, penglibatan guru-guru, pentadbir dan pelajar-pelajar mempengaruhi pelaksanaan kaedah Pembelajaran Koperatif. (Ramlah Khalid 2003).

13

Mazlan(2002) telah mengkaji amalan pembelajaran koperatif oleh guru-guru dan kesan ke atas sikap pelajar terhadap matematik. Dapatan kajian mendapati guru-guru berminat dan yakin menggunakan amalan PK semasa mengajar matematik tetapi amalan aktiviti kurang memuaskan. Tiada perkaitan amalan PK antara lokasi sekolah, jantina guru dan pengalaman mengajar. Hasil kajian juga mendapati dapatan min skor kelas rawatan lebih tinggi daripada kelas kawalan dan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi trait keseronokan, aktiviti sosial dan purata keseluruhannya. Slavin (1980,1990) dalam kajian-kajiannya mendapati pembelajaran koperatif membantu meningkatkan prestasi pelajar melalui peranan yang dimainkan oleh individu dalam kumpulan masing-masing. Johnson et.al(1993), Slavin(1990) mendapati dan kerja pembelajaran koperatif bukan sahaja meningkatkan pencapaian akademik pelajar malah meningkatkan pencapaian akademik murid melalui interaksi dalam kumpulan berpasukan. Hal ini turut disokong melalui dapatan kajian yang dilakukan oleh Kagan (1992, 1994), George M Jacobs, Gan Siowck Lee & Jessica Ball(1997), Nail Davidson & Toni Worsham(1992) BAB 3: METODOLOGI KAJIAN Kaedah Kajian Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuasi eksperimen model single group pretest -posttest design. Reka Bentuk Kajian Tujuan kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan strategi pembelajaran koperatif dalam pengajaran penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu. Kajian deskriptif kuantitatif ini dijalankan menggunakan model kuasieksperimen. Rekabentuk berikut: Kumpulan GI ujian pra O1 4 minggu Rajah 3.1:Reka bentuk penyelidikan kuasi- eksperimen (Jackson 2003) eksperimen X1 ujian pasca O2 ini dinyatakan seperti

----------------------------------------------------------

14

Singkatan:

G1: Kumpulan Rawatan O1: Ujian pra X1: Eksperimen O2: Ujian pasca

Menurut Jackson(2003)

model ini dikenali sebagai single group pretest-posttest think pair

design dengan tujuan untuk mengukur dapatan kajian sebelum dan selepas rawatan. G1 merupakan kumpulan rawatan menggunakan strategi pembelajaran koperatif share. Ujian pra diberi kepada G1. Rawatan dalam penulisan karangan berpandu menggunakan strategi pembelajaran koperatif diberi selama 4 minggu. Kemudian diikuti dengan ujian pasca. Responden Kajian Sampel kajian yang digunakan untuk menjalani rawatan ialah 30 orang pelajar Tingkatan 4 Rancangan Khas Agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan model kuasi eksperimen dan instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian rintis, ujian pra dan ujian pasca. Ujian pra dan ujian pasca menggunakan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan. Alat kajian yang digunakan adalah karangan berpandukan gambar yang diberi. Panjang karangan yang perlu ditulis antara 200 hingga 250 patah berkataan berpandukan gambar yang diberi. 1. 2. 3. Tajuk kajian ujian pra : Faedah menyambut perayaan kaum di Malaysia Tajuk kajian ujian pasca: Cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar Tajuk karangan yang diberikan dalam latihan menulis karangan: 3.1 3.2 3.3 3.4 Memanfaatkan masa lapang Amalan gaya hidup sihat Kempen anti merokok Gejala vandalisme

