BM 1 Assignment

download BM 1 Assignment

of 34

Transcript of BM 1 Assignment

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    1/34

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    2/34

    2

    2.0 Kajian Kesusasteraan, Kebudayaan dan Kesenian Melayu

    2.1 Bongai

    Bongai adalah sejenis lagu atau nyanyian yang menjadi identiti masyarakat

    Melayu di Negeri Sembilan. Bongai dinyanyikan secara solo, berduet atau beramai-

    ramai. Bongai amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika dahulu,

    khususnya dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. Bongai juga

    dipersembahkan dengan tujuan-tujuan tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam

    iaitu setelah penat berkerja di siang hari. Alat muzik yang biasa digunakan di dalam

    sesuatu persembahan ialah Violin, Rebana, Gong, Gendang, Salung dan Tumbuk

    Kallang. Alat-alat muzik lain boleh juga digunakan sebagai tambahan kepada alat

    muzik sedia ada, seperti Caklempong, Bangsi, Accordian dan lain-lain lagi. Antara

    irama yang sering dinyanyikan ialah seperti irama Anak Bocek, irama Petasih, irama

    Budu Landai, irama Cantik Manih, irama Comporai dan sebagainya.

    Setiap rangkap yang dinyanyikan membawa unsur-unsur yang tersendiri

    dalam pembentukan masyarakatnya. Keindahan senikatanya mampu menghiburkan

    sambil memberikan pengajaran kerana isinya padat dengan nasihat dan tunjuk ajar

    yang halus lagi tertib kepada pendengarnya.

    Kesenian Bongai mempunyai keunikanya yang tersendiri dalam memberikanunsur pengajaran walaupun tujuannya yang sebenar adalah untuk menghibur. Puisi-

    puisi dalam lagunya bertujuan untuk menghiburkan tetapi dalam pada masa yang

    sama ia menjadi medium kepada pengajaran, nasihat dan juga teguran kepada

    masyarakat agar sentiasa berbuat baik, berbudi bahasa dan sebaginya. Di sinilah

    letaknya kehalusan dan ketinggian budi dan pemikiran masyarakat Melayu.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    3/34

    3

    2.2 Lirik Lagu

    Berikut adalah lirik lagu bongai yang telah kami pilih :

    Lirik Lagu (Lagu Nogori)

    Puas sudah menanam padi,

    Ubilah juga dipandang orang,

    Sayang, kalau sudi katakan sudi,

    Tidaklah saya ternanti-nanti.

    Puas saya menanam ubi,

    Nanaslah juga ditanam orang,

    Sayang, puas saya menabur budi,

    Emaslah juga dipandang orang.

    Baiklah baik menanam ubi,

    Biarlah ubi subur sendiri,

    Sayang, baiklah-baik menabur budi

    Janganlah budi memakan diri

    Makanlah sirih berpinang tidak,

    Pinanglah ada di kumpulan muda,

    Sayang, makanlah sirih mengenyang tidak,

    Megah saya budi dengan bahasa

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    4/34

    4

    Suburlah subur si bunga padi,

    Padi dipotong tengah berbunga

    Sayang, pandailah-pandai menabur budi,

    Janganlah sampai penat berjalan.

    2.3 Analisis Lagu

    Dalam lirik bongai tersebut, ubi secara konotasinya membawa maksud

    sesuatu yang baik dan keberhasilan. Hal ini dapat dibuktikan dengan peribahasa

    lamun ada ubi, tiada ubi gadung jadilah, diam-diam ubi berisi dan sebagainya. Ubi

    juga boleh disamakan dengan budi. Misalnya, budi seperti ubi yang sukar dinampak

    kerana ubi tertanam di dalam tanah, manakala budi tertanam di dalam hati.

    Nanas pula adalah sejenis buah yang berwarna kuning apabila sudah masak

    dan juga berisi kuning. Nanas adalah simbolik kepada yang tertinggi kerana nanas

    terletak di tengah-tengah rimbunan pokoknya. Nanas dikelilingi oleh daunnya yang

    tajam dan berduri. Nanas ini jika dibandingkan dengan emas sudah tentu ada

    persamaan yang jelas iaitu berwarna kuning. Emas juga akan dijaga dengan serapi

    mungkin oleh pemiliknya, sama juga dengan nanas yang dijaga oleh daunnya yang

    tajam itu. Tambahan pula, nanas yang disamakan dengan emas mudah dinampak

    oleh manusia.

    Nanas yang manis dan sedap menjadi kegilaan kebanyakan orang, sifatnya

    sama seperti emas. Kalau dimakan terlalu banyak boleh sekurang-kurangnya

    menyebabkan sakit perut dan kerana gula dalam nanas itu tinggi maka boleh

    menambah kadar kandungan gula dalam darah di badan seseorang. Kegilaan

    terhadap emas dan harta benda juga hampir serupa, yang selalunya membawa

    penyakit dan menjadi sumber penderitaan hidup.

    Dalam lirik bongai tersebut, kita boleh mendapati bahawa bongai ini

    menasihat masyarakat supaya berhati-hati mengamalkan sikap berbudi bahasa.

    Sikap berbudi bahasa merupakan satu elemen yang penting dalam usaha

    melahirkan masyarakat yang harmoni dan penyayang. Pada era globalisasi yang

    pesat ini, budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam

    sanubari dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-bataskehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme,

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    5/34

    5

    vandalisme dan sebagainya sering terpapar di akhbar dan televisyen. Hal ini jelas

    menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam

    kalangan masyarakat.

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya berbudi bahasa begitu pentingdan perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kerana seribu satu

    manfaat boleh diperolehi. Salah satu kepentingan amalan ini adalah dapat

    mewujudkan perpaduan antara masyarakat yang berbilang kaum di negara kita.

    Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira bangsa, taraf

    ataupun umur individu tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati,

    masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira walaupun

    hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan.

    Berbincang tentang budi, budi yang mana boleh memberi dan menerima,

    yang mana kadang hati tidak sanggup menagih budi, meminta budi atau menerima

    budi, namun kadang keadaan terdesak memaksa manusia termakan budi. Pandai-

    pandailah menabur budi agar tidak menjadi masalah kepada diri sendiri. Misalnya,

    jika kita memberi hutang duit kepada sesiapa maka hutang itu wajib dibayar, namun

    keindahan budi itu boleh mengakibatkan seseorang itu terlepas dari hukum wajib

    bayar. Orang yang tidak tahu mengenang budi ini boleh dikatakan seperti kacang

    lupakan kulit.

    Kesimpulannya, pandai-pandailah menabur budi dalam kehidupan seharian.

    Jika tidak dapat melakukannya maka jadilah orang yang pandai membalas budi.

    Jika masih tidak mampu dan tak berdaya, sekurang-kurangnya jadilah seorang yang

    pandai mengenang budi.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    6/34

    6

    3.0 Kajian Morfologi

    Seperti yang telah kita ketahui, bidang morfologi mendalami cara-cara

    pembentukan perkataan dan prosesnya. Morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji

    struktur, bentuk dan golongan kata(Siti Hajar Abdul Aziz, 2011: 133). Oleh itu, kamiakan memberikan fokus utama kepada ketiga-tiga aspek ini untuk menganalisis lagu

    yang kami gunakan.

