tapak perkhemahan.docx

22
Alamat : Hutan Simpan Gunung Jerai Jarak jauh dari kota terdekat : 14 km dari Pekan Kuala Nerang dan 50 km dari Alor Setar Kemudahan yang ada : 6 bilik persalinan Gerai makanan dan minuman Anjung untuk bersantai Tempat parking yang luas Dewan minda Butir-butir kawasan sekeliling : Pelbagai flora dan fauna Terdapat 4 peringkat air terjun Menghubungkan dengan Hutan Lipur Bukit Wang Tumbuhan yang utama ialah Kasai (Pometia), tulang daing (Callerya atropurpurea), meranti tembaga (Shorea leprosula) serta palma Lain-lain : Mempunyai litar “motorcross” yang pernah digunakan oleh pelumba-pelumba antarabangsa No. telefon untuk dihubungi : Pejabat Hutan Daerah Kedah Utara : 04-9171601 ————————————————————————————————————————————————————————————————— —————————————- Nama tapak perkhemahan : Pangkalan Tok Mas Alamat : Jalan Pedu, Kuala Nerang, Kedah Jarak jauh dari kota terdekat : 10 km daripada Pekan Kuala Nerang Kemudahan yang ada : Dewan orang ramai 2 bilik tandas 5 tempat rehat / riadah Tapak perkhemahan Gelanggang sepak takraw Padang untuk sukaneka Butir-butir kawasan sekeliling : Kawasan persisiran sungai yang mempunyai kawasan perkhemahan serta pemandangan yang menarik

Transcript of tapak perkhemahan.docx

Page 1: tapak perkhemahan.docx

Alamat : Hutan Simpan Gunung Jerai

Jarak jauh dari kota terdekat : 14 km dari Pekan Kuala Nerang dan 50

km dari Alor Setar

Kemudahan yang ada :

6 bilik persalinan

Gerai makanan dan minuman

Anjung untuk bersantai

Tempat parking yang luas

Dewan minda

Butir-butir kawasan sekeliling :

Pelbagai flora dan fauna

Terdapat 4 peringkat air terjun

Menghubungkan dengan Hutan Lipur Bukit Wang

Tumbuhan yang utama ialah Kasai (Pometia), tulang daing (Callerya 

atropurpurea), meranti tembaga (Shorea leprosula) serta palma

Lain-lain : Mempunyai litar “motorcross” yang pernah digunakan oleh

pelumba-pelumba antarabangsa

No. telefon untuk dihubungi : Pejabat Hutan Daerah Kedah Utara : 04-

9171601

———————————————————————————————————————

———————————————————————————————————————

-

Nama tapak perkhemahan : Pangkalan Tok Mas

Alamat : Jalan Pedu, Kuala Nerang, Kedah

Jarak jauh dari kota terdekat : 10 km daripada Pekan Kuala Nerang

Kemudahan yang ada :

Dewan orang ramai

2 bilik tandas

5 tempat rehat / riadah

Tapak perkhemahan

Gelanggang sepak takraw

Padang untuk sukaneka

Butir-butir kawasan sekeliling : Kawasan persisiran sungai yang

mempunyai kawasan perkhemahan serta pemandangan yang menarik

Page 2: tapak perkhemahan.docx

Lain-lain :

Ditubuhkan oleh Hj. Idris bin Ibrahim yang dikenali dengan nama Pakcik

Yeh

Nama pangkalan Tok Mas adalah sempena nama isterinya

Diwujudkan sejak tahun 2007

Mula beroperasi pada awal tahun 2008

Dirasmikan oleh Bekas Menteri Kedah iaitu Dato’ Seri Setia Diraja

Mahadzir bin Khalid

———————————————————————————————————————

———————————————————————————————————————

Nama tapak perkhemahan : Dusun Resort

Alamat : KM 4 Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, Kedah.

Jarak jauh dari kota terdekat : 3 km dari Pekan Kuala Nerang

Kemudahan yang ada :

Bilik tidur bertaraf hotel

Hostel

Kawasan perkhemahan dalam dusun dan hutan

Kawasan flying fox

Kawasan abseiling

Kawasan repelling

Gelanggang badminton, takraw, bola jaring

Padang bola sepak

Kawasan golf

Driving range

Gymnasium

Hutan untuk jungke tracking

Tasik untuk aktiviti berkayak

Butir-butir kawasan sekeliling : Kawasan dusun yang dibangunkan

secara ladang serta mempunyai pelbagai kemudahan. Kawasan ini juga

mempunyai tasik, kolam serta hutan untuk aktiviti perkhemahan.

