teori_renzuli
-
Upload
shiang-chin -
Category
Documents
-
view
242 -
download
0
Transcript of teori_renzuli
-
7/28/2019 teori_renzuli
1/17
1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
KBC3023
PERKEMBANGAN FIZIKAL, EMOSIDAN SOSIAL KANAK-KANAK PINTAR
CERDAS
TUGASAN TAMBAHAN: TEORI RENZULLI
P
POGRAM : PENDIDIKAN KHAS (PINTAR CERDAS)
FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
PENSYARAH : DR. NASIR BIN MASRAN
KUMPULAN : A
BIL NAMA NO I/C NO. MATRIKS
1. SHAHFINAS BINTI SHAHMURI 891101045390 D200910347362. NIK HAZIRAH BINTI NIK MAT DIN 900220035146 D20091034780
-
7/28/2019 teori_renzuli
2/17
2
BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Joseph Renzulli : Satu Pengenalan 2
2.0 Definisi pintar cerdas menurut Renzulli 5
3.0 Teori Renzulli : Three-Ring Theory
3.1 Kebolehan yang tinggi ( Above-average ability)
3.2 Kreativiti (Creativity)
3.3 Komitmen dalam tugas (Task Commitment)
6
7
8
8
4.0 Proses pembelajaran Pelajar Pintar Cerdas 8
5.0 Model Renzulli
5.1 Modul Pengayaan Schoolwide
5.2 Modul Pengayaan Triad
10
10
12
6.0 Rumusan 14
Rujukan
-
7/28/2019 teori_renzuli
3/17
3
RENZULLIS THREE RING DALAM PINTAR CERDAS
NIK HAZIRAH BINTI NIK MAT DIN
SHAHFINAS BINTI SHAHMURI
ABSTRAK: Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk mengembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek. Selain daripada teori pintar cerdas yang hebat diperkatakan olehGadner, Tennenbaum, Feldhusen, Priito dan lain-lain lagi masih terdapat lagi satuteori yang juga membincangkan tentang pintar cerdas ini iaitu Teori yang dikemukaan oleh Renzulli. Berdasarkan konsep Teori Renzulli, sistem pendidikanmestilah mengambil kira setiap potensi dan keperluan setiap individu pelajar selarasdengan tahap perkembangan akal pelajar.
1.0 JOSEPH RENZULLI: SATU PENGENALAN
Rajah 1: Joseph Renzulli
Joseph Renzulli merupakan seorang professor di University of Connecticut, Neag Center
yang ditubuhkan khas untuk Gifted Education and Talent Development yang merupakan
National Research Center untuk Gifted and Talented. Selain daripada itu, beliau juga
merupakan Fellow di dalam American Psycological Association dan merupakan seorang
Konsultan di White House Task Force on Education of the Gifted and Talented di bahagian
Unit Tugas Pendidikan Anak Berbakat.
-
7/28/2019 teori_renzuli
4/17
4
Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1936 dan kini beliau mungkin berumur 74 tahun.
Beliau adalah warganegara Amerika. Beliau juga adalah seorang saintis yang terkenal dan
merupakan juga seorang penulis dalam bidang yang diambilnya. Joseph Renzulli merupakan
salah seorang tokoh yang mempercayai dan melihan bakat yang ada pada diri seseorang itu
menjadikan mereka pintar cerdas.
Dalam mengklasifikasikan seseorang itu adalah gifted and talented , Renzulli (1986)
mengemukakan modelnya yang tersendiri didalam kajian yang dibuatnya. Model tersebut
dikenali sebagai Renzullis Three -Ring Model yang mengemukakan tentang tiga traits iaitu
kebolehan yang tinggi ( Above-average ability ), penglibatan dalam tugas ( task commitment )
dan kreativiti ( creativity ). Selain itu, beliau juga mengembangkan model keberbakatan yang
dikenali sebagai Schoolwide Enrichment Model". Model ini bertujuan untuk
mengembangkan bakat-bakat kreatif yang ada padi diri kanak-kanak di sekolah.