    3.1 Definisi Struktur, Bentuk dan Golongan kata

    3.1.1 Struktur Kata

    Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran manusia, iaitu bunyi

    perkataan yang kita gunakan setiap hari. Dalam bidang morfologi, kami mendapati

    terdapat peraturan atau hukum yang menentukan susunan bentuk bunyi tersebut.

    Selain itu, struktur kata melibatkan lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang

    bermakna. Unit bahasa yang bermakna ialah bahasa yang difahami oleh

    penggunanya dan mempunyai fungsi yang tertentu. Struktur kata juga merupakan

    kata tunggal yang mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.

    Kami telah membahagikan struktur kata kepada dua bahagian, iaitu pola suku kata

    terbuka dan pola suku kata tertutup. Terdapat 11 jenis struktur kata yang berbeza

    susunan huruf vokal dan konsonannya, empat jenis berasal daripada Bahasa Melayusementara tujuh daripada bahasa asing.

    3.1.2 Bentuk Kata

    Bentuk kata pula ialah bentuk unit tatabahasa, sama ada bersifat tunggal

    atau telah mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

    Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai jenis perkataan dalam Bahasa Melayu

    seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Setiap bentuk ini

    merupakan hasil proses pembentukan perkataan.

    1. Kata Tunggal

    Kata tunggal melibatkan perkataan yang tidak menerima sebarang proses

    pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal boleh juga disifatkan

    sebagai kata dasar. Terdapat dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal satu suku

    kata dan kata tunggal dua suku kata atau lebih. Kebanyakan kata tunggal yang

    terdapat dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan

    mengalami proses pembentukan kata terbitan, kata majmuk atau kata ganda.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    7/34

    7

    Uniknya, akronim juga tergolong dalam bentuk kata tunggal. Akronim merupakan

    kata singkatan yang dihasilkan melalui gabungan huruf awal suku kata atau huruf

    awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis sebagai satu perkataan.

    2. Kata Terbitan

    Bagi kata terbitan, perkataan tersebut merupakan kata dasar yang telah

    menerima imbuhan dan mengalami proses pengimbuhan. Setiap imbuhan yang

    digabungkan dengan kata dasar merupakan morfem terikat yang tidak dapat berdiri

    sendiri, sementara perkataan kata dasar pula merupakan morfem bebas. Terdapat

    empat jenis proses pengimbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

    Perkataan yang berlainan dengan maksud yang berbeza akan dihasilkan dengan

    berdasarkan posisi imbuhan dalam perkataan tersebut.

    3. Kata Majmuk

    Kata majmuk pula terhasil daripada proses pemajmukan yang merangkaikan

    kata dasar menjadi satu maksud. Kebanyakan kata majmuk dieja secara terpisah,

    namun terdapat kekecualian kerana perkataan tersebut sudah lazim digunakan.

    Berbanding dengan frasa, kata majmuk tidak dapat menerima sebarang sisipan

    unsur antara unitnya.

    4. Kata Ganda

    Kata ganda terhasil daripada proses penggandaan yang melibatkan pengulangan

    kata dasar. Terdapat tiga jenis proses penggandaan, iaitu penggandaan penuh,

    penggandaan separa dan penggandaan berentak. Penggandaan penuh berlaku

    dengan menggandakan kata dasar keseluruhannya, tidak kiralah kata dasar tersebut

    mempunyai imbuhan atau tidak. Penggandaan separa pula ialah proses mengulang

    sebilangan sebahagian kata dasar, lazimnya bahagian hadapan. Seterusnya,

    penggandaan berentak ialah hasil pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi,

    iaitu menggandakan vokal, konsonan ataupun bebas.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    8/34

    8

    3.1.3 Bentuk Kata dalam Transkripsi Lagu

    No. Bentuk Perkataan Sebab

    1 Kata

    Tunggal

    Kata Tunggal Satu Suku Kata

    di

    Hanya terdapat satu

    perkataan sahaja.

    Tidak menerima

    pengimbuhan

    Tidak menerima

    pemajmukan

    Tidak menerima

    penggandaan

    Kata Tunggal Dua Suku Kata

    Sirih Tidak ubi

    Sudah dengan penat

    Padi Ada nanas

    Juga emas Puas

    Orang muda Sudi

    Sayang megah Saya

    tengah Budi Diri

    Kata Tunggal Tiga Suku Kata

    Kalau pandai Sendiri

    bahasa Kumpulan sampai

    2 Kata

    Terbitan

    Awalan

    Menanam mengenyang

    Dipandang dipotong

    Menabur berbunga

    Memakan berjalan

    Berpinang

    Kata dasar menerima imbuhan

    awalan:

    Me-

    di-

    ber-

    dan imbuhan akhiran

    -kanAkhiran

    Katakan

    3 Kata

    Majmuk

    Si bunga Tidak boleh menambah

    perkataan di tengah-

    tengah4 Kata

    Ganda

    Penggandaan Penuh

    Baik-baik

    Pandai-pandai

    Mengulang kata dasar

    sepenuhnya

    Mengulang bahagian

    belakang kata dasar

    berimbuhan

    Penggandaan Separa

    Ternanti-nanti (awalan)

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    9/34

    9

    3.2.1 Golongan Kata

    Golongan kata merupakan proses mengkategorikan perkataan berdasarkan

    keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

    Kami berpendapat bahawa setiap perkataan dalam Bahasa Melayu mempunyaikelas masing-masing dan fungsi yang berbeza-beza. Antara contoh kategori

    perkataan yang terdapat dalam Bahasa Melayu ialah kata nama, kata kerja, kata

    adjektif dan kata tugas. Cara mengkategorikan perkataan Melayu adalah dengan

    mengkaji keserupaan fungsi dan ciri-cirinya.

    1. Kata Nama

    Kata nama ialah perkataan yang mampu menjadi unsur inti bagi frasa nama.

    Fungsi kata nama adalah untuk menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau

    konsep. Terdapat tiga jenis kata nama, iaitu kata nama am, kata nama khas dan

    kata ganti nama. Kata nama am ialah semua perkataan bersifat umum yang

    digunakan bagi merujuk kepada benda, perkara, proses, kejadian, keadaan atau

    seumpamanya (Siti Hajar Abdul Aziz. 2011: 157). Kata nama khas pula boleh

    digunakan untuk merujuk manusia, benda, tempat, negara, bangsa, institusi dan

    seumpamanya serta dieja huruf besar pada awal perkataan. Sementara itu, kata

    ganti nama ialah perkataan untuk menggantikan nama yang tidak disebut khusus.

    2. Kata Kerja

    Kata Kerja ialah perkataan yang mampu menjadi unsur inti bagi frasa kerja.

    Antara fungsi kata kerja adalah sebagai predikat dalam ayat yang menjelaskan

    kelakuan subjek ayat. Terdapat dua jenis kata karja, iaitu kata kerja transitif dan kata

    kerja tak transitif. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri

    dan memerlukan objek dalam ayat. Sementara itu, kata kerja tak transitif pula ialah

    kata kerja yang boleh berdiri sendiri atau diletakkan bersama pelengkap dalam ayat.

    3. Kata Adjektif

    Kata adjektif ialah perkataan yang mampu menjadi unsur inti bagi frasa adjektif.

