Panbm tatabahasa 2011

123
Bahasa Melayu

description

Tatabahasa Bahasa Malaysia untuk murid UPSR oleh En.Hamdan Sairi PPPD BM (R) PPD BATU PAHAT

Transcript of Panbm tatabahasa 2011

Page 1: Panbm tatabahasa 2011

Bahasa Melayu

Page 2: Panbm tatabahasa 2011
Page 3: Panbm tatabahasa 2011

Kata ialah bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang diucapkan atau ditulis dengan menggunakan

huruf-huruf untuk menyampaikan maksud

atau makna tertentu.

Page 4: Panbm tatabahasa 2011

BENTUK KATABENTUK KATA

KATA ASAL / KATA KATA ASAL / KATA TUNGGALTUNGGAL KATA TERBITANKATA TERBITAN

KATA MAJMUKKATA MAJMUK KATA GANDAKATA GANDA

Page 5: Panbm tatabahasa 2011

KATA ASAL / KATA TUNGGALKATA ASAL / KATA TUNGGAL

Kata Asal merupakan perkataan yang

- tidak menerima imbuhan,

- tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian.

Contohnya:

sekolah aroma cenderamata

Page 6: Panbm tatabahasa 2011

Perkataan yang dibentuk melalui proses imbuhan.

a. Kata Terbitan Berawalan

b. Kata Terbitan Berakhiran

c. Kata Terbitan Berapitan

d. Kata Terbitan Bersisipan

KATA TERBITANKATA TERBITAN

Page 7: Panbm tatabahasa 2011

i. dengan Awalan Kata Nama: peN, pel-, per-, ke-, juru, maha-, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-

ii. dengan Awalan Kata Kerja: meN, memper-, ber-, be-, bel-, ter-, di-, diper-

iii. dengan Awalan Kata Adjektif: ter-, se-, te-

KATA TERBITAN BERAWALANKATA TERBITAN BERAWALAN

Page 8: Panbm tatabahasa 2011

i. dengan Akhiran Kata Nama: -an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah,

ii. dengan Akhiran Kata Kerja : -kan, -i

KATA TERBITAN BERAKHIRANKATA TERBITAN BERAKHIRAN

Page 9: Panbm tatabahasa 2011

i. dengan Apitan Kata Nama: peN-...-an, per-...-an, pel-...-an, ke-...-an

ii. dengan Apitan Kata Kerja: meN-...-kan, ber-...-kan, ber-...-an, di-...-kan, meN-...-i, di-...-i, diper-...-kan, diper-...-i, memper-...-kan, memper-...-i, ke-...-an

iii. dengan Apitan Kata Adjektif:

ke-...-an

KATA TERBITAN BERAPITANKATA TERBITAN BERAPITAN

Page 10: Panbm tatabahasa 2011

i. dengan SIsipan Kata Nama: -el, -em

ii. dengan Sisipan Kata Adjektif:

-el, -er, -em, -in

KATA TERBITAN BERSISIPANKATA TERBITAN BERSISIPAN

Page 11: Panbm tatabahasa 2011

Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.

KATA MAJMUKKATA MAJMUK

Page 12: Panbm tatabahasa 2011

i. Rangkai kata bebas.

Contohnya: Duta Besar, gambar rajah, kereta lembu, kuning langsat

ii. Istilah khusus.

Contohnya: lut sinar, garis pusat

iii. Kiasan atau simpulan bahasa.

Contohnya: kaki ayam, pilih kasih, bulan madu

BENTUK KATA BENTUK KATA MAJMUKMAJMUK

Page 13: Panbm tatabahasa 2011

antarabangsa

suruhanjaya

tandatangan

matahari

pesuruhjaya

kerjasama

bumiputera

sukarela

KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAPKATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

kakitangan

jawatankuasa

setiausaha

warganegara

olahraga

beritahu

tanggungjawab

Page 14: Panbm tatabahasa 2011

i. menggandakan pertama sahaja.

Contohnya: guru besar guru-guru besar

ii. menggunakan penanda jamak.

semua, banyak, sekumpulan, beberapa, persatuan, para, pertubuhan, sebilangan, sebahagian

Contohnya: semua Menteri Besar, sekumpulan guru besar, Persatuan Bekas Perajurit

PENJAMAKAN KATA MAJMUKPENJAMAKAN KATA MAJMUK

Page 15: Panbm tatabahasa 2011

i. pengimbuhan awalan atau akhiran sahaja.

Contihnya:

campur aduk dicampur aduk

daya serap daya serapan

ii. apitan.

Contohnya:

campur aduk mencampuradukkan

daya serap kedayaserapan

PENGIMBUHAN KATA MAJMUKPENGIMBUHAN KATA MAJMUK

Page 16: Panbm tatabahasa 2011

a. Penggandaan penuh.

Contohnya: rama-rama, pulau-pulau

b. Penggandaan separa.

Contohnya: lelaki, lelayang, dedaun

c. Penggandaan berentak.

Contohnya: lauk-pauk, anak-pinak

KATA GANDAKATA GANDA

Page 17: Panbm tatabahasa 2011

Kesalahan penggunaan bentuk jamak

Contoh:

salah betulmereka-merekarakyat-rakyatkita-kitasemua guru-guruguru besar-guru besar

merekarakyatkitasemua guruguru-guru besar

Page 18: Panbm tatabahasa 2011

Kata Nama (KN)

GOLONGAN KATA GOLONGAN KATA

Kata Kerja (KK)

Kata Adjektif (KA)

Kata Tugas

Page 19: Panbm tatabahasa 2011

Kata Nama (KN)

a. Kata Nama Am

Contoh: baju, mimpi, idaman, pokok

b. Kata Nama Khas

Contoh: Rohaya, Kuala Lumpur, Dewan Bandaran Kelang

c. Kata Ganti Nama

Contoh: saudara, tuan, beta, beliau

Page 20: Panbm tatabahasa 2011

Kata Kerja (KK)

a.Kata Kerja Transitif:

kata kerja yang mesti diikuti oleh objek.

