tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

123
TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK, PERAK INTAN SAPINAS BINTI BAHURI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

Page 1: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK,

PERAK

INTAN SAPINAS BINTI BAHURI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

iii

DEDIKASI

“Syukur kehadrat ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini

dan berjaya mengharungi liku-liku kehidupan di sini”

Buat...

Suamiku yang dikasihi.....

En. Nik Sujairi Bin Ahyat

Pengorbananmu begitu besar buatku,

Doa, kasih sayang dan perhatian mu membantuku dalam mengharungi

setiap kesukaran dalam perjuangan ini. Terima kasih atas doa dan restumu,

Semoga Allah merahmati dunia dan akhiratmu.

Buat…

Abah dan Emak

En. Bahuri Bin Kulup Kessin dan Pn. Fatimah Binti Osman

serta

Abah dan Ma

En. Ahyat Bin Sulaiman dan Pn. Tuan Rapuan Binti Tuan Mat

Demi sedikit harapan..........

Melihat kejayaanku dunia dan akhirat,

Terima kasih atas doa dan restu kalian,

Anak-anakku yang disayangi….

Nik Qistina Fitri Binti Nik Sujairi & Nik Qhair Fikri Bin Nik Sujairi

Ingatan dan kasih sayang kalian

menjadi sumber kekuatan dan inspirasi ku……

Buat rakan-rakan seperjuangan 4 SPH yang sentiasa membantu sepanjang

perjuangan kita di sini. Terima kasih si atas segalanya, semoga kejayaan

menjadi milik kita semua. InsyaAllah.......

Page 3: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah dan segala puji-pujian ke-atas Mu Tuhan semesta alam,

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta

sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan izinnya dapat

saya menyiapkan kajian tinjauan terhadap amalan pembelajaran koperatif di

kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Pelbagai

rintangan dan dugaan yang harus saya hadapi dalam usaha untuk menyiapkan

laporan ilmiah ini. Walau bagaimanapun saya berasa amat bertuah dan amat

bersyukur kerana dengan adanya kehadiran dan sokongan daripada semua pihak

yang terlibat, secara tidak langsung telah memotivasikan saya untuk menyiapkan

kajian ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof. Madya Dr Azizi Yahya selaku

penyelia projek ini atas segala nasihat dan pandangan yang diberikan. Di samping

itu, buat kedua-dua ibu bapa saya serta ahli keluarga yang disayangi, terima kasih

yang tidak terhingga atas doa dan restu yang diberikan.

Penghargaan ini juga diberikan kepada pihak pengetua Maktab Rendah Sains

Mara Gerik, Perak di atas kesudian membenarkan saya menjalankan penyelidikan di

sini. Kerjasama yang diberikan oleh En. Efendi Binti Bahuri dalam menjayakan

projek penyelidikan ini juga amat saya sanjungi.

Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan yang dapat

dimanfaatkan oleh semua pihak ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu

pendidikan.

Intan Sapinas Binti Bahuri

April, 2008

Page 4: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi

amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah

Sains Mara Gerik, Perak. Kajian ini mengandungi lima objektif kajian. Responden

kajian terdiri daripada 132 orang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara

Gerik, Perak. Instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah satu set

soalan soal selidik. Soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian, bahagian A adalah

un tuk mendapatkan maklumat latar belakang responden. Bahagian B mengandungi

item-item yang perkaitan dengan persoalan kajian. Data kajian dianalisis

menggunakan perisian SPSSv14.0, iaitu Statistical Package for the Social Science

Version 14.0 untuk mendapatkan min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai.

Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik.

Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal

selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini

ialah 0.926. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi faktor diri sendiri

adalah 3.88 dengan sisihan piawai 0.52, faktor rakan sebaya ialah 4.18 dengan

sisihan piawai 0.47, faktor guru ialah 4.17 dengan sisihan piawai 0.47 dan faktor

suasana pembelajaran adalah 4.17 dengan sisihan piawai 0.48. Pada keseluruhannya,

didapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan

terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab

Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Dapatan menunjukan faktor rakan sebaya berada di

tahap yang tinggi. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan pada akhir kertas

penyelidikan untuk membolehkan kajian lanjutan dijalankan. Di antara cadangannya

adalah responden kajian tidak dihadkan kepada pelajar peringkat sekolah sahaja

tetapi boleh melibatkan pelajar dari institusi pengajian tinggi yang lain. Kajian juga

diperluaskan kepada banyak sekolah dan menggunakan responden dari kawasan

bandar dan luar bandar.

Page 5: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

vi

ABSTRACT

This study is carried out to investigate factors which affect the cooperative

learning style among form two students in MRSM Gerik, Perak. There are five

objectives in this study. 132 form two students were selected to be the respondents

of the study. Questionnaire is manipulated as the research instrument. The

questionnaire is divided into two sections. Section A is to gather demographic

background of the respondents. For section B, the items are aimed to answer the

research questions. Data obtained was analyzed using SPSS to find the mean,

frequency, percentage and standard deviation. The pilot study was done in order to

determine the reliability and suitability of the questionnaires. Meanwhile Cronbach

Alpha was used to determine the internal consistency of the questionnaires. The

reliability value of Cronbach’s Alpha for the whole set of questionnaires used was

0.926. The findings indicated that the cumulative mean value for individual factor is

3.88 with 0.52 for the standard deviation. As for peers, the mean value is 4.18 and

the standard deviation value is 0.47 followed by teachers factor with 4.17 for the

mean value and 0.47 for the standard deviation value. The final factor is the

environment with the mean 4.17 and 0.48 for the standard deviation. The findings

demonstrate that the peers play the most important role in affecting the cooperative

learning style among form two students in MRSM Gerik, Perak. From the findings,

some suggestions are proposed for further research. Amongst the suggestions are to

involve other group of respondents for example students in universities or other

higher education institution and also students in urban and rural schools.

Page 6: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

Page 7: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

viii

1.8 Batas Kajian 8

1.9 Skop Kajian 9

1.10 Definisi Istilah 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Pembelajaran Koperatif 11

2.3 Ciri-Ciri Pembelajaran Koperatif 12

2.4 Prinsip-Prinsip Koperatif 13

2.5 Kebaikan Pendekatan Pembelajaran Koperatif 14

2.6 Jenis Pembelajaran Koperatif 16

2.6.1 Kaedah Jigsaw 16 2.6.2 Learning Together (LT)- Belajar Bersama 16

2.6.3 Team- Games Tournament (TGT) 17

2.6.4 Student Team Achievement Division (STAD) 17

2.6.5 Team – Accelerated Instruction- Mathematics 17

(TAI)

2.6.6 Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) 18

2.7 Faktor Diri Sendiri 18

2.8 Faktor Rakan Sebaya 19

2.9 Faktor Guru 20

2.10 Faktor Suasana Pembelajaran 21

2.11 Teori Yang Berkaitan Dengan Pembelajaran Koperatif 23

2.11.1 Teori Konstruktivisme 23

2.11.2 Teori Kolaboratif-Integrasi 25

2.11.3 Teori Tingkah Laku 26

2.11.4 Pengunaan Teori Kolaboratif-Integrasi Sebagai 27

Model Kajian

2.12 Kajian-Kajian Lepas 28

Page 8: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

ix

BAB 3 METOLODOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 33

3.3 Tempat Kajian 34

3.4 Subjek Kajian 34

3.4.1 Populasi 34

3.4.2 Sampel Kajian 35

3.5 Instrumen Kajian 37

3.5.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang 38

Responden Dan Keluarga

3.5.2 Bahagian B: Soal Selidik Faktor Yang 38

Paling Dominan Seperti Faktor Diri Sendiri,

Rakan Sebaya,Guru Dan Suasana Pembelajaran

3.5.3 Pemarkatan Skor Faktor-Faktor Paling Dominan 39

3.6 Kajian Rintis 40

3.6.1 Keesahan Instrumen 41

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 42

3.7 Prosedur Pengumpulan Data 43

3.8 Analisis Data 43

3.8.1 Min 44

3.8.2 Analisis Ujian-t 44

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Data Bahagian A 48

4.2.1 Tingkatan 48

4.2.2 Jantina 49

4.2.3 Bangsa 49

4.2.4 Bilangan Adik Beradik 50

Page 9: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

x

4.2.5 Tahap Pendidikan Bapa 51

4.2.6 Tahap Pendidikan Ibu 52

4.2.7 Pekerjaan Bapa 53

4.2.8 Pekerjaan Ibu 54

4.3 Analisis Data Bahagian B 55

4.3.1 Apakah faktor diri sendiri merupakan faktor 56

yang paling dominan terhadap amalan

pembelajaran koperatif ?

4.3.2 Apakah faktor rakan sebaya merupakan faktor 59

yang paling dominan terhadap amalan

pembelajaran koperatif ?

4.3.3 Apakah faktor guru merupakan faktor yang 63

paling dominan terhadap amalan pembelajaran

koperatif ?

4.3.4 Apakah faktor suasana pembelajaran merupakan 67

faktor yang paling dominan terhadap amalan

pembelajaran koperatif ?

4.4 Perbincangan Dapatan Hipotesis 71

4.4.1 Analisi ujian-t 71

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 74

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 74

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 75

5.2.2 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor 76

Diri Sendiri Merupakan Faktor Yang

Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran

Koperatif

5.2.3 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Rakan 78

Sebaya Merupakan Faktor Yang Paling Dominan

Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

Page 10: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

xi

5.2.4 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Guru 79

Merupakan Faktor Yang Paling Dominan

Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Suasana 81

Pembelajaran Merupakan Faktor Yang Paling

Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran

Koperatif

5.2.6 Perbincangan Hasil Kajian Berdasarkan 82

Hipotesis Kajian

5.3 Rumusan 85

5.4 Cadangan Kajian 86

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88

5.6 Kesimpulan 88

BIBLIOGRAFI 89

LAMPIRAN 94

Page 11: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah Populasi Mengikut Kelas Bagi Pelajar Tingkatan Dua 35

Di Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak

3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V. & Morgan, D.W 36

3.3 Taburan Sampel Bagi Setiap Kelas 37

3.4 Taburan Skala Likert 39

3.5 Pembahagian Item Berdasarkan Faktor Dominan 39

3.6 Pemarkatan Skor Dan Tahap 40

3.7 Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan Kajian 43

3.8 Jadual Julat Min Bagi Menjawab Persoalan Kajian 44

3.9 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 45

3.10 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Hipotesis Kajian 46

4.1 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tingkatan 48

4.2 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Jantina 49

4.3 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Bangsa 50

4.4 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Bilangan Adik 50

Beradik

4.5 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tahap 51

Pendidikan Bapa

4.6 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tahap 52

Pendidikan Ibu

4.7 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan Bapa 53

4.8 Jadual Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu 55

4.9 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min 56

Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Diri Sendiri Yang Paling

Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

Page 12: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

xiii

4.10 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Diri 59

Sendiri

4.11 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min 60

Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Rakan Sebaya Yang Paling

Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

4.12 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor 63

Bagi Rakan Sebaya

4.13 Jadual Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min 64

Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Guru Yang Paling

Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

Piawai Bagi Faktor Guru Yang Paling Dominan Terhadap

Amalan Pembelajaran Koperatif

4.14 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Guru 67

4.15 Taburan Bilangan Responden Mengikut Jadual Taburan Bilangan 67

Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai

Bagi Faktor Suasana Pembelajaran Yang Paling Dominan

Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

4.16 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Suasana 70

Pembelajaran

4.17 Ujian-t untuk perbezaan min 72

Page 13: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Model Kerangka Kajian Tentang Faktor-Faktor 27

Yang Mempengaruhi Amalan Pembelajaran Koperatif

Menurut Teori Kolaboratif-Integrasi

Page 14: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

xv

SENARAI SINGKATAN

MRSM - Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak

CLEAR - Cooperative Learning Exercises And Roles

SPSS - Statistical Package For Social Science

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

XYC - Excellence Youth Club

LT - Learning Together

TGT - Team- Games Tournament

STAD - Student Team Achievement Division

TAI - Team – Accelerated Instruction- Mathematics

SS _ Sangat Setuju

S _ Setuju

TP _ Tidak Pasti

TS _ Tidak Setuju

STS _ Sangat Tidak Setuju

Page 15: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik Responden 94 B Surat Pengesahan Kesahan Soal Selidik 99 C Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan 100

Dasar Pendidikan ( BPPDP / EPRD ) D Surat Pengesahan Pelajar 102

E Keputusan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 103

Page 16: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Pendidikan di Malaysia telah mengalami gelombang reformasi yang begitu

pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan paradigma dan

pengubahsuaian pada kurikulum adalah bertujuan untuk membina dan

mengembangkan kuasa berfikir guru dan murid. Dengan memberi penekanan

kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif

kurikulum dikembangkan melalui isi kandungannya yang dipelbagaikan dari segi

pendekatan dan strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Isi

pelajaran dan pengetahuan yang mendasari sesuatu aktiviti pengajaran pembelajaran

akan dapat merangsang pemikiran serta mengukuhkan daya fikir dan celik akal

pelajar.

Selain itu juga, objektif asas reformasi dalam pendidikan adalah untuk

menentukan negara dapat mengeluarkan warganegara yang seimbang dan cemerlang

dari segi akademik, intelektual, modal insan dan sahsiah diri. Untuk memperkasakan

produk yang dihasilkan ini, sekolah adalah platform yang terbaik untuk melahirkan

genarasi yang mampu berdaya saing sejajar dengan perkembangan arus globalisasi.

Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah dicadang untuk

digunakan semasa menyampaikan sesuatu pengajaran sama ada di dalam atau di luar

bilik darjah. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan kaedah

pembelajaran koperatif.

Page 17: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

2

Di Malaysia pembelajaran koperatif masih dalam peringkat permulaan dan ia

memerlukan kajian sama ada dari segi pengalaman, sikap, tingkah laku, bakat yang

sangat luas oleh para penyelidik pendidikan ( Ng Kim Choy, 1999). Pembelajaran

koperatif merupakan satu inovasi pendidikan di Malaysia. Ianya merupakan kaedah

pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai integrasi antara pelajar-pelajar

berbilang kaum dan menghasilkan rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai

murni sebagaimana dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ).

Pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran umum yang boleh

dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil dimana pelajar berinteraksi sesama

sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran. Ianya melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara

ahli-ahli dalam kumpulannya. Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan

sebarang kumpulan umur dan sebarang matapelajaran.

Pembelajaran koperatif secara keseluruhannya mampu menilai ``kebestarian''

seseorang individu dengan lebih ‘bestari''. Kebestarian dalam penilaian

pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh mana seseorang pelajar

dapat menterjemaahkan kembali apa yang dihafal tetapi memberi peluang

menggunakan pelbagai idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta

idea baru yang lebih kreatif. Secara tidak langsung, ianya akan dapat meningkatkan

mutu pembelajaran.

Dalam konteks ini, pembelajaran koperatif dapat dilihat sebagai satu usaha ke

arah mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif. Ini terbukti apabila kaedah belajar secara berkumpulan serta memberi

tumpuan di bilik darjah membolehkan Nadiah Amirah Jamil, 18, ialah penuntut

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon memperoleh keputusan iaitu 19 1A bagi

semua mata pelajaran yang diambil tanpa had dalam peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia tahun 2006 (Berita Harian, Disember 2006).

Page 18: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

3

Justeru itu, pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan yang baik dan

perlu digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana

pembelajaran yang sihat dan bersemangat di kalangan pelajar-pelajar di samping

mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar dalam peperiksaan.

1.2 Latar Belakang Masalah “Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami percaya bahawa

pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen yang berterusan, dinamik dan

saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kerbergunaan manusia kepada diri

sendiri, masyarakat dan negara. Kami juga yakin bahawa sekolah yang berkualiti dan

cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti,

produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan

kreativiti. Di samping itu, setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi

untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan”.

( Falsafah Pendidikan MRSM )

Sejajar dengan itu, menerusi pendidikan generasi muda dapat diasuh dan

dipupuk agar mereka membesar dan menjadi manusia yang bertanggungjawab bukan

sahaja kepada tuhan dan diri sendiri bahkan juga pada masyarakat dan negara.

Selain itu juga, pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan budi pekerti yang

mampu menghasilkan orang yang bermoral, mempunyai jiwa bersih, niat yang kuat,

cita-cita yang benar dan akhlak yang tinggi, tahu erti kewajipan dan perlaksanaanya,

menghormati hak-hak manusia serta tahu membezakan perkara yang baik dan buruk.

Justeru itu, pendidikan pada hari ini perlu menggunakan pendekatan ataupun

kaedah yang mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar. Pengajaran dan

pembelajaran yang di buat perlu bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan semua

golongan pelajar sama ada berkebolehan tinggi, sederhana atau rendah. Kaedah

pengajaran dan pembelajaran perlu ada perubahan yang lebih efektif untuk menarik

minat pelajar serta membuka minda pelajar supaya lebih fleksibel dalam menimba

ilmu pengetahuan.

Page 19: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

4

Menurut Hidhir Ismail (2004), pendekatan pengajaran yang digunakan oleh

guru pada masa kini ialah gemar menggunakan cara tradisional. Ini menyebabkan

pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menyeronokkan dan menjadikan suasana

pembelajaran menjadi bosan.

Kajian Chew (1998), menyatakan bahawa kaedah pengajaran secara

tradisional iaitu mengunakan kaedah bersoal jawab berdasarkan pembacaan buku

teks hanya memberi kesan yang minimum. Situasi tersebut tidak akan dapat

meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Ini adalah kerana melalui

aktiviti pembacaan buku teks akan merendahkan pencapaian kecemerlangan

akademik, keseimbangan sahsiah dan kecergasan fizikal.

Menurut Mc Caslin & Good (1996), teknik-teknik dalam pembelajaran

koperatif adalah sangat sesuai dalam lingkungan pelajar yang memiliki pelbagai

kebolehan kerana ia menjalankan perasaan positif dan saling menghargai,

menyokong dan menghormati sesama pelajar. Melalui pembelajaran koperatif

setiap pelajar akan berusaha untuk dapatkan hasil yang dapat memberi manafaat

bukan sahaja kepada dirinya tetapi terhadap ahli kumpulannya. Selain itu juga,

kemahiran berkerjasama di kalangan pelajar dalam kumpulan adalah penting bagi

mendedahkan mereka untuk bersama dalam mengembangkan dan mengeratkan

persaudaraan, mengadakan hubungan yang baik di antara ahli kumpulan. Ianya juga

dapat membentuk sesebuah masyarakat yang harmonis.

1.3 Pernyataan Masalah

Pada hari ini, suasana di dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu

memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata. Kaedah pengajaran

yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan pelajar

menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan.

Bertitik tolak daripada permasalahan yang wujud di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang merangkumi aspek pretasi dan hubungan sosial. Salah satu

Page 20: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

5

alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada adalah

pembelajaran koperatif. Maka kajian ini adalah penting untuk mengkaji faktor-faktor

yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar-pelajar

semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

1.4 Objektif Kajian

Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian

yang dilakukan. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat

dicapai sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan adalah seperti butiran tersebut:-

1.4.1 Untuk mengenalpasti sama ada faktor diri sendiri merupakan faktor

yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

1.4.2 Untuk mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya merupakan faktor

yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

1.4.3 Untuk mengenalpasti sama ada faktor guru merupakan faktor yang

paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

1.4.4 Untuk mengenalpasti sama ada faktor suasana pembelajaran

merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran

koperatif.

1.4.5 Untuk mengetahui sama ada tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara faktor-faktor terhadap amalan pembelajaran koperatif iaitu

faktor diri sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran

dengan jantina.

Page 21: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

6

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini adalah merujuk kepada persoalan-persoalan berikut :-

1.5.1 Apakah faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan

terhadap amalan pembelajaran koperatif ?

1.5.2 Apakah faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan

terhadap amalan pembelajaran koperatif ?