    Fungsi kata adjektif adalah menjelaskan kata nama atau kata kerja dengan lebih

    terperinci dalam ayat. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

    kata adjektif sifatan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif bentuk,

    kata adjektif pancaindera, kata adjektif waktu, kata adjektif cara, kata adjektif

    perasaan dan kata adjektif jarak.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    10/34

    10

    4. Kata Tugas

    Kata tugas tidak boleh menjadi inti kepada frasa nama, frasa kerja atau frasa

    adjektif. Kata tugas berperanan dalam perhubungan dengan perkataan daripada

    golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Dalam bahasa Melayu, terdapatpelbagai jenis kata tugas, antaranya ialah penjodoh bilangan, kata penguat, kata

    hubung, kata seru, kata tanya dan lain-lain lagi. Kata tugas mendukung tugas

    sintaksis untuk menerangkan atau menghubungkan golongan kata yang lain.

    3.2.2 Golongan Kata Dalam Transkripsi Lagu

    No. Golongan Perkataan Sebab

    1 Kata Nama Kata Nama Am

    Padi Sirih

    Orang Budi

    Bahasa

    Boleh menjadi

    inti kepada

    frasa nama

    Digunakan

    untuk

    menamakan

    sesuatu

    Kata Nama Khas

    Sayang

    Si bunga

    Kata Ganti Nama

    Saya Sendiri

    2 Kata Kerja Kata Kerja Transitif

    Menanam Dimakan ada

    Dipandang Menabur

    Ditanam Dipotong

    Boleh menjadi

    inti kepada

    frasa kerja

    Digunakan

    untuk

    menjelaskan

    kelakuan

    subjek atau

    kata nama

    Kata Kerja Tak Transitif

    Katakan Berbunga

    Berpinang mengenyang

    Berjalan

    3 Kata Adjektif Kata Adjektif Perasaan

    Puas Megah

    Boleh menjadi

    inti kepada

    frasa adjektif

    Digunakan

    untuk

    Kata Adjektif Sifatan

    Sudi Muda

    Subur penat

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    11/34

    11

    Kata Adjektif Cara

    Ternanti-nanti

    menggambark

    an kata nama

    atau kata

    kerja

    4 Kata Tugas Kata Bantu

    Sudah tengah Juga

    Tidak digunakan

    sebagai inti kata

    nama,kata kerja atau

    kata adjektif

    Menghubungkan

    golongan kata lain

    Kata Penegas

    Makanlah

    Kata Nafi

    Tidak

    3.3 Proses Pembentukan Kata Terbitan

    3.3.1 Pengimbuhan Awalan

    No. Imbuhan Perkataan

    1. Me- Menanam menanam

    Me- tanam

    Menabur menabur

    Me- tabur

    Memakan memakan

    Me- makan

    2. Di- Dipandang dipandang

    Di- pandang

    Afiks Kata Kerja

    Afiks Kata kerja

    Afiks Kata kerja

    Afiks Kata kerja

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    12/34

    12

    Dipotong dipotong

    Di- potong

    3. Ber- Berbunga Berbunga

    Afiks kata kerja

    Ber- bunga

    Berjalan Berjalan

    Afiks kata kerja

    Ber- jalan

    3.3.2 Pengimbuhan Akhiran

    No. Imbuhan Perkataan

    1. -kan Katakan Katakan

    Kata kerja afiks

    Kata -kan

    Afiks Kata Kerja

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    13/34

    13

    4.0 Maksud ayat aktif dan ayat pasif

    Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan

    subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan manakala ayat pasif ialah

    ayat yang asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif iaitu ayat yangmengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

    4.1 Struktur binaan ayat aktif dan ayat pasif

    4.1.1 Struktur binaan ayat aktif

    Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan sebagai subjek

    ayat manakala benda yang kena buat terletak di belakang sebagai predikat ayat.

    Jadi, biasanya kata kerja berimbuhan meN, men.kan dan menI. Sebagai

    contoh, Ahmad sedang menanak nasi. Keadaan ini Ali ialah pelaku dan nasi pula

    ialah benda yang kena buat. Seterusnya, ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan

    ayat tak transitif. Sebagai contoh, Ahmad memukul bola (ayat aktif transitif)

    manakala datuk saya sedang bersawah( ayat aktif tak transitif).

    4.1.1.1 Ayat Aktif Transitif

    Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang

    diikuti oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai atau unsurpenyambutnya. Walau bagaimanapun, ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal

    terbentuk hanya daripada ayat yang mengandungi frasa nama subjek asal sebagai

    judul dan frasa nama objek sebagai unsur penyambut kata kerjanya (Nik Safiah

    Karim, 2011: 484).

    Sebagai contoh :

    Subjek

    Predikat

    Kata Kerja Transitif Objek

    1. Emak saya memanggil Ahmad.

    2. Mereka membeli nanas.

    3. Pekerja membaiki jambatan.

    5. Anak itik mencari Ibunya.

    6. Mereka membaling bola.

    Jadual di atas menunjukkan kebanyakan menggunakan kata kerja transitif dan bukan

    kata kerja tak transitif.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    14/34

    14

    Selain itu, ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif boleh

    mengandungi klausa komplemen sebagai penyambut iaitu objek tepat dan objek sipi

    seperti contoh di berikut:

    SubjekPredikat

    Kata Kerja Aktif

    Transitif Objek Tepat Objek Sipi

    1. Saya menghadiahi muridnya cawan.

    2. Ibu menjahitkan abangnya baju tidur.

    3. Ahmad membelikan emak makanan.

    4. Sultan menganugerahi Hang Tuah sebilah keris.

    Dalam jadual di atas, objek tepat ialah objek yang mempunyai penyambut

    langsung kepada kata kerja transitif manakala objek sipi ialah objek yang menjadi

    penyambut tak langsung kepada kata kerja. Ayat aktif transitif yang mempunyai dua

    objek ini boleh diubah binaannya seperti yang berikut:

    Subjek

    Predikat

    Kata Kerja Transitif Objek Frasa Sendi Nama

    1. Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada adiknya.

    2. Ibu membawa makanan kepada anaknya.

    3. Hamzah membeli sekeping kertas kepada kawannya.

    4. Gadis itu menjahit sehelai baju untuk Ahmin.

    Dalam contoh yang ditunjukkan di atas, objek tepat yang asal telah mendapat

    kata sendi nama di hadapannya lalu terbentuk frasa sendi nama yang bertugas

    sebagai keterangan manakala objek sipi yang asal pula menjadi objek tepat yang

    baharu.

    Walau bagaimanapun, ayat pasif transitif yang boleh digugurkan objeknya

    jika objek terdiri daripada orang pertama sama ada berbentuk tunggal atau majmuk.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    15/34

    15

    4.1.1.2 Ayat Aktif Tak Transitif

    Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu

    kata kerja yang tidak diikuti oleh sebarang frasa nama sebagai objek atau

    penyambut. Oleh itu, ayat ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ayat aktif taktransitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayat aktif tak transitif dengan

    keterangan yang tidak boleh digugurkan. Sebagai contoh:

    a) Ayat aktif transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan

    Ayat aktif jenis ini boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan iaitu sama

    ada perlu mengekalkan ataupun tidak.

    Ayat boleh digugurkan atau tidak

    Pokok itu membesar dengan cepat Pokok itu membesar

    b) Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan

    Ayat aktif jenis ini biasanya diikuti oleh unsur pelengkap untuk menyempurnakan

    maksud ayat. Hal ini demikian menunjukkan bahawa unsur pelengkap ini berfungsi

    sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan.

