Post on 17-Jan-2016
description
1
SKSE 3013: SEJARAH ASIA TENGGARA MODEN
IKON DEMOKRASI WANITA DI ASIA TENGGARA
NAMA PENSYARAH: EN. CLARENCE NGUI YEW KIT
DISEDIAKAN OLEH:
NUR AFIQKHA AKMA BINTI MOHD HUSSEIN (A136288)
NOOR FATIN BINTI HALID (A136503)
SYAZWANI BINTI MOKHTAR (A136512)
2
1.0 PENDAHULUAN
Golongan wanita di Asia Tenggara bukanlah calang-calang orangnya. Sudah ramai yang
menjadi tokoh dalam pelbagai bidang dan mengharumkan nama negara masing-masing.
Walaupun kebanyakan negara di Asia Tenggara mengamalkan adat tradisi patrilineal iaitu
melebihkan golongan lelaki dalam apa-apa perkara, kaum wanita masih berusaha keras
menonjolkan diri masing-masing yang mana akhirnya mereka berjaya membuka mata
dunia untuk melihat kehebatan dan kelebihan mereka. Semua ini bermula apabila muncul
golongan pemimpin wanita yang berani dengan lantangnya memperjuang keadilan di
negara masing-masing. Mereka inilah yang para pengkaji gelarkan sebagai ikon
demokrasi wanita di Asia Tenggara. Tiga orang tokoh wanita dipilih untuk menonjolkan
perjuangan mereka yang sangat hebat dalam mendapatkan keadilan dan memperjuangkan
demokrasi. Mereka ialah Aung San Suu Kyi tokoh demokrasi Burma, Corazon Aquino
Presiden Ke-11 Filipina, dan Megawati Soekarnoputri Presiden Ke-5 Indonesia .
Nama-nama hebat ini sememangnya terkenal kerana kelantangan mereka berjuang
sebagai pemimpin sebuah revolusi kebangkitan yang selama ini dikuasai golongan lelaki.
Bukan itu sahaja, ketiga-tiga ikon demokrasi wanita di Asia Tenggara ini turut menyerlah
kemunculan mereka kerana kaitan mereka dengan tokoh pemimpin yang terdahulu.
Perkara inilah yang akan menjadi dapatan kajian para pengkaji yang utama dalam
membincangkan perjuangan ketiga-tiga mereka ini. Isu perkaitan mereka dengan tokoh
terdahulu yang sebenarnya telah mempengaruhi perjuangan mereka akan dikupas secara
terperinci bagi setiap tokoh yang berkenaan. Perhubungan mereka bolehlah dijelaskan
seperti Aung San Suu Kyi dengan dengan bapa beliau Aung San yang merupakan pejuang
kemerdekaan Burma, Corazon Aquino dengan suaminya Benigno Aquino Jr. yang
merupakan ketua pembangkang kerajaan diktator Presiden Ferdinand Marcos, dan
Megawati Soekarnoputri dengan bapa beliau Sukarno yang merupakan Presiden pertama
Indonesia.
3
2.0 AUNG SAN SUU KYI
2.1 Sejarah dan Latar Belakang
Jika meneliti sejarah awal Burma sudah pasti nama General Aung San banyak ditemui
kerana usaha beliau ke arah memerdekakan Burma dari jajahan asing. Namun dalam
penulisan ini fokus adalah tertumpu kepada anak beliau yang namanya tidak kurang hebat
sebagai tokoh pejuang pembebasan Burma daripada rejim sosialis yang kejam. Suu Kyi di
lahirkan di Rangoon, Burma pada tahun 1945. Merupakan graduan dalam bidang Falsafah
Ekonomi dari universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford1 juga pernah tinggal di
New Delhi, India atas ikutan dan tugasan ibunya Khin Kyi sebagai duta ke India sekitar
tahun 1960. Beliau telah mendirikan rumah tangga pada Januari 1972 bersama Michael
Aris2 dan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki pada tahun 1973 dan seterusnya pada
tahun 1977 iaitu Alexander Aris dan Kim Aris.
Kebanyakan penulisan yang dihasilkan berkaitan tokoh ini menyatakan permulaan
Suu Kyi dalam politik Burma adalah apabila beliau terpaksa pulang ke Burma kerana ibu
beliau yang sakit lalu pengharapan telah diberikan kepada beliau dek kerana masyarakat
yakin Suu Kyi mampu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh bapanya
General Aung San3. Sebagaimana yang diketahui politik Burma ketika itu diterajui oleh
kerajaan Sosialis ala diktator ketenteraan, maka pengawalan negara terletak pada kuasa
pemerintah iaitu General Ne Win. Hal ini termasuklah pengawalan terhadap bank,
sekolah, infrastruktur malah hal ehwal perniagaan dan perdagangan adalah dibawah rejim
Ne Win. Sudah menjadi resam apabila sosialis menjadi penguasa maka hak kebebasan
seperti bersuara adalah sangat dilarang. Jika sesiapa yang berani bersuara juga melawan
rejim berkuasa maka hukuman penjara dan bunuh pasti menanti. Dalam pelaksanaan
kerajaan berbentuk sosialis di Burma, ketirisan, berat sebelah dan ketidakpuashatian pasti
1 Aung, San Suu Kyi, Freedom From Fear: And Other Writings , foreword by Vaclav Havel ; edited with an introduction by Michael Aris, Penguin Books, Harmondsworth, 1991.2 Whitney Stewart, Aung San Suu Kyi : Fearless Voice Of Burma, iUniverse, Blomington, 2008. Hlm. 13. 3 Judy L. Hasday, Aung San Suu Kyi : Activist For Democracy In Myanmar, Chelsea House, New York, 2007. Hlm. 3.
4
berlaku dalam pada itu terdapat pihak yang cuba menyuarakannya namun respon Ne Win
agak kejam dan brutal malah telah mengarahkan polis juga tentera untuk menghapuskan
saja perusuh dan penentang jalanan. Maka telah berlaku banyak pergaduhan malah ramai
yang terbunuh.
Dalam kekecohan yang berlaku di Burma tersebut telah menarik minat Suu Kyi
dan beliau merasa risau dengan keadaan yang berlaku lalu beliau percaya hanya ‘peaceful
dialogue’ bersama kerajaan mampu merubah keadaan yang agak runcing tersebut4. Maka
bertitik tolak daripada itu beliau merasa bahawa beliau tidak boleh tinggal diam dan tidak
melibatkan diri dalam hal yang meruncingkan negaranya. Hal ini ditambah dengan
pujukan rakan seperjuangan bapanya dahulu yang bersama-sama menuntut kemerdekaan,
mereka juga merupakan rakyat yang dahulu pernah berada dalam pemerintahan Burma
namun telah meninggalkan bidang tersebut kerana tidak tahan akan dasar yang dijalankan
oleh General Ne Win.
“ The man spoke to Daw Suu about a movement under way in Burma, a
movement toward a free and democratic country, much like the one her late father
had envisioned 40 years earlier. They wanted Daw Suu to join them in the
strunggle.”
Oleh itu, secara tidak sengaja dan kengganan beliau untuk berdiam diri selepas apa yang
berlaku dalam negara beliau telah membawa beliau ke dalam kancah politik Burma.
“ The phone call brought her back to Burma for her mother. The state of her
country was now bringing her into a political unrest that could cost Daw Suu her
very freedom.”5
4 Judy L. Hasday, Aung San Suu Kyi : Activist For Democracy In Myanmar, Hlm. 4. 5 Judy L. Hasday, Aung San Suu Kyi : Activist For Democracy In Myanmar,. Hlm. 8.
5
Burma merupakan negara yang giat berusaha untuk ke arah negara demokrasi sejak tahun
1962 namun kekuasaan tetap diberikan kepada rejim sosialis untuk memerintah. Hal ini
berlanjutan sehingga tahun 1988 yang mana keadaan negara tersebut semakin tegang
kerana rakyat semakin giat melakukan demonstrasi jalanan dan ianya juga melibatkan
pelbagai lapisan termasuk pelajar university. Mereka melakukan rusuhan dan protes
kesan daripada keadaan hidup yang teruk dan ekonomi yang merudum dibawah pimpinan
General Ne Win melalui Burma Socialist Program Party. Semasa pemerintahan General
Ne Win ini, ‘ …Burma went from one of the most prosperous, educated countries in Asia
to one of the poorest and most isolated.’6
Penglibatan ikon demokrasi yang menjadi fokus penulisan adalah bermula hanya
sebagai pemerhati politik kepada seorang ketua yang mengetuai gerakan tanpa keganasan
yang mana memberi banyak inspirasi melalui ucapan, pidato dan buah fikiran melalui
penyampaian suara kepada khalayak umum di seluruh Burma dibawah National League
for Democracy (NLD). Beliau turut terlibat dalam pilihan raya 1990 dengan
menggunakan tiket bertanding bawah parti NLD tersebut. Namun, Suu Kyi telah
ditangkap dan dikenakan tahanan rumah selama enam tahun oleh State Law and Order
Restoration Council (SLORC) military party yang juga merupakan lawan ketika pilihan
raya 1990 tersebut dan dalam tempoh itu beliau dilarang keluar dan berjumpa sesiapa.
Semasa tempoh tahanan tersebut berkuat kuasa parti NLD telah menang dalam pemilihan
namun dinafikan kemenangan tersebut oleh SLORC.
Tahanan yang dikenakan kepada Suu Kyi tidak mematahkan semangat beliau
dalam melontarkan hal berkaitan demokrasi. “She smuggled out speeches and writings to
keep the voice of Burma heard throughout the world.” Kegigihan beliau dalam
menyuarakan keamanan telah membawa bersama nama Burma kepada negara yang
menyanjung tinggi kebebasan dan hak kemanusiaan di seluruh dunia. Menurut SLORC,
6 Bettina Ling, Aung San Suu Kyi : Standing Up For Democracy In Burma, The Feminist Press at The City University of New York, New York, 1999. Hlm. 15.