No.telefon untuk dihubungi : Encik Roslan bin Tahir (04-7864388 / 04-

7864377)

Emel : [email protected]

Laman web : http://www.dusunresort.com

Lain-lain :

Page 3: tapak perkhemahan.docx

Dimiliki oleh Datuk Bari bin Abdullah

Beroperasi pada tahun 2004

Keluasan sekitar 165 hektar

Kini diurus oleh Roslan bin Tahir

Popular dengan program PLKN dan program berbentuk kursus/motivasi

———————————————————————————————————————

—————————————————————————————————————–

Nama tapak perkhemahan : PJ Sentosa Campsite

Alamat :  Jalan Puncak Janing

Jarak jauh dari kota terdekat : 10 km drai Pekan Kuala Nerang

Kemudahan yang ada :

Bilik bertaraf hotel

4 buah dewan yang mampu memuatkan lebih kurang 1000 orang

Padang kawad untuk 450 orang

DOM yang memuatkan 600 orang

Pokok kelapa pandan sebanyak 400 pokok

Pusat LDK bagi 600 orang

Kawasan untuk jungle tracking

Kolam untuk aktiviti kayak

Perkhidmatan sewaan kipas, khemah

Butir-butir kawasan sekeliling : Terdapat lebih kurang 400 pokok buah

mata kucing serta kawasan dusun yang nyaman.

No. telefon untuk dihubungi : Encik Bazli bin Abdullah (04-7866555)

Lain-lain :

Ditubuhkan sejak tahun 2005

Mula beroperasi pada tahun 2006

Pengasas /pemilik adalah Encik Bazli bin Abdullah (dikenali Sebagai

Cikgu Bazli)

Keluasan sekitar lebih kurang 18 ekar

Mempunyai 60 kakitangan

———————————————————————————————————————

——————————————————————————-

Nama tapak perkhemahan : Belantara Elite

Alamat : Kampung Genting Palas

Page 4: tapak perkhemahan.docx

Jarak jauh dari kota terdekat : 7 km dari Pekan Kuala Nerang

Kemudahan yang ada :

Asrama / Dom untuk 250 orang

5 bilik biasa

8 chalet

Dewan orang ramai untuk 250 orang

Dewan makan untuk 250 orang

Surau

Padang untuk aktiviti

Pondok LDK

Tempat BBQ

Tapak perkhemahan

Tandas

Perkhidmatan konsultan untuk kursus-kursus

Pakar-pakar motivasi

Butir-butir kawasan sekeliling : Dikelilingi dengan pokok-pokok getah

No. telefon untuk dihubungi : Paklong Rashid (pengurus) di talian 017-

5591720 / 012-4741652

Emel : [email protected]/

Laman web : http://kembelantaraelit.blogspot.com

Lain-lain :

Ditubuhkan sejak 10 tahun lalu

Pengasasnya adalah Encik Ahmad Shukri

Keluasan sekitar lebih kurang 15 ekar

Dikelilingi keindahan sawah padi

———————————————————————————————————————

————————————————————————————————

Nama tapak perkhemahan : Camp Perik

Alamat : Lot 1376, Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang,

Kedah

Kemudahan yang ada :

2 buah dom bagi lelaki dan perempuan

Bilik berhawa dingin

Tandas

Pentas untuk malam kebudayaan

Page 5: tapak perkhemahan.docx

Surau

Bilik kuliah yang boleh memuatkan 200 orang

Dewan

Tempat aktiviti LDK

Flying fox

Abseiling

Komando cross

Tapak perkhemahan

Hutan untuk jungle tracking

Sungai Perik

Fasilitator yang bertauliah

Kem komandan

Peralatan kursus

Butir-butir kawasan sekeliling : Kawasan yang masih dikelilingi flora dan

fauna serta dusun yang nyaman.