Contohnya:

membeli (makanan)

mendiami (kawasan)

mempererat (hubungan)

Page 21: Panbm tatabahasa 2011

Kata Kerja (KK)

b. Kata Kerja Tak Transitif:

kata kerja yang tidak diikuti oleh objek.

Contohnya:

bangun tersenyum membesar (kk tak transitif tak berpelengkap)

beransur berbantalkan (kk tak transitif berpelengkap)

Page 22: Panbm tatabahasa 2011

Kata Adjektif (KA)

Kata Adjektif (KA) menerangkan sifat, rupa atau keadaan sesuatu.

Page 23: Panbm tatabahasa 2011

Kata Tugas

Kata yang boleh bersifat pelbagai jenis sama ada sebagai

penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas,

penafi, pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas lain

Page 24: Panbm tatabahasa 2011

Kata Tugas

dan, atau, tetapi

a. Kata hubung

wah, amboi, aduh, aduhai

b. Kata seru

bagaimana, siapa, bila, berapa

c. Kata tanya

Page 25: Panbm tatabahasa 2011

Kata Tugas

sila, tolong, harap

d. Kata perintah

hatta, maka, syahdan

e. Kata pangkal ayat

akan, pernah, sudah

f. Kata bantu

Page 26: Panbm tatabahasa 2011

Kata Tugas

amat, sangat, paling

g. Kata penguat

juga, lah, tah, pun

h. Kata penegas

tidak, bukan

i. Kata nafi

Page 27: Panbm tatabahasa 2011

Kata Tugas

ialah, adalah

j. Kata pemeri

di, dari, dalam

k. Kata sendi nama

ya, benar, betul

l. Kata pembenar

Page 28: Panbm tatabahasa 2011

Kata Tugas

dua, segala, masing-masing

m. Kata bilangan

atas, sini, dalam

n. Kata arah

yang, -nya

o. Kata pembenda

Page 29: Panbm tatabahasa 2011

Kata Tugas

-nya

p. Kata penekan

Page 30: Panbm tatabahasa 2011

AKRONIM

Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku

kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan

seperti kata yang wajar.

Page 31: Panbm tatabahasa 2011

AKRONIM

i. Gabungan huruf awal rangkai kata nama khas yang disingkatkan dengan huruf besar.

Contohnya:

ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)

IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)

Page 32: Panbm tatabahasa 2011

AKRONIM

ii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi rangkai kata nama am ditulis dengan huruf kecil.

Contohnya:

tabika (taman bimbingan kanak-kanak)

cerpen (cerita pendek)

Page 33: Panbm tatabahasa 2011

AKRONIM

iii. Gabungan huruf awal dan/atau suku kata pertama bagi nama khas, ditulis dengan huruf kecil yang dimulai dengan huruf besar.

Contohnya:

Bernama ( Berita Nasional Malaysia)

Mara ( Majlis Amanah Rakyat)

Page 34: Panbm tatabahasa 2011

akudigunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau kepada Tuhan,

beta digunakan oleh raja dan sultan apabila bercakap dengan rakyat.

patikdigunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja dan sultan. digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang amat mesra dengan kita dan dengan Tuhan.

sayadigunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal/ orang lain pada umumnya.

kamidigunakan sebagai ganti diri orang yang berkata serta teman atau teman-temannya apabilabercakap dengan diri orang kedua.

kitadigunakan sebagai ganti diri dan menyertakan diri orang kedua yang menjadi teman bercakap.

andadigunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua apabila kita tidak berhadapan muka dengan dia.

1. Kata Ganti Nama: contoh :

Page 35: Panbm tatabahasa 2011

Awak/ kamudigunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita seperti kawan/adik.

tuanku digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja.baginda digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja.

beliaudigunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati, seperti menteri dan guru.

ia/diadigunakan untuk diri orang ketiga yang umum ( untuk manusia sahaja ).

apa digunakan untuk menanyakan nama benda dan binatang.

manadigunakanuntuk menanyakan benda, binatang, orang dan tempat.

siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang.apa-apa digunakan untuk hal atau benda yang tidak tentu.siapa-siapa, sesiapa

digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu.

mana-mana digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu.

Page 36: Panbm tatabahasa 2011

•KATA SENDI

Kata Sendi : dari dan daripada

dari - Digunakan di hadapan Kata Nama yang menyebut tempat, arah, waktu dan masa sahaja.

daripada – Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, perbandingan atau perbezaan, asal kejadian, benda abstrak dan untuk menunjukkan keanggotaan.

•Kata Sendi ‘di’1. Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan untuk hal-hal lain KECUALI tempat.2. Kata Sendi ‘di’ ditulis berpisah daripada kata nama yang mengikutinya. 3.Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama yang menerangkan waktu, masa dan zaman.

Contoh : Negeri Melaka telah berkembang maju di zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah. ( salah )

Page 37: Panbm tatabahasa 2011

•Pada

1.Digunakan bagi menunjukkan keterangan atau masa. Contoh : Bas kilang itu bertolak pada pukul 6.30 pagi.

2. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja Contoh : Notis mesyuarat agung ada pada papan kenyataan.

3. TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama atau Frasa Nama yang bermaksud sasaran. Contoh :Berdoalah pada yang Maha Esa. (salah) Berdoalah kepada yang maha Esa. (betul)

Page 38: Panbm tatabahasa 2011

•Ke

1.TIDAK BOLEH digunakan untuk perkara-perkara lain KECUALI tempat,arah,waktu atau masa.

2.TIDAK BOLEH digunakan di hadapan kata nama yang merujuk manusia atau haiwan.

Contoh : Laporan itu telah diserahkan ke pihak polis. (salah ) Laporan itu telah diserahkan kepada pihak polis. (betul )

Page 39: Panbm tatabahasa 2011

•kepada1. Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia,haiwan dan unsur mujarad. contoh: - Minit mesyuarat itu diserahkan kepada Ali. - Adik memberi susu kepada kucing. - Jagalah anak-anak kita supaya tidak terdedah kepada bahaya dadah. 2. Digunakan untuk merujuk institusi yang berkaitan manusia. Contoh: Surat itu hendaklah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah dengan segera.

