Alamat : Hutan Simpan Gunung Jerai
Jarak jauh dari kota terdekat : 14 km dari Pekan Kuala Nerang dan 50
km dari Alor Setar
Kemudahan yang ada :
6 bilik persalinan
Gerai makanan dan minuman
Anjung untuk bersantai
Tempat parking yang luas
Dewan minda
Butir-butir kawasan sekeliling :
Pelbagai flora dan fauna
Terdapat 4 peringkat air terjun
Menghubungkan dengan Hutan Lipur Bukit Wang
Tumbuhan yang utama ialah Kasai (Pometia), tulang daing (Callerya
atropurpurea), meranti tembaga (Shorea leprosula) serta palma
Lain-lain : Mempunyai litar “motorcross” yang pernah digunakan oleh
pelumba-pelumba antarabangsa
No. telefon untuk dihubungi : Pejabat Hutan Daerah Kedah Utara : 04-
9171601
———————————————————————————————————————
———————————————————————————————————————
-
Nama tapak perkhemahan : Pangkalan Tok Mas
Alamat : Jalan Pedu, Kuala Nerang, Kedah
Jarak jauh dari kota terdekat : 10 km daripada Pekan Kuala Nerang
Kemudahan yang ada :
Dewan orang ramai
2 bilik tandas
5 tempat rehat / riadah
Tapak perkhemahan
Gelanggang sepak takraw
Padang untuk sukaneka
Butir-butir kawasan sekeliling : Kawasan persisiran sungai yang
mempunyai kawasan perkhemahan serta pemandangan yang menarik
Lain-lain :
Ditubuhkan oleh Hj. Idris bin Ibrahim yang dikenali dengan nama Pakcik
Yeh
Nama pangkalan Tok Mas adalah sempena nama isterinya
Diwujudkan sejak tahun 2007
Mula beroperasi pada awal tahun 2008
Dirasmikan oleh Bekas Menteri Kedah iaitu Dato’ Seri Setia Diraja
Mahadzir bin Khalid
———————————————————————————————————————
———————————————————————————————————————
Nama tapak perkhemahan : Dusun Resort
Alamat : KM 4 Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, Kedah.
Jarak jauh dari kota terdekat : 3 km dari Pekan Kuala Nerang
Kemudahan yang ada :
Bilik tidur bertaraf hotel
Hostel
Kawasan perkhemahan dalam dusun dan hutan
Kawasan flying fox
Kawasan abseiling
Kawasan repelling
Gelanggang badminton, takraw, bola jaring
Padang bola sepak
Kawasan golf
Driving range
Gymnasium
Hutan untuk jungke tracking
Tasik untuk aktiviti berkayak
Butir-butir kawasan sekeliling : Kawasan dusun yang dibangunkan
secara ladang serta mempunyai pelbagai kemudahan. Kawasan ini juga
mempunyai tasik, kolam serta hutan untuk aktiviti perkhemahan.
No.telefon untuk dihubungi : Encik Roslan bin Tahir (04-7864388 / 04-
7864377)
Emel : [email protected]
Laman web : http://www.dusunresort.com
Lain-lain :
Dimiliki oleh Datuk Bari bin Abdullah
Beroperasi pada tahun 2004
Keluasan sekitar 165 hektar
Kini diurus oleh Roslan bin Tahir
Popular dengan program PLKN dan program berbentuk kursus/motivasi
———————————————————————————————————————
—————————————————————————————————————–
Nama tapak perkhemahan : PJ Sentosa Campsite
Alamat : Jalan Puncak Janing
Jarak jauh dari kota terdekat : 10 km drai Pekan Kuala Nerang
Kemudahan yang ada :
Bilik bertaraf hotel
4 buah dewan yang mampu memuatkan lebih kurang 1000 orang
Padang kawad untuk 450 orang
DOM yang memuatkan 600 orang
Pokok kelapa pandan sebanyak 400 pokok
Pusat LDK bagi 600 orang
Kawasan untuk jungle tracking
Kolam untuk aktiviti kayak
Perkhidmatan sewaan kipas, khemah
Butir-butir kawasan sekeliling : Terdapat lebih kurang 400 pokok buah
mata kucing serta kawasan dusun yang nyaman.
