Teknik jawab soalan BM K2

Click here to load reader

  • date post

    14-Jul-2015
  • Category

    Education

  • view

    6.593
  • download

    4

Embed Size (px)

Transcript of Teknik jawab soalan BM K2

  • TEKNIK & BENGKEL MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYUKERTAS 2

    NORHESAM BIN SULIMANGURU BAHASA MELAYUSKBJ

  • FORMAT KERTAS 2012 5 SOALAN1 JAM 15 MINIT BAHAGIAN A1 SOALAN WAJIB JAWABMEMBINA 5 AYAT BERDASARKAN GAMBAR/CARTA/GRAF/JADUAL15 MINIT 10 MARKAH

    BAHAGIAN B3 SOALAN PILIH 1 MENULIS KARANGAN LENGKAPFORMAT UMUM / FORMAT KHUSUSTIDAK KURANG DRPD 80 P.P. 40 MINIT 30 MARKAH BAHAGIAN C1 SOALAN WAJIB JAWABMEMBUAT RUMUSAN(PETIKAN/PUISI)(NILAI / PENGAJARAN)TIDAK MELEBIHI DRPD 50 P.P. SATU PERENGGAN 20 MINIT 20 MARKAHRESPON TERBUKARESPON TERHAD

  • TEKNIK & BENGKEL MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYUKERTAS 2

    BAHAGIAN A

  • FORMAT PENULISAN BAHAGIAN AJENIS INSTRUMENT - Ujian SubjektifJENIS ITEM - Subjektif / Respon TerhadBILANGAN SOALAN - 1 soalan wajib dijawabJUMLAH MARKAH - 10 markahTEMPOH - 15 minitKONSTRUK YANG DITAKSIR - Memahami dan memindahkan maklumat (Diberi bahan rangsangan)

  • KERTAS 2 BAHAGIAN A15 MINITCONTOH SOALAN10 MARKAHTulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasiyang terdapat dalam gambar.Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.

  • LANGKAH-LANGKAH MENJAWAB BAHAGIAN ATeliti gambar/carta/graf yang diberi.Tentukan tema / tajuk / persoalan yang diketengahkan.Baca dan fahami kehendak soalan / arahan.Senaraikan lima kosa kata yang sesuai (aktiviti / situasi / gambar) Bina 5 ayat yang lengkap / gramatis.Semak tanda baca dan ejaan.

  • MEMBINA AYATSiapa Apa - Di mana Bagaimana - Kenapa

    * Gunakan kata hubung yang sesuai.

  • ideaGotong-royong.Memadam papan hitam.Mengelap tingkap.Menyusun kerusi dan meja.Menyapu lantai dan membuang sampah.

  • Contoh Jawapan Sekumpulan murid sedang bergotong-royong membersihkan kelas mereka agar kelihatan lebih selesa.Seorang budak lelaki sedang memadam papan hitam dengan menggunakan pemadan papan hitam.Dua orang budak perempuan sedang mengelap tingkap yang berhabuk dengan kain yang basah.Dua orang budak lelaki sedang menyusun kerusi dan meja agar kelihatan kemas dan teratur.Seorang budak perempuan sedang menyapu sampah di lantai manakala dua orang budak lelaki mengangkat tong sampah untuk dibuang.

  • ideaMengadakan sukan.Berlari.Bersorak.Merawat.Mencatat.

  • Contoh Jawapan Sebuah sekolah telah mengadakan sukan tahunan di padang.Beberapa orang peserta lumba lari sedang berlari dengan pantas di lorong yang disediakan.Para penyokong yang hadir telah bersorak kepada pasukan masing-masing untuk memberi semangat.Beberapa orang ahli Bulan Sabit Merah sedang merawat beberapa orang murid yang tercedera semasa sukan tersebut.5. Seorang guru sedang mencatat rekod bagi acara lompat tinggi.

  • ideaBerkelah.Menyediakan makanan.Membaca surat khabar.Membina istana pasir.Mandi di laut.

  • Contoh Jawapan 1. Encik Aiman berkelah di tepi pantai bersama keluarganya.Isteri Encik Aiman sedang menyediakan makanan untuk keluarganya di atas sebidang tikar.Encik Aiman sedang membaca senaskhah surat khabar sambil mendengar radio.4. Dua orang anak perempuan Encik Aiman sedang membina istana pasir yang besar.5. Beberapa orang budak sedang mandi-manda di laut yang kelihatan tenang.

  • TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYUKERTAS 2

    BAHAGIAN B

  • FORMAT PENULISAN BAHAGIAN BJENIS INSTRUMENT - Ujian SubjektifJENIS ITEM - Subjektif / Respon TerbukaBILANGAN SOALAN - 3 soalan- pilih 1 sahajaJUMLAH MARKAH - 30 markahTEMPOH - 40 minitKONSTRUK YANG DITAKSIR - Kemahiran menulis karangan berformat khusus/ berformat biasa.

  • TEKNIK MENJAWAB SOALAN PENULISAN BAHAGIAN BBaca kesemua soalan yang diberi.Garis kata kunci / kehendak soalan.Tentukan format umum atau khusus.Buat pilihan berdasarkan pengetahuan yang ada.Mencatat isi-isi penting /peta minda.Mengarang dengan membina ayat gramatis.Menyemak ayat, tanda baca, ejaan dan kosa kata.