    Ayat tidak boleh digugurkan

    Dia bertujuan ke Johor Baru ( Betul) Dia bertujuan( salah )

    4.1.2 Struktur binaan ayat pasif

    Ayat pasif ialah ayat yang mana benda yang kena buat terletak di hadapan

    sebagai subjek ayat manakala pelaku terletak di belakang sebagai predikat.

    Kebanyakan struktur ayat pasif bermula berimbuhan di, di..kan atau di.i.

    Selain itu, kata kerja juga boleh menggunakan perkataan kena dalam struktur

    binaan ayat pasif.

    Seterusnya, ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif di dan ter.

    Kebanyakan ayat ini hanya digunakan untuk kata ganti nama ketiga. Sebagai

    contoh:

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    16/34

    16

    Ayat Pasif

    Subjek

    Predikat

    Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa

    Nama

    Keterangan

    1. Buku itu dibaca oleh saya semalam.

    2. Rumah itu dibina oleh pekerja dalam satu tahun.

    3. Makanan itu dimakan oleh adiknya sebentar tadi.

    Untuk ayat pasif yang menggunakan imbuhan kata kerja pasif di seperti di

    atas jadual, kata sendi nama oleh digugurkan kerana tanpa menjejaskan maksud

    ayat manakala jika binaan oleh + frasa nama itu terletak jauh daripada kata kerja,

    maka tidak boleh digugurkan. Selain itu, ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata

    kerja yang mengandungi imbuhan ber dan kean. Dalam ayat ini biasanya tidak

    menggunakan oleh + frasa nama. Sebagai contoh:

    Subjek Predikat

    1. Pasukan bola sepak kehujanan di padang sekolah.

    2. Kasut sekolahnya belum berbasuh.

    Seterusnya, ayat pasif dengan ganti nama diri orang pertama dan kata ganti

    nama diri orang kedua. Dalam ayat ini biasanya menggunakan kata ganti nama diri

    seperti saya, aku, ku, engkau, kau, anda, kami dan kita. Kesemua ini merupakan

    kata ganti nama diri pertama dan kedua yang digunakan dalam struktur binaan ayat

    pasif. Kedua-dua jenis kata ganti nama diri ini diletakkan di hadapan kata kerja

    dasar kerana tidak boleh menerima imbuhan kata kerja pasif .

    Subjek

    Frasa Kerja Pasif dengan

    Ganti Nama Diri

    Pertama/Kedua

    Keterangan

    1. Tanggungjawab ini akan saya tanggung sekarang.

    2. Kerja rumah itu sudah Ali selesaikan tadi.

    3. Kerja ini akan kami raikan bersama-sama.

    4. Hutang itu belum kamu selesaikan sepenuhnya.

    5. Cadangan ini sudah kami terima sebentar tadi.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    17/34

    17

    Tambahan pula, aturan ayat pasif untuk pelaku ketiga sama saja dengan

    aturan ayat pasif bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana kesalahan ayat pasif ini

    jarang dibuat oleh mereka yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai pegangan.

    Terdapat sebilangan orang yang fasih dalam bahasa Melayu tetapi suka

    menggunakan bahasa dengan cara yang mudah tetapi penggunaan bahasa Melayu

    haruslah dijadikan benar.

    a) Ayat pasif dengan imbuhan ber

    Selain daripada digunakan dalam ayat aktif, awalan ber juga digunakan dalam ayat

    pasif selepas belum dan sudah sebagai ganti untuk awalan di.

    Penggunaan ber Baju saya belum berjahit.

    Penggunaan di Baju saya belum dijahit.

    Penggunaan ber Pintu rumah sudah berkunci.

    Penggunaan di Pintu rumah sudah dikunci.

    Walau bagaimanapun, kedua-dua awalan membawa konotasi yang berlainan

    kerana awalan di membawa tanggapan bahawa kata kerja pasif itu dihubung

    dengan pelaku ketiga sedangkan awalan ber tidak ada penekanan pelaku sama

    sekali. Hal ini demikian kerana imbuhan pasif di sering diikuti oleh oleh.

    b) Ayat pasif "ter"

    Awalan "ter" dalam ayat pasif biasanya berkaitan dengan keupayaan dan tanda

    selesainya sesuatu perbuatan atau perbuatan yang sedia berlaku.

    Sebagai contoh:

    Kerja projek yang rumit itu terlaksana juga oleh usahawan baru. (keupayaan)

    Buku ini terkarang oleh seorang penulis yang terkenal. (perbuatan yang siap)

    Dengan penggunaan ayat pasif ter di atas merujuk bentuk ayat pasif

    sedemikian untuk menunjukkan keupayaan amat kurang tetapi masih sah.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    18/34

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    19/34

    19

    3. Tidak mempunyai jenis ayat aktif

    transitif.

    3. Ada dua jenis ayat aktif tak

    transitif iaitu ayat aktif tak transitif

    dengan keterangan yang boleh

    digugurkan dan tidak bolehdigugurkan.

    4. Memerlukan objek untuk

    melengkapkan makna sesuatu

    ayat.

    4. Tidak memerlukan objek untuk

    melengkapkan makna sesuatu

    ayat.

    5. Mempunyai objek tepat ialah

    objek yang mempunyai

    penyambut langsung kepada kata

    kerja transitif manakala objek sipi

    ialah objek yang menjadipenyambut tak langsung kepada

    kata kerja transitif.

    5. Tidak mempunyai objek tepat dan

    objek sipi dalam ayat aktif tak

    transitif.

    6. Boleh menjadi ayat pasif. 6. Tidak boleh menjadi ayat pasif.

    7. Sebagai contoh:

    Saya makan durian.

    (subjek)+(KKT)+(objek)

    7. Sebagai contoh:

    Datuk saya bersawah.

    (subjek)+(KKTT)

    4.3 Memilih 10 perkataan daripada transkripsi lagu dab bina ayat aktif transitif

    dan tukarkan kepada pelbagai ayat pasif.

    Padi

    Ayat aktif transitif : Petani menuai padi itu.

    Ayat pasif :

    1. Padi itu dituai oleh petani pada pagi tadi.

    2. Padi itu sudah petani tuai pada pagi tadi.

    3. Padi itu kena tuai oleh petani pada pagi tadi.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    20/34

    20

    Menabur

    Ayat aktif transitif : Ali menabur benih atas tanah.

    Ayat pasif :

    1. Benih ditabur oleh Ali pada petang ini.

    2. Benih sudah Ali tabur pada petang ini.

    3. Benih kena Ali tabur pada petang ini.

    Memakan

    Ayat aktif transitif : Ayah memakan ikan itu.

    Ayat pasif :

    1. Ikan itu dimakan oleh ayah di ruang tamu.

    2. Ikan sudah ayah makan di ruang tamu.

    3. Ikan kena ayah makan di ruang tamu.

    Bahasa

    Ayat aktif transitif : Guru besar sering menggunakan bahasa Melayu semasa

    berkomunikasi dengan pelajar.

    Ayat pasif : Bahasa Melayu sering digunakan oleh guru besar semasa berkomunikasi

    dengan pelajar di kawasan sekolah.

    Berjalan

    Ayat aktif transitif : Kelas opsyen Bahasa Melayu akan berjalan pertandingan tennis.

    Ayat pasif :

    1. Pertandingan tennis akan dijalankan oleh kelas opsyen Bahasa Melayu pada

    petang ini.

    2. Pertandingan tennis sudah kelas opsyen Bahasa Melayu jalankan pada

    petang ini

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    21/34

    21

    Menanam

    Ayat aktif transitif : Abu akan menanam benih betik ke dalam tanah.