No. telefon untuk dihubungi : Encik Bazli bin Abdullah (04-7866555)
Lain-lain :
Ditubuhkan sejak tahun 2005
Mula beroperasi pada tahun 2006
Pengasas /pemilik adalah Encik Bazli bin Abdullah (dikenali Sebagai
Cikgu Bazli)
Keluasan sekitar lebih kurang 18 ekar
Mempunyai 60 kakitangan
———————————————————————————————————————
——————————————————————————-
Nama tapak perkhemahan : Belantara Elite
Alamat : Kampung Genting Palas
Jarak jauh dari kota terdekat : 7 km dari Pekan Kuala Nerang
Kemudahan yang ada :
Asrama / Dom untuk 250 orang
5 bilik biasa
8 chalet
Dewan orang ramai untuk 250 orang
Dewan makan untuk 250 orang
Surau
Padang untuk aktiviti
Pondok LDK
Tempat BBQ
Tapak perkhemahan
Tandas
Perkhidmatan konsultan untuk kursus-kursus
Pakar-pakar motivasi
Butir-butir kawasan sekeliling : Dikelilingi dengan pokok-pokok getah
No. telefon untuk dihubungi : Paklong Rashid (pengurus) di talian 017-
5591720 / 012-4741652
Emel : [email protected]/
Laman web : http://kembelantaraelit.blogspot.com
Lain-lain :
Ditubuhkan sejak 10 tahun lalu
Pengasasnya adalah Encik Ahmad Shukri
Keluasan sekitar lebih kurang 15 ekar
Dikelilingi keindahan sawah padi
———————————————————————————————————————
————————————————————————————————
Nama tapak perkhemahan : Camp Perik
Alamat : Lot 1376, Kampung Perik, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang,
Kedah
Kemudahan yang ada :
2 buah dom bagi lelaki dan perempuan
Bilik berhawa dingin
Tandas
Pentas untuk malam kebudayaan
Surau
Bilik kuliah yang boleh memuatkan 200 orang
Dewan
Tempat aktiviti LDK
Flying fox
Abseiling
Komando cross
Tapak perkhemahan
Hutan untuk jungle tracking
Sungai Perik
Fasilitator yang bertauliah
Kem komandan
Peralatan kursus
Butir-butir kawasan sekeliling : Kawasan yang masih dikelilingi flora dan
fauna serta dusun yang nyaman.
No. telefon untuk dihubungi : Encik Mohd Rizan bin Romli (019-
5598823)
Lain-lain :
Ditubuhkan sejak tahun 1998
Pengasas / pemilik adalah Dato’ Syed Sobri bin Syed Hashim
Diuruskan oleh syarikat MUDA IMPIAN
Keluasan sekitar 2.0 ekar
Tujuan utama adalah untuk dijadikan pusat bagi aktiviti 4×4
Mempunyai 10 kakitangan
———————————————————————————————————————
———————————————————————————————
Nama tapak perkhemahan : Seri Juluk Resort
Alamat : Kampung Julok Naka, Kedah
Jarak jauh dari kota terdekat : 2 km dari Pekan Naka, 20 km dari Pokok
Sena dan Pekan Kuala Nerang dan 40 km dari Alor Setar.
Kemudahan yang ada :
Terdapat 3 tempat tapak perkhemahan
Dom untuk 150 orang
Dewan terbuka untuk 200 orang
Surau
Chalet
Tandas dan bilik mandi (6 buah)
2 buah kolam memancing
Bengkel batik
Butir-butir kawasan sekeliling : Terletak di dalam dusun seluas 15 ekar
seperti dokong, durian, manggis, rambutan, limau dan naga. Mengekalkan
nilai-nilai senibina tradisional pada bangunan dan suasana kampung.
