Write-Up Pbljrn Koperatif

download Write-Up Pbljrn Koperatif

of 23

Transcript of Write-Up Pbljrn Koperatif

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    1/23

    1.0 PENGENALAN

    Pembelajaran koperatif telah diperkenalkan di peringkat institusi pendidikan

    oleh Salvin (1984), Kagan (1988) dan Johnson and Johnson (1991). Ianya

    berasakan kepada aktiviti berpasukan melalui struktur. Aktiviti dalam proses

    pembelajaran koperatif berbagai-bagai bergantung kepada struktur yang

    dipilih sama ada untuk pembentukan pasukan, kelas, penguasaan

    pembelajaran, kemahiran berfikir, perkongsian maklumat dan kemahiran

    komunikasi. Aktiviti berbeza nagi setiap struktur yang dipilih dan boleh

    mewujudkan suasana bilik darjahyang ceria dan menyeronokkan. Manakala

    aktiviti berpasukan pula dapat mewujudkan kerjasama dan keharmonian

    terutama dalam bilik darjah yang mempunyai bilangan pelajar yang berbilang

    kaum dan pelbagai status sosial. Di samping itu melalui pelbagai struktur

    dalam pembelajaran koperatif dapat melahirkan pelajar yang mempunyai

    daya fikir yang tinggi, tahap penguasaan emosi yang mantap dan dapat

    membina hubungan sosial yang baik dengan rakan sebaya dan masyarakat.

    Aktiviti dalam proses pembelajaran koperatif mengaplikasikan teori

    kecerdasan pelbagai kemahiran berfikir, kemahiran komunikasi dan dapat

    mengukuhkan kemahiran sosial. Struktur pembelajaran koperatif juga dapat

    memupuk keyakinan diri pelajar dan keseronokan dalam pemnbelajaran di

    samping memupuk semangat bekerjasama dan bantu membantu antara satu

    sama lain. Pengalaman pembelajaran ini dapat membantu pelajar menangani

    cabaran masa depan.

    1

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    2/23

    2.0 LATAR BELAKANG PEMBELAJARAN KOPERATIF

    Matlamat pengajaran iadalah untuk meningkatkan pencapaian akademik dan

    pembinaan kemahiran sosial pelajar melalui persekitaran pembelajaran yang

    kondusif di mana pelajar memainkan peranan aktif dengan menggunakan

    bahan resos yang banyak. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator.

    Untuk tujuan itu guru seharusnya bijak dan mahir menguruskan tingkahlaku

    pelajar.

    John Dewey, 1619 yang menulis tentang Democracy and Education

    mangatakan pendidikan sebagai makmal untuk pembelajaran yang sebenar

    di mana pelajar terlibat dalam penemuan masalah sosial dan interpersonal

    (small problem-solving groups). Manakala Herbert Thelen, 1954, 1960

    mengatakan the classroom should be a laboratory or miniature democracy

    for the purpose of study and inquiry and interpersonal problems. Bagi

    Johnson, D. & Johnson, R. 1987, 1994 yang membincangkan Experiential

    Learningmenyebut .you learn best when you are personally involved in

    the learning experience. dan . knowledge has to be discovered by

    yourself. . Seterusnya beliau menambah . Commitment to learning is

    highest when you are free to set your own learning goals and actively pursue

    them within a given framework.

    Spencer Kagan, 1993, 1998 yang mempelopori Structural Approach

    pula menekankan tentang penggunaan struktur tertentu yang direka bentuk

    untuk mempengaruhi pola interaksi pelajar dengan matlamatnya untuk

    meningkatkan penguasaan akademik dan kemahiran sosial dengan memberi

    pertimbangan kepada pelbagai kecerdasan dan pemikiran aras tinggi.

    2

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    3/23

    3.0 KEPENTINGAN PEMBELAJARAN KOPERATIF

    3.1 Pencapaian akademik : kajian yang dijalankan oleh David and Roger

    Johnson (1981), Robert Slavin (1983) menunjukkan pembelajaran

    koperatif membantu meningkatkan pencapaian akademik tanpa mengira

    tahap umur dan matapelajaran berbanding dengan pembelajarn individu.