No. telefon untuk dihubungi : Encik Mohd Rizan bin Romli (019-

5598823)

Lain-lain :

Ditubuhkan sejak tahun 1998

Pengasas / pemilik adalah Dato’ Syed Sobri bin Syed Hashim

Diuruskan oleh syarikat MUDA IMPIAN

Keluasan sekitar 2.0 ekar

Tujuan utama adalah untuk dijadikan pusat bagi aktiviti 4×4

Mempunyai 10 kakitangan

———————————————————————————————————————

———————————————————————————————

Nama tapak perkhemahan : Seri Juluk Resort

Alamat : Kampung Julok Naka, Kedah

Jarak jauh dari kota terdekat : 2 km dari Pekan Naka, 20 km dari Pokok

Sena dan Pekan Kuala Nerang dan  40 km dari Alor Setar.

Kemudahan yang ada :

Terdapat 3 tempat tapak perkhemahan

Dom untuk 150 orang

Dewan terbuka untuk 200 orang

Surau

Page 6: tapak perkhemahan.docx

Chalet

Tandas dan bilik mandi (6 buah)

2 buah kolam memancing

Bengkel batik

Butir-butir kawasan sekeliling : Terletak di dalam dusun seluas 15 ekar

seperti dokong, durian, manggis, rambutan, limau dan naga. Mengekalkan

nilai-nilai senibina tradisional pada bangunan dan suasana kampung.

No. telefon untuk dihubungi : Encik Ahmad Shabri (019-5036665) dan

Puan Hazita (013-4622147)

Laman web : www.seriulukresort.com

Lain-lain :

Mula beroperasi pada 1 Januari 2010

Pengasasnya adalah adalah pasangan suami isteri iaitu Encik Ahmad

Shabri dan Puan Hazita

Seri Juluk Resort diberi nama sempena nama Kampung Kubang Julok

Sesuai untuk tapak perkhemahan, kem motivasi, reakrasi, homestay,

percutian keluarga / hari keluarga dan riadah

Page 7: tapak perkhemahan.docx

Hutan Simpan Ulu Muda

Hutan Simpan Ulu Muda merangkumi kawasan seluas 100,000 hektar di sekitar kawasan hutan

Ulu Muda.

Hutan simpan ini kaya dengan hidupan flora dan fauna, dengan lebih 100 spesies mamalia dan

50 spesies reptilia.

Hutan hujan tropika ini juga menempatkan kawasan penempatan air yang menjadi tumpuan

hidupan liar, yang turut menyeberangi kawasan hutan di Thailand.

Salah satu pengalaman menarik di sini ialah kembara di hutan Ulu Muda. Terdapat juga kawasan

perkhemahan, atau boleh juga berkunjung ke kawasan ini menggunakan bot.

Jadikan pengalaman berkunjung ke hutan simpan Ulu Muda suatu yang sukar dilupakan!

 Logged

Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah

Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"Reply #21 22 November, 2009, 07:58:55 PM

Publish

Kolam Air Panas Ulu Legong

Terdapat lima kolam air panas semulajadi di lokasi ini. Ulu Legong juga terletak dekat dengan

perkampungan orang asli.

Baling terletak di selatan Kedah, dan tempat ini menjadi tarikan bagi mereka yang menggemar

untuk mencuba terapi kolam air panas.

Terletak 22km dari Baling, tempat ini sesuai untuk pengunjung pelbagai lapisan umur,

terutamanya apabila suhu menurun pada malam hari.

Ada juga yang berkunjung ke sini untuk mendapatkan rawatan terapi bagi pelbagai jenis sakit.

Mereka merendamkan diri dalam kolam air dengan kandungan sulfur yang tinggi ini.

Suhu air antara 30 °C dan 60°C, dengan kandungan sulfur yang tinggi di kolam air panas tersebut

menjadikan ia tempat yang sering dikunjungi orang ramai.

Page 8: tapak perkhemahan.docx

o

Reply #22 22 November, 2009, 08:08:33 PM

Publish

Menyusuri Sungai Kilim

Bagi penggemar keunikan alam semulajadi, Langkawi menawarkan pelbagai pengalaman

termasuk menyusuri Sungai Kilim untuk melihat keindahan hutan paya bakau dan Langkawi

Geoforest Park.

Terletak di kawasan seluas 100 km persegi, Sungai Kilim mempunyai kawasan paya bakau, pantai

dan juga teluk. Di sepanjang laluan ini, anda dapat melihat sendiri ekosistem yang pelbagai.

Beberapa pakej khas turut disediakan bagi mereka yang ingin melihat sungai ini. Ada aktiviti

memberikan makanan kepada burung helang, selain kawasan Sungai Kilim menjadi kawasan

persinggahan burung pada September dan Mac.