No. telefon untuk dihubungi : Encik Ahmad Shabri (019-5036665) dan
Puan Hazita (013-4622147)
Laman web : www.seriulukresort.com
Lain-lain :
Mula beroperasi pada 1 Januari 2010
Pengasasnya adalah adalah pasangan suami isteri iaitu Encik Ahmad
Shabri dan Puan Hazita
Seri Juluk Resort diberi nama sempena nama Kampung Kubang Julok
Sesuai untuk tapak perkhemahan, kem motivasi, reakrasi, homestay,
percutian keluarga / hari keluarga dan riadah
Hutan Simpan Ulu Muda
Hutan Simpan Ulu Muda merangkumi kawasan seluas 100,000 hektar di sekitar kawasan hutan
Ulu Muda.
Hutan simpan ini kaya dengan hidupan flora dan fauna, dengan lebih 100 spesies mamalia dan
50 spesies reptilia.
Hutan hujan tropika ini juga menempatkan kawasan penempatan air yang menjadi tumpuan
hidupan liar, yang turut menyeberangi kawasan hutan di Thailand.
Salah satu pengalaman menarik di sini ialah kembara di hutan Ulu Muda. Terdapat juga kawasan
perkhemahan, atau boleh juga berkunjung ke kawasan ini menggunakan bot.
Jadikan pengalaman berkunjung ke hutan simpan Ulu Muda suatu yang sukar dilupakan!
Logged
Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah
Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"Reply #21 22 November, 2009, 07:58:55 PM
Publish
Kolam Air Panas Ulu Legong
Terdapat lima kolam air panas semulajadi di lokasi ini. Ulu Legong juga terletak dekat dengan
perkampungan orang asli.
Baling terletak di selatan Kedah, dan tempat ini menjadi tarikan bagi mereka yang menggemar
untuk mencuba terapi kolam air panas.
Terletak 22km dari Baling, tempat ini sesuai untuk pengunjung pelbagai lapisan umur,
terutamanya apabila suhu menurun pada malam hari.
Ada juga yang berkunjung ke sini untuk mendapatkan rawatan terapi bagi pelbagai jenis sakit.
Mereka merendamkan diri dalam kolam air dengan kandungan sulfur yang tinggi ini.
Suhu air antara 30 °C dan 60°C, dengan kandungan sulfur yang tinggi di kolam air panas tersebut
menjadikan ia tempat yang sering dikunjungi orang ramai.
o
Reply #22 22 November, 2009, 08:08:33 PM
Publish
Menyusuri Sungai Kilim
Bagi penggemar keunikan alam semulajadi, Langkawi menawarkan pelbagai pengalaman
termasuk menyusuri Sungai Kilim untuk melihat keindahan hutan paya bakau dan Langkawi
Geoforest Park.
Terletak di kawasan seluas 100 km persegi, Sungai Kilim mempunyai kawasan paya bakau, pantai
dan juga teluk. Di sepanjang laluan ini, anda dapat melihat sendiri ekosistem yang pelbagai.
Beberapa pakej khas turut disediakan bagi mereka yang ingin melihat sungai ini. Ada aktiviti
memberikan makanan kepada burung helang, selain kawasan Sungai Kilim menjadi kawasan
persinggahan burung pada September dan Mac.
Setelah lawatan ini, bot akan bergerak menuju ke arah Laut Andaman, dan anda akan melihat
kawasan “The Hole in the Wall”. Ini adalah kawasan laluan terkenal kawasan batu kapur yang
melalui sungai dan menuju ke laut.
Laluan sempit ini menjadi kawasan baik untuk kapal berlabuh. Terdapat juga kawasan perikanan,
dan kita dapat lihat hidupan marin yang pelbagai.
Anda juga boleh menikmati jamuan makanan laut di restoran terapung di kawasan ini yang turut
menternak pelbagai jenis hidupan laut.
Logged
stonez145
Hope
o
Reply #23 22 November, 2009, 08:11:43 PM
Publish
jangan lupa lembah bujang...
dan langkawi la...
di langkawi,tempat wajib pegi ialah dataran lang, taman lagenda, galeria perdana(mahadthir),
underwater world, cable car, bird paradise, dan pastinya makam mahsuri...jangan lupa island
hopping(melawat pulau2 di langkawi)..
Logged
fayah_89
o
Reply #24 22 November, 2009, 08:14:45 PM
Publish
Tree Top Walk Sungai Sedim
Tree Top Walk sepanjang 950 meter di Taman Rekreasi Sungai Sedim ini merupakan titian
terpanjang di dunia.