  • CONTOH SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 2BAHAGIAN BBahagian B[Masa yang dicadangkan : 40 minit][30 markah]

    Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurangdaripada 80 patah perkataan.

    1. Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Gambarkan suasana pada hari tersebut.

    ATAU

    2. Belajar Melalui Kelas Bimbingan Lebih Berkesan daripada Belajar Sendiri. Sebagai pihak pencadang dalam satu pertandingan bahas, tuliskan karangan perbahasan kamu itu berdasarkan tajuk tersebut selengkapnya.

    ATAU

    3. Seorang rakan kamu telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan bercerita di peringkat daerah. Kamu menghubunginya melalui telefon untuk mengetahui rahsia kejayaannya. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu.

  • KERTAS 2 BAHAGIAN BKaranganFormat Khas KaranganFormat Umun

    Fakta CeritaSituasiBiografi GambaranRangsanganPeribahasaAutobiografiPerbincanganPenerangan

    BeritaCatatanLaporanUcapanCeramahSyarahanPerbahasanDialog / Temu RamahSurat Kiriman RasmiSurat Tak Rasmi

  • BERITALIMA MAUT DI JALAN RAYA

    TAIPING, Rabu -

  • CATATAN HARIANLAWATAN KE PULAU PINANG

    23 Jun 2006, Sabtu

    7.00 pagi -

    9.00 pagi -

  • LAPORAN LAPORAN HARI KANTIN

    Laporan disediakan oleh, 24 JUN 2006.(ABDUL WAHAB B. BUANG)Setiausaha Hari Kantin,SK. Asam Kumbang.

  • UCAPAN/CERAMAH/SYARAHAN/PERBAHASANUCAPAN PERSARAAN

    Yang dihormati tuan pengerusi majlis, Guru Besar SK. Asam Kumbang, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamuaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

    Sekian, terima kasih.

  • DIALOGTEMU RAMAH TOKOH PELAJAR

    Ahmad :

    Ali :

  • SURAT KIRIMAN RASMIPersatuan Bahasa Melayu,SK. Asam Kumbang,34000 Taiping.-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Guru Besar,SK. Asam Kumbang,34000 TAIPING. 13 JULAI 2006.

    Tuan,

    Lawatan Sambil Belajar

    2.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,.(ABDUL WAHAB B. BUANG)Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,SK. Asam Kumbang.

  • SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 15, Jalan Melur, Taman Bunga, 34000 Taiping.

    13 Julai 2006.

    Menemui sahabatku Ali b. Baba yang berada di Ipoh dengan selamatnya.

    Saudara,

    Yang benar, . (Kasim)

  • PengenalanIdea 2 Idea 3Idea 4 PenutupTENTUKANFORMAT UMUMATAU FORMAT KHAS40 MINIT30 MARKAH MELEBIHI80 P.P.Tulisan kemasCARA 2Idea 1

  • Jenis : GambaranSoalan: Kamu telah mengikut ibu kamu ke sebuah pasar malam. Gambarkan suasana di pasar malam itu.Idea :

    PengenalanSabtuKamuntingIbuIdea 1Riuh-rendahPengunjungSesakIdea 2GeraiMakananPakaianIdea 3MemilihTawar-menawarMembeliIdea 4Peminta sedekahUbat-ubatanmenangisPenutupPulangGembiraLega

  • Suasana di Sebuah Pasar Malam

    Pada hari Sabtu yang lalu saya pergi ke sebuah pasar malam. Pasar malam itu terletak di Kamunting. Kali ini saya pergi dengan ibu. Dari jauh kedengaran suara riuh-rendah. Ramai pengunjung yang datang ke pasar malam itu. Keadaannya sungguh sesak.

    Banyak gerai yang didirikan oleh para peniaga. Ada yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Ada juga yang menjual pakaian baharu dan yang terpakai.

    Para pengunjung sibuk memilih barang-barang yang hendak dibeli oleh mereka. Proses tawar-menawar juga berlaku antara penjual dengan pembeli untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Setelah berpuas hati, barulah mereka membelinya.

    Selain itu, terdapat beberapa orang peminta sedekah yang cacat penglihatan. Tidak ketinggalan juga ada yang menjual ubat-ubatan tradisional orang-orang Melayu. Sekali-sekala kedengaran kanak-kanak menangis meminta sesuatu barang daripada ibu bapa mereka. Setelah membeli barang keperluan, kami pun pulang ke rumah. Saya sungguh gembira dapat menemani ibu ke pasar malam. Sungguh lega rasanya apabila keluar dari pasar malam itu.

  • Jenis : LaporanSoalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan pertandingan bercerita. Sebagai setiausaha, kamu diminta menyediakan laporan aktiviti pertandingan tersebut.Idea :

    Pengenalan12 Februari 2007DianjurkanDewanIdea 18.00 pagiSemua muridDirasmikanIdea 2PesertaTahapBerketrampilanIdea 3Tajuk10 minitMenarikIdea 4HakimHadiahJuaraPenutupJamuanLancarBersurai

  • LAPORAN PERTANDINGAN BERCERITA

    Pada 12 Februari 2007 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Asam Kumbang telah mengadakan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu. Majlis itu berlangsung di dewan sekolah.

    Pertandingan bercerita itu bermula pada pukul 8.00