Pembentukan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif

download Pembentukan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif

of 32

Transcript of Pembentukan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif

Nama ahli kimpulan

:

Wee Cher Yuan Mong Chee Fei Ong Chai Fei Baskaran A/L Subramaniam

Nama Pensyarah

:

Persekitaran PembelajaranPersekitaran yang kondusif merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses P & P. Ia dapat mewujudkan suasana yang sesuai bagi proses P&P dapat dijalankan dengan lebih efektif di samping dapat mengawalkan kelas dengan baik.

Strategi Umum

Pembentukan Persekitaran Pembelajaran Yang KondusifProsedur dan Peraturan Meningkatkan kerjasama pelajar

Strategi Umum

Menggunakan Strategi Autoritatif

Mengurus Aktiviti Kumpulan Secara Berkesan

Menggunakan Strategi Autoritatif Memantau tingkahlaku murid murid di samping

menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan. Memupuk sikap tolak ansur dalam kalangan mereka. Murid dapat menjadi lebig aktif serta mempunyai kawalan kendiri.

Mengurus Aktiviti Kumpulan Secara Berkesan Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang

bertindan tindih. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan. Libatkan murid murid dalam aktiviti pembelajaran yang mencabar tetapi berada dalam tahap kebolehan mereka dan skop sukatan pelajaran.

Prosedur dan Peraturan

Prosedur dan Peraturan Set prosedur dan peraturan yang jelas menjamin perjalanan proses P&P yang lancar. Boleh mengelakkan timbulnya huru-hara. Contoh : Murid memberi salam semasa guru memasuki kelas.

Prosedur Memperihalkan bagaimana aktiviti-aktiviti dilaksanakan dalam bilik darjah. Tidak tertulis dalam hitam putih. Terdapat 6 bidang perlu dipertimbangkan semasa

merancang prosedur dan rutin bagi bilik darjah.

Prosedur1.

Rutin pentadbiran. Contoh: mengambil kedatangan. berjumpa dengan guru di bilik guru.

2. Pergerakan murid-murid seperti keluar ke tandas,3. Pengurusan bilik darjah. Contoh: menyapu lantai.

4. Rutin P&P termasuk mengutip tugasan,

memulangkan kerja rumah.5. Interaksi antara guru dan murid. contoh: bagaimana

cara untuk menarik perhatian guru.6. Interaksi antara murid. contoh: memberi bimbingan,

tunjuk ajar dan sebagainya.

Peraturan Peraturan menyenaraikan tindakan murid yang

dibenarkan atau dilarang dalam bilik darjah. Biasanya ditulis dan ditampal di dalam bilik darjah. Semasa membentuk peraturan, perlu pertimbangkan jenis suasana P&P yang ingin diwujudkan. Contoh : Bersopan sepanjang masa. Hormati harta benda orang lain. Dengar apabila orang lain bercakap. Jangan pukul,tolak atau cederakan orang lain.

Meningkatkan Sifat Kerjasama pelajar

Meningkatkan Sifat Kerjasama Terdapat tiga strategi untuk meningkatkan sifat kerjasama pelajar.1. 2.

3.

Membina hubungan yang positif dengan muridmurid. Minta mereka berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama. Memberi ganjaran bagi tingkah laku yang sesuai.

Membina hubungan yang positif dengan murid-murid Sifat kerihatinan. Mengambil berat tentang kebajikan murid-murid. Cara-cara perlaksanaan: Tanyakan murid-murid secara peribadi mengenai perasaan pada

hari yang berkenaan. Tuliskan nota ringkas yang mempunyai kata-kata perangsang. Tingkatkan memanggil nama murid-murid semasa sesi pengajaran. Maklumkan kepada pelajar bahawa anda bersedia untuk memberi sokongan moral serta bantuan, jika perlu.

Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama Murid-murid harus diberi peluang untuk membentuk prosedur dan peraturan bilik darjah. Ini dapat menjadikan komitmen mereka terhadap peranan mereka sebagai murid bertambah tinggi. Akan wujudnya perasaan kekitaan.

Membina hubungan yang positif dengan murid-murid Garis panduan untuk mendapatkan kerjasama murid: Libatkan murid-murid dalam perancangan dan

pelaksanaan program dan aktiviti bilik darjah. Galakkan murid-murid menilai tingkahlaku mereka. Janga menerima alasan yang diberi. Beri peluang kepada murid-murid yang melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dengan mengadakan perjumpaan kelas.

Memberi ganjaran bagi tingkah laku yang sesuai Pemberian ganjaran didapati dapat meningkatkan

sifat kerjasama antara murid-murid. Cara perlaksanaan: Pilih pengukuhan yang sesuai.

kenal pasti pengukuhan mana yang sesuai bagi setiap murid.

Gunakan galakan dan pembentukan tingkah laku secara

berkesan.

Ganjaran diberi bagi penambahbaikan yang diperhatikan.

Gunakan ganjaran untuk matlamat peguasaan

pembelajaran, bukan mengawal tingkah laku

Secara ringkasnya Guru yang berkesan mempunyai pengurusan bilik darjah yang baik. Pengurusan bilik darjah merangkumi membentuk dan mengekalkan persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk proses P&P.