Pelancong dari dalam dan luar negara datang ke destinasi semulajadi yang sunyi dari hiruk pikuk
kota untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini.
Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat
berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini.
Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan
hidupan liar yang sungguh menawan - kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.
Logged
fayah_89
o
Reply #25 22 November, 2009, 08:23:54 PM
Publish
Pulau Beras Basah
Pulau Beras Basah terletak di kawasan yang kaya dengan flora dan fauna dan anda boleh
berkunjung ke pulau ini, selain Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting dengan
menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan di Jeti Pelancongan di Pekan Kuah atau Pantai
Cenang.
Pulau ini menjadi tempat pilihan ramai untuk mandi-manda dan bersantai. Ia mempunyai
kawasan pantai yang putih, dan juga mempunyai ekosistem yang pelbagai sesuai untuk mereka
yang inginkan kelainan.
Logged
fayah_89
o
Reply #26 22 November, 2009, 08:25:48 PM
Publish
Tasik Pedu
Tasik Pedu terletak di daerah Padang Terap, lebih kurang 90 km dari Alor Setar. Anda boleh
sampai ke tempat ini melalui jalan darat.
Tasik Pedu merupakan destinasi percutian yang baru bagi negeri Kedah. Terdapat beberapa
aktiviti air disini seperti memancing, jet ski dan menaiki bot. Persekitaran kawasan Tasik Pedu
juga menyediakan satu suasana yang menceriakan bagi pencinta hidupan liar. Di sini juga
terdapat beberapa tempat penginapan yang menawarkan pakej kembali ke alam semulajadi,
mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna. Para pelawat juga boleh mencari dan melihat sendiri
bagaimana lebah hutan gergasi mengumpul madu.
Dalam perjalanan ke Tasik Pedu, anda akan melalui beberapa pekan-pekan kecil,
pemandangan yang cukup indah dengan kehijauan hutan hujan tropika.
Logged
fayah_89
o
Reply #27 22 November, 2009, 08:33:24 PM
Publish
Gunung Keriang
Ada mitos yang mengatakan gunung ini asalnya sebuah kapal yang disumpah menjadi batu oleh
Sang Gedembai kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak
dipenuhi .Di dalam gua ini pula dikatakan mempunyai pinggan mangkuk yang dipercayai dibawa
oleh kapal tersebut. Masyarakat yang mendiami kawasan ini ketika dahulu pernah meminjam
mangkuk berkenaan untuk majlis kenduri. Kini, Mitos tersebut telah menjadi salah satu daya
tarikan pelancong untuk datang ke sini.
Gunung yang dimaksudkan ialah Gunung Keriang yang terletak kira-kira 7 km dari bandar Alor
Star, ia adalah destinasi yang harus kita kunjungi kerana kaya dengan keindahan alam ciptaan
tuhan. Taman rekreasi yang indah di sini sesuai kepada mereka yang ingin merehatkan diri
setelah penat bekerja. Kemudahan seperti tempat meletak kenderaan, tandas awam dan taman
permainan ada disediakan di sini. Ia juga sesuai sekiranya kita datang untuk bersenam.
Selain itu, Gunung Keriang juga kaya dengan batu kapur atau batu bunga ( kristal ) . Batu ini
dicari di dalam gua-gua yang terdapat di sini oleh penduduk tempatan dan luar . Sekiranya kita
ingin mendapatkan batu ini, kita boleh membelinya dari peniaga yang menjualnya di sekitar
taman rekreasi ini. Pada masa sekarang, pencarian batu ini tidak dibenarkan lagi dan dengar
khabar di sekitar Gunung Keriang ini akan dibangunkan menjadi sebuah tempat perlancongan
bertaraf lebih tinggi.
Yang pastinya, kunjungan kita ke sini pasti akan memberikan ilham dan ketenangan betapa
pentingnya kita perlu terus menjaga keindahan alam ini.
Logged
fayah_89
o
Reply #28 22 November, 2009, 08:47:05 PM
Publish
Hutan Lipur Puncak Janing
terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah.