3. Digunakan untuk menyatakan pecahan. Contoh: Pasukan pengakap itu dibahagikan kepada lima kumpulan.

4. Digunakan untuk menyatakan keadaan. Contoh:Suhu badan pesakit itu meningkat kepada 90⁰C .

5. Boleh dipadankan dengan Kata Sendi ‘daripada’ Contoh : daripada 70% kepada 80 %.

Page 40: Panbm tatabahasa 2011

•oleh, oleh kerana dan oleh sebab

1.‘oleh’ digunakan menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif.(di,ter dan kena) Contoh: Buku itu ditulis oleh Ali. Budak itu kena pukul oleh ibunya.

2. Yang membawa maksud sebab. Contoh:Pelari pecut negara tewas oleh sebab kekurangan latihan.

3. Kata Sendi ‘oleh’ dan ‘kerana’ TIDAK BOLEH digunakan bersama-sama. Contoh: Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir ke sekolah.(salah)Dia dimarahi guru oleh sebab tidak hadir ke sekolah.(betul)

Page 41: Panbm tatabahasa 2011

•dalam dan di dalam

1.‘dalam’ digunakan di hadapan Kata Nama yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh : Beberapa perkara telah dibangkitkan dalam mesyuarat semalam. (betul)

2. ‘dalam’ digunakan sebagai Kata Adjektif. Contoh: Air perigi itu sungguh dalam.

3. ‘di dalam’ untuk menyatakan sesuatu yang konkrit.(ada ruang fizikal) Contoh:Duit saya hilang semasa di dalam teksi.

Page 42: Panbm tatabahasa 2011

•antara dan di antara

1.‘antara’ digunakan untuk menyatakan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh : Banyak persamaan di antara Siti dengan Ani.(salah) Banyak persamaan antara Siti dengan Ani.(betul)

2. ‘di antara digunakan untuk menunjukkan arah atau ada jarak ruang fizikal. Contoh : Pekan Rengit terletak antara Batu Pahat dengan Pontian. (salah)Pekan Rengit terletak di antara Batu Pahat dengan Pontian. (betul)

Page 43: Panbm tatabahasa 2011

•demi dan untuk

1.Perkataan untuk dan demi TIDAK PERLU disertakan sekali. Contoh : - Kita mesti hidup bersatu padu demi untuk kesejahteraan negara.(salah) - Kita mesti hidup bersatu padu untuk kesejahteraan negara.(betul)

Page 44: Panbm tatabahasa 2011

•KATA PEMERI :ialah dan adalah

•ialah1.Menghubungkan subjek dan predikat. Boleh diletakkan antara subjek dengan predikat berpola FN + FN.2.Kedua-dua subjek dan predikat mempunyai makna yang sama. Oleh itu subjek dan predikat boleh bertukar tempat. Contoh1 : Angin ialah udara Udara ialah angin Contoh 2 : Singapura adalah jiran Malaysia.(salah) Singapura ialah jiran Malaysia. (betul)•adalah•Digunakan untuk menghubungkan antara subjek dengan predikat yang berpola FN + FA atau FN + FS. 2. Kata Pemeri ‘adalah’ memberi huraian lanjut subjek yang disebut sebelumnya. Contoh : Perkara ini adalah sangat penting. Surat ini adalah daripada Pejabat Daerah Batu Pahat.

Page 45: Panbm tatabahasa 2011

•KATA NAFI

1.Ada dua bentuk kata nafi – bukan dan tidak.

2.‘bukan’ berfungsi menafikan frasa nama (FN) dan frasa sendi nama(FS). Contoh : Ini bukan buku saya. Sumbangan itu bukan daripada Ali.

3. ‘tidak’ berfungsi menafikan frasa kerja(FK) dan frasa adjektif (FA). Contoh:Dia bukan memanggil saya. (salah) Dia tidak memanggil saya. (betul)

Contoh: Ayah bukan sihat hari ini. (salah) Ayah tidak sihat hari ini. (betul)

Page 46: Panbm tatabahasa 2011

•KATA ADJEKTIF

1. Kata Adjektif dapat dikenali apabila BOLEH didahului atau diikuti dengan Kata Penguat Contoh :amat baik / paling cantik / sungguh tinggi/ amat pintar sekali / sangat enak sekali/ teramat pandai / tinggi sekali

2. Kata Adjektif akan menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat. Contoh : Baju itu cantik (subjek) (predikat)

3. Binaan ‘ter’ dan ‘paling’ + kata adjektif TIDAK PERLU diikuti oleh perkataan sekali.

Page 47: Panbm tatabahasa 2011

•KATA PENGUAT ADJEKTIF

1.Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud adjektif. Contoh : terlalu nakal / lambat benar

2. Dua unsur Penguat BOLEH HADIR berturutan sebelum Kata Adjektif. Contoh : Sungguh amat merdu Terlalu amat pedih

3. Apabila Kata Adjektif diimbuhi awalan ‘ter”, maka Kata Penguat TIDAK DIPERLUKAN lagi. Contoh; Ali pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik.(salah ) Ali pelajar yang tercerdik. (betul ) Ali pelajar yang paling cerdik.

Page 48: Panbm tatabahasa 2011

•PENJODOH BILANGAN

1.Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan untuk Kata nama Abstrak. Contoh: Jasmin mempunyai sebuah pendapat yang boleh diterima. (salah)Jasmin mempunyai pendapat yang boleh diterima. (betul)

2. Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan bagi Kata Bilangan Tertentu seperti - setiap, segala, sesetengah, sebahagian dan para. Contoh:Setiap orang pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (salah)Setiap pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (betul)

Page 49: Panbm tatabahasa 2011

•KATA TANYA

1. Apa dan Siapa Kata Tanya ‘apa’ hanya boleh digunakan untuk menanyakan nama benda atau binatang sahaja. Kata tanya ‘siapa’ hanya boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia.

