TARIKH: 23 R’AKHIR 1428H BERSAMAAN 11 MEI 2007M
date post
12-Jan-2016Category
Documents
view
41download
0
Embed Size (px)
description
Transcript of TARIKH: 23 R’AKHIR 1428H BERSAMAAN 11 MEI 2007M
TARIKH: 23 RAKHIR 1428HBERSAMAAN 11 MEI 2007M
Bersyukurlah kepada Allah
Allah mencipta manusia dengan sebaik- baik kejadian Solawat & salam buat junjugan Baginda Nabi Muhammad S.A.WPESANAN KHATIB
ISLAM YANG TERBAIK
Agama sejahtera dan selamat , menjamin keselamatan umat
Merangkumi pelbagai bidang termasuk perundangan yang dinamakan Al-Maqasid As-Syariah
AL-MAQASID AS-SYARIAHAgama, Nyawa, Akal , Keturunan dan Harta Benda
Petunjuk Keselamatan dalam kehidupan
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-MAIDAH AYAT 15 -16
Maksudnya,
Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran dari Allah (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Al-Quran itu, Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikuti keredhaanNya dan Allah akan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman) yang terang dengan izinNya dan Allah menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan lurus
KEINGINAN / HAWA NAFSU Allah turunkan agama melalui RasulNya untuk mengatur keinginan manusia
Manusia masih tidak mengambil manafaatnya menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini
Jika dibiarkan timbul huru-hara, kekacauan yang memusnahkan manusia
MARILAH MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MELARANG PERBUATAN MAKSIAT
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH ALI-IMRAN AYAT 104
Maksudnya,
Hendaklah ada diantara kamu seorang manusia yang mengajak kepada kebaikan dan menyuruh perkara-perkara kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran (kejahatan) dan mereka adalah orang-orang berjaya
SURUHAN BERBUAT BAIK DAN CEGAH KEMUNGKARANBukan hanya cakap sahaja tapi disertai suruhan dan ajakan berbuat baik
Larangan kemungkaran dengan perbuatan, nasihat dengan cara diplomasi
MEMANFAATKAN AL-MAQASID AS-SYARIAH Agama - Memelihara, memahami, mengenal dan menghayati
Akal-Membangunkan potensi dengan ilmu dan iman
Nyawa -Membangun subur manusia dan alam sekitar
Harta benda-Memperkembangkan sektor ekonomi dan dan kewangan dengan pengurusan cekap
Keturunan -Menjaga dan memelihara institusi keluarga dan masyarakat
PERLAKSANAAN PIHAK BERWAJIB UNTUK KESEJAHTERAANPembinaan Sekolah Elit, Primeir, Imtiaz, TATI, UDM, Lebuhraya, PPRT, Masjid dan Surau
Penyediaan prasarana, membaiki pasar-pasar, memberi bantuan, bantuan melanjut pelajaran, mewujudkan pelbagai jawatan
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH SABA AYAT 15
Maksudnya,
Negeri yang baik (aman makmur) dan (tuhan kamu) adalah tuhan yang memberi keampunan
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 208
Maksudnya,
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata
AAMIN YA RABBAL AALAMIN TUHAN YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG-ORANG YANG TAAT, BERILAH TAUFIK KEPADA KAMI DI DALAM MENTAATI MU AMPUNILAH KEPADA MEREKA YANG MEMOHON KEAMPUNAN
INTISARI KHUTBAH KEDUA
PUJIAN BAGI ALLAH YANG TELAH MENGUTUSKAN RASULNYA
RASUL PEMBAWA AGAMA YANG BENAR
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA
PESANANBermuhasabahlah menghitung diri
Sejauhmana kepatuhan kita terhadap ajaran Islam
KEKUATAN BANGSA
Bukan sahaja terletak kepada ketenteraan
Kekuatan sebenar ialah kekuatan ekonomi dan ilmu pengetahuan
Dengannya semua boleh dilakukan untuk memajukan negara dan bangsa berdikari
MAKSUDNYA :Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi, maka wahai orang-orang yang beriman, ucaplah selawat dan salam ke atasNya dengan sebaik-baiknya.
PENGERTIAN DOA
Ya Allah,Ampunilah orang mukmin lelaki dan perempuan samada yang masih hidup atau yang telah meninggal. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Memperkenankan Doa. Ya Allah,Peliharakanlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Ya Allah,Peliharakanlah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Ibna Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Peliharakanlah zuriat-zuriatnya serta kaum kerabatnya, Selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin kami serta seluruh umat Islam di negeri dan negara kami.
Ya Allah, Perteguhkan Iman kami dalam menghadapi segala dugaan, cabaran dan halangan di dalam kehidupan kami di dunia ini.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,Kami hamba-hambaMu memohon agar dikekalkan keamanan, kedamaian, di dalam kehidupan kami serta kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi baik kepada kami dan seluruh ahli keluarga.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Berikanlah kepada kami kesihatan tubuh badan agar kami dapat melaksanakan ibadat dengan baik. Hindarilah kami daripada penyakit-penyakit yang berbahaya yang boleh menganggu tugas kami untuk beribadat kepada MU. Ya Allah,
Hindarilah negeri dan negara kami daripada segala bahaya dan perkara-perkara yang kami tidak ketahui kedatangannya.
Ya Allah,
Berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta jauhkanlah kami daripada azab Api Neraka jahannam.
Aamin Ya Rabbal Alamin.