6
Suu Kyi boleh bebas namun perlu keluar dari negara tersebut dan jangan pernah kembali
semula. Adakah itu demokrasi yang dingini?. Sudah tentu bukan, kerana Suu Kyi dilihat
lebih mempergiatkan usahanya ke arah demokrasi. Hal ini juga yang telah melayakkan
Suu Kyi memenangi Nobel Peace Prize pada tahun 19917. Sememangnya benar bahawa
Suu Kyi telah bebas dari tahanan rumah yang dikenakan pada tahun 1995 namun beliau
masih ‘ …prisoner in her own country,…’8 tidak hanya ingin membawa Burma mencapai
demokrasi sejagat namun berusaha memulihkan imej dan reputasi Burma iaitu ‘ as a
country of beauty rather than turmoil ; a country of educated citizens rather than
uneducated, impoverished individuals ; a wealthy country with financial resources rather
than country of corruption and greed.’ Dan yang terbaru beliau telah dibebaskan dari
tahanan berkaitan pada tahun 2010 serta telah mendapat banyak perhatian serta dijemput
oleh kepimpinan negara maju bagi pengiktirafan usaha yang dilakukan oleh beliau.
Menggunakan pendekatan seolah-olah pendekatan Gandhi iaitu perjuangan tanpa
kekerasan dan usahanya tersebut telah mendapat perhatian oleh masyarakat Myanmar
malah turut mendapat perhatian dunia sehingga memenangi penganugerahan peringkat
global. Antaranya pada tahun 1990 menerima pengiktirafan dengan memperoleh Thorolf
Rafto Memorial Prize oleh Pemerintahan Norwegian kerana kelantangan perjuangan
beliau terhadap hak asasi manusia, beliau juga memperoleh Sakharov Prize juga pada
tahun 1990 yang mana pengiktirafan oleh pendukung atau masyarakat Ekonomi Eropah
yang mengiktiraf perjuangan Suu Kyi ke arah kemerdekaan berfikir dan pengiktiran
agung yang beliau perolehi adalah The Nobel Peace Prize pada tahun 1991, pengiktirafan
beliau adalah "for her non-violent struggle for democracy and human rights". Aung San
Suu Kyi adalah anak kepada Aung San sebagaimana yang diketahui merupakan seorang
pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara Burma. Tidak pernah memikirkan bahawa
pada suatu masa kelak dia juga akan memimpin rakyat Burma dalam perjuangannya
menegakkan demokrasi dan hak asasi manusia, sebagaimana yang dilakukan bapanya
menuntut kemerdekaan Burma. Aung San Suu Kyi mengenengahkan dasar ‘nonviolence’
7 Bettina Ling, Aung San Suu Kyi : Standing Up For Democracy In Burma, Hlm.16.8 Bettina Ling, Aung San Suu Kyi : Standing Up For Democracy In Burma, Hlm.16.
7
mengikut jejak langkah pemimpin yang lebih awal seperti Mahatma Gandhi dan Dr.
Martin Luther King, Jr. Keyakinan kepada apa yang diperjuangkannya telah
membolehkan beliau menyatukan Burma dan menarik perhatian dunia tentang kegiatan
yang dijalankanya.
2.2 Kajian Lepas Berkaitan Ikon Demokrasi: Wanita Di Asia Tenggara
Kajian berkaitan Nasionalisme orang Burma yang bermula sejak tahun 1920 an serta
memperlihatkan perkembangan politk seterusnya membawa kepada kelahiran ramai
tokoh yang memainkan peranan dalam gerakan menuntut kemerdekaan Burma. Maka
kajian yang terhasil merupakan kajian yang memfokuskan kepada peranan tokoh tersebut
iaitu bapa kepada fokus kajian pengkaji iaitu Aung San yang berperanan penting dalm
misi kea rah kemerdekaan Burma9. Dalam melakukan kajian berkaitan tokoh wanita ini
tidak dapat dielak dalam membuat kajian lepas berdasarkan penulisan oleh tokoh itu
sendiri. Antara penulisannya adalah Freedom From Fear : And Other Writings10 dan
Aung San Of Burma : A Biographical Portrait11. Dalam penulisan yang dinyatakan
tersebut dapat dilihat mengandungi banyak pernyataan yang berkaitan perjuangan dan
demokrasi juga kebebasan serta ‘human rights’. Jika Aung San Suu Kyi menghasilkan
karya berkaitan perjuangan ke arah demokrasi, turut terdapat ramai sarjana yang menulis
berkaitan perjuangan Suu Kyi itu. Antaranya oleh Bettina Ling12, Judy L. Hasday13, David
I. Steinberg14, Jesper Bengtsson15 dan Morten B. Pedersen16. Dalam kajian ini turut dan
perlu dinyatakan bahawa terdapat sebuah filem yang diarahkan oleh Luc Besson iaitu 9 Suriya Binti Jamaludin, Aung San Dan Peranannya Dalam Gerakan Menuntut Kemerdekaan Di Burma, Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi (UKM), Bangi, 1997/98. 10 Aung, San Suu Kyi, Freedom From Fear : And Other Writings , foreword by Vaclav Havel ; edited with an introduction by Michael Aris, Penguin Books, Harmondsworth, 1991. 11Aung San Suu Kyi, Aung San Of Burma : A Biographical Portrait By His Doughter, 2nd ed., Kiscadale, Edinburgh, 1991. 12 Bettina Ling, Aung San Suu Kyi : Standing Up For Democracy In Burma, The Feminist Press at The City University of New York, New York, 1999.13 Judy L. Hasday, Aung San Suu Kyi : Activist For Democracy In Myanmar, Chelsea House, New York, 2007.14 David I. Steinberg, Burma/Myanmar : What Everyone Needs To Know, Oxford University Press, New York, 2010. 15 Jesper Bengtsson, Aung San Suu Kyi : A Biography, Potomac Books, Washington, D.C, 2012. 16 Morten B. Pedersen, Promoting Human Rights In Burma : A Critique Of Western Sanctions Policy, Rowman & Littlefield Publishers, Inc., United States of America, 2008.
8
filem The Lady lakonan Michelle Yeoh. Filem ini merupakan sebuah filem berbentuk
biografi yang mana memaparkan kisah hidup Aung San Suu Kyi dan perjuangan beliau
ke arah demokrasi yang utuh.
2.3 Dapatan Kajian: Kaitan Pemimpin Demokrasi Wanita (Aung San Suu
Kyi) Dengan Pengaruh Pemimpin Terdahulu (Aung San) Hingga
Beliau Menjadi Ikon Demokrasi
Dapatan kajian yang ingin pengkaji temukan sebenarnya melalui penulisan ini adalah isu
baru atau lompang dalam sejarah Asia Tenggara iaitu perkaitan pemimpin demokrasi
wanita dengan pengaruh pemimpin terdahulu iaitu, dalam perincian ini adalah perkaitan
hubungan Aung San Suu Kyi dengan ayahnya Aung San. Dapat dilihat bapa Suu Kyi
merupakan tokoh pejuang yang sangat berpengaruh dan sekali gus menjadi simbol politik
selepas perang dan penglibatan beliau begitu menyerlah dalam membebaskan Burma dari
cengkaman penjajah. Oleh itu dalam penulisan ini akan melihat adakah Suu Kyi wajar
dilihat sebagai ikon demokrasi di Asia dan memaparkan faktor yang mempengauhi
beliau. Walaupun Myanmar telah merdeka pada 4 Januari 1948 namun menurut Suu Kyi,
beliau kembali ke Myanmar dan tepaksa meninggalkan suami dan anaknya di London
adalah untuk memerdekakan Myanmar bagi kedua kalinya. Hal ini demikian kerana
sememangnya jika melihat kepada kemerdekaan secara kolektif Myanmar sudah bebas
daripada kekuasaan penjajah asing. Namun apa yang dibawa oleh Suu Kyi adalah
kemerdekaan secara perseorangan yang mana penduduk Myanmar perlu bebas daripada
larangan mengemukakan pendapat, bebas daripada pembatasan kegiatan berpolitik, dan
larangan mengkritik pemerintah sedia ada. Oleh itu dapat dilihat bahawa dasar ingin
membebaskan masyarakat Myanmar yang telah lama berada dalam konkongan
pemerintahan yang mengekang kebebasan kepada rakyatnya telah digunakan oleh Suu
Kyi sebagai modal perjuangan beliau.
9
Dapat dilihat daripada pembacaan dan kajian yang dilakukan terdapat faktor yang
membatasi juga mempengaruhi Aung San Suu Kyi dalam menjalani dan melakukan
perubahan kepada politik di Burma yang mana menuju ke arah demokrasi yang utuh.
Antara yang dapat dirumuskan adalah pendidikan yang diterima semasa diluar negara
dimana negara luar yang bebas mengamalkan kehendak untuk bersuara dan sebagainya.
Seterusnya, kekejaman yang mengambil tempat di Burma kian meruncing juga
membebankan masyarakat serta menjatuhkan identiti Burma yang telah dan cuba dibina
oleh bapanya General Aung San juga mendorong Suu Kyi untuk melakukan perubahan.
Sokongan daripada parti berkaitan iaitu National League for Democracy (NLD)
dibelakangnya turut menjadi pendorong semangat beliau lebih kuat melakukan
perubahan.
Aung San Suu Kyi pernah mengatakan,
“ When I decided to take part in the movement for democracy, it was more out of
a sense of duty than anything else. On the other hand, my sense of duty was very
closely linked to my love for my father. I could not separate it from the love for my
country…I am doing this for my father…” 17
Selain itu dapat dilihat mesej yang cuba di sampaikan oleh Suu Kyi, adalah panggilan
untuk tindakan tanpa kekerasan dalam usaha mencapai demokrasi. Pengaruh agama
Buddha dalam politik Aung San Suu Kyi telah menjadi topik analisis ilmiah selama
bertahun-tahun, dan beliau percaya idea keampunan bersama dalam agama Buddha
adalah penting kepada fungsi peralihan demokrasi18.