Keunikan hutan lipur ini diserikan dengan 4 peringkat air terjun sederhana yang menarik dengan
batu-batan yang terhampar serta kehijauan alam sekitar dari pohon-pohon semulajadi. Hutan
Lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan yang utama
di kawasan ini ialah Kasai, Tulang daing, Meranti tembaga serta Palma.
Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti mandi-manda, berkelah, bersiar-siar, mendaki
gunung, , berkhemah, trekking berjogging dan melihat hidupan liar. Kemudahan yang disediakan
ialah dewan dan surau serta padang disediakan untuk aktiviti berkumpulan.
Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi
dari Pekan Kuala Nerang.
Terletak 14 km dari Pekan Kuala Nerang, 50 km dari Bandar Alor Setar, Kedah. Boleh dihubungi
melalui jalanraya.
Logged
fayah_89
o
Reply #29 23 November, 2009, 10:13:45 AM
Publish
Taman Rekreasi Bukit Wang
Kedah mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Taman Rekreasi Bukit Wang
(TRBW), kira-kira 40 kilometer (km) dari Bandar Alor Star dan berhampiran pekan Changlun,
sudah lama menjadi destinasi percutian hujung minggu.
Istimewanya, taman ini memiliki kawasan mandi yang panjang iaitu kira-kira satu kilometer (km)
dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Meskipun tidak memiliki air terjun yang tinggi, ia tetap menjadi pilihan kerana persekitaran yang
masih terpelihara.
Bagi remaja yang mahir berenang, mereka boleh lakukan aksi terjun tiruk di tebing setinggi kira-
kira lima meter.
Pengunjung dewasa boleh mandi di kawasan yang agak dalam, sekali gus mengembalikan
nostalgia zaman kanak-kanak mereka.
TRBW juga sesuai dijadikan tempat barbeku. Malah, ia sering menjadi tumpuan pasukan
berunifom sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Kedah untuk melakukan aktiviti
perkhemahan selain datang bersama keluarga.
Selepas penat mandi-manda, pengunjung boleh beristirahat untuk mengeringkan badan di atas
batu di hutan lipur itu sebelum terjun semula ke dalam air.
Malah, ada pengunjung yang terlalu penat tertidur di atas batu besar kerana dibuai alunan
deruan air dan kicauan burung.
Bagi penggemar aktiviti lasak, mereka boleh melakukan aktiviti meredah hutan dan memanjat
bukit atau berjoging di laluan masuk ke kawasan perkelahan itu sambil melihat pelbagai jenis
spesies tumbuhan hutan seperti pokok rumbia dan periuk kera.
Selepas penat bergembira mandi-manda, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan
makanan yang dijual di kafe berhampiran pintu masuk TRBW.
>Info
>Antara kemudahan asas di daerah Kuala Nerang itu termasuk tandas dan tempat persalinan.
Ada juga beberapa pondok yang didirikan di kawasan taman itu sebagai tempat berehat selepas
mereka penat mandi-manda.
>Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan tidak mandi di kawasan jeram yang dalam. Harus
diingatkan keselamatan pengunjung adalah tanggungjawab mereka sendiri. Selain itu, mereka
juga dilarang membuang sampah merata-rata.
>Selepas penat bergembira mandi-manda, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan
makanan yang dijual di kafe berhampiran pintu masuk TRBW.
Logged
fayah_89
o
Reply #30 23 November, 2009, 01:16:36 PM
Publish
Hutan Lipur Seri Perigi
Hutan Lipur Seri Perigi terletak dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan
Dipterokarp Pamah. Hutan jenis ini kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Hutan lipur ini
mempunyai air terjun yang tertinggi di Negeri Kedah iaitu melebihi dari 100 meter. Air terjunnya
boleh kelihatan dari jalan raya Guar Chempedak ke Yan Kecil. Terdapat batu dinding yang sesuai
untuk aktiviti lasak dan mencabar.
Berbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking
bersiar-siar, mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.
Terdapat denai hutan yang boleh menghubungi hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Bukit Wang.
Perjalanan ke hutan lipur ini amat mempersonakan dengan pemandangan sawah padi,
perkampungan tradisional Melayu dan dusun buah-buahan. Tumbuhan utama boleh ditemui ialah
Meranti melantai, Meranti langgong, Meranti tembaga dan palma.