15

Pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini ialah strategi dalam pengajaran karagan iaitu pembelajaran koperatif model think-pair-share dan pencapaian pelajar dalam menulis karangan. Kajian Rintis Kajian rintis yang dijalankan bertujuan untuk : 1. 2. 3. Memastikan kesesuaian kandungan soalan karangan yang dikemukakan Memastikan arahan yang diberi dapat difahami oleh pelajar Menentukan kesesuaian masa menjawab soalan. Daripada kajian rintis yang dijalankan oleh guru yang berpengalaman ke atas empat buah kelas, pelajar berupaya untuk menjawab soalan dengan mengarang menggunakan bahasa yang gramatis dan idea yang menepati tema. Perbincangan yang dijalankan dengan guru-guru tersebut mendapati tajuk karangan berpandu yang digunakan adalah bersesuaian untuk pelajar Tingkatan 4. Tatacara Pemerolahan Data Dalam pengumpulan data pengkaji telah memilih sampel yang sesuai, seterusnya melakukan ujian pra, memberikan rawatan kepada kumpulan dan diikuti dengan ujian pasca. Setiap kali rawatan dan ujian dijalankan pengkaji akan memeriksa karangan mengikut skema pemarkahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia(2005). Setelah selesai rawatan dan ujian, data direkod dan dianalisis serta rumusan dibuat hasil daripada dapatan. Tatacara Penganalisisan Data Data dianalisis melalui markat yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pasca menggunakan program SPSS versi 11.5. Penganalisisan data dijalankan secara statistik deskriptif dengan menggunakan taburan kekerapan dan ujian-t yang akan di dasarkan pada aras signifikan 0.05 untuk menerima dan menolak hipotesis. Pemarkahan Pemarkahan yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan karangan berpandu (LPM 2005). Skema pemarkahan adalah berdasarkan bahasa, wacana,

16

tema dan idea. Peringkat penilaian ialah cemerlang (26-30), kepujian (20-25), memuaskan (15-19), kurang memuaskan (10-14), pencapaian minimum (01-09) BAB 4: HASIL KAJIAN Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani,Muar Johor. KEBERKESANAN STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF TERHADAP MARKAT PENCAPAIAN KARANGAN BERPANDU BAHASA MELAYU 4.3.1 Pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share Strategi Pembelajaran Pembelajaran Koperatif Think-Pair-Share Markah 15-19 20-25 26 -30 Kekerapan Peratus 20 10 0 67% 33% 0% N Min SL

30

17.9

2.68

JADUAL 4.1: Analisis keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian prapenulisan

karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan 67% pelajar mendapat peringkat memuaskan dengan memperoleh markah antara 15-19. Manakala 33% pelajar mendapat peringkat kepujian dengan memperoleh markah antara 20 -25 . Min pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah 17.9 dan sisihan lazim ialah 2.68. Hal ini menunjukkan min pencapaian pelajar adalah dalam peringkat memuaskan.

4.3.2 Pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa

17

Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share Strategi Pembelajaran Pembelajaran Koperatif Think-Pair-Share Markah 15-19 20-25 26 -30 Kekerapan Peratus 0 28 2 0% 93.3% 6.7% N Min SL

30

23.97

1.397

JADUAL 4.2: Analisis keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share. Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian pos penulisan

karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan 0% pelajar mendapat peringkat memuaskan dengan memperoleh markah antara 15-19 namun 93.3% pelajar mendapat peringkat kepujian dengan memperoleh markah antara 20 -25. Sebanyak 6.7% pelajar mendapat peringkat cemerlang dengan memperoleh markah antara 26-30. Keputusan ini menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah 23.97 dan sisihan lazim ialah 1.397. Hal ini menunjukkan min pencapaian pelajar adalah dalam peringkat kepujian. 4.3.3 Pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share Strategi Pembelajaran Ujian Pra Ujian Pasca N 30 30 Min 17.9 23.97 SL 2.68 1.397 Ujian t 2.045 P 0.00

JADUAL 4.3: Analisis keputusan pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share Jadual menunjukkan keputusan analisis pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share. Keputusan ini menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah 17.9 dan sisihan lazim ialah 2.68, manakala min pencapaian dalam

18

ujian pos ialah 23.97 dan sisihan lazim 1.397. Ha ini menunjukkan min pencapaian pelajar meningkat dari peringkat memuaskan ke peringkat kepujian. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian penulisan karangan berpandu menggunakan strategi pembelajaran koperatif dalam ujian pra dan ujian pasca pada nilai t 2.045 dan P >0.05 . Strategi yang digunakan telah memberi kesan kepada markat pencapaian pelajar. Oleh itu hipotesis nul iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar pembelajaran koperatif model Think-Pair- Share ditolak. BAB 5: RUMUSAN Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian karangan berpandu Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4. Kajian dijalankan menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen model single group pretest-posttest design (Wiersma2000, Jackson 2003) terhadap 30 orang respoenden yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor. Dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk jadual yang diperoleh daripada analisis yang dibuat melalui min, sisihan lazim dan ujian-t. Kajian menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah di peringkat memuaskan, manakala pencapaian dalam ujian pasca berada di tahap cemerlang. Ujian-t yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu ujian pra . Perbincangan Dapatan Kajian Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif model thinkpair- share terhadap markat pencapaian karangan berpandu Bahasa Melayu. Dapatan yang dianalisis secara deskriptif selaras dengan objektif kajian mendapati bahawa min pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpandu berada pada tahap memuaskan iaitu 17.9% .Sebanyak 67% pelajar berada di peringkat memuaskan dan 33% peratus sahaja yang berada di peringkat kepujian. Hal ini disebabkan pelajar masih belum dapat menguasai kemahiran teknik menjawab penulisan karangan berpandu iaitu penggunaan bahasa yang kurang gramatis dan penggunaan kosa kata serta frasa menarik menggunakan strategi pembelajaran koperatif teknik Think-Pair-Share. Pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam ujian pasca berbanding pencapaian dalam antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi

19

yang masih terhad. Selain itu pelajar juga tidak dapat menyampaikan idea mengikut tema dengan baik serta huraian yang kurang jelas Setelah menjalani rawatan selama 4 minggu menggunakan strategi pengajaran koperatif think-pair-share, pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpandu berada pada tahap kepujian dan cemerlang dengan min pencapaian iaitu menekankan proses berfikir serta 23.97%. Sebanyak 93.3% pelajar berada pada peringkat kepujian dan 6.7% berada pada peringkat cemerlang. Teknik pembelajaran yang perkongsian secara berpasangan dan kumpulan telah dapat meningkatkan kemahiran menulis pelajar dalam aspek bahasa dan olahan idea, menepati tema yang diberi serta huraian yang jelas dan menarik. Analisis pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-PairShar menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah 17.9 dan sisihan lazim ialah 2.68, manakala min pencapaian dalam ujian pos ialah 23.97 dan sisihan lazim 1.397. Hal ini menunjukkan min pencapaian pelajar meningkat dari peringkat memuaskan ke menggunakan strategi pembelajaran peringkat kepujian. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian penulisan karangan berpandu koperatif dalam ujian pra dan ujian pos pada nilai t 2.045 dan P >0.05 . Strategi yang digunakan telah memberi kesan kepada markat pencapaian pelajar. Dapatan kajian mendapati penggunaan strategi pembelajaran koperatif teknik thinkpair-share telah dapat merangsang daya berfikir pelajar untuk menjana idea bagi mendapatkan maklumat berkaitan tema yang diberi sepanjang sesi pembelajaran. Proses berfikir berlangsung dari langkah pertama hingga ke langkah akhir. Selain itu perkongsian maklumat antara pelajar dapat menjalin hubungan interpersonal serta memperkaya penguasaan bahasa dan menjadikan pelajar lebih kritis dalam membincangkan idea-idea tertentu. Pelajar-pelajar yang pasif dan berpencapaian rendah dapat dibantu oleh pelajar aktif dan berpencapaian tinggi menjana idea melalui soal-jawab yang dikemukakan semasa proses interaksi dan hal ini telah dapat membantu meningkatkan proses berfikir pelajarpelajar Perkongsian maklumat secara berpasangan dan berkumpulan telah dapat membantu pelajar untuk menyatakan dan menghuraikan idea dengan lebih bernas dalam wacana yang lebh menarik. Lyman (1992) menyatakan bahawa dalam model think-pairshare, idea-idea tersebut dapat dikembangkan dan dihuraikan dengan lebih jelas dan menarik melalui sesi perbincangan. Kajian juga mendapati proses berfikir berlaku secara berterusan dari awal sesi pembelajaran sehingga ke proses penulisan. Strategi ini telah dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan berpandu dari segi bahasa dan idea yang disampaikan.