    Ayat pasif :

    1. Benih betik akan ditanam oleh Abu ke dalam tanah di belakang halaman

    rumah.

    2. Benih betik sudah Abu tanamkan ke dalam tanah di belakang halaman rumah.

    3. Benih betik kena Abu tanamkan ke dalam tanah di belakang halaman rumah.

    Kumpulan

    Ayat aktif transitif : Kumpulan Semaian Subur sedang mempersembahkan terian

    tradisional.

    Ayat pasif :

    1. Tarian tradisional sedang dipersembahkan oleh kumpulan Semaian Subur di

    DST IPGKTI.

    2. Tarian tradisional sudah kumpulan Semaian Subur mempersembahkan di

    DST IPGKTI.

    Ubi

    Ayat aktif transitif : Ahli keluarga Ali akan memanggang ubi, ayam dan bebola ikan.

    Ayat pasif : Ubi, ayam dan bebola ikan akan dipanggang oleh ahli keluarga Ali pada

    malam ini.

    Berpinang

    Ayat aktif transitif : Phau Liang telah berpinang dengan Jessie.

    Ayat pasif : Jessie telah dipinang oleh Phau Liang pada bulan lepas.

    Orang

    Ayat aktif transitif :Orang itu mencuri dompet Abi.

    Ayat pasif :

    1. Dompet Abi dicuri oleh orang itu pada pagi tadi.

    2. Dompet Abi kena orang itu curi pada pagi tadi.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    22/34

    22

    4.4 Pilih 10 perkataan daripada transkripsi lagu yang dipilih dan bina ayat aktif

    tak transitif

    1. Nanas Saya memakan nanas di gerai buah-buahan.

    2. Emas Ibu akan memakai rantai emas pada majlis perkahwinan pada malam

    ini.

    3. Muda Saya membeli nanas muda di bawah jambatan.

    4. Sirih Nenek memakan sirih daun pada petang ini.

    5. Megah Ayah berasa megah semasa menonton persembahan adiknya di

    Sekolah.

    6. Berbunga Pokok itu telah berbunga pada pagi tadi.

    7. Pandai Ali memiliki seorang kakak yang pandai.

    8. Penat Adik berasa penat mendaki gunung pada pagi tadi.

    9. Bunga Ayah telah membeli bunga Orkid ke rumah.

    Puas Kakak berasa puas hati setelah mendapat keputusan STPM pada pagi ini

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    23/34

    23

    5.0 Rumusan

    Kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian Melayu secara umumnya

    merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya dan ini adalah

    warisan nenek moyang yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatubangsa. Bongai yang amat popular dalam masyarakat Negeri Sembilan suatu ketika

    dahulu khususnya dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan telah

    menjadi identiti masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Bongai boleh dinyanyikan

    secara solo, berduet atau beramai-ramai. Bongai juga dipersembahkan dengan

    tujuan-tujuan tertentu, khasnya 'hiburan' pada waktu malam iaitu setelah penat

    berkerja di siang hari. Kesenian melayu ini sepatutnya dihargai oleh generasi muda

    dan diwariskan dari zaman ke zaman.

    Morfologi pula merupakan satu bidang bahasa yang amat penting dalam

    bahasa Melayu. Bidang ini dapat membantu pengguna bahasa Melayu untuk

    memperbetulkan penggunaan perkataan dalam ayat dan memperkembangkan lagi

    potensi bahasa ini agar dapat duduk sama tinggi, berdiri sama rendah dengan

    bahasa-bahasa internasional lain di dunia, seperti bahasa Cina dan bahasa Inggeris.

    Dengan mendalami ilmu morfologi juga, pencemaran bahasa Melayu dapat

    dikurangkan khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini. Hal ini

    seterusnya akan dapat menjamin masa depan bahasa Melayu agar tidak luputditelan zaman dalam arus globalisasi.

    Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada ayat aktif dan ayat

    pasif. Pembahagian ayat sedemikian adalah dengan melihat kedudukan unsur-

    unsur yang berkaitan dengan konstituen subjek dan predikat. Ayat aktif ialah ayat

    yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau

    unsure yang diterangkan manakala ayat pasif ialah ayat yang asalnya terbentuk

    daripada ayat aktif transitif, iaitu ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul

    atau unsur yang diterangkan.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    24/34

    24

    6.0 Refleksi

    Refleksi 1

    Nama : Chew Chin Joo Opysen : 2 PPISMP BM/PJ/SJ

    No. Kad Pengenalan : 940901-01-5235

    Pada 18 Februari 2013, saya dan rakan saya telah mendapat tugasan ini

    daripada Puan Noraisikin binti Ghazali. Semasa menerima tugasan ini, saya berasa

    begitu tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya

    amatlah sedikit. Saya bimbang tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan

    cemerlang. Selain itu, saya mula berasa takut apabila mengetahui bahawa saya

    perlu membuat mencari satu lagu atau cerita yang mengenai kebudayaan dan

    kesenian seperti Bongai, Teromba, Rebana, Lipur lara ataupun Endoi dan membuat

    analisis tentang lagu atau cerita yang disampaikan dari perspektif nasihat atau

    unsure pendidikan. Hal ini demikian kerana saya masih belum menguasai

    kemahiran analisis. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan

    semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik.

    Semasa menjalankan tugasan tersebut, saya telah menghadapi pelbagai

    cabaran dan dugaan. Misalnya, saya telah mengalami masalah apabila mencari

    lagu Bongai melalui internet kerana kebanyakkan lagu Bongai yang terdapat dalam

    internet tidak berkualiti. Oleh itu, saya dan rakan sekumpulan telah bercadang untuk

    melawat ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor untuk mendapatkan

    maklumat tentang kebudayaan dan kesenian melayu. Saya dan rakan-rakan telah

    melawat ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor pada petang 26

    Februari 2013. Saya juga teringat Puan Noraisikin pernah mencadangkan tempat ini

    kepada kami sekiranya kami ingin mencari sumber bagi tugasan kami. Pada petang

    itu, banyak pengetahuan baharu telah saya menimba daripada pegawai di sana.

    Saya telah mempelajari keistimewaan lagu negeri seperti Bongai, Endoi dan

    sebagainya. Namun nasib kami agak malang kerana pegawai di sana mengatakan

    bahawa beliau hanya menyimpan koleksi lagu Bongai sahaja. Walaubagaimanapun,

    saya tetap bersyukur kerana kami berjaya memperoleh satu daripada koleksi

    lagunya. Tanpa pertolongan beliau, pasti pelaksanaan tugasan akan lebih sukar lagi.

    Saya juga telah menimba banyak pengalaman untuk menemu ramah tokoh penting.

