TUGASAN TATABAHASA

24
TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 2 2.0 Objektif Tugasan 2 3.0 Pemasalahan kajian yang lepas 3 - 7 4.0 Jenis-Jenis Ayat Majmuk 8 -9 5.0 Analisis Artikel 5.1. Ayat Majmuk Gabungan 5.2. Ayat Majmuk Relatif 5.3.Ayat Majmuk Pancangan 5.4.Peratus Penggunaan Jenis-Jenis Ayat Majmuk 9 - 11 6.0 Penutup 12 Rujukan 13 Lampiran Artikel 14 1

description

BRM3033

Transcript of TUGASAN TATABAHASA

TUGASAN INDIVIDU BRM 3013 | D20112053459

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0Pengenalan2

2.0Objektif Tugasan2

3.0Pemasalahan kajian yang lepas3 - 7

4.0Jenis-Jenis Ayat Majmuk8 -9

5.0Analisis Artikel5.1. Ayat Majmuk Gabungan5.2. Ayat Majmuk Relatif5.3.Ayat Majmuk Pancangan5.4.Peratus Penggunaan Jenis-Jenis Ayat Majmuk9 - 11

6.0Penutup12

Rujukan13

Lampiran Artikel14

1.0. PengenalanDalam bidang penulisan Bahasa Melayu, seorang penulis memang tidak dapat lari dari penggunaan tatabahasa. Olahan penulisan terserah kepada kemahiran berbahasa seseorang dan kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat. Tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Bidang tatabahasa mengkaji cara-cara perkataan itu terbentuk dan selanjutnya bagaimana(cara) perkataan itu bercantum membentuk frasa dan ayat.Kajian tentang bidang tatabahasa dilakukan dari dua segi, iaitu cara perkataan itu dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan itu disusun menjadi ayat.Contoh pembentukan kata ialah perbincangan tentang cara perkataan terbentuk melalui penggabungan awalan, akhiran dan apitan, manakala contoh pembentukan ayat ialah perbincangan tentang subjek dan predikat serta pola ayat. Bidang huraian pada peringkat perkataan dikenali sebagai morfologi manakala peringkat ayat dikenali sebagai sintaksis.Dengan perkataan lain, bidang tatabahasa terbahagi dua, iaitu morfologi dan sintaksis.2.0. OBJEKTIF TUGASANPengetahuan mengenai tatabahasa biasanya menjadi asas di dalam logik. Pelajar yang mengetahui tatabahasa akan dapat menyusun hujahan-hujahan di dalam bahasa yang rapi.Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar bertutur (dan mengarang) dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain.Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar dapat memahami dengan lebih jelas akan pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya.Kefahaman tatabahasa berguna kepada orang-orang dewasa atau pelajar-pelajar di peringkat tinggi, terutama apabila belajar bahasa asing, kerana mereka lebih sukar belajar menerusi rumusan yang tertentu.Kefahaman tatabahasa adalah penting untuk peperiksaan kerana soalan-soalan bahasa yang khusus mengenai tatabahasa.Kefahaman tatabahasa membolehkan pelajar menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut rumusan tatabahasa bahasa itu.3.0. PEMASALAHAN KAJIAN YANG LEPASDibawah ini adalah satu analisis dihasilkan oleh Salomah Ahmad Rashid berkaitan jenis-jenis Ayat Majmuk.

Analisis penggunaan ayatAnalisis penggunaan ayat yang terdapat dalam rencana keratan sebuah akhbar Berita Harian pada halaman 26 dan halaman 27 iaitu 25 Mac 2013 bertajukLambakan ubat haram tidak terkawal.(penulis: Felo di Institut Pengajian Kewartawanan, UiTM). Dalam artikel beliau, terdapat penggunaan kata hubungdantelah diselitkan antara ayat untuk menggabungkan dua ayat atau lebihdijadikan satu ayat majmuk gabungan. Penulis mengharapkan agar apa yang ingin disampaikan membolehkan pembaca memahami dan mendapat maklumat yangdiperoleh dengan jelas. Antara contoh ayat majmuk gabungan yang terdapat dalam artikel adalah seperti berikut:

Bayangkan, segala bentuk ubat-ubatan mahupun kapsul, pil, cecair dan krim adalah bahan penting bagi pesakit.Ia terdapat di Johor, Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan serta dalam kuantiti yang besar.Berat badan semakin susut dan tiada lagi perut buncit.Di samping kecelaruan pengiklanan dan pengedaran ubat-ubatan, terdapat juga gejala ubat tiruan.