20

Menurut Bellanca & Fogarty(2003) strategi pembelajaran koperatif think-pair-share dapat membantu pelajar mengingat fakta selepas pengajaran, mengaitkan pengalaman lepas dalam pembelajaran serta merangsang mendapati pembelajaran koperatif dan kerja berpasukan. Amizal (2000) menjelaskan dalam kajiannya terdapat peningkatan kemahiran saintifik melalui pembelajaran secara koperatif berlaku dengan baik berbanding secara proses berfikir pelajar serta menjadikan suasana pembelajaran lebh menarik dan berkesan. Johnson et.al(1993)dan Slavin(1990) bukan sahaja meningkatkan pencapaian akademik pelajar malah meningkatkan pencapaian akademik murid melalui interaksi dalam kumpulan

tradisional jika dilihat dari segi persepsi guru dan pelajar dan Norijah(1997) mendapati pencapaiaan pelajar menggunakan pembelajaran koperatif lebih tinggi berbanding pembelajaran tradsional. Sikap dan minat pelajar juga menunjukkan kesungguhan dan keyakinan yang tinggi. Kajian yang dilakukan oleh Ahmad Najdi(2001),Razman (2001) dan Iskandar Shah (2003) mendapati pembelajaran secara koperatif sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa. Kesimpulan dapatan Kajian 5.4.1 Pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca dalam penulisan karangan berpandu bahasa melayu menggunakan strategi pembelajaran koperatif model Think-Pair-Share Hasil dapatan kajian yang dijalankan tentang kesan pembelajaran koperatif model think-pair-share terhadap pencapaian karangan berpandu Bahasa Melayu dalam kalangan 30 orang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca. Pencapaian pelajar dalam ujian pasca adalah lebih baik dengan min pencapaian 23.97 dan 93.3%pelajar berada di peringkat kepujian manakala 6.7% berada di peringkat cemerlang berbanding dalam ujian pra min pencapaian ialah 17.9 iaitu 67% di peringkat memuaskan dan 33 % berada di peringkat kepujian Dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan lazim dan ujian-t. Daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar telah dapat meningkatkan pencapaian mereka dari segi penyampaian idea secara kritis melalui penggunaan pelbagai bahan rangsangan yang diberikan. Pelajar juga telah dapat menghuraikan idea dalam wacana yang menarik serta penggunaan bahasa yang gramatis dan frasa yang menarik. Selama 4 minggu pelajar telah menjalani rawatan menggunakan pembelajaran koperatif model think-pair-share di mana pelajar melalui proses berfikir bagi menjana idea untuk

21

mendapatkan maklumat yang menepati tema bahan rangsangan. Selain itu pelajar juga menjana idea dan berkongsi idea bersama pasangan dan kumpulan. Slavin(2000), Davidson et.al(1995) menjelaskan bahawa pembelajaran koperatif dapat mewujudkan sikap bekerjasama dan perkongsian idea dalam kalangan pelajar dalam sesuatu kumpulan kajian ini, untuk mencapai kejayaan dan matlamat kumpulan. Hasilnya melalui mendapatkan maklumat dan meningkatkan pelajar bukan sahaja berupaya

pencapaian dalam penulisan karangan berpandu malah dapat menjalin hubungan interpersonal melalui interaksi berpasangan dan kumpulan kerana menurut Azizah et.al ( 2000), pembelajaran koperatif adalah bersandarkan tiga teori utama iaitu Teori Persandaran Sosial, Teori Perkembangan Kognitif dan Tingkahlaku Pembelajaran. Kajiankajian yang dijalankan oleh Ahmad Najdi( 2001); Razman(2001); Zainun(2003); Salmiah (2003) dan Iskandar(2003) terhadap pembelajaran. Implikasi Dapatan Kajian Kajian ini dapat memberi implikasi kepada guru, pihak pentadbir sekolah dan institusi pendidikan secara umumnya. 1. Kajian mendapati strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian juga mendapati pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan memberi kesan yang positif terhadap sikap dan minat pelajar

pelajar dalam penulisan karangan berpandu. Sehubungan dengan itu, guru perlulah lebih kreatif dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran agar dapat meningkatkan minat dan keupayaan berfikir pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang penulisan. Keupayaan dan kemahiran berfikir para pelajar perlu ditingkatkan dan dirangsang melalui penggunaan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran untuk melahirkan pelajar yang berdaya fikir. Guru juga perlulah bersedia untuk mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran yang lebih menarik dan berkesan demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan khasnya dan pembelajaran amnya. 2. Penyelidikan tindakan boleh dijalankan oleh guru atau pihak panitia untuk mengenal

pasti aspek kelemahan pelajar dan seterusnya merangka strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Selain itu, kursus yang berkaitan juga boleh dirangka oleh pihak panitia untuk meningkatkan kemahiran pedagogi guru-guru.

22

2.