    Saya percaya ilmu pengetahuan yang saya menimba agak berguna pada masa yang

    akan datang. Selain itu, saya juga mengambil masa yang lama untuk mendengar

    lagu Bongai tersebut dan membuat analisis Bongai berdasarkan lirik lagu.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    25/34

    25

    Walaubagaimanapun, dengan bantuan kawan-kawan yang lain, saya dapat

    menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

    Saya amat bersyukur kerana tugasan ini adalah tugasan berkumpulan, saya

    boleh bekerjasama dengan ahli kumpulan saya yang memahami dan prihatin untukmenyiapkan tugasan ini. Mereka banyak memberikan dorongan dan semangat

    kepada saya untuk membuat yang terbaik dalam tugasan ini. Semasa menghadapi

    masalah apabila menjalankan tugasan ini, saya boleh berbincang dengan ahli

    kumpulan saya untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah memahami tentang unsur

    budaya dan kesenian Melayu seperti Bongai yang telah lama wujud sejak zaman

    dahulu. Saya juga mulai menghargai kesenian Melayu tersebut kerana ini

    merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya dan ini adalah

    warisan nenek moyang yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu

    bangsa. Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui tentang cara-cara untuk

    melahirkan sesuatu analisis lagu yang berkualiti. Semua ilmu pengetahuan yang

    telah saya dapati juga akan saya ajarkan dan berkongsi dengan pelajar-pelajar di

    sekolah pada masa yang akan datang.

    Semasa menjalankan tugasan ini, saya turut mempelajari tentang kemahiran

    menguruskan masa dengan baik supaya dapat melaksanakan tugasan ini dengan

    sempurna dan baik. Saya juga mempelajari kemahiran lain seperti kemahiran

    mencari maklumat dan kemahiran menangani masalah. Misalnya, saya dan ahli

    kumpulan saya telah banyak mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti

    internet dan buku dari pusat sumber sebagai bahan rujukan untuk menjayakan

    tugasan ini. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang

    saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini pada masa yang akan datang. Ilmu

    yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya pada masa depan.

    Saya juga banyak mempelajari nilai-nilai moral semasa menjalani tugasan ini

    seperti bertanggungjawab, rasional, kasih saying, bekerjasama dan sebagainya.

    Nilai-nilai ini sangat baik untuk diamalkan dalam kehidupan harian kita juga. Sebagai

    seorang guru yang akan mendidik generasi yang akan datang, saya sedar bahawa

    saya akan mendidik mereka dengan menerapkan nilai-nilai moral ini kepada mereka

    supaya mereka akan menjadi seorang yang berakhlak mulia dan berbudi bahasa

    pada masa depan.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    26/34

    26

    Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan

    setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Puan Noraisikin dan Dr. Maskiah

    kerana mereka telah sudi meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada kami

    untuk menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak

    lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

    Sekian, terima kasih.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    27/34

    27

    Refleksi 2

    Nama : Ng Wei Guan Opysen : 2 PPISMP BM/PJ/SJ

    No. Kad Pengenalan : 940415-07-5363

    Semasa saya menerima tugasan ini, saya sememangnya tidak tahu bagaimana

    untuk memulakannya. Hal ini demikian kerana tajuk kerja kursus ini memang

    mencabar dan mengejutkan kami kerana kebanyakan kami kurang memahami

    kebudayaan dan kesenian yang diwarisi oleh nenek moyang tetapi dengan tunjuk

    ajar dan panduan yang diberi oleh pensyarah kami Puan Noraisikin Binti Ghazali,

    saya dapat menyiapkan kerja kursus saya dalam masa yang ditetapkan.

    Semasa membuat kerja kursus ini, kumpulan kami menghadapi masalah mencari

    bahan untuk membuat kerja kursus ini. Hal ini demikian kerana bahan lagu mesti

    mempunyai unsur pendidikan supaya boleh membuat analisis lagu. Mula-mula,

    kami cuba mencari video bongai dari youtube tetapi video yang kami memuat tidak

    begitu jelas dan tidak sesuai untuk membuat analisis. Oleh itu, semangat yang

    berkobar-kobar dan tidak mudah putus asa, kami pergi melawat Jabatan

    Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor selepas waktu kuliah. Saya berasa

    bersyukur kerana kami berjaya mendapat lagu bongai yang diinginkan. Saya

    mempelajari banyak kebudayaan dan kesenian semasa lawatan tersebut malah jugamempelajari cara untuk menemu bual dengan pegawai serta menambahkan

    pengalaman saya semasa lawatan ini.

    Seterusnya, kami mendengar isi yang penting hendak disampaikan dari lagu

    bongai dan barulah kami menganalisis lagu dengan menghasilkan satu esei

    sebanyak 500 perkataan. Selain itu, saya telah menggunakan perkhidmatan Wifi

    IPG untuk melayari internet mencari sumber-sumber yang bernas. Perpustakaan

    IPG juga sering saya kunjungi untuk memperoleh maklumat-maklumat yang tepat.

    Hal ini demikian menjadi satu cabaran dan pengalaman yang baru kerana dahulu di

    sekolah menengah, nota-nota atau buku-buku rujukan telah disediakan oleh guru

    untuk kerja kursus sebegini. Manakala sejak menuntut di IPG, pencarian maklumat

    untuk kerja kursus harus dilakukan oleh diri sendiri. Jadi, saya juga mempelajari

    kemahiran mencari maklumat ketika mencari bahan rujukan di perpustakaan.

    Semasa melaksanakan tugasan berkumpulan ini, saya telah mempelajari semangat

    bekerjasama membuat kerja kursus ini. Dengan bantuan dan sokongan yang

    diberikan oleh rakan sahabat saya, saya lebih memahami tajuk kerja kursus ini

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    28/34

    28

    malah saya lebih menghargai bantuan yang diberikan oleh sahabat. Kerjasama

    dalam kumpulan telah menyedari saya bahawa kerja kursus ini tidak boleh

    dilaksanakan oleh diri sendiri malah berkat kerjasama daripada rakan saya dari segi

    moral dan dorongan.

    Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari banyak aspek kebudayaan dan

    kesenian Melayu di negara kita. Kebudayaan ini menunjukkan tamadun sesebuah

    negara malah juga memaparkan identiti dan jati diri negara kita. Saya telah

    menyedari aspek budaya yang sangat penting malah mulai menyemaikan semangat

    kebudayaan dan kesenian dalam kehidupan saya. Melalui kerja kursus ini, saya juga

    dapat lebih memahami aspek struktur, bentuk dan golongan kata semasa membuat

    analisis malah sekali gus menambahkan minat saya dalam kajian pengantar

    morfologi dan sintaksis bahasa Malayu. Jadi, saya tidak berasa bosan semasa

    membuat analisis malah saya lebih mencintai negara kita yang kaya dari segi

    budaya dan kesenian Melayu.

    Dalam proses menghasilkan tugasan projek itu, saya berasa bahagian untuk

    menganalisis lagu cerita yang paling mencabar disebabkan terdapat banyak isi yang

    perlu dibaca dan dianalisis. Walaupun telah mendengar beberapa kali, namun tidak

    memahami apa yang didengar dan saya telah menggunakan buku melayu I dan

    tatabahasa dewan serta bahan rujukan yang diberikan oleh pensyarah untuk mudahmemahami isi kandungan. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan

    ketidakfahaman semasa dalam proses penghasilan analisis lagu tersebut, namun

    dengan menggunakan pemikiran yang kreatif dan kritis, akhirnya dapatlah saya dan

    rakan kumpulan saya menyiapkannya dengan sempurna. Pemikiran saya juga

    menjadi tajam disebabkan untuk menganalisis lagu tersebut secara terperinci dan

    teliti. Walaupun lagu bongai susah difahami tetapi berkat sikap kami yang tidak

    berputus asa untuk membuat analisis dengan bersungguh-sungguh.