2. Kata tanya ‘apa’ TIDAK BOLEH digunakan dalam Ayat Penyata.

Page 50: Panbm tatabahasa 2011

•BUNYI HAIWANnyamuk - dengung ular - desis burung - kicauan keldai - meringkik itik - mengakaktikus - berdecit-decit terkukur - berkukur serigala - meraung cengkerik - mengilai beruang - menderam puyuh - berdengut gajah - bertempik

Page 51: Panbm tatabahasa 2011

harimau - mengaum anak ayam - mencicit tebuan - berdengung kumbang - berdengung anjing - menyalak / berdengking kambing - mengembek katak - berdengung kuda - berdengus ikan - berdengus singa jantan - mengaum kera - mengerih

Page 52: Panbm tatabahasa 2011

•BAHASA ISTANA

beradu - tidur murka - marah gering - sakit kaus - katil wakil Mahkota - wakil rajasantap - makan bersiram - mandi kurnia - menganugerahkan bertitah - berkata

Page 53: Panbm tatabahasa 2011

jenazah - mayat dinobat - dilantik Bersemayam - tinggal peterana - tempat duduk permaisuri - isteri rajaberdaulat - bertuah bahtera - kapal Sepersalinan - sepasang baju almarhum - arwah

Page 54: Panbm tatabahasa 2011

KATA BILANGAN•KATA BILANGAN•Kata bilangan tak tentu setengah-setengah, kata bilangan pisahan tiap-tiap, dan kata himpunan kedua-dua dan sebagainya tidak boleh dipisahkan.•Contoh: 1. Setengah orang tidak suka akan durian.(salah) Setengah-setengah/ sesetengah orang tidak suka akan durian. (betul) 2. Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah) Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul) 3. Kedua orang itu anggota polis. (salah) Kedua-dua orang itu anggota polis.(betul) 4. Berbagai usaha telah dilakukan. (salah) Berbagai-bagai usaha telah dilakukannya. (betul)

Page 55: Panbm tatabahasa 2011

•KATA BILANGAN

•Kata bilangan tak tentu, para pula tidak boleh diulang menjadi para-para.Contoh: 1. Para-para peserta sedang berbaris. (salah) Para peserta sedang berbaris. (betul)

•Kata bilangan tentu seperti satu, dua ,tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekali gus dengan kata bilangan pecahan. Contoh: 1. Sudah satu suku jam dia menunggu.(salah) Sudah satu jam suku dia menunggu. (betul) 2. Harganya tiga setengah ringgit. (salah) Harganya tiga ringgit setengah. (betul)

Page 56: Panbm tatabahasa 2011

Keterangan Ringkas Tentang Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu

1. Kesalahan Dari Segi KataKesalahan ini meliputi sebahagian besar jenis kata yang terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi, kata hubung, kata majmuk, kata ganda dan sebagainya. Kesalahan kata nama kebanyakan merujuk kesalahan dari segi penggunaan kata ganti diri, hukum DM, penjodoh bilangan serta kata bilangan. Kebanyakan pengguna terkeliru terhadap penggunaan kata ganti diri pertama untuk 'dia' atau 'beliau'. Juga kesalahan menggunakan kata ganti diri 'ianya' yang sepatutnya tidak boleh disatukan. Bagi kata bilangan, kesalahan kerap dikesan apabila kata bilangan, yang menunjukkan jamak seperti 'semua' digunakan pada kata nama yang digandakan. Begitu juga kesalahan penggunaan kata bilangan himpunan yang berawalan 'ber..' yang perlu digandakan.

Page 57: Panbm tatabahasa 2011

Contohnya;

Semua pelajar-pelajar (Salah)Semua Pelajar (Betul)

Kebanyakan penghuni-penghuni (Salah)Kebanyakan penghuni (Betul)

Berminggu lamanya (Salah)Berminggu-minggu lamanya (Betul)

Page 58: Panbm tatabahasa 2011

Begitu juga pada penggunaan hukum DM (Diterangkan dan Menerangkan). ContohnyaKlinik Aminah atau Aminah Klinik,

Contoh lain adalah;

Lain-lain hal (Salah)Hal-hal lain (Betul)Lain-lain agenda (Salah)Agenda-agenda lain (Betul)

Page 59: Panbm tatabahasa 2011

Begitu juga kesalahan dari segi penggunaan penjodoh bilangan 'buah', dan 'orang’, pada kata bilangan himpunan seperti semua buah rumah atau semua rumah, Contoh lain adalah seperti;

Kebanyakan buah kedai (Salah)Kebanyakan kedai (Betul)

Beberapa orang pelajar (Betul)Beberapa pelajar (Salah)

Penjodoh bilangan 'orang' tidak boleh digunakan pada kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan 'beberapa'. Sementara kesalahan yang paling ketara apabila menggunakan kata bilangan 'ramai' dan 'banyak'. Kedua-dua kata bilangan tersebut bermaksud jamak, namun kata 'banyak' lebih merujuk pada jumlah bilangan sementara kata 'ramai menggambarkan jumlah pada keadaan atau suasana. Bagi kata bilangan pecahan pula seperti 'setengah' tidak boleh berada bersebelahan kata bilangan tentu. Contohnya tiga suku kilometer atau tiga kilometer suku.