Terdapat ketidakseimbangan pengedaran ubat-ubatan berkenaan, pilih kasih dan harga tidak adil kepada pengguna.Di samping kecelaruan pengiklanan dan pengedaran ubat-ubatan, terdapat jugagejala ubat tiruan.Tanggungjawab pengusaha farmaseutikal ke atas pengguna mengenai mutu ubat-ubatan, harga, pelabelan dan pembungkusan.Pengguna tidak lagi menanam bahan makanan mereka sendiri, mendirikan rumah sendiri dan membancuh bahan perubatan mereka sendiri.Bagi mereka yang dijangkiti atau diserang penyakit serius dan kronik, ubat adalah pelindung daripada keadaan lebih teruk atau maut.

Terdapatjuga penggunaan ayat majmuk campuran dengan susunan biasa atau susunan songsang agar ayat tersebut menjadi lebih gramatis. Banyak ayat majmuk campuran digarapkan dalam karya penulisan oleh penulis tersebut. Kepelbagaian ayat majmuk yang gramatis mencerminkan kemahiran dalam menyampaikan maklumat penulisan untuk mengutarakan kemusykilannyaatau memberi gambaran yang sebenar.Adacontoh-contohayat yang relevan agar penjelasan yang lebih tepat dapat diutarakan. Oleh sebab itu penggunaan ayat campuran menjadikan ayat tersebut menjadi ayat yang lebih kompleks. Kebanyakkan ayat yang dibina juga biasanya panjang. Berikut beberapa contoh ayat yang diambil dari petikan rencana berbentuk ayat majmuk campuran yang terdiri daripada berbagai-bagai bentuk ayat yang digabungkan iaitu;i.ayat keterangan + ayat gabunganii.ayat gabungan + ayat relatifiii.ayat relatif + ayat keteranganiv.ayat keterangan + ayat relatifv.ayat relatif + ayat gabunganCara pengedaran dan pemasaran industri ubat-ubatan negara ini semakin bercelaru dan luar kawalan.Sudah tiba masanya pihak yang berkaitan di Kementerian Kesihatan mengambil tindakan proaktif dan segera untuk mengelak masalah yang lebih besar berlaku dalam masyarakat.(ayat gabungan dan ayat relatif)Oleh itu, ubat wajib dipromosikan dengan telus, jujur dan ditawarkan kepada seramai rakyat negara ini yang memerlukan dengan harga yang berpatutan. (ayat gabungan + ayat relatif)Baru-baru ini, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, seperti dilaporkan oleh akhbar pada 31 Januari lalu, menyerbu 35 permis dan stokis di lima negeri secara serentak dan merampas 6,283 botol ubat peransang seks.(ayat keterangan + ayat gabungan)Apa yang memeranjatkan ialah produk itu amat berbahaya kerana mengandungi bahan sildenafil atau viagra dalam dos yang tidak dibenarkan dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.( ayat keterangan + ayat gabungan )Kajian rambang yang dilakukan penulis menunjukkan permintaan ke atas ubat-ubatan seperti ini dipromosikan melalui iklan yang meragukan, terutama ubat-ubatan untuk melangsingkan badan wanita supaya penggunanya lebih berahi dilihat.(ayat relatif + ayat keterangan)Adalah dipercayai industri farmaseutikal negara ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku di negara yang boleh dianggap sosioekonominya lebih rendah dari Malaysia.