17 Gustaaf Houtman, Mental Culture In Burmenese Crisis Politics : Aung San Suu Kyi and the National League for Democracy, Institute for the Study of Languages and Cultures Asia and Africa, Tokyo Universuty of Foreign Studies, 1999. 18 Gustaaf Houtman, Mental Culture In Burmenese Crisis Politics : Aung San Suu Kyi and the National League for Democracy, Institute for the Study of Languages and Cultures Asia and Africa, Tokyo Universuty of Foreign Studies, 1999. Hlm. 216.
10
Hal ini telah memperlihatkan perjuangan Suu Kyi sebagai peluang menyambung
kembali apa yang telah di lakukan oleh mendiang bapanya Aung San semasa proses
memerdekakan Myanmar suatu ketika dahulu. Namun jika dilihat dari sisi lain, Suu Kyi
merupakan seorang wanita yang sangat tabah dan kuat. Walaupun dikenakan tahanan
rumah ditambah pula derita seorang isteri tidak dapat menemui keluarga iaitu anak dan
suami malah turut menyedihkan apabila suaminya meninggal dunia semasa beliau masih
menjalani tahanan rumah lagi.
Kesimpulannya, dalam pada Aung San Suu Kyi melaungkan kebebasan dan
demokrasi masih terdapat juga suara yang menyatakan bahawa Burma belum benar ke
arah itu kerana pergolakan dalaman yang melibatkan perkauman masih berlaku. Jadi hal
ini memperlihatkan sejauhmanakah demokrasi yang cuba dibawa oleh beliau. Dalam
wawancara dengan media antarabangsa, beliau tidak gemar akan penggunaan ‘ikon’
terhadap beliau kerana baginya beliau hanyalah politikus biasa yang berjuang untuk
kepentingan rakyat di Burma. Namun ideologi kebebasan dan kedamaian yang dibawa
oleh Suu Kyi tersebut sangat berguna dan seharusnya menjadi pegangan untuk menuju
negara yang demokrasi dan bebas dari cengkaman Sosialis mahupun kezaliman yang
tidak munsabah.
“When someone doesn’t have a gun in his hand, he or she tries harder to use his
or her mind, sense of compassion and intelligence to work out a solution.”
11
3.0 CORAZON AQUINO
3.1 Sejarah dan Latar Belakang
Corazon Aquino atau nama sebenar beliau María Corazon Sumulong Cojuangco–Aquino
ialah antara tokoh wanita terkenal di Asia Tenggara. Melalui penulisan ini, ketokohan
beliau dalam memperjuangkan demokrasi di Filipina sebagai Presiden dari tahun 1986
hingga ke tahun 1992 akan cuba dibincang dan diperinci. Beliau telah berjaya meletakkan
dirinya di satu tempat yang unik dalam sejarah Filipina dan juga Asia Tenggara apabila
beliau berjaya menjadi insan pertama bergelar wanita yang memegang jawatan presiden
di dalam sesebuah negara. Sebagai Presiden Filipina yang ke-11, beliau turut mencipta
sejarah tersendiri kerana berjaya berdiri kukuh sebagai presiden di dalam dunia yang
kebanyakannya dikuasai oleh golongan lelaki. Tanpa sebarang pengalaman atau ilmu
pengetahuan mengenai politik, Corazon Aquino atau nama timangan beliau Cory Aquino
menjadi fokus media di seantero dunia apabila berjaya mengambil tampuk pemerintahan
Filipina daripada pemimpin diktator terdahulu iaitu Ferdinand Marcos. Disebabkan itulah,
kajian ini cuba menenliti kisah hidup Cory Aquino yang sangat terkenal dalam
mengembalikan demokrasi di Filipina yang sebelumnya berada dalam keadaan huru hara
di bawah pimpinan kuasa autoritarian Marcos. Ikon demokrasi wanita merupakan objektif
penulisan ini yang mana sangat berkait rapat dengan Corazon Aquino.
Corazon Aquino lahir dalam sebuah keluarga autokrat yang sememangnya
berlatar belakangkan politik dan berkedudukan dalam sejarah Negara Filipina. Keluarga
beliau iaitu keluarga Cojuangco dari daerah Tarlac merupakan antara keluarga Mestizo-
Cina yang terkaya di Filipina. Tambahan pula, keluarga sebelah ibunya, keluarga
Sumulong pula merupakan sebahagian daripada keluarga politik Filipina berbangsa Cina
di Rizal. Oleh disebabkan itu, beliau secara semula jadinya dibesarkan dalam hidup yang
istimewa dengan latar belakang pendidikan luar negara iaitu di Akademi Ravenhill
bertempat di Philadelphia, Sekolah Convent Notre Dame dan akhirnya di Kolej Mount
Saint Vincent di New York. Selepas itu, setelah kembali ke Filipina beliau menyambung
lagi tahap pendidikan beliau dengan mengikuti kursus undang-undang di Universiti Far
12
Eastern.19 Latar belakang keluarga politik beliau akhirnya tidak terhenti begitu sahaja
apabila pada tahun 1955, ketika berumur 22 tahun beliau mengahwini Benigno Aquino Jr.
yang mana ketika itu telah terpilih menjadi seorang Datuk Bandar Concepción di daerah
Tarlac. Namun begitu, pada saat ini tidak terdetik di hati Cory akan penglibatan beliau
juga dalam arena politik di Filipina. Beliau ketika itu hanyalah bertindak sebagai seorang
penyokong setia suaminya dan suri rumah tangga yang suci hati serta mindanya.
Perkahwinan mereka dihiasi dengan lima orang anak iaitu seorang anak lelaki, Benigno S.
Aquino III dan empat orang anak perempuan, Maria Elena, Aurora Corazon, Victoria
Eliza, dan Kristina Bernadette Yap.
Seterusnya, suami beliau Benigno Aquino Jr. atau nama popularnya Ninoy
Aquino mula memanjat tangga pentadbiran Filipina apabila beliau kemudian menjadi
gabenor dan senator. Namun begitu, di bawah pemerintahan diktator Ferdinand Marcos
yang merupakan Presiden ke-10 Filipina, keadaan negara yang tenat menyebabkan Ninoy
bangkit secara terbuka untuk membangkang serta mengkritik pentadbiran negara. Ninoy
sememangnya seorang ketua pembangkang yang menonjol dalam menentang prinsip
pemerintahan Marcos yang langsung tidak berlandaskan ideologi demokrasi contohnya,
Marcos telah mengisytiharkan pentadbiran tentera pada tahun 1972 semata-mata untuk
terus mengekalkan dirinya dalam jawatan presiden. Demi untuk merealisasikan impian
beliau ini, Marcos telah bertindak memenjarakan dan juga menghukum mati pihak
pembangkang dalam kerajaan beliau, serta menahan atau membuang negeri pengulas
politik yang cuba mengkritik kepimpinan beliau. Bukan itu sahaja, saluran media juga
terhad untuk siaran rasmi kerajaan dan kebebasan awam telah ditarik balik sewaktu era
pemerintahan Marcos di Filipina ini.20
Berikutan itulah, Ninoy Aquino bersuara sebagai ketua pembangkang paling
terkemuka untuk menjatuhkan Marcos dari pemerintahan diktatornya. Namun begitu,
19 "Maria Corazon Sumulong Cojuangco-Aquino," Bio, A&E Television Networks, 2014. Web. 1 Mei 2014.20 Jean Grossholtz, Philippines 1973: Whither Marcos?, Asian Survey, Bil. 14, No. 1, 1974, hlm. 102.
13
dengan kuasa ketenteraan yang dipegang Marcos, Ninoy dan pembangkang-
pembangkang lain yang bersama dalam perjuangannya telah ditahan dan dipenjarakan
tidak lama selepas pentadbiran militari ini dilaksanakan. Ninoy dipenjarakan selama tujuh
tahun dan pada tahun 1980 beliau diberi pelepasan dengan status buangan diri untuk
mendapatkan rawatan bagi penyakit jantung yang dihadapi beliau di Amerika Syarikat.
Selama berada dalam buangan ini, Corazon Aquino dan keluarganya setia bersama
suaminya. Cory juga pada ketika itu bertindak sebagai orang penghubung dalam
menyampaikan apa-apa maklumat politik di Filipina kepada suaminya. Oleh itu, secara
tidak langsung ketika ini Cory sudah mula mengambil tahu mengenai bidang politik
walaupun tidak mempunyai apa-apa pengalaman atau ilmu pengetahuan. Selepas itu,
setelah hampir tiga tahun menjalani hukuman buangan sambil berubat di Amerika
Syarikat, Ninoy akhirnya bercadang ingin pulang ke Filipina. Walaupun Ninoy tahu
bahaya yang menanti beliau di negara kelahirannya itu, tetapi beliau tetap yakin untuk
bertindak dan memperjuangkan keadilan daripada tidak berbuat apa-apa. Benigno Aquino
Jr. kembali ke Filipina pada 21 Ogos 198321 dan akhirnya dibunuh di tarmak Lapangan
Terbang Antarabangsa Manila22 yang kemudiannya dinamai sempena namanya iaitu
Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA).
Bermula detik kematian Ninoy Aquino, Corazon Aquino mula terasa bebanan
politik peninggalan suaminya apabila kawan-kawan dan penyokong-penyokong Ninoy
meyakinkan serta memujuk beliau untuk menyertai bidang politik sebagai ketua
pembangkang kerajaan Marcos. Walaupun dilihat sebagai saingan yang tidak seberapa
oleh Marcos kerana statusnya sebagai suri rumah tangga yang lemah, tidak tegas, tidak
cekap, kurang berpengalaman dan masih malu-malu, Cory Aquino tetap tampil bersama
pengikutnya dalam perjuangan mengembalikan demokrasi di Filipina. Bermula dengan
penyertaan Cory dalam pilihan raya kilat yang diseru oleh Marcos pada tahun 1985,
21 Richard J. Kessler, Politics Philippine Style, Circa 1984, Asian Survey, Bil. 24, No. 12, 1984, hlm. 1209-1210.22 G. Sidney Silliman, The Philippines in 1983: Authoritarianism Beleaguered, Asian Survey, Bil. 24, No. 2, 1984, hlm. 154.
