Sekolah Kondusif

download Sekolah Kondusif

of 24

description

ok

Transcript of Sekolah Kondusif

Sekolah KondusifBudaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sansekerta iaitu buddhayah, yang merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal) diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture, yang berasal dari kata Latin Colere, iaitu mengolah atau mengerjakan.Ia juga diertikan sebagai mengolah tanah atau bertani.

Dalam kehidupan seharian, orang ramai sering bertemu dengan perkataan budaya atau kebudayaan.Ini kerana budaya atau kebudayaan tidak dapat dipisahkan dengan diri seseorang sejak dilahirkan.Mengikut Kamus Dewan (1993), kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.Kebudayaan boleh dicirikan sebagai:

(a)Cara-cara hidup yang diamalkan secara turun-temurun dalam sesebuah masyarakat.

(b)Berkait rapat dengan kemajuan masyarakat.

Dengan mencipta kebudayaan, manusia dapat melindungi daripada ancaman dan malapetaka.

SEKOLAH

Sekolah(daripadaBahasa Greek-scholeion) merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikanilmukepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar di situ. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahanteknologi maklumat(IT) atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atauguruuntuk mendidik dan membimbing pelajar.

Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula daritadika,sekolah rendah,sekolah menengahdan akhirnya keuniversiti.

Namun demikian, sekolah tidak semestinya bangunan yang lain dari rumah seseorang. Misalnya diAmerika Syarikat, seseorang itu tidak semestinya belajar di sekolah kerana pelajar tersebut boleh belajar di rumah. Kaedah ini juga dikenali sebagaihome-schooling.

Kebanyakan negara mempunyai sistem pendidikan formal, yang biasanya wajib. Dalam sistem ini, pelajar bergerak melalui beberapa siri sekolah. Nama sekolah-sekolah ini berbeza di setiap negara, tetapi secara umumnya, sekolah rendah dan sekolah menengah yang masing-masing dikhaskan untuk kanak-kanak kecil dan remaja yang sudah tamat pendidikan rendah, disenaraikan.

1.1 Sekolah-sekolah di Malaysia

DiMalaysia terdapat beberapa jenis sekolah seperti:

Sekolah pondok- sekolah agama di kampung

Sekolah atap- sekolah kampung yangberatap daun nipah.

Sekolah bestari- sekolah moden dengan infrastruktur yang bagus

Sekolah berasrama penuh- sekolah menengah untuk pelajar yang pintar dan ia ditaja oleh kerajaan

Sekolah khas- sekolah untuk pelajar istimewa.

DefinisiBudaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.

1.BUDAYA SEKOLAH

Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai"Thisinner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about."Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the extent to which people feel included and appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration and collegiality."

Roucek dan Warren (1979) melihat kebudayaan adalah satu cara hidup yang

dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Perkara-perkara tersebut adalah seperti pengumpulan bahan-bahan kebendaan, pola organisasi sosial, cara tingkah laku yang dipelajari, ilmu pengetahuan, kepercayaan dan aktiviti lain yang berkembang dalam pergaulan manusia.Oleh itu, kebudayaan adalah sumbangan manusia kepada alam sekelilingnya.

Manakala Noran Fauziah (1987) merumuskan budaya sebagai satu takrifan yang komprehensif bahawa kebudayaan itu dipelajari dan diturunkan kepada generasi baru secara artifak, ilmu pengetahuan, kepercayaan, nilai dan harapan masyarakat yang memberi panduan kepada ahli-ahlinya tentang bagaimana menghadapi masalah.

Sharifah (2000) memetik pendapat Reid dan Holly (1988), melihat budaya sekolah ialah hasil daripada cara individu di sekolah berinteraksi, bagaimana mereka berkelakuan antara satu sama lain dan harapan mereka untuk hidup dengan harmoni antara satu sama lain.Budaya sekolah juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap hidup warganya dari segi kemajuan akademik, sosial dan personal yang dicapai oleh individu di sekolah.