    Analisis 46 kajian kes yang dijalankan oleh Robert Slavin (1983)

    menunjukkan 63% pencapaian akademik melalui pembelajaran koperatif,

    33% menunjukkan perbezaan dan hanya 4% kejayaan dicapai melalui

    cara pembelajaran tradisi.

    3.2 Pembinaan kemahiran sosial : pembelajaran koperatif membantu

    membina keyakinan diri pelajar dan menyediakan pelajar menghadapi

    cabaran di alam persekolahan dan di luar alam persekolahan. Melalui

    pembelajaran koperatif, pelajar dilatih bekerjasama, bertolak ansur dan

    bertanggungjawab. Pembelajaran koperatif dapat menyemai kemahiran

    interpersonal di kalangan murid-murid. Sifat-sifat dan kemahiran yang

    terbina membantu mereka dalam menghadapi kehidupan dalam

    masyarakat.

    4.0 PENDEKATAN STRUKTUR (Spencer Kagan)

    Berasaskan kepada definisi dan kegunaan pelbagai cara yang berbeza dalam

    mengendalikan interaksi pelajar di bilik darjah yang disebut sebagai struktur.

    Setiap struktur boleh diramal outputnya dari segi akademik, linguistik, kognitif

    ataupun sosial. Struktur dapat menghuraikan pola interaksi individu dalam

    bilik darjah dan tanpa kandungan atau isi. Pemilihan struktur yang sesuai

    untuk tujuan penguasaan tertentu adalah penting. Penggabungan struktur

    yang baik boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.

    3

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    4/23

    5.0 KONSEP UTAMA PEMBELAJARAN KOPERATIF

    5.1 Pasukan

    Pasukan yang baik adalah empat orang satu pasukan. Ini memudahkan

    diadakan Pair work dan boleh mengelakkan odd man out dan

    Learning Pair dengan lebih banyak. Terdapat tiga jenis pasukan iaitu

    haterogenous, homogeneous dan random.

    5.2 Pengurusan koperatif

    Melibatkan kemahiran : penyusunan bilik darjah, quiet signal , modeling

    dan pengagihan bahan. Peraturan bilik darjah perlu ada dan diamalkan

    untuk mengawal disiplin kelas. Antaranya guru boleh amalkan quiet signal

    seperti hand up, stop talking, stop doing, stoplight cards dan quiet captain.

    Simultaneous management

    Matlamat Sequential Simultaneous

    Pembentukan

    kumpulan.

    Nama pelajar dipanggil

    satu persatu.

    Pelajar serentak melihat

    nama mereka di atas kad.

    Pengagihan bahan.

    (material

    distributed)

    Guru atau pelajar

    mengagihkan kepada

    pelajar.

    Ketua bahan (Team

    Material Monitors)

    mengambil bahan dan

    agihkan kepada ahli

    setiap kumpulan.

    4

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    5/23

    Menjawab soalan. Semua pelajar menunggu

    jawapan guru.

    Ahli dalam kumpulan

    sama menjawab soalan.

    Guru sebagai fasilitator.

    Pelajar kongsi

    jawapan.

    Seorang pelajar sahaja

    yang dapat menjawab

    soalan dalam satu masa.

    Seorang pelajar mewakili

    kumpulan menjawab

    soalan yang sama.

    Pembentangan

    projek.

    Satu kumpulan satu masa. Pembentangan dalam

    kumpulan dalam satu

    masa serentak.

    Jadual 1.1 Simultaneous management

    5.3 Semangat kerjasama

    Terdapat tiga cara membina semangat ingin bekerjasama dalam proses

    pengajaran pembelajaran bilik darjah iaitu pembentukan pasukan

    ( teambuilding ), pembentukan kelas ( classbuilding ), tugas dan struktur

    ganjaran ( task and reward structure-Grade ), pasukan ( Group Grade ).

    5.4 Kemahiran kerjasama

    Terdapat berbagai kaedah untuk mengembangkan kemahiran sosial

    termasuk modeling, main peranan, pemerhatian, refleksi dan latihan-

    latihan kemahiran sosial yang khusus.