(ayat keterangan + ayat relatif)Dalam satu laporan sebuah akhbar tempatan awal Januari lalu, beberapa doktor swasta tidak bermoral telah meraih keuntungan denganmenjual semula ubat yangtelah mereka beli dengan harga murah daripada syarikat farmaseutikal kepada orang tengah dengan harga lebih tinggi. (ayat keterangan + ayat relatif)Orang tengah ini kemudian menjual ubat itu kepada peruncit farmasi, dan ia dijual dengan harga lebih tinggi lagi kepada orang ramai yang memerlukannya.(ayat gabungan + ayat relatif)Kedai-kedai farmasi tidak dapat ubat-ubatan itu secara terus kerana sebilangan besar syarikat farmaseutikal menjual bahan pengeluaran mereka mengikut struktur harga yang memilih dan berdiskriminasi. (ayat keterangan + ayat gabungan)Ada doktor di klinik swasta yang dipilih mendapat harga jauh lebih rendah danubatan eksklusif untuk mereka. (ayat relatif + ayat gabungan)Pertubuhan Farmaseutikal Malaysia baru-baru ini telah mendesak syarikat pengeluar ubat supaya berhenti menawarkan harga diskriminasi dan produk mereka patut diedarkan kepada semua kategori peramal profesional kesihatan dengan harga yang adil dan saksama.( ayat keterangan +ayat gabungan)Menurut rencana dalam sebuah akhbar tempatan 14 Februari lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menegaskan pembuat dan pembekal yang mengetahui ubat-ubatan itu adalah ubat tiruan, namun dengan sengaja mengedarkannya akan dianggap oleh masyarakat sebagai melakukan perbuatan keji yang dikira sebagai pembunuh.(ayat gabungan + ayat keterangan)Terdapat dua agensi kerajaan yang boleh bertindak menghindar aktiviti tidak berperikemanusian ini iaitu Suruhanjaya Persaingan Malaysia dan Bahagian Farmaseutikal di Kementerian Kesihatan melalui Dasar Perubatan Kebangsaan. (ayat relatif + ayat gabungan)Kedua-dua badan ini perlu bergabung tenaga dan menyelaraskan aktiviti kawalan untuk menghindar gejala yang hanya menanti untuk menjadi masalah yang lebih besar.( ayat gabungan + ayat relatif)Pihak Kementerian Kesihatan juga perlu bekerjasama dengan Lembaga Piawaian Pengiklanan (ASAM)agar penguatkuasaan yang lebih rapi dapat diadakan.(ayat keterangan + ayat relatif)Penipuan dan teknik pengiklanan yang dicurigai dari segi etika yang digunakan dalam pengiklanan ubat. (ayat gabungan dan ayat relatif)Persoalan antara pengguna yang peka dan pengguna yang jahil sebagai asas untuk menentukan iklan yang menipu.(ayat gabungan + ayat relatif)Pada zaman moden ini yang bercirikan ekonomi kompleks, pengkhususan yang mendalam, dan kepadatan kawasan bandar, pengguna bergantung kepada pembuat barangan untuk keperluan mereka. ( ayat gabungan + ayat keterangan)Ekonomi yang kompleks hari ini telah membuat pengguna lebih bergantung kepada pengusaha perdagangan bagi kesinambungan dan peningkatan nilai hidup mereka.(ayat relatif + ayat gabungan)Keperluan ubat-ubatan mereka boleh datang dari kilang yang beribu batu jauh dan dicipta dengan bahan bancuhan kimia dan peralatan teknikal yang penggunanya sendiri tidak tahu.( ayat gabungan + ayat relatif)Di Filipina, ubat yang dianggap mustahak mempunyai harga siling bagi menentukan harga runcitan adalah yang mampu dibeli rakyatnya.(ayat relatif + ayat keterangan)