Seperti mana yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh ini, kita dapat lihat bahawa budaya adalah sesuatu yang diwarisi atau diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya.Agen yang memperturunkan budaya itu mungkin masyarakat itu sendiri dan sekolah.Sekolah sebagai satu agen penting yang ditubuhkan masyarakat demi penerusan budaya kepada generasi baru akan memainkan fungsinya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakatitusendiri

Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal.

Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan puhak guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tesisih. Budaya ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial.

Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Guru Besar dan Pengetua sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu budaya yang positif dan kesannya, ini akan menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman. Terdapat beberapa contoh budaya yang perlu disemai seperti Budaya Penyayang, Budaya hormat-menghormati, Budaya berani menyoal dan Budaya Membaca. Setiap budaya yang dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya Budaya Membaca dimana, Projek Nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dijalankan. Di dalam Projek Nilam ini, setiap pelajar yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan ringkas buku yang telah dibaca itu tadi.

1.1Ciri-ciri Budaya Sekolah

Parson telah menetapkan tiga ciri budaya sekolah yang berbeza-beza antara satu sama lain.Ciri-ciri itu ialah:

(a)Ciri budaya instrumental dalam ciri ini, pendidikan ditumpukan kepada kepentingan masa depan.Kawasan sekolah adalah kawasan di mana aktiviti-aktiviti mengambil atau mengumpul pengetahuan, kemahiran dan sahsiah dijalankan.Perkara ini penting kerana matlamat akhir persekolahan adalah kelulusan atau lulus dalam peperiksaan yang diduduki.Sekolah juga menjadi tempat melatih warganegara yang baik melalui pembentukan sahsiah pelajar yang tinggi.

(b)Ciri budaya eksresif dalam ciri ini, sekolah dilihat untuk memberikan kepuasan kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kreativiti dan kesenian.Perasaan tegang akan hilang dengan menyertai aktiviti-aktiviti seni atau melakukan sesuatu yang melibatkan kreativiti.Namun begitu, dalam sekolah yang sebegini tiada usaha untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajarnya.Kreativiti dan kesenian pelajar dilihat sebagai bakat semula jadi.

(c)Ciri budaya moral sekolah yang memiliki ciri ini akan memberikan penumpuan kepada usaha menyatukan kumpulan-kumpulan pelajar menerusi perkongsian.Perkongsian yang dimaksudkan di sini ialah perkongsian idea tentang nilai yang betul dan salah.Di dalam kawasan sekolah, hukuman atau dendaan akan dikenakan ke atas tingkah laku yang salah dan pujian ataupun ganjaran akan diberikan kepada tingkah laku yang baik.Matlamat akhir adalah melahirkan pelajar-pelajar bermoral.Pelajar-pelajar bermoral ini mampu membuat pertimbangan terhadap perkara yang betul dan yang salah.

Di Malaysia, tumpuan sekolah-sekolah adalah ke atas budaya instrumental dan budaya moral sahaja.Budaya eksresif mungkin di sekolah-sekolah swasta yang menumpukan kepada pendidikan muzik dan kesenian.Orientasi peperiksaan yang ditekankan di sekolah-sekolah di negara kita telah menyebabkan budaya instrumental begitu ketara sekali. (Ting Len Siong & Dr. Hj Muhammad Sidek Said)

3. IKLIM SEKOLAH

Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses

pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah

yang berkesan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian

iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti

seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai

tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974)

mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu

yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan

Ciri Iklim Sekolah Berkesan

Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang

baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang

dengan pembelajaran yang lancar.

Memandangkan faktor iklim sekolah turut membantu mewujudkan sekolah

yang berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan

beberapa ciri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka lakukan.

Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai

ciri-ciri berikut:

(1) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan,

(2)guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan muridmuridnya,

(3) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang

(4) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang

berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya

yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu

mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh

mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara

sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi

pelajar-pelajarnya.

