Pembakuan Tatabahasa

Click here to load reader

  • date post

    29-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    432
  • download

    4

Embed Size (px)

description

Pembakuan tatabahasa di Malaysia

Transcript of Pembakuan Tatabahasa

Pembakuan TatabahasaMuhammad Fairol Elmie Osman (JEA 060110) Alfian bin Mansor (JEA 060009) Mohd. Fauzan Mat Jam Jam (JEA 060098) Amirul Hadi bin Jamaludin (JEA 060329)

p(^-^)q BERUSAHALAHSesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah tetapi di atas kelemahan kami sendiri p/s : Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Kami budak baru je nak belajar, Kalau salah tolonglah tunjukkan

Pengenalan

Proses membina dan mengembangkan bahasa Melayu adalah menyeragamkan semua aspek yang terkandung dalam korpus bahasa iaitu dari aspek : Penyebutan Ejaan Istilah Tatabahasa

Pembakuan TatabahasaTerlalu banyak tatabahasa yang wujud, perlu satu keseragaman yang boleh dijadikan norma (panduan). Ketidakseragaman ini berlaku akibat pertembungan bahasa dan dialek sehingga mengganggu sistem morfologi dan sintaksisnya.

Antaranya ialah : Pelita

bahasa Melayu : Permulaan Nahu Melayu oleh Zaba (1961) Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Haji Omar (1981) Tatabahasa Malaysia oleh Arbak Othman (1981) Tatabahasa Dewan oleh Nik Safiah Karim dll.

Zaba (Pelita bahasa Melayu)

PELITA BAHASA MELAYU JILID PERTAMA (1940) :: Cubaan pertama untuk menyusun kaedah nahu Melayu supaya menjadi lebih lengkap. :: rangka penelitiannya berteraskan acuan nahu bahasa Inggeris dan sedikit nahu Arab. :: Zaba menggunakan seluruh pengetahuan dan pendapat peribadinya sahaja dan tidak mengambilkira serta menggunakan sumber daripada orang lain. :: Menjadikan kitab ini sebagai asas nahu pertama yang tersusun (pada masa itu).

Pelita Bahasa MelayuPelita Bahasa Melayu Jilid Pertama (1940) ada 16 bab setebal 245 halaman. Membicarakan tentang hal nahu Melayu, dalam tulisan Rumi. Pelita Bahasa Melayu Jilid Kedua (1946) mengandungi dua belas bab mengenai tandatanda dalam karangan dan cara membina ayat yang betul Pelita Bahasa Melayu Jilid Ketiga (1947) mengandungi lima belas bab mengenai bagaimana menghasilkan karangan yang betul.

Kitab ini menjadi panduan dan pembelajaran di seluruh sekolah Tanah Melayu. Selepas itu, ramai sarjana dan ahli bahasa cuba untuk menyusun nahu bahasa Melayu mengikut perkembangan bahasa yang semakin pesat.

Bidang yang dicakupi ialah huruf dan ejaan, morfologi (terutamanya golongan kata kerja dan imbuhan),struktur ayat, tanda baca, dan aspek gaya bahasa. Tumpuan utama :

Golongan kata Pengimbuhan Sintaksis

Penggolongan kata utama :

Kata Nama (KN) Perbuatan (KK) Sifat (KA)

Contoh : Istilah 1. Penyambung kata 2. Istifham 3. Penempat tutur

Istilah Kini = Kata Hubung = Kata Penegas = Kata Arah

Binaan AyatTerdiri daripada benda dan cerita Perluasan yang menghasilkan ayat tungal yang lebih panjang melalui proses : Sperkata (1/2 kata) Penerang Objek Pelengkap

Arbak Othman (Tatabahasa Malaysia) 1981

Berbanding dengan Zaba, beliau telah memperincikan kepada sembilan golongan kata :1. Kata Nama 2. Kata Kerja 3. Kata keterangan 4. Kata Sifat 5. Kata Depan 6. Kata Sendi 7. Kata Tanya 8. Kata Seruan 9. Kata Bilangan

Nahu Melayu Mutakhir (1980)oleh : Asmah Haji Omarterdapat banyak rungutan tentang tidak ada satu buku rujukan yang lengkap tentang nahu BM, buku ini telah dihasilkan. ini telah diterbitkan sebanyak 4 edisi dan setiap edisi akan diisi dengan formula dan rumus yang baru dalam aspek morfologi dan sintaksisnya.Buku Ekoran

Di dalam buku ini mengandungi skop perbincangan yang lengkap daripada aspek unit terkecil iaitu morfem sehinggalah kepada aspek wacana. Buku edisi kedua dihasilkan untuk memenuhi permintaan yang semakin hangat disamping menambah beberapa kekurangan yang terdapat dalam edisi pertama ~ unsur dalaman Bahasa Melayu. Selain itu, juga dinyatakan fungsi lain bagi imbuhan pinjaman seperti /pro-/.

Manakala kata pula digolongkan kepada : -kata namaan -kata karyaan -kata ganti nama -kata bilangan -kata sifat -kata nafi -kata supraayat -kata majmuk -kata penghubung -kata adverba

Dalam buku ini, proses pembentukan kata dibahagikan kepada : -Pengwujudan kata selapis -Penambahan -Penggabungan kata yang setara -Penggandaan -Pengakroniman.

Bagi kajian sintaksis pula, buku ini membahagikan kajian kepada : 1) Frasa ~frasa nama ~frasa bilangan ~frasa kerja ~frasa sifat ~frasa proposisi ~frasa adverba

2) Klausa -menjeniskan klausa kepada: ~ klausa utama ~ klausa subordinat ~ klausa bebas dan tak bebas -menggolongkan klausa kepada : ~ klausa nama ~ klausa sifat ~ klausa adverba ~ klausa kompleks

3) Ayat -Dalam buku ini ada menerangkan tentang pola ayat dasar. Selain itu turut membincangkan tentang beberapa aspek lain seperti gatra, subjek, predikat, objek dan ajung. -Proses pembentukan ayat pula terdiri daripada: #Proses perluasan ayat : ~Pelapisan ~Penjodohan ~Penggabungan

#Penghilangan #Penyusunan semula ~juga membincangkan tentang hubungan : -ayat dan sistem -ayat dan modus

Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu)oleh : Nik Safiah Karim

Buku ini mula diterbitkan pada 1993 dengan memiliki 2 jilid dan satu edisi baharu. Jilid pertama membicarakan tentang ayat manakala jilid kedua memfokuskan kepada perbincangan tentang aspek kata. Manakala edisi baharu ditulis oleh kumpulan penulis termasuk dengan penulis asalnya.

Edisi baharu berbeza daripada jilid sebelumnya dari aspek bentuk dan susunannya. Buku ini membahagikan kepada 3 komponen iaitu :Sejarah dan Variasi Bahasa Melayu Morfologi : Satu Pengenalan Sintaksis : Satu Pengenalan

Dalam aspek morfologi, buku ini membincangkan proses-proses pembentukan kata yang terdiri daripada : ~pengimbuhan ~penggandaan ~pemajmukan ~pengakroniman

Kata pula dibahagikan kepada : ~kata nama ~kata kerja ~kata adjektif ~kata tugas Dalam kajian sintaksis pula, buku ini lebih ringkas iaitu : Frasa Ayat Proses penerbitan ayat

Frasa dibahagikan kepada :-Frasa Nama -Frasa Kerja -Frasa Adjektif -Frasa Sendi Nama ~ Ayat pula dibahagikan kepada dua jenis sahaja iaitu : #Ayat Tunggal #Ayat Majmuk

PERANCANGAN BAHASAPerancangan bahasa perlu dijalankan dengan teratur dan terancang memandangkan peri pentingnya bidang ini bagi sesebuah negara. Secara kasarnya perancangan bahasa boleh dilaksanakan dalam lima peringkat ~ Perancangan terhadap perancangan bahasa ~ Perancangan taraf bahasa ~ Perancangan Korpus bahasa ~ Pelaksanaan ~ Penilaian.

~ Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipilih sebagai badan bahasa yang menguruskan perancangan bahasa di Malaysia yang dianggap betul. ~Norma ini mestilah menjadi ikutan dan tidak boleh lebih daripada satu jenis tatabahasa yang diguna pakai.

Kesimpulan

Antara rujukan yang dibincangkan, Tatabahasa Dewan merupakan satu-satunya sumber yang telah mengalami pembakuan tatabahasa dan diterima ramai. Tujuannya adalah untuk menyediakan satu huraian terhadap bahasa Melayu yang dapat digunakan sebagai sumber rujukan oleh semua penutur bahasa Melayu terutama oleh guru dan murid sekolah. Sebagai norma (baku) : guna kat sekolah2