Masih terdapat ayat dalam artikel mengandungi ayat yang masih tidak gramatis penggunaan ayatnya walaupun kata hubung telah dimasukkan dalam ayat tersebut untuk membentuk ayat majmuk. Contoh ayat:-Bagi ubat yang dianggap mustahak untuk menyekat atau menghindar penyakit serius, ia tidak ditawarkan secara meluas dan dengan harga yang munasabah.(ayat tidak gramatis dan didapati mengandungi 2 kata sendidan denganyang serentak digabungkan dalam ayat tersebut.)Keselamatan ubat-ubatan tanggungjawab moral dan perundangan oleh pembuat dan pembekal serta kebaikan dan kelemahan kawalan kendiri dan kerajaan bagi melindungi pengguna. (ayat tidak gramatis)Perlu diingatkan, terdapat iklan ubat-ubatan yang menggunakan istilah perubatan atau kimia yang mana seseorang pengguna biasa tidak faham pun. (ayat tidak gramatis)

Kebaikan kajianPenulis telah memberikan banyak contoh ayat-ayat majmuk yang terdapat dalam artikel yang dianalisis. Penerangan yang dibuat juga boleh difahami dan jelas besertakan contoh-contoh yang diberikan. Kajian secara keseluruhannya adalah satu kajian yang boleh difahami.

Kelemahan kajianKajian yang dibuat tidak secara terperinci menyentuh tentang penggunaan ayat majmuk gabungan, relative dan pancangan. Kajian perlu menyertakan contoh-contoh bagi setiap ayat majmuk dalam artikel yang dianalisis. Kajian juga tidak memberikan rumusan tentang penggunaan jenis-jenis ayat majmuk yang terdapat dalam artikel yang dikaji.

4.0. JENIS-JENIS AYAT MAJMUK

Ayat majmuk terdiri dar 3 jenis utama iaitu ;1. Ayat Majmuk Gabungan.2. Ayat Majmuk Pancangan.3. Ayat Majmuk Campuran.

1.Ayat majmukgabunganialah ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung gabungan sepertiatau, dan, lalu, malahan, sambil serta tetapi bagi, seraya, kecuali, melainkan, manakala, bahkan, kemudiandan kata hubung gabungan lain.

Contoh:a. Awak boleh memakai kasut putihataukasut hitam.- Awak boleh memakai kasut putih.- Awak boleh memakai kasut hitam.b. Halim memelihara ikan sepatdanikan keli.- Halim memelihara ikan keli.- Halim memelihara ikan sepat.c. Ramli menyanyisambilmenari.- Ramli menyanyi.- Ramli menari.

2.Ayat majmuk pancanganialah ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung pancangan sepertiagar, bahawa, jika, untuk, ketika, semasa, setelah, semenjak, selagi, selama, supaya, hingga, walaupun...

Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu pancangan relatif, pancangan komplemen dan pancangan keterangani) Ayat majmuk jenis ini dikenali dengan kata hubung relatif yang. Yang digunakan untuk memancangkan klausa kecil ke dalam klausa induk.

Contoh:a. Wanitayangmenjadi calon ibu misali itu ibu saya.- Wanita itu menjadi calon ibu misali.- Wanita itu ibu saya.

3.Ayat majmuk campuranialah ayat yang mengandungilebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung. Contoh:a. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut serta sopan-santun yang tinggi nilainya lagi mulia.* Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk di atas , iaitu:1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia.2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut.3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang tinggi nilainya lagi mulia.

5.0. ANALISIS ARTIKEL

Artikel yang saya pilih adalah Oleh Dr. Khairunneezam Mohd. Noor (Pensyarah Kanan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.) yang bertajukPenghayatan ilmu dalam kalangan kanak-kanak

Artikel ini membincangkan tentang proses menimba ilmu yang pada masa kini sudah bermula seawal 4 atau 5 tahun. Mengikut peredaran masa dan system pendidikan sekarang proses ini menjadi kebiasaan. Sejaun mana proses ini berkesan dan bagaimana pengisian yang sepatutnya. Penulis mengatakan "Roh" ilmu itu tidak benar-benar meresap di dalam diri sejak usia kecil, kerana ilmu pengetahuan dicari bersandarkan matlamat-matlamat yang bukanlah salah, tetapi orientasinya kurang tepat. Ilmu itu sebenarnya perlu dicari, dipelajari dan dihayati secara istiqamah.

