pt3 sejarah 2014

21
PT3 SEJARAH Draf awal nak buat .............. 1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll ) 2. Nama penulis Nama kita 3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki (a) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan ) · Dasar pecah dan perintah British · Sistem pendidikan zaman British · Pendudukan Jepun · Peristiwa 13 Mei · Isu agama dan budaya- trend terkini (b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan ) · mewujudkan masyarakat harmoni dan aman · memelihara kedaulatan Negara · mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme · meningkatkan imej Negara di mata dunia · membangunkan ekonomi negara · mengekalkan kestabilan politik · membina masyarakat yang saling menghormati (c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan ) · Peristiwa 13 mei · Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular · Penubuhan parti politik · Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan · Dasar pebdidikan kebangsaan (d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan ) · kewujudan pelbagai aliran sekolah · parti politik berasaskan kaum · kesan dasar penjajahan british · Sikap individulistik dalam masyarakat · Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif · Campurtangan kuasa luar (e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( cadangan ) · Kempen kerajaan · Program RIMUP · Gotong royong · Rumah terbuka · Sambutan perayaan · Program sukan · Slogan I Malaysia · Aktiviti kokurikulum

description

semoga maju jaya!

Transcript of pt3 sejarah 2014

Page 1: pt3 sejarah 2014

PT3 SEJARAH

Draf awal nak buat ..............

1. Tajuk rencana (contoh -  Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul contohnya  Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis – Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum  ( cadangan )

·         Dasar pecah dan perintah British·         Sistem pendidikan zaman British·         Pendudukan Jepun·         Peristiwa 13 Mei·         Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

·         mewujudkan masyarakat harmoni dan aman·         memelihara kedaulatan Negara·         mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme·         meningkatkan imej Negara di mata dunia·         membangunkan ekonomi negara·         mengekalkan kestabilan politik·         membina masyarakat yang saling menghormati

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

·         Peristiwa 13 mei·         Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular·         Penubuhan parti politik·         Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan·         Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

·         kewujudan pelbagai aliran sekolah·         parti politik berasaskan kaum·         kesan dasar penjajahan british·         Sikap individulistik dalam masyarakat·         Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif·         Campurtangan kuasa luar

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia               ( cadangan )

·         Kempen kerajaan·         Program RIMUP·         Gotong royong·         Rumah terbuka·         Sambutan perayaan·         Program sukan·         Slogan I Malaysia·         Aktiviti kokurikulum

Page 2: pt3 sejarah 2014

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan ·         Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin·         Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........·         Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar·         Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )·         Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan·         Tidak terpengaruh dengan anasir luar·         Menghargai jasa tokoh

 (g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/http://cikgurazak.blogspot.com/2014/06/800x600-normal-0-false-false-false-en.html

Jadual kerja / senarai semak 

Objektif kajian 

Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umumMengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara iniMenghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara iniMenyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 

Menetapkan kaedah kajian 

Membaca akhbar tempatanMerujuk buku teks atau rujukanMelayari internet berkaitan dengan isu perpaduan

Menetapkan tajuk – perpaduan kaum di Malaysia Menyediakan kerangka kasar penulisan