14
beliau tidak lagi menoleh ke belakang ke arah kehidupan lamanya sebagai suri rumah
biasa dan terus bergerak ke hadapan bersaing dalam kancah politik yang majoritinya
dipenuhi golongan lelaki. Namun begitu, pilihan raya yang diadakan pada awal tahun
1986 ini ternyata merupakan satu penipuan yang tidak adil yang mana kemenangan tetap
berpihak kepada Marcos dan konconya. Hal ini menyebabkan, Cory Aquino dengan
pendekatannya yang tersendiri memimpin sebuah Revolusi Kuasa Rakyat, EDSA 123
untuk mengkritik perbuatan Marcos dalam pilihan raya ini yang telah mengingkari hak
rakyat sebagai tulang belakang sebuah kerajaan demokrasi.
Revolusi Kuasa Rakyat ini yang turut dikenali sebagai Revolusi Kuning juga
bertujuan untuk mengutuk seluruh pemerintahan autoritarian Marcos dan juga berkait
rapat dengan peristiwa pembunuhan Ninoy Aquino. Dengan sokongan dari angkatan
tentera yang belot terhadap Marcos dan juga golongan agama Gereja Katolik serta
berjuta-juta rakyat Filipina, revolusi pada 22 hingga 25 Februari 1986 ini berjaya
menggulingkan Marcos dari jawatan presidennya.24 Justeru, secara rasminya kedudukan
Cory sebagai Presiden Filipina melalui pilihan raya kilat terdahulu terjamin. Menerusi
revolusi ini juga, Cory menjadi rakyat pertama Filipina dicalonkan untuk Hadiah
Keamanan Nobel kerana berjaya menumbangkan sebuah kerajaan pemerintahan diktator
tanpa menumpahkan sebarang darah. Tambahan pula, Anugerah “The 1987 Martin Luther
King Jr. Nonviolent Peace Prize” turut diberikan kepada Cory atas tindakan tanpa
kekerasan beliau dalam revolusi ini.25
Setelah secara rasmi bergelar Presiden Filipina Ke-11, perjalanan hidup Cory
Aquino tidaklah begitu indah. Perjuangannya dari hari ke hari semakin giat diteruskan
kerana jawatan sebagai presiden negara dan juga ketua kerajaan bukanlah mudah dengan
23 EDSA bermaksud Epifano de los Santos yang mana merupakan satu jalan raya lebar yang menyaksikan demonstrasi-demonstrasi terhadap kerajaan di Filipina berlaku.24 Helen James, The Legacy of Corazon Aquino: Aspirations for a more Robust Democratic Polity, Kertas Seminar untuk Tenth Women In Asia Conference anjuran Australian National University, Hedley Bull Centre, 29 September-1 Oktober 2010, hlm. 4.25 John H. Johnson, Jet, Johnson Publishing Company, Chicago, 1987, hlm. 8.
15
pelbagai ancaman dalaman dan luaran. Selama Cory memegang jawatan sebagai presiden,
beberapa rampasan kuasa cuba dan pemberontakan diadakan ke atas beliau yang mana
antara pihak yang terlibat bukanlah orang asing tetapi naib presidennya sendiri Salvador
Laurel dan menteri pertahanannya Juan Ponce Enrile. Mereka ini bersikap chauvinisme,
tidak puas hati serta prejudis terhadap pemerintahan seorang wanita yang mana bagi
mereka hanya layak kekal sebagai ikon demokrasi yang menjatuhkan pemerintahan
diktator tetapi bukan sebagai presiden yang memerintah sebuah negara.26 Selain itu,
berbagai permasalahan lain turut timbul seperti gangguan ekonomi, lambakan kes rasuah
yang tidak terkawal, rusuhan pekerja, pemencilan ke atas golongan anomali, kekacauan
politik di bahagian pentadbiran wilayah, dan yang paling runcing sekali adalah masalah
kabinet yang tidak bersatu serta sering bertelagah.27 Semua permasalahan ini langsung
tidak melemahkan semangat Cory untuk terus memerintah Filipina ke arah yang lebih
baik, sebaliknya Cory tenang menghadapi dan menyelesaikan setiap masalah yang mana
ia membuktikan dirinya bukanlah seorang suri rumah tangga yang biasa dan lemah seperti
sogokan para pembangkangnya.
Antara usaha Cory sebagai presiden dalam memastikan keamanan dan prinsip
demokrasi Filipina terjaga adalah dengan menyelia semula perlembagaan negara dan
dengan jayanya menggubal yang baru yang mana salah satu perkaranya ia menterhadkan
kuasa presidensi seseorang presiden itu. Perkara ini diisytiharkan kepada rakyat melalui
pungutan suara yang mana secara keseluruhan mengundi 'Ya’ tanda mereka menyokong
usul tersebut. Tambahan pula, melalui perlembagaan baru ini beliau akan mengembalikan
semula sebuah parlimen dwidewan dan memantau pilihan raya kongres, wilayah dan
lokal. Di samping itu, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, beliau sedaya upaya telah
berjaya mengelakkan beberapa cubaan rampasan kuasa tentera ke atas pemerintahannya
dan sebaliknya beliau yang dapat mempertahankan prinsip kawalan awam terhadap
tentera. Bukan itu sahaja, beliau turut berhasil mengadakan perbincangan dengan
26Mark R. Thompson, Female Leadership of Democratic Transitions in Asia, Pacific Affairs, Bil. 75, No. 4, 2002-2003, hlm. 550.27 Bernardo M. Villegas, The Philippines in 1986: Democratic Reconstruction in the Post-Marcos Era, Asian Survey, Bil. 27, No. 2, 1987, hlm. 194.
16
kumpulan-kumpulan pemberontak dan pihak komunis. Ekonomi pada ketika
pemerintahan beliau juga dapat dipulihkan semula serta segala pakatan dan hubungan
antarabangsa kembali berlangsung dengan aktif. Dari tahun 1986 hingga ke tahun 1992
semasa beliau memegang jawatan, terdapat beberapa bencana alam yang berlaku di
Filipina, namun semuanya dapat diuruskan secara sebaiknya oleh Corazon Aquino.28
Oleh itu, terbuktilah sifat kepimpinan Corazon Aquino sebagai salah seorang ikon
demokrasi wanita yang betul-betul berjuang dalam tempoh presidensinya dalam
memastikan Negara Filipina kekal aman dan sejahtera. Namun begitu, ada juga yang
menyatakan Cory telah gagal dalam beberapa aspek pemerintahannya seperti kritikan
terhadap agenda sosio-ekonomi beliau yang dijangkakan hebat tetapi realitinya ia gagal
memenuhi harapan semua pihak. Cory dikatakan terlalu menumpukan perhatian terhadap
pencapaian pentadbiran politiknya dan jauh meninggalkan pencapaian sosio-ekonomi
serta usaha meningkatkan demokrasi.29 Kerajaan pimpinan Cory juga dikatakan turut
dicemari dengan kes rasuah, nepotisme dan pengurusan yang tidak cekap yang mana
hampir sama dengan pimpinan diktator yang terdahulu. Mahupun begitu, dalam hal ini
Cory sendiri sebagai Presiden negara tidak terlibat dengan segala pertuduhan itu yang
menyebabkan imej peribadi beliau tidak tercemar.30 Corazon Aquino masih kekal
termaktub dalam sejarah sebagai Presiden Filipina yang paling disayangi rakyatnya31
dengan gelaran timangan seperti “Filipina Mary”32 serta “Madonna”33.
3.2 Kajian Lepas Berkaitan Ikon Demokrasi: Wanita Di Asia Tenggara
28 Helen James, The Legacy of Corazon Aquino: Aspirations for a more Robust Democratic Polity, Kertas Seminar untuk Tenth Women In Asia Conference anjuran Australian National University, Hedley Bull Centre, 29 September-1 Oktober 2010, hlm. 4-5.29 Helen James, The Legacy of Corazon Aquino: Aspirations for a more Robust Democratic Polity, Kertas Seminar untuk Tenth Women In Asia Conference anjuran Australian National University, Hedley Bull Centre, 29 September-1 Oktober 2010, hlm. 5.30 Linda K. Richter, Exploring Theories of Female Leadership in South and Southeast Asia, Pacific Affairs, Bil. 63, No. 4, 1990-1991, hlm. 537-538.31 Helen James, The Legacy of Corazon Aquino: Aspirations for a more Robust Democratic Polity, Kertas Seminar untuk Tenth Women In Asia Conference anjuran Australian National University, Hedley Bull Centre, 29 September-1 Oktober 2010, hlm. 20.32 Mark R. Thompson, 2002-2003, hlm. 546.33 Linda K. Richter, 1990-1991, hlm. 535.
17
Dalam meneliti kisah perjuangan dan kehidupan seorang ikon demokrasi wanita di Asia
Tenggara yang mana dalam perincian ini adalah mengenai Corazon Aquino,
sememangnya banyak hasil penulisan dan kajian yang dapat ditemukan. Sebagai contoh
yang paling major dan mudah sekali untuk dijadikan panduan adalah CORY: Profile of a
President - The Historic Rise to Power of Corazon Cojuangco Aquino34 hasil penulisan
Isabelo T. Crisotomo. Buku ini secara umumnya menceritakan mengenai profil, sejarah
dan latar belakang Corazon Aquino dalam susur galur kehidupannya sehingga menjadi
seorang Presiden Ke-11 Filipina. Oleh itu, untuk memudahkan kajian asas mengenai
Cory, buku ini sememangnya wajib dirujuk. Namun begitu, buku ini tidak secara
langsung memfokuskan terhadap perjuangan demokrasi beliau secara mendalam. Buku
lain yang turut boleh dirujuk dalam menghasilkan kajian ini adalah Corazon Aquino: The
Story of a Revolution35, Corazon Aquino and the Brushfire Revolution36, Revolutionary
Struggle in the Philippines37, dan lain-lain lagi.