5.1. Ayat Majmuk GabunganContoh Ayat Majmuk Gabungan yang digunakan dalam artikel ini seperti :

i. Itu belum termasuk jadual pendidikan sampingan yang perlu dihadiri anak-anak, seperti kelas tuisyen, kelas agama dan mengaji al-Quran, kelas tae kwando, kelas piano, atau kegiatan kokurikulum.

ii. Antaranya, anak-anak akan terfokus untuk mengejar objektif yang ditetapkan oleh ibu bapa dan tertekan apabila ia tidak menjadi kenyataan.

iii. Bagi sesetengah anak-anak yang berjaya pula, ilmu yang ditimba itu tidak diamalkan sebaiknya bahkan ia begitu rapuh hilang dari ingatan selepas berakhirnya peperiksaan atau pengajian, semudah hilangnya nota-nota atau buku-buku rujukan dari pandangan mata.

iv. Ilmu itu sebenarnya perlu dicari, dipelajari dan dihayati secara istiqamah.

v. Dalam hal moral dan tata susila, ibu bapa wajar menunjukkan contoh pekerti mulia seperti tidak merokok, menjaga percakapan daripada mengumpat atau menutur kata-kata kesat, menjaga adab-adab berjiran, dan sebagainya.

Kata hubung seperti, dan, atau, ada digunakan dalam artikel ini, seterusnya membentuk Ayat Majmuk Gabungan.

5.2. Ayat Majmuk RelatifContoh Ayat Majmuk Relatif

i. Namun, ada anak-anak yang tidak melihatnya sebagai sesuatu yang memberikan makna yang besar, sekadar suatu lumrah yang telah disusun atur oleh ibu bapanya.

ii. "Kalau nak jadi orang yang ada kerja yang elok dan banyak duit, kenalah pergi ke sekolah dan belajar rajin-rajin."

iii. Ibu bapa sebagai role-model yang paling rapat dengan anak-anak wajar memberikan misalan terbaik dalam mendasari kaedah mengamalkan ilmu yang diperoleh.

iv. Hal-hal yang nampak mudah dan remeh ini sebenarnya adalah pencetus yang signifikan dalam memperihalkan pentingnya mengamalkan ilmu yang diperoleh kepada anak-anak.

5.3. Ayat Majmuk PancanganContoh ayat majmuk pancangan

i. Setiap hari mereka dihantar ke sekolah, lengkap dengan buku dan alat tulis serta pakaian seragam mengikuti sesi persekolahan selama 6 hingga 7 jam sehari.

ii. Pergi ke sekolah dan menuntut ilmu sepatutnya bukan sekadar suatu rutin kehidupan harian daripada persepsi anak-anak, bahkan ia adalah salah satu kewajipan yang mesti dikerjakan oleh setiap orang Islam.

iii. Bila anak-anak dibudayakan untuk terlalu mengejar kedudukan nombor satu dalam kelas atau deretan "A" semaksimum mungkin dalam peperiksaan, ia menjadikan mereka tidak berfikir lebih jauh daripada tujuan tersebut.

iv. Sejak kecil lagi, anak-anak perlu dididik bahawa ilmu pengetahuan bukan hanya untuk dicari dan dipelajari, bahkan ia diamalkan. Dengan cara itu, dapat meningkatkan darjat hidup manusia di dunia dan akhirat.

5.4. Peratus Penggunaan Jenis-Jenis Ayat Majmuk

6.0. PENUTUP

Kesimpulan analisis dari rencana ini ialah, penggunaan jenis ayat majmuk yang sama berulang dan kerap digunakan. Gaya penulisan tidak terlalu kompleks dan bervariasi. Ayat menurut pandangan umum terdiri daripada deretan perkataan. Perkataan-perkataan ini disusun dengan cara tertentu bagi membolehkan komunikasi berlaku dalam sesebuah masyarakat bahasa. Dari sudut linguistik, ayat bukan sekadar susunan perkataan tetapi merupakan susunan golongan kata tertentu dengan golongan tertentu berasaskan rumus yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Oleh itu daripada sesi ilmu linguistic ayat dikatakan terbina daripada klausa dan klausa ini terbina daripada beberapa frasa.

