Aktiviti Penterjemahan Tamadun Islam Membentuk Tamadun Eropah
TAMADUN CINA Dr. Amini Amir - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/14.11.2017 Latest Bab...
Transcript of TAMADUN CINA Dr. Amini Amir - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/14.11.2017 Latest Bab...
Minggu 6 Bab 5
TAMADUN CINA – Dr. Amini Amir
5.1 Pengenalan
Tamadun Cina (TC) merupakan salah
sebuah tamadun tertua yang “hidup”
hingga ke hari ini.
Pernah dicabar oleh tamadun lain tetapi
tidak diserap.
Warisan sistem nilai TC memberi kesan
hingga sekarang.
5.2 Konsep dan Takrif
Setiap tamadun merujuk kepada bangsa dan
tempat.
Bangsa Cina merupakan gabungan 5 kaum
besar yang dipanggil Zionghua Minzu
(bangsa Tionghua).
Peringkat awal – dikenali sebagai bangsa
Huaxia kemudiannya dengan nama bangsa
Han (ketika Dinasti Han) dan bangsa Tang
pada tahun 618-907M (ketika Dinasti Tang).
Dinasti Pertama di China: Dinasti
Xia
Dinasti yang pertama tamadun China dikenali sebagai Dinasti
Xia.
Ia menandakan kehidupan primitif telah berakhir. Dalam
dinasti ini, masyarakat menjadi lebih tersusun dan
berorganisasi.
Huaxia merupakan suku yang pertama yang terbentuk. Ia
termasuk orang keturunan dari bangsa Han kuno.
Sebelum Dinasti Xia, suku Xia banyak berkonflik dengan
suku kaum Chi You.
Walau bagaimanapun, Dinasti Xia tidak merupakan dinasti
yang sah kerana pada masa itu, tiada bukti arkeologi yang
dapat memberi bukti kewujudan dinasti ini.
Oleh itu, para sejarawan telah menentukan Dinasti Shang,
iaitu dinasti yang seterusnya selepas Dinasti Xia sebagai
sebuah dinasti yang mempunyai bukti yang sah.
Dinasti Xia mengalami kemerosotan disebabkan Raja Xia Jie, yang
juga merupakan raja terakhir dalam Dinasti Xia, tidak menjaga
negaranya dengan baik-baik.
Dia sering bermain-main dan tidak mengambil berat tentang
kesejahteraan dan ketenteraman negara. Dia juga sering meminum
arak.
Walaupun menteri yang sentiasa berada di sebelah Raja Xia Jie
menasihati beliau, tetapi dia tidak puduli nasihat dan membunuh
sesiapa yang memberi nasihat kepadanya. Akhirnya, pemberontakan
sering berlaku dalam negara.
Pada masa itu, Shang telah mengambil peluang ini untuk menyerang
Dinasti Xia. Kejadian ini juga menandakan berakhirnya Dinasti Xia
dan bermulalah Dinasti Shang dalam Tamadun China.
BEBERAPA ETNIK BESAR BANGSA
CINA
1. HAN
2. HUI
3. MANCHU
4. MONGOL
5. ZANG (TIBET)
Etnik Han
Etnik Hui
Etnik Manchu
Etnik Mongol
Etnik Zang (Tibet)
KONSEP NEGARA DALAM TAMADUN
CINA
1. ZHONG GUO (TIONGKOK) –
NEGARA TENGAH.
2. ZHONG HUA (TIONGHUA) –
GABUNGAN ISTILAH ZHONG
GUO DENGAN HUA XIA.
3. Merujuk kepada konsep wilayah tanah
jajahan pemerintahan bangsa Han yang
mengamalkan budaya Zhong Yen.
MAKSUD NEGARA DALAM TAMADUN
CINA
1. Semangat untuk mengkeluargakan seluruh
unit kecil kenegaraan.
2. Gabungan Guo (negara) dengan Jia
(keluarga).
3. Asas dalam sistem kenegaraan ialah konsep
Zhong (taat).
4. Asas dalam sistem kekeluargaan pula ialah
Xiao (berbakti).
Konsep Xiao
1. Sistem kekeluargaan inilah yang menjadi
asas kepada sistem kenegaraan.
2. Semangat bangsa lebih diutamakan
daripada semangat negara dalam budaya
orang Cina.
3. Sistem pemerintahan dinasti dijatuhkan
oleh Revolusi 1911 dan diganti dengan
sistem Republik.
5.3 Wilayah
5.3.1 Kedudukan Geografi
1. Huang He (Sungai Kuning) – pusat
pertumbuhan tamadun Cina di
utara.
2. Chang Jiang - pusat pertumbuhan
tamadun Cina di selatan.
3. Tanda-tanda tamadun paling awal –
kebudayaan masyarakat di Yangshao
(wilayah Shanxi).
Peta China dan Chang Jiang
Sambungan…
1. Kebudayaan masyarakat di
Yangshao berada dalam
wilayah Shandong.
2. Wilayah Jiangxi – peradaban
zaman gangsa.
Wilayah Jiangxi
5.4 Masyarakat Dan Budaya
SISTEM KEMASYARAKATAN SISTEM SANGKANG
1. Sistem kemasyarakatan
Cina berasaskan sistem
kekeluargaan.
2. Ditekankan kuasa bapa.
3. Menitikberatkan nilai dan
etika.
4. Martabat masyarakat
digolongkan kepada “yang
mulia” dan “yang hina”.
Menekankan tiga
hubungan:
1. Raja dengan
pembesar.