    5.5 Prinsip asas

    5

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    6/23

    4 prinsip utama (PIES)

    P positive interdependence

    I individual accauntability

    E equal participation

    S simultaneous interaction

    P Positive interdefendence

    Kejayaan atau pencapaian individu mempengaruhi kejayaan atau

    pencapaian kumpulan. Kejayaan setiap ahli pasukan bergantung kepada

    kejayaan setiap individu. Jika seorang gagal, semua akan gagal. Positive

    interdependence boleh mewujudkan motivasi di mana semua ahli buat

    yang terbaik untuk kepentingan pasukan. Bimbingan dan sokongan ahli

    pasukan sangat penting. Semua ahli pasukan mempunyai matlamat yang

    sama.

    Contoh : menghasilkan satu laporan

    a) Ganjaran/penghargaan diberi berdasarkan sumbangan semua ahli

    b) Tugas distrukturkan/diagihkan

    c) Dipastikan semua individu mempunyai bahan keperluan yang

    berlainan

    d) Semua ahli pasukan memainkan peranan yang penting

    I Individual accountability

    Mempengaruhi pencapaian. Berbeza bentuk bergantung kepada isi dan

    kaedah pembelajaran koperatif. Mengutamakan Reward accountability

    (gred individu gred kumpulan ) dan task accountability (setiap

    pelajar berakauntabiliti terhadap tugas bertanggungjawab).

    E Equal participation

    6

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    7/23

    Penglibatan pelajar dalam aktiviti berbanding dengan ahli lain dalam

    kumpulan dilihat dari segi persamaan peluang untuk melibatkan diri dalam

    aktiviti. Contohnya struktur yang melibatkan dua orang pelajar seperti

    Time-Pair-Share, peluang berinteraksi adalah 50%.

    S Simultaneous interaction

    Penglibatan pelajar aktif. Interaksi berlaku serentak dan ianya merupakan

    satu cara meningkatkan keberkesanan PNP.

    7

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    8/23

    6.0 DOMAIN STRUKTUR KAGAN

    Struktur Kagan dibahagikan mengikut domain tertenru iaitu:

    a) Pembentukan kelas (class building)

    b) Pembentukan pasukan (team building)

    c) Penguasaan (mastery)

    d) Kemahiran berfikir (thinking skill)

    e) Kemahiran komunikasi (communication skill)

    f) Perkongsian maklumat (information sharing)

    6.1 Struktur Koperatif Kagan

    Struktur koperatif Kagan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :

    a) Rally Robin

    b) Round Robin

    c) Rally Table

    d) Round Table

    e) One Stay, Three Stray

    f) One Stray, Three Stay

    g) Simultaneous Round Tables

    h) Team Stand N Share

    i) Numbered Heads Together

    j) Simultaneous Numbered Heads Together.

    k) Team Directed Numbered Heads Together

    l) Team Jigsaw

    a) Rally Robin

    Langkah pertama, guru akan mengemukakan soalan kepada murid.

    Langkah kedua, murid secara berpasangan akan bergilir-gilir

    mengemukakan idea. Aplikasi yang digunakan ialah perkongsian

    maklumat secara berpasangan. Domain aktiiti ini ialah penguasaan

    Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Komunikasi.

    8

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    9/23

    b) Round Robin

    Murid secara bergilir-gilir memberi respon secara lisan terhadap tajuk atau

    soalan yang dikemukakan oleh guru dalam bentuk kumpulan. Langkah

    yang di ambil ialah guru akan mengemukakan tajuk atau soalan kepada

    murid. Setiap murid akan mengemukakan pendapat secara lisan bergilir-

    gilir dalam masa yang ditentukan. Aplikasi yang digunakan ialah ketika

    memulakan pelajaran atau aktiviti. Perkongsian maklumat antara ahli

    dalam kumpulan dapat dijalankan dan aktiviti ini adalah sesuai untuk

    semua mata pelajaran.