Renzulli lebih memfokuskan kajiannya kepada pengenalan dan pembangunan
kreativiti dan keberbakatan yang ada pada golongan muda. Selain itu, beliau juga membuat
penelitian terhadap model organisasi dan strategi kurikulum untuk memperbaiki keseluruhan
sekolah di sana. Hasil pemfokusan yang telah dibuat oleh Renzulli ini telah diterapkan juga
dengan strategi pendidikan berbakat untuk peningkatan pembelajaran bagi semua pelajar.
Baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai Board of Trustees Distinguished Professor
di University of Connecticut . Walaupun hanya mendapat lebih daripada 20 juta dalam bentuk
geran pendidikan, beliau telah berjaya di dalam pogram yang dibuatnya iaitu pogram untuk
pelajar muda berbakat yang lebih dikenali sebagai The UConn Mentor Connection Program.
Pogram ini telah diadakan pada musim panas di UConn dan bermula pada tahun 1978 dan
beliau berjaya melayani ribuan guru dan pentadbir di seluruh dunia.
-
7/28/2019 teori_renzuli
5/17
5
2.0 DEFINISI PINTAR CERDAS MENURUT RENZULLI
Dalam buku Conception Giftedness , Renzulli menyatakan sejarah tidak mengingati mereka
yang mendapat markah tertinggi dalam ujian IQ ataupun mereka yang belajar dengan
sempurna. Hal ini dibuktikan seperti Albert Einstein bukan seorang yang bijak semasa di
sekolah. Menurut Renzulli (1978) mencadangkan tiga faktor utama untuk mengenalpasti
tahap keupayaan kanak-kanak. Tiga ciri dalam model Renzulli iaitu komitmen kerja,
kreativiti dan kebolehan purata. Selain itu, model Renzulli yang diperkenal menjelaskan
bakat individu boleh dikembangkan.
Model Renzulli bukan model kecerdasan tetapi merupakan model kepada kemampuan
untuk mengembangkan bakat yang ada. Menurut Gagne (1991) menyatakan model Renzulli
tidak mengambarkan tahap pencapaian kanak-kanak pintar cerdas dan juga penyokong
perkhidmatan hanya untuk anak-anak yang sudah berjaya akademik (Gross 1993a). Renzulli
(1986) menyatakan kanak-kanak tidak perlu menunjukkan ketiga-tiga ciri iaitu keupayaan
tinggi, kreativiti dan komitmen tugasan tetapi masih dikenalpasti sebagai pintar cerdas jika
mereka mempunyai potensi menunjukkan perkembangan ketiga-tiga ciri utama.
Berbeza dengan Feldhusen dan Hoover (1996) menyatakan bahawa kebolehan biasa,
bakat spesifik merupakan salah satu pencapaian yang tinggi kepada potensi kecerdasan.
Mereka percaya bahawa rasa diri (sense of self ) akan mencipta motivasi untuk belajar dan
meningkatkan potensi. Manakala, Renzulli menerangkan aspek motivasi dan kreativiti
berdasarkan Feldhusen dan Hoover berpendapat hasil dari persekitaran menyumbangkan
kepada rasa diri ( sense of self). Mereka berpendapat bahawa, walaupun motivasi dan
kreativiti adalah tujuan pendidikan yang bermanfaat, ini tidak menyebabkan kecerdasan atau
bakat dan kerana itu tidak perlu mendefinisikannya. Terdapat kritikan terhadap model
Renzulli kerana ciri-ciri bakat disebabkan ciri dalaman individu. Tetapi, merujuk kepada
Abraham dan Tannenbaum (1983, 1997) menerangkan bakat dan produktiviti merupakan
hasil daripada pengaruh dalaman dan luaran kanak-kanak.
-
7/28/2019 teori_renzuli
6/17
6
3.0 TEORI RENZULLI
Rajah 2: Konsep Renzullis Three -Ring
Model oleh Joseph Renzulli iaitu berkonsep tiga ciri pintar cerdas dan berbakat telah terkenal
tiga puluh tahun yang lalu. Renzulli telah membuat andaian bahawa kepandaian merupakan
multi-dimensi dan ia boleh diletakkan di setiap kawasan kemampuan manusia. Terdapat tigafaktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang iaitu kebolehan purata, kreativiti dan
komitmen kepada tugasan. Jika ciri tersebut digabungkan akan membentuk tingkah laku yang
berbakat. Hal ini menunjukkan ketiga-tiga ciri tersebut adalah berkait-rapat untuk menjadikan
seseorang itu berbakat kreatif.