Kerangka awal

Tajuk rencanaNama penulisIsi kandunganPengenalan isu perpaduan secara umum

Kepentingan perpaduan kaum

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

Cabaran mengekalkan perpaduan kaum

Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di Malaysia

Membuat rumusan

Page 3: pt3 sejarah 2014

Meletakkan rujukan

Tarikh Huraian

Mendengar taklimat daripada guru

Membuat rujukan lanjut ke laman web kementerian Pendidikan/ LPM

Bertanya guru untuk mengenalpasti tugasan

Menentukan tajuk tugasan

Membuat kajian perpustakaan

Membuat kajian internet

Membuat kerangka kasar

Merujuk guru tentang huraian tugasan

Membuat draf akhir

Menulis rencana ikut format

Menyemak tugasan

Menghantar laporan

Kepentingan Perpaduan KaumNegara Malaysia unik dari segi penduduknya yang berbilang kaum. Dalam konteks kepelbagaian ini, perpaduan rakyatMalaysia sememangnya penting. Demi mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat Malaysia, Perdana MenteriMalaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan pelaksanaan dasar 1Malaysia. Apa yang dikatakan konsep1Malaysia ? Konsep ini membawa makna bahawa semua rakyat dalam negara Malaysia digelar bangsa Malaysia tanpa mengiraagama, warna kulit mahupun keturunan.Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia.Malaysia yang aman dan damai dapat manjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Kedamaian dan kesejahteraan dalamkalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu samalain. Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian, kerana rakyatMalaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian negara.Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.Perpaduan masyarakat Malaysia penting bagi mencapai hasrat Wawasan 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr.Mahathir Mohamad, telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun1991. Dalam ucapannya, beliau mengemukakan perpaduan rakyat Malaysia sebagai cabaran pertama untuk membentuk sebuahnegara yang utuh. Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyaiperasaan kekitaan sebagai warga Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap kemajuanyang optimum. Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.Salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1Malaysia ialah dengan penubuhansekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolahwawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana merekaberkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenai danmemahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya danagama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasinasional.Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mengekalkan keharmonian rakyat sertanegara. PLKN dapat merealisasikan perpaduan nasional. Hal ini demikian, kerana aktiviti PLKN dilakukan secara berkumpulandan segala aktiviti yang dilaksanakan memerlukan kerjasama antara semua peserta. Melaluinya, remaja pelbagai kaum akanditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan menjalankan aktiviti bersama - sama, berinteraksi dan bergaulmesra. Mereka akan terdedah kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebiherat akan memupuk perasaan kekitaan. Dengan ini, tembok pemisah antara kaum

Page 4: pt3 sejarah 2014

dapat diruntuhkan di samping mengekalkankeharmonian negara.Selain daripada pihak kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab mengekalkan keharmonian negara, masyarakat diri sendiriturut memikul peranan penting dalam menjamin keharmonian negara berkekalan. Demi menjamin keharmonian negara, rakyatMalaysia perlu mengelakkan isu-isu sensitif. Usahlah rakyat kita mengungkitkan isu perkauman. Biarlah peristiwa hitam 13 Mei1969 tersimpan dalam lipatan sejarah. Biarlah peristiwa itu menjadi satu pengajaran kepada rakyat Malaysia hari ini bahawapentingnya keharmonian dan keamanan antara kaum kepada kestabilan negara. Rakyat Malaysia jangan iri hati terhadapkejayaan dan pencapaian kaum lain, sebaliknya menjadikannya sebagai rangsangan. Kaum-kaum yang maju dalam bidangtertentu juga jangan hanya mementingkan diri sahaja. Bimbinglah kaum-kaum yang lain supaya mereka tidak ketinggalan.Jelasnya, sikap masyarakat Malaysia yang prihatin dan penyayang dapat menjamin dan mengekalkan keharmonian negara.

Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara  yang unit lantaran rakyatnya

terdiri daripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula ampuh

yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya

dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namum, persoalan

sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri setiap

anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek perpaduan

telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu, setiap

rakyat Malaysia perlu sedar akan kepentingan perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini

memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan politik. Kestabilan

politik dalam setiap jabatan amat  perlu bagi menjamin keutuhan struktur pentadbiran Malaysia.

Fungsi pentadbiran Negara pula perlu dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar

yang gemar berurusan dengan pemimpin Malaysia. Impak positif yang berlaku ialah Negara

Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan perdagangan  bagi

mencakupi arena global. Umpamanya, kestabilan politik di Johor telah memberi keyakinan

kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan Wilayah

Pembangunan  Iskandar (WPI). Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah

kestabilan politik memberi pulangan yang lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu’

pucuk dicta, ulam mendatang’ kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.

Seperkara lagi, perpaduan kaum dapat menjamin Negara Malaysia. Amnya mengetahui bahawa

Malaysia terdiri  daripada berbilang bangsa di mana majoriti rakyatnya  terdiri daripada bangsa

Melayu, Cina dan India yang mempunyai pelbagai adat resam, agama dan kepercayaan sejak lima

dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng

Lock, Tun Sambathan serta ramai pemimpin berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak

ansur untuk mencapai perpaduan demi sebuah negara yang tercinta. Kini, sudah menjadi

tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak zaman-

berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian, Malaysia telah mengorak langkah serta

melalui satu fasa perubahan yang drastik sehingga kita standing dengan negara-negara maju

Page 5: pt3 sejarah 2014

yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelusok dunia. Tambahan pula, ada segelintir pemimpin

dunia yang menjadikan Malaysia sebagai suri teladan untuk membentuk perpaduan rakyat

mereka seterusnya  mencetuskan keharmonian negara,

Dalam nada yang sama, perpaduan kaum amat penting bagi merapatkan jurang perbezaan

ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Melalui penemuan satu formulasi ekonomi iaitu Dasar

Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke- 2, Allahyarham Tun

Abdul Razak pada tahun 1970, beliau berjaya merungakai satu masalah yang membelenggu

rakyat Malaysia yang mana, pada masa itu  satu kaum telah memusuhi kaum yang lain dalam

peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Impak positif daripada formulasi ini, wujud semangat bertolak-

ansur dalam kalangan rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan. Tindakan ini juga jelas dapat

dilihat apabila pihak kerajaan sendiri berusaha meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin

melaui proses memodenkan kawasan luar bandar. Intihanya, usaha merapatkan jurang ekonomi

antara kaum amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum.