    c) Rally Table

    Melalui aktiviti ini murid secara bergilir-gilir akan memberi respon secara

    bertulis terhadap persoalan yang dikemukakan oleh guru. Langkah yang di

    ambil ialah guru mengemukakan sama ada soalan, masalah ataupun

    tugasan kepada murid. Kemudian murid akan menulis jawapan pada

    kertas yang disediakan secara bergilir-gilir. Selapas itu murid akan

    membandingkan jawapan dengan pasangan dalam kumpulan dengan

    menggunakan struktur Round Robin.

    d) Round Table

    Murid secara bergilir-gilir akan memberi respon terhadap soalan atau

    masalah yang dikemukakan oleh guru secara bertulis dalam bentuk

    kumpulan. Langkah yang dijalankan ialah guru kemukakan soalan

    ataupun masalah yang mempunyai beberapa penyelesaian atau beberapa

    fakta, langkah atau prosedur. Dalam kumpulan, setiap murid bergilir-gilir

    mencatatkan respon pada kertas yang diedarkan. Satu fakta bagi setiap

    pelajar bagi setiap pusingan.

    e) One Stay, Three Stray

    Tiga orang ahli kumpulan bergerak ke kumpulan berdekatan dan seorang

    ahli tinggal untuk memberi maklumat kepada tetamu iaitu tiga orang ahli

    kumpulan lain. Proses ini akan berlaku pada setiap pusingan. Apabila

    Team Tour selesai, ahli-ahli kumpulan akan menerangkan apa yang

    didapati hasil dari lawatan tersebut.

    9

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    10/23

    f) One Stray, Three Stay

    Perkongsian maklumat selepas Round Robin atau Think Pair Square.

    Langkah yang dijalankan ialah guru kemukakan persoalan untuk setiap

    kumpulan. Salah seorang murid iaitu seorang wakil mengikut nombor bagi

    setiap kumpulan akan melawat kumpulan lain. Kemudian murid tadi

    melaporkan atau menerangkan apa dilihat atau didengar daripada

    kumpulan lain. Variasi, aktiviti ini boleh juga ditukar di mana seorang

    pelapor dari satu kumpulan melaporkan hasil perbincangan kepada

    kumpulan dilawati.

    g) Simultaneous Round Tables

    Murid dalam kumpulan secara serentak mencatat respon dan

    mengedarkan kertas jawapan mengikut pusingan jam untuk ahli kumpulan

    menambah idea atau memberi respon tambahan. Aplikasi lain ia juga

    sesuai untuk soalan atau masalah yang memerlukan jawapan dari

    berbagai-bagai aspek, jenis atau prosedur. Satu kertas jawapan bagi satu

    aspek atau jenis.

    h) Team Stand N Share

    Setiap kumpulan akan berdiri untuk berkongsi maklumat atau jawapan

    untuk kelas. Setiap kumpulan mempunyai satu senarai fakta atau idea

    untuk dikongsi bersama ahli kumpulan. Apabila seorang murid dipanggil

    mengemukakan idea, murid lain semak atau tambah maklumat dan jika

    sama, mereka boleh duduk.

    i) Numbered Heads Together

    Ahli kumpulan sama-sama memastikan semua ahli memahami dan boleh

    menjawab soalan atau masalah yang dikemukakan. Langkah yang boleh

    diambil ialah guru akan kemukakan soalan dan menentukan masa untuk

    mendapatkan jawapannya. Setiap murid akan menulis jawapan masing-

    masingdan kemudian murid akan berbincang dalam kumpulan untuk

    mendapat kepastian jawapan. Kemudian, murid disebut nombor akan

    mewakili kumpulan masing-masing akan memberi respon.

    10

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    11/23

    j) Simultaneous Numbered Heads Together.

    Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memperbaiki kelemahan struktur

    Numbered Heads Together. Penglibatan murid minima kerana hanya

    seorang pelajar sahaja memberi respon pada satu masa. Oleh itu guru

    sukar untuk menentukan sama ada murid dalam kumpulan tahu

    jawapannya jika seorang sahaja murid dari satu kumpulan memberi

    respon. Untuk memperbaiki langkah ini, murid bagi setiap kumpulan

    mengikut nombor akan memberi respon secara serentak.

    k) Team Directed Numbered Heads Together

    Murid akan bekerjasama membentuk soalan dan disemak oleh

    keseluruhan kelas. Soalan boleh dibentuk berdasarkan bahagian-

    bahagian tertentu dalam satu petikan. Langkah yang diambil ialah guru

    mengedarkan petikan kepada setiap kumpulan. Kemudian, guru akan

    menentukan tugas setiap kumpulan berdasarkan bahagian daripada

    petikan. Setiap kumpulan akan membina soalan. Selepas selesai, setiap

    kumpulan bergilir-gilir lead the class in a round of Numbered Heads

    Together .

    l) Team Jigsaw

    Setiap kumpulan akan menjadi kumpulan pakar bagi satu tajuk, aspek

    atau fakta. Kemudian setiap ahli dalam kumpulan pakar akan berkongsi

    maklumat dengan kumpulan lain. Langkah yamh dijalankan ialah setiap

    kumpulan disediakan sebahagian daripada petikan untuk dihayati dan

    difahami. Setelah kumpulan menguasai bahan tersebut, ahli kumpulan

    akan sampaikan dan terangkan kepada kumpulan lain.

    11

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    12/23

    6.2 IMPLIKASI MODEL SOSIAL DALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN.

    Mewujud keseimbangan dan pengintegrasian koperatif dalam

    menghadapi pelbagai situasi. Jika fasilitator bijak mengawal

    perkembangan aktiviti, maka akan berlakunya pembelajaran koperatif

    yang positif. Murid akan menghabiskan lebih banyak masa dalam

    usaha untuk menyelesaikan tugas akademik. Selain itu, pengurusan

    kelas oleh guru tidak ada unsur paksaan. Ia juga membantu

    pembentukan tingkah laku secara formal berasaskan perbezaan

    kebolehan dan nilai individu. Aktiviti ini dapat memastikan semua murid

    memberi sumbangan kepada pasukan masing-masing. Berbagai-bagai

    aktiviti boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif pendidikan

    berbanding kaedah tradisi. Proses pembelajaran dilaksanakan secara

    beransur-ansur.

    12

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    13/23

    7.0 MODEL PERSONAL

    Model personal bermula daripada perspektif individu itu sendiri. Guru cuba

    untuk membentuk pendidikan supaya kita dapat memahami diri kita sendiri

    dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pelajaran, berfikiran jauh,

    lebih sensitif dan lebih kreatif. Model personal terbahagi kepada empat tetapi

    kali ini hanya diberi penekanan kepada synectics sahaja.

    Synectics

    Synectics telah diaplikasikan dalam beberapa buah syarikat yang terlibat

    dalam industri pembuatan. Dalam sesebuah syarikat, terdapat satu kumpulan

    yang dikhaskan untuk mencipta barangan yang baru berdasarkan kekreatifan

    mereka.

    Kemudian William Gordon (1961) memikirkan bahawa kaedah ini amat

    bersesuaian diaplikasikan kepada murid-murid. Beliau mengaplikasikan

    kaedah ini agar digunakan dalam sekolah rendah dan sekolah menegah.

    Kaedah ini dicipta untuk membantu manusia break set dalam penyelesaian

    masalah, bidang penulisan dan memberi perspektif baru dalam sesuatu tajuk.

    Sebagai contoh, murid akan diberi satu tajuk seperti Penggunaan Telefon,

    sebelum ini murid hanya tahu penggunaan telefin sahaja. Tetapi kini, guru

    akan menyuruh murid membuat satu karangan tentang keburukan dan

    kelebihan dalam menggunakan telefon. Ini memerlukan murid menjadi lebih

    kreatif. Begitu juga dengan karangan auobiografi, murid perlu membuat

    metafora dan anologi bagi menghasilkan karangan yang lebih menarik untuk

    dibaca. Murid perlu menyamakan diri sendiri sebagai objek tersebut dan

    melambangkan diri sebagai tubuh badan alatan.