    Sebagai kesimpulan, saya memperoleh banyak pengalaman semasa membuat kerja

    kursus saya. Saya juga tidak akan melupakan bantuan rakan-rakan seperjuangan

    dalam menyiapkan kerja kursus ini. Sebagai bakal guru, saya berharap apa yang

    dipelajari dapat dipraktikkan dan diaplikasikan dalam pembelajaran yang seterusnya

    supaya boleh mendidik generasi yang akan datang. Walaupun perjalanan masih

    jauh, tetapi saya amat berharap bahawa saya akan lebih maju dari pelbagai aspek

    supaya boleh menjadi guru cemerlang pada masa kelak.

    Sekian, terima kasih

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    29/34

    29

    Refleksi 3

    Nama : Law Kok Chun Opysen : 2 PPISMP BM/PJ/SJ

    No. Kad Pengenalan : 941028-02-5723

    Sepanjang kerja kursus Bahasa Melayu 1 dilaksanakan, saya berpeluang

    bekerjasama dengan rakan-rakan saya iaitu Khoo Phau Liang, Chew Chin Joo dan

    Ng Wei Guan sekali lagi untuk menjayakan projek ini dan mengeratkan hubungan

    silaturahim kami bagai kuku dan jari. Sesungguhnya, kami menghadapi segala

    cabaran dalam proses ini dengan penuh bersemangat dan kerjasama.

    Tugas kali ini memerlukan kami menganalisis lagu bongai yang kami pilih dari

    perspektif nasihat atau unsur pendidikan, membuat huraian yang jelas tentang

    maksud struktur, bentuk dan golongan kata, membincang maksud ayat aktif dan ayat

    pasif, struktur binaan ayat aktif dan ayat pasif dan perbezaan antara ayat aktif

    transitif dengan ayat aktif tak transitif dan membina ayat aktif transitif tukar kepada

    pelbagai ayat pasif serta membina ayat aktif tak transitif. Lepas itu, kami harus

    mencari satu lagu bongai yang sesuai serta jelas nyanyiannya daripada internet.

    Padahal, langkah seterusnya memerlukan kami menulis lirik lagu daripada lagu

    bongai yang telah kami muat turun dan menganalisis lagu itu dengan jelas. Selepas

    itu, kami juga sering bekerjasama menyiapkan kehendak kerja kursus yang lain.

    Saya berasa bahagian terakhir iaitu pilih 10 perkataan membina ayat aktif

    transitif dan tukar kepada pelbagai ayat pasif dan pelih 10 perkataan lain lagi

    membina ayat aktif tak transitif merupakan bahagian yang paling susah kerana lirik

    lagu sangat pendek dan banyak perkataan sering diulang. Walaupun proses

    menyiapkan kerja kursus susah tetapi saya berpendapat bahawa proses ini dapat

    meningkatkan pemahaman kami terhadap subjek Bahasa Melayu. Kami harus

    membincang maksud ayat aktif dan ayat pasif, struktur binaan ayat aktif dan ayat

    pasif dan perbezaan antara ayat aktif transitif dengan ayat aktif tak transitif dengan

    jelas dan menyemak semula kerja kami semula. Ini dapat meningkatkan penguasaan

    saya terhadap morfologi dan sintaksis Bahasa Melayu serta mendapat gambaran

    yang jelas tentang apa yang saya lakukan dan tidak sekadar menyelesaikan soalan

    Bahasa Melayu seperti menduduki peperiksaan. Pada mulanya, saya terkejut

    apabila mendapati kami harus mencari satu lagu atau cerita yang mengenai

    kebudayaan dan kesenian seperti bongai dan teromba kerana saya tidak mempunyai

    ilmu dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, kami tetap tidak takut dan

    berkeyakinan dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna dan cekap.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    30/34

    30

    Sebenarnya, saya bersyukur kerana saya berpeluang memasuki IPG KTI dan

    menghadiri kelas Bahasa Melayu yang diajar oleh dua pensyarah yang sangat tegas

    dan bertanggungjawab iaitu Puan Noraisikin dan Dr. Maskiah. Saya telah banyak

    mempelajari morfologi, sintaksis, berpantun, bersyair, lakonan dan gurindam. Ini

    telah menyedarkan saya bahawa Bahasa Melayu merupakan satu subjek serta ilmu

    yang sangat menarik dan tidaklah seperti sekolah menengah mempelajari Bahasa

    Melayu adalah satu tanggungjawab rakyat Malaysia atau untuk menghadapi

    peperiksaan awam sahaja. Selepas saya memberikan perhatian terhadap apa yang

    diajari oleh Puan Noraisikin dan Dr. Maskiah, barulah saya mengetahui morfologi,

    sintaksis, berpantun, bersyair, lakonan dan gurindam. Ini menjadi pengajaran

    kepada saya agar tidak memandang enteng terhadap pengetahuan yang dipelajari

    dalam kelas kerana setiap pembelajaran mempunyai objektifnya.

    Semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya sentiasa terfikir berita surat

    khabar tentang kerajaan bermatlamat memupuk pelajar yang kreatif dan inovatif dan

    ada sesetengah pihak yang mengkritik sistem pengajaran di sekolah adalah punca

    utama masalah itu. Saya berpendapat bahawa pelajar generasi ini belajar Bahasa

    Melayu untuk menambahkan bilangan A dalam peperiksaan dan bukan untuk

    penggunaan harian mereka dan jelasnya fikiran ini telah salah meskipun saya pun

    pernah macam ini pada masa dulu. Setelah menyedari masalah ini betapa serius

    terhadap seorang bakal guru, saya telah mengunjungi ke kedai buku Popular untuk

    merujuk kepada buku yang dapat membantu saya belajar Bahasa Melayu dengan

    lebih kreatif dan menarik. Sebagai seorang bakal guru, saya akan mendalami

    pengetahuan saya dalam tempoh masa lima tahun setengah ini dan

    mengaplikasikan apa yang pelajari dalam kelas kelak hari nanti. Saya akan

    memastikan bakal anak murid saya memahami matlamat subjek itu dan berfikiran

    kreatif semasa belajar untuk menyahut seruan kerajaan untuk memupuk pelajar yang

    kreatif dan inovatif kerana mereka adalah tulang belakang negara yang bakal

    mengambil alih pucuk pimpinan negara.

    Dalam sesi perbincangan ini, saya telah mempelajari kepentingan serta cara

    berinteraksi dan bertoleransi dengan ahli kumpulan saya agar menyelesaikan

    tugasan kami dengan efektif dan efisien bak kata pepatah bulat air kerana

    pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Saya juga ingin melafazkan jutaan

    terima kasih kepada puan pensyarah kami kerana keterangan beliau telah

    memudahkan perjalanan kami dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    31/34

    31

    Akhirnya, kami memperoleh hasil yang lumayan setelah menyiapkan tugasan

    ini iaitu kerajinan amat penting untuk seseorang berjaya dalam kehidupannya. Hal

    ini kerana jika kami bersikap malas untuk memulakan kerja kursus ini, maka

    kemungkinan besar kami akan menghadapi masalah yang besar untuk

    menyelesaikan tugasan ini. Walaupun kami mempunyai tugasan persembahan dan

    kerja kursus yang lain harus kami siapkan dalam masa yang singkat, kami tetap

    meluangkan masa untuk mengkaji kerja kursus dan giat berbincang untuk mencapai

    kata sepakat menjayakan kerja kursus kami. Perasaan gembira saya tidak dapat

    dinafikan kerana tugasan ini telah mengubah pemikiran saya dari sudut lain. Pada

    akhirnya, kami mempelajari satu hakikat bahawa seseorang itu tidak mungkin

    memperoleh hasil yang memuaskan dan memahami makna tersirat dalamnya jika

    dia tidak sanggup berusaha secara berterusan.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    32/34