Cox, Daniel dan Boston (1985) menyatakan bahawa teori Renzulli melihat kepada
ucapan yang telah dibuat oleh Whitehead bahawa pendidikan haruslah mempunyai iramaroman, ketelitian dan generalisasi. Henry Levin, telah memegang kepada teori yang telah
dikemukaan oleh Renzulli dan model yang berkaitan tentang pengayaan Schoowide . Teori
yang dikemukakan oleh Renzulli menunjukkan diagram Venn, yang berpendapat bahawa
seseorang yang berbakat mempunyai jumlah kecerdasan yang lebih tinggi, kreativiti dan
mempunyai komitmen dalam tugas. Oleh itu, satu langkah kecerdasan yang tinggi dalam
intelektual dan kreativiti untuk sekolah telah dianjurkan tetapi menggunakan instrumen
seperti senarai semak dan ujian kreativiti.
Sumber : Davis & Rimm (1998: 19) di dalam buku Gifted
-
7/28/2019 teori_renzuli
7/17
7
Menurut Renzulli dan Reis (1989), perilaku seseorang yang berbakat mencerminkan
interaksi dasar antara tiga dasar kumpulan yang terdapat pada diri seseorang manusia itu iaitu
mereka yang mempunyai kecerdasan yang tinggi secara umum ataupun khusus dalam sesuatu
perkara, mempunyai komitmen tugas yang tinggi dan mempunyai tahap kreativiti yang
tinggi. Individu seperti ini juga mampu mengembangkan sifat yang ada pada dirinya dan
menerapkannya keseluruh kawasan yang berpotensi meningkatkan prestasi seseorang
manusia itu.
Memandangkan bahawa bakat yang dibangunkan hanya dilihat pada orang dewasa,
definisi bakat yang dicadangkan kepada kanak-kanak ialah sesuatu potensi yang dilihat di
dalam dirinya dalam kegiatannya sebagai seorang yang kritis dalam sesuatu bidang yang
mampu meningkatkan moral, fizikal, emosi, sosial, intelektual atau kehidupan umat manusia.
Sesungguhnya definisi yang diberikan ini berdasarkan teori iaitu mereka yang melihat dari
segi kedudukan falsafah tentang sifat seseorang yang berbakat.
3.1 KEBOLEHAN YANG LEBIH TINGGI ( Above-average abil ity)
Faktor pertama ialah kebolehan purata mempunyai perbezaan antara keupayaan biasa dengan
keupayaan spesifik. Contoh kebolehan biasa ialah memproses maklumat, pemikiran abstrak
dan pengalaman bersepadu. Manakala, kebolehan spesifik ialah kemapuan menyimpan
pengetahuan dan menunujukkan dalam aktiviti. Menurut teori ini, individu tidak dinilai
berdasarkan keupayaan yang tinggi atau hebat. Oleh itu, kebolehan purata tidak harus
disamakan dengan kecerdasan intelektual yang tinggi. Beliau menganggap individu yang
paling produktif tidak selalu mempunyai skor di atas lima peratus dari ujian kemampuan
umum. Walau bagaimanapun, beliau menolak ujian kemampuan intelektual umum untuk
menentukan kebolehan purata. Hal yang demikian, beliau menyarankan kecerdasan atau ujian
potensi akademik digunakan hanya untuk pengesan awalan atau untuk menetapkan tahap
prestasi minimum.
-
7/28/2019 teori_renzuli
8/17
8
3.2 KREATIVITI ( Creativity)
Faktor kedua ialah kreativiti. Menurut pengkaji menggambarkan kategori kecerdasan iaitu
kreativiti. (Khatena dan Sawyers 1987, Taylor 1978). Pengkaji percaya bahawa kreativiti
merupakan ciri-ciri kecerdasan (Albert dan Runco 1986), Renzulli (1986) dan Runco (1993).
Namun, kurang persetujuan dengan istilah kreativiti. Menurut Cropley (1997) dan Ebert
(1994) menjelaskan kreativiti digunakan pelbagai untuk ditafsirkan seperti siapa kreatif,
produk dan proses pemikiran. Manakala, ,terdapat empat cirri kreatif yang dikemukan oleh
Guilford dan Torrance (Wallace 1986b). Pertama ialah ciri kelancaran iaitu kemampuan
untuk menjana pelbagai idea. Kedua ialah fleksibiliti iaitu membenarkan perubahan. Ketiga
ialah keaslian iaitu kemampuan mencipta dan menghasilkan idea yang luar biasa. Keempat
ialah penghuraian iaitu kemampuan untuk mengolah idea, serta kesan dan akibatnya.
Merujuk kepada Khatena (1992) dan Renzulli (1986) menerangkan kemampuan untuk
berfikif kreatif yang membezakan kanak-kanak pintar cerdas dengan kanak-kanak normal.
3.3 KOMITMEN DALAM TUGAS ( Task commitment )
Dalam komitmen tugas, Renzulli menjelaskan motivasi berubah menjadi tindakan seperti
ketekunan, daya tahan dan bekerja keras. Beliau berpendapat bahawa tanpa komitmen tugas
prestasi tinggi sangatlah tidak mustahil. Oleh itu, komitmen tugas juga berkait rapat antara
ciri-ciri lain untuk mencapai ciri berbakat.
4.0 PROSES PEMBELAJARAN PELAJAR PINTAR CERDAS
Menurut Renzulli (1978), perkembangan bakat amat dititik beratkan. Setiap individu adalah
unik. Oleh itu, peluang pembelajaran harus diberikan mengikut tahap keupayaan, minat dan
cara pembelajaran individu itu sendiri. Di samping itu, proses pembelajaran lebih berkesan
jika pelajar seronok melakukan kerja yang diberikan. Oleh itu, pengalaman pembelajaran
perlu di bina dan dinilai untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Di samping itu, cara untuk membantu kanak-kanak seperti memberi tugasan yang
berguna akan meningkat bakat sedia ada. Hal ini kerana tugasan yang diberi kepada mereka
akan mencipta beberapa kreativiti. Menurut teori ini, keperibadian dan faktor persekitaranakan mengembangkan tiga ciri yang terdapat dalam model ini. Faktor keperibadian menurut
-
7/28/2019 teori_renzuli
9/17
9
Renzulli ialah faktor co-kognitif yang membantu mengembangkan sosial dan intelektual.
Faktor ini meliputi optisme, keberanian, displin, keprihatinan kepada manusia. Ciri-ciri
keperibadian seperti ini berinteraksi dengan ciri-ciri kognitif untuk mengembangkan potensi
pelajar. Berdasarkan pandangan ini, pendidikan berbakat mempunyai dua tujuan. Pertama
ialah pendidikan berbakat merupakan salah satu usaha untuk memaksimumkan peluang untuk
mengembangkan potensi dalam diri pelajar. Keduanya ialah pendidikan berbakat bertujuan
intuk meningkatkan jumlah orang yang dapat memajukan measyarakat melalui penyelesaian
masalah dan dapat menghasilkan sumbangan atau idea baru dan bernas.
Terdapat banyak model pembezaan kurikulum yang fleksibiliti dan sesuai menjadi
pilihan kepada pelajar yang berbeza di dalam bilik darjah. Pembezaan ( differentiation )
merujuk kepada kaedah pengajaran dan cara untuk mewujudkan kaedah pembelajaran yang
berlainan kepada pelajar yang mempunyai pelbagai tahap IQ (Farmer 1996). Manakala, bagi
pelajar pintar cerdas melibatkan keberkasanan pembezaan model termasuklah
mengembangkan dan mengubah suai kurikulum yang lebih menyeronokkan dan mencabar
untuk meneroka minat masing-masing serta menyediakan peluang dan menggalakkan
pembelajaran kepada pelajar pecutan kurikulum.
Menurut model Renzulli (1997) telah mengembangkan lima demensi model yang
berkait rapat matlamat di dalam bilik darjah. Antaranya ialah kandungan ( content ).
Kandungan merupakan matlamat kepada guru untuk meletakkan kurikulum yang mendalam
berdasarkan konsep organisasi kurikulum dan pengetahuan sedia ada. Kedua ialah proses
( process ) iaitu matlamat guru dengan menggunakan pelbagai cara atau kaedah dan bahan-
bahan untuk meningkatkan motivasi dalam cara belajar pelajar. Ketiga ialah bilik darjah
(classroom) iaitu matlamat guru dengan menambahbaikan kumpulan yang selesa dan
persekitaran fizikal yang kondusif kepada pelajar. Keempat ialah guru (teacher ) iaitu
matlamat guru dengan menggunakan modifikasi artistik iaitu berkongsi pengetahuan peribadi
yang berkaitan dengan kurikulum seperti minat, hobi dan isu-isu persekitaran di luar bilik
darjah.
-
7/28/2019 teori_renzuli
10/17
10
5.0 MODEL RENZULLI
5.1 MODEL PENGAYAAN SCHOOLWIDE
Rajah 2: Model Pengayaan Schoolwide.
Model Pengayaan Schoolwide merupakan salah satu model cetusan idea oleh Renzulli yang
merupakan satu pogram yang dirancang untuk anak-anak pintar cerdas. Disebabkan pengaruh
yang dibawa oleh Dewey, Whitehead, Phenix, dan yang lain-lain telah mendorong Dr.
Renzulli membawa satu konsep kecerdasan iaitu yang berkaitan dengan Above-average
ability, creativity dan task-commitmen menjadi satu model yang telah merubah pandangan
pendidik terhadap kecerdasan intelektual.
Sesungguhnya, pogram ini telah menjadi salah satu program yang paling popular
untuk mengembangkan bakat anak-anak. Selain itu, dengan menggunakan model
pendidikannya, sebagai contoh, Model Pengayaan Schoolwide ini, ribuan guru telah
melaksanakan teorites yang diperkenalkan oleh Dr. Renzulli ke dalam kelas. Hal yang
demikian akhirnya menjadikan model tersebut sangat popular dan berpengaruh. Model dan
http://www.gifted.uconn.edu/sem/pdf/cubetrid.pdf -
7/28/2019 teori_renzuli
11/17
11
konsep yang diperkenalkan oleh Renzulli ini begitu signifikan kerana melalui konsep yang
diperkenalkan oleh Renzulli ini secara tidak langsung mendorong orang ramai menjauhi
konsep yang dibawa oleh Spearman tentang kecerdasan, psikometri kesatuan ke konsep yang
lebih sesuai untuk membentuk pelbagai maklumat dan penilaian.
Di dalam Model Pengayaan Schoolwide ini dikatakan sebagai salah satu model yang
terbaik yang banyak digunakan di sekolah-sekolah (Renzulli & Reis 1989). Melalui model
ini, Renzulli memperkenalkan tiga jenis tingkatan yang dianjurkan untuk digunakan sebagai
salah satu struktur di dalam sekolah. Antara jenis-jenis tingkatan yang ada ialah Jenis I
(pengayaan Schoolwide), Jenis II (pengajaran langsung dari strategi untuk berfikir lebih
kreatif dan kritis), dan Jenis III (projek khas individu dan kumpulan). Kegiatan ini yang
diperkenalkan ini akan memberi penekanan kepada pengelompokkan pelajar secara
heterogen. Pelajar di pilih untuk memasuki pogram ini melalui tatacara yang dikenali sebagai
Revolving Door .
Melalui pogram Revolving Door ini, para pelajar yang terpilih menyertai aktiviti ini
akan diarahkan membuat sesuatu projek pada sesuatu masa dan akan membuat projek yang
lain juga pada waktu yang lain. Walaupun terdapat sedikit kontravasi yang berlaku antara
Renzulli dengan Paul George tentang kumpulan peserta yang harus dibuat secara heterogen
namun Renzulli mempunyai hujahnya yang tersendiri ketika sidang Persatuan Sekolah
Kebanggsaan (1997) berkaitan penyajian Model Pengayaan Schoolwide (Beach, 1997).
Di dalam model yang diperkenalkan oleh Renzulli ini, beliau telah menulis di dalam
sebuah rencananya tentang tiga komponen perkhidmatan yang terdapat di dalam model
tersebut. Yang pertama adalah The Total Talend Portfolio yang merupakan cara yang
sistematik untuk mengumpul dan merakamkan maklumat tentang kemampuan pelajar, minat,
dan keutamaan gaya belajar. Yang kedua pula adalah Curriculum Modification Techniques
termasuklah curriculum differention, penyediaan pengalaman belajar yang lebih mendalam,
dan integrasi kegiatan pengayaan. Yang ketiga pula adalah pengayaan dalam belajar dan
mengajar secara cluster kepada pelajar multi-usia di dalam kumpulan heterogen. Oleh hal
yang demikian, dapat di lihat di sini bahawa model pengayaan Schoolwide ataupun
Schoolwide Enrichment Model (SEM) dapat berfungsi sebagai struktur bagi sekolah yang
cuba mengembangkan bakat pelajar (Renzulli, 1995).
-
7/28/2019 teori_renzuli
12/17
-
7/28/2019 teori_renzuli
13/17
13
Di dalam pengayaan Jenis II pula, terdiri daripada bahan dan kaedah yang dirancang
untuk mempromosikan pembangunan proses berfikir dan merasa. Beberapa latihan
pengayaan Jenis II adalah umum dan biasanya dilakukan sama ada di dalam ke;as dan di
dalam pogram pengayaan. Kegiatan latihan yang dijalankan merangkumi pembangunan iaitu
berfikiran kreatif dan penyelesaian masalah, berfikiran kritis, dan proses yang afekt if. Yang
kedua adalah belajar bagaimana untuk mempelajari kemahiran tertentu. Seterusnya, yang
ketiga adalah kemahiran dalam penggunaan bahan rujukan lanjutan tingkatan yang tepat dan
akhir sekali adalah lisan dan kemahiran komunikasi visual. Pengayan Jenis II yang lainnya
adalah lebih khusus kerana tidak dirancang terlebih dahulu dan biasanya melibatkan arahan
metodologi di dalam bidang yang dipilih oleh pelajar. Sebagi contoh, selepas menjalani
pengayaan Jenis I, pelajar yang minat dalam botani, akan menjalani latihan tambahan dalam
bidang yang dipilihnya dengan melakukan pembacaan tentang bidang botani, menyusun
strategi dan melaksanakan percubaan tanaman dan mencari kaedah yang lebih maju
seterusnya mereka harus menjalani latihan sekiranya ingin pergi lebih jauh lagi.
Pengayaan Jenis III melibatkan pelajar yang tertarik untuk menjalani latihan di
kawasan yang menjadi pilihannya sendiri dan bersedia untuk mengambil alih lajutan
kandungan dan menjalani proses latihan dimana mereka berperanan sebagai seorang
pendidik. Tujuan pengayaan Jenis III adalah seperti memberikan kesempatan untuk
kepentingan pelaksanaan, pengetahuan, idea-idea kreatif dan menjadi lebih komitmen dalam
tugas untuk masalah yang dipilihnya sendiri atau bidang kajian yang dipilihnya. Selain itu,
adalah untuk memperoleh tahap pemahaman yang lebih baik dari segi pengetahuan (isi) dan
metodologi (proses) yang digunakan dalam disiplin ilmu tertentu, kawasan kajian seni
ekspresi dan disiplin. Tujuan lainnya juga adalah untuk membagunkan produk-produk yang
otentik yang dikatakan untuk memberikan kesan dikehendaki kepada khalayak yang tertentu.
Pengayaan Jenis III berujuan untuk mengembangkan kemahiran self-directed learning dalam
bidang perancangan, organisasi, pemanfaatan sumber daya, pengurusan masa serta membuat
keputusan dan penilaian diri. Ia juga bertujuan untuk membentuk komitmen tugas yang tinggi
di dalam diri peserta selain membentuk kepercayaan diri dan prestasi yang lebih kreatif.
-
7/28/2019 teori_renzuli
14/17
14
6.0 RUMUSAN
Pelajar pintar cerdas berbakat kreatif merupakan salah satu aset negara yang sangat bernilai
dan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya. sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini
menuju kea rah pembentukan peluang pendidikan yang sama bagi semua pelajar dan sekolah
menjadi institusi pertama yang memberi perhatian terhadap potensi intelek pelajar (Rosadah,
Noriah dan Zalizan 2005). Namun begitu, pendidikan di sekolah sewajarnya tidak terlalu
mementingkan sukatan pelajaran yang diajar sehingga kepentingan dan keperluan unik
pelajar terabai (siva Subramaniam 2005). Menurut Ng dan Sandiyao (2005) merumuskan
pelajar pintar cerdas berbakat kreatif merupakan golongan pelajar yang dikategorikan
mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus. Selain itu, mereka juga dilihat sebagai
kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka.
Menurut Renzulli (2000) menyatakan setiap individu yang dikenalpasti berpotensi
tinggi atau berbakat wajar perlu diberi peluang untuk memaksimumkan perkembangan
kognitif dan perkembangan kendirinya sehingga mereka cemerlang dan pintar cerdas dalam
bidang-bidang atau domain bakat tersebut. Fenomena tidak mencapat tahap (TMT) atau
underachievement amat merugikan semua pihak terbabit seperti kerajaan dan ibu bapa.
Menurut Baum, Renzulli dan Herbert (1999) memberi pendapat pihak ibu bapa dan pendidik
amat rugi jika mengabaikan bakat dan kecerdasan pelajar dan seolah-olah mereka dibaziri.
Sejak dari zaman Plato lagi, falsafah tentang sebuah masyarakat yang ideal ialah
sebuah masyarakat di mana setiap ahlinya memberi khidmat masyarakatnya berdasarkan
kemampuan dan potensi yang ada dalam diri masing-masing. Menurut Feldhusen (2000)
menyatakan bahawa sehingga hari ini berlaku perubahan besar dalam bidang pendidikan
untuk pelajar pintar cerdas dan berbakat kreatif. Cabaran kepada pendidik dalam bidang
pintar cerdas dan berbakat bukan lagi untuk menentukan pelajar pintar cerdas berbakat
berlandaskan ukuran darjah kecerdasan atau IQ. Sebaliknya, pendidik pintar cerdas berbakat
berperanan untuk mengenalpasti potensi serta bakat-bakat tertentu yang ada pada diri setiap
pelajar. Bakat-bakat tersebut terdapat dalam pelbagai domain yang bermanfaat dan bernilai
kepada masyarakat. Antaranya ialah domain akademik, muzik, matematik, kepimpinan,
sukan, drama, penulisan kreatif, literasi komputer dan penguasaan bahasa.
-
7/28/2019 teori_renzuli
15/17
15
Menurut Renzulli (1997) menyatakan pelajar berkeperluan khas yang lain disediakan
program khas bagi menghadapi kesukaran pelajar tetapi tiada program untuk pelajar pintar
cerdas. Model Penggayaan Seluruh Sekolah (MPSS) atau School Wide Enrichment Model
(SEM) menerapkan ilmu-ilmu tentang pendidikan pintar cerdas bagi sebuah perancangan
yang sistematik untuk penambaikan keseluruhan warga sekolah. Manakala, perkhidmatan
berdasarkan Model Penggayaan Triad dibentuk daripada dimensi SEM yang merangkumi
pelbagai pilihan program tambahan. Oleh itu, model ini dapat membuka peluang kepada
pelajar untuk mengembangkan bakat dalam bidang pengkhususan yang mereka minati.
Akhir sekali, program yang diperlukan oleh kumpulan pelajar pintar cerdas perlu
meliputi strategi bagi menghubungkan tahap pengalaman pembelajaran dan kemahiran
berfikir yang t inggi dalam kokurikulum. Menurut Roznowski dan Reith (2000) menyatakan
strategi program dapat membantu meningkatkan keupayaan, minat, prestasi mereka. Oleh
yang demikian, pendedahan kepada bentuk kokurikulum baru yang akan memberi manfaat
kepada mereka. Kemahiran yang diperoleh semasa pelaksanaan program membantu mereka
menggunakan bakat yang sedia ada dengan sebaik mungkin.
-
7/28/2019 teori_renzuli
16/17
16
RUJUKAN
An Influential Model of Giftedness (2005). Diperoleh pada September 27, 2010 daripadawww.uni-bielefeld.de/paedagogik/Seminare/.../Renzulli.html .
Cox, J., Daniel, N. & Boston, B. O. (1985). Educating able learnes: Pograms and promising practices . Austin :University of Texas Press.
Davis, G.A. dan Rimm, S.B. (1998). Education of the gifted and talented edn : Allyn &Bacon, Baston, MA.
Feldhusen, J.F., Van Winkle, L., dan Echle, D.A. (1996). Is it acceleration or simplyappreciate
instruction for precocious youth?. Teaching exceptional children, vol. 28, no 3, pp 48-51.
Gifted Education Program Review (2009). Diperoleh pada September 27, 2010 daripadawww.peel.edu.on.ca/.../Final_-_Literature_Review_password_pat.pdf.
Guilford, J.P. (1959). Three faces of intellect American psychologist vol. 14, no. 8, pp 469-479.
Khatena, J. (1992). Gifted: challenge and response for education F.E. Peacocok, Chicago, IL
Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005). Masalah Sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas. Masalah Pendidikan : 5-12.
Porter (1999). Gifted young children: a guide for teachers and parents . Buckingham: OpenUniversity Press.
Renzulli, J. S. (1986). The three-ring conception of giftedness: A developmental model for creative productivity . In R. J. Sternberg & J. E. Davidson (Eds.), Conception of giftedness (pp. 53-92).
Renzulli, J. S. (1976). The enrichment triad model: A guide for developing defensible programs for the gifted and talented . Gifted Child Quarterly, 20, 303-326.
Renzulli, J. S., & Resi, S. M (1989). The enrichment triad/revolving door model : A schoolwide plan for the development of creative productivity . In J. Renzulli & S.Reis (Eds.), Systems and models in gifted education (pp. 217-275). ManfieldCenter, CT: Creative Learning Press.
Renzulli, J. S. (1999). Building a bright between gifted education and total school improvement. Nasional Research Center on the Gifted and Talented Talent
Development Research - based Decision Making Series 9502. Strrs, CT : TheUniversity of Connecticut.
Renzulli J.S. (2005). The three-ring conception of giftedness: a development model for
promoting creative productivity . New York: Cambridge University Press.
http://www.uni-bielefeld.de/paedagogik/Seminare/.../Renzulli.htmlhttp://www.uni-bielefeld.de/paedagogik/Seminare/.../Renzulli.htmlhttp://www.uni-bielefeld.de/paedagogik/Seminare/.../Renzulli.html -
7/28/2019 teori_renzuli
17/17
17
Runco, M. A. (1993). Divergent thinking, creativity and giftedness Gifted Children Quarterlyvol. 37, no. 1, pp 16-22.
Rosadah Abd, Majid, Noriah mohd Ishak dan Zalizan mohd Jelas (2005). Profil pemprosesankognitif pelajar pintar cerdas akademik di sekolah menengah. Jurnal pendidikan 30:
35-49.
Roznowski, M. dan Reith, J. (2000). A further look at youth intellectual giftedness and itscorrelates: values, interest, performances and behavior. Intelligence 28(2): 87-113.
Sawyer, R.N (1988). In defense of academis figor . journal for the education of the gifted vol11, no.2, pp 5-19.
Siva Subramaniam a/l Nagaratnam (2003). Education for all: is commitment enough? Kertaskerja An International Conference on Reaching and Nutruring children with high
potential (CHiP) in Malaysia. HELP Institut Kuala Kumpur. 16-17 Ogos.
Tannenbaum, A.J. (1997). The meaning and making og giftedness. In handbook of giftededucation 2 nd edn, eds N. Colangelo & G. Davis, Allyn & Bacon, Boston, MA.
The Three-Ring Conception of Giftedness (2010). Diperoleh pada September 27, 2010 daripada http://www.dukegiftedletter.com/movabletype/mt-tb.cgi/345.
Torrance, E.P (1998). Economically disadvantaged children on the young gifted chid: potential and promise, an anthology ed. J.F. Smutny, Hampton Press, Cresskill, NJ.
Wallance (1986). Creativity some definitions: the creative process and the creativeclassroom. Gifted Education International vol. 4, no.2, pp. 68-73.
http://www.dukegiftedletter.com/movabletype/mt-tb.cgi/345http://www.dukegiftedletter.com/movabletype/mt-tb.cgi/345