Setelah lawatan ini, bot akan bergerak menuju ke arah Laut Andaman, dan anda akan melihat

kawasan “The Hole in the Wall”. Ini adalah kawasan laluan terkenal kawasan batu kapur yang

melalui sungai dan menuju ke laut.

Laluan sempit ini menjadi kawasan baik untuk kapal berlabuh. Terdapat juga kawasan perikanan,

dan kita dapat lihat hidupan marin yang pelbagai.

Anda juga boleh menikmati jamuan makanan laut di restoran terapung di kawasan ini yang turut

menternak pelbagai jenis hidupan laut.

 Logged

stonez145

Page 9: tapak perkhemahan.docx

Hope

o

Reply #23 22 November, 2009, 08:11:43 PM

Publish

jangan lupa lembah bujang...

dan langkawi la...

di langkawi,tempat wajib pegi ialah dataran lang, taman lagenda, galeria perdana(mahadthir),

underwater world, cable car, bird paradise, dan pastinya  makam mahsuri...jangan lupa island

hopping(melawat pulau2 di langkawi)..

 Logged

fayah_89

o

Reply #24 22 November, 2009, 08:14:45 PM

Publish

Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk sepanjang 950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian

terpanjang di dunia.

Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke destinasi semulajadi yang sunyi dari hiruk pikuk

kota untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini.

Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat

berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini.

Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan

hidupan liar yang sungguh menawan - kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.

 Logged

fayah_89

Page 10: tapak perkhemahan.docx

o

Reply #25 22 November, 2009, 08:23:54 PM

Publish

Pulau Beras Basah

Pulau Beras Basah terletak di kawasan yang kaya dengan flora dan fauna dan anda boleh

berkunjung ke pulau ini, selain Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting dengan

menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan di Jeti Pelancongan di Pekan Kuah atau Pantai

Cenang.

Pulau ini menjadi tempat pilihan ramai untuk mandi-manda dan bersantai. Ia mempunyai

kawasan pantai yang putih, dan juga mempunyai ekosistem yang pelbagai sesuai untuk mereka

yang inginkan kelainan.

 Logged

fayah_89

o

Reply #26 22 November, 2009, 08:25:48 PM

Publish

Tasik Pedu

   Tasik Pedu terletak di daerah Padang Terap, lebih kurang 90 km dari Alor Setar. Anda boleh

sampai ke tempat ini melalui jalan darat.

   Tasik Pedu merupakan destinasi percutian yang baru bagi negeri Kedah. Terdapat beberapa

aktiviti air disini seperti memancing, jet ski dan menaiki bot. Persekitaran kawasan Tasik Pedu

juga menyediakan satu suasana yang menceriakan bagi pencinta hidupan liar. Di sini juga

terdapat beberapa tempat penginapan yang menawarkan pakej kembali ke alam semulajadi,

Page 11: tapak perkhemahan.docx

mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna. Para pelawat juga boleh mencari dan melihat sendiri

bagaimana lebah hutan gergasi mengumpul madu.

    Dalam perjalanan ke Tasik Pedu, anda akan melalui beberapa pekan-pekan kecil,

pemandangan yang cukup indah dengan kehijauan hutan hujan tropika.

 Logged

fayah_89

o

Reply #27 22 November, 2009, 08:33:24 PM

Publish

Gunung Keriang

 Ada mitos yang mengatakan gunung ini asalnya sebuah kapal yang disumpah menjadi batu oleh

Sang Gedembai kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak

dipenuhi .Di dalam gua ini pula dikatakan mempunyai pinggan mangkuk yang dipercayai dibawa

oleh kapal tersebut. Masyarakat yang mendiami kawasan ini ketika dahulu pernah meminjam

mangkuk berkenaan untuk majlis kenduri. Kini, Mitos tersebut telah menjadi salah satu daya

tarikan pelancong untuk datang ke  sini.

Gunung yang dimaksudkan ialah Gunung Keriang yang terletak kira-kira 7 km dari bandar Alor

Star, ia adalah destinasi yang harus kita kunjungi kerana kaya dengan keindahan alam ciptaan

tuhan. Taman rekreasi yang indah di sini sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri

setelah penat bekerja. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan,  tandas awam dan taman

permainan ada disediakan di sini. Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam.