Sesebuah sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak sempurna

sekiranya tidak wujud suasana keagamaan (iklim dini) di sekolah, khususnya

jika majoriti warga sekolah sama ada pelajar, guru dan kakitangannya adalah

beragama Islam. Ini bertepatan dengan pandangan Rosnani dalam muqaddimah

buku Ali Mohammed (2002:x) yang mengatakan bahawa sesebuah sekolah

bukan sahaja perlu efektif, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana guru dan

pelajarnya yang kuat pegangan agama Islam berusaha untuk membawa sekolah

berkenaan ke puncak kejayaan.

Menurut Fathiah (2005), suasana sekolah yang mencerminkan ciri keislaman

yang sebenar, boleh menyediakan persekitaran harmoni dan melahirkan

kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan aktiviti pendidikan yang

membawa kepada kejayaan sahsiah dan pencapaian murid-murid. Selain itu,

pengetua yang memimpin guru-guru, menjadi penyeru kepada kebaikan dan

mencegah kepada kemungkaran serta menjadi pencetus, penggerak dan pembina

tamadun Islam.

Mengikut pandangan Rosnani (1998), pihak pengurusan sekolah hendaklah

berusaha mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nilai-nilai akidah

dan berakhlak supaya murid-murid merasa selamat, sentiasa ingin berbakti dan

berusaha untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih tinggi,

iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T. dan bukan sekadar untuk menggembirakan

warga sekolah, ibu bapa dan guru. Sebahagian daripada budaya ini adalah

bersifat muraqabah, iaitu merasa Allah sentiasa memerhatikan perbuatan mereka

untuk dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya, jika setiap warga sekolah

daripada pengetua, guru, kakitangan sokongan sehingga kepada pelajar-pelajar

menghayati nilai-nilai akhlak ini, pasti sekolah berkesan dari sudut disiplin akan

wujud dan kurang keperluan kepada pengawasan. Bagaimanapun, melihat realiti

insan yang mempunyai nafsu, memang masih perlu juga pengurusan sekolah

memantau kegiatan dan perilaku murid-murid, khususnya akhlak mereka yang

perlu sentiasa dinasihati dan dibimbing.

Dziauddin (1999) pula mengatakan suasana persekitaran pendidikan yang

menekankan kepada perkembangan akal dan fizikal serta pemurnian dan pemantapan

rohani serta iman sebagai satu pakej yang mantap. Oleh itu, persekitaran

sekolah yang selesa daripada aspek rohani, emosi dan kemasyarakatan sebegini

boleh mengukuhkan aqidah dan akhlak keislaman yang berasaskan ilmu yang

benar, amanah, ikhlas dan menghormati masalah umum, bekerjasama dan ketaatan

tanpa melibatkan derhaka kepada perintah Allah. Suasana kerja seperti ini

akan membina semangat kerja yang kuat ke arah mempertingkatkan motivasi.

Menurut Mahi Din (1998:2), dengan timbulnya suasana yang harmonis

dalam hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia

berasaskan ajaran tauhid, manusia akan dapat memahami hakikat budaya ilmu

dengan baik dan dapat mengekalkan identiti dan fungsi yang sebenar, iaitu ilmu

sebagai alat yang boleh membawa kepada kebenaran. Justeru, iklim dini di

sekolah merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan bersepadu meliputi

tiga dimensi utama insan, iaitu rohani, intelek dan jasmani bagi membolehkan

para pelajar dan guru mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam semua

aktiviti di sekolah dan juga meningkatkan motivasi warga sekolah.

Kesimpulannya, kebanyakan kajian yang dijalankan tentang iklim sekolah

menunjukkan iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang

bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang

lebih baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Ibrahim (1993:78) menegaskan

bahawa iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah.

Banyak kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat hubung kait yang

rapat antara iklim sekolah dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru

dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran

dan pembelajaran akan berjalan dengan baik.

3.1 Perhubungan InterpersonalBerdasarkan instrumen profil iklim sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu.

3.2 Pengajaran dan PembelajaranPengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka.

3.3 Kepimpinan PentadbiranPengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua melibatkan staf dalam pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap amalan penghajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka. Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk menggalakkan perkembangan profesional dikalangan mereka. Pelajar di sekolah berkesan digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka..