Dalam mendepani perubahan pendidikan yang bersifat global, institut pendidikan

guru yang bertanggungjawab dalam melatih guru dari semasa ke semasa perlulah merancang dan mengadakan kursus serta latihan tentang strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang berpusatkan pelajar dan berdaya fikir. Kursus Kursus dan latihan yang dirangka akan dapat pendek kelolaan institut merupakan antara landasan terbaik untuk pendedahan dan penataran strategi pengajaran tersebut. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru lantas dapat diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya meningkatkan minat, motivasi dan pencapaian pelajar. 3. Pemantauan dan bimbingan daripada Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran,

Jemaah Nazir serta pihak pentadbir dan ketua bidang akan dapat meningkatkan kualiti strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Hasilnya pendidikan di Malaysia dapat melahirkan pelajar yang yang bercapaian tinggi dan mampu berfikir serta berdaya saing di peringkat sejagat. 4. Walau bagaimanapuna, kurikulum yang berorientasikan peperiksaan merupakan

antara kekangan yang terpaksa dihadapi oleh para guru dalam mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran. Hal ini kerana guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran demi tuntutan peperiksaan lantas penggunaan pelbagai strategi dalam pengajaran terpaksa dibataskan. Selain itu lebih banyak masa terpaksa digunakan oleh para guru untuk mengulang kaji pelajaran dan menfokuskan pengajaran dan pembelajaran ke arah peperiksaan. Cadangan Kajian Lanjutan Kajian ini telah dilakukan dalam ruang masa dan keperluan yang terhad. Oleh itu untuk kajian-kajian yang akan datang pengkaji mencadangkan beberapa kajian selanjutnya. Antaranya: 1. Kajian lanjutan meliputi skop yang lebih luas dan menyeluruh supaya boleh digeneralisasikan memandangkan kajian ini terbatas kepada pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Bandar Maharani, Muar, Johor. 2. 3. Kajian yang membandingkan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran untuk Kajian yang menggunakan teknik-teknik lain dalam pembelajaran koperatif sebagai meninjau keberkesanan antara strategi tersebut. variasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk pembelajaran yang berkesan dan seterusnya meningkatkan pencapaian.

23

4.

Kajian berbentuk trangulasi yang meliputi temu bual

pelajar dan guru serta

pemerhatian supaya dapat mencerminkan keadaan sebenar proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rumusan Strategi pengajaran memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan prestasi kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Penggunaan kaedah pembelajaran yang berkesan dalam pembelajaran akan meningkatkan kemahiran berfikir serta kemahiran interpersonal pelajar. Strategi pembelajaran koperatif dapat meningkatkan pencapaian pelajar, meningkatkan kemahiran kognitif dan pelajar dapat menjalin hubungan sosial yang lebih baik dalam kumpulan (Lynn 1981,1989). Penggunaan strategi pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran amat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam penulisan Bahasa Melayu. Hasil kajian telah menunjukkan pencapaian pelajar bertambah baik selepas rawatan penulisan karangan berpandu menggunakan strategi pembelajaran koperatif think-pair-share dilaksanakan. Sekiranya guru dapat mempelbagaikan strategi, maka pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Strategi pengajaran yang disarankan dalam KBSM ialah strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar yang sesuai dengan kebolehan pelajar agar dapat meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran bahasa dan seterusnya melahirkan pelajar yang dapat berinteraksi serta berfikir secara kreatif dan kritis. Seterusnya pencapaian pelajar secara keseluruhannya dapat ditingkatkan kerana bahasa Melayu kajian ini, para merupakan bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran. Implikasi

pendidik, pihak pentadbir sekolah, jabatan pendidikan negeri dan institut pendidikan guru diharapkan akan mempertingkatkan usaha ke arah meningkatkan strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang inovatif, kreatif, berdaya fikir dan berpusatkan pelajar. RUJUKAN Ahmad Najdi. 2001. Keberkesanan pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi Tingkatan empat. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia Awang Ideris Awang Daud. 2000. Pembelajaran kooperatif : Strategi alternatif pengajaran-pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2001.UKM 14-15 November Bahagian Pendidikan Guru 2002. Pengurusan pembelajaran bestari . Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur Bellanca. James & Fogarty Robin 2003. Blueprints for achivement in the cooprative classroom. Person Education.USA. Burden, P.R. & Byrd, D.M. 2003. Methods for effective teaching. Boston: Ally and Bacon. Davidson, Neil & Worsham, Toni (1992). Enhancing teaching through cooperative