Logged
fayah_89
o
Reply #31 23 November, 2009, 01:28:10 PM
Publish
Serendah Sikebun Bunga
Serendah Sikebun Bunga teletak agak jauh ke dalam dan ia bukan suatu yang menghairankan
kerana daerah Sik sendiri dianggap sebagai daerah pedalaman.Chepir terletak kira-kira 15
kilometer dari pekan Sik atau 70 kilometer dari ibu negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar.
Bagaimanapun daerah pedalaman itulah yang menjadikan Serendah Sikebun Bunga sebagai
sebuah tempat istimewa khususnya bagi mereka yang mencintai alam sekitar dan mahu
menikmati suasana kampung.Keistimewaan Serendah Sikebun Bunga dapat dirasai apabila
pengunjung tiba di persimpangan masuk pusat peranginan itu. Untuk masuk ke Serendah
Sikebun Bunga, para pengunjung terpaksa melalui lorong kecil sejauh 50 meter sebelum tiba di
pintu masuknya.Kiri kanan lorong kecil itu merupakan sawah padi.
Sebelum masuk ke Serendah Sikebun Bunga, pengunjung perlu melintasi jambatan kayu yang
merentangi Sungai Sik.Walaupun lebarnya tidak seberapa tetapi dalamnya yang mencapai paras
pinggang sudah cukup untuk bermandi-manda di dalam sungai yang jernih lagi sejuk airnya
itu.Sesuai dengan namanya, Serendah Si Kebun Bunga dipenuhi dengan pelbagai pokok bunga
yang merupakan sentuhan pemiliknya iaitu mantan wakil rakyat dan Ahli Parlimen Barisan
Nasional (BN) kawasan Jener dan Siki, Dato' Dr. Wan Azmi Ariffin yang begitu rajin menanam dan
menjaga pokok tersebut.Bagi pengunjung yang pertama kali tiba di Chepir, mereka tentunya
menyangka pusat pelancongan itu agak terhad bilik penginapannya kerana yang kelihatan
hanyalah dua bangunan calet, sebuah madrasah dan sebuah rumah kayu.
Sebenarnya, terdapat beberapa calet lagi yang terletak di lereng bukit tetapi terlindung dengan
pokok-pokok hutan dan buah-buahan.Rumah kayu itu pula adalah rumah rehat pemilik pusat
pelancongan tersebut. Ia juga dijadikan pusat operasi menguruskan pendaftaran
pengunjung.Bangunan madrasah selain menjadi tempat untuk beribadat, di bahagian bawahnya
boleh dijadikan bilik persidangan yang boleh memuatkan kira-kira 80 orang.
Serendah Sikebun Bunga yang mempunyai 15 buah bilik termasuk dua buah asrama boleh
menampung kira-kira 60 orang pada satu masa. Kadar bayaran penginapan ialah antara RM40
hingga RM200. Selain bilik penginapan, pusat pelancongan itu juga mempunyai sebuah balai
yang sesuai diadakan majlis ceramah.Tidak hairanlah banyak agensi kerajaan dan syarikat
swasta memilih Serendah Sikebun Bunga untuk mengadakan kursus motivasi bagi kakitangan
mereka.
Serendah Sikebun Bunga terletak kira-kira enam kilometer dari Lata Mengkuang. Lata Mengkuang
terkenal sebagai kawasan berkelah.Alang-alang sudah sampai ke Sik, pengunjung juga boleh
singgah menikmati air panas semula jadi di Air Panas Hulu Legong yang dibuka 24 jam kepada
orang ramai.
Walaupun terletak di daerah Baling tetapi perjalanan-nya dari Serendah Sikebun Bunga jika
menaiki kereta hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.Selain itu pengunjung boleh berkelah di
Lata Bukit Hijau, Lata Bayu dan juga Serendah Sikebun Bunga.Serendah Sikebun Bunga walaupun
terletak jauh ke dalam tetapi mudah dicari lokasinya kerana terdapat banyak papan tanda
memberi kedudukannya sama ada sebelum atau selepas pekan Sik.