Hanya sebahagian kecil murid-murid yang akan bersifat disruptif dan mengganggu perjalanan licin sesi pengajaran.

Pelan Tindakan Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Keberkesanan sesuatu P&P amat bergantung pada

perancangan guru yang melibatkan aspek fizikal dan psikologi pembelajaran.

Bagaimanakah sesuatu perancangan yang efektif dibuat sama ada perancangan harian, semester, atau tahunan? 2. Bagaimanakah seseorang guru mampu mendorong muridnya memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang baharu melalui pendekatan hands on?1.

3. Bagaimanakah guru dapat menyediakan suasana

bilik darjah yang berkesan dengan mengambil kira perbezaan murid dari aspek latar belakang, ciri-ciri murid dan keperluan mereka?Soalan refleksi itu bertujuan untuk mengajak guru berfikir ke arah merancang dan membina suatu pelan tindakan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

CIRI-CIRI MURID Perancangan

Bimbingan

CIRI MURID

Persekitaran bilik darjah

Penilaian

Dengan merujuk rajah di atas, seseorang guru perlu mengambil tindakan yang berikut : Merancang tindakan, dalam hal ini seseorang guru perlu memilih dan menetapkan pilihannya tentang perkara yang patut diajar dan bagaimana pelaksanaan pengajarannya. 2. Memilih strategi dan aktiviti P&P bagi memastikan perancangan yang berkesan. 3. Guru perlu meneliti dan mengkaji sejauh mana bimbingan yang diberikan kepada murid telah membantu pembelajaran murid.1.

4. Bimbingan terhadap murid boleh terdiri

daripada pelbagai teknik, antaranya bimbingan menerusia.

a.

a.

Pendekatan ekspositori (menyampaikan maklumat terus kepada murid untuk dipelajari) Pendekatan hands on (melibatkan pelajar dalam pembelajaran dan mendorong mereka menemukan fenomena diri sendiri, menggunakan prosedur yang baharu, mengaplikasikan konsep dalam suasana baharu) Pendekatan interaktif dan kolaboratif (membolehkan murid berbincang dan saling membantu dalam kerja berkumpulan)

Ciri-ciri Bilik Darjah yang Kondusif1. Perancangan yang teliti agar murid terus berminat untuk melaksanakan aktiviti P&P, sebaik-baiknya menepati kecerdasan pelbagai murid.2. Menyesuaikan rancangan mengajar berdasarkan perkembangan dan minat murid. 3. Bersiap sedia menghadapi kerenah dan tingkah laku yang menganggu perjalanan P&P sebelum murid mempengaruhi rakan-rakannya yang lain.

4. Menyediakan aktiviti yang mendorong

penglibatan murid seperti perbincangan, perbahasan dan bermain, bermungkinan kelas berada dalam keadaan yang agak bising, tetapi murid memperoleh banyak ilmu dan kemahiran. 5. Susunan kelas yang memudahkan interaksi guru-murid. 6. Bina suasana bilik darjah yang mewujudkan perasaan dihargai dan kepunyaan serta mampu memotivasikan murid. 7. Menetapkan peraturan bagi mengurangkan salah laku murid.

8. Merancang aktiviti yang menekankan tugasan tingkah laku (on-task behaviour). 9. Memantau perlakuan dan aktiviti murid secara berterusan. 10. Menambah baik bimbingan terhadap murid. 11. Susunan meja guru dan murid memudahkan guru berinteraksi dengan murid. Jarak murid dengan guru menentukan kadar tumpuan murid terhadap pengajaran murid. 12. Guru mudah dan mesra dalam berinteraksi dengan murid, nilai penyayang dan prihatin guru dapat menarik minat murid untuk berada di

dalam bilik darjah.

13. Wujudkan perasaan kemasyarakatan dalam kalangan murid. Contohnya, melalui pembelajaran koperatif.

14. Memberikan penghargaan dan ganjaran atas usaha serta sikap positif murid.15. Memaklumkan aktiviti dan tugasan yang akan

diberikan kepada murid lebih awal supaya murid bersiap sedia. 16. Memberikan pilihan kepada murid untuk menentukan masa yang diperlukan bagi menyudahkan tugasan dan bagaimana untuk melaksanakan tugasan mereka.

Gambar 1.1 Contoh Pelan Bilik Darjah

RujukanBuku rujukan Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad(2009), SIRI PENDIDIKAN GURU, Murid dan Alam Belajar, Selangor Darul Ehsan, Laser Press Sdn Bhd. ChoongLean Keow PhD(2008), Murid dan Alam Belajar Untuk

Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, Kuala Lumpur, KUMPULAN BUDIMAN SDN BHD.Laman Web Google, Pelan Pembentukan Persekitaran yang Kondustif. Item diambil pada 20 Sep2011 dari http://www.google.com.my/imgres?q=pelan+persekitaran+pembelaj aran+kondusif&hl=en&sa=X&biw=1366&bih=677&tbm=isch&prmd= imvns&tbnid=0X1heo4yfHVDQM:&imgrefurl=http://notapismpks.b logspo

Sekian, Terima Kasih.