Page 60: Panbm tatabahasa 2011

•Kesalahan Dari Segi Kata Kerja

Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif dalam ayat. Kedua-dua jenis kata kerja ini berbeza penggunaannya dalam ayat. Contohnya menentukan kesalahan sama ada ibu menanak akan nasi atau ibu menanak nasi. Contoh kesalahan lain adalah;

Ayah menanam akan pokok (Salah) Ayah menanam pokok (Betul)

Bagi kata kerja transitif setiap kata kerja mestilah diikuti dengan objek frasa nama. Contoh lain;

Datuk menghitamkan lagi rambutnya (Salah) Datuk menghitamkan rambutnya lagi (Betul)

Page 61: Panbm tatabahasa 2011

Berlainan pula dengan penggunaan kata kerja tak transitif seperti tidur berbantalkan lengan atau tidur berbantalkan dengan lengan. Bagi apitan kata kerja tak transitif ber..kan, tidak memerlukan lagi sebarang kata sendi setelah kata kerja tersebut kecuali imbuhan kata kerja tak transitif ber-. Contoh kesalahan lain adalah seperti;

nenek tidur berbantal lengan (Salah)Nenek tidur berbantalkan lengan (Betul)Nenek tidur berbantal akan lengan (Betul)

Page 62: Panbm tatabahasa 2011

Bagi kata kerja pasif, kesalahan kerap dilakukan apabila menggunakan kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya;

Baju itu kakak jahit (Salah)Baju itu dijahit oleh kakak (Betul)

Kuih itu dimakan oleh saya (Salah)Kuih itu saya makan (Betul)

Page 63: Panbm tatabahasa 2011

2.1 Apitan me, me.,kan, memper.i, memper.,kan

Sering kali juga kita dapat melihat bahawa kesalahan penggunaan apitan me…i, me…kan, memper…i, memper...kan lebih mengelirukan. Kita perlu berhati-hati apabila menggunakan apitan-apitan tersebut kerana apitan tersebut mempunyai fungsi dan maksud tertentu, Contohnya, gadis itu menghadiahi bunga atau gadis itu menghadiahkan bunga. Bagi apitan memper..i dan memper..kan, kedua-dua apitan tersebut membawa maksud yang berbeza apabila digunakan. Contoh-contoh tersebut adalah;

Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung (Salah)Hakim menjatuhkan hukuman gantung terhadap pesalah itu (Betul)

Tuan kadi memperisteri Aminah dengan jejaka pilihannya (Salah)Tuan kadi memperisterikan Aminah dengan jejaka pilihannya (Betul)

Page 64: Panbm tatabahasa 2011

Sementara apitan memper..i dan memper..kan tidak boleh digunakan pada kata dasar yang terdiri daripada kata adjektif. Akhiran pada apitan tersebut digugurkan. Contohnya;Kerajaan memperdalamkan sungai itu (Salah) Kerajaan memperdalam sungai itu (Betul)Namun ada kata yang berapitan menunjukkan perbuatan kena pada objek utama. Contohnya;

Doktor menjalani pembedahan (Betul)Doktor menjalankan pembedahan (Betul)

Kedua-dua ayat tersebut betul dan membawa maksud yang berlainan. Ayat pertama bermaksud doktor yang kena bedah sementara ayat kedua doktor yang membedah.

Page 65: Panbm tatabahasa 2011

3. Kesalahan Penggunaan Kata Adjektif

Kesalahan lebih tertumpu pada kesalahan penggunaan kata penguat hadapan dan kata penguat belakang seperti 'sekali', 'paling', 'sungguh' dan sebagainya mahupun pada imbuhan ter... yang menunjukkan paling. Contohnya;

Bangunan itu paling tinggi sekali (Salah)Bangunan itu paling tinggi atau tinggi sekali (Betul) Bangunan itu yang tertinggi sekali (Salah)

Rumah itu yang terbesar (Salah)Rumah itu yang paling besar atau besar sekali (Betul)

Page 66: Panbm tatabahasa 2011

Kata adjektif yang menggunakan imbuhan ter- tidak boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Kesalahan juga dapat dikesan pada penggunaan kata penguat sangat atau 'paling’ pada kata adjektif yang digandakan yang juga telah menunjukkan 'sangat' atau 'paling' tersebut. Contohnya;

Keadaan di dalam dewan itu sangat hingar-bingar (Salah)Keadaan di dalam dewan itu hingar-bingar (Betul)

Dia berkelakuan seperti keanak-anakan (Salah )Dia berkelakuan keanak-anakan (Betul)

Page 67: Panbm tatabahasa 2011

4. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi

Ramai yang terkeliru apabila menggunakan kate sendi 'dari' dan 'daripada' dalam ayat. Contohnya;

Kita kini berada di zaman sains dan teknologi (Salah) Kita kini berada pada zaman sains dan teknologi (Betul)

Kekerapan kesalahan juga berlaku apabila menggunakan kata sendi 'di’ dan 'ke’ pada kata yang menunjukkan ruang, tempat. Contohnya;

Malah di antara pendapat tersebut (Salah)Malah antara pendapat tersebut (Betul)

Jauh antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Salah) Jauh di antara pekan Jerantut dengan pekan Kuantan... (Betul)

Saya mengucapkan kesyukuran di atas pemberiannya (Salah) Saya mengucapkan kesyukuran atas pemberiannya (Betul)

Page 68: Panbm tatabahasa 2011

5. Kesalahan Dari Segi Kata Hubung

Kesalahan yang paling ketara yang dilakukan oieh pengguna bahasa adalah pada aspek kata hubung 'apabila' bagi menggantikan kata tanya 'bila'. Kebanyakan pengguna menyamakan fungsi kata 'apabila' dan 'bila'. Contohnya;

Dia kerap menangis bila dinasihati (Salah) Dia kerap menangis apabila dinasihati (Betul)

Page 69: Panbm tatabahasa 2011

Begitu juga kesalahan penggunaan kata hubung 'yang' dan 'bahawa' pada ayat pancangan. Kita kerap menyamakan penggunaan kedua-dua kata hubung tersebut. Contohnya;

Dia menjelaskan yang hukuman itu tidak adil (Salah) Dia menjelaskan bahawa hukuman itu tidak adil (Betul)

Page 70: Panbm tatabahasa 2011

6. Kesalahan Penggunaan Kata MajmukKesalahan penggunaan kata majmuk selalu dikaitkan dengan kesilapan menentukan sama ada kata tersebut dieja jarak atau menggunakan tanda sempang. Umumnya tanda sempang digunakan untuk kata ganda dan kata majmuk yang digandakan.Contohnya;

Tiga buah kapal-terbang dikesan di perairan Malaysia (Salah) Tiga buah kapal terbang dikesan di perairan Malaysia (Betul)

Guru besar-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Salah) Guru-guru besar dikehendaki mematuhi arahan (Betul)

Hanya kata pertama daripada kata majmuk yang dieja terpisah itu yang perlu digandakan. Bagi kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan hendaklah digandakan kesemua kata tersebut. Contohnya setiausaha-setiausaha.