Dalam menyiapkan tugasan ini, pengkaji lebih menumpukan kepada jurnal-jurnal
pendek yang lebih senang didapati iaitu seperti Exploring Theories of Female Leadership
in South and Southeast Asia38, Female Leadership of Democratic Transitions in Asia39,
dan The Corazon Aquino "Miracle" and the Philippine Churches40. Kajian-kajian lepas
sebegini sememangnya lebih menjurus kepada subjek yang ingin pengkaji fokuskan iaitu
perjuangan demokrasi Cory dan kaitan beliau dengan pemimpin terdahulu iaitu suaminya
Ninoy Aquino. Mahupun begitu, kelemahan kajian-kajian sebegini ialah kekurangan info
lanjut dan bahan rujukan sebagai penyokong. Bukan sahaja kajian berbentuk buku,
artikel, dan jurnal yang dihasilkan sarjana-sarjana mengenai ikon demokrasi wanita
34 Isabelo T. Crisotomo, CORY: Profile of a President - The Historic Rise to Power of Corazon Cojuangco Aquino, Pelanduk Publications, Petaling Jaya, 1987. 35 Lucy Komisar, Corazon Aquino: The Story of a Revolution, George Braziller Incorporated, New York, 1987.36 Robert H. Reid, Corazon Aquino and the Brushfire Revolution, Louisiana State University Press, Los Angeles, 1995.37 Leonard Davis, Revolutionary Struggle in the Philippines, b MacMillan, London, 1989.38 Linda K. Richter, 1990-1991.39 Mark R. Thompson, 2002-2003.40 Robert L. Youngblood, The Corazon Aquino "Miracle" and the Philippine Churches, Asian Survey, Bil. 27, No. 12, 1987.
18
Corazon Aquino, malah terdapat juga dalam bentuk drama mini siri di HBO pada tahun
1988 bertajuk A Dangerous Life. Bagi industri perfileman di Filipina sendiri, terdapat
beberapa filem mengenai kisah ketokohan Cory Aquino seperti Alfredo Lim: Batas ng
Maynila, The Obet Pagdanganan Story dan Chavit.
3.3 Dapatan Kajian: Kaitan Pemimpin Demokrasi Wanita (Corazon
Aquino) Dengan Pengaruh Pemimpin Terdahulu (Benigno Aquino
Jr.) Hingga Beliau Menjadi Ikon Demokrasi
Seterusnya, dapatan kajian sebenar penulisan ini ialah kaitan pemimpin demokrasi wanita
yang mana dalam subtopik ini ialah Corazon Aquino dengan pengaruh pemimpin
terdahulu iaitu suaminya Benigno Aquino Jr. hingga menyebabkan beliau menjadi ikon
demokrasi yang berpengaruh. Dalam menyelusuri sejarah kehidupan kedua-dua
pemimpin ini, latar belakang mereka seperti yang telah dijelaskan sebelum ini
sememangnya mempunyai asas politik. Corazon Aquino sendiri sememangnya berasal
dari keluarga politik di wilayah Tarlac.41 Begitu juga dengan suaminya Benigno Aquino
Jr. atau Ninoy yang mana ayahnya merupakan ahli politik merangkap speaker Dewan
Negara Republik Filipina Kedua. Oleh itu, sememangnya penglibatan kedua-dua mereka
dalam bidang politik ini bukanlah sesuatu yang menghairankan dan sememangnya telah
dapat dijangkakan. Walaupun Ninoy Aquino tidak berpeluang untuk menjadi presiden
kerana telah dibunuh, isterinya Corazon Aquino atau Cory telah meneruskan perjuangan
beliau untuk memperjuangkan demokrasi di Negara Filipina. Jadi, secara mudahnya
dalam kes ketokohan Cory mempunyai perkaitan dengan tokoh terdahulu dan terpengaruh
daripadanya, memang sepenuhnya benar belaka.
Hal ini dapat dilihat pertamanya melalui latar belakang mereka yang semangnya
keluarga dinasti politik yang menyebabkan tanpa sebarang alasan, setiap ahli keluarga
akan mendapat tempiasnya. Kesan faktor ini terlihat hingga sekarang apabila anak
41 Linda K. Richter, 1990-1991, hlm. 535.
19
tunggal lelaki Cory dan Ninoy, Benigno S. Aquino III sebagai Presiden Filipina Ke-15
pula meneruskan perjuangan kedua ibu-bapanya menegakkan demokrasi di Filipina.
Sebenarnya, perkara seperti ini bukanlah disengajakan untuk membentuk sebuah kerajaan
dinasti, tetapi disebabkan pertalian darah dengan pemimpin terdahulu itu juga
menyebabkan rakyat lebih mempercayai dan merasakan pemimpin seperti Benigno S.
Aquino III ini pastinya layak kerana mewarisi ciri-ciri kedua ibu bapanya. Oleh itu, dalam
kes keluarga Aquino ini faktor kaitan dengan pemimpin terdahulu yang hebat
sememangnya memainkan peranan penting dalam menaikkan nama mereka sebagai
antara ikon demokrasi di Asia Tenggara. Utamanya dalam subtopik ini adalah Cory
Aquino sendiri yang berjaya menumbangkan pemerintahan diktator Ferdinand Marcos
dan berjaya mengembalikan demokrasi di Filipina pada ketika itu. Jadi sekarang, adalah
masa untuk anaknya pula untuk terus mengekalkan keamanan dan pemerintahan bercorak
demokrasi yang diperjuangkan kedua ibu bapanya.
Selain itu, perkara yang turut menjadi faktor kaitan tokoh terdahulu, Ninoy dalam
perjuangan tokoh demokrasi wanita, Cory Aquino adalah disebabkan ingin mendapatkan
keadilan. Peristiwa pembunuhan Ninoy sebaik sahaja beliau kembali ke Filipina setelah
hidup dalam buangan di Amerika Syarikat sememangnya amat menyayat hati dan tidak
berperikemanusiaan. Jadi, Cory Aquino sebagai isteri dan pendamping setia Ninoy
sememangnya sangat terasa dengan pembunuhan Ninoy ini yang menyebabkan beliau
bangkit bersama-sama penyokong-penyokong Ninoy untuk mendapatkan keadilan dan
menjatuhkan sesiapa yang menjadi dalang dari kejadian ini iaitu tidak lain tidak bukan
Presiden Marcos sendiri.42 Hal ini sedikit sebanyak memang dapat dilihat sebagai satu
usaha membalas dendam namun, Cory sebagai seorang yang bijak dan juga mencintakan
kedamaian serta kebebasan lebih menumpukan kepada perjuangan mendapatkan keadilan
untuk seluruh rakyat dan bukan hanya matlamat peribadinya sahaja.
42 Bernhard Dahm, Economy and politics in the Philippines under Corazon Aquino, Institut für Asienkunde, Jerman, 1991, hlm. 11.
20
Dapat dilihat antara usaha Cory mengekalkan status negara bebas dengan prinsip
demokrasi adalah dengan memastikan ketelusan dalam hal ehwal kerajaan dengan cara
menubuhkan sebuah institusi khas. Institusi ini akan menyokong kebebasan bersuara dan
akses kepada sebarang maklumat yang mana media turut bebas daripada sebarang
pernapisan dan penswastaan dalam kemudahan media. Sebuah Pejabat Setiausaha Akhbar
juga ditubuhkan dengan polisi mereka untuk memberikan informasi yang benar, relevan
dan tepat pada masanya kepada semua rakyat untuk meningkatkan keyakinan dan
kepercayaan terhadap kerajaan.43 Oleh itu, di sini terserlahlah kecintaan Cory terhadap
kebebasan bukanlah semata-mata berdasarkan pengaruh suaminya.
Cory sendiri juga berkata kepada media,
“I believe in the freedom of the press. And I accept the criticisms poured on me,
painful as they are, as part and parcel of the hazards of public service, and
conducive to its honest performance.”44
Oleh itu, dapat disimpulkan dalam dapatan kajian ini, kaitan pemimpin demokrasi
wanita, Corazon Aquino dengan pengaruh pemimpin terdahulu iaitu suaminya Benigno
Aquino Jr. sememangnya memberi kesan kepada beliau sehingga berjaya menjadi
Presiden Filipina Ke-11 dan juga sebagai ikon demokrasi wanita di Asia Tenggara.
Corazon Aquino juga mencipta sejarahnya tersendiri sebagai presiden pertama wanita di
Asia Tenggara. Jadi, jelas di sini pengaruh untuk meneruskan perjuangan suaminya dan
faktor untuk mendapatkan keadilan daripada pembunuhan suaminya serta pengaruh latar
belakang keluarga yang berasaskan politik telah menyebabkan Corazon Aquino berjaya
diperakui sebagai ikon demokrasi terkemuka di Asia Tenggara. Namun begitu, sesuatu
yang menyedihkan adalah Corazon Aquino tidak sempat melihat anaknya Benigno S.
Aquino III menyambung perjuangan beliau dan suaminya sebagai Presiden Filipina Ke-
43 Helen James, The Legacy of Corazon Aquino: Aspirations for a more Robust Democratic Polity, Kertas Seminar untuk Tenth Women In Asia Conference anjuran Australian National University, Hedley Bull Centre, 29 September-1 Oktober 2010, hlm. 12-13.44 Helen James, The Legacy of Corazon Aquino: Aspirations for a more Robust Democratic Polity, Kertas Seminar untuk Tenth Women In Asia Conference anjuran Australian National University, Hedley Bull Centre, 29 September-1 Oktober 2010, hlm. 13.
21
15 apabila beliau meninggal dunia pada 1 Ogos 2009 akibat masalah kardiopulmonari
berkaitan kanser kolon pada usia 76 tahun di Makati Medical Center.