Selain itu, Gunung Keriang juga kaya dengan batu kapur atau batu bunga ( kristal ) . Batu ini

dicari di dalam gua-gua yang terdapat di sini oleh penduduk tempatan dan luar . Sekiranya kita

ingin mendapatkan batu ini, kita boleh membelinya dari peniaga yang menjualnya di sekitar

taman rekreasi ini. Pada masa sekarang, pencarian batu ini tidak dibenarkan lagi dan dengar

khabar di sekitar Gunung Keriang ini akan dibangunkan menjadi sebuah tempat perlancongan

bertaraf lebih tinggi.

Yang pastinya, kunjungan kita ke sini pasti akan memberikan ilham dan ketenangan betapa

pentingnya kita perlu terus menjaga keindahan alam ini.

 Logged

fayah_89

Page 12: tapak perkhemahan.docx

o

Reply #28 22 November, 2009, 08:47:05 PM

Publish

Hutan Lipur Puncak Janing

terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah.

Keunikan hutan lipur ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun sederhana yang menarik dengan

batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi. Hutan

Lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan yang utama

di kawasan ini ialah Kasai, Tulang daing, Meranti tembaga serta Palma.

Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti mandi-manda, berkelah, bersiar-siar, mendaki

gunung, , berkhemah, trekking berjogging dan melihat hidupan liar. Kemudahan yang disediakan

ialah dewan dan surau serta padang disediakan untuk aktiviti berkumpulan.

Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi

dari Pekan Kuala Nerang.

Terletak 14 km dari Pekan Kuala Nerang, 50 km dari Bandar Alor Setar, Kedah. Boleh dihubungi

melalui jalanraya.

 Logged

fayah_89

o

Reply #29 23 November, 2009, 10:13:45 AM

Publish

Page 13: tapak perkhemahan.docx

Taman Rekreasi Bukit Wang

Kedah mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Taman Rekreasi Bukit Wang

(TRBW), kira-kira 40 kilometer (km) dari Bandar Alor Star dan berhampiran pekan Changlun,

sudah lama menjadi destinasi percutian hujung minggu.

Istimewanya, taman ini memiliki kawasan mandi yang panjang iaitu kira-kira satu kilometer (km)

dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Meskipun tidak memiliki air terjun yang tinggi, ia tetap menjadi pilihan kerana persekitaran yang

masih terpelihara.

Bagi remaja yang mahir berenang, mereka boleh lakukan aksi terjun tiruk di tebing setinggi kira-

kira lima meter.

Pengunjung dewasa boleh mandi di kawasan yang agak dalam, sekali gus mengembalikan

nostalgia zaman kanak-kanak mereka.

TRBW juga sesuai dijadikan tempat barbeku. Malah, ia sering menjadi tumpuan pasukan

berunifom sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Kedah untuk melakukan aktiviti

perkhemahan selain datang bersama keluarga.

Selepas penat mandi-manda, pengunjung boleh beristirahat untuk mengeringkan badan di atas

batu di hutan lipur itu sebelum terjun semula ke dalam air.

Malah, ada pengunjung yang terlalu penat tertidur di atas batu besar kerana dibuai alunan

deruan air dan kicauan burung.

Bagi penggemar aktiviti lasak, mereka boleh melakukan aktiviti meredah hutan dan memanjat

bukit atau berjoging di laluan masuk ke kawasan perkelahan itu sambil melihat pelbagai jenis

spesies tumbuhan hutan seperti pokok rumbia dan periuk kera.

Selepas penat bergembira mandi-manda, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan

makanan yang dijual di kafe berhampiran pintu masuk TRBW.

>Info

Page 14: tapak perkhemahan.docx

>Antara kemudahan asas di daerah Kuala Nerang itu termasuk tandas dan tempat persalinan.

Ada juga beberapa pondok yang didirikan di kawasan taman itu sebagai tempat berehat selepas

mereka penat mandi-manda.

>Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan tidak mandi di kawasan jeram yang dalam. Harus

diingatkan keselamatan pengunjung adalah tanggungjawab mereka sendiri. Selain itu, mereka

juga dilarang membuang sampah merata-rata.

>Selepas penat bergembira mandi-manda, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan

makanan yang dijual di kafe berhampiran pintu masuk TRBW.

 Logged

fayah_89

o

Reply #30 23 November, 2009, 01:16:36 PM

Publish

Hutan Lipur Seri Perigi       

Hutan Lipur Seri Perigi terletak dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan

Dipterokarp Pamah. Hutan jenis ini kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Hutan lipur ini

mempunyai air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah iaitu melebihi dari 100 meter. Air terjunnya

boleh kelihatan dari jalan raya Guar Chempedak ke Yan Kecil. Terdapat batu dinding yang sesuai

untuk aktiviti lasak dan mencabar.

Berbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking

bersiar-siar, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.

Perjalanan ke hutan lipur ini amat mempersonakan dengan pemandangan sawah padi,

perkampungan tradisional Melayu dan dusun buah-buahan. Tumbuhan utama boleh ditemui ialah

Meranti melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga dan palma.

Page 15: tapak perkhemahan.docx

 Logged

fayah_89

o

Reply #31 23 November, 2009, 01:28:10 PM

Publish

Serendah Sikebun Bunga

Serendah Sikebun Bunga teletak agak jauh ke dalam dan ia bukan suatu yang menghairankan

kerana daerah Sik sendiri dianggap sebagai daerah pedalaman.Chepir terletak kira-kira 15

kilometer dari pekan Sik atau 70 kilometer dari ibu negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar.

Bagaimanapun daerah pedalaman itulah yang menjadikan Serendah Sikebun Bunga sebagai

sebuah tempat istimewa khususnya bagi mereka yang mencintai alam sekitar dan mahu

menikmati suasana kampung.Keistimewaan Serendah Sikebun Bunga dapat dirasai apabila

pengunjung tiba di persimpangan masuk pusat peranginan itu. Untuk masuk ke Serendah

Sikebun Bunga, para pengunjung terpaksa melalui lorong kecil sejauh 50 meter sebelum tiba di

pintu masuknya.Kiri kanan lorong kecil itu merupakan sawah padi.

Sebelum masuk ke Serendah Sikebun Bunga, pengunjung perlu melintasi jambatan kayu yang

merentangi Sungai Sik.Walaupun lebarnya tidak seberapa tetapi dalamnya yang mencapai paras

pinggang sudah cukup untuk bermandi-manda di dalam sungai yang jernih lagi sejuk airnya

itu.Sesuai dengan namanya, Serendah Si Kebun Bunga dipenuhi dengan pelbagai pokok bunga

yang merupakan sentuhan pemiliknya iaitu mantan wakil rakyat dan Ahli Parlimen Barisan

Nasional (BN) kawasan Jener dan Siki, Dato' Dr. Wan Azmi Ariffin yang begitu rajin menanam dan

menjaga pokok tersebut.Bagi pengunjung yang pertama kali tiba di Chepir, mereka tentunya

menyangka pusat pelancongan itu agak terhad bilik penginapannya kerana yang kelihatan

hanyalah dua bangunan calet, sebuah madrasah dan sebuah rumah kayu.

Sebenarnya, terdapat beberapa calet lagi yang terletak di lereng bukit tetapi terlindung dengan

pokok-pokok hutan dan buah-buahan.Rumah kayu itu pula adalah rumah rehat pemilik pusat

pelancongan tersebut. Ia juga dijadikan pusat operasi menguruskan pendaftaran

pengunjung.Bangunan madrasah selain menjadi tempat untuk beribadat, di bahagian bawahnya

boleh dijadikan bilik persidangan yang boleh memuatkan kira-kira 80 orang.

Serendah Sikebun Bunga yang mempunyai 15 buah bilik termasuk dua buah asrama boleh

Page 16: tapak perkhemahan.docx

menampung kira-kira 60 orang pada satu masa. Kadar bayaran penginapan ialah antara RM40

hingga RM200. Selain bilik penginapan, pusat pelancongan itu juga mempunyai sebuah balai

yang sesuai diadakan majlis ceramah.Tidak hairanlah banyak agensi kerajaan dan syarikat

swasta memilih Serendah Sikebun Bunga untuk mengadakan kursus motivasi bagi kakitangan

mereka.

Serendah Sikebun Bunga terletak kira-kira enam kilometer dari Lata Mengkuang. Lata Mengkuang

terkenal sebagai kawasan berkelah.Alang-alang sudah sampai ke Sik, pengunjung juga boleh

singgah menikmati air panas semula jadi di Air Panas Hulu Legong yang dibuka 24 jam kepada

orang ramai.