Page 71: Panbm tatabahasa 2011

7. Kesalahan Penggunaan Kata Ganda

Kata ganda perlu dieja dengan tanda sempang. Sama ada kata tersebut kata nama, kata kerja dan sebagainya. Hanya yang perlu diberi perhatian ialah kata ganda yang menunjukkan jamak yang digunakan bersama-sama kata bilangan. Contohnya;

Semua barang-barang itu (Salah)Semua barang itu (Betul)

Banyak kuih-muih dijual di pasar malam (Salah)Banyak kuih / Kuih-muih dijual di pasar malam (Betul)

Page 72: Panbm tatabahasa 2011

Kita juga perlu berhati-hati apabila menulis kata ganda yang jelas menunjukkan ‘sangat', 'paling', 'sungguh' atau

'saling'. Bagi kata-kata tersebut tidakperlu lagi ditulis kata 'sangat', 'sungguh' tersebut. Contohnya;

Rambutnya yang sangat kusut-masai itu… (Salah)Rambutnya yang sangat kusut / kusut-masai itu…(Betul)

Mereka saling bersalam-salaman (Salah)Mereka saling bersalaman / bersalam-salaman (Betul)

Page 73: Panbm tatabahasa 2011

8. Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri

Aspek penggunaan kata pemeri 'adalah' dan 'ialah' kerap menimbulkan kekeliruan. Kebanyakan pengguna bahasa tidak memahami fungsi kata tersebut. Contohnya;

Barang itu ialah untuk kekasihnya (Salah)Barang itu adalah untuk kekasihnya (Betul)

Jelasnya kata pemeri 'adalah' digunakan pada kata adjektif atau kata sendi sementara kata pemeri 'ialah' digunakan pada kata nama.

Page 74: Panbm tatabahasa 2011

9. Kesalahan Dari Segi EjaanKesalahan ejaan yang paling ketara ialah mengeja kata yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, bahasa Jawa atau bahasa asing yang lain. Terdapat juga kegagalan mengeja kata asal dalam bahasa Melayu. Contohnya;

Pamer atau pamir , Calon atau calunOditorium atau auditorium

Terdapat juga kata dalam bahasa Melayu yang disalah eja kerana mengikut sebutan biasa penutur jati bahasa Melayu. Contohnya; Raksaksa atau raksasa , nenas atau nanas, tauladan atau teladanKesalahan dapat dilihat juga dari segi mengeja imbuhan 'di' atau 'ke' pada kata, sama ada perlu dieja rapat atau dijarakkan. Begitu juga kata sendi tersebut yang digunakan pada keadaan yang tidak menunjukan ruang atau tempat. Contohnya;

Mengucapkan tahniah di atas kejayaan (Salah) Mengucapkan tahniah atas kejayaan (Betul)

Page 75: Panbm tatabahasa 2011

10. Kesalahan Dari Segi lmbuhanKadang kala imbuhan yang digunakan pada

sesuatu kata itu tidak tepat. Contohnya pada kata pengeboman atau pengboman. Kekeliruan timbul apabila menggunakan awalan tertentu, contohnya sama ada menggunakan awalan ‘per’ atau 'pe' pada kata dasar ‘laksana'. Kesalahan dari segi imbuhan juga dilihat kesalahan pada ketentuan imbuhan yang tepat dengan kata dasar yang digunakan. Contohnya menentukan penggunaan imbuhan 'menge...'

Perserta atau pesertaPemprosesan atau pemerosesanMengambarkan atau menggambarkanMengcat atau mengecat

Page 76: Panbm tatabahasa 2011

11.Kesalahan Dari Segi Ayat

Selain struktur ayat yang salah dan tergantung, kesalahan ayat dapat dilihat daripada kesalahan pada ayat nafi, ayat tanya dan ayat pasif. Kekeliruan timbul untuk menentukan sama ada untuk menggunakan 'bukan atau `tidak' pada ayat nafi. Begitu juga kesalahan menggunakan partikel 'kah' dalam ayat tanya. Contohnya;

Dia membeli baju itu bilakah? (Salah) Bilakah dia membeli baju itu? (Betul)

Kesalahan juga dilihat pada ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri ketiga. Contohnya;

Nota itu Azman taip (Salah)Nota itu ditaip oleh Azman (Betul) Ikan itu dipancing oleh saya (Salah) Ikan itu saya pancing (Betul)

Page 77: Panbm tatabahasa 2011

Begitu juga kekeliruan dari segi pembentukan ayat gabungan yang predikatnya mempunyai unsur frasa sendi. Maka kata sendi yang membentuk frasa sendi tersebut tidak boleh ditiadakan. Contohnya;

Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor atau Melaka (Salah)

Saya kurang pasti sama ada dia tinggal di Johor atau di Melaka (Betul)

Page 78: Panbm tatabahasa 2011

Peribahasa Maksud Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

Semua pekerjaan dapat dilaksanakan sekiranya ada kemampuan, kemahiran atau bayaran.

Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.

Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya

Adat juara menang kalah.

Dalam setiap usaha mesti terdapat untung ruginya

Air dicincang tiada putus.

Perselisihan antara saudara, tidak akan memutuskan persaudaraan itu.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Orang yang diam bukan pengecut.

Page 79: Panbm tatabahasa 2011

Alah membeli menang memakai.

Biar membeli barangan yang mahal sedikit, asalkan tahan lama.

Bagai balak terendam.

Orang yang gemuk dan malas bergerak.

Bagai Belanda minta tanah.

Orang yang telah diberi sedikit namun minta banyak lagi.

Bagai berkain tiga hasta.

Berada dalam keadaan yang serba tidak cukup.

Cacing hendak menjadi naga.