3.4 Kemudahan FizikalPelajar dan guru di sekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.

3.5 Pencapaian PelajarPencapaian pelajar dikesan secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran. Pelajar digalakkan bertanggung jawab sepenuhnya menguruskan kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka. Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Keutamaan adalah terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Murid yang berjaya akan diberi penghargaan setrta maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi murid berkenaan.Pelajar-pelajar juga memainkan peranan penting berbanding guru. Oleh itu, sekolah perlu beri keyakinan kepada murid bahawa mereka bertanggung jawab sepenuhnya terhadap pelajaran mereka.

3.6 Disiplin SekolahPelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.Untuk membentuk budaya sekolah yang berdisiplin, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi. Ini kerana ada juga sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu.Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin, ini akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sndiri. Kadang kala masalah disiplin yang di alami disekolah inmi disusuli pula dengan prestasi pencapaian pelajar yang teruk terutamanya dalam peperiksaan utama seperti SPM dan PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan

4. PEMBENTUKAN BUDAYA DAN IKLIM SEKOLAHBudaya dan iklim sekolah boleh dibentuk dengan cara;

4.1 Menghargai permuafakatanSemua guru mesti mengambil berat terhadap 'kesihatan' sekolah sebagai organisasi. Permuafakatan dapat menghindarkan keterasingan guru, sikap pentingkan diri sendiri sehingga tidak mahu mengakui wujudnya masalah atau tidak mahu melihat masalah orang lain. Dengan permuafakatan guru-guru bersama-sama menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling-bergantungan dan bantu-membantu sesama staf.

4.2 Mengamalkan nilai kesejawatananDi dalam sesebuah organisasi manusia tidak bekerja seorang diri, apa pun tugas dan peranannya seseorang itu tetap perlukan orang lain membantunya atau terlibat sama. Kesejawatanan atau "collegiality" bermaksud satu budaya kerja yang ada kaitannya dengan perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat-menghormati, nasihat-menasihati atau tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme. Jadi pemimpin yang berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana kesejawatanan ini di kalanngan guru-gurunya, mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa di samping mengelakkan dan mencegah unsur-unsur kronisme, nepotisme, favouritisme, rodongisme, pilih-kasih, berat sebelah, adu-domba, fitnah-memfitnah, hasad dengki, dan iri hati; di dalam interaksinya dengan staf dan kakitangan lain di sekolah

4.3 Guru-guru berkeyakinan tinggiGuru-gurunya penuh yakin dalam tugasnya setiap hari, mereka lebih bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta rumusan-rumusan. Ekoran daripada keyakinan ini akan wujud optimisme dan iltizam.Tempat kerja menjadi lebih menyeronokkan sementara guru-guru mendapat penyempurnaan dan kepuasan profesionalisme daripada kerja-kerja mereka menerusi kawalan kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, sokongan dari rakan sejawat dan bertambahnya peluang-peluang belajar dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran.

4.4 Ada komitmen yang tinggiKomitmen adalah satu sikap diri yang ditunjukkan dalam segala tingkah-laku dan cara berfikir seseorang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Komitmen yang tinggi terhadap kelangsungan organisasi dan kebajikan murid umpamanya dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar dengan semangat, tidak curi tulang, tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Orang-orang yang berkomitmen yang tinggi juga sentiasa dapat mematuhi dan menepati norma-norma organisasi atau masyarakat sama ada norma-norma yang tersurat atau pun yang tersirat.

5. CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

(i) Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan murid-muridnya.

(ii) Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.

(iii) Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

(iv) Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.

(v) Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan mesra dan sempurna.

(vi) Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

(vii) Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan.

6. USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MENJADIKAN BILIKDARJAH KONDUSIF

Pengenalan

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.

Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik di sekolah di mana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

6.1 Pengurusan bilik darjah

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan.Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi di kalangan pelajar dan guru.

Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.

Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

6.1.1 Faktor-faktor pengurusan bilik darjah

1) Manusia.

Unsur manusia merupakan perhubungan antara guru dengan murid dan perhubungan murid dengan rakan sebayanya. Aspek ini berkaitan dengan saling interaksi, tingkahlaku, syahsiah dan kerjasama antara mereka.

2) Kebendaan.

Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah.Susunan kemudahan fizikal yang menarik dapat mendorong murid terhadap pembelajaran.

3) Operasi.

Unsur operasi pula merupakan segala aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid dalam bilik darjah. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna.

7. ASPEK-

Terdapat empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah iaitu :

7.1 Iklim dan persekitaran bilik darjah.

Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Sauasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.

Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna.

Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang sedemikian.

Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.

Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ai dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama mereka.

Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran. Selain itu, sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik.

Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru.

a) Meja guru.

Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.

b) Kerusi dan meja murid.

Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.

Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.

Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.

Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.

7.2Aspekkomunikasi dalam bilik darjah.

Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat

Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.

Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi.

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku. Ketika guru menulis di papan hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah berlaku.

Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka.

Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah:

a) Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.

Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain.

b)Menggunakan bahasa yang berkesan.

Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.

c)Kesediaan untuk mendengar.

Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar.

d)Menghormati perasaan orang lain.

Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah.

e)Menyesuaikan diri dengan situasi.

Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan.

7.3Aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait.Ia melibatkan perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya.

Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan samaada dari buku- buku yang terdapat di kedai- kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet.

Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip- prinsip yang tertentu.

Prinsip- prinsip pengajaran yang baik:

a) Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran.

Di dalam proses pengajaran, guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental. Umpamanya murid- murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan percubaan- percubaan berbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja. Oleh yang demikian murid- murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang hanya pasif didalam kelas.

b)Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran.

Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai.

Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:

Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang diajar dalam bilik darjah.

Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan. Pastikan kaedah ini dapat memberi kejayaan atau kesan positif dalam pembelajaran murid- murid.

Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif.

Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk mencapai kejayaan.

Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah pengajaran dalam kitab- kitab tulisan mereka yang sewajarnya diikuti dan dipraktikkan oleh pendidik- pendidik Islam khususnya dan para pendidik umumnya.

Diantara kaedah- kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan, syarahan, dialog, soal jawab, perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya.

c)Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid-murid.

Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan kepada murid- murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkan dengan pengalaman yang telah ada pada mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh- contoh yang telah mereka alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami.

d)Pengajaran hendaklah mengambil berat tentang perbezaan individu.

Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu murid. Ini kerana setiap murid mempunyai keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Di dalam bilik darjah, kumpulan murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pandai, sederhana dan lemah. Manakala dari aspek latar belakang terdapat murid yang lahir daripada golongan kaya, sederhana dan miskin. Dalam hal ini, guru perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran bagi semua murid. Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak dan keperluan murid yang berbeza ini. Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya objektif dapat dicapai.

e)Melakukan perancangan dalam pengajaran.

Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan pengajaran hendaklah dibuat sebelum penggal persekolahan bermula. Persediaan mengajar merangkumi rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan lain- lain. Guru juga tidak lari dari melakukan langkah pengajaran yang memerlukan kepada modul.

Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa atau peringkat yang berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran tahunan. Proses pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awal pengajaran. Biasanya aktiviti ini tidak memakan masa yang lama antara dua hingga tiga minit. Seterusnya diikuti dengan perkembangan isi yang ada pada beberapa langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan dengan objektif khusus pembelajaran. Di peringkat ini, guru perlu memikirkan aktiviti dan kaedah yang sesuai. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya bertujuan untuk memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.

7.4Pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid.

Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah.

Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.

Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.

Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan hubungan dengan masyarakat.

Punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah:

a)Guru kurang berfungsi.

Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid. Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin.

b)Wujud kumpulan tertentu.

Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah disiplin yang lain.

c)Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan.

Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin.

d) Halangan komunikasi.

Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah.

7.4.1 Panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.

a)Ganjaran perlakuan yang baik.

Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran. Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.

b)Penggunaan bahasa isyarat.

Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi perhatian kepada guru.

c) Mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru.

d)Gunakan kaedah kaunseling.

Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut.

7.4.2 KESAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN.

Pertama, banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik darjah dengan kejayaan murid. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah hasil daripada pelakuan guru, seperti merancang, mengurus dan mengajar dan pelakuan murid seperti melibatkan diri, menguasai pelajaran dan menyelesaikan tugasan.

Cole (1994), merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan bilik darjah bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran mengajar dan keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan. Keempat- empat faktor ini sama pentingnya dan guru yang dapat mengurus kelas denagn baik. Ketidakberkesanan pengurusan bilik darjah ada kalanya tidak langsung berkaitan dengan perlakuan negatif murid.

Kedua,pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang tinggi dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan pengaturan bilik darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif didalam bilik darjah adalah bergantung kepada corak bilik darjah tersebut. Perkara ini memerlukan imaginasi guru supaya perkongsian ilmu melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Papan kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya diamnfaatkan secara berkesan.

Ketiga,pengajaran dapat dilaksanakan denagn berkesan. Ini kerana, kemampuan seorang guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan pengawala disiplin dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seterusnya objektif dan matlamat dapat dicapai.

REFLEKSI:

Budaya bilik darjah yang kondusif, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra di antara sesama murid dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, menyeronokkan dapat meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat, yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya. Selain dari itu, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.

Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklimyang memberangsangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorakkan tingkah laku dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan.

Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam suasana berorientasikan tugas di samping memiliki guru yang berkualiti. Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka. Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan. Selain itu, disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di kawasan sekolah dan seterusnya mewujudkan bilik darjah yang kondusif.

Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif sertamembantu dalam penyediaan bahan dan alatan.Tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, bekerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan guru berperanansebagai pembantu penyelesaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif.

Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik.

Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat.

Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai.

Pengurusan sekolah yang cekap akan merangsang budaya dan iklim sekolah yang sihat. Iklim dan budaya sekolah yang sihat akan menjadikan sesebuah sekolah itu sentiasa maju ke hadapan. Kesungguhan pihak sekolah dalam aspek ini akan mewujudkan satu suasana sekolah yang harmoni. Keadaan ini akan merangsang para pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita masing-masing.

Peranan guru kelas pula ialah sentiasa berusaha dengan menggunakan kreativiti masing-masing untuk menjadikan kelas yang mereka pegang mencapai taraf kelas yang kondusif. Kelas yang kondusif akan menjadikan para pelajar lebih tekun belajar dalam situasi yang tenteram. Kelas yang kondusif akan menyeronokkan pelajar belajar di dalamnya sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Impak yang paling diharapkan ialah supaya masalah ponteng sekolah di kalangan murid-murid dapat diatasi. Ini dalah kerana murid-murid akan berasa dihargai dan sentiasa bermotivasi ketika berada di sekolah.

RUJUKAN:

1. Abd. Ghafar Md. Din(2003),Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication& Distrib.2. Atan Long Ph.D (1980),Pedagogi Kaedah Am Mengajar,Kuala Lumpur: Fajar Bakti.3. Ahmad Mohd Salleh (1997),Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.4. Ee Ah Meng (2000),Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah(edisi kedua),Kuala Lumpur: Fajar Bakti.5. http://dukeamienerev.blogspot.com6. Leonard M.S Yong, Karen L (1996),Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi Praktikal,Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd.7. Sharifah Alwiyah Alsagof (1983),Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann Asia.8. http://impreschoolteacha.blogspot.com/2009/01/mewujudkan-iklim-bilik-darjah-yang.html9. http://openpdf.com/ebook/budaya-sekolah-pdf.html10. http://www.pdfqueen.com/pdf/pe/pengertian-iklim-dan-budaya-sekolah/11. http://pkukmweb.ukm.my/~penerbit/jurnal_pdf/jpend31_01.pdf12. http://rapid4me.com/?q=ciri+bilik+darjah+kondusif