1.5.3 Apakah faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap

amalan pembelajaran koperatif ?

1.5.4 Apakah faktor suasana pembelajaran merupakan faktor yang paling

dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ?

1.5.5 Adakah tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-

faktor terhadap amalan pembelajaran koperatif iaitu faktor diri

sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran dengan

jantina ?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian yang dibentuk adalah seperti berikut : 1.6.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor

terhadap amalan pembelajaran koperatif iaitu faktor diri sendiri, rakan

sebaya, guru dan suasana pembelajaran dengan jantina

Page 22: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

7

1.6.1.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor diri sendiri

dengan jantina

1.6.1.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan

sebaya dengan jantina

1.6.1.3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor guru

dengan jantina 1.6.1.4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor suasana

pembelajaran dengan jantina

1.7 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan

pembelajaran koperatif di sekolah dalam membantu pelajar mengikuti pembelajaran

dengan lebih berkesan dan pengajaran guru mencapai objektif yang dimatlamatkan.

Pengetahuan yang menyeluruh tentang kaedah pembelajaran ini tentunya akan

memberi kebaikan kepada semua pihak terutama pelajar, guru dan pihak pentadbiran

dalam meningkatkan pencapaian di sekolah. Melalui pencapaian tinggi yang dicapai

oleh pelajar-pelajar adalah merupakan satu motivasi terhadap guru untuk

melaksanakan pembelajaran koperatif dalam proses pengajaran mereka. Justeru itu,

berlaku peningkatan dalam pencapaian dan pretasi pelajar dalam peperiksaan di

peringkat sekolah.

Melalui kajian ini juga, pelajar akan dapat mengenal pasti gaya pembelajaran

mereka. Secara tidak langsung, ia membolehkan mereka menumpukan perhatian,

memproses dan mengingati maklumat serta dapat mengembangkan bakat dan potensi

dalam diri mereka. Perubahan ini akan membantu pelajar dalam pemilihan kerjaya

yang sesuai pada masa hadapan.

Page 23: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

8

Kajian ini juga diharap dapat memberi pemahaman kepada Persatuan Ibu

Bapa dan Guru tentang pembelajaran koperatif melalui faedah-faedah yang

diperolehi daripada aktiviti pembelajaran koperatif seperti keseronokan belajar,

mewujudkan sikap bertanggungjawab dan berkerjasama antara ahli-ahli dalam

kumpulan.

Melalui kajian ini juga, diharapkan ia dapat membantu pihak-pihak yang

tertentu seperti Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN ) dalam usaha memberi pendedahan

kepada guru tentang pelbagai kaedah pengajaran terkini selaras dengan

perkembangan dan perubahan pesat dalam dunia pendidikan masa kini. Kajian juga

diharapkan dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) dalam

menggubal kurikulum yang sesuai agar sistem pendidikan di Malaysia diiktiraf di

peringkat antarabangsa.

1.8 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, responden atau subjek kajian hanya terbatas kepada pelajar

tingkatan dua yang terdiri daripada 132 orang. Kajian ini akan dijalankan di Maktab

Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

Rasional pemilihan tempat kajian adalah kerana ianya melaksanakan satu

program iaitu Excellence Youth Club (XYC). Ianya merupakan sebahagian daripada

program Gemilang Penilaian Menengah Rendah. Tujuan progam ini diadakan adalah

untuk meningkatkan pretasi akademik Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

Kaedah pelaksanaan program ini adalah pembelajaran secara berkumpulan yang

melibatkan pelajar Tingkatan Dua dan diteruskan sehingga ke Tingkatan Tiga.

Selain itu juga, rasional pemilihan Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak

adalah kerana ianya menempatkan 90 peratus pelajar bumiputera dan lima peratus

pelajar bukan bumiputera yang sentiasa mengamalkan budaya MRSM. Di mana cara

bertindak atau cara hidup warga MRSM khususnya pelajar-pelajar dapat

Page 24: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

9

menggambarkan identiti mereka sebagai produk MRSM yang unggul. Sehubungan

dengan itu, aspek yang dikaji oleh penyelidik adalah faktor-faktor yang

mempengaruhi amalan koperatif semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

1.9 Skop Kajian

Kajian ini akan dijalankan di Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

Penyelidik telah menetapkan bahawa responden yang akan terlibat dalam

menjayakan kajian ini ialah pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang berusia empat

belas tahun. Segala maklumat yang diperolehi dari responden hanyalah berdasarkan

maklum balas melalui soal selidik sahaja.

Skop kajian ini adalah tertumpu kepada empat faktor utama yang

mempengaruhi amalan koperatif di dalam kelas iaitu faktor diri sendiri, rakan sebaya,

guru dan suasana pembelajaran. Selain itu juga, tumpuan kajian adalah untuk

melihat sama ada terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi amalan koperatif

mempunyai perbezaan dengan jantina.

1.10 Definisi Isitilah

Dalam kajian yang dijalankan ini terdapat beberapa istilah yang telah

digunakan untuk menggambarkan maksud kajian. Antara istilah yang telah

digunakan adalah :

1.10.1 Diri Sendiri

Menurut Mok Soon Sang (2005), diri sendiri ialah individu yang sedang

belajar atau berguru. Dalam kajian ini, diri sendiri yang dimaksudkan adalah

pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua yang belajar di Maktab

Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

Page 25: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

10

1.10.2 Pembelajaran Koperatif

Menurut Effandi Zakaria (1998), ditakrifkan pembelajaran koperatif sebagai

proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.

1.10.3 Pembelajaran

Pembelajaran ditakrif oleh Musa (1992), sebagai satu proses yang melibatkan

perubahan tingkah laku dikalangan pelajar akibat berinteraksi dengan

persekitarannya. Perubahan itu mungkin bersifat sementara @ kekal.

Perubahan dalam cara bertindak, melahirkan pendapat, sikap dan perasaan

dinamai sebagai pembelajaran. Dengan erti kata yang lain, pembelajaran

merupakan pembinaan pengalaman-pengalaman baru.

1.10.4 Amalan

Menurut Kamarudin Hj Husin (1997), amalan bermaksud perihal pelaksanaan

atau perbuatan.

1.10.5 Suasana Pembelajaran

Menurut Zaidatol (1990), suasana pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai

keadaan selesa di dalam bilik darjah, di mana proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan akan memberikan hasil yang maksima baik kepada

guru mahupun terhadap pelajar.

1.10.6 Guru

Menurut Atan Long (1988), guru ialah seorang ahli masyarakat yang

mempunyai tanggungjawab untuk mendidik dalam sesebuah sekolah.

1.10.7 Rakan Sebaya

Menurut Manja Mohd. Ludin (1999), menyifatkan kelompok rakan sebaya

sebagai kelompok yang terdiri daripada ahli-ahli yang sama umur.

Page 26: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

11

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan mengulas beberapa kajian, pandangan serta

kenyataan yang mempunyai yang mempunyai kaitan rapat dengan pembelajaran

koperatif dan aspek-aspek yang berkaitan dengannya. Penyelidik juga akan memberi

perhatian kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran koperatif di

Maktab Rendah Sains Mara, Gerik Perak. Sumber-sumber yang mengandungi

kenyataan, teori dan pendapat yang menyokong kepada permasalahan dalam kajian

juga dikaitkan.

2.2 Pembelajaran Koperatif Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi

pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam

kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara

berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan

memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan

daripada guru. Guru menguji dan memberi gred berdasarkan pretasi kumpulan,

kadang-kadang berdasarkan gred individu.

Page 27: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

12

Kumpulan dalam pembelajaran koperatif ini lazimnya terdiri daripada empat

hingga enam orang ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh

tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan dan Sharan,1992).

Semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar

bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain

daripada pembelajaran mereka sendiri. Selain daripada idea berkerjasama, kaedah

pembelajaran pasukan pelajar memberi penekanan kepada penggunaan matlamat

pasukan dan kejayaan pasukan, ianya boleh dicapai apabila semua ahli dalam

pasukan memberi komitmen yang diperlukan (Slavin, 1990).

2.3 Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif

Mengikut Johnson & Johson (1985), tidak semua bentuk pembelajaran dalam

kumpulan itu adalah pembelajaran koperatif. Sesuatu pembelajaran koperatif perlu

mengandungi elemen-elemen berikut:

i. Saling Pergantungan Secara Positif

Pelajar seharusnya berubah dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan

seterusnya ke tahap saling pergantungan antara seorang individu kepada

seorang individu yang lain. Saling pergantungan wujud apabila pelajar

menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan

sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap

kecemerlangan yang lebih tinggi. Cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan

tenaga orang lain.

ii. Akauntabiliti Individu

Walaupun setiap individu dikehendaki berkerjasama dalam sesuatu tugasan, ia

adalah bertanggungjawab ke atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh

dibuat secara individu dengan melihat tahap kerjasama dan tanggungjawab

yang diberikan.

Page 28: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

13

iii. Interaksi Kumpulan

Pelajar-pelajar membantu proses pembelajaran pelajar lain dengan berkongsi

maklumat dan menggalakkan mereka untuk pencapaian yang lebih baik.

Interaksi kumpulan termasuklah tindakan pelajar untuk menerang, berbincang

dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.

iv. Kemahiran Sosial

Untuk memastikan pembelajaran koperatif berkesan, guru mestilah mengajar

kemahiran sosial kepada pelajar. Ianya merangkumi dari aspek kepimpinan,

membuat keputusan, membina kemahiran, berkomunikasi dan pengurusan

konflik.

2.4 Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

Menurut Ng Kim Choy (1999), prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif

adalah seperti berikut:-

2.4.1 Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)

Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits

of Highly Effective People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada

sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling

kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha

orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar

berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi hanya boleh dicapai melalui

usaha dan input orang lain.

Page 29: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

14

2.4.2 Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)

Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia

adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara

individu.

2.4.3 Group Interaction (Interaksi Kumpulan)

Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu,

berkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk

tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui

kepada orang lain.

2.4.4 Social Skills (Kemahiran Sosial)

Untuk menjadikan pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar

kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi

kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan

pengurusan konflik.

2.5 Kebaikan Pendekatan Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan

murid dari pelbagai kebolehan berkerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai

satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum

bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan untuk rakan-rakan yang lain.

Page 30: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

15

Menurut Ahmad Md Sharif (1994), pengajaran dan pembelajaran yang

dikatakan menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan

iaitu di mana pengajaran tersebut berpusatkan pelajar. Ini memberi peluang kepada

pelajar berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran

yang lebih berkesan.

Sesuatu pendekatan itu ada kekuatan dan kelemahannya. Ini adalah kerana

sesuatu pendekatan atau kaedah itu mungkin sesuai dan berkesan bagi sesuatu

objektif pelajaran dan suasana pembelajaran. Jika pendekatan atau kaedah ini

dilaksanakan dengan serius ia akan membawa manfaat kepada pelajar

(Ahmad,1994).

Menurut Kagan (1992), kebaikan pembelajaran koperatif kepada pelajar

adalah seperti berikut:-

i. Motivasi yang lebih tinggi untuk berjaya kerana seseorang bukan sahaja

mencapai kejayaan untuk diri sendiri, tetapi untuk rakan-rakan sekumpulan

juga. Keadaan ini menyebabkan lebih masa ditumpukan pada sesuatu tugas

dan akan meningkatkan pembelajaran.

ii. Pelajar dengan strategi pembelajaran yang lemah mendapat lebih peluang

untuk melihat model pelajar lain yang mempunyai strategi yang lebih

berkesan.

iii. Perhubungan interpersonal bertambah baik, disebabkan oleh kemahiran

bekerjasama dan keperluan untuk saling membantu antara satu sama lain.

iv. Suasana sosial pembelajaran kerjasama membuat sekolah itu satu tempat

yang seronok.

v. Ahli-ahli daripada kumpulan berlainan dalam masyarakat dapat berkerjasama

menuju ke satu matlamat yang sama (saling pergantungan positif).

vi. Berinteraksi dengan orang lain menggalakkan seseorang menyusun semula

pemikiran mereka, misalnya meringkas, menjelas dan memberi contoh.

Penyusunan semula kognitif ini menambah pemikiran peringkat tinggi.

vii. Pelajar mempunyai lebih peluang untuk melihat strategi pemikiran orang lain,

di samping berkongsi strategi sendiri.

Page 31: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

16

viii. Kerisauan akan berkurangan dan ini menggalakkan seseorang mengambil

risiko, mencuba cara baru serta meningkatkan kreativitinya.

ix. Mendengar pandangan orang lain terutamanya dalam kumpulan

heterogenous, boleh memberi kesedaran bahawa ada pendapat yang berlainan

daripada pendapat sendiri.

2.6 Jenis Pembelajaran Koperatif 2.6.1 Kaedah Jigsaw

Jigsaw telah diperkenalkan oleh Aronson et al (1978), Ianya merupakan satu

daripada jenis pembelajaran koperatif yang menjadikan pelajar pakar dengan aras

yang mereka pelajari. Kaedah ini hampir sama dengan Jigsaw Puzzle. Setiap ahli

kumpulan menyumbangkan sekeping puzzle dengan berkongsi sebahagian maklumat

yang mereka pelajari. Kunci idea dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu

pasukan akan menjadi ketua dalam bab tertentu dan bertanggungjawab untuk

mengajar apa yang telah mereka pelajari kepada rakan di dalam kumpulan.

2.6.2 Learning Together (LT)- Belajar Bersama

Menurut Johnson & Johnson (1991), LT bermaksud gambaran oleh ahli

kumpulan di dalam kumpulan kecil heterogenius secara koperatif untuk saling

menyempurnakan matlamat pembelajaran. Bersama-sama ahli kumpulan bekerja

keras untuk menyelesaikan tugasan akademik yang sering melibatkan perancangan

serta perpaduan hasil kumpulan. Kemahiran sosial, latihan dan cara memproses

diperlukan. Kumpulan yang mencapai kriteria untuk kejayaan sempurna akan

berkongsi ganjaran.

Page 32: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

17

2.6.3 Team- Games Tournament (TGT)

TGT telah dicipta oleh Robert Slavin. TGT mengandungi putaran biasa

aktiviti pengajaran seperti berikut:

a-pengajaran

guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan. Ini boleh jadi dalam bentuk

syarahan, demonstrasi dan pertunjukkan visual. Murid berbincang mengenai bahan

yang disampaikan oleh guru. Kemudian mereka akan bekerja mengikut lembaran

kerja yang disediakan oleh guru untuk menguasai konsep.

b-pertandingan

murid-murid bermain permainan dalam pertandingan di atas meja. Setiap

pertandingan, meja akan diwakili tiga atau empat ahli dari setiap pasukan yang

mempunyai kebolehan akademik yang sama.

2.6.4 Student Team Achievement Division (STAD)

STAD ialah satu kaedah pembelajaran koperatif yang berasal dari Hopkins.

Ianya adalah satu kaedah yang mudah dan pratikal. Dalam STAD, guru mengikut

satu pusingan mengajar, kumpulan pembelajaran dan penilaian individu. Kumpulan

akan memperolehi sijil atau apa-apa penghargaan kejayaan apabila melakukan

perubahan berbanding masa lepas sebagai pengiktirafan.

2.6.5 Team – Accelerated Instruction- Mathematics (TAI)

TAI ialah pendekatan menyeluruh kepada pembelajaran koperatif dalam

matematik. TAI menyatukan pembelajaran koperatif dengan kebebasan bertindak

secara individu iaitu membolehkan guru membentuk kelas matematik heterogenius

untuk memberikan murid yang mempunyai pencapaiannya yang rendah

Page 33: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

18

meningkatkan tahapnya dan mempercepatkan kurikulum biasa sama seperti murid

yang tinggi pencapaiannya. Bahan-bahan TAI dapat menggantikan sepenuhnya buku

teks dengan bahan yang direka istimewa untuk sesuatu program. Dalam TAI, murid

ditentukan kepada kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar

belakang yang berbeza.

2.6.6 Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation)

Penyiasatan Berkelompok ialah kaedah koperatif yang membolehkan pelajar

merancang melakukan satu kursus pembelajaran. Ini termasuk mengenalpasti satu

topik yang disiasat, merancang dan membolehkan penyiasatan serta menyediakan

persembahan terakhir.

2.7 Faktor Diri Sendiri Menurut Meor Ibrahim (2000), untuk memastikan matlamat pembelajaran

koperatif tercapai, sebagai seorang pelajar perlu memainkan peranan berikut:

i. Bekerja secara bersama dalam kumpulan.

ii. Menyelesaikan setiap masalah perbincangan dalam kumpulan.

iii. Memastikan setiap kumpulan telah memahami dengan jelas mengenai

tugasan yang akan dijalankan untuk menyelesaikan masalah yang diberi.

iv. Setiap ahli perlu terlibat secara aktif atau mengambil bahagian dalam sesi

perbincangan. Jika seseorang ahli memberi pandangan, pendapat atau

mengemukan soalan semasa sesi perbincangan, ahli lain perlu memberi

tumpuan dan perhatian sepenuhnya.

v. Setiap ahli kumpulan perlu diberi peluang membentangkan hasil kerja

kumpulan kepada kelas. Biasanya ketua kumpulan yang mengendalikan

sesuatu topik perbincangan (pakar bidang) akan membentang hasil kerja

kumpulan kepada kelas.

Page 34: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

19

Menurut Khairuddin Khalil (1996), para pelajar adalah seorang individu.

Mereka mempunyai rasa, hati, fikiran dan perasaan serta mampu membentuk

motivasi dalam dirinya. Pelajar tidak sepatutnya dibiarkan tanpa panduan untuk

membentuk tabiat belajarnya sendiri kerana kemungkinan besar cara-cara yang

diamalkan oleh mereka akan lebih menggangu kelancaran mekanisme

pembelajarannya ( Weigel & Weigel, 1967).

Menurut Mat Khailil (2000), pelajar lelaki dan perempuan mempunyai

dimensi yang berbeza dari sudut pandangan dan priotiriti sendiri dalam menentukan

cara pembelajaran yang sesuai.

2.8 Faktor Rakan Sebaya

Menurut Ghafari Awang (1997), sikap dan minat seseorang tetap dipengaruhi

oleh rakan sebaya. Rakan sebaya dapat membantu individu meningkatkan

kemahiran interaksi dan komunikasi antara individu. Rakan sebaya yang baik akhlak

ketika belajar bersama-sama akan mengembangkan tingkah laku yang positif dan

sebaliknya jika rakan sebaya adalah buruk akhlak. Lee (1983), juga menyatakan

bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk kelakuan

seseorang pelajar. Jika rakan sebaya seseorang pelajar itu berkelakuan baik, maka

ada kemungkinan besar pelajar itu mempunyai kelakuan yang baik juga.

Menurut Faridah (2000), di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral,

keberanian, kejujuran dan lain-lain, remaja sering dipengaruhi oleh pendapat atau

pandangan rakan sebaya berbanding dengan pengaruh ibu bapa.

Menurut Rohani Abdul Hamid (1998), pembelajaran koperatif yang

diamalkan oleh pelajar akan dapat membantu mereka membina pengetahuan yang

lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu.

Page 35: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

20

2.9 Faktor Guru Dalam bidang pendidikan, tugas guru ialah mendidik dan membentuk pelajar

yang mempunyai perbezaan dari segi tahap kebolehan kognitif, afektif dan

psikomotor.Ini bermakna pelajar yang di ajar oleh guru adalah berbeza kebolehan

intelektual, kesediaan emosi dan kebolehan fizikalnya.

Menurut Abdul Rahim (1999), kemahiran pedagogi, kebolehan intelektual,

kepakaran profesional dan sikap positif yang ditunjukkan oleh guru terhadap tugas

dan tanggungjawabnya mendapat penghargaan yang tinggi daripada pelajar-pelajar.