Orang kecil-kecilan yang hendak menjadi seperti orang besar-besar atau orang kaya.

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Pergaduhan antara keluarga, akhirnya akan berbaik juga.

Page 80: Panbm tatabahasa 2011

Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga.

Jika seseorang ahli keluarga mendapat susah yang lain akan turut susah.

Dapat durian runtuh.

Mendapat keuntungan atau kekayaan dengan mudah.

Dapur tidak berasap.

Terlalu miskin.

Daripada cempedak baiklah nangka.

Daripada tidak ada langsung sedikit pun cukuplah.

Embun di hujung rumput.

Bersifat sementara, tidak kekal.

Enggang sama enggang, pipit sama pipit.

Berkawan dengan orang yang sama taraf dengan kita.

Page 81: Panbm tatabahasa 2011

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Orang baik meninggalkan nama yang baik dan orang jahat meninggalkan nama yang jahat setelah meninggal dunia.

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

Raja-raja yang berselisih, rakyat yang mendapat kesusahan

Page 82: Panbm tatabahasa 2011

•Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan

Antarabangsa, tandatangan, pesuruhjaya, suruhanjaya, bumiputera, jawatankuasa, sukarela, kerjasama, kakitangan, setiausaha, olahraga, tanggungjawab, warganegara, matahari, beritahu.

Page 83: Panbm tatabahasa 2011

Rangkai kata umum berimbuhan •Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan.

•Contohnya: diambil alih, menerima pakai, kenal pastikan, diguna semula.

•Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan. •Contohnya: pengambilalihan, pengenalpastian, pengemaskinian.

Page 84: Panbm tatabahasa 2011

Penjamakan Kata Majmuk

•Mengulang sesuatu kata (menggandakan kata majmuk – melibatkan perkataan pertama)•Contoh

alat tulis => alat-alat tulis guru besar => guru-guru besar kapal terbang => kapal-kapal terbang

Page 85: Panbm tatabahasa 2011

•Penjamakan Kata Majmuk •Menggunakan kata yang membawa makna jamak (menggunakan penanda jamak)•Contohnya

semua menteri besar (√) semua menteri-menteri besar (X)

banyak kapal terbang (√) banyak kapal-kapal terbang (X)

Page 86: Panbm tatabahasa 2011

Pengimbuhan Kata Majmuk•Kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran tetap dieja secara terpisah.•Contohnya:

campur aduk => bercampur aduk ambil alih => mengambil alih daya serap => daya serapan

•Pengimbuhan Kata Majmuk•Kata majmuk yang menerima apitan, dieja secara bercantum (menjadi satu perkataan)•Contoh

campur aduk => mencampuradukan ambil alih => pengambilalihan daya serap => kedayaserapan

Page 87: Panbm tatabahasa 2011

Kata Pemeri (ialah)•Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama •Contoh:•Profesor Hamid ialah pensyarah Bahasa Melayu.•Perkara utama yang diperkatakan oleh penceramah itu ialah pentingnya membaca.

Kata Pemeri (adalah)•Kata pemeri adalah digunakan secara huraian, hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh:

•Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas.•Bungkusan yang dihadiahkan oleh pengetua adalah untuk pelajar yang cemerlang.

Page 88: Panbm tatabahasa 2011

Kesalahan

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok (X)

Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok (√)

Page 89: Panbm tatabahasa 2011

Partikel

•Dalam bahasa Melayu, terdapat empat partikel, -lah, -tah, -kah dan pun.•Partikel –lah, -tah, dan –kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya Contoh:Buatlah, biarlah, apatah, benarkah Partikel •Bagi partikel pun, ada dua cara menulisnya.•Partikel pun yang bermaksud juga hendaklah ditulis terpisah Contoh:

dia pun pergi, sekali pun engkau belum bayar

Page 90: Panbm tatabahasa 2011

Partikel

•Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun.•Adapun, walaupun, kalaupun, mahupun, kendatipun, lagipun, andaipun, biarpun, meskipun, bagaimanapun, ataupun, sekalipun, sungguhpun

Page 91: Panbm tatabahasa 2011

Kata Ganti Singkat •Kata singkatan ku dan kau sebagai awalan (pasif) ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya.•Contoh:

Kutulis, kulambai, kautulis, kaulihat kaulambai

Kata Ganti Singkat•Kata Ganti singkatan ku, mu, dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai dengan yang mendahuluinya.•Contoh

rumahku, rumahmu, rumahnya untukku, untukmu, untuknya

Page 92: Panbm tatabahasa 2011

Kata Ganti Singkat•Kata Ganti singkatan mu dan nya yang merujuk nama Tuhan hendaklah digunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan tanda sempang perlu ditulis sebelum kata ganti singkatan itu.•Contoh

Rahmatilah hamba-Mu, ya Tuhanku.Kita memohon petunjuk-Nya.

Page 93: Panbm tatabahasa 2011

•Adakah ayat “Bola itu ditendang oleh saya” menyalahi tatabahasa?•Ayat tersebut memang salah kerana ayat tersebut ialah ayat pasif kata ganti pertama (saya).•Bagi ayat pasif kata ganti diri pertama dan kedua, kata ganti nama hendaklah hadir sebelum kata kerja pasif. Contohnya:

Bola itu saya tendang.Pakaian itu kami simpan di dalam almari.Makanan itu engkau makan sampai habis.