Logged
o
Reply #33 23 November, 2009, 04:54:16 PM
Publish
Pendang Lake Resort
RAMAIyang tidak menyedari selain Langkawi, bumi negeri jelapang padi atauKedah
mempunyai banyak destinasi percutian untuk pelancong yangmerindui ketenangan dan suasana
kampung berlatarkan panorama sawahpadi, suara nyanyian cengkerik serta unggas.
Pendang Lake Resort yang dibangunkan pada September 2004adalah antara destinasi percutian
yang dimaksudkan itu. Ia menyediakanpelbagai kemudahan bagi pencinta sukan air seperti
berkayak, jet skidan bot kawalan jauh manakala ikan patin, tilipia, haruan sertapelbagai jenis
ikan air tawar setia menunggu kehadiran kaki pancing.
Bukan itu saja, jika anda impikan latihan lasak ala tentera,Pendang Lake Resort turut
menyediakan kemudahan elemen latihan daratmerangkumi sirkit rempuh yang menggunakan
modul Program Latihan KhidmatNegara (PLKN) terutama bagi peserta kursus seperti kem bina
semangatdan kursus motivasi diri bagi pelajar sekolah.
Terletak 25 kilometer dari bandaraya Alor Stardan kurang satu kilometer dari pekan Pendang,
tasik buatan yangmempunyai keluasan 12 hektar ini boleh dijadikan kawasan riadah
bersamakeluarga kerana di kelilingi beberapa pondok rehat.
Pendang Lake Resort yang dulunya dikenali sebagai Rumah RehatPendang juga bakal
dibangunkan menjadi destinasi pelancongan sukan airterkemuka di Kedah selaras sambutan
Tahun Melawat Kedah 2008 bulandepan.
Malah, pelbagai aktiviti menarik dianjurkan di siniantaranya, Pesta Memancing sempena bulan
kemerdekaan yang diadakan padaOgos setiap tahun dan penganjuran Cabaran Jet Ski yang
diadakan padaMei lalu yang turut disertai peserta dari Korea, Jepun, Thailand danChina.
Pengarah Pendang Lake Resort, Hashim Abd Rahim, berkata kawasan inijuga menyediakan
kemudahan untuk peserta kursus seperti dewan, biliktutorial, bilik mesyuarat, padang bola sepak
dan bola jaring sertafasiliti asrama untuk pelajar.
Beliau berkata, kawasan ini yang mula beroperasi sepenuhnyapada Januari tahun lalu, menjadi
destinasi pilihan pelancong asingterutama dari Jepun, Timur Tengah dan Thailand.
"Suasana ala kampung menjadi turut menjadi daya tarikankerana ia terletak berhampiran
kawasan sawah padi di beberapa kampungberhampiran, selain di kelilingi pepohon menghijau
yang menyejukkanpandangan.
"Kami menyediakan sebanyak 52 bilik pelbagai kategoriseperti superior, deluxe dan junior suite
berharga antara RM120 danRM250 yang pastinya memberi keselesaan kepada pelancong
untukmerehatkan minda selepas penat bekerja," katanya.
Beliau berkata, pengunjung yang bermalam di sini akan berpeluangmemancing
ikan dan berkayak tanpa dikenakan sebarang bayaran. Malah,pengunjung mempunyai pilihan jika
mahukan percutian yang lebih mencabarmereka boleh memilih untuk berkhemah di tapak yang
disediakan dengankadar bayaran serendah RM20.
"Panorama malam di tasik buatan yang mempunyai kedalamankira-kira tujuh meter ini lebih
menarik kerana kawasan sekitarbermandikan cahaya lampu selain hiburan malam seperti
karaoke turutdisediakan buat pengunjung," katanya.
Menariknya, tasik buatan ini tidak pernah kering walaupunketika musim kemarau selain hidupan
air yang ditangkap boleh dijadikansantapan barbeku yang boleh menambah keseronokan
percutian anda.
Malah, kawasan ini juga akan dinaiktaraf bermula tahun depanapabila pengurusan bercadang
membina restoran terapung di tengah tasikselain pelayan restoran akan menggunakan bot untuk
menghantar danmengambil pesanan.