24

learning. Teachers College Press. New York. David & Roger Johnson 2000 Thinking through cooperative learning. New York, Teachers College Press George, Gan Siowck Lee & Jessica Ball. 1997. Cooperative learning: A sourcebook of lesson plans for teacher education. SEAMEO: Singapore Hill S & Hill T. 1993. The Collaborative Classroom. Victoria, Eleanor Curtain Iskandar Shah. 2003. Kesan dua strategi pengajaran terhadap pembelajaran komponen sastera di Sekolah Menengah Tun Tuah Melaka. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia Jackson L. Sherri 2003 . Research methods and statistic : A critical thinking approach. Thomson Learning. USA Johnson D.W. & Johnson R.T. 1994. Learning together and alone: Cooperative, competitive and individualistic learning. Massachusetts, Allan and Bacon. Johnson D & R Johnson. Cooperative learning.(atas talian) http://www.clcrc.com/pages/cl.html (19 Januari 2004) Johnson D. & Johnson R. An overview of cooperative learning." (atas talian) http://www.clcrc.com/pages/overviewpaper.html (19 Januari 2004) Johnson & Johnson. 1991. Cooperative learning lesson structures.Edina. MN Interaction Book Company. Kagan, Spencer. Kagan structures for emotional intelligence. ( atas talian ) http://www.kagancooplearn.com/Newsletter/1001/index.html (19 Januari 2004) Kagan 1994. Cooperataive learning. San Juan Capistrano,CA: Kagan Cooperative Learning Khatijah Endut.1997. Satu kajian eksperimen tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam Pendidikan Islam. Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian sukatan pelajaran Bahasa Malaysia KBSM . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Latihan Guru Bestari: Modul Pengurusan Pembelajaran Bestari . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Huraian sukatan pelajaran Bahasa Malaysia KBSM edisi Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. The Malaysian Smart School: An MSC Flagship Application: A Conceptual Blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Lembaga Peperiksaan Malaysia . 2005. Bahasa Melayu 1- Karangan berpandu: peraturan pemarkahan. Kuala Lumpur Lyman 1981. Think-Pair-Share, thinktrix,thinklink and weird facts: An interactive system for cooperative thinking. Dlm Davidson and Worsham (pnyt) . Enhancing Thinking through cooperative learning, hlm. 169-181. Teachers College Press, New York. Lyman 1989 Think-Pair-Share, thinktrix,thinklink and weird facts: An interactive system for cooperative thinking. Dlm Davidson and Worsham(pnyt) . Enhancing Thinking through cooperative learning, hlm 169 181. Teachers College Press, New York. Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin, Musa Daia. 1998. Penerapan nilai-nilai murni melalui pembelajaran kooperatif dalam sains. Laporan IRPA, UKM. Mazlan. 2002. Amalan pembelajaran koperatif oleh guru-guru dan kesan ke atas sikap pelajar terhadap matematik. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia Norijah 1997 Keberkesanan pembelajaran koperatif dan pengajaran secara modul bagi peningkatan pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu peringkat sekolah menengah. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramlah Ab Khalid. 2003. Penilaian pelaksanaan kaedah pembelajaran kooperatif di sekolah menengah. Penyelidikan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia Razman Muhamad. 2001. Satu kajian eksperimen tentang keberkesanan

25

pembelajaran secara koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Arab komunikasi. Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Salbiah Mohd Som. 2000. Kajian kes tentang pelaksanaan kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi Tingkatan Empat. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia Slavin(1987) Cooperative learning: theory, research and practice. Englewood Cliffs. NJ Prentice Hall Slavin, R.E .1990. Foundations of cooperative learning. Dlm George, Gan Siowck Lee & Jessica Ball. 1997. Cooperative learning: A sourcebook of lesson plans for teacher education.hlm 30-35 SEAMEO: Singapore Suhailah Ishak 1999. Pelaksanaan pembelajaran koperatif di kalangan guru sekolah menengah kebangsaan di daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia Toni Worsham 1992. The inclusion process: Cooperative metacognition for disccovering, describing and assessing thinking skills. Dlm Davidson and Worsham (pnyt) . Enhancing Thinking through cooperative learning, hlm 66-83. Teachers College Press, New York. Unit Matematik, MPKT 1999. Pengenalan sekolah Bestari Malaysia. Maktab Perguruan Kuala Trengganu. Kuala Trengganu. Wiersma William 2000. Research and methods in education. Allyn and Bacon. Boston Zaenab Hanim, Rahmat Soeoed, Siti Rahayah Ariffin & Noriah Ishak. 2004. Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik: Penyelidikan tindakan di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan UKM 29(2004): 105- 124. Zainun Ismaun. 2003. Kesan pembelajaran koperatif model STAD ke atas sikap dan persepsi murid tahun lma dalam mata pelajaran Matematik. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