Walaupun terletak di daerah Baling tetapi perjalanan-nya dari Serendah Sikebun Bunga jika

menaiki kereta hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.Selain itu pengunjung boleh berkelah di

Lata Bukit Hijau, Lata Bayu dan juga Serendah Sikebun Bunga.Serendah Sikebun Bunga walaupun

terletak jauh ke dalam tetapi mudah dicari lokasinya kerana terdapat banyak papan tanda

memberi kedudukannya sama ada sebelum atau selepas pekan Sik.

 Logged

o

Reply #33 23 November, 2009, 04:54:16 PM

Publish

 Pendang Lake Resort

           RAMAIyang tidak menyedari selain Langkawi, bumi negeri jelapang padi atauKedah

mempunyai banyak destinasi percutian untuk pelancong yangmerindui ketenangan dan suasana

kampung berlatarkan panorama sawahpadi, suara nyanyian cengkerik serta unggas.

Pendang Lake Resort yang dibangunkan pada September 2004adalah antara destinasi percutian

yang dimaksudkan itu. Ia menyediakanpelbagai kemudahan bagi pencinta sukan air seperti

berkayak, jet skidan bot kawalan jauh manakala ikan patin, tilipia, haruan sertapelbagai jenis

ikan air tawar setia menunggu kehadiran kaki pancing.

Bukan itu saja, jika anda impikan latihan lasak ala tentera,Pendang Lake Resort turut

menyediakan kemudahan elemen latihan daratmerangkumi sirkit rempuh yang menggunakan

modul Program Latihan KhidmatNegara (PLKN) terutama bagi peserta kursus seperti kem bina

semangatdan kursus motivasi diri bagi pelajar sekolah.

        

     Terletak 25 kilometer dari bandaraya Alor Stardan kurang satu kilometer dari pekan Pendang,

Page 17: tapak perkhemahan.docx

tasik buatan yangmempunyai keluasan 12 hektar ini boleh dijadikan kawasan riadah

bersamakeluarga kerana di kelilingi beberapa pondok rehat.

Pendang Lake Resort yang dulunya dikenali sebagai Rumah RehatPendang juga bakal

dibangunkan menjadi destinasi pelancongan sukan airterkemuka di Kedah selaras sambutan

Tahun Melawat Kedah 2008 bulandepan.

Malah, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan di siniantaranya, Pesta Memancing sempena bulan

kemerdekaan yang diadakan padaOgos setiap tahun dan penganjuran Cabaran Jet Ski yang

diadakan padaMei lalu yang turut disertai peserta dari Korea, Jepun, Thailand danChina.

Pengarah Pendang Lake Resort, Hashim Abd Rahim, berkata kawasan inijuga menyediakan

kemudahan untuk peserta kursus seperti dewan, biliktutorial, bilik mesyuarat, padang bola sepak

dan bola jaring sertafasiliti asrama untuk pelajar.

Beliau berkata, kawasan ini yang mula beroperasi sepenuhnyapada Januari tahun lalu, menjadi

destinasi pilihan pelancong asingterutama dari Jepun, Timur Tengah dan Thailand.

"Suasana ala kampung menjadi turut menjadi daya tarikankerana ia terletak berhampiran

kawasan sawah padi di beberapa kampungberhampiran, selain di kelilingi pepohon menghijau

yang menyejukkanpandangan.

"Kami menyediakan sebanyak 52 bilik pelbagai kategoriseperti superior, deluxe dan junior suite

berharga antara RM120 danRM250 yang pastinya memberi keselesaan kepada pelancong

untukmerehatkan minda selepas penat bekerja," katanya.

                             

                        Beliau berkata, pengunjung yang bermalam di sini akan berpeluangmemancing

ikan dan berkayak tanpa dikenakan sebarang bayaran. Malah,pengunjung mempunyai pilihan jika

mahukan percutian yang lebih mencabarmereka boleh memilih untuk berkhemah di tapak yang

disediakan dengankadar bayaran serendah RM20.

"Panorama malam di tasik buatan yang mempunyai kedalamankira-kira tujuh meter ini lebih

menarik kerana kawasan sekitarbermandikan cahaya lampu selain hiburan malam seperti

karaoke turutdisediakan buat pengunjung," katanya.

Page 18: tapak perkhemahan.docx

Menariknya, tasik buatan ini tidak pernah kering walaupunketika musim kemarau selain hidupan

air yang ditangkap boleh dijadikansantapan barbeku yang boleh menambah keseronokan

percutian anda.

Malah, kawasan ini juga akan dinaiktaraf bermula tahun depanapabila pengurusan bercadang

membina restoran terapung di tengah tasikselain pelayan restoran akan menggunakan bot untuk

menghantar danmengambil pesanan.

Lokasinya yang berhampiran kawasan kampung, membolehkanpengunjung menikmati masakan

ala kampung seperti kerabu daging, masakgulai kambing, sambal belacan, masak lemak ikan

haruan dan ulam-ulamansegar di beberapa restoran ala kampung berdekatan pekan Pendang.

 Logged

fayah_89

o

Reply #34 26 November, 2009, 04:18:22 PM

Publish

TASIK DAYANG BUNTING

Hutan Lipur Tasik Dayang Bunting ini terletak Hutan Simpan Pulau Dayang Bunting, Langkawi

yang mempunyai jenis Hutan Bukit Bukit Pantai. Keunikan kawasan hutan lipur ini terdapat

sebuah tasik air tawar semulajadi seluas 10 hektar. Kawasan tasik ini adalah bersebelahan

dengan laut yang dipisahkan oleh batu berdinding selebar 10 meter. Kawasan hutan lipur ini

mendapat nama dari Tasik Dayang Bunting yang terdapat di pulau ini. Tasik lagenda ini

mempunyai mitos yang tersendiri.

Beberapa kemudahan seperti wakaf, menara padang dan kemudahan kedai cenderahati terdapat

di kawasan hutan lipur ini. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkayak, perahu

kayuh, mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Disamping itu pengunjung

boleh bersiar-siar mendaki gunung dan melihat hidupan liar dan "arboretum" yang terdapat

disini.

 Logged

fayah_89

Page 19: tapak perkhemahan.docx

o

Reply #35 26 November, 2009, 04:24:15 PM

Publish

GUA CHERITA 

Hutan Lipur Gua Cerita, Langkawi terletak di Hutan Simpan Gua Cerita terdapat pelbagai flora

dan fauna dari Hutan Bukit Pantai. Keunikan hutan lipur ini terdapat sebuah gua yang mempunyai

legenda terdiri iaitu kononnya burung garuda menjadikan gua ini sebagai tempat bersembunyi

Tuan Puteri Maharaja China dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

Di dalam gua ini terdapat sebuah batu seolah-olah tuan puteri sedang beradu yang dikaitkan

dengan hikayat tersebut. Disamping itu keunikan dirian dinding dari batu kapur memberikan

pemandangan yang menarik. Kawasan pantai berhampiran gua ini juga sesuai untuk aktiviti

memancing.

 Logged

fayah_89

o

Reply #36 26 November, 2009, 04:28:44 PM

Publish

DURIAN PERANGIN 

Hutan Lipur Durian Perangin terletak dalam Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi Lokasi hutan

lipur ini disempadani oleh beberapa kawasan perkampung dengan dusun buahbuahan milik

penduduk tempatan. Tarikan sungai perangin yang mempunyai 14 peringkat air terjun dan batu-

batanya yang unik. Ianya sesuai untuk berkelah, berehat dan berekreasi.

Page 20: tapak perkhemahan.docx

Tumbuhan utama dikawasan ini ialah Rengas, Merpauh Periang, Melunak, Meranti Temak, Meranti

Jerit, Rotan dan Palma. Terdapat denai hutan ke Puncak Gunung Raya dan ke Hutan Lipur Lubuk

Sembilang.

 Logged

fayah_89

o

Reply #37 26 November, 2009, 05:01:49 PM

Publish

TUPAH

Hutan Lipur Tupah berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang menpunyai jenis Hutan

Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 - 200 meter pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah

kaya dengan kepelbagaian fl ora dan fauna.

Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti

mandi-manda, berkelah, beristirahat dan aktiviti berkumpulan.

Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Hutan Lipur Tupah ini berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Hutan Dara dan tumbuhan

utama yang terdapat disini adalah seperti Meranti Tembaga, meranti Sarang Punai dan Keruing.

Terdapat juga tumbuhan lain seperti Simpoh dan Sepetir. Bagi mereka yang gemar aktiviti lasak

batu dinding di kawasan ini sesuai untuk aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. bagi

mereka yang tabah bolehlah mendaki hingga ke Puncak Gunung Jerai.

Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah berkhemah, jogging,

trekking, bersiar-siar dan mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan

ini.