RUJUKAN

Azhar Wahid, R. A. (2012). BML3113 SEJARAH BAHASA,KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kamus Dewan Edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Portal Pendidikan Utusan/tatabahasa. Retrieved from tutor.com: http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2012). Retrieved from Kamus dan Istilah: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nama+baik&d=10

Ahmad Khair Mohd Nor, Norliza Jamaluddin. 2011. Morfologi Bahasa Melayu.Tanjong Malim : Universiti Pendidikan sultan Idris.

Ahmad Khair Mohd Nor et. Al. 2012. Tatabahasa Asas. Kuala Lumpur : Percetakan Salam Sdn. Bhd

Jauhari, Z. (2012, Disember 9). zekzana. Retrieved from zekzana: http://zekzana.blogspot.com/2012/12/bahasa-melayu.html

Rashid, S. (2013, Mei 25). mahligai impian. Retrieved from salomah6.blogspot: http://salomah6.blogspot.com/2013/07/sintaksis-menganalisis-jenis-jenis-ayat.html

LAMPIRAN ARTIKEL

Penghayatan ilmu dalam kalangan kanak-kanak

Oleh DR. KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOORDALAM sistem pendidikan di negara kita, kebanyakan anak-anak sejak umur 4 atau 5 tahun telah mula mempunyai hubungan dengan institusi pendidikan.

Setiap hari mereka dihantar ke sekolah, lengkap dengan buku dan alat tulis serta pakaian seragam mengikuti sesi persekolahan selama 6 hingga 7 jam sehari.

Itu belum termasuk jadual pendidikan sampingan yang perlu dihadiri anak-anak, seperti kelas tuisyen, kelas agama dan mengaji al-Quran, kelas tae kwando, kelas piano, atau kegiatan kokurikulum.

Kehidupan seharian anak-anak yang diprogramkan sebegini rupa menunjukkan budaya menimba ilmu yang tidak dapat disanggah peri pentingnya dalam membentuk manusia yang seimbang nilai rohani, jasmani, emosi dan inteleknya.

Namun, ada anak-anak yang tidak melihatnya sebagai sesuatu yang memberikan makna yang besar, sekadar suatu lumrah yang telah disusun atur oleh ibu bapanya.

Pergi ke sekolah dan menuntut ilmu sepatutnya bukan sekadar suatu rutin kehidupan harian daripada persepsi anak-anak, bahkan ia adalah salah satu kewajipan yang mesti dikerjakan oleh setiap orang Islam.

Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: " Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim".Anak-anak perlu difahamkan bahawa menuntut ilmu juga diandaikan seperti berjuang menegakkan hak diri dan berjihad ke jalan Allah seperti mana hadis Rasulullah SAW, "Barang siapa keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah sampailah ia kembali" (riwayat at-Tirmizi).Sebagai ibu bapa pasti ada antara kita yang pernah diajukan persoalan oleh anak-anak seperti "Ayah, kenapa saya perlu ke sekolah setiap hari?" atau "Ibu, apa perlunya saya belajar bersungguh-sungguh? Apa pula agaknya jawapan yang sesuai untuk diberikan? Adakah mencukupi atau tepat dengan mengatakan kepada anak-anak bahawa "Kamu mesti belajar untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang" atau "Kalau nak jadi orang yang ada kerja yang elok dan banyak duit, kenalah pergi ke sekolah dan belajar rajin-rajin."

Jawapan seperti ini ditafsir sesetengah orang sebagai kurang tepat. Ia menzahirkan trend dalam kalangan ibu bapa yang nampaknya bersungguh-sungguh mendidik anak-anak melangkahkan kakinya ke sekolah dengan hanya bermatlamatkan kecemerlangan dalam peperiksaan atau sebagai batu loncatan untuk berjaya mendapat pekerjaan baik di masa hadapan.