Kepimpinan guru yang baik dapat menghidupkan suasana dan keadaan yang

mendorong kepada kemajuan pelajar. Contoh teladan yang baik yang ditunjukkan

oleh guru, semangat juang yang tinggi dan memberi inspirasi kepada pelajar boleh

menghidupkankan minat dan mengubah sikap pelajar.

Guru yang cekap dan berwibawa dapat mencorakkan pengajarannya yang

baik, meningkatkan keyakinan pelajar, menjadikan pembelajaran menarik dan

disukai pelajar, menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada

pelajar-pelajarnya untuk berusaha dan bercita-cita tinggi (Abdul Rahim, 1999). Guru

yang cekap dan pakar dapat mencorakkan suasana dan keadaan pembelajaran yang

diminati oleh pelajar-pelajarnya. Keadaan sebaliknya akan berlaku sekiranya guru

tidak mempunyai sikap yang positif terhadap pengajarannya dan bersikap sambil

lewa.

Menurut Esah (2004), perancangan pengajaran yang menarik memerlukan

aktiviti pelajar yang bercirikan ‘hands-on’, ‘minds-on’ dan authentic.

1. ‘hands-on’ bermaksud perancangan pengajaran hendaklah melibatkan pelajar

melaksanakan aktiviti atau amali sambil membina makna dan memperoleh

kefahaman.

2. ‘minds-on’ bermaksud perancangan aktiviti yang membolehkan pelajar

membina proses berfikir dan menggalakkan rasa ingin tahu dan mencari

jawapan.

Page 36: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

21

3. authentic bermaksud perancangan yang melibatkan pelajar mengenai aktiviti

penyelesaian masalah yang mempunyai soalan daripada kehidupan sebenar

serta isu-isu yang menggabungkan usaha kolaboratif, dialog dengan sumber

kepakaran dan generalisasi dengan idea yang lebih luas aplikasinya.

Setelah pengajaran dilaksanakan, penilaian perlu dilakukan untuk melihat

sejauhmana kefahaman pelajar dan pencapaian objektif pengajaran.

Walaubagaimanapun, penilaian boleh juga dilakukan dalam masa pengajaran

disampaikan. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti kelemahan pelajar semasa

pengajaran dan mengatasi masalah dengan segera sebelum pengajaran berakhir.

Penilaian dilakukan dengan pelbagai cara dan yang paling mudah adalah melalui

pemerhatian. Dengan memerhatikan air muka pelajar, tingkah laku dan hasil aktiviti

mereka. Ianya dapat memberikan maklumbalas segera sama ada pelajar faham atau

tidak perkara yang diajar. Penilaian juga boleh dibuat dengan mengadakan

perbentangan dalam kelas, kuiz dan ujian (Esah, 2004)

2.10 Faktor Suasana Pembelajaran

Menurut Abdul Rahim (1999), kaedah pembelajaran koperatif menuntut

suasana dan keadaan bilik darjah yang menarik, kreatif dan aktif. Kebolehan

seseorang guru kelas mengguna dan menguruskan ruang yang terhad untuk

mewujudkan keselesaan dan kecekapan pengurusan bilik darjah akan memberikan

kesan kepada keadaan dan suasana bilik darjah.

Di dalam bilik darjah, pelajar-pelajar yang berdisplin adalah penting untuk

menghasilkan pencapaian objektif pengajaran yang berkesan. Objektif pengajaran

yang dimaksudkan di sini merangkumi objektif bagi semua jenis pengajaran

termasuklah kaedah pembelajaran koperatif. Ini kerana kaedah pembelajaran

koperatif mengkehendaki pelajar-pelajar yang berdisplin, bertolenrasi, berkerjasama

dan boleh mendengar arahan guru. Sekiranya pelajar tidak berdisplin, tidak

Page 37: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

22

mendengar arahan dan tidak menghormati guru, kaedah pembelajaran koperatif pasti

sukar untuk dilaksanakan.

Displin bilik darjah yang baik bermakna suasana sosioekonomi bilik darjah

adalah kondusif dan harmonis, aktiviti dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara

sistematik, teratur serta licin, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat

dipertingkatkan, segala tugas dapat diselesaikan mengikut jadual, sifat

tanggungjawab, tolong menolong, tolenrasi, kerajinan, kerjasama dan kebersihan

dapat dipupuk dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan

menyeronokkan.

Pelaksanaan pembelajaran koperatif juga boleh terhalang sekiranya di dalam

kelas tersebut terdapat lebih ramai pelajar yang mempunyai pencapaian akademik

yang rendah. Ini kerana jika kelas tersebut mempunyai pelajar-pelajar yang lemah,

kaedah pembelajaran koperatif kurang sesuai digunakan disebabkan mereka tidak

dapat berinteraksi dengan baik di antara satu sama lain sedangkan pembelajaran

koperatif memerlukan interaksi dua hala yang baik (Ahmad Md. Sharif, 1994).

Pengurusan bilik darjah yang baik mewujudkan keadaan-keadaan yang baik

serta prosedur yang efektif bagi menjalankan aktiviti-aktiviti secara pantas dan

berkesan. Guru perlu bergerak untuk mengawal, menyelia dan membimbing pelajar-

pelajar di dalam bilik darjah. Guru-guru yang kurang berkebolehan dalam

pengurusan kelas akan mengetepikan kaedah pembelajaran koperatif. Ini adalah

kerana ia memerlukan kawalan serta penyeliaan yang rapi. Sekiranya guru gagal

untuk mengawal kelas, aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat

dilaksanakan secara sempurna. Pengurusan kelas terutamanya pengurusan aktiviti

kumpulan yang diuruskan dengan baik dapat memupuk semangat kerjasama, sikap

tolenrasi dan hormat-menghormati di kalangan murid (Ee Meng, 1990).

Page 38: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

23

2.11 Teori Yang Berkaitan Dengan Pembelajaran Koperatif Bahagian ini menerangkan tentang teori-teori dari kajian yang telah dijalankan

berkaitan dengan pembelajaran koperatif. Teori yang dikemukakan boleh

dihubungkaitkan dengan kajian ini.

2.11.1 Teori Konstruktivisme

Teori Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur

konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran

di peringkat sekolah rendah tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan

daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina

sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri. Blok binaan

asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan

oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran

pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran.

Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya

telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif

terhadap persekitaran mereka. Untuk membantu pelajar membina konsep atau

pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada

mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan

sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu

bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.

Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa

pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman

sedia ada pelajar. Mereka berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka

Page 39: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

24

sendiri hampir dalam semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah.

Jika kefahaman dan salah konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik,

kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam

peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

Teori konstruktivisme juga mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina

pengalaman secara berterusan. Kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap

aktiviti pengajaran dan pembelajaran diberikan. Dari persepektif epistemologi yang

disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah. Perubahan akan

berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara

melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar meniru dengan

tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina skema

pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.

Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa

yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti

mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut. Ini adalah

sesuai dengan kaedah pembelajaran koperatif. Dalam melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran berasaskan kaedah pembelajaran koperatif, pelajar akan menjadi aktif

dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar

dalam modul tidak disokong dari pengetahuan luar.

Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat

penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat. Mengikut Teori

Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di

antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di

bawah proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan

dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru dengan

pengalaman yang sedia ada supaya menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul

dengan tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru.

Page 40: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

25

2.11.2 Teori Kolaboratif-Integrasi

Teori Kolaboratif-Integrasi telah menjelaskan method pengajaran yang dikenali

sebagai CLEAR, akronim bagi Cooperative Learning Exercises And Roles.

Matlamat utama CLEAR ialah:-

1. menukar peranan pelajar dari pembelajaran pasif kepada aktif.

2. membolehkan semua pelajar memberikan sumbangan yang baik.

3. mengurangkan kebosanan dan membezakan peranan setiap individu.

4. memastikan kerjasama yang diberikan kepada kumpulan membantu dalam

penilaian.

Model CLEAR mengandungi peranan yang berbeza untuk membolehkan

kumpulan-kumpulan menetapkan penentuan tugas dan mengubahsuai garis panduan

untuk mereka. Strategi ini menolong setiap pelajar memberi sumbangan yang

berterusan terhadap pembelajaran rakan sekumpulan dengan merasai

bertanggungjawab untuk melaksanakan peranan tertentu. Pengagihan peranan

memaksa setiap pelajar memberi perhatian dan mendengar ketika ahli sepasukan

membuat laporan tugasan mereka. Adalah dicadangkan setiap kali pertemuan semua

pelajar berkongsi tiga peranan iaitu perbincang, pembaca dan peserta di dalam ulasan

kerja kumpulan. Kadangkala guru boleh menjemput kumpulan-kumpulan untuk

membentangkan tugasan mereka kepada kelas. Setiap kumpulan boleh mengambil

giliran untuk memilih tugasan, berkongsi dapatan dan mengabungkan data-data yang

diperolehi.

Kerjasama antara kumpulan berlaku apabila pelajar-pelajar dari kumpulan yang

berbeza saling berinteraksi dan memainkan peranan yang sama untuk bergabung bagi

menjelaskan dapatan mereka. CLEAR membolehkan kumpulan-kumpulan untuk

mempraktikan pelbagai tugas yang diperlukan untuk mengembangkan skop

pembelajaran dan seterusnya meningkatkan hasil kumpulan dengan efisen (Hidri

Ismail, 2004).

Page 41: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

26

2.11.3 Teori Tingkahlaku

Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris. Mereka berpendapat

bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang

bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan

tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan. Di antara pandangan atau definisi

pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum iaitu pembelajaran

sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan

pengukuhan.

Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan,

pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di

antara prinsip-prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pembelajaran

koperatif ialah:-

a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya

. Keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu

yang melibatkan pelajar secara aktif seperti perbincangan dalam kumpulan.

b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan

mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu

c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat

mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar. Penglibatan dan perhatian

pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan ganjaran atau rangsangan dengan

tujuan untuk memotivasikan mereka bagi mengikuti pembelajaran seterusnya. Setiap

respon pelajar perlu diberikan maklumbalas yang positif .

d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi motivasi.

Setiap kali pelajar berjaya melakukan sesuatu aktiviti ataupun memberikan respon

yang betul atau baik maka ia perlu diberikan ganjaran untuk mengekalkan minat

pelajar bagi meneruskan pembelajaran berikutnya.

Page 42: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

27

2.12 Penggunaan Teori Kolaboratif-Integrasi Sebagai Model Kajian Berdasarkan ke tiga-tiga teori yang telah dibincangkan di atas, didapati

bahawa Teori Kolaboratif-Integrasi adalah bersesuaian dengan kajian yang akan

dijalankan. Ini adalah disebabkan, teori ini mementingkan aspek peranan yang

dimainkan setiap ahli kumpulan. Mereka akan bekerjasama untuk berkongsi

maklumat bagi mendapatkan pencapaian yang lebih baik. Jadi bersesuaian dengan

kajian yang akan dijalankan berkenaan dengan pembelajaran koperatif, kajian akan

melihat sejauh mana peranan setiap faktor seperti diri sendiri, rakan sebaya, guru,

suasana pembelajaran memainkan peranan dalam mempengaruhi amalan

pembelajaran koperatif. Model kajian ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Rajah 2.1:Model Kerangka Kajian Tentang Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Pembelajaran Koperatif Menurut Teori Kolaboratif-Integrasi

Faktor Suasana

Pembelajaran

Faktor Guru

Faktor Diri Sendiri

Faktor Rakan Sebaya

Faktor demografi iaitu :- • Jantina • Bangsa, • Bilangan Adik-

Beradik, • Tahap Pendidikan

Ibu Bapa • Pekerjaan Ibu Bapa

Aktiviti

pengajaran dan pembelajaran

yang dilaksanakan

secara pembelajaran

koperatif

Perubahan Tingkah laku Pelajar Dalam Pembelajaran

Teori

Kolaboratif-Integrasi

Page 43: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

28

2.13 Kajian-Kajian Lepas Kajian-kajian lepas yang dirujuk adalah kajian yang dijalankan dalam bidang

pembelajaran koperatif dan yang berkaitan dengannya bagi memperolehi fakta-fakta

yang dapat menyokong kajian ini.

Kajian secara eksperimen tentang pembelajaran koperatif dapat menerapkan

nilai murni: bekerjasama, berdikari, kasih sayang, kebersihan mental, kebersihan

fizikal, kejujuran, kerajinan dan rasional.dalam mata pelajaran Sains telah dijalankan

oleh Nor Azizah Salleh (2001). Eksperimen ini telah dijalankan ke atas 990 orang

pelajar Tingkatan dua daripada 12 buah sekolah di Selangor diambil sebagai sampel

dalam kajian. Hasil kajian telah menunjukkan semua nilai murni dapat diterapkan

secara signifikan (p<0.05) tetapi bilangan nilai murni yang diterapkan berbeza antara

sekolah. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan struktur Jigsaw 2 lebih banyak

menerapkan nilai murni daripada struktur STAD.

Kajian yang dijalankan oleh Linda Tiong Ming (2004), adalah untuk

meninjau keberkesanan pembelajaran koperatif (kaedah jigsaw) dalam matapelajaran

Sains Tingkatan Empat di daerah Sibu, Sarawak. Ianya bertujuan untuk melihat

tahap pemahaman konsep pelajar dalam matapelajaran Sains Tingkatan Empat yang

mengikuti pengajaran guru secara koperatif kaedah Jigsaw dengan yang mengikuti

secara tradisional (sedia ada). Selain itu, kajian ini melihat prestasi dan keputusan

peperiksaan pelajar dalam matapelajaran Sains Tingkatan Empat terhadap pengajaran

guru mengikut dua jenis amalan pengajaran yang disebutkan. Sampel kajian ini

terdiri daripada 160 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil matapelajaran

Sains di daerah Sibu, Sarawak. Hasil kajian menunjukkan kumpulan eksperimen

yang menggunakan pembelajaran koperatif kaedah Jigsaw telah mendapat tahap

pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan

yang menggunakan kaedah pembelajaran sedia ada (tradisional).

Kajian seterusnya yang dijalankan oleh Suhaida Abdul Kadir (2002), yang

mengupas tentang perbandingan pembelajaran koperatif dengan pembelajaran

tradisional di dalam pendidikan perakaunan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar

Page 44: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

29

kumpulan pembelajaran koperatif menerima baik pelaksanaan pembelajaran

koperatif.Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa pembelajaran koperatif

wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang

perakaunan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.

Zaenab Hanim (2004), telah mengadakan kajian tentang penggunaan

Pembelajaran Koperatif dengan struktur Jigsaw, Find The Fib, dan Pairs Check yang

sesuai dengan pengajaran Matematik di sekolah rendah. Hasil kajian menunjukkan

bahawa kemampuan guru menjalankan pembelajaran koperatif sangat rendah dan

banyak mengalami masalah pada peringkat awal tindakan namun kemampuan guru

tersebut semakin meningkat pada peringkat pusingan akhir. Dapatan penyelidikan

menunjukkan kemampuan guru memotivasi pelajar pada awal tindakan mencapai

purata 18.77, meningkat menjadi purata 47.20 pada akhir tindakan. Kemampuan

guru menstruktur pembelajaran koperatif pula mencapai purata 18.66, meningkat

menjadi purata 49.20, manakala kemampuan guru menilai proses pembelajaran

koperatif mencapai purata 17.44 menjadi 44.20. Pada pusingan pertama,

kemampuan guru memotivasi pelajar lebih tinggi berbanding dengan kemampuan

guru menstruktur dan menilai proses pembelajaran koperatif. Namun, pada akhir

tindakan kelas, kemampuan guru menstruktur pembelajaran koperatif adalah lebih

tinggi daripada pemboleh ubah yang lainnya.

Kajian yang seterusnya dilakukan oleh Noriah Ishak (2004), tentang

menggunakan peta konsep dan pembelajaran koperatif dalam matapelajaran Sejarah.

Hasil kajian menunjukkan kumpulan yang dikaji mempunyai keupayaan dan

kemampuan untuk mencapai keputusan yang baik. Ini dibuktikan oleh keputusan

ujian pasca yang menunjukkan skor minimum yang diperolehi iaitu 52 markah dan

skor maksimum 87. Dapatan kajian ini menunjukkan wujud perbezaan prestasi

keseluruhan yang signifikan antara kumpulan pelajar yang menggunakan peta konsep

dan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran sejarah berbanding kumpulan

pelajar yang menggunakan strategi peta konsep sahaja. Kumpulan pelajar yang

menggunakan gabungan pembelajaran peta konsep dan pendekatan koperatif

mendapati pelajaran mereka lebih menarik dan mudah difahami. Hubungan dengan

guru dan rakan sebaya membolehkan pelajar yang menggunakan pembelajaran peta

Page 45: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

30

konsep dan pendekatan koperatif menunjukkan prestasi yang tinggi dalam ujian

pasca tersebut.

Keberkesanan pembelajaran koperatif juga telah dibuktikan di dalam kajian

yang dijalankan oleh Hidhir Ismail (2004). Responden yang terlibat dalam kajian

yang telah dijalankan terhadap perlaksanaan pembelajaran koperatif untuk

matapelajaran bahasa arab ialah pelajar-pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah

Agama Lughatul Quran, Muar iaitu seramai 88 orang pelajar. Berdasarkan kajian

ini, kebanyakan pelajar yang menjadi responden merasakan pembelajaran koperatif

sesuai untuk matapelajaran Bahasa Arab, manakala sebahagian kecil lagi merasakan

ianya tidak sesuai. Dapatan dari soal selidik kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar

yang merasakan pembelajaran koperatif tidak sesuai untuk Bahasa Arab sebenarnya

mempunyai asas Bahasa Arab yang lemah. Ini membuktikan pengetahuan sedia ada

turut mempengaruhi kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar-pelajar

juga memilih pembelajaran koperatif jenis STAD sebagai kaedah paling sesuai untuk

pengajaran Bahasa Arab berbanding TGT dan jigsaw II dengan perbezaan peratus

43% berbanding 31% masing-masing.

Kajian yang seterusnya dilakukan oleh Siti Hajar Abd Hamid (2007). Kajian

ini bertujuan melihat sejauh mana aplikasi pembelajaran koperatif menggunakan e-

pembelajaran di kalangan pelajar yang mengambil subjek Telekomunikasi dan

Rangkaian, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Sampel kajian ini terdiri

daripada 144 orang pelajar yang dipilih secara rawak daripada 237 orang pelajar

yang mengambil subjek tersebut berdasarkan kepada Krejeie, R.V & Morgan, D.W

(1970). Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan kaedah

pembelajaran secara koperatif menggunakan e-pembelajaran berada pada tahap yang

tinggi dengan purata min 3.95. Kajian ini diharapkan dapat membantu bukan sahaja

pelajar dan pensyarah di universiti malah pelajar dan guru di sekolah dalam usaha

untuk memantapkan strategi pengajaran dan pembelajaran mereka

Menurut Tok Hoon Seng ( 2006), pembelajaran koperatif adalah satu usaha

untuk mengelompokkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kebolehan ke dalam

kumpulan kecil demi menuju ke arah sasaran umum. Keberkesanannya telah

Page 46: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

31

didokumentasikan melalui kajian yang telah dijalankan tentang penggunaan

pembelajaran koperatif sebagai salah satu pendekatan untuk meningkatkan

pencapaian pelajar dalam Kesusasteraan Inggeris di sekolah menengah. Kajian ini

juga dapat membantu menandatangani masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan

Bahasa Inggeris di sekolah menengah. Ianya telah dijalankan di sebuah sekolah

menengah luar bandar. Sasaran kajian terdiri daripada 59 orang responden

Tingkatan Empat. Responden kumpulan kajian melalui proses pembelajaran

koperatif manakala kumpulan kawalan hanya diberi kepada pengajaran tradisional.

Dapatan kajian ini menunjukkan pendekatan pembelajaran koperatif memainkan

peranan yang penting dalam penguasaan Bahasa Inggeris di dalam kelas.

Di samping itu, data kualitatif telah menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif

dapat mempertingkatkan perkembangan sosial dan minat responden dalam

pembelajaran Kesusasteraan Inggeris.

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan Kit

Pembelajaran Bermodul dan Pembelajaran Koperatif ke atas tajuk Haba dan Suhu

dikalangan murid-murid Tahun Lima di Sekolah Rendah Kebangsaan FELDA

Chalok Barat, Setiu, Terengganu telah dijalankan oleh Wan Md Hatta Wan Ahmad

(1999). Kit Pembelajaran yang dibina adalah berdasarkan empat kategori tajuk Haba

dan Suhu iaitu suhu, haba, kesan haba dan perubahan fasa. Seramai 67 orang murid

telah dilibatkan dalam kajian ini dengan menggunakan instrumen soalan kefahaman

haba dan suhu dan soalan penilaian kendiri bagi sikap ke arah sains. Dapatan kajian

mendapati dengan menggunakan Kit Pembelajran Bermodul dan Pembelajaran

Koperatif didapati pencapaian dan sikap ke arah sains murid semakin bertambah.

Kajian yang seterusnya telah dijalankan oleh Normah Binti Salleh (2007).

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara pembelajaran koperatif

(kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan

pelajar yang mengambil subjek Telekomunikasi dan Rangkaian di Fakulti

Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Dalam kajian ini, penyelidik turut mengambil kira

elemen asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling pergantungan positif,

interaksi bersemuka, akauntabiliti individu, kemahiran koperatif dan pemprosesan

kumpulan. Penyelidik turut mengambil kira tiga elemen kemahiran generik iaitu;

Page 47: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

32

kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran

penyelesaian masalah yang memenuhi elemen koperatif tersebut. Responden kajian

ini adalah terdiri daripada 145 pelajar yang mengambil subjek Telekomunikasi dan

Rangkaian bagi sesi 2006/2007. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa

keseluruhan min berada pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi telah dibuat dan ia

menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara pembelajaran koperatif

(kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan

pelajar.

Wan Zakaria Wan Ismail (1998), telah mengadakan kajian tentang

pendekatan pembelajaran koperatif di dalam matapelajaran Teknologi Automatif.

Kajian ini bertujuan mendapatkan maklumbalas daripada guru-guru yang yang

mengajar matapelajaran Teknologi Automatif mengenai Kaedah Cantuman Dalam

Pembelajaran Koperatif. Seramai tujuh orang guru bidang kursus Automatif yang

telah terlibat di dalam menentukan kesesuaian Helaian Akademik yang dihasilkan.

Kesesuaian Helaiaan Akademik ditentukan dengan menggunakan satu set soal

selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Helaian Akademik yang dihasilkan

adalah sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi

mata pelajaran teknologi Automotif di Sekolah Menengah Teknik. Dapatan kajian

juga menunjukkan bahawa responden bersetuju tentang kesesuaian kaedah Cantuman

dalam Pembelajaran Koperatif yang telah digunakan dalam pengajaran di Sekolah

Menengah Teknik.

Page 48: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

33

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai,

metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya. menjamin kaedah

yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini bersesuaian dengan pemboleh ubah

yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan dalam kajian. Bab ini

juga akan menjelaskan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk

menyempurnakan kajian ini. Ianya dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu reka

bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian, instrumentasi, kajian rintis dan analisis

data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk sesuatu kajian atau penyelidikan adalah teknik atau kaedah yang

digunakan untuk memperoleh maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan

sesuatu masalah. Secara khususnya, reka bentuk sesuatu penyelidikan

membincangkan bagaimana untuk mencapai sesuatu objektif penyelidikan (Mohd.

Majid, 1994).

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif. Menurut Majid

(1998), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk

menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Menurut Azizi et al (2007),

Page 49: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

34

tinjauan deskriptif adalah bertujuan untuk mendapatkan ukuran ataupun gambaran

berkaitan keadaan ataupun ciri populasi. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat

faktor-faktor yang mempengaruhi amalan koperatif di kalangan pelajar Maktab

Rendah Sains Mara Gerik, Perak semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Data yang diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang telah diedarkan kepada

responden yang terpilih mewakili populasi iaitu pelajar-pelajar Tingkatan Dua di

Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Setiap maklumat telah ditafsirkan secara

kuantitatif.

3.3 Tempat Kajian Kajian dilakukan di Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

3.4 Subjek Kajian 3.4.1 Populasi

Menurut Azizi et al (2007), populasi adalah satu set lengkap semua kumpulan

yang memenuhi spesifikasi. Dalam kajian ini, penyelidik mengambil keseluruhan

populasi pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Oleh yang

demikian setiap pelajar Tingkatan Dua merupakan responden atau subjek kajian.

Jadual 3.1 menunjukkan senarai statistik pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah

Sains Mara Gerik, Perak.

Page 50: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

35

Jadual 3.1 : Jumlah Populasi Mengikut Kelas Bagi Pelajar Tingkatan Dua

Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak

BIL KELAS JUMLAH

1 Alhena 40

2 Adhara 40

3 Al-Nilam 40

4 Arcturus 40

5 Alnair 40

Jumlah 200

Sumber : Pejabat Pentadbiran Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

3.4.2 Sampel Kajian

Menurut Azizi et al (2007), sampel ialah sebahagian daripada populasi tanpa

mengambil kira sama ada ia dapat menjadi wakil populasi atau sebaliknya. Menurut

Mohd. Najib (1999), membesarkan saiz sampel boleh meninggikan kesahan dan

kebolehpercayaan skor. Ringkasnya dengan sampel yang besar akan menghasilkan

data yang lebih tepat dan telus sekaligus mengurangkan ralat dalam persampelan.

Penggunaan saiz sampel menurut Majid (1998) perlu digalakkan melebihi 30

unit kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel

melebihi 30 unit. Dengan pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi

dan mengurangkan ralat persampelan.

Menurut Azizi et al (2007), penentuan saiz sampel dalam kajian adalah

berasaskan kaedah yang digunakan oleh Krejcie dan Morgan. Rumus yang

digunakan untuk menentukan saiz sampel adalah berdasarkan formula berikut:

Page 51: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

36

S = X2 NP(1-P) ÷ d2 (N-1) + X2

S = saiz sampel

X2 = Jadual Nilai Khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada aras keyakinan

yang diperlukan 0.05 ( 3.841 )

N = saiz populasi

P = nisbah populasi ( dianggarkan sebagai 0.50 untuk memberi saiz sampel yang

maksimum).

d = Darjah ketepatan yang dinyatakan sebagai nisbah 0.05

Walaubagaimanapun, bagi memudahkan pengiraan. Menurut Azizi et al

(2007), terdapat beberapa teknik yang dapat digunakan bagi mendapatkan sampel

yang mewakili populasi dengan tepat. Jadual Krejcie, R.V dan Morgan D.W

menunjukkan tentang Jadual Penentuan Saiz Sampel seperti dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V. & Morgan, D.W.

N S N S N S

10 10 220 140 1200 291

15 14 230 144 1300 297

20 19 240 148 1400 320

80 66 420 201 3500 346

100 80 500 217 6000 360

150 108 750 254 15000 375

200 132 1000 278 75000 382

Petunjuk: N = Bil. Populasi, S = Bil. Sampel

Sumber: Azizi et al (2007)

Seramai 132 orang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik,

Perak telah dipilih daripada populasi untuk kajian ini. Sampel ini dipilih secara

rawak mudah dari kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara

Gerik, Perak.

Page 52: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

37

Menurut Azizi et al (2007), persampelan rawak mudah ialah proses

mencabut sampel di mana-mana unit secara individu dan langsung melalui proses

yang rawak. Ia sesuai digunakan apabila populasi mempunyai sifat yang hampir

seragam. Jadual 3.3 di bawah menunjukkan taburan sampel bagi setiap kelas yang

dikaji. Setiap kelas mempunyai respoden yang terdiri daripada latar belakang yang

berbeza-beza.

Jadual 3.3: Taburan Sampel Bagi Setiap Kelas BIL KELAS JUMLAH

1 Alhena 26

2 Adhara 26

3 Al-Nilam 27

4 Arcturus 28

5 Alnair 25

6 Alhena 26

Jumlah 132

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set borang soal selidik

yang diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklumbalas. Set soal selidik

ini dibina sendiri oleh penyelidik menggunakan Bahasa Melayu berdasarkan rujukan

pada soal selidik yang lepas. Pemilihan soal selidik sebagai instrumen adalah

berdasarkan kepada ciri-cirinya yang mudah dikendalikan, menjimatkan masa,

tenaga dan kos terutamanya semasa proses penganalisaan data dijalankan.

Kaedah kajian secara tinjauan yang menggunakan soal selidik merupakan

kaedah yang paling popular (Mohd. Najib, 1999). Beliau juga menyatakan bahawa

soal selidik merupakan cara yang tepat, cepat dan menjimatkan masa untuk

memperolehi maklumat secara kualitatif dan kuantitatif. Data yang diperolehi

Page 53: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

38

melalui kaedah soal selidik adalah lebih tepat kerana responden lebih berani

memberikan tindak balas terhadap aspek yang dikaji berbanding dengan temuduga

atau temubual.

Soal selidik dalam bahagian ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu :

Bahagian A: Latar belakang responden dan keluarga.

Bahagian B: Soal selidik faktor yang paling dominan seperti faktor diri sendiri,

rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran.

3.5.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang Responden Dan Keluarga Bahagian ini mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi

iaitu jantina, bangsa, bilangan adik-beradik,tahap pendidikan ibu bapa dan pekerjaan

ibu bapa. Responden perlu menjawab dengan menandakan ( √ ) pada ruangan yang

disediakan mengikut kesesuaian maklumat yang ada dan menyatakan maklumat yang

diperlukan.

3.5.2 Bahagian B: Soal selidik faktor yang paling dominan seperti faktor diri

sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran

Bahagian B ialah soal selidik tentang faktor yang paling dominan seperti

faktor diri sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran terhadap pelajar

Tingkatan Dua di Maktab Rendah Sains Mara Gerik,Perak. Bagi memudahkan

responden menjawab soalan dalam bahagian ini, penyelidik telah menetapkan untuk

menggunakan Skala Likert di mana responden hanya perlu memilih jawapan yang

difikirkan sesuai. Untuk memberikan maklum balas terhadap setiap item yang

dikemukakan, responden hanya perlu membulatkan nombor-nombor yang disediakan

Page 54: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

39

di penghujung setiap pernyataan. Cara pelaksanaan kaedah Skala Likert yang

dimaksudkan ialah:

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Kurang setuju

4. Setuju

5. Sangat setuju

Jadual 3.4 : Taburan Skala Likert

ARAS SINGKATAN SKOR

Sangat Setuju SS 5

Setuju S 4

Tidak Pasti TP 3

Tidak Setuju TS 2

Sangat Tidak Setuju STS 1

Sumber : Mohd. Najib (1999)

Jadual 3.5: Pembahagian item berdasarkan faktor dominan

Komponen Item No. Item Jumlah

Diri sendiri 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan10 10

Rakan Sebaya 11,12,13,14,15, 16, 17,18, 19 dan 20 10

Guru 21,22,23, 24, 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 10

Suasana pembelajaran 31,32,33,34,35,36,37,38,39 dan 40 10

Jumlah Item 40

3.5.3 Pemarkatan Skor Faktor-Faktor Paling Dominan Jadual 3.6 menunjukkan pemarkatan faktor-faktor dominan yang

mempengaruhi amalan koperatif di kalangan pelajar Maktab Rendah Sains Mara,

Page 55: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

40

Gerik semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Ianya digunakan untuk

menentukan faktor yang paling dominan seperti faktor diri sendiri, rakan sebaya,

guru dan suasana pembelajaran terhadap amalan pembelajaran koperatif berdasarkan

kepada persoalan kajian. Tahap pemarkatan tersebut dibahagikan kepada tiga

kategori, iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Pembahagian skor

atau markat bagi setiap tahap adalah seperti berikut :-

Jadual 3.6: Pemarkatan Skor Dan Tahap

Tahap Markat

Rendah 1.00 hingga 2.33

Sederhana 2.34 hingga 3.67

Tinggi 3.68 hingga 5.00

Sumber: Azizi et al (2007)

3.6 Kajian Rintis

Sebelum soal selidik diedarkan kepada responden iaitu pelajar-pelajar

Tingkatan Dua sesi persekolahan 2008 di Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

Kajian rintis telah dijalankan terlebih dahulu kepada responden iaitu pelajar-pelajar

Tingkatan Dua sesi persekolahan 2007. Kajian yang dijalankan adalah untuk

memastikan kesahan soalan-soalan yang dikemukakan dan juga untuk mendapatkan

maklum balas sama ada soalan yang dikemukakan dapat difahami atau tidak oleh

responden. Sebanyak sepuluh set telah diedarkan kepada sepuluh orang pelajar

Tingkatan Dua. Kesemua pelajar tersebut telah mengembalikan soal selidik kepada

penyelidik.

Menurut Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003), saiz sampel rintis tidak perlu

terlalu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang

berkesan tentang ujian ( 15 hingga 20 orang). Melalui kajian rintis ini, penyelidik

akan dapat mengesan kelemahan item agar matlamat kajian tercapai.

Page 56: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

41

Ujian kebolehpercayaan bagi semua soal selidik yang digunakan dalam kajian

ini telah diuji dan dianalisis menggunakan Ujian Alpha Cronbatch. Sekiranya nilai

Alpha Cronbatch bersamaan dengan 0.6 atau lebih, maka ia menunjukkan

kebolehpercayaan yang tinggi bagi sesuatu alat kajian atau soal selidik tersebut

( Mohd. Majid, 1994).

Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (2003), tujuan utama kajian rintis

dijalankan ialah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen tersebut.

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah penting bagi memastikan

maklumat yang diperolehi mencapai matlamat penyelidikan. Kajian rintis juga dapat

digunakan untuk menguji kefahaman responden terhadap konsep-konsep yang

digunakan dalam instrumen kajian khususnya mengenai kekurangan, kekeliruan dan

kekaburan bahasa instrumen. Kajian rintis membolehkan penyelidik mengenal pasti

kekurangan dalam instrumen kajian dan seterusnya memperbaikinya supaya tidak

menjejaskan hasil kajian. Kajian rintis juga dijalankan bagi memastikan item-item

yang digunakan mempunyai kerangka rujukan yang sama di antara responden

dengan penyelidik.

3.6.1 Kesahan Instrumen Menurut Majid (1998), pengujian tahap kesahan adalah penting untuk

memastikan item yang dibuat adalah bersesuaian dengan responden yang hendak

diuji. Dalam kajian ini penyelidik memfokuskan kepada kesahan konstrak dalam

membina item-item. Bagi menentukan kesahan instrumen kajian ini, penyelidik

meminta bantuan daripada pakar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman

dalam bidang pembelajaran koperatif.

Page 57: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

42

3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Menurut Azizi et al (2007), terdapat empat cara menentukan koefisien

kebolehpercayaan yang biasa digunakan berdasarkan prinsip skor yang

dikorelasikan bagi menentukan kebolehpercayaan ujian bagi mendapatkan perbezaan

sebenar antara individu. pengiraan yang dilakukan dapat dipercayai dan biasanya

digunakan.

Melalui kaedah ini setiap ujian yang dipecahkan, perbezaan koefisien

mungkin diperoleh. Dalam kajian rintis yang pertama sebanyak sepuluh set borang

soal selidik yang mengandungi 48 item diedarkan kepada responden untuk dijawab

dan penyelidik mengumpulnya sendiri sejurus selepas responden selesai menjawab.

Semasa menjawab responden boleh bertanya kepada penyelidik jika terdapat

perkataan-perkataan yang tidak difahami. Setelah kajian rintis dibuat, penyelidik

menilai skor responden bagi item-item dalam soal selidik tersebut dengan

menggunakan kaedah ketekalan dalaman.

Menurut Azizi et al (2007), jika nilai kolerasi yang diperolehi mempunyai

nilai kolerasi 0.8 atau lebih, maka korelasi ini menunjukkan soal selidik mempunyai

kesahan yang baik. Sekiranya kolerasi sederhana atau rendah (kurang daripada nilai

0.8), item adalah tidak baik dan perlu dibaiki semula.

Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer dengan

menggunakan perisian `Statistical Package for the Social Science’ (SPSS) Versi 14.0

Setelah analisis dibuat, didapati pekali Alpha Cronbach bagi keseluruhan item

persoalan adalah seperti berikut :

Page 58: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

43

Jadual 3.7: Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan Kajian

Item Persoalan Pekali Alpha

1-Diri sendiri 0.899

2-Rakan Sebaya 0.756

3-Guru 0.679

4-Suasana pembelajaran 0.692

Keseluruhan Item 0.926

Secara keseluruhan nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik yang

telah diperolehi adalah sebanyak 0.926. Ini menunjukkan indeks kebolehpercayaan

mempunyai tahap yang tinggi dan setiap item boleh diterima.

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

Dalam memastikan tugasan penyelidikan ini dapat dijalankan dengan licin

dan berkesan maka penyelidik terlebih dahulu telah meminta kebenaran daripada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pengetua Maktab Rendah Sains

Mara Gerik, Perak. Kelulusan dimohon melalui surat rasmi yang dikeluarkan setelah

penghantaran Projek Sarjana Muda dari bab satu hingga tiga diluluskan. Setelah

mendapat kelulusan daripada pihak-pihak tersebut, penyelidik mula menjalankan

kajian.

3.8 Analisis Data Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian.

Analisis deskriptif dan peratus digunakan untuk menentukan faktor-faktor dominan

yang mempengaruhi amalan koperatif di kalangan pelajar Maktab Rendah Sains

Mara, Gerik. Selain itu juga, analisis kekerapan dan peratusan turut digunakan untuk

Page 59: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

44

melihat taburan latar belakang responden seperti jantina, bangsa, bilangan adik-

beradik dan pekerjaan ibu bapa . Untuk tujuan pengujian hipotesis, statistik ujian-t

digunakan. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program

yang digunakan adalah `Statistical Package for the Social Science’ (SPSS) Versi

14.0.

3.8.1 Min Penggunaan dan pengiraan min bagi item-item dalam Bahagian B

merupakan penilaian setiap pembolehubah yang sangat penting dalam kajian ini.

Min adalah purata dengan mencampurkan semua skor dibahagi dengan jumlah

responden atau item. Nilai ini menerangkan kecenderungan setiap pembolehubah

secara purata. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), analisis skor min boleh

digunakan untuk menentukan setiap tahap kecenderungan respon dalam penilaian

setiap persoalan kajian.

Jadual 3.8: Julat Min Bagi Menjawab Persoalan Kajian

Skor Min Tahap

1.00 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.67 Sederhana

3.68 hingga 5.00 Tinggi

Sumber: Mohd Najib (1994)

3.8.2 Ujian–t Menurut Azizi et al (2007), Ujian–t merupakan satu kaedah statistik yang

sangat berguna untuk membandingkan perbezaan min antara dua kumpulan. Dalam

kajian ini, ujian-t digunakan untuk membandingkan yang signifikan antara faktor diri

sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran dengan jantina.

Page 60: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

45

Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, jadual 3.9 dan jadual 3.10 menunjukkan

ringkasan statistik yang digunakan.

Jadual 3.9: Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian

Bil Objektif Kajian Jenis Statistik

1

Untuk mengenalpasti sama ada faktor diri sendiri merupakan

faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran

koperatif.

Min,

kekerapan,

peratusan dan

sisihan piawai

2

Untuk mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya merupakan

faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran

koperatif.

Min,

kekerapan,

peratusan dan

sisihan piawai

3 Untuk mengenalpasti sama ada faktor guru merupakan faktor

yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

Min,

kekerapan,

peratusan dan

sisihan piawai

4

Untuk mengenalpasti sama ada faktor suasana pembelajaran

merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan

pembelajaran koperatif.

Min,

kekerapan,

peratusan dan

sisihan piawai

5

Untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang signifikan

antara faktor-faktor terhadap amalan pembelajaran koperatif

iaitu faktor diri sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana

pembelajaran dengan jantina.

Ujian-t

Page 61: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

46

Jadual 3.10: Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Hipotesis Kajian

Bil Hipotesis Nol Kajian Jenis Statistik

1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor diri

sendiri dengan jantina.

Ujian-t

2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan

sebaya dengan jantina

Ujian-t

3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor guru

dengan jantina.

Ujian-t

4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor suasana

pembelajaran dengan jantina

Ujian-t

Page 62: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

47

BAB 4

ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi dari analisa borang

soalan kaji selidik yang telah diedarkan kepada 132 orang responden yang terdiri

daripada pelajar-pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

Segala data yang didapati telah dianalisa menggunakan SPSS Statistical

Package for the Social Science’ (SPSS) Versi 14.0 sebagaimana telah dinyatakan

dalam bab tiga. Analisa data dan perbincangan hasil kajian adalah berpandukan

kepada objektif kajian dan persoalan yang telah dibina dalam bab satu. Dapatan

kajian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagaian A adalah meliputi perkara yang berkaitan dengan latar belakang

responden.

Manakala bahagian B adalah meliputi perkara yang berkaitan dengan faktor-

faktor yangmempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar

Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Analisis data dibuat dengan

menggunakan analisis bilangan dalam peratusan, min dan sisihan piawai bagi setiap

item persoalan kajian.

Page 63: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

48

4.2 Analisis Bahagian A

Dalam bahagian ini, penyelidik akan menganalisa data berkaitan kepada latar

belakang responden iaitu dari segi tingkatan, jantina, bangsa, bilangan adik

beradik,tahap pendidikan bapa,tahap pendidikan ibu, pekerjaan bapa dan pekerjaan

ibu bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis

latar belakang responden ditunjukkan bagi mengambarkan dengan lebih terperinci

profil responden. Analisis dibuat berdasarkan maklum balas dari maklumat dan latar

belakang responden yang didapati.

4.2.1 Tingkatan

Taburan responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 132 orang

pelajar yang terdiri daripada lima buah kelas seperti yang ditunjukkan dalam jadual

4.1 di bawah.

Jadual 4.1: Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tingkatan

Tingkatan Bilangan Peratus

Alhena 26 19.7

Adhara 26 19.7

Al-Nilam 27 20.5

Arcturus 28 21.2

Alnair 25 18.9

Jumlah 132 100

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan tingkatan. Majoriti responden adalah terdiri daripada pelajar yang

berada di kelas Arcturus iaitu seramai 28 orang atau (21.2 peratus). Manakala

bakinya terdiri daripada pelajar yang berada di dalam kelas Al-Nilam seramai 27

orang atau (20.5 peratus), Alhena dan Adhara yang mempunyai bilangan responden

Page 64: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

49

yang sama iaitu seramai 26 orang atau (19.7 peratus) serta kelas Alnair yang

mempunyai bilangan responden seramai 25 orang atau (18.9 peratus).

4.2.2 Jantina

Taburan responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada lelaki dan

perempuan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2 di bawah.

Jadual 4.2: Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 65 49.2

Perempuan 67 50.8

Jumlah 132 100

Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan jantina. Jumlah responden yang menjawab soal selidik yang diedarkan

adalah 132 orang. Terdapat 65 orang responden atau (49.2 peratus) orang daripada

mereka adalah responden lelaki. Manakala 67 orang responden atau (50.8 peratus)

orang adalah responden perempuan.

4.2.3 Bangsa

Taburan responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada bangsa

Melayu dan India. Jadual 4.3 menunjukkan taburan tersebut.

Page 65: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

50

Jadual 4.3: Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Bangsa

Bangsa Bilangan Peratus

Melayu 122 92.4

India 10 7.6

Jumlah 132 100

Jadual 4.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

bangsa. Majoriti responden adalah terdiri daripada bangsa Melayu iaitu 122 orang

atau (92.4 peratus). Manakala bakinya terdiri daripada bangsa India iaitu sepuluh

orang atau (10 peratus) daripada bilangan responden.

4.2.4 Bilangan Adik Beradik

Taburan responden yang terlibat dalam kajian ini juga mengambil kira

bilangan adik beradik. Jadual 4.4 di bawah menunjukkan taburan tersebut.

Jadual 4.4: Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Bilangan Adik

Beradik

Bilangan Adik Beradik Bilangan Peratus

1 orang 1 0.8

2 orang 10 7.6

3 orang 25 18.9

4 orang 32 24.2

5 orang 30 22.7

6 orang 14 10.6

7 orang 10 7.6

8 orang 4 3.0

9 orang 4 3.0

10 orang 2 1.5

Jumlah 132 100

Page 66: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

51

Jadual 4.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan bilangan adik beradik. Majoriti responden adalah mempunyai bilangan

adik beradik seramai empat orang iaitu seramai 32 orang atau ( 24.2 peratus). Kedua

tertinggi mempunyai bilangan adik beradik seramai lima orang iaitu sebanyak 30

orang atau ( 22.7 peratus), diikuti oleh responden yang mempunyai bilangan adik

beradik seramai tiga orang iaitu 25 orang atau (18.9 peratus), 14 orang responden

atau (10.6 peratus) mempunyai bilangan adik beradik seramai enam orang. Bilangan

responden yang mempunyai dua dan tujuh orang bilangan adik beradik adalah sama

iaitu sepuluh orang atau (7.6 peratus).

Manakala bilangan responden yang mempunyai bilangan adik beradik

sebanyak lapan dan sembilan orang mempunyai bilangan yang sama iaitu empat

orang atau (3.0 peratus). Responden yang mempunyai bilangan adik beradik seramai

sepuluh orang terdiri daripada dua orang atau (1.5 peratus). Baki responden yang

mempunyai bilangan adik beradik seorang merupakan yang terendah iaitu satu orang

atau (8 peratus).

4.2.5 Tahap Pendidikan Bapa Taburan responden yang terlibat dalam kajian ini juga mengambil kira tahap

pendidikan bapa. Jadual 4.5 di bawah menunjukkan taburan tersebut.

Jadual 4.5: Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan

Bapa

Tahap Pendidikan

Bapa

Bilangan Peratus

Darjah 6 1 0.8

SRP 10 7.6

SPM 62 47.0

STPM 16 12.1

(bersambung...)

Page 67: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

52

(...sambungan) Diploma 12 9.1

Ijazah 29 22.0

Master 1 0.8

Phd 1 0.8

Jumlah 132 100

Jadual 4.5 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan tahap pendidikan baba. Terdapat 62 orang atau (47.0 peratus)

mempunyai tahap pendidikan sehingga SPM. Manakala kedua tertinggi tahap

pendidikan bapa iaitu sehingga ijazah sebanyak 29 orang atau (22.0 peratus), diikuti

STPM iaitu 16 orang atau (12.1 peratus). Bilangan responden yang mempunyai

tahap pendidikan bapa sehingga Diploma iaitu 12 orang atau (9.1 peratus), diikuti

SRP iaitu sepuluh orang atau (7.6 peratus). Bilangan yang sama bagi tahap

pendidikan bapa bagi darjah enam, Master dan Phd mempunyai bilangan responden

yang sama iaitu satu orang atau (0.8 peratus).

4.2.6 Tahap Pendidikan Ibu

Taburan responden yang terlibat dalam kajian ini juga mengambil kira tahap

pendidikan bapa. Jadual 4.6 di bawah menunjukkan taburan tersebut.

Jadual 4.6: Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan Ibu

Tahap Pendidikan Ibu Bilangan Peratus

Darjah 6 3 2.3

SRP 14 10.6

SPM 70 53.0

STPM 8 6.1

Diploma 19 14.4

(bersambung...)

Page 68: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

53

(...sambungan) Ijazah 17 12.9

Phd 1 0.8

Jumlah 132 100

Jadual 4.6 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan tahap pendidikan ibu. Majoriti tahap tertinggi bagi pendidikan ibu

iaitu sehingga SPM ialah 70 orang atau (53.0 peratus). Kedua tertinggi iaitu Diploma

iaitu 19 orang atau (14.4 peratus), diikuti Ijazah iaitu 17 orang atau (12.9 peratus).

Manakala bagi tahap pendidikan ibu sehingga STPM iaitu lapan orang atau

( 6.1 peratus). Bilangan responden yang mempunyai tahap pendidikan ibu sehingga

darjah enam ialah tiga orang atau (2.3 peratus). Bakinya ialah bagi tahap sehingga

Phd iaitu satu orang atau (0.8 peratus).

4.2.7 Pekerjaan Bapa

Taburan responden yang terlibat dalam kajian ini juga mengambil kira tahap

pendidikan bapa. Jadual 4.7 di bawah menunjukkan taburan tersebut.

Jadual 4.7: Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan Bapa

(bersambung...)

Pekerjaan Bapa Bilangan Peratus

Kerajaan 50 37.9

Swasta 27 19.7

Sendiri 38 28.8

Kerja Kampung 3 2.3

Pesara 3 2.3

Penoreh Getah 1 0.8

Page 69: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

54

(...sambungan)

Jadual 4.7 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan tahap pekerjaan bapa. Bilangan responden yang mempunyai bapa yang

bekerja di sektor kerajaan iaitu 50 orang atau (37.9 peratus), diikuti yang

mempunyai bapa yang bekerja sendiri iaitu 38 orang atau (28.8 peratus). Bilangan

responden yang ketiga tertinggi ialah yang bekerja di sektor swasta iaitu 27 orang

atau (19.7 peratus). Manakala selebihnya iaitu kerja kampung, pesara mempunyai

bilangan iaitu tiga orang atau (2.3 peratus). Bilangan yang sama juga pada peneroka,

pesara guru, petani dan lain-lain. Keseluruhannya mempunyai bilangan responden

yang sama iaitu dua orang atau (1.5 peratus). Bilangan responden yang mempunyai

bapa yang bekerja sebagai penoreh getah, pesara tentera, tentera darat dan pemandu

lori, mempunyai jumlah responden iaitu satu orang atau (0.8 peratus).

4.2.8 Pekerjaan Ibu

Taburan responden yang terlibat dalam kajian ini juga mengambil kira tahap

pendidikan ibu. Jadual 4.8 di bawah menunjukkan taburan tersebut.

Peneroka 2 1.5

Pesara Tentera 1 0.8

Pesara Guru 2 1.5

Tentera Darat 1 0.8

Petani 2 1.5

Pemandu Lori 1 0.8

Lain-lain 2 1.5

Jumlah 132 100

Page 70: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

55

Jadual 4.8: Taburan Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu

Jadual 4.8 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden

berdasarkan tahap pekerjaan ibu. Kumpulan paling ramai ialah responden yang

mempunyai ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa iaitu 60 orang atau ( 45.5

peratus). Manakala bagi ibu yang bekerja di sektor kerajaan ialah 41 orang atau

(31.1 peratus). Bilangan yang ketiga tertinggi di mana ibu yang bekerja sendiri iaitu

15 orang atau (11.4 peratus). Selebihnya iaitu responden yang mempunyai ibu yang

bekerja di sektor swasta ialah 11 orang atau (8.3 peratus) dan diikuti lain-lain

pekerjaan iaitu lima orang atau (3.8 peratus).

4.3 Analisis Data Bahagian B

Analisis bagi bahagaian B dibuat berdasarkan dapatan data yang diperolehi

mengikut pecahan item–item bagi menjawab persoalan kajian dalam tinjauan amalan

pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains

Mara Gerik, Perak. Analisis taburan bilangan responden mengikut peratusan, min

dan sisihan piawai dibahagikan kepada empat bahagian iaitu :-

a. Keputusan kajian sama ada faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling

dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

b. Keputusan kajian sama ada faktor rakan sebaya merupakan faktor

yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

Pekerjaan Ibu Bilangan Peratus

Kerajaan 41 31.1

Swasta 11 8.3

Sendiri 15 11.4

Lain-lain 5 3.8

Suri Rumah 60 45.5

Jumlah 132 100

Page 71: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

56

c. Keputusan kajian sama ada faktor guru merupakan faktor yang paling

dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

d. Keputusan kajian sama ada faktor suasana pembelajaran merupakan

faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

4.3.1 Apakah faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ?

Taburan bilangan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi

faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan

pembelajaran koperatif. Jadual 4.9 di bawah menunjukkan taburan tersebut.

Jadual 4.9: Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan

Piawai Bagi Faktor Diri Sendiri Yang Paling Dominan Terhadap

Amalan Pembelajaran Koperatif (n=132)

(bersambung...)

STS

TS

TP

S

SS

MIN

SP

BIL

ITEM

f % f % f % f % f % f f

1 Saya suka

belajar secara

berkumpulan.

4 3.0 7 5.3 22 16.7 60 45.5 39 29.5 3.93 0.97

2 Saya suka

membuat nota.

3 2.3 12 9.1 43 32.6 44 33.3 30 22.7 3.65 1.00

3 Saya suka

mengulangkaji

pelajaran.

1 0.8 3 2.3 31 23.5 54 40.9 43 32.6 4.02 0.85

4 Saya seronok

melakukan

aktiviti-aktiviti

yang diadakan

semasa

pembelajaran.

- - 3 2.3 10 7.6 36 27.3 51 38.6 4.51 0.74

Page 72: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

57

(...sambungan)

Min Keseluruhan = 3.88 Sisihan Piawai (SP)=0.52

Jadual 4.9 menunjukkan min keseluruhan bagi faktor diri sendiri adalah 3.88

dengan sisihan piawai 0.52.

5 Saya bebas

mengeluarkan

pendapat

semasa

pembelajaran

berlaku.

1 0.8 9 6.8 40 30.3 31 23.5 51 38.6 3.92 1.02

6 Saya selalu

berkongsi idea

dengan rakan-

rakan.

1 0.8 4 3.0 20 15.2 66 50.0 41 31.1 4.08 0.81

7 Saya suka

membantu

rakan yang

lain.

2 1.5 - - 19 14.4 52 39.4 59 44.7 4.26 0.82

8 Saya suka

mengedar nota

kepada rakan-

rakan yang

lain.

10 7.6 21 15.9 57 43.2 30 22.7 14 10.6 3.13 1.05

9 Saya sentiasa

membuat

persediaan

awal sebelum

pengajaran dan

pembelajaran

berlaku.

8 6.1 16 12.1 44 33.3 43 32.6 21 15.9 3.40 1.08

10 Saya sentiasa

suka bertanya

kepada guru

jika saya tidak

memahami

sesuatu topik.

1 0.8 8 6.1 33 25.0 54 40.9 36 27.3 3.88 0.91

Page 73: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

58

Manakala min tertinggi berdasarkan pernyataan adalah 4.51 dengan sisihan

piawai 0.74 yang dipunyai oleh pernyataan “saya seronok melakukan aktiviti-aktiviti

yang diadakan semasa pembelajaran”. Bagi pernyataan ini juga seramai tiga orang

atau (2.3 peratus) telah memilih tidak setuju, sepuluh orang atau (7.6 peratus) pelajar

memilih tidak pasti, 36 orang atau (27.3 peratus) memilih setuju dan 51 orang atau

(38.6 peratus) memilih sangat bersetuju.

Pernyataan “saya suka membantu rakan yang lain” mendapat min yang kedua

tertinggi iaitu 4.26 dengan sisihan piawai 0.82. Bagi pernyataan ini juga seramai dua

orang atau ( 1.5 peratus) memilih sangat tidak bersetuju. Namun tiada seorang

pelajar pun yang menyatakan mereka tidak bersetuju dengan pernyataan ini.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 19 orang atau (14.4 peratus) tidak pasti,

52 orang atau (39.4 peratus) bersetuju dan 59 orang atau (44.7 peratus) sangat

bersetuju dengan penyataan ini.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa min yang ketiga tertinggi iaitu

4.08 dengan sisihan piawai 0.81 yang dipunyai pernyataan “saya selalu berkongsi

idea dengan rakan-rakan”. Seramai seorang atau (0.8 peratus) sangat tidak bersetuju

dan 4 orang atau (3.0 peratus) tidak bersetuju dan 20 orang atau (15.2 peratus) tidak

pasti terhadap pernyataan ini. Manakala 66 orang atau (50 peratus) bersetuju dan 41

orang atau (31.1 peratus) sangat bersetuju.

Bagi pernyataan “saya sentiasa membuat persediaan awal sebelum

pengajaran dan pembelajaran berlaku” mempunyai min kedua yang terendah iaitu

3.40 dengan sisihan piawai 1.08. Dapatan menunjukkan menunjukkan bahawa lapan

orang atau (6.1 peratus) telah memilih sangat tidak bersetuju, 16 orang atau (12.1

peratus) tidak bersetuju, 44 orang atau (33.3 peratus) tidak pasti, 43 orang atau (32.6

peratus) bersetuju dan 21 orang atau (15.9 peratus) sangat bersetuju dengan

penyataan ini.

Min terendah pula dipunyai oleh pernyataan “saya suka mengedar nota

kepada rakan-rakan yang lain” iaitu 3.13 dengan sisihan piawai 1.05. Seramai

Page 74: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

59

sepuluh orang atau (7.6 peratus) telah memilih sangat tidak bersetuju, 21 orang atau

(15.9 peratus) tidak bersetuju, 57 orang atau (43.2 peratus) tidak pasti, 30 orang atau

(22.7 peratus) bersetuju dan 14 orang atau (10.6 peratus) yang sangat bersetuju

dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, didapati min keseluruhan bagi faktor

diri sendiri iaitu 3.88 adalah tinggi.

Jadual 4.10: Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Diri Sendiri

SKOR BILANGAN PERATUS

Rendah 0 0

Sederhana 39 29.5

Tinggi 93 70.5

Jumlah 132 100

Jadual 4.10 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut skor bagi diri

sendiri untuk melihat tahap faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran

koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik,

Perak. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 93 orang responden menyatakan

faktor diri sendiri berada di tahap yang tinggi atau (70.5 peratus). Manakala 39

orang responden menyatakan faktor diri sendiri berada di tahap yang sederhana atau

(29.5 peratus).

4.3.2 Apakah faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan

terhadap amalan pembelajaran koperatif ?

Taburan bilangan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi

faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan

pembelajaran koperatif. Jadual 4.11 di bawah menunjukkan taburan tersebut.

Page 75: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

60

Jadual 4.11: Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan

Piawai Bagi Faktor Rakan Sebaya Yang Paling Dominan Terhadap

Amalan Pembelajaran Koperatif (n=132)

( bersambung...)

STS

TS

TP

S

SS

MIN

SP

BIL

ITEM

f % f % f % f % f % f f

11 Rakan saya sering

membantu saya di

dalam pelajaran

- - 5 3.8 17 12.9 51 38.6 59 44.7 4.24 0.82

12 Saya sentiasa

mengadakan

perbincangan

dengan rakan.

- - 8 6.1 27 20.5 54 40.9 43 32.6 4.00 0.89

13 Saya sentiasa

bertukar-tukar

nota dengan rakan.

7 5.3 23 17.4 52 39.4 37 28.0 13 9.8 3.20 1.01

14 Saya suka belajar

bersama rakan.

3 2.3 6 4.5 18 13.6 41 31.1 64 48.5 4.19 0.99

15 Saya sentiasa

meminta rakan

supaya

menerangkan

sesuatu yang

kurang difahami

di dalam kelas.

- - 4 3.0 9 6.8 40 30.3 79 59.8 4.47 0.76

16 Saya sentiasa

membuat rujukan

daripada sumber-

sumber lain selain

buku teks dengan

rakan.