2. Ayah dengan anak.
3. Suami dengan isteri
Sambungan…. Nilai-nilai Utama Dalam Prinsip Wu Chang Sistem Kekeluargaan
1. Ren (kemanusiaan)
2. Yi
(kesaksamaan/keadilan).
3. Li (tatasusila/kesopanan).
4. Zhi
(kebijaksanaan/hikmah).
5. Xin
(amanah/kepercayaan).
Asasnya ialah konsep Xiao (berbakti).
Asas pada sistem kenegaraan pula ialah konsep Zhong (taat).
Sistem Zong Fa menekankan susur galur warisan nenek moyang dalam hubungan manusia antara manusia.
Sambungan… Masyarakat Kuno Cina
Merupakan masyarakat pertanian.
Fahaman Konfusianisme sangatlah
berpengaruh – menentukan segala aspek
kehidupan.
Budaya Konfusianisme merupakan akar
umbi dalam masyarakat Cina tradisi.
Berperanan mengekalkan warisan
tamadun Cina Kuno.
5.4.1 Bahasa dan Sistem Tulisan Cina
Berdasarkan kepelbagaian bangsa yang wujud.
Zaman Dinasti Han – bahasa pertuturan dan sistem tulisan Cina diseragamkan yang dikenali sebagai Hanyu (bahasa) dan Hanzi (tulisan).
“Mandarin” adalah istilah yang digunakan oleh kuasa-kuasa asing yang merujuk kepada bahasa Cina (Hanyu).
Sekarang: ejaan bahasa Cina menggunakan sistem Pinying (sebutan berdasarkan ejaan yang dirumikan).
Sistem tulisan Cina terbentuk berdasarkan makna, bunyi dan bentuk.
Tulisan Cina adalah tulisan bergambar yang berlandaskan tiga unsur ini.
Sambungan…
Walaupun banyak dialek, orang Cina hanya
menggunakan satu sistem tulisan tunggal.
Orang Jepun, Vietnam dan Korea juga
menggunakan teras tulisan Cina.
Walaupun mempunyai bahasa sendiri,
tulisan Cina juga digunakan sebagai
sebahagian daripada tulisan mereka.
Teknologi dan Mesin Dalam
Tamadun Cina
Seismometer atau seismograf merupakan sejenis peralatan
yang digunakan semasa tamadun Cina untuk menyukat
pergerakan bumi atau gelombang seismos yang dihasilkan
oleh gempa bumi, letupan gunung berapi dan sebagainya.
2. Seismograf tersebut juga didapati bahawa ia telah
memainkan peranan yang penting pada hari ini. Iaitu
teknologi cari gali minyak.
Ramai orang menganggap bahawa seni teknologi tersebut
dipelopori oleh jurutera moden tetapi sebenarnya ia adalah
penciptaan semula daripada mesin yang telah digunakan oleh
orang Cina pada 2,000 tahun yang lalu.
Semasa Dinasti Song, tahap perindustrian tamadun China
telah mencapai kemuncak. Para pencipta dan jurutera telah
mencipta mesin yang besar dan lebih maju yang tidak dapat
dilihat di Barat selama lebih daripada seribu tahun.
Terdapat empat penciptaan yang sangat penting semasa
Dinasti Song. Antaranya ialah pembuatan kertas, percetakan,
kompas dan serbuk letupan.
Serbuk letupan merupakan campuran yang mempunyai
pelbagai penggunaan bukan sahaja merevolusikan peperangan
tetapi juga telah membawa kepada penciptaan roket dan
peluru berpandu serta melangkah perjalanan penerokaan dan
menghantar manusia ke bulan.
RODA AIR
Penggunaan roda air semasa tamadun China telah membawa
kepada permulaan sumber tenaga.
Prinsip yang digunakan dalam roda air adalah sama dalam
mereka bentuk enjin wap atau kereta tetapi ia beroperasi
secara terbalik.
Teknologi tersebut kemudian digunakan untuk membenarkan
tiupan angin secara berterusan dan automatik untuk
mewujudkan suhu tinggi yang diperlukan untuk proses
menuang besi.
ODOMETER
Semasa Dinasti Song juga, mereka telah mencipta satu mesin
yang berteknologi tinggi dan canggih iaitu odometer.
Odometer merupakan satu peralatan untuk mengukur jarak
sama seperti dengan odometer yang ada pada kereta kita hari
ini.
Pakar percaya bahawa mesin tersebut digunakan untuk
menjalankan tugasan tentera bagi pengawal maharaja untuk
merekodkan jarak kem musuh atau mengukur sejauh mana
tentera mereka berarak dari bandar diraja.
Gear sistem yang digunakan dalam odometer tersebut adalah
sepadan dengan enjin motosikal pada hari ini.
TRIPHAMMER HIDRAULIK
Satu lagi mesin industri yang baru ditemui oleh ahli arkeologi di
wilayah Yudea Shannon adalah Triphammer hidraulik. Mereka
percaya bahawa ia telah dibangunkan selama dua ribu tahun yang
lalu.
Triphammer tersebut menggunakan kuasa air roda yang mempunyai
beberapa tukul yang dikendalikan oleh satu siri cam atau cuping.
Putaran roda air tersebut menyebabkan tukul diangkat sehingga
ketinggian yang maksima dan membenarkannya jatuh ke
permukaan. Setiap tukul boleh menghasilkan 100 paun kuasa.
Mesin tersebut disesuaikan bukan sahaja untuk menghancurkan
bijirin tetapi juga untuk memukul logam dalam perindