Soalan Pat t4 k2 2015

download Soalan Pat t4 k2 2015

of 8

  • date post

    13-Apr-2016
  • Category

    Documents

  • view

    236
  • download

    12

Embed Size (px)

description

soalan exam

Transcript of Soalan Pat t4 k2 2015

Bahagian A[ 75markah ]Jawab tiga soalan sahaja.

1(a) Gambar berikut menunjukkan satu keperluan dalam kehidupan manusia.

Gambar 1

Gambar 2(i) Apakah keperluan tersebut?

[ 2 markah ]

(ii) Jelaskan keperluan di 1 (a)(i)

[ 4 markah ](b) Rajah berikut berkaitan dengan cabang pengeluaran.

(i) Apakah P dan Q?.

[ 2 markah](ii) Terangkan cabang pengeluaran di 1(b)(i).

[ 4 markah]

(c)Gambar berikut menunjukkan kejayaan En Amran mengusahakan perusahaan tananam cili di Manong, Kluang.

(i) Terangkan faktor-faktor pengeluaran yang terlibat dalam perusahaan tersebut.[ 4 markah](ii) Pada pendapat anda, mengapakah En Amran berbeza dengan peniaga-peniaga lain.[ 4 markah]

(d)Gambar berikut berkaitan dengan aktiviti pengkhususan yang dilakukan di dalam sesebuah kilang.

Jelaskan kelebihan-kelebihan aktiviti pengkhususan.[ 5 markah] 2. (a) Gambar berikut menunjukkan sejenis sistem urusniaga.

(i) Apakah sistem urusniaga tersebut? Jelaskan.

[4 markah]

(ii) Terangkan tiga kelemahan sistem di 2(a)(i).

[6 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan aktiviti pengeluaran yang dijalankan Encik Fahmi.

(i) Terangkan jenis pengeluaran yang diamalkan Encik Fahmi.[4 markah]

(ii) Terangkan bantuan perniagaan yang dapat membantu melicinkan perniagaan Encik Fahmi.

[6 markah]

(c) Jelaskan perkaitan antara pengeluaran, perdagangan dan perniagaan.

[5 markah]

3. (a) Gambar di bawah, menunjukkan beberapa jenis produk yang ditinkan..

(i) Nyatakan jenis saluran agihan yang sesuai untuk barangan di atas.

[1 markah](ii) Terangkan dua sebab saluran agihan di 3(a)(i) digunakan.

[4 markah]

(b) Berikut adalah maklumat mengenai kedai runcit di Taman Indah Jaya, Kluang.

Huraikan empat faktor yang menyebabkan Kedai Runcit Tan mampu bertahan walaupun

mendapat saingan daripada sebuah pasar raya?

[8 markah]

(c) Dokumen berikut diterima oleh Syarikat Sinaran.

(i) Pada 5 Mac 2015, Syarikat Elektrik Nilam telah menghubungi Syarikat Sinaran memaklumkan terdapat kesilapan dalam invois. Kenal pasti kesilapan tersebut dan nyatakan dokumen yang perlu digunakan untuk membetulkan kesilapan berkenaan.

[2 markah]

(ii) Hitungkan jumlah harga yang perlu dijelaskan jika Syarikat Sinaran membuat pembayaran pada 12 Mac 2015 setelah kesilapan diperbetulkan.

[4 markah]

(d) Jelaskan perbezaan diskaun niaga dengan diskaun tunai.[6 markah]

4. (a) Gambar menunjukkan iklan peti sejuk di sebuah kedai elektrik

(i) Huraikan jenis kaedah jualan tersebut

[4 markah](ii) Terangkan kelebihan kaedah jualan tersebut kepada peniaga.

[6 markah]

(b) Rajah berikut menunjukkan sejenis perniagaan yang dijalankan antara Malaysia dengan dua

buah negara ASEAN.

(i) Huraikan perniagaan tersebut.

[3 markah] (ii) Terangkan tiga faktor yang mewujudkan perniagaan di 4(b)(i)

[6 markah] (c) Maklumat berikut mengenai ciri sebuah industri.

(i) Nyatakan jenis industri tersebut.

[1 markah](ii) Jelaskan kepentingan industri di 4(c)(i) kepada negara.

[5 markah]5. (a) Gambar berikut menunjukkan dua aspek penting dalam pengendalian perniagaan.

Jelaskan kedua-dua aspek pengendalian perniagaan di atas.

[6 markah](b) Gambar menunjukkan perbualan antara Puan Melati dan Encik George.

(i) Namakan cara memulakan perniagaan yang dicadangkan oleh Encik George.

[1 markah](ii) Jelaskan ciri-ciri perniagaan di 5(b)(i).

[4 markah]

(c) Terangkan perbezaan antara pelabur dengan spekulator.

[4 markah]

(d) Dialog berikut adalah antara Encik Hafizan dan Encik Syazwan.

Encik Hafizan : Saya baru bersara dan mendapat saguhati daripada kerajaan

sebanyak RM100 000. Saya tak tahu nak melabur dimana.

Encik Syazwan : Kalau nak risiko rendah, pilih simpanan bank atau unit

amanah. Kalau berani risiko tinggi,melaburlah di Bursa Saham Kuala Lumpur (Bursa Malaysia)

Encik Hafizan : Kalau macam tu, saya pilih unit amanah.

Terangkan mengapa Encik Hafizan memilih jenis pelaburan tersebut?

[4 markah]

(e) Terangkan tiga panduan asas membuat pelaburan.

[6 markah]

BAHAGIAN B

[25 markah]

Soalan ini wajib dijawab.

En Tarmizi menjalankan perniagaan pengeluaran perabot. Perniagaan ini dimulakan dengan modal sebanyak RM250,000. Modal ini adalah hasil daripada simpanan sendiri dan pinjaman daripada saudara mara. Pihak bank dan institusi kewangan tidak sanggup memberi pinjaman kepada Encik Tarmizi kerana beliau tidak dapat menyediakan aset sebagai jaminan. Beliau menyewa sebuah lot bangunan yang terletak di kawasan perindustrian Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Encik Tarmizi membeli mesin-mesin lama berusia lebih kurang 10 tahun daripada kilang tempat beliau bekerja dahulu di Muar, Johor. Beliau terpaksa membayar secara tunai untuk memperoleh mesin-mesin berkenaan. Beliau menggaji seramai lima orang pekerja dan semua pekerjanya tidak mempunyai kemahiran teknikal.

Kesemua hasil keluarannya dijual kepada para peniaga kedai perabot di sekitar Batu Pahat, Kluang dan Johor Bahru . Para pekerjanya akan menghantar perabot berkenaan terus ke kedai-kedai berkenaan. Pelanggan sangat berpuas hati dengan keluaran perabot Encik Tarmizi yang bercirikan moden dan tradisional.

Perniagaan Encik Tarmizi berkembang pesat selepas lima tahun. Encik Tarmizi mendapat tempahan perabot dari luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand, China dan India. Walau bagaimanapun, Encik Tarmizi telah menghadapi beberapa halangan ketika berurus niaga dengan pengimport-pengimport dari negara-negara berkenaan.

Oleh sebab perniagaan Encik Tarmizi semakin maju, beliau telah meminta bantuan dari segi nasihat dan tunjuk ajar daripada agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Negara (MATRADE) supaya perniagaan yang dikendalikan oleh beliau lebih berdaya saing di persada dunia .

Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan berikut :

(a) (i) Apakah jenis industri yang diceburi oleh Encik Tarmizi. Jelaskan.

[4 markah]

(ii) Nyatakan kepentingan industri berkenaan kepada masyarakat setempat ?

[3 markah]

(b) Terangkan sifat keusahawanan yang ada pada Encik Tarmizi dalam usahanya menjadi pengusaha perabot yang berjaya.

[6 markah]

(c) Huraikan halangan yang sering dihadapi oleh Encik Tarmizi ketika berurus niaga dengan pengimport-pengimport dari luar negara tersebut ?

[6 markah]

(d) Untuk memajukan lagi perniagaan, Encik Tarmizi harus mengetahui aspek pengendalian

perniagaan. Terangkan aspek pengendalian perniagaan tersebut.

[6 markah]KERTAS SOALAN TAMAT

PERUSAHAAN

Q

P

Encik Fahmi adalah seorang pekebun sayur. Dia mengusahakan kebunnya di tanah seluas 10 ekar di Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pahang. Beliau mengusahakannya secara sepenuh masa dengan dibantu oleh 5 orang pekerja . Beliau memerlukan modal yang banyak untuk membeli peralatan pertanian dan baja. Baja-baja dibeli daripada pembekal yang datang dari Kuala Lumpur. Hasil sayur-sayurannya dijual kepada para pemborong dan peruncit di Ipoh dan Kuala Lumpur.

Kedai Runcit Tan terletak di Taman Indah Jaya, Kluang. Ianya hanya 2 kilometer sahaja daripada Pasar Raya Gaint. Walaupun mendapat saingan yang hebat daripada sebuah pasar raya, Kedai Runcit Tan masih tetap wujud dan maju di kawasan taman tersebut.

ASALNO: 4786

INVOIS

SYARIKAT ELEKTRIK NILAM

Jalan Saujana 5, 86000 Kluang.

Tel: 07-33936203

Kepada:

Syarikat Sinaran

16 Jalan Merdeka

86000 Kluang.Tarikh: 2 Mac 2015

BILBUTIRKUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH1TV Plasma3 unitRM 3 000.00RM 6 000.00

Tolak: Diskaun Niaga 10%RM 6 000.00

600.00 JUMLAHRM 5 400.00(Ringgit Malaysia: Lima ribu empat ratus sahaja)

Syarat: 5% 7 hari 2% 14 hari

Angkutan dibayarZandra

Pengurus

RM 5000

Pendahuluan : RM 400

Ansurans bulan selama 24 bulan

Tidak perlukan penjamin

Pendahuluan : RM 400

Ansuransbulanselama 24 bulan

Tidakperlukanpenjamin

Pendahuluan : RM 400

Ansuransbulanselama 24 bulan

Tidakperlukanpenjamin

Modal kurang daripada RM2.5 juta

Organisasi perniagaan mudah dan ringkas

Mempunyai pekerja kurang daripada 150 orang

Pengeluaran lebih berintensifkan buruh

Kalau begitu,Puan Melati. Saya cadangkan puan mendapatkan kebenaran hak untuk menjual barang daripada syarikat yang terkenal. Lagi pun risikonya rendah.

Encik George, saya ingin membuka perniagaan tetapi banyak masalah untuk memulakan sendiri

3755/2

SULIT