3 2.3 3 2.3 22 16.7 55 41.7 49 37.1 4.09 0.91

Page 76: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

61

(...sambungan)

Min Keseluruhan = 4.18 Sisihan Piawai (SP)=0.47

Jadual 4.11 menunjukkan hasil analisis yang telah dijalankan ke atas

persoalan kajian kedua iaitu faktor rakan sebaya yang paling dominan terhadap

amalan pembelajaran koperatif. Dapatan menunjukkan min keseluruhan iaitu 4.18

dengan sisihan piawai 0.47.

Manakala min tertinggi berdasarkan pernyataan adalah 4.47 dengan sisihan

piawai 0.76 yang dipunyai oleh pernyataan “saya sentiasa meminta rakan supaya

menerangkan sesuatu yang kurang difahami di dalam kelas”. Namun tiada seorang

pun memilih sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Bagi pernyataan ini juga

seramai empat orang atau (3.0 peratus) telah memilih tidak setuju, sembilan orang

atau (6.8 peratus) pelajar memilih tidak pasti, 40 orang atau (30.3 peratus) memilih

setuju dan 79 orang atau (59.8 peratus) memilih sangat bersetuju.

17 Saya sentiasa

membuat

persediaan awal

sebelum

pengajaran dan

pembelajaran

berlaku dengan

rakan.

5 3.8 11 8.3 52 39.4 47 35.6 17 12.9 3.45 0.95

18 Saya sering

berkongsi idea

dengan rakan.

2 1.5 6 4.5 22 16.7 63 17.7 39 29.5 3.99 0.89

19 Saya sentiasa

menyelesaikan

kerja rumah

bersama rakan.

1 0.8 11 8.3 30 22.7 54 40.9 36 27.3 3.86 0.94

20 Saya sentiasa

berkerjasama

dengan rakan.

- - 2 1.5 17 12.9 64 48.5 49 37.1 4.21 0.72

Page 77: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

62

Pernyataan “rakan saya sering membantu saya di dalam pelajaran” mendapat

min yang kedua tertinggi iaitu 4.24 dengan sisihan piawai 0.82. Namun tiada seorang

pun memilih sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Bagi pernyataan ini juga

seramai lima orang atau ( 3.8 peratus) memilih tidak bersetuju.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 17 orang atau (12.9 peratus) tidak

pasti, 51 orang atau (38.6 peratus) bersetuju dan 59 orang atau (44.7 peratus) sangat

bersetuju dengan penyataan ini.Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa min yang

ketiga tertinggi iaitu 4.21 dengan sisihan piawai 0.72 yang dipunyai pernyataan “saya

sentiasa berkerjasama dengan rakan”. Namun tiada seorang pun memilih sangat tidak

bersetuju dengan pernyataan ini, dua orang atau (1.5 peratus) tidak bersetuju dan 17

orang atau (12.9 peratus) tidak pasti terhadap pernyataan ini. Manakala 64 orang

atau (48.5 peratus) bersetuju dan 49 orang atau (37.1 peratus) sangat bersetuju.

Bagi pernyataan “saya sentiasa membuat persediaan awal sebelum

pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan rakan” mempunyai min kedua yang

terendah iaitu 3.45 dengan sisihan piawai 0.95. Dapatan menunjukkan menunjukkan

bahawa 5 orang atau (3.8 peratus) telah memilih sangat tidak bersetuju, 11 orang atau

(8.3 peratus) tidak bersetuju, 52 orang atau (39.4 peratus) tidak pasti, 47 orang atau

(35.6 peratus) bersetuju dan 17 orang atau (12.9 peratus) sangat bersetuju dengan

penyataan ini.

Min terendah pula dipunyai oleh pernyataan “saya sentiasa bertukar-tukar

nota dengan rakan”. iaitu 3.20 dengan sisihan piawai 1.01. Seramai tujuh orang atau

(5.3 peratus) telah memilih sangat tidak bersetuju, 23 orang atau (17.4 peratus) tidak

bersetuju, 52 orang atau (39.4 peratus) tidak pasti, 37 orang atau (28 peratus)

bersetuju dan 13 orang atau (9.8 peratus) yang sangat bersetuju dengan pernyataan

ini. Secara keseluruhannya, didapati min keseluruhan bagi faktor diri sendiri iaitu

4.18 adalah tinggi.

Page 78: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

63

Jadual 4.12: Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Rakan Sebaya

SKOR BILANGAN PERATUS

Rendah 0 0

Sederhana 34 25.8

Tinggi 98 74.2

Jumlah 132 100

Jadual 4.12 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut skor bagi

rakan sebaya untuk melihat tahap faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran

koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik,

Perak. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 98 orang responden menyatakan

faktor rakan sebaya berada di tahap yang tinggi atau (74.2 peratus). Manakala 34

orang responden menyatakan faktor bilangan responden mengikut skor bagi rakan

sebaya berada di tahap yang sederhana atau (25.8 peratus).

4.3.3 Apakah faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap

amalan pembelajaran koperatif ?

Taburan bilangan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi

faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran

koperatif. Jadual 4.13 di bawah menunjukkan taburan tersebut.

Page 79: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

64

Jadual 4.13: Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan

Piawai Bagi Faktor Guru Yang Paling Dominan Terhadap

Amalan Pembelajaran Koperatif (n=132)

(bersambung...)

STS

TS

TP

S

SS

MIN

SP

BIL

ITEM

f % f % f % f % f % f f

21 Guru sentiasa

mempelbagaikan

kaedah

pengajaran

1 0.8 1 0.8 18 13.6 38 28.8 74 56.1 4.39 0.81

22

Guru sentiasa

memberi

penerangan yang

jelas terhadap isi

pelajaran yang

kurang difahami.

1 0.8 2 1.5 9 6.8 42 31.8 78 59.1 4.47 0.7

23 Guru sentiasa

memberikan kerja

di rumah.

3 2.3 6 4.5 12 9.1 36 27.3 75 56.8 4.32 0.98

24 Guru sentiasa

mengadakan

aktiviti

berkumpulan.

3 2.3 3 2.3 29 22.0 42 31.8 55 41.7 4.08 0.97

25 Guru sentiasa

menerangkan isi

pembelajaran

sebelum aktiviti

dilakukan.

1 0.8 3 2.3 16 12.1 72 54.5 40 30.3 4.11 0.76

26 Guru sentiasa

memberikan masa

yang mencukupi

untuk melakukan

aktiviti.

6 4.5 1

1

8.3 28 21.2 45 34.1 42 31.8 3.80 1.12

Page 80: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

65

(...sambungan)

Min Keseluruhan = 4.17 Sisihan Piawai (SP)=0.48

Jadual 4.13 menunjukkan menunjukkan min keseluruhan bagi faktor guru

adalah 4.17 dengan sisihan piawai 0.48.

Manakala min tertinggi berdasarkan pernyataan adalah 4.47 dengan sisihan

piawai 0.76 yang dipunyai oleh pernyataan “guru sentiasa memberi penerangan yang

jelas terhadap isi pelajaran yang kurang difahami”. Dapatan menunjukkan terdapat

seorang atau (0.8 peratus) memilih sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini.

Bagi pernyataan ini juga seramai dua orang atau (1.5 peratus) telah memilih tidak

setuju, sembilan orang atau (6.8 peratus) pelajar memilih tidak pasti, 42 orang atau

27 Saya mudah

memahami

sesuatu pelajaran

apabila

mendengar

dengan baik

ketika guru

sedang mengajar.

1 0.8 7 5.3 20 15.2 46 34.8 58 43.9 4.16 0.92

28 Guru kerap

mengedarkan nota

tentang isi

pelajaran yang

dipelajari pada

hari ini.

1 0.8 9 6.8 41 31.1 44 33.3 37 28.0 3.81 0.95

29 Guru sentiasa

mengadakan sesi

perbincangan

semasa

pengajaran dan

pembelajaran

berlaku.

- - 4 3.0 15 11.4 49 37.1 64 48.5 4.31 0.79

30 Guru sentiasa

membimbing

aktiviti yang

dijalankan.

- - 1 0.8 20 15.2 49 37.1 62 47.0 4.30 0.75

Page 81: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

66

(31.8 peratus) memilih setuju dan 78 orang atau (59.1 peratus) memilih sangat

bersetuju.

Pernyataan “guru sentiasa memberikan kerja di rumah” mendapat min yang

kedua tertinggi iaitu 4.32 dengan sisihan piawai 0.98. Terdapat tiga orang atau (2.3

peratus) memilih sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini, enam orang atau ( 4.5

peratus) memilih tidak bersetuju. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 12 orang

atau (9.1 peratus) tidak pasti, 36 orang atau (27.3 peratus) bersetuju dan 75 orang

atau (56.8 peratus) sangat bersetuju dengan penyataan ini.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa min yang ketiga tertinggi iaitu

4.21 dengan sisihan piawai 0.72 yang dipunyai pernyataan “guru sentiasa

mengadakan sesi perbincangan semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku”.

Namun tiada seorang pun memilih sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini,

empat orang atau (3.0 peratus) tidak bersetuju dan 15 orang atau (11.4 peratus) tidak

pasti terhadap pernyataan ini. Manakala 49 orang atau (37.1 peratus) bersetuju dan

64 orang atau (48.5 peratus) sangat bersetuju.

Bagi pernyataan “guru kerap mengedarkan nota tentang isi pelajaran yang

dipelajari pada hari ini” mempunyai min kedua yang terendah iaitu 3.81 dengan

sisihan piawai 0.95. Dapatan menunjukkan bahawa seorang atau (0.8 peratus) telah

memilih sangat tidak bersetuju, sembilan orang atau (6.8 peratus) tidak bersetuju, 41

orang atau (31.1 peratus) tidak pasti, 44 orang atau (33.3 peratus) bersetuju dan 37

orang atau (28 peratus) sangat bersetuju dengan penyataan ini.

Min terendah pula dipunyai oleh pernyataan “guru sentiasa memberikan masa

yang mencukupi untuk melakukan aktiviti” iaitu 3.80 dengan sisihan piawai 1.12

Seramai enam orang atau (4.5 peratus) telah memilih sangat tidak bersetuju,11 orang

atau (8.3 peratus) tidak bersetuju, 28 orang atau (21.2 peratus) tidak pasti, 45 orang

atau (34.1 peratus) bersetuju dan 42 orang atau (31.8 peratus) yang sangat bersetuju

dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, didapati min keseluruhan bagi faktor

diri sendiri iaitu 4.17 adalah tinggi.

Page 82: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

67

Jadual 4.14: Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Guru

SKOR BILANGAN PERATUS

Rendah 0 0

Sederhana 18 13.6

Tinggi 114 86.4

Jumlah 132 100

Jadual 4.14 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut skor bagi

guru untuk melihat tahap faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif

di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 18 orang responden menyatakan faktor guru

berada di tahap yang sederhana atau (13.6 peratus). Manakala 114 orang responden

menyatakan faktor guru berada di tahap yang tinggi atau (86.4 peratus).

4.3.4 Apakah faktor suasana pembelajaran merupakan faktor yang paling

dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif ?

Taburan bilangan responden mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi

faktor suasana pembelajaran merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan

pembelajaran koperatif. Jadual 4.15 di bawah menunjukkan taburan tersebut.

Jadual 4.15: Taburan Bilangan Responden Mengikut Peratusan, Min Dan

SisihanPiawaiBagi Faktor Suasana Pembelajaran Yang Paling Dominan

Terhadap AmalanPembelajaran Koperatif (n=132)

(bersambung...)

STS

TS

TP

S

SS

MIN

SP

BIL

ITEM

f % f % f % f % f % f f

31 Saya suka

belajar di luar

kelas.

5 3.8 13 9.8 29 22.0 25 18.9 60 45.5 3.92 1.19

Page 83: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

68

(...sambungan)

(bersambung...)

32 Pembelajaran

di dalam kelas

menyeronokka

n.

8 6.1 15 11.4 41 31.1 31 23.5 37 283 3. 4 1.55

33 Saya dapat

menumpukan

perhatian

sekiranya

suasana tempat

belajar adalah

sejuk.

9 6.8 16 12.1 38 28.8 29 22.0 40 30.3 3.57 1.23

34 Saya boleh

belajar dengan

baik dalam

masa yang

singkat.

12 9.1 25 18.9 56 42.4 20 15.2 19 14.4 3.07 1.13

35 Saya suka

belajar dalam

keadaan hati

yang tenang.

- - 1 0.8 8 6.1 32 24.2 91 68.9 4.61 0.64

36 Saya suka

belajar di

dalam kelas

yang bersih.

1 0.8 1 0.8 5 3.8 25 18.9 100 75.8 4.68 0.66

37 Pembelajaran

yang aktif

dapat menarik

minat saya

untuk

melibatkan

diri.

2 1.5 1 0.8 3 2.3 33 25.0 93 70.5 4.62 0.72

38 Saya suka

suasana

pembelajaran

yang aktif.

- - 2 1.5 11 8.3 36 27.3 83 62.9 4.52 7.12

Page 84: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

69

(...sambungan)

Min Keseluruhan = 4.17 Sisihan Piawai (SP)=0.48

Jadual 4.15 menunjukkan menunjukkan min keseluruhan bagi faktor suasana

pembelajaran adalah 4.17 dengan sisihan piawai 0.48.

Manakala min tertinggi berdasarkan pernyataan adalah 4.68 dengan sisihan

piawai 0.66 yang dipunyai oleh pernyataan “saya suka belajar di dalam kelas yang

bersih”. Dapatan menunjukkan terdapat seorang atau (0.8 peratus) memilih sangat

tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Bagi pernyataan ini juga seramai seorang atau

(0.8 peratus) telah memilih tidak setuju, lima orang atau (3.8 peratus) pelajar

memilih tidak pasti, 25 orang atau (18.9 peratus) memilih setuju dan 100 orang atau

(75.8 peratus) memilih sangat bersetuju.

Pernyataan “saya suka belajar di dalam kelas yang mempunyai pencahayaan

yang terang” mendapat min yang kedua tertinggi iaitu 4.67 dengan sisihan piawai

0.61. Dapatan menunjukkan tiada seorang pun memilih sangat tidak bersetuju

dengan pernyataan ini. Terdapat dua orang atau (1.5 peratus) memilih tidak

39 Pembelajaran

yang aktif

dapat

membantu

saya dalam

meningkatkan

pemahaman

terhadap

sesuatu

pelajaran.

- - 2 1.5 14 10.6 39 29.5 77 58.3 4.45 0.75

40 Saya suka

belajar di

dalam kelas

yang

mempunyai

pencahayaan

yang terang.

- - 2 1.5 4 3.0 30 22.7 96 72.7 4.67 0.61

Page 85: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

70

bersetuju, empat orang atau (3.0 peratus) tidak pasti, 30 orang atau (22.7 peratus)

bersetuju dan 96 orang atau (72.7 peratus) sangat bersetuju dengan penyataan ini.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa min yang ketiga tertinggi iaitu

4.62 dengan sisihan piawai 0.72 yang dipunyai pernyataan “pembelajaran yang aktif

dapat menarik minat saya untuk melibatkan diri”. Terdapat dua orang atau (1.5

peratus) memilih sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini, seorang atau (0.8

peratus) tidak bersetuju dan 3 orang atau (2.3 peratus) tidak pasti terhadap

pernyataan ini. Manakala 33 orang atau (25 peratus) bersetuju dan 93 orang atau

(70.5 peratus) sangat bersetuju.

Bagi pernyataan “saya dapat menumpukan perhatian sekiranya suasana

tempat belajar adalah sejuk.” mempunyai min kedua yang terendah iaitu 3.57 dengan

sisihan piawai 1.23. Dapatan menunjukkan menunjukkan bahawa 9 orang atau (6.8

peratus) telah memilih sangat tidak bersetuju, 16 orang atau (12.1 peratus) tidak

bersetuju, 38 orang atau (28.8 peratus) tidak pasti, 29 orang atau (22 peratus)

bersetuju dan 40 orang atau (30.3 peratus) sangat bersetuju dengan penyataan ini.

Min terendah pula dipunyai oleh pernyataan “saya boleh belajar dengan baik

dalam masa yang singkat.” iaitu 3.07 dengan sisihan piawai 1.13 Seramai 12 atau

(9.1 peratus) telah memilih sangat tidak bersetuju, 25 orang atau (18.9 peratus) tidak

bersetuju, 56 orang atau (42.4 peratus) tidak pasti, 20 orang atau (15.2 peratus)

bersetuju dan 19 orang atau (14.4 peratus) yang sangat bersetuju dengan pernyataan

ini. Secara keseluruhannya, didapati min keseluruhan bagi faktor diri sendiri iaitu

4.17 adalah tinggi.

Jadual 4.16: Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Bagi Suasana

Pembelajaran

SKOR BILANGAN PERATUS

Rendah 0 0

Sederhana 17 12.9

Tinggi 115 87.1

Jumlah 132 100

Page 86: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

71

Jadual 4.16 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut skor bagi

suasana pembelajaran untuk melihat tahap faktor yang mempengaruhi amalan

pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains

Mara Gerik, Perak. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 115 orang responden

menyatakan faktor suasana pembelajaran berada di tahap yang tinggi atau (87.1

peratus). Manakala 17 orang responden menyatakan faktor diri sendiri berada di

tahap yang sederhana atau (12.9 peratus).

4.4 Perbincangan Dapatan Hipotesis Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor terhadap

amalan pembelajaran koperatif iaitu faktor diri sendiri, rakan sebaya, guru dan

suasana pembelajaran dengan jantina

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor diri sendiri dengan jantina. Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dengan jantina.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor guru

dengan jantina. Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor suasana pembelajaran dengan jantina.

4.4.1 Analisis Ujian-t

Jadual 4.17 menunjukkan ujian–t. Ianya digunakan untuk membandingkan

yang signifikan antara faktor diri sendiri, rakan sebaya, guru dan suasana

pembelajaran dengan jantina. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, jadual 4.17

menunjukkan ringkasan statistik yang didapati

Page 87: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

72

Jadual 4.17: Ujian-t untuk perbezaan min

Ujian t untuk perbezaan min

Perkara

t Sig.

(2-tailed)

Perbezaan

min

Terima atau

Tolak

Hipotesis Nol

Diri Sendiri -3.49 0.01 -0.30 Tolak

Rakan Sebaya -1.62 0.107 -0.13 Terima

Guru -1.62 0.107 -0.13 Terima

Suasana

Pembelajaran

-2.95 0.04 -0.24 Tolak

Jadual 4.17 menunjukkan ujian-t untuk perbezaan min bagi diri sendiri,

rakan sebaya, guru dan suasana pembelajaran di Maktab Rendah Sains Mara Gerik,

Perak. Aras signifinikan dua arah yang digunakan ialah 0.05 (α ).

Dapatan kajian mendapati nilai signifikan bagi diri sendiri ialah 0.01 < α =

0.05. Hipotesis nol satu ditolak dan ianya menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan antara faktor diri sendiri dengan jantina.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa nilai signifikan bagi rakan sebaya

ialah 0.107 > α = 0.05. Ini bermakna hipotesis nol dua diterima. Dalam kata lain

ianya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan

sebaya dengan jantina.

Berdasarkan jadual 4.17. Dapatan kajian juga mendapati bahawa nilai

signifikan bagi guru ialah nilai p= 0.107. Memandangkan nilai p lebih besar

daripada nilai α = 0.05. hipotesis nol tiga diterima. Secara tidak langsung ianya

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan sebaya

dengan jantina.

Dapatan kajian yang diperolehi daripada jadual 4.17 juga mendapati nilai

signifikan bagi suasana pembelajaran ialah 0.04 < α = 0.05. Hipotesis nol empat

Page 88: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

73

ditolak dan ianya menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor

suasana pembelajaran dengan jantina

Secara keseluruhannya daripada dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan

bahawa hipotesis nol satu dan nol empat ditolak. Dengan ini, dapat dirumuskan

terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor diri sendiri dan suasana

pembelajaran dengan jantina. Manakala hipotesis nol dua dan nol tiga diterima. Ini

bermakna tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dan

faktor guru dengan jantina.