    13

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    14/23

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    15/23

    7.1 IMPLIKASI MODEL PERSONAL

    Dengan menggunakan model ini,synectics dapat mengeluarkan bakat

    seseorang dan perasaan pelajar, secara tidak langsung guru boleh

    mengambil peluang ini untuk menjadikan mereka sebagai kawan. Guru

    boleh mengetahui bakat terpendam seseorang murid apabila guru

    mendekati murid. Ini membolehkan guru membantu murid untuk

    mengembangkan lagi bakat mereka yang selama ini tidak diberi

    peluang.

    Selain itu, kaedah ini dapat membantu guru untuk memupuk kerjasama

    secara koloboratif dan koperatif di antara murid. Apabila guru

    memberikan satu projek, seperti projek Matematik iaitu mencipta

    sesuatu objek yang mempunyai pelbagai bentuk dengan kerjasama

    dengan rakan-rakan akan terhasilah objek yang kreatif hasil daripada

    perkongsian idea bersama-sama. Ini secara tidak langsung membantu

    murid berfikir secara kreatif dan kreatis. Ini dapat memupuk

    perhubungan erat sesama murid.

    Guru juga dapat memupuk kesedaran peribadi , konsep kendiri dan

    harga diri yang tinggi. Contohnya, apabila guru dapat mencungkil bakat

    seseorang dan menggilap bakat tersebut, murid tersebut akan

    mempunyai harga diri yang tinggi. Murid tahu kelebihan mereka

    sendiri. Apabila murid lain melihat kejayaan rakannya, mereka akan

    terfikir akan diri mereka sendiri. Mengapa mereka tidak berfikir

    sebegitu? Mereka mula sedar mereka perlu berfikir untuk

    menghasilkan sesuatu yang kreatif.

    15

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    16/23

    8.0 RUMUSAN

    Melalui model pembelajaran sosial ini dapat disimpulkan bahawa

    model ini menekankan tentang aspek koperatif dan struktur di dalam

    pembelajaran oleh Spencer Kagan. Dalam model ini terdapat beberapa garis

    panduan yang penting dalam memupuk nilai koperatif pembelajaran agar

    murid tidak berasa cepat bosan dalam kelas. Guru boleh memilih pelbagai

    aktiviti yang telah disarankan oleh tokoh tersebut dalam menarik minat murid

    untuk mendalami matapelajaran tersebut. model ini amat sesuai bagi semua

    tahap murid samada yang cemerlang, sederhana dan lemah kerana model ini

    juga menekankan terhadap hubungan sosial di kalangan kanak-kanak. Ini

    bermaksud kanak-kanak boleh berada di dalam kumpulan yang sama tetapi

    terdiri daripada pelbagai tahap pencapaian. Seterusnya mereka boleh

    bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu topik tersebut. Model ini tidak

    mendiskriminasikan murid dengan mengasingkan mereka mengikut tahap

    pencapaian mereka dalam pelajaran. Selain itu, model ini juga boleh difahami

    melalui konsep utama pembelajaran koperatif Kagan dan struktur koperatif

    Kagan. Guru boleh memilih mana-mana satu daripada struktur tersebut untuk

    dijadikan aktiviti bersama murid di dalam kelas.

    Model sosial lebih mendorong murid menjadi kreatif. Guru seharusnya

    mengaplikasikan kaedah ini di dalam kelas ataupun di dalam pembelajaran

    dan pengajaran. Dengan ini murid akan berasa seronok kerana berjaya

    mengeluarkan idea mereka sendiri. Mereka juga akan mula memahami orang

    disekeliling mereka apabila mereka kerap kali menggunakan anologi dan

    metafora dalam pembelajaran mereka.

    16

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    17/23

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    18/23

    Kemudian, bagi tajuk model sosial saya begitu tertarik dengan struktur

    pembelajaran koperatif Kagan. Konsep utama kaedah ini terbahagi kepada

    pasukan, pengurusan koperatif, semangat bekerjasama, kemahiran

    bekerjasama, prinsip asas dan struktur . Kaedah ini dapat menyelesaikan

    sesuatu masalah secara berkumpulan. Masalah akan lebih cepat diselesaikan

    jika masing-masing bekerjasama untuk mengatasinya. Ini kerana setiap ahli

    kumpulan mempunyai peranan mereka sendiri.