Lokasinya yang berhampiran kawasan kampung, membolehkanpengunjung menikmati masakan
ala kampung seperti kerabu daging, masakgulai kambing, sambal belacan, masak lemak ikan
haruan dan ulam-ulamansegar di beberapa restoran ala kampung berdekatan pekan Pendang.
Logged
fayah_89
o
Reply #34 26 November, 2009, 04:18:22 PM
Publish
TASIK DAYANG BUNTING
Hutan Lipur Tasik Dayang Bunting ini terletak Hutan Simpan Pulau Dayang Bunting, Langkawi
yang mempunyai jenis Hutan Bukit Bukit Pantai. Keunikan kawasan hutan lipur ini terdapat
sebuah tasik air tawar semulajadi seluas 10 hektar. Kawasan tasik ini adalah bersebelahan
dengan laut yang dipisahkan oleh batu berdinding selebar 10 meter. Kawasan hutan lipur ini
mendapat nama dari Tasik Dayang Bunting yang terdapat di pulau ini. Tasik lagenda ini
mempunyai mitos yang tersendiri.
Beberapa kemudahan seperti wakaf, menara padang dan kemudahan kedai cenderahati terdapat
di kawasan hutan lipur ini. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti berkayak, perahu
kayuh, mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging. Disamping itu pengunjung
boleh bersiar-siar mendaki gunung dan melihat hidupan liar dan "arboretum" yang terdapat
disini.
Logged
fayah_89
o
Reply #35 26 November, 2009, 04:24:15 PM
Publish
GUA CHERITA
Hutan Lipur Gua Cerita, Langkawi terletak di Hutan Simpan Gua Cerita terdapat pelbagai flora
dan fauna dari Hutan Bukit Pantai. Keunikan hutan lipur ini terdapat sebuah gua yang mempunyai
legenda terdiri iaitu kononnya burung garuda menjadikan gua ini sebagai tempat bersembunyi
Tuan Puteri Maharaja China dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
Di dalam gua ini terdapat sebuah batu seolah-olah tuan puteri sedang beradu yang dikaitkan
dengan hikayat tersebut. Disamping itu keunikan dirian dinding dari batu kapur memberikan
pemandangan yang menarik. Kawasan pantai berhampiran gua ini juga sesuai untuk aktiviti
memancing.
Logged
fayah_89
o
Reply #36 26 November, 2009, 04:28:44 PM
Publish
DURIAN PERANGIN
Hutan Lipur Durian Perangin terletak dalam Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi Lokasi hutan
lipur ini disempadani oleh beberapa kawasan perkampung dengan dusun buahbuahan milik
penduduk tempatan. Tarikan sungai perangin yang mempunyai 14 peringkat air terjun dan batu-
batanya yang unik. Ianya sesuai untuk berkelah, berehat dan berekreasi.
Tumbuhan utama dikawasan ini ialah Rengas, Merpauh Periang, Melunak, Meranti Temak, Meranti
Jerit, Rotan dan Palma. Terdapat denai hutan ke Puncak Gunung Raya dan ke Hutan Lipur Lubuk
Sembilang.
Logged
fayah_89
o
Reply #37 26 November, 2009, 05:01:49 PM
Publish
TUPAH
Hutan Lipur Tupah berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang menpunyai jenis Hutan
Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 - 200 meter pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah
kaya dengan kepelbagaian fl ora dan fauna.
Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti
mandi-manda, berkelah, beristirahat dan aktiviti berkumpulan.
Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
Hutan Lipur Tupah ini berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Hutan Dara dan tumbuhan
utama yang terdapat disini adalah seperti Meranti Tembaga, meranti Sarang Punai dan Keruing.
Terdapat juga tumbuhan lain seperti Simpoh dan Sepetir. Bagi mereka yang gemar aktiviti lasak
batu dinding di kawasan ini sesuai untuk aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. bagi
mereka yang tabah bolehlah mendaki hingga ke Puncak Gunung Jerai.
Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah berkhemah, jogging,
trekking, bersiar-siar dan mendaki gunung serta melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan
ini.
Top Related