Peredaran darah

3
Peredaran darah Jantung adalah organ utama peredaran darah. Aliran darah dari ventrikel kiri melalui arteri, arteriola dan kapileri kembali ke atrium kanan melalui vena disebut peredaran darah besar atau peredaran sistemik. Aliran dari ventrikel kanan, melalui paru-paru, ke atrium kiri adalah peredaran kecil atau peredaran pulmonari. Peredaran sistemik Definisi Darah meninggalkan ventrikel kiri jantung melalui aorta, iaitu arteri terbesar dalam tubuh. Penerangan Aorta ini bercabang menjadi arteri menjadi arteri lebih kecil yang menghantar darah ke pelbagai bahagian tubuh. Arteri-arteri ini bercabang dan beranting lebih kecil lagi hingga sampai pada arteriola. Arteri-arteri ini mempunyai dinding yang sangat berotot yang menyempitkan salurannya dan menahan aliran darah. Fungsinya adalah : Mengekalkan tekanan darah arteri Mempelbagaikan saluran Mengatur aliran darah dalam kapilari Dinding kapilari sangat nipis sehingga dapat berlaku pertukaran zat antara plasma dan tisu interstitial. Kemudian kapilari-kapilari ini bergabung dan membentuk pembuluh lebih besar yang disebut venul, yang kemudian juga bersatu menjadi vena, untuk menghantar darah kembali ke jantung. Semua vena bersatu dan bersatu lagi hingga terbentuk dua batang vena, iaitu vena kava interior yang mengumpulkan darah dari

description

Sebahagian sahaja maklumat ini untuk dikongsi bersama

Transcript of Peredaran darah

Page 1: Peredaran darah

Peredaran darah

Jantung adalah organ utama peredaran darah. Aliran darah dari ventrikel kiri melalui arteri,

arteriola dan kapileri kembali ke atrium kanan melalui vena disebut peredaran darah besar atau

peredaran sistemik. Aliran dari ventrikel kanan, melalui paru-paru, ke atrium kiri adalah

peredaran kecil atau peredaran pulmonari.

Peredaran sistemik

Definisi

Darah meninggalkan ventrikel kiri jantung melalui aorta, iaitu arteri terbesar dalam tubuh.

Penerangan

Aorta ini bercabang menjadi arteri menjadi arteri lebih kecil yang menghantar darah ke pelbagai

bahagian tubuh. Arteri-arteri ini bercabang dan beranting lebih kecil lagi hingga sampai pada

arteriola. Arteri-arteri ini mempunyai dinding yang sangat berotot yang menyempitkan

salurannya dan menahan aliran darah. Fungsinya adalah :

Mengekalkan tekanan darah arteri

Mempelbagaikan saluran

Mengatur aliran darah dalam kapilari

Dinding kapilari sangat nipis sehingga dapat berlaku pertukaran zat antara plasma dan tisu

interstitial. Kemudian kapilari-kapilari ini bergabung dan membentuk pembuluh lebih besar yang

disebut venul, yang kemudian juga bersatu menjadi vena, untuk menghantar darah kembali ke

jantung. Semua vena bersatu dan bersatu lagi hingga terbentuk dua batang vena, iaitu vena

kava interior yang mengumpulkan darah dari badan dan anggota gerak bawah, dan vena kava

superior yang mengumpulkan darah dari kepala dan anggota gerak atas. Kedua pembuluh

darah ini mengumpulkan isinya ke dalam atrium kanan jantung.

Peredaran pulmonari

Definisi

Darah dari vena tadi kemudian masuk ke dalam ventrikel kanan yang mengecut dan mengepam

ke arteri pulmonari.

Page 2: Peredaran darah

Penerangan

Arteri ini bercabang dua untuk menghantar darahnya ke paru-paru kanan dan kiri. Darah tidak

sukar memasuki pembuluh-pembuluh darah yang mengaliri paru-paru. Di dalam paru-paru

setiap arteri membelah menjadi arteriol dan akhirnya menjadi kapilari pulmonari yang mengitari

alveoli dalam tisu paru-paru untuk memungut oksigen dan melepaskan karbon dioksida.

Kemudian kapilari pulmonari bergabung menjadi vena dan darah dikembalikan ke jantung oleh

empat vena pulmonari dan darahnya dimasukkan ke dalam atrium kiri. Darah ini kemudian

mengalir masuk ked ala ventrikel kiri. Ventrikel ini mengecut dan darah dipam masuk ke dalam

aorta untuk memulakan peredaran sitemik.

Edema pulmonari menyertai kegagalan jantung sisi kiri. Cecair tisu berkumpul dalam paru-paru

dan paru-paru ini menjadi lemah. Edema pulmonari juga terjadi pada pesakit yang terlebih

hidrat, paru-paru menjadi penuh air dan ada kemungkinan ia ‘tenggelam’ dalam edema paru-

parunya sendiri.

Sistemperedaran darah secara polmunari dan sistemik