Page 89: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

74

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan dan menyimpulkan

keputusan kajian secara keseluruhan. Perbincangan ini berdasarkan kepada dapatan

persoalan kajian dan hipotesis kajian yang telah dikemukakan dalam bab empat iaitu

tentang faktor-faktor yangmempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan

pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Selain itu,

cadangan untuk kajian selanjutnya juga disertakan bersama dalam bab ini, bagi

membolehkan maklumat terperinci dihasilkan dan pada masa yang sama, kajian

seumpama ini dapat diperbaiki pada masa hadapan.

5.2 Perbincangan Hasil Kajian Perbincangan tentang hasil kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:- 5.2.1 Perbincangan latar belakang responden 5.2.2 Perbincangan hasil kajian bagi faktor diri sendiri merupakan faktor yang

paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

5.2.3 Perbincangan hasil kajian bagi rakan sebaya merupakan faktor yang paling

dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

Page 90: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

75

5.2.4 Perbincangan hasil kajian bagi faktor guru merupakan faktor yang paling

dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. 5.2.5 Perbincangan hasil kajian bagi faktor suasana pembelajaran merupakan

faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

5.2.6 Perbincangan hasil kajian berdasarkan hipotesis kajian seperti berikut:-

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor diri sendiri

dengan jantina. Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor rakan

sebaya dengan jantina. Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor guru

dengan jantina. Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor suasana pembelajaran dengan jantina.

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden

Kajian ini melibatkan 132 orang responden yang terdiri daripada pelajar

Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Kesemua pelajar ini

dipilih dipilih secara rawak mudah dari kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab

Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Di mana persampelan rawak mudah ialah proses

mencabut sampel di mana-mana unit secara individu dan langsung melalui proses

yang rawak. Ia sesuai digunakan apabila populasi mempunyai sifat yang hampir

seragam.

Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat 28 orang atau (21.2 peratus)

pelajar yang berada di kelas Arcturus. Manakala yang berada di dalam kelas

Page 91: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

76

Al-Nilam seramai 27 orang atau (20.5 peratus), Alhena dan Adhara yang mempunyai

bilangan responden yang sama iaitu seramai 26 orang atau (19.7 peratus) dan kelas

Alnair yang mempunyai bilangan responden seramai 25 orang atau (18.9 peratus).

Ini bermakna kelas Arcturus mempunyai bilangan pelajar yang ramai berbanding

dengan kelas-kelas yang lain.

Melalui kajian ini juga mendapati 65 orang responden atau (49.2 peratus)

orang daripada mereka adalah lelaki dan 67 orang responden atau (50.8 peratus)

orang adalah perempuan.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa bangsa Melayu iaitu 122 orang atau

(92.4 peratus) dan bangsa India iaitu sepuluh orang atau (10 peratus) daripada jumlah

bilangan responden. Analisis data juga menunjukkan bahawa majoriti bilangan adik

beradik mempunyai bilangan adik beradik seramai empat orang iaitu seramai 32

orang atau ( 24.2 peratus). Manakala, majoriti bagi tahap pendidikan bagi ibu dan

bapa adalah pada tahap SPM sahaja.

5.2.2 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Diri Sendiri Merupakan Faktor

Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif.

Dapatan kajian mendapati responden telah memberikan maklum balas yang

positif bagi faktor diri sendiri. Ini bertepatan dengan nilai min keseluruhan iaitu 3.88

dengan sisihan piawai 0.52. Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukan bahawa

93 orang atau (70.5 peratus) bersetuju menyatakan bahawa faktor diri sendiri berada

di tahap yang tinggi. Manakala, terdapat 39 orang atau (29.5 peratus) menyatakan

bahawa faktor diri sendiri berada di tahap yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa

faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan

pembelajaran koperatif.

Page 92: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

77

Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian Tok Hoon Seng

(2006), tentang pembelajaran koperatif adalah satu usaha untuk mengelompokkan

pelajar yang terdiri daripada pelbagai kebolehan ke dalam kumpulan kecil demi

menuju ke arah sasaran umum. Dapatan kajian ini menunjukkan pendekatan

pembelajaran koperatif memainkan peranan yang penting dalam penguasaan Bahasa

Inggeris di dalam kelas.

Kebanyakkan responden menyatakan setuju bahawa pelajar yang memberi

bantuan dan sokongan serta semangat kepada ahli yang lain dapat menghasilkan

pencapaian individu yang maksimum. Ini adalah bersesuaian dengan pendapat Meor

Ibrahim (2000) yang menyatakan bahawa untuk memastikan matlamat pembelajaran

koperatif tercapai, sebagai seorang pelajar perlu memainkan peranan seperti bekerja

secara bersama dalam kumpulan. Selain itu juga, setiap pelajar perlu terlibat secara

aktif di dalam aktiviti yang dilakukan. Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan

pernyataan yang menyatakan bahawa responden suka membantu rakan yang lain,

mendapat min yang kedua tertinggi iaitu 4.26 dengan sisihan piawai 0.82.

Pembelajaran koperatif boleh berlaku apabila pelajar bekerja secara

berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan

memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan

daripada guru. Ini diperkukuhkan dengan pendapat Effandi Zakaria (1998), yang

menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran dimana

pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil.

Ini selari dengan pernyataan yang menunjukkan nilai min yang ketiga tertinggi iaitu

4.08 dengan sisihan piawai 0.81 yang mana menyatakan bahawa responden selalu

berkongsi idea dengan rakan-rakan.

Hasil daripada dapatan kajian juga menunjukkan nilai min untuk setiap item

bagi persoalan kajian mempunyai nilai min yang tinggi. Ini secara tidak langsung

memberi gambaran bahawa faktor diri sendiri merupakan faktor yang paling

dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Sebagaimana menurut Slavin

(1990), semua kaedah pembelajaran koperatif memerlukan pelajar

Page 93: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

78

bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri selain daripada pembelajaran

rakan-rakan sepasukan yang lain.

5.2.3 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Rakan Sebaya Merupakan Faktor

Yang Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

Dapatan kajian mendapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor

yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Melalui dapatan

kajian yang diperolehi dari penganalisaan maka dapat dinyatakan bahawa responden

telah memberikan maklum balas yang positif bagi faktor rakan sebaya. Ini

bertepatan dengan nilai min keseluruhan iaitu 4.18 dengan sisihan piawai 0.47.

Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukan bahawa 98 orang atau (74.2 peratus)

bersetuju menyatakan bahawa faktor rakan sebaya berada di tahap yang tinggi.

Manakala terdapat 34 orang atau (25.8 peratus) menyatakan bahawa faktor rakan

sebaya berada di tahap yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa faktor rakan sebaya

merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

Dalam pembelajaran koperatif peluang untuk berkerjasama dan berinteraksi

sesama rakan sebaya adalah tinggi berbanding dengan pembelajaran tradisional.

Kesan daripada ini akan menyebabkan pelajar dapat menerima maklumbalas yang

boleh memudahkan kefahaman mereka semasa pembelajaran berlaku. Ini

diperkukuhkan dengan pendapat Johnson & Johson (1985) yang menyatakan

bahawa pelajar lain yang membantu proses pembelajaran pelajar lain dengan

berkongsi maklumat, berbincang, mengajar apa yang diketahui dan menggalakkan

mereka untuk pencapaian yang lebih baik. Ini bertepatan dengan pernyataan bahawa

rakan sering membantu responden di dalam pelajaran dalam menerangkan sesuatu

yang kurang difahami di dalam kelas menunjukkan nilai min yang ketiga tertinggi

iaitu 4.08 dengan sisihan piawai 0.81.

Pernyataan ini turut disokong oleh Ghafari Awang (1997), sikap dan minat

seseorang tetap dipengaruhi oleh rakan sebaya. Rakan sebaya dapat membantu

Page 94: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

79

individu meningkatkan kemahiran interaksi dan komunikasi antara individu. Rakan

sebaya yang baik akhlak ketika belajar bersama-sama akan mengembangkan tingkah

laku yang positif dan sebaliknya jika rakan sebaya adalah buruk akhlak. Ini selari

dengan pernyataan bahawa responden sentiasa membuat persediaan awal sebelum

pengajaran dan pembelajaran berlaku bersama dengan rakan.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa interaksi yang terjadi semasa

pembelajaran koperatif diadakan telah dapat dikembangkan dengan baik. Suasana

pembelajaran lebih menyeronokkan dan memberi peluang kepada pelajar untuk

untuk memperkembangkan kognitif mereka. Ini diperkukuhkan dengan pendapat

Kagan (1992) menyatakan bahawa kebaikan pembelajaran koperatif kepada pelajar

adalah berinteraksi dengan orang lain menggalakkan seseorang menyusun semula

pemikiran mereka, misalnya meringkas, menjelas dan memberi contoh. Penyusunan

semula kognitif ini menambah pemikiran peringkat tinggi. Ini selari dengan

pendapat Rohani Abdul Hamid (1998), yang menyatakan bahawa pembelajaran

koperatif yang diamalkan oleh pelajar akan dapat membantu mereka membina

pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara

individu.

5.2.4 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Guru Merupakan Faktor Yang

Paling Dominan Terhadap Amalan Pembelajaran Koperatif

Dapatan kajian mendapati bahawa faktor guru merupakan faktor yang paling

dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Berdasarkan penganalisaan

terhadap persoalan kajian di atas, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden

telah memberikan maklum balas yang positif bagi faktor guru. Ini bertepatan dengan

nilai min keseluruhan adalah tinggi iaitu 4.17 dengan sisihan piawai 0.48. Selain

daripada itu, dapatan kajian juga menunjukan bahawa 114 orang atau (86.4 peratus)

bersetuju menyatakan bahawa faktor guru berada di tahap yang tinggi. Manakala,

terdapat 18 orang atau (13.6 peratus) menyatakan bahawa faktor guru berada di tahap

Page 95: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

80

yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa faktor guru merupakan faktor yang paling

dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif.

Di dalam amalan pembelajaran koperatif, guru yang cekap dan berwibawa

dapat mencorakkan pengajarannya dengan baik. Secara tidak langsung dapat

meningkatkan keyakinan pelajar, menjadikan pembelajaran menarik dan disukai

pelajar, menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajar-

pelajarnya untuk berusaha dan bercita-cita tinggi.

Pernyataan ini turut disokong oleh Abdul Rahim (1999) yang menyatakan

bahawa kemahiran pedagogi, kebolehan intelektual, kepakaran profesional dan sikap

positif yang ditunjukkan oleh guru terhadap tugas dan tanggungjawabnya mendapat

penghargaan yang tinggi daripada pelajar-pelajar. Secara tidak langsung akan dapat

menghidupkan suasana dan keadaan yang mendorong kepada kemajuan pelajar.

Ini diperkukuhkan lagi dengan Teori Konstruktivisme yang menyatakan

bahawa untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus

mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat

baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan

kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat

dibina. Ini bertepatan dengan pernyataan bahawa guru yang sentiasa memberi

penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran yang kurang difahami oleh pelajar akan

menggalakkan mereka untuk pencapaian yang lebih baik.

Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian oleh Linda

Tiong Ming (2004), yang menyatakan bahawa tahap pemahaman konsep pelajar

dalam matapelajaran Sains Tingkatan Empat di daerah Sibu, Sarawak yang

mengikuti pengajaran guru secara koperatif kaedah Jigsaw dengan yang mengikuti

secara tradisional adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan yang

menggunakan kaedah pembelajaran tradisional.

Page 96: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

81

5.2.5 Perbincangan Hasil Kajian Bagi Faktor Suasana Pembelajaran

Merupakan Faktor Yang Paling Dominan Terhadap Amalan

Pembelajaran Koperatif

Dapatan kajian mendapati bahawa faktor suasana pembelajaran merupakan

faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Berdasarkan

penganalisaan terhadap persoalan kajian di atas, dapatan kajian menunjukkan

bahawa responden telah memberikan maklum balas yang positif bagi faktor suasana

pembelajaran. Ini bertepatan dengan nilai min keseluruhan adalah tinggi iaitu 4.17

dengan sisihan piawai 0.48. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukan

bahawa 115 orang atau (87.1 peratus) bersetuju menyatakan bahawa faktor suasana

pembelajaran berada di tahap yang tinggi.

Manakala, terdapat 17 orang atau (12.9 peratus) menyatakan bahawa faktor

suasana pembelajaran berada di tahap yang sederhana. Ini menunjukkan bahawa

faktor suasana pembelajaran merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan

pembelajaran koperatif.

Pernyataan ini turut disokong oleh Abdul Rahim (1999) yang menyatakan

bahawa amalan pembelajaran koperatif menuntut suasana dan keadaan bilik darjah

yang menarik, kreatif dan aktif. Kebolehan seseorang guru kelas mengguna dan

menguruskan ruang yang terhad untuk mewujudkan keselesaan dan kecekapan

pengurusan bilik darjah akan memberikan kesan kepada keadaan dan suasana bilik

darjah.

Menurut Ahmad Md Sharif (1994), pengajaran dan pembelajaran yang

dikatakan menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan

iaitu di mana pengajaran tersebut berpusatkan pelajar. Ini memberi peluang kepada

pelajar berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran

yang lebih berkesan. Ini bertepatan dengan pernyataan bahawa pembelajaran yang

aktif dapat membantu responden dalam meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu

Page 97: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

82

pelajaran dengan nilai min keseluruhan yang tinggi iaitu 4.45 dengan sisihan piawai

0.75.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan, segala

tugas dapat diselesaikan mengikut jadual, sifat tanggungjawab, tolong menolong,

tolenrasi, kerajinan, kerjasama dan kebersihan dapat dipupuk dan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan menyeronokkan apabila suasana

pembelajaran menyeronokkan. Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar

ikut dengan aktif didalamnya. Ini adalah bersesuaian dengan Teori Tingkahlaku

yang menyatakan bahawa keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan

menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar secara aktif seperti

perbincangan dalam kumpulan.

Ini diperkukuhkan dengan pendapat Ee Meng (1990) yang menyatakan

bahawa pengurusan kelas terutamanya pengurusan aktiviti kumpulan yang diuruskan

dengan baik dapat memupuk semangat kerjasama, sikap tolenrasi dan hormat-

menghormati di kalangan murid dapat menghidupkan suasana dan keadaan ini yang

akan mendorong kepada kemajuan pelajar.

5.2.6 Perbincangan Hasil Kajian Berdasarkan Hipotesis Kajian

Berdasarkan hasil kajian menunjukkan nilai signifikan bagi diri sendiri

dengan jantina adalah 0.01 dengan aras signifikan 0.05. Hal ini menunjukkan

hipotesis nol satu ditolak dan ianya menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

antara faktor diri sendiri dengan jantina. Ini menunjukkan majoriti responden

bersetuju bahawa jantina mempengaruhi dalam menentukan faktor diri sebagai faktor

yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Secara umumnya,

responden dalam kajian ini terdiri daripada lelaki dan perempuan yang belajar di

dalam satu kelas berdasarkan pencapaian akademik. Kebanyakan pelajar

mempunyai cara belajar yang berlainan.

Page 98: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

83

Ini diperkukuhkan dengan pendapat Khairuddin Khalil (1996) yang

menyatakan bahawa para pelajar adalah seorang individu. Mereka mempunyai rasa,

hati, fikiran dan perasaan serta mampu membentuk motivasi dalam dirinya. Menurut

Mat Khailil (2000), pelajar lelaki dan perempuan mempunyai dimensi yang berbeza

dari sudut pandangan dan priotiriti sendiri dalam menentukan cara pembelajaran

yang sesuai. Ini adalah bersesuaian dengan teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi

dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi

secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai

realiti tersebut.

Berdasarkan hasil kajian juga menunjukkan nilai signifikan bagi rakan

sebaya dengan jantina adalah 0.107 dengan aras signifikan 0.05. Hal ini

menunjukkan hipotesis nol dua diterima dan ianya menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara faktor rakan sebaya dengan jantina. Ini

menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa rakan sebaya tidak

mempengaruhi dalam menentukan faktor rakan sebaya sebagai faktor yang paling

dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Hal ini berlaku mungkin kerana

pelajar-pelajar lebih rapat dengan rakan sebaya tanpa mengira jantina. Mereka lebih

selesa untuk berkerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat

yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk

diri sendiri, bahkan untuk rakan-rakan yang lain.

Hasil kajian ini turut disokong oleh Tok Hoon Seng (2006) yang menyatakan

bahawa pembelajaran koperatif adalah satu usaha untuk mengelompokkan pelajar

yang terdiri daripada pelbagai kebolehan ke dalam kumpulan kecil demi menuju ke

arah sasaran umum. Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian

oleh oleh Siti Hajar Abd Hamid (2007) yang menunjukkan bahawa penggunaan

kaedah pembelajaran secara koperatif dapat membantu pelajar dan guru di sekolah

dalam usaha untuk memantapkan strategi pengajaran dan pembelajaran mereka.

Pernyataan ini juga turut disokong oleh Noriah Ishak (2004), menyatakan bahawa

hubungan dengan rakan sebaya membolehkan pelajar yang menggunakan

pembelajaran koperatif menunjukkan prestasi yang tinggi dalam ujian pasca yang

dijalankan.

Page 99: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

84

Dapatan kajian juga menunjukkan nilai signifikan bagi guru dengan jantina

adalah 0.107 dengan aras signifikan 0.05. Hal ini menunjukkan hipotesis nol tiga

diterima dan ianya menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

faktor guru dengan jantina. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa

jantina tidak mempengaruhi dalam menentukan faktor guru sebagai faktor yang

paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif. Secara umumnya guru

akan sentiasa mencorakkan pengajarannya yang pelbagai semasa pembelajaran

koperatif dilaksanakan tanpa mengira jantina pelajarnya. Tujuannya adalah untuk

menjadikan sesuatu pembelajaran menarik dan disukai pelajar. Ianya akan

menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajar-pelajarnya

untuk terus mencapai kecemerlangan. Ini bermakna pembelajaran koperatif wajar

digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pembelajaran

bagi meningkatkan pencapaian pelajar.

Pernyataan ini turut disokong oleh Zaenab Hanim (2004) menyatakan bahawa

kemampuan guru menjalankan pembelajaran koperatif sangat rendah dan banyak

mengalami masalah pada peringkat awal tindakan namun kemampuan guru tersebut

semakin meningkat pada peringkat pusingan akhir. Ini diperkukuhkan dengan

pendapat Abdul Rahim (1999) yang menyatakan bahwa guru yang cekap dan

berwibawa dapat mencorakkan pengajarannya yang baik, meningkatkan keyakinan

pelajar dan menjadikan pembelajaran menarik dan disukai pelajar. Pernyataan

tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian oleh Linda Tiong Ming (2004),

yang menyatakan bahawa pengajaran guru secara koperatif adalah lebih tinggi

berbanding dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pembelajaran

tradisional.

Dapatan kajian juga menunjukkan nilai signifikan bagi suasana

pembelajaran dengan jantina adalah 0.04 dengan aras signifikan 0.05. Hal ini

menunjukkan hipotesis nol empat ditolak dan ianya menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan antara faktor suasana pembelajaran dengan jantina. Ini

menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa jantina mempengaruhi dalam

menentukan suasana pembelajaran sebagai faktor yang paling dominan terhadap

amalan pembelajaran koperatif. Hal ini berlaku mungkin disebabkan terdapat

Page 100: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

85

responden yang lebih suka terhadap suasana di dalam bilik darjah yang menarik,

kreatif dan aktif. Tujuannya adalah untuk mewujudkan keselesaan semasa

pembelajaran koperatif dilaksanakan.

Pernyataan ini turut disokong oleh Ee Meng (1990) yang menyatakan bahawa

pengurusan bilik darjah yang baik mewujudkan keadaan-keadaan yang baik serta

prosedur yang efektif bagi menjalankan aktiviti-aktiviti secara pantas dan berkesan.

Ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat Abdul Rahim (1999), yang

menyatakan bahawa keadaan di dalam bilik darjah, pelajar-pelajar yang berdisplin

adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.

Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya.

Ini juga adalah bersesuaian dengan prinsip-prinsip teori behaviorisme yang

menyatakan bahawa keadaan tersebut dapat diwujudkan dengan dengan

menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar secara aktif seperti

perbincangan dalam kumpulan.

5.3 Rumusan Hasil daripada dapatan kajian yang telah dijalankan ini, didapati bahawa

faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan

pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains

Mara Gerik, Perak. Dapatan menunjukan nilai min keseluruhan iaitu 4.18 dengan

sisihan piawai 0.47. Secara keseluruhannya jawapan yang diberikan oleh responden

adalah positif. Ini menunjukkan responden menyatakan faktor rakan sebaya berada

di tahap yang tinggi.

Berdasarkan kepada analisis kajian didapati bahawa faktor demografi iaitu

jantina turut mempunyai perkaitan dalam menentukan faktor yang paling dominan

terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab

Page 101: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

86

Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Di mana melalui penganalisaan yang dibuat

didapati pelajar lelaki atau perempuan tidak menganggap perbezaan jantina

membataskan pergaulan di antara mereka bagi mencapai kejayaan di dalam

pembelajaran. Ini adalah kerana rakan sebaya dapat membantu dalam menggalakkan

mereka untuk pencapaian yang lebih baik. Selain itu juga, kerjasama mudah

diwujudkan di antara mereka adalah kerana mereka tinggal di asrama. Ini

membolehkan mereka mengulangkaji pelajaran atau berkerjasama tanpa mengira

masa.

Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti

diri sendiri, guru dan suasana pembelajaran membantu di dalam amalan

pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains

Mara Gerik, Perak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya terdapat perbezaan

yang kecil di antara keempat-empat faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran

koperatif. Ini bermakna untuk menjayakan sesuatu amalan pembelajaran koperatif,

pelajar-pelajar perlu saling bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling

membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan

menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru bagi menghasilkan

proses pembelajaran yang lebih berkesan.

5.4 Cadangan

Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan

bagi meningkatkan keberkesanan amalan pembelajaran koperatif. Diharapkan

cadangan kajian ini dapat dijadikan garis panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan

untuk menilai kembali perlaksanaan pembelajaran koperatif yang diadakan di

sekolah-sekolah.

Bagi menjayakan perlaksanaan pembelajaran koperatif, ianya memerlukan

beberapa aspek diberi perhatian. Guru yang ingin melaksanakan strategi

pembelajaran jenis ini perlu membuat perancangan pengajaran yang rapi supaya

Page 102: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

87

waktu pengajaran mencukupi. Selain itu juga, agihan tugas yang sesuai diberikan

kepada pelajar supaya pelajar berupaya melibatkan diri secara koperatif dan

membentuk suasana persaingan yang sihat. Guru yang melaksanakan kaedah

pembelajaran koperatif hendaklah berhati-hati supaya dapat memastikan bahawa

pelajar menerima arahan yang boleh memberikan perkembangan pelajaran yang

lengkap, berpeluang untuk berinteraksi secara aktif di antara satu sama lain. Guru

yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan pembelajaran koperatif perlu diberi

pendedahan atau kursus dalam kaedah pembelajaran koperatif supaya mereka dapat

memberikan komitmen yang lebih tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang diadakan.

Persekitaran pembelajaran yang kondusif juga perlu disediakan bagi

peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran tidak hanya

berlegar dalam bilik darjah dengan hanya menggunakan buku teks sahaja tetapi

diperluaskan ke seluruh dunia dengan menggunakan internet dan bahan multimedia.

Penyelidik juga mencadangkan penggunaan waktu berkembar digunakan

untuk setiap sesi pembelajaran yang diadakan. Jumlah waktu yang diperuntukkan

iaitu lebih kurang 55 hingga 60 minit supaya perbincangan dapat dijalankan dengan

selesa.

Cadangan kepada para pelajar agar semangat kerjasama perlu dipupuk

melalui semua mata pelajaran. Pemupukannya juga dapat dilakukan melalui aktiviti

kokurikulum dan khidmat masyarakat. Pemupukan semangat kerjasama bertujuan

untuk melahirkan individu yang mempunyai semangat berkerjasama seterusnya

dapat meningkatkan pretasi pembelajaran dan hubungan sosial. Selain itu juga, para

pelajar perlu mengikuti perubahan pada masa kini iaitu menuntut setiap individu

meningkatkan ilmu pengetahuan, latihan dan kemahiran supaya tidak ketinggalan

dalam arus perdana pendidikan negara. Antara pendekatan yang digunakan ialah

mengikuti seminar dan kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Page 103: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

88

Bahagian Pendidikan yang bertanggungjawab untuk menyelia sekolah-

sekolah supaya dapat menganjurkan kursus-kursus berkaitan teknologi pendidikan

supaya guru-guru dapat memiliki kemahiran merancang pengajaran, menyediakan

bahan-bahan, mempelbagaikan strategi pengajaran dan mampu menguruskan bilik

darjah.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Pembelajaran koperatif adalah satu bidang yang berfaedah untuk dikaji secara

lanjut di masa akan datang. Masih terdapat banyak kajian harus dilakukan berkaitan

dengan pembelajaran koperatif di negara kita. Beberapa cadangan untuk kajian

lanjutan supaya kajian yang akan dibuat akan lebih mendalam lagi. Ini termasuklah

responden kajian tidak dihadkan kepada pelajar peringkat sekolah sahaja tetapi boleh

melibatkan pelajar dari institusi pengajian tinggi yang lain. Kajian juga diperluaskan

kepada banyak sekolah. Kajian selanjutnya boleh dibuat dengan menggunakan

responden dari kawasan bandar dan luar bandar. Kajian ini juga harus dijalankan

kepada pelajar yang bercapaian rendah.

5.6 Kesimpulan

Pendidikan merupakan satu bidang yang penting, di mana menerusinya akan

lahirlah generasi muda yang bakal memimpin negara. Namun dalam merealisasikan

matlamat ini pelbagai perkara perlu diberikan penekanan. Di antaranya ialah

memastikan bahawa kaedah pembelajaran yang digunakan perlu bersesuaian dengan

tahap penerimaan pelajar. Ini adalah bertujuan untuk memastikan terdapatnya

peningkatan di dalam pencapaian pelajar. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini

menunjukkan dengan jelas bahawa kaedah pembelajaran koperatif adalah berkesan

dalam meningkatkan tahap pemahaman, kemahiran menyelesaikan masalah dan

dapat menimbulkan keseronokan untuk belajar di samping mengeratkan

perhubungan sosial di antara pelajar dengan guru.

Page 104: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

89

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abdul Rashid (1999). “Wawasan dan Agenda Pendidikan”. Kuala

Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Md. Shariff (1994), “Strategi Pendidikan Bahasa Melayu” Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aronson, Elliot (1978). “The Jigsaw Classroom”. Newbury, California : Sage

Publications.

Atan Long (1988). “ Psikologi Pendidikan”Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahman

Hamdan (2007). “Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan”. Universiti

Teknologi Malaysia: PTS Professional.

David W. Johnson, Roger T. Johnson (1991). “Learning Mathematics and

Cooperative Learning Lessons Plans For Teachers.” Boston: Allyn & Bacon.

First Edition.

Ee Ah Meng, (1990). “ Psikologi Perkembangan “. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar

Bakti.

Efendi Zakaria (1998). “Pembelajaran Koperatif”. Bangi:Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Page 105: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

90

Esah Sulaiman (2004). “Pembelajaran Koperatif”. Skudai : Universiti Teknologi

Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Ghafari Awang (1997).“Kepemimpinan Dan Keberkesanan Sekolah”. Jurnal

Pendidikan 32 : 3 – 4

Hidhir Ismail (2004). “Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif Bagi

Matapelajaran Balagah Peringkat Sijil Menengah Agama Di Sekolah Menengah

Agama Lughatul Quran, Muar”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana

Muda.

Johnson, D.W & Johnson, R (1985). “Learning Together and Alone: Cooperative

Competitive and Individualistic Learning”. Boston: Allyn & Bacon. First Edition.

Kagan, S (1992). “Cooperative Learning Resources For Teachers”. Riverside, CA:

University of California at Riverside.

Kamarudin Hj. Husin (1997). “Pedagogi 2”. Edisi Pertama. Selangor:Logman

Malaysia.

Khairuddin Khalil (1996). “Keusahawanan Sebagai Kerjaya”. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa & Pustaka.

Linda Tiong Ming (2004). “ Satu Kajian Keberkesanan Pembelajaran Koperatif

(Kaedah Jigsaw) Dalam Matapelajaran Sains Tingkatan Empat Di Daerah Sibu,

Sarawak”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Manja Mohd Ludin, (1990). “ Psikologi Sosiologi Dan Falsafah Dalam Pendidikan

”.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Page 106: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

91

Mat Khailil Muhammad Nor (2000). “Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan

Kerjaya Di Kalangan Remaja Melayu Di Daerah Kinta”. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Meor Ibrahim (2000). “Strategi Pendidikan Di Malaysia”. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa & Pustaka.

Mohd. Majid Konting (1988). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Edisi ke 4. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting (1994). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Jabatan Asas Pendidikan :

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Najib Ghafar (2003). “Reka Bentuk Soal Selidik Pendidikan”. Johor :

Universiti Teknologi Malaysia.

Mok Soon Sang (2005). “Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah Komponen

1 & 2”. Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nadiah Amirah Peroleh 19 1A SPM 2006 .Berita Harian, 4 Mac 2006. Ng Kim Choy (1999). “Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif”. Sandakan : Maktab

Perguruan Sabah. Tidak Diterbitkan.

Nor Azizah Salleh (2001). “Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran-Kooperatif

”.Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Page 107: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

92

Noriah Ishak (2004). “Penggunaan Peta Konsep Dan Pembelajaran Koperatif Dalam

Matapelajaran Sejarah”. Jurnal Pendidikan 27 : 47 – 57

Normah Binti Salleh (2007). “Mengkaji Hubungan Di Antara Pembelajaran

Koperatif (Kemahiran Generik) Dengan Kemahiran Menggunakan E-

Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Yang Mengambil Subjek Telekomunikasi Dan

Rangkaian Di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor”. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Robert E Slavin (1990). “Cooperative Learning: Theory Research and Practise”.

Englwood Cliffs, New Jersey : Prentice Hall.

Rohani Abdul Hamid (1998). “Keperluan Pendidikan Abad Ke-21: Projek Sekolah

Bestari. Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara”. Universiti Kebangsaan

Malaysia : 26-27.

Sharan, S (1980). “Cooperative Learning in Small Group: Recent Method and Effect on Achievement, Attitude and Ethnic Relations”. Review of Educational

Research. Siti Hajar Abd Hamid (2007). “Pembelajaran Koperatif Menggunakan E-

Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Yang Mengambil Subjek Telekomunikasi Dan

Rangkaian, Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Johor”. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Slavin, R.E (1990). “Cooperative Learning: Theory, Research and Practice”.

Massachussetts: Simon & Schuster Inc.

Suhaida Abdul Kadir (2002). “Perbandingan Pembelajaran Koperatif Dan

Tradisional Terhadap Prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri. Akademik

Dan Hubungan Sosial Dalam Pendidikan Perakaunan”.Universiti Sains Malaysia:

Tesis Sarjana Muda.

Page 108: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

93

Tok Hoon Seng (2006). “Cooperative Learning And Achievement In English

Language Acquisition N A Literature Class In A Secondary School”. Universiti

Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Universiti Teknologi Malaysia (2007). “ Panduan Menulis Tesis”. Johor : Universiti

Teknologi Malaysia.

Wan Md Hatta Wan Ahmad (1999). “ Keberkesanan Penggunaan KIT Pembelajaran

Bermodul Dan Pembelajaran Koperatif Keatas Tajuk Haba Dan Suhu”.

Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda

Wan Zakaria Wan Ismail (1998).“Pendekatan Pembelajaran Komperatif Di Dalam

Mata Pelajaran Teknologi Automatif : Satu Kajian”. Universiti Teknologi

Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Weigel, R.G. Dan Weigel, WM (1967). “The Relationship Of Knowledge And

Usage Of Study – Skill Techiques To Academic Performance”. Jurnal Of

Educational Research.61 : 78-80.

Zaenab Hanim (2004). “Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif Dalam

Pengajaran Matematik Di Sekolah Rendah”. Jurnal Pendidikan 29 : 37 – 40

Zaidatol Akmaliah (1990). “Pentadbiran Pendidikan” . Petaling Jaya. Fajar Bakti.

Page 109: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

LAMPIRAN A

Borang Soal Selidik Responden

Page 110: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR

SOAL SELIDIK PROJEK SARJANA MUDA

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Para pelajar yang dihormati,

Tujuan saya mengedarkan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan

maklumat serta data bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda saya yang bertajuk:

:

TINJAUAN AMALAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN DUA MAKTAB RENDAH SAINS MARA GERIK,

PERAK

Set soal selidik ini mengandungi 2 bahagian:-

Bahagian A : Maklumat dan latar belakang responden

Bahagian B : Soal selidik

Panduan untuk menjawab soal selidik.

1. Kerjasama anda adalah diharapkan untuk menjawab semua soalan yang

terkandung dalam set ini.

2. Semua maklumat yang diberi adalah rahsia dan bertujuan untuk kajian semata-

mata.

3. Kejujuran anda memberi maklumat akan kejituan kajian ini.

4. Ribuan terima kasih diucapkan di atas kerjasama anda dalam menjayakan

penyelidikan ini.

Penyelidik :-

INTAN SAPINAS BINTI BAHURI

4 SPH

94

Page 111: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

BAHAGIAN A

Arahan : Sila tandakan [ / ] pada petak yang berkenaan atau nyatakan pada ruang

yang disediakan pada ruangan yang telah disediakan.

1-Tingkatan: ............................................

2-Jantina:

a. Lelaki [ ]

b. Perempuan [ ]

3-Bangsa:

a. Melayu [ ]

b. Cina [ ]

c. India [ ]

d. Lain-lain ( Sila nyatakan )………………………… [ ]

4-Bilangan Adik-Beradik : ..................................... orang

5-Tahap Pendidikan Bapa : ......................................

6-Tahap Pendidikan Ibu : ......................................

7-Pekerjaan Bapa

a. Pekerja Kerajaan [ ]

b. Pekerja Swasta [ ]

c. Sendiri [ ]

d. Lain-lain ( Sila nyatakan ) ............................................ [ ]

8-Pekerjaan Ibu

a. Pekerja Kerajaan [ ]

b. Pekerja Swasta [ ]

c. Sendiri [ ]

d. Lain-lain ( Sila nyatakan ) ............................................ [ ]

95

Page 112: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

BAHAGIAN B

ARAHAN : Bagi soalan-soalan di bawah, sila bulatkan nombor pada

pilihan yang anda rasakan paling sesuai berdasarkan panduan yang diberi. Pilih satu jawapan sahaja.

Panduan dan Contoh :- 1. Sangat tidak setuju ( STS ) 2. Tidak setuju ( TS ) 3. Tidak pasti ( TP ) 4. Setuju ( S ) 5. Sangat setuju ( SS ) Bil. Item STS TS TP S SS 0. Saya mesti belajar bersungguh-sungguh supaya lulus peperiksaan. 1 2 3 4 5

BIL

ITEM

STS

TS

TP

S

SS

1 Saya suka belajar secara berkumpulan.

1 2 3 4 5

2 Saya suka membuat nota.

1 2 3 4 5

3 Saya suka mengulangkaji pelajaran.

1 2 3 4 5

4 Saya seronok melakukan aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa pembelajaran.

1 2 3 4 5

5 Saya bebas mengeluarkan pendapat semasa pembelajaran berlaku.

1 2 3 4 5

6 Saya selalu berkongsi idea dengan rakan-rakan.

1 2 3 4 5

96

Page 113: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

BIL

ITEM

STS

TS

TP

S

SS 7 Saya suka membantu rakan yang lain.

1 2 3 4 5

8 Saya suka mengedar nota kepada rakan-rakan yang lain.

1 2 3 4 5

9 Saya sentiasa membuat persediaan awal sebelum pengajaran dan pembelajaran berlaku.

1 2 3 4 5

10 Saya sentiasa suka bertanya kepada guru jika saya tidak memahami sesuatu topik.

1 2 3 4 5

11 Rakan saya sering membantu saya di dalam pelajaran.

1 2 3 4 5

12 Saya sentiasa mengadakan perbincangan dengan rakan.

1 2 3 4 5

13 Saya sentiasa bertukar-tukar nota dengan rakan.

1 2 3 4 5

14 Saya suka belajar bersama rakan.

1 2 3 4 5

15 Saya sentiasa meminta rakan supaya menerangkan sesuatu yang kurang difahami di dalam kelas.

1 2 3 4 5

16 Saya sentiasa membuat rujukan daripada sumber-sumber lain selain buku teks dengan rakan.

1 2 3 4 5

17 Saya sentiasa membuat persediaan awal sebelum pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan rakan.

1 2 3 4 5

18 Saya sering berkongsi idea dengan rakan.

1 2 3 4 5

19 Saya sentiasa menyelesaikan kerja rumah bersama rakan.

1 2 3 4 5

20 Saya sentiasa berkerjasama dengan rakan.

1 2 3 4 5

21 Guru sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran.

1 2 3 4 5

22 Guru sentiasa memberi penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran yang kurang difahami.

1 2 3 4 5

97

Page 114: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

BIL

ITEM

STS

TS

TP

S

SS 23 Guru sentiasa memberikan kerja di rumah.

1 2 3 4 5

24 Guru sentiasa mengadakan aktiviti berkumpulan.

1 2 3 4 5

25 Guru sentiasa menerangkan isi pembelajaran

sebelum aktiviti dilakukan.

1 2 3 4 5

26 Guru sentiasa memberikan masa yang mencukupi untuk melakukan aktiviti.

1 2 3 4 5

27 Saya mudah memahami sesuatu pelajaran apabila mendengar dengan baik ketika guru sedang mengajar.

1 2 3 4 5

28 Guru kerap mengedarkan nota tentang isi pelajaran yang dipelajari pada hari ini.

1 2 3 4 5

29 Guru sentiasa mengadakan sesi perbincangan semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

1 2 3 4 5

30 Guru sentiasa membimbing aktiviti yang dijalankan.

1 2 3 4 5

31 Saya suka belajar di luar kelas.

1 2 3 4 5

32 Pembelajaran di dalam kelas menyeronokkan.

1 2 3 4 5

33 Saya dapat menumpukan perhatian sekiranya suasana tempat belajar adalah sejuk.

1 2 3 4 5

34 Saya boleh belajar dengan baik dalam masa yang singkat.

1 2 3 4 5

35 Saya suka belajar dalam keadaan hati yang tenang.

1 2 3 4 5

36 Saya suka belajar di dalam kelas yang bersih.

1 2 3 4 5

37 Pembelajaran yang aktif dapat menarik minat saya untuk melibatkan diri.

1 2 3 4 5

38 Saya suka suasana pembelajaran yang aktif.

1 2 3 4 5

39 Pembelajaran yang aktif dapat membantu saya dalam meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu pelajaran.

1 2 3 4 5

40 Saya suka belajar di dalam kelas yang bersih.

1 2 3 4 5

Sekian, Terima Kasih.

95 98

Page 115: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

LAMPIRAN B

Surat Pengesahan Kesahan Soal Selidik

Page 116: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

97 99

Page 117: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

LAMPIRAN C

Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan ( BPPDP/ EPRD)

Page 118: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

100

Page 119: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

101

Page 120: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

LAMPIRAN D

Surat Pengesahan Pelajar

Page 121: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

102

Page 122: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

LAMPIRAN E

Keputusan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik

Page 123: tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar ...

98 103