4.0 MEGAWATI SOEKARNOPUTRI
4.1 Sejarah dan Latar Belakang
22
Dyah Permata Megawati Setyawati Sukarnoputri atau Megawati Soekarnoputri dan turut
dikenali sebagai Mbak Mega merupakan Presiden Indonesia yang kelima yang mana juga
presiden wanita pertama di Indonesia dan menjadi simbol gerakan demokrasi di sana.
Beliau telah memegang tampuk pimpinan Indonesia selama lebih kurang tiga tahun iaitu
daripada 23 Julai 2001 sehingga 20 Oktober 2004. Mega mempunyai latar belakang yang
sangat menarik yang mana beliau merupakan anak perempuan kepada Presiden Indonesia
yang pertama iaitu Sukarno. Beliau juga merupakan ketua umum Partai Demokrasi
Indonesia pada tahun 1999. Anak kedua kepada presiden pertama Indonesia yang
dilahirkan pada 23 Januari 1947 di Jogjakarta, Indonesia ini juga merupakan antara
individu yang kuat memproklamasikan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.
Mega dibesarkan oleh Sukarno dan ibunya, Fatmawati dalam suasana yang mewah di
Istana Merdeka. Beliau pernah menuntut dalam bidang pertanian di Universitas
Padjajaran, Bandung dan di Fakulti Psikologi, Universitas Indonesia namun tidak
menamatkan sepenuhnya pengajian dalam kedua-dua bidang tersebut.
Megawati telah bernikah dengan seorang juruterbang pesawat yang bernama
Surindo Suprajo yang mana dalam masa yang sama merupakan perwira pertama di
Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) Republik Indonesia. Beliau
merupakan rakan karib kepada abang Megawati sendiri iaitu Guntur Soekarnoputra dan
terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa abangnyalah yang telah menjodohkan mereka
berdua. Surindo dan Megawati telah bernikah pada 1 Jun 1968 di Jalan Sriwijaya Nombor
7, Kebayoran Baru, Jakarta dan kemudiannya Mega mengikuti suaminya tingga di
Madiun, Jawa Timur. Mereka telah dikurniakan dua orang anak iaitu Rizki Pratama dan
juga Muhammad Pranada. Mega telah mengalami kesedihan teruk apabila Sundiro telah
mengalami kecelakaan yang meragut nyawanya apabila pesawat yang dipandunya sendiri
terhempas di sekitar perairan Pulau Biak, Irian Jaya pada 22 Januari 1970. Perisitiwa
hitam tersebut turut meragut nyawa tujuh orang anak kapal yang lain dan mereka hilang
tanpa jejak. Hal ini telah menyebabkan Megawati berkabung untuk tempoh masa yang
cukup lama.
23
Megawati kemudiannya telah menjalinkan hubungan dengan seorang pengusaha
dan dalam masa yang sama merupakan seorang diplomat daripada Mesir yang bernama
Hassan Gamal Ahmad Hasan lalu mereka bernikah. Namun begitu, pernikahan mereka
tidak bertahan lama dan telah berakhir dalam masa 3 bulan sahaja. Mega kemudiannya
bernikah dengan Mohd Taufiq Kiemas pada Mac 1973 yang mana merupakan rakan
aktivisnya di Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia (GMNI) semasa bergelar
mahasiswa. Taufiq juga merupakan seorang penggerak aktif dalam Partai Demokrasi
Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang kemudiannya telah bergabung dengan “Inti Pembina
Jiwa Revolusi” iaitu sebuah organisasi yang menegakkan ajaran Soekarno. Hasil daripada
perkahwinan ini, Mega telah dikurniakan anak yang ketiga iaitu Puan Maharani yang kini
turut bergiat aktif dalam bidang politik di Indonesia.
Dalam bidang politik, Megawati telah menunjukkan penglibatan yang aktif sejak
daripada bergelar mahasiswa Fakultas Pertanian, Universitas Padjajaran lagi yang mana
beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia
(GMNI) lagi. Beliau kemudiannya telah terlibat secara rasmi ke dalam arena politik
Indonesia pada tahun 1986 yang mana beliau telah menjadi wakil ketua PDI cawangan
Jakarta Pusat dan keaktifan beliau menyebabkan beliau cuma mengambil masa selama
setahun untuk menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI).
Seterusnya, Mega telah terpilih untuk menjadi Ketua Umum PDI dalam kongres PDI
yang diadakan di Surabaya pada tahun 1993. Namun begitu, perlantikan Mega ini telah
ditentang oleh pihak kerajaan yang kemudiannya melucutkan jawatan tersebut daripada
beliau dalam Kongres PDI di Medan pada tahun 1996 dan digantikan pula dengan
perlantikan Soerjadi sebagai ketua umum PDI.
Walau bagaimanapun, hal ini telah tidak dipersetujui oleh Mega dan beliau tidak
menerima perlucutan tersebut malah masih merasakan bahawa beliau adalah ketua umum
PDI yang sah. Pihak Mega tidak mahu berundur sedikit pun malahan tetap berusaha
mempertahankan pejabat DPP PDI walaupun diugut oleh Soerjadi untuk merampasnya
24
secara paksa. Keengganan pihak Mega untuk berundur telah menyebabkan pihak Soerjadi
benar-benar melaksanakan ugutan mereka dengan menyerang pejabat tersebut pada 27
Julai 1996. Hal ini telah menyebabkan berlakunya rusuhan di Jakarta dan peristiwa ini
dikenali sebagai “Peristiwa 27 Juli” yang mana telah menyebabkan beberapa orang
aktiviti diberkas lalu dimasukkan ke penjara. Namun begitu, peristiwa ini sedikitpun tidak
menjatuhkan semangat Mega malahan semakin kuat dalam memperjuangkan pegangan
politiknya. Pergolakan dalaman PDI ini telah menyebabkan PDI berpecah kepada dua
kumpulan yang berbeza iaitu kumpulan yang menyokong Mega dan satu lagi kumpulan
yang menyokong Soerjadi. Walaupun pihak kerajaan lebih mengakui Soerjadi sebagai
pemimpin rasmi PDI, majoriti pengikut PDI lebih berpihak kepada kepimpinan Megawati
sebagai ketua.
Hal ini telah terbukti apabila perolehan undian PDI di bawah Soerjadi merosot
pada Pemilu 1997. Pemilu 1999 pula memperlihatkan kemenangan di pihak PDI Mega
yang mana kemudiannya bertukar nama menjadi PDI Perjuangan. Walau pun tidak dapat
meraih undian majoriti, mereka telah berjaya memperoleh lebih daripada 30 peratus hasil
undian. Para penyokong Mega seterusnya memaksa Mega untuk menjadi Presiden
malahan turut mengugut sekiranya Mega tidak mahu menjadi presiden, akan berlakunya
revolusi. Namun begitu, undian dalam sidang umum 1999 tidak berpihak kepada Mega
sebaliknya memilih KH Abdurrahman sebagai Presiden dengan undian kalah tipis dalam
pemilihan presiden dengan 373 dan 313 undian.
Sugguhpun begitu, Mega tidak perlu menunggu masa lima tahun untuk
mendapatkan kedudukan presiden tersebut apabila Sidang Istimewa Majlis
Permusyarawatan Rakyat Indonesia (MPR RI) pada 23 Julai 2001 berpihak kepadanya.
Mandat Abdurrahman sebagai presiden telah dilucutkan dan menaikkan pula status Mega
sebagai presiden Indonesia yang kelima. Kemuncak kepada era pemerintahan Mega
adalah apabila konsolidasi demokrasi di Indonesia semakin kuat. Tahun 2004
memperlihatkan berlakunya pemilihan umum presiden secara langsung dan umumnya
25
dianggap sebagai salah satu keberhasilan dalam pengamalan demokrasi di Indonesia.
Megawati telah kalah dengan undian 40:60 dalam pilihan umum presiden 2004 dan
menyebabkan kedudukan tersebut diserahkan kepada Susilo Bambang Yudhoyono yang
mana merupakan bekas menteri koordinator semasa era pemerintahan Mega.
4.2 Kajian Lepas Berkaitan Ikon Demokrasi : Wanita Di Asia Tenggara
Sebelum mengkaji dan menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai topik kajian yang
dijalankan, penulis terlebih dahulu akan menyorot kajian-kajian lepas yang telah
dijalankan dalam bentuk-bentuk penulisan mengenai tokoh demokrasi wanita ini.
Berdasarkan kajian yang di buat di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan
Malaysia dan beberapa sumber lain, pengkaji mendapati bahawa masih belum ada kajian
berbentuk penulisan khusus mengenai topik utama kajian ini. Berdasarkan kajian yang
telah dijalankan, pengkaji mendapati terdapat beberapa kajian mengenai Megawati telah
dijalankan dengan menyentuh aspek-aspek tertentu yang dilihat berbeza antara satu
dengan yang lain.
Salah kajian lepas yang telah dijalankan ialah sebuah kajian oleh Angus Mclntyre
yang berjudul “The Indonesian Presidency : The Shift from Personal Toward
Constitutional Rule” yang telah diterbitkan pada tahun 2005. Buku yang terhasil ini
membincangkan mengenai sistem persidensi di Indonesia yang memberikan gambaran
politik dan pemerintahan politik di Indonesia sejak era kemerdekaan sehingga kini.
Penulis telah menggabungkan biografi politik dengan sejarah perlembagaan untuk
mengesan pemimpin Indonesia dalam rangka kerja budaya Indonesia. Penulis turut
membincangakan mengenai peraturan peribadi presiden Sukarno dan Suharto yang
kemudiannya beralih kepada sistem perlembagaan yang mula diamalkan sepenuhnya oleh
Presiden BJ Habibie, Abdurrahman Wahida dan seterusnya Megawati Sukaroputri. Setiap
era pemerintahan ini telah diulas dan dibincangkan dengan teliti termasuklah hubungan
26
antara Megawatidan bapanya yang melahirkan satu keunikan sejarah yang mempengaruhi
pengamalan sistem presiden ini45.