    Seterusnya, saya sebagai guru dan juga sebagai pelajar dapat mengetahui

    aplikasi pembelajaran secar koperatif mengikut Kagan. Beliau telah

    menyatakan beberapa kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan apabila

    mengajar murid-murid di sekolah nanti seperti Rally Robin, Round Table, One

    Stray, Three Stay, Team Stand N Share dan sebagainya. Dengan ini

    murid tidak lagi bosan apabila guru hanya menggunakan satu kaedah

    pembelajaran sahaja.

    Akhirnya, saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada

    golongan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

    menjayakan tugasan ini, terutamanya penghargaan kepada ahli kumpulan

    saya yang sentiasa bekerjasama.

    Nor Lina Binti Hud

    18

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    19/23

    REFLEKSI

    Setelah ahli kumpulan mendapat tugasan ini kami telah berusaha mencari

    maklumat seberapa banyak yang boleh tentang tajuk ini iaitu Model

    Pembelajaran Sosial dan Model Pembelajaran Personal di Pusat Sumber Al

    Ghazali. Di samping itu, kami juga ada membuat rujukan melalui internet dan

    buku-buku yang berkaitan dengan model pembelajaran sebagai maklumat

    tambahan kami bagi melengkapkan pembentangan kami nanti. Kami

    mendapati bahawa guru pembimbing, Puan Noraini Mansur dan Puan Haliza

    Hussein tidak lokek untuk memberikan tunjuk ajar dan rujukan panduan

    kepada kami dalam menjayakan pembentangan kami.

    Setelah mendapat tunjuk ajar daripada guru pembimbing matapelajaran kami,

    kami telah membuat perbincangan untuk menyelesaikan dalam mencari

    bahan rujukan untuk tajuk kami. Dalam masa yang sama juga, kami telah

    membuat pembahagian tugasan untuk setiap individu dan saya telah

    ditugaskan untuk membentangkan subtopik masing-masing. Saya telah

    ditugaskan untuk membentangkan tajuk pendekatan struktur Kagan. Oleh

    sebab tajuk ini merupakan permulaan pembentangan dan memerlukan

    penerangan yang jelas sebelum melangkau kepada subtajuk seterusnya.

    Selain itu, saya juga turut berjumpa dengan guru pembimbing kami untuk

    berbincang tentang maklumat yang telah kami kumpul untuk pantauan

    pensyarah. Guru kami juga turut memberikan beberapa rujukan dan petunjuk

    yang amat berguna kepada kami dalam menyempurnakan tugasan yang telah

    diamanahkan.

    Kami bertuah kerana mempunyai masa yang agak lama bagi menyiapkan

    tugasan tersebut sebelum giliran kami untuk membentangkan tajuk kami.

    Kami telah memanfaatkan masa yang ada untuk melakukan persiapan yang

    terbaik untuk hari pembentangan kami nanti. Akhirnya tugasan tersebut

    berjaya disiapkan dengan jayanya dengan bantuan daripada ahli kumpulan

    saya yang lain iaitu Nor Lina bt Hud dan Siti Mariam bt Mhd Yusof. Mereka

    telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini bersama

    terutamanya semasa hari pembentangan.

    19

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    20/23

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    21/23

    REFLEKSI

    Alhamdulillah, syurkur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kami dapat

    menyiapkan tugasan mengenai model pembelajaran ini. Tajuk yang kami

    peroleh ialah Model Pembelajaran Sosial dan Model Pembelajaran Personal.

    Setelah memperoleh tugasan ini, saya dan ahli kumpulan yang lain iaitu Nor

    Lina binti Hud dan Rosyati binti Mohd Rofee telah ke perpustakaan bagi

    emncari dan mendapatkan bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan

    ini. Kami berusaha mencari ke segenap pelosok Pusat Sumber Al-Ghazali

    namun malangnya kami tidak menemui buku yang berkaitan dengan tajuk

    yang kami perolehi.