Page 94: Panbm tatabahasa 2011

Sehubungan dengan itu atau sehubungan itu? •Bentuk yang lebih tepat ialah sehubungan dengan itu.•Hal ini demikian kerana sehubungan membawa maksud ‘sama hubungan’.•Sehubungan dengan itu bermaksud sama hubungan dengan itu.•Lebih mantap jika ditulis

“Sehubungan dengan hal/perkara itu…”

Page 95: Panbm tatabahasa 2011

Dari semasa ke semasa atau dari masa ke semasa?•Binaan kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan pengguguran se- secara berasingan. •Sekiranya bentuk se- pada bahagian pertama digugurkan, pengguguran bentuk yang sama hendaklah dilakukan juga pada frasa sendi nama yang kedua untuk keseimbangan (bunyi)

Page 96: Panbm tatabahasa 2011

Penggunaan saling sayang-menyayangi

•Bentuk tersebut adalah salah. •Hal ini disebabkan sayang-menyayangi, kasih-mengasihi, bantu-membantu merupakan perbuatan yang saling berbalasan dan penggunaan saling tidak diperlukan lagi. •Oleh sebab itu, bentuk di atas boleh digunakan seperti yang berikut:

sayang-menyayangi saling menyayangi

kasih-mengasihi saling mengasihi

Page 97: Panbm tatabahasa 2011

Pelancong itu tertarik __________sikap ramah-tamah penduduk di Malaysia. A olehB akanC tentangD dengan

Page 98: Panbm tatabahasa 2011
Page 99: Panbm tatabahasa 2011

Pelancong barat lebih suka________ di bawah matahari.

A dijemurB berjemurC terjemurD menjemur UPSR2000:21

Page 100: Panbm tatabahasa 2011

buah, biji, baris, buku, ekor, das, jambak, genggam, kajang, untai, laras, pucuk,

lembar, papan, keping, hiris

Page 101: Panbm tatabahasa 2011
Page 102: Panbm tatabahasa 2011

Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ___________ asam gelugur dan beberapa ___________ bawang putih.A sepotong...bijiB sehiris...ulasC seketul...bijiD sekeping...ulas UPSR1992

Page 103: Panbm tatabahasa 2011

ada angin, anak buah, angkat kaki, bendera putih, batu api, cahaya mata, darah daging, gaji buta, harga mati, harga pokok, jaga hati, jauh hati, kepala batu, khabar angin, langkah kanan, makan angkat,mata duitan, omong kosong, sebatang kara, tahan lasak

Page 104: Panbm tatabahasa 2011

Kecantikan corak kain-kain batikitu menyebabkan pelancong Jepunitu __________ sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.A gelap mataB putih mataC rambang mataD rabun mata UPSR1994:26

Page 105: Panbm tatabahasa 2011
Page 106: Panbm tatabahasa 2011

Gadis ________ yang memperagakanminyak wangi dalam iklan televisyenitu ialah sepupu saya.A lembutB pemaluC elokD ayu UPSR2002:25

Page 107: Panbm tatabahasa 2011

Kesalahan penggunaan kata atau istilahContoh:Perkarangan rumah saya sangat bersih.Sepatutnya : Pekarangan rumah saya sangat bersih.

Page 108: Panbm tatabahasa 2011

Contoh:

Kedua ibu bapa saya guru.

Sepatutnya : Kedua-dua ibu bapa saya guru.

Page 109: Panbm tatabahasa 2011

Contoh:Bila hari hujan, latihan sukan terpaksa diberhentikan.

Sepatutnya :

Apabila hari hujan, latihan sukan terpaksa diberhentikan.

Page 110: Panbm tatabahasa 2011
Page 111: Panbm tatabahasa 2011

Kesalahan Struktur AyatKesalahan Struktur Ayat

Lantai ini kamu mesti cuci.(Salah)Lantai ini kamu mesti cuci.(Salah)

Nota itu Azman taip.(Salah)Nota itu Azman taip.(Salah)

Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul)Lantai ini mesti kamu cuci.(Betul)

Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)Nota itu ditaip oleh Azman.(Betul)

Page 112: Panbm tatabahasa 2011

Kesalahan penggunaan sendi nama dan awalan 'di' dan 'ke'- Penggunaan sendi nama untuk menunjukkan tempat atau arah, hendaklah ditulis terpisah.Contoh:

salah betuldidunia

kebawahdiantara

keseluruh

di duniake bawahdi antara

ke seluruh

Page 113: Panbm tatabahasa 2011

Kesalahan Ejaan

Jurukur / Juruukur / Juru ukur ?

Istirehat / Istirahat ?

Tengah hari / Tengahari / Tengahhari ?

Bumiputera / Bumiputra / Bumi putra ?

Page 114: Panbm tatabahasa 2011

Kesalahan Ejaan Contoh:

salah betulolih

bolihbilek

masoklebehanih

olehbolehbilik

masuklebihaneh

Page 115: Panbm tatabahasa 2011

Kesalahan Tanda baca

Contoh:

salah betultahun 1930ankehendakNyaseMalaysiaantiAmerikake2, ke 2

tahun 1930-ankehendak-Nyase-Malaysiaanti-Amerikake-2

Page 116: Panbm tatabahasa 2011

Tanda baca membezakan makna.

Contoh:

Ini jambu monyet.

Ini jambu, monyet.

Ini, jambu monyet.

Page 117: Panbm tatabahasa 2011

Kesalahan Imbuhan

Tidak menggunakan imbuhan pada kata yang sepatutnya menerima imbuhan.Contoh : Kakak tanak nasi.Sepatutnya : Kakak menanak nasi.“Kakak, tanak nasi,” kata adik kepada Siti.

Page 118: Panbm tatabahasa 2011

Menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai.

Contoh : Mike Tyson seorang peninju.

Sepatutnya : Mike Tyson seorang petinju.

Page 119: Panbm tatabahasa 2011

Menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu dibubuh imbuhan.

Contoh : Saya meninggal di Muar.

Sepatutnya : Saya tinggal di Muar.

Page 120: Panbm tatabahasa 2011
Page 121: Panbm tatabahasa 2011

KGD I

saya, aku, kami.

KGD

II

awak, kamu,

anda.

KGD

III

Ali, ibu, dia,

beliau.

Bola ini saya sepak.

Bola ini disepak oleh saya.

Buku ini awak balut.

Buku ini dibalut oleh awak.

Bunga ini ibu tanam.

Bunga ini ditanam oleh ibu.

√√

××

√√

××

√√

××

Page 122: Panbm tatabahasa 2011

√√ √√

√√

√√

√√

√√

√√

√√

√√

√√

Page 123: Panbm tatabahasa 2011

√√ √√

√√ √√

√√

××

××

××

××

××

××