Tatabahasa
-
Upload
nor-baizura-soyod -
Category
Documents
-
view
2.037 -
download
5
description
Transcript of Tatabahasa
Buat anak-anak didikku, selamat kembali ke sekolah dan
selamat belajar. Semoga anda semua menjadi insan
cemerlang.
Mari kita mulakan pelajaran Bahasa Malaysia dengan Kata
Tugas
Kata Tugas ialah golongan perkataan selain Kata Nama, Kata
Kerja dan Kata Sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu
dalam binaan ayat, klausa dan frasa.
Kata tugas ialah sejenis kata yang hadir dalam ayat, klausa atau
frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu.
Kata tugas bertugas sebagai penyempurna atau pelengkap
sesuatu ayat. Tanpa kata tugas, sesuatu ayat akan janggal dan
tidak gramatis.
Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti
dalam sebarang frasa utama.
Kata tugas tidak membawa makna apa-apa jika wujud atau hadir
bersendirian tanpa golongan kata lain seperti kata nama, kata
kerja dan kata adjektif.
Sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada
sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas
lain.
Kata tugas dapat dibahagikan kepada 16 jenis berdasarkan tugas
dan peranan yang dibawanya.
Antaranya:
Kata Hubung ( dan,kecuali,serta,kerana,supaya…)
Kata Bilangan ( satu,setengah,kedua,bertiga-tiga…)
Kata Tanya ( siapa,apa,mengapa…)
Kata Sendi Nama ( dari,daripada, pada…)
Kata Perintah ( sila,jangan,usah…)
Kata Pangkal Ayat
Kata Seru ( amboi,cis,wah…)
Kata Bantu ( telah,sudah,sedang,pernah,mahu,hendak…)
Kata Penguat (agak , paling, sangat, amat...) Kata Penegas (-kah,-tah,-lah,juga,pun,lagi…) Kata Pemeri ( ialah,adalah) Kata Pembenar ( ya,benar,betul) Kata Nafi ( bukan,tidak) Kata Arah ( atas,hadapan,bawah,tepi,luar…) Kata Penekan ( -nya-- Memberi penegasan bagi kata yang
digandingi) Kata Pembenda ( -nya-- Menjadikan kata bukan nama
sebagai kata nama)
A. Kata Hubung
Kata Hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan
ayat.
Kata Hubung terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
(i) Kata Hubung Gabungan,
(ii) Kata Hubung Pancangan,
(iii) Kata Hubung Berpasangan.
Dalam Bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk
gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kata Hubung Gabungan dan Kata Hubung
Pancangan.
Contoh Kata Hubung :
Contoh Contoh
dan Lau dan Ah Lim berjiran.
kerana Aminah menangis kerana terlalu sedih.
apabila Mukanya pucat apabila dikejut oleh adiknya.
lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
hingga Abang menonton televisyen hingga larut malam.
Jika Saya akan berpayung jika hujan.
agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia
segera. Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina sebuah
rumah yatim.
kecuali Semua murid hadir pada hari ini kecuali Kalai.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan
masih sihat.
semenjak Saya berkawan dengan Ali semenjak kecil.
sungguhpu
n
Sungguhpun orang itu cacat, tetapi orang itu
mampu berdikari.
supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya mendapat
keputusan yang cemerlang.
walaupun Walaupun letih, kerja itu dapat diselesaikannya
juga.
tetapi Badannya besar tetapi penakut.
Latihan Interaktif Kata Hubung
http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/latihan_3.htm
B. Kata Sendi
Kata Sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam Bahasa Melayu.
Kata Sendi Nama merupakan kata depan kepada kata nama dan frasa nama.
Kata tugas lain tidak membentuk frasa. Kata Sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
Kata Sendi Nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Antara kata Sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu seperti berikut:di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
Sendi Nama
Tugas/contoh Contoh Ayat:
diMenunjukkan tempat Menunjukan perbuatan
Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
keMenunjukkan tempat atau arah tujuan (Menunjukkan waktu
Mereka akan ke Ipoh esok.
dari
Menunjukkan tempat atu arah datangMenunjukkan waktu atau masa
Ely datang dari Kelantan
kepada
Menunjukkan sasaran/ditujukanMenunjukkan bahagian sesuatuMenunjukkan perubahan keadaan
Kita mesti hormat kepada ibu bapa.
daripada
Menunjukkan punca Menunjukkan sumber atau asal sesuatu Menunjukkan perbandingan
Ukiran itu diperbuat daripada perak.
pada
Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu Menunjukkan keterangan waktu
Pey Wan tiba pada pukul lapan malam
untuk
Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan
Hadiah ini untukmu
bagiMenunjukkan kegunaan sesuatu
Derma bagi mangsa banjir sedang dipungut.
demi menunjukkan tujuan Demi anaknya, dia terpaksa keluar
menunjukkan urutanUntuk menegaskan sesuatu
bekerja di luar negara.
tentang Menunjukkan rujukan Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara.
dengan
Menunjukkan turut sertaMenunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukanMenunjukkan benda yang digunakanMenunjukkan persamaan
Dana memotong kek itu dengan pisau yang tajam.
sejak, semenjak
Menjadi penanda waktu atau masa
Milah sentiasa gembira sejak / semenjak suaminya pulang dari perantauan.
terhadapMenunjukkan rujukan yang tentu
Kita mesti taat terhadap negara kita.
olehMenunjukkan pembuat dalam ayat pasifMenunjukkan sebab
Kuih ini dibuat oleh Nadiah
akanMenunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
Diana amat sayang akan / kepada ayahnya.
hingga, sampai
Menunjukkan had masa atau peringkat
Abu belajar hingga / sampai peringkat universiti.
seperti, bagai, umpama, laksana, bak
Menunjukkan perbandingan
Suaranya merdu seperti/ umpama / laksana / bagai buluh perindu.
Latihan Interaktif Kata Sendi Nama
http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm28.HTM