    Kami juga berusaha untuk mendapatkan bahan dengan melayari internet.

    Namun, tidak juga memperoleh bahan yang dikehendaki. Tapi kami berjaya

    mendapat bahan mengenai Six Thinking Hat yang kami perlukan ketika

    menjalankan aktiviti untuk rakan-rakan selepas kami menghabiskan

    pembentangan mengenai tajuk ini. Six Thinking Hat terbahagi kepada enam

    iaitu Topi Hijau, Topi Hitam, Topi Putih, Topi Biru, Topi Kuning dan Topi Merah.

    Setiap topi ini mempunyai maksud yang tertentu. Contohnya Topi Hitam

    adalah merupakan pemikiran yang kritikal dan negatif serta selalu mencari

    semua yang salah dan silap. Manakala bagi Topi Putih pula ia merupakan

    pemikiran yang objektif dan mencari maklumat semata-mata.

    Model Pembelajaran Sosial merupakan model yang menekankan

    pembelajaran secara koperatif dan ia melibatkan penglibatan murid-murid di

    dalam kelas ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P ) dijalankan.

    Melalui Pembelajaran Koperatif, murid-murid dapat membina dan

    meningkatkan kemahiran sosial masing-masing. Melalui pembelajaran

    koperatif ini, murid-murid akan dilatih untuk bekerjasama, bertolak ansur dan

    bertanggungjawab ke atas tugasan dan kerja yang diberikan oleh guru sama

    ada secara berkumpulan atau pun secara individu. Nilai-nilai murni yang lain

    seperti hormat-menghormati dan tolong menolong juga dapat disemai oleh

    guru ketika menjalankan aktiviti bersama-sama murid.

    21

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    22/23

    Konsep utama Pembelajaran Koperatif ada enam iaitu Pasukan, Pengurusan

    koperatif, Semangat bekerjasama, Kemahiran bekerjasama, Prinsip asas dan

    Struktur. Di dalam konsep pembelajaran ini saya tertarik dengan pendekatan

    Struktur oleh Spencer Kagan. Pendekatan ini berasaskan kepada definisi dan

    kegunaan pelbagai cara yang berbeza dalam mengendalikan interaksi di

    kalangan murid di bilik darjah. Terdapat banyak struktur yang boleh dipelajari

    di bawah topik ini seperti Rally Robin, One Stay Three Stray, Numbered

    Heads Together dan beberapa lagi struktur lain yang menarik. Struktur-

    struktur ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk diaplikasikan di dalam P&P

    supaya pembelajaran menjadi semakin menyeronokkan dan dapat menarik

    minat pelajar untuk belajar.

    Namun berlainan pula dengan Model Personal kerana model bermula

    daripada perspektif individu itu sendiri. Guru cuba untuk membentuk

    pendidikan supaya kita dapat memahami diri kita sendiri dengan lebih baik,

    bertanggungjawab terhadap pelajaran, berfikiran jauh, lebih sensitif dan lebih

    kreatif. Di bawah model ini kami hanya perlu memberi penekanan terhadap

    synetic sahaja walaupun model ini terbahagi kepada empat. Model ini juga

    memberi banyak kelebihan kepada murid-murid kerana ia dapat membentuk

    pemikiran murid supaya menjadi lebih kreatif dan kritis ketika berfikir serta

    dapat membina pemikiran yang cerdas pada murid-murid.

    Saya telah mendapat banyak ilmu dan informasi baru ketika mempelajari dan

    membuat penerangan mengenai Model Pembelajaran Sosial dan Model

    Pembelajaran Personal ini. Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan di dalam

    model-model ini. Ia dapat membantu saya ketika mengajar kelak. Saya

    berharap saya dapat membantu untuk melahirkan insan-insan yang

    mempunyai kemahiran sosial dan sahsiah diri yang tinggi melalui pendekatan

    yang terapkan di dalam P&P nanti.

    Siti Mariam binti Mhd Yusof

    22

  • 8/14/2019 Write-Up Pbljrn Koperatif

    23/23