Seterusnya, terdapat juga kajian lepas berjudul “Governance in Indonesia :
Challenges Facing the Megawati Presidency” yang dihasilkan oleh tiga orang pengkaji
hebat iaitu Hadi Soesastro, Anthony L. Smith dan juga Mui Ling Han. Buku ini telah
dihasilkan dalam tempoh lima bulan pemerintahan oleh Megawati sebagai presiden
Indonesia. Oleh sebab yang demikian, kebanyakan isi kandaungan dan intipatinya
hanyalah satu jangkaan mengenai cara pemerintahan Megawati dalam mentadbir
Indonesia dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh beliau46.
Satu lagi kajian lepas yang terhasil adalah buku hasil kajian dan tulisan Opini
Denny J.A dengan tajuk “Demokrasi Indonesia : Visi dan Praktek” yang mana
membicarakan dengan jelas pandangan dan pendapat penulis mengenai evolusi
perkembangan politik di Indonesia. Salah satu bab dalam buku ini, penulis ada
membicarakan mengenai Megawati dan cara pemerintahannya dengan membuat beberapa
perbandingan antara Megawati dan pemimpin Indonesia yang lainnya. Penulis juga telah
membincangkan visi politik yang di bawa oleh Megawati sebagai presiden Indonesia
dengan memberikan sedikit persamaan atau perkaitan antara Megawati dengan ayahnya
yang juga merupakan presiden Indonesia pertama iaitu Sukarno. Selain daripada
mengetengahkan kekuatan yang dimiliki oleh Megawati, penulis turut tidak ketinggalan
untuk mengutarakan kekurangan yang dimiliki oleh beliau dalam menjalankan tugas
sebagai seorang pemimpin47.
Selain daripada itu, terdapat sebuah buku berjudul “Manuver Elit, Konflik dan
Konservatisme Politik” yang dihasilkan oleh Opini Denny J.A lagi yang mana dalam
45 Augus Mclntyre, The Indonesian Presidency : The Shift from Personal Toward Constitutional Rule, United States of America : Rowman & Littlefield Publishers, 2005.46 Hadi Soesastro. Anthony L. Smith. Mui Ling Han., Gvernance In Indonesia : Challenges Facing The Megawati Presidency, Singapore : Institute of Southeast Asian Studies, 2003.47 Opini Denny J.A., Demokrasi Indonesia : Visi dan Praktek”, Jakarta : Pustaka Sinar Harian, 2006.
27
kajian ini beliau membincangkan tentangan atau halangan-halangan yang dihadapi dalam
usaha projek reformasi Indonesia dijalankan. Kebanyakan hasil tulisan penulis adalah
merupakan respon, cadangan dan pendapat beliau mengenai apa yang sedang berlaku.
Namun begitu, penulis turut menganalisa pemerintahan Megawati dengan seluruh
dinamika politik yang melingkupinya. Hasil tulisan ini dilihat banyak menyatakan
cabaran atau kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh Megawati dalam menjalankan tugas
dan tanggungjawabnya sebagai presiden Indonesia48.
Berdasarkan sorotan kajian lepas yang telah dijalankan, pengkaji mendapati
bahawa masih belum terdapat kajian khusus berkenaan dengan tajuk utama kajian ini iaitu
pengaruh insan terdekat yang mungkin memainkan peranan dalam membentuk kerjaya
politik tokoh demokrasi wanita ini. Kebanyakan hasil kajian dan tulisan yang telah
dihasilkan hanyalah membincangkan perjalanan perjuangan dan kerjaya politik tokoh
tersebut di samping dengan kesulitan dan cabaran yang dihadapi sepanjang menjalankan
tugas sebagai seorang pemimpin. Oleh sebab yang demikian, kajian ini seterusnya akan
menganalisa sejauh mana kuatnya pengaruh insan terdekat dalam membentuk kerjaya
politik tokoh tersebut. Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisa pengaruh Sukarno
yang mana merupakan bapa kepada Megawati dan juga presiden Indonesia yang pertama
kepada kerjaya politik dan perjuangan yang dibawa oleh Megawati Soekarnoputri,
seorang tokoh demokrasi wanita Indonesia.
4.3 Dapatan Kajian: Kaitan Pemimpin Demokrasi Wanita (Megawati
Soekarnoputri) Dengan Pengaruh Pemimpin Terdahulu (Sukarno)
Hingga Beliau Menjadi Ikon Demokrasi
48 Opini Denny J.A., Manuver Elit, Konflik dan Konsevatisme Politik, Jogjakarta : LKIS Yogyakarta, 2006.
28
Nama Megawati Soekarnoputri dan Sukarno sememangnya tidak dapat dipisahkan
lantaran hubungan kekeluargaan yang erat antara keduanya. Megawati merupakan anak
kepada Sukarno yang merupakan presiden Indonesia pertama yang telah berjuang habis-
habisan dalam memperjuangkan kemerdekaan Republik Indonesia sejak daripada zaman
penjajahan Belanda lagi. Kedua-dua insan terkenal ini juga telah melibatkan diri secara
aktif dalam dunia politik Indonesia yang mana kedua-duanya juga telah menyandang
jawatan sebagai presiden Republik Indonesia walaupun pada era yang nyata berbeza.
Walaupun kedua-duanya saling berkait, penglibatan dan pergerakan mereka dalam arena
politik Indonesia nyata berbeza.
Sukarno atau lebih dikenali juga sebagai Bung Karno telah mula terlibat dalam
arena politik Indonesia sejak daripada zaman penjajahan Belanda lagi. Perjuangan Bung
Karno pada masa itu hanya berteraskan kepada satu niat yang paling utama iaitu mahukan
kemerdekaan buat Indonesia. Perjuangan yang dibawa oleh Bung Karno ini telah
menyebabkan beliau menempuhi pelbagai jenis halangan dan kesempitan termasuklah
diasingkan ke pulau terpencil, diisolasi dari pergaulan umum dan banyak lagi. Bung
Karno juga pernah ditawarkan dengan pangkat dan jabatan yang terhormat tetapi dengan
syarat supaya Bung Karno menghentikan perjuangan dalam menuntut kemerdekaan
terbabit. Walau bagaimanapun, segala ancaman dan tawaran tersebut sedikit pun tidak
menggugat semangat perjuangan beliau kerana matlamat yang dibawanya bukanlah untuk
menjadi seorang presiden tetapi untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Republik
Indonesia.
Kejayaan beliau menjadi presiden Republik Indonesia yang pertama dilihat
sebagai kesan daripada perjuangan dan semangat yang tidak berbelah bahagi dan
bukannya sebagai satu tujuan daripada penglibatan beliau itu. Bung Karno ternyata
mampu mentadbir negara dan keluarga dengan baik yang mana beliau tidak pernah
mencampur adukkan tanggungjawab sebagai seorang ketua negara dengan ketua
keluarga. Hal ini dapat dilihat apabila beliau tidak pernah dan jarang sekali
29
membicarakan masalahnya dalam mentadbir negara kepada ahli keluarga yang lainnya.
Bukan itu sahaja, beliau malahan akan menjadi marah sekiranya isterinya turut ikut bicara
dalam mana-mana keputusan yang di ambil sebagai seorang presiden. Hal ini dapat
dilihat sebagai keperibadian Bung Karno yang merupakan seorang pencinta wanita tetapi
sama sekali panang diatur oleh wanita.
Hal ini nyata berbeza dengan perjuangan dan penglibatan Megawati dalam arena
politik Indonesia. Mega telah memulakan kerjaya politiknya melalui penglibatannya
dalam sebuah parti politik dan adalah lumrah matlamat sesebuah parti politik adalah
untuk menjadi pihak yang berkuasa dalam sesebuah kawasan. Jika dibandingkan dengan
Bung Karno, Mega telah terdidik dengan organisasi yang bersaing dengan organisasi
yang lainnya demi mendapatkan kuasa dan pengaruh. Malah Mega sendiri telah
bertanding untuk mendapatkan kedudukan sebagai seorang presiden. Hal ini nyata
berbeza dengan Bung Karno yang tidak bertanding demi kedudukan tersebut. Walau
bagaimanapun, aspek ini perlu dinilai daripada perbezaan situasi dan arus masa kedua-
dua tokoh ini. Bung Karno nyata tidak terlibat dengan sebarang persaingan mahupun
pertandingan untuk menyandang jawatan presiden kerana pada ketika itu apa yang
menjadi matlamat utama adalah utnuk mendapatkan kemerdekaan bagi Indonesia.
Melihat semula situasi yang dialami oleh Mega yang mana merupakan era selepas
merdeka, beliau perlu menempuh situasi seperti yang dinyatakan sebelum ini kerana
terdapatnya parti politik yang berbeza dan membawa idealogi yang berbeza demi
kebaikan sebuah negara. Mega sendiri juga bukanlah merupakan seorang ketua keluarga
dan tanggungjawab sebagai seorang isteri serta presiden yang perlu dimainkan dalam
masa yang sama ternyata bukannya mudah.
Walaupun Sukarno sendiri merupakan seorang yang bergiat aktif dalam arena
politik Indonesia, beliau tidak juga begitu menggalakkan penglibatan anak-anaknya
dalam arena ini apatah lagi untuk menjadi seorang presiden. Hal ini demikian kerana
beliau berpendapat bahawa tanggungjawab sebagai seorang presiden ternyata berat dan
tidak mudah sama sekali. Sungguh pun begitu, Megawati sendiri telah menglibatkan diri
30
dalam bidang politik tanpa galakkan dan suruhan daripada bapanya malahan Megawati
bergerak dalam arena ini dengan membawa perjuangannya yang tersendiri. Terdapat juga
suara-suara daripada laman sesawang melalui penulisan artikel yang mengatakan bahawa
walaupun Megawati telah lahit dalam medan politik yang dibawa bapanya, beliau sendiri
bukanlah merupakan seorang yang pakar dalam arus ini. Walaupun dipandang rendah
orleh rakan-rakan dan pihak lawan. Megawati tetap menunjukkan prestasi yang baik
dalam kempen PDI yang dijalankannya.
Perjuangan yang dibawa oleh Megawati dan bapanya ternyata berbeza. Namun
begitu, pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi amat sesuai dipandankan
dengan kedua-dua tokoh ini. Hal ini dapat dilihat melalui sikap Bung Karno yang kuat
mengutamakan orientasi kerakyatan dan turut diikuti oleh Megawati. Sugguh pun begitu,
idea yang dibawa oleh mereka mempunyai perbezaan yang tersendiri yang mana Sukarno
dilihat sebagai antiliberalisme manakala Megawati pula menyokong ekonomi pasaran
yang terbuka. Sepertimana Sukarno yang memperjuangkan nasib bangsa dan rakyatnya,
Megawati juga berjuang memenangkan hak-hak ekonomi rakyat tanpa menolak ekonomi
pasaran terbuka itu sendiri. Hal ini menyebabkan Megawati dilihat cuba membuat
revolusi konsep yang sangat besar dalam sektor ekonomi di Indonesia seterusnya
menjadikan beliau sebagai pemimpin yang paling maju dalam perjuangan ekonomi di
Indonesia pada waktu itu49.
Rumusannya, Sukarno dilihat tidak memainkan peranan yang begitu besar dalam
membentuk kerjaya politik Megawati kerana dengan jelasnya Sukarno sendiri tidak
menggalakkan anak-anaknya untuk melibatkan diri dalam bidang politik apatah lagi
untuk menjadi seorang presiden. Megawati dilihat telah mendaki tangga kerjayanya
sebagai seorang presiden wanita pertama Republik Indonesia sendiri tanpa menggunakan
bantuan mahupun tiket nama bapanya. Biarpun nama Soekarno di belakang namanya
seolah-olah satu azimat, Megawati berjaya membentuk kerjaya politiknya melalu
49 Opini Denny J.A., Demokrasi Indonesia : Visi dan Praktek”, Jakarta : Pustaka Sinar Harian, 2006, hlm 209.
31
perjuangannya yang tersendiri. Malah Megawati dalam satu sesi bual bicara sebuah
rancangan televisyen Indonesia menegaskan bahawa segala pejalanan karier politiknya
telah pun ditentukan oleh Tuhan dan bukannya bapanya. Walau bagaimanapun, apa yang
jelas dapat dilihat adalah Megawati ternyata mewarisi semangat dan ketabahan bapanya
dalam memperjuangkan nasib rakyat serta berjaya mewarisi kedudukan sebagai ketua
negara yang juga pernah disandang oleh bapanya.
5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, ketiga-tiga tokoh sememangnya layak digelarkan sebagai ikon
demokrasi wanita di Asia Tenggara disebabkan titik tolak perjuangan mereka yang betul-
betul mementingkan kepentingan negara dan rakyat berbanding diri sendiri. Tambahan
pula, perjuangan seorang wanita dalam menentang golongan lawan yang terdiri daripada
lelaki yang lebih kuat dan mempunyai pengalaman politik yang lebih luas sememangnya
32
sesuatu yang perlu dibanggakan dan dijadikan contoh untuk pemimpin di masa hadapan.
Corazon Aquino dan Megawati Soekarnoputri kedua-duanya telah berjaya merealisasikan
ideologi demokrasi dan perjuangan masing-masing setelah berjaya menyandang jawatan
presiden wanita pertama di negara masing-masing. Aung San Suu Kyi sahaja yang masih
belum berjaya secara keseluruhannya mendemokrasikan negara Myanmar kerana masih
ada kekacauan dalaman melibatkan isu perkauman. Namun begitu, segala usaha,
perjuangan, dan pengorbanan yang diperlihatkan beliau sudah melayakkan beliau dikenali
sebagai ikon demokrasi wanita di Asia tenggara.
Seterusnya, mengenai perkara perkaitan tokoh terdahulu dengan ketiga-tiga tokoh
ini, secara umumnya ia memang sangat mempengaruhi perjuangan mereka. Pemimpin-
pemimpin ini yang berlatar belakangkan keluarga politik sememangnya tidak dapat
mengelak dari terkena tempias politik terhadap diri mereka. Sedikit sebanyak usaha dan
perjuangan mereka tidak lari daripada untuk meneruskan apa yang digerakkan tokoh
terdahulu yang merupakan ahli keluarga mereka. Pertamanya, perjuangan Aung San Suu
Kyi yang bermula akibat keyakinan serta pujukan masyarakat untuk beliau menyambung
perjuangan bapanya. Jika dahulu bapanya berjuang mendapatkan kemerdekaan Burma,
kini Suu Kyi bertanggungjawab untuk membebaskan Myanmar daripada pemerintahan
ala diktator ketenteraan. Begitu juga kisahnya dengan Corazon Aquino yang mula
berjuang dalam bidang politik Filipina atas desakan dan pujukan penyokong—penyokong
suaminya. Mahupun begitu, akhirnya beliau sendiri yang sememangnya ingin
mendapatkan keadilan dan ingin membebaskan Filipina dari pemerintahan diktator
Ferdinand Marcos. Berlainan pula dalam perjuangan Megawati Soekarnoputri yang
dikatakan tidak dipengaruhi langsung oleh perjuangan bapanya kerana bapanya sendiri
tidak menggalakkan anak-anaknya terlibat dalam bidang politik. Namun begitu, sedikit
sebanyak semangat serta ketokohan bapanya wujud dalam diri beliau yang mana turut
mencorakkan perjuangan beliau sehingga berjaya menjadi presiden wanita pertama.
33
RUJUKAN
Augus Mclntyre. 2005. The Indonesian Presidency : The Shift from Personal Toward
Constitutional Rule. United States of America : Rowman & Littlefield Publishers
Aung, San Suu Kyi. 1991. Aung San Of Burma: A Biographical Portrait By His
Doughter. 2nd ed. Edinburgh : Kiscadale.
34
Aung, San Suu Kyi. 1991. Freedom From Fear: And Other Writings. foreword by Vaclav
Havel ; edited with an introduction by Michael Aris. Harmondsworth : Penguin
Books.
Bengtsson, Jesper. 2012. Aung San Suu Kyi : A Biography. Washington, D.C : Potomac
Books.
Crisotomo, Isabelo T. 1987. CORY: Profile of a President - The Historic Rise to Power of
Corazon Cojuangco Aquino. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.
Dahm, Bernhard. 1991. Economy and politics in the Philippines under Corazon Aquino.
Jerman: Institut für Asienkunde.
Davis, Leonard. 1989. Revolutionary Struggle in the Philippines. London: b MacMillan.
Grossholtz, Jean. 1974. Philippines 1973: Whither Marcos?. Asian Survey. 14 (1): 101-
112.
Hadi Soesastro. Anthony L. Smith. Mui Ling Han. 2003. Gvernance In Indonesia :
Challenges Facing The Megawati Presidency. Singapore : Institute of Southeast
Asian Studies.
Hasday, Judy L. 2007. Aung San Suu Kyi : Activist For Democracy In Myanmar, New
York : Chelsea House.
Houtman, Gustaaf . 1999. Mental Culture In Burmenese Crisis Politics : Aung San Suu
Kyi and the National League for Democracy. Institute for the Study of Languages
and Cultures Asia and Africa, Tokyo Universuty of Foreign Studies.
35
James, Helen. 29 September-1 Oktober 2010. The Legacy of Corazon Aquino:
Aspirations for a more Robust Democratic Polity. Kertas Seminar untuk Tenth
Women In Asia Conference anjuran Australian National University. Hedley Bull
Centre.
Johnson, John H. 1987. Jet. Chicago: Johnson Publishing Company.
Kessler, Richard J. 1984. Politics Philippine Style, Circa 1984. Asian Survey. 24 (12):
1209- 1228.
Komisar, Lucy. 1987. Corazon Aquino: The Story of a Revolution. New York: George
Braziller Incorporated.
Ling, Bettina. 1999. Aung San Suu Kyi : Standing Up For Democracy In Burma. New
York : The Feminist Press at The City University of New York.
Opini Denny J.A. 2006. Demokrasi Indonesia : Visi dan Praktek”. Jakarta : Pustaka
Sinar Harian.
Opini Denny J.A. 2006. Manuver Elit, Konflik dan Konsevatisme Politik. Jogjakarta :
LKIS Yogyakarta.
Pedersen, Morten B. 2008. Promoting Human Rights In Burma : A Critique Of Western
Sanctions Policy. United States of America : Rowman & Littlefield Publishers,
Inc.
Reid, Robert H. 1995. Corazon Aquino and the Brushfire Revolution. Los Angeles:
Louisiana State University Press.
Richter, Linda K. 1990-1991. Exploring Theories of Female Leadership in South and
Southeast Asia. Pacific Affairs. 63 (4): 524-540.
36
Silliman, G. Sidney. 1984. The Philippines in 1983: Authoritarianism Beleaguered. Asian
Survey. 24 (2): 149-158.
Steinberg, David I. 2010. Burma/Myanmar : What Everyone Needs To Know. New York :
Oxford University Press.
Stewart, Whitney. 2008. Aung San Suu Kyi : Fearless Voice Of Burma. Blomington :
iUniverse,
Suriya Binti Jamaludin. 1997/98. Aung San Dan Peranannya Dalam Gerakan Menuntut
Kemerdekaan Di Burma. Bangi : Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi
(UKM).
Thompson, Mark R. 2002-2003. Female Leadership of Democratic Transitions in Asia.
Pacific Affairs. 75 (4): 535-555.
Villegas, Bernardo M. 1987. The Philippines in 1986: Democratic Reconstruction in the
Post-Marcos Era. Asian Survey. 27 (2): 194-205.
Youngblood, Robert L. 1987. The Corazon Aquino "Miracle" and the Philippine
Churches. Asian Survey. 27 (12): 1240-1255
"Maria Corazon Sumulong Cojuangco-Aquino," Bio. 2014. A&E Television Networks.
Web. 1 Mei 2014.