26

LAMPIRAN A RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( 1 ) BAHASA MELAYU Mata pelajaran: Tingkatan : Masa: Tajuk karangan : Objektif: Bahasa Melayu 4 Bestari Karangan Bergambar-Memanfaatkan Masa Lapang Pada akhir pelajaran , murid dapat: i) Menghuraikan idea yang relevan dengan tema bahan

ii) Tatabahasa: Ilmu: Kemahiran Bernilai Tambah: Fokus Utama:

rangsangan secara jelas dan matang Menulis karangan menggunakan ungkapan yang menarik dan unsur bahasa yang bervariasi

Peribahasa Sains sosial Kemahiran Berfikir 2.1 Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan Aras 1 (ii) Menjelaskan idea secara deduktif (iii) Mendengar pendapat yang dikemukakan untuk memberikan repons yang sesuai 7.3 Mengemukakan soalan bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Aras 1 (i) Mendengar dan mengemukakan persoalan pokok , isi penting dan kurang penting dalam pelbagai bahan (iii) Membina dan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan tinggi untuk mendapatkan penjelasan lanjut 9.1 Menggunakan peribahasa yang tepat untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif

Fokus Sampingan:

Aras 1 (i) Menentukan peribahasa yang sesuai untuk menyampaikan maklumat. Bahan Bantu Belajar: Edaran Gambar Bersiri Borang Pengurusan Grafik (Peta Minda)

27

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Langkah Induksi Set (5 minit) Aktiviti Pengajaran Bersoal jawab tentang hobi pelajar Isi Pelajaran Jelaskan hobi anda? Apakah faedahnya kepada diri anda? Langkah 1 (5 minit) BERFIKIR DAN MENULIS Think and Write 1. Setiap pelajar di beri edaran bergambar bertajuk Memanfaatkan Masa Lapang 2. Pelajar membaca dan memahami kehendak soalan. 3. Pelajar memikirkan dan mencatatkan idea tersurat dan tersirat. 4. Pelajar memikirkan ungkapan yang menarik sesuai dengan tema bahan BERPASANGAN Pair 1. Perbincangan tentang idea tersurat dan tersirat dengan pasangan masing-masing. 2. Pelajar memberikan pendapat dan menjelaskan idea kepada pasangan 3. Pasangan memberi respons dengan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan tinggi untuk penjelasan 4. Membincangkan penggunaan bahasa dan peribahasa yang sesuai dengan konteks. 5. Pasangan memilih idea yang menepati tema dan peribahasa yang bersesuaian dan menarik daripada hasil perbincangan secara berpasangan 1. Teknik sumbang saran 2. Mencatatkan idea secara individu 3. Ungkapan menarik 4. Peta minda Faedah memanfaatkan masa lapang

Langkah 2 (20 minit)

1. Aktiviti berpasangan 2. Perbincangan merangkumi idea dan bahasa. 3. Soalan bercapah pelbagai aras 4. Peta minda

28

Langkah 3 (20 minit)

BERKONGSI MAKLUMAT (Kumpulan Berempat) Share 1. Pelajar membentangkan hasil perbincangan kepada ahli kumpulan 2. Pelajar dalam kumpulan memberi respons. 3. Pelajar memilih idea yang relevan serta ungkapan menarik hasil perbincangan dengan ahli dalam kumpulan.

1. Pembentangan hasilan perbincangan pasangan 2. Soalan bercapah aras rendah dan tinggi 3. Hasilan merangkumi: - idea - bahasa

Langkah 4 (25 minit)

1. Pelajar menulis karangan 2. Guru membuat ulasan terhadap idea dan bahasa

1. Menulis karangan berpandukan gambar 2. Ulasan guru tentang idea yang relevan dengan tema dan ungkapan menarik Rumusan berkaitan dengan tema Memanfaatkan Masa Lapang

Penutup (5 minit)

Guru membincangkan hasilan penulisan pelajar yang terpilih

29