    32

    Refleksi 4

    Nama : Khoo Phau Liang Opysen : 2 PPISMP BM/PJ/SJ

    No. Kad Pengenalan : 941029-03-5595

    Pada 18 Feb 2013, saya dan ahli kumpulan telah mendapat tugasan ini

    daripada Puan Noraisikin. Ketika itu, saya berasa begitu gementar sekali kerana

    tugasan ini kelihatan begitu mencabar. Saya takut untuk memikirkan akibatnya jika

    saya akan membebankan rakan sekumpulan saya nanti. Tambahan pula, saya

    merasakan masa satu bulan tidak mencukupi untuk membuat tugasan ini dengan

    sempurna. Oleh itu, saya telah mencadangkan kepada ahli kumpulan saya untuk

    memulakan tugasan tersebut secepat yang mungkin. Mujurlah mereka bersetuju dan

    menyokong pendapat saya.

    Pada 26 Feb 2013, saya dan rakan sekumpulan telah melawat Jabatan

    Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor selepas waktu kuliah. Kebetulan salah

    seorang pegawai di sana mempunyai sedikit masa lapang dan beliau sudi menerima

    lawatan kami, kami pun tak teragak-agak untuk berkunjung ke sana. Saya juga

    teringat Puan Noraisikin pernah mencadangkan tempat ini kepada kami sekiranya

    kami ingin mencari sumber bagi tugasan kami. Pada petang itu, saya telah menimba

    banyak pengetahuan baharu daripada pegawai di sana. Saya mempelajarikeistimewaan lagu negeri seperti Bongai, Rebana dan macam-macam lagi. Namun

    nasib kami agak malang kerana pegawai di sana mengatakan bahawa beliau hanya

    menyimpan koleksi lagu Bongai sahaja. Walaubagaimanapun, saya tetap gembira

    kerana kami berjaya memperoleh satu daripada koleksi lagunya. Tanpa pertolongan

    beliau, pasti pelaksanaan tugasan akan lebih sukar lagi. Saya juga telah menimba

    banyak pengalaman untuk menemu ramah tokoh penting. Saya mempelajari

    prosedur-prosedur temu duga dan akan mempraktikkan kemahiran menemu ramah

    pada masa akan datang.

    Selain itu, saya juga telah mengunjungi perpustakaan dan mencari maklumat

    di Internet bersama-sama rakan kumpulan. Saya mendapati bahan lagu negeri

    seperti ini banyak terdapat di mana-mana sahaja. Namun demikian, saya hairan

    mengapa lagu ini semakin luput ditelan zaman. Lantas saya pun terfikir bahawa

    remaja generasi baru kini kerap melayari internet dan menghabiskan masa di laman

    sosial. Patutlah mereka tidak tahu berkenaan lagu Bongai atau Rebana.

    Sebenarnya, sebelum tugasan ini diberikan kepada saya, saya juga tidak pernah

    mengenali warisan nenek moyang ini. Saya berasa amat bertuah kerana diberi

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    33/34

    33

    peluang untuk mengkaji dan mendalami bidang ini sementara saya masih menjalani

    latihan di IPG ini. Hal ini demikian kerana saya khuatir saya tidak mempunyai

    pengetahuan yang mencukupi untuk mengajar murid-murid sekolah rendah kelak.

    Saya ingin menjadi seorang guru yang cemerlang dan dapat mendidik murid dengan

    sempurna.

    Seminggu sebelum tugasan dihantar, saya mula panik. Hal ini berlaku

    kerana saya masih belum berjaya menyiapkan bahagian yang telah

    dipertanggungjawabkan kepada saya oleh rakan-rakan. Tambahan pula, terdapat

    tugasan-tugasan subjek lain yang perlu saya risaukan. Mujurlah pada masa itu, saya

    mempunyai rakan yang memahami dan prihatin. Mereka memberikan dorongan dan

    semangat kepada saya untuk membuat yang terbaik dalam tugasan ini. Pada waktu

    itu, saya mula menanam azam untuk memberikan 100% komitmen dalam tugasan ini.

    Saya telah mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata selama beberapa hari dan

    memastikan ketepatan maklumat yang saya cari. Saya tidak pernah berputus asa

    kerana saya mempunyai sokongan rakan-rakan. Dalam masa yang sama, saya juga

    turut member sokongan moral kepada mereka untuk menyiapkan bahagian mereka.

    Dengan serta merta saya mula menyedari ikatan persahabatan kami semakin kuat

    dari hari ke hari. Saya berasa sungguh gembira dengan perkembangan ini.

    Walaupun pada mulanya saya menyangka tugasan ini akan membebankansaya, namun saya seronok apabila mengingati kembali memori semasa

    melaksanakan tugasan. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana berjaya menyiapkan

    tugasan dalam masa yang telah ditetapkan. Saya juga berasa lega apabila

    mengetahui bahawa semua rakan sekuliah saya telah berjaya melaksanakan

    tugasan mereka. Kesimpulannya, saya telah berjuang bersungguh-sungguh

    bersama-sama kumpulan untuk melaksanakan tugasan ini dan saya berharap agar

    ia dapat memuaskan hati pensyarah. Sungguhpun begitu, saya mengaku bahawa

    terdapat banyak kelemahan yang masih perlu saya perbaiki dalam diri saya. Sayaberjanji akan membuat tugasan dengan lebih serius dan komited agar saya tidak

    menghadapi masalah yang serupa lagi. Saya akan terus meningkatkan kemahiran

    saya agar saya dapat menjadi guru yang berwibawa suatu hari nanti.

  • 7/28/2019 BM 1 Assignment

    34/34

    7.0 Bibliografi

    Sumber Buku

    Nik Safiah Karim (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bahasa Melayu l Edisi Kedua. Shah Alam : Oxford

    Fajar Sdn. Bhd.

    Sumber Internet

    Ayat aktif dan ayat pasif. Diakses pada 13 March 2013 daripada

    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/aktifpasif.htm

    Ayat aktif transitif dan ayat tak transitif. Diakses pada 12 March 2013 daripada

    http://www.scribd.com/doc/8325845/Ayat-Aktif-Transitif-Ayat-Aktif-Transitif-Ialah-Ayat

    Memahami ayat aktif dan ayat pasif. Diakses pada 15 March 2013 daripada

    http://mindabahasa.wordpress.com/2007/06/16/15/

    http://tatabahasabm.tripod.com/tata/aktifpasif.htmhttp://tatabahasabm.tripod.com/tata/aktifpasif.htmhttp://www.scribd.com/doc/8325845/Ayat-Aktif-Transitif-Ayat-Aktif-Transitif-Ialah-Ayathttp://www.scribd.com/doc/8325845/Ayat-Aktif-Transitif-Ayat-Aktif-Transitif-Ialah-Ayathttp://mindabahasa.wordpress.com/2007/06/16/15/http://mindabahasa.wordpress.com/2007/06/16/15/http://mindabahasa.wordpress.com/2007/06/16/15/http://www.scribd.com/doc/8325845/Ayat-Aktif-Transitif-Ayat-Aktif-Transitif-Ialah-Ayathttp://tatabahasabm.tripod.com/tata/aktifpasif.htm