Akhirulkalam, tanggungjawab menyemai benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi

tugas rakyat Malaysia bersama-sama. Moga-moga usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin-

pemimpin terdahulu dihargai oleh kita dengan terus memupuk sikap bersatu-padu tanpa

mengira latar belakang agama, bangsa, maupun budaya. Oleh itu marilah sama-sama kita

menghayati cogan kata ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran

kita tentang peri penting hidup bersatu-padu.http://retibahasa.blogspot.com/2011/10/kepentingan-perpaduan-kaum_03.htmlhttp://www.scribd.com/doc/49692948/Kepentingan-Perpaduan-Kaum

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) ‘ .... the road to a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of “ onak dan duri”.

Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari aspek sosial. Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus mennjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku

Page 6: pt3 sejarah 2014

akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian. 

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek ekonomi. Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang

Page 7: pt3 sejarah 2014

lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja. 

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka. 

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah

Page 8: pt3 sejarah 2014

berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.

Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku Pengajian Malaysia, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya. 

Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan. Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan profesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang program

Page 9: pt3 sejarah 2014

pembangunan negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara. 

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan. Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. 

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadpan(1991) yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera. 

Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan

Page 10: pt3 sejarah 2014

Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995. Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri. Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia uar, proses penjajahan barat dan kemasukan orang asing erupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang ‘multiracial’ dan ‘multiculture’ yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri.

Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa. Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik. Disamping itu kepentingan agama didahulukan.. 

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budl bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhl dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia 

Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Kesemua adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa• adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung beragama Islam hendaklah memmberi salam 'Assalamu'alaikum'. Pengunjung bukan Islam memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke dalam rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut. Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum ialah semasa memberi hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambiI mengucapkan kata-kata yang bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu mestilah membuka kasut kecuali jika tuan rumah membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat

Page 11: pt3 sejarah 2014

pada hari dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan mengatakan 'saya akan datang lagi' serta berjabat tangan. Masyarakat Cina pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa berkunjung ke rumah orang dna, tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah. Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan. Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling memahami adat dan kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak timbullah persoalan ketidaksefahaman antara kaum.

Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

Cabaran mengekalkan perpaduan kaum

1. Berbeza Dalam Sistem Pendidikan

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), “Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara”. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.

Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan

Page 12: pt3 sejarah 2014

globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.

Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.

3.2 Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.

Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang

Page 13: pt3 sejarah 2014

didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa “ Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka”.

Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya.

3.3 Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh

Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya, seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), “setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.

Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.

Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.http://unclemilydungun.blogspot.com/2013/07/tiga-cabaran-untuk-mencapai-perpaduan.html

Langkah mengekalkan perpaduan kaum

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan

memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan

nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh

biarlah dari rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa

dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu

bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati

Page 14: pt3 sejarah 2014

keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi

cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa,

misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda

menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa

dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan

kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang

dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan

semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat

diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru

hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek

sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah.

Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk

menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya

sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh

mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan

budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru

perlulah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di

peringkat sekolah.

Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar

dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan

permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar

lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut

akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-

anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah

menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang

sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat

kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air agar dapat menyemai

semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga

menyatakan bahawa “sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang

dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat

membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya

menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai

Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah

menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”.

Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina

Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia

yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara?

Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil

Page 15: pt3 sejarah 2014

kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan

keharmonian dan kedaulatan negara.

Selain itu, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan

perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti

kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan

Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-

aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada menjamin

kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan

bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, “serampang dua mata”.

Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam

pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum

lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti

bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga

ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam

memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat

negara.

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah

perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha menerapkan

gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia

sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu

Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi

persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan

gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan

semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan

masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat

berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih

lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk

memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana

bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara

rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional

dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan

semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah

dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat

bunga” agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan.

http://sharonnghy94.blogspot.com/2011/05/langkah-langkah-untuk-

mengukuhkan.html

http://pisaudotnet.files.wordpress.com/2012/02/1msia.jpg (gmbr 1)http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/12/1malaysia2.jpg (gmbr 2)

Page 16: pt3 sejarah 2014