SEJARAH PT3 2014

download SEJARAH PT3 2014

of 23

Transcript of SEJARAH PT3 2014

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM1. usaha malaysia yang tidak berputus asa dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.2. rakyat sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.3. kerajaan juga mengambil insiatif yang proaktif dengan menggalakkan rakyat saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain.FAKTOR YANG MENYUMBANGKAN KEPADA PENGUKUHAN PERPADUAN KAUM 1.usaha Malaysia dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum nescaya tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguhkonsep atau gagasan 1Malaysiayang diilhamkan oleh Perdana Menteri Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud semasa Perdana Menteri yang ke-6, yakni Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri. Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan agama. 2.Selain itu, rakyat diseru supayasentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Sekolah yang merupakanalma matertelah menyisipkan nilai-nilai murni dalam atma setiap pelajar. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup bersama secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya. Dengan adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah sama. 3.kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif denganmenggalakkan rakyat saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lainsejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Khamis, 26 Jun 2014tugasan PT 3 sejarah

catatan 2

soalan

1. Tugasan PT 3 sejarah ni macam folio ke ?- tak- sebab prosesnya cuma dua minggu atau 6 waktu dalam kelas- kita cuma ada masa dalam dua minggu untuk menyiapkannnya- kat rumah kita cuma cuba cari bahan yang saya dah tuliskan ( kita kena huraikan setiap satu tu eg pengenalan nak tulis apa dan seterusnya.

2. cara nak tulis rujukan- rujukan hanya tulis maklumat berkaitan 3 bahan yang kita ambik untuk dijadikan sumber rujukan- biasanya buku/ internet dan majalah atau akhbar sahaja

a. BukuLofti Ismail,1988.Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd.Mohamad Noordin Sopiee,1967.From Malayan Union to SingaporeSeparation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.

b. Jurnal Ahmad Masjidin. Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979.Ishak bin Tadin,1960. Dato Onn and Malay Nationalism 1946-1951,dalam JSEAH.Vol 1.Mac 1960.

c. EnsiklopediaTajuk, jilid dan tahun.

d. AkhbarUtusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

e. Orang SumberEncik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur.

Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak,68100 Selangor.

f. Melawat Tempat Kajian Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan DuniaPutra,45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur. Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah. Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.

g. VCDTajuk program, terbitan.

h. RadioTajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

i. TelevisyenTajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

j.MajalahNama majalah, tarikh, tahun.

k. Sumber lain :Jenis sumber, alamat/punca sumber.Internethttp://geocities.com/kamashara/unionsm.htmhttp://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htmhttp://www.geocities.com/tokohagung/Tokoh PMTunku AbdulRahman.htmDicatat oleh CIKGU RAZAK di Khamis, Jun 26, 2014 Reaksi:

Tiada ulasan: Label: SEJ PT 3 Selasa, 24 Jun 2014Tugasan Sejarah PT 3

Pentaksiran Tingkatan Tiga [ PT3 ] - Pentadbiran Pelaksanaan Tugasan Mata pelajaran Sejarah

MAKLUMAT AWAL1. Format instrumen pelbagai - tahun ini - kajian kes2. Panjang tugasan 300 patah perkataan sahaja ( boleh lebih sedikit )3. Tugasan ditulis oleh pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ( tidak dibawa balik ke rumah )4. Tugasan dilakukan oleh pelajar selepas bimbingan guru5. Tugasan diselesaikan dalam 6 waktu pengajaran dan pembelajaran6. Buat satu tugasan sahaja7. Penilaian dibuat secara individu8. Tugasan dilakukan di sekolah sahaja9. Isu pelajar tidak hadir masih tertakluk pada tarikh penghantaran 10. Tajuk/ isi huraian penulisan pelajar biasanya lebih kurang sama11. Tugasan tidak boleh dilakukan di rumah/ disediakan terlebih dahulu12. markah dimasukkan dalam pelaporan PT313. Tiada proses semak semula untuk tugasan kajian kes ini.Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Selasa, Jun 24, 2014 Reaksi:

Tiada ulasan: Label: SEJ PT 3 TUGASAN SEJARAH PT 3

Jadual kerja / senarai semak

Objektif kajian

Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umumMengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara iniMenghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia

Menetapkan kaedah kajian

Membaca akhbar tempatanMerujuk buku teks atau rujukanMelayari internet berkaitan dengan isu perpaduan