Bila anak-anak dibudayakan untuk terlalu mengejar kedudukan nombor satu dalam kelas atau deretan "A" semaksimum mungkin dalam peperiksaan, ia menjadikan mereka tidak berfikir lebih jauh daripada tujuan tersebut.

Banyak impak negatif jika usaha mencari ilmu itu tidak diiringi dengan amalan. Antaranya, anak-anak akan terfokus untuk mengejar objektif yang ditetapkan oleh ibu bapa dan tertekan apabila ia tidak menjadi kenyataan.

Rasa takut dan rendah diri akan wujud jika pencapaian dalam kelas atau keputusan peperiksaan yang diidamkan oleh ibu apa tidak dapat dicapai. Akan wujud jugalah situasi di mana sesetengah anak-anak yang kurang berjaya secara akademiknya disisihkan dan dipandang rendah oleh ibu bapa, keluarga dan masyarakat.

Mereka kemudiannya mencari jalan singkat dalam memujuk diri yang dicap kurang bijak dengan terbabit dalam gejala-gejala negatif. Hakikatnya, gagal dalam peperiksaan bukanlah bererti mereka sudah tewas dan tidak akan mampu mengharungi cabaran kehidupan di masa mendatang.

Bagi sesetengah anak-anak yang berjaya pula, ilmu yang ditimba itu tidak diamalkan sebaiknya bahkan ia begitu rapuh hilang dari ingatan selepas berakhirnya peperiksaan atau pengajian, semudah hilangnya nota-nota atau buku-buku rujukan dari pandangan mata.

Mungkin juga gejala-gejala seperti merasuah dan pecah amanah berlaku disebabkan kedangkalan pemikiran orang yang berilmu dan "kelihatan pandai" tetapi tidak beramal dengan ilmu yang dipelajarinya.

Inilah antara senario yang biasa berlaku dalam masyarakat kita. "Roh" ilmu itu tidak benar-benar meresap di dalam diri sejak usia kecil, kerana ilmu pengetahuan dicari bersandarkan matlamat-matlamat yang bukanlah salah, tetapi orientasinya kurang tepat.

Ilmu itu sebenarnya perlu dicari, dipelajari dan dihayati secara istiqamah. Bak kata pujangga, gersang bumi tanpa hujan, gersang minda tanpa ilmu, gersang jiwa tanpa amal, gersang hati tanpa iman.

Sejak kecil lagi, anak-anak perlu dididik bahawa ilmu pengetahuan bukan hanya untuk dicari dan dipelajari, bahkan ia diamalkan. Dengan cara itu, dapat meningkatkan darjat hidup manusia di dunia dan akhirat.

Saidina Ali bin Abi Talib RA ada berkata: "Bahawasanya yang dikatakan orang alim itu adalah mereka yang beramal dengan ilmunya dan ilmunya itu pula sesuai dengan amalnya."

Ibu bapa sebagai role-model yang paling rapat dengan anak-anak wajar memberikan misalan terbaik dalam mendasari kaedah mengamalkan ilmu yang diperoleh. Contoh paling mudah adalah dalam hal beramal ibadah misalnya mengajak anak-anak mengerjakan solat pada awal waktu, rajin melaksanakan puasa sunat serta bertadarus al-Quran bersama-sama.

Dalam hal moral dan tata susila, ibu bapa wajar menunjukkan contoh pekerti mulia seperti tidak merokok, menjaga percakapan daripada mengumpat atau menutur kata-kata kesat, menjaga adab-adab berjiran, dan sebagainya.Hal-hal yang nampak mudah dan remeh ini sebenarnya adalah pencetus yang signifikan dalam memperihalkan pentingnya mengamalkan ilmu yang diperoleh kepada anak-anak.Ia mampumenjadi pencetus terbaik bagi mereka menjiwai bidang-bidang ilmu yang akan diterokainya kelak bahkan memberikan pulangan lebih lumayan dalam membangunkan martabat diri mereka sendiri, ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.* PENULIS ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140502/re_03/Penghayatan-ilmu-dalam-kalangan-kanak-kanak#ixzz308y7y0iG Utusan Melayu (M) Bhd

8