Menetapkan tajuk perpaduan kaum di Malaysia Menyediakan kerangka kasar penulisan

Kerangka awal

Tajuk rencanaNama penulisIsi kandungan Pengenalan isu perpaduan secara umum

Kepentingan perpaduan kaum

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

Cabaran mengekalkan perpaduan kaum

Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di Malaysia

Membuat rumusan

Meletakkan rujukan

Tarikh Huraian

Mendengar taklimat daripada guru

Membuat rujukan lanjut ke laman web kementerian Pendidikan/ LPM

Bertanya guru untuk mengenalpasti tugasan

Menentukan tajuk tugasan

Membuat kajian perpustakaan

Membuat kajian internet

Membuat kerangka kasar

Merujuk guru tentang huraian tugasan

Membuat draf akhir

Menulis rencana ikut format

Menyemak tugasan

Menghantar laporan

Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Selasa, Jun 24, 2014 Reaksi:

12 ulasan: Label: SEJ PT 3 Tugasan Sejarah PT3

TUGASAN

Baca petikan berikut dengan teliti.

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia. Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:

Draf awal nak buat ..............

1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan )

Dasar pecah dan perintah British Sistem pendidikan zaman British Pendudukan Jepun Peristiwa 13 Mei Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

mewujudkan masyarakat harmoni dan aman memelihara kedaulatan Negara mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme meningkatkan imej Negara di mata dunia membangunkan ekonomi negara mengekalkan kestabilan politik membina masyarakat yang saling menghormati

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

Peristiwa 13 mei Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular Penubuhan parti politik Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

kewujudan pelbagai aliran sekolah parti politik berasaskan kaum kesan dasar penjajahan british Sikap individulistik dalam masyarakat Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif Campurtangan kuasa luar

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( cadangan )

Kempen kerajaan Program RIMUP Gotong royong Rumah terbuka Sambutan perayaan Program sukan Slogan I Malaysia Aktiviti kokurikulum

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........ Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar ) Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan Tidak terpengaruh dengan anasir luar Menghargai jasa tokoh

(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/

contoh2 faktor yang menyumbang kpd pengukuhan kaum ialah:-kita boleh mengadakan kempen yang melibatkan pelbagai kaum supaya perpaduan dapat dipupuk.Contonye kempen 1 malaysia, kempen gotong royong dan lain2

-memberikan pendidikan awal kpd generasi muda mengenai negar Malaysia seperti mewujudkan pelajaran sivik dan kewarnegaraan agar tidak berlaku masalah sentimen perkauman

SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH

Friday, November 18, 2005Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan

Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama.Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang.Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja).Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.Sekolah VernakularSekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:Pagi

Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional

Petang

Bahasa Arab dan al-Qur'an

Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaituMPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan MPPM di Melaka pada tahun 1935.

Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China. Contoh sekolah vernalular Cina ialahSJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan BritishCiri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:

Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum. Kurikuium sekolah berbeza. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya ialah bahasa Mandarin.

Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam.Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya,King Edward VII, Taiping di Perak dan Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasadari sesi petang untuk pembelajaran agama.Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolahini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah.Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan tempatan.Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan

Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan elepas kemerdekaan, iaitu:

Laporan Barnes (1950)Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.Laporan Fenn-Wu (1951)

Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952). Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

Ordinan Pelajaran (1952)Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.RumusanDalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masingmasing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.

PERISTIWA 13 MEIPeristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]Isu perkauman dalam pilihan raya 1969[sunting | sunting sumber]Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.Pembangkang meraikan kemenangan[sunting | sunting sumber]Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.Perarakan kematian Cina[sunting | sunting sumber]

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.Rumah Menteri Besar Selangor[sunting | sunting sumber]UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.[4] Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.Rejimen Renjer[sunting | sunting sumber]

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.Askar Melayu[sunting | sunting sumber]Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu tersebut.Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.Panggung Odeon[sunting | sunting sumber]Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan.[5] Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.[perlu rujukan]Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.Persepsi[sunting | sunting sumber]Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.Pada tahun 2007, satu buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[6]Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim Kit Siang dalam peristiwa 13 mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.[7]"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.[8]Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman."Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung."Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan."Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata Lim.Angka korban[sunting | sunting sumber]

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.Statistik tidak rasmi jumlah kematian: Melayu : 86 orang Cina : 342 orang Lain-lain : 3 orangStatistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.[perlu rujukan]Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei[sunting | sunting sumber]Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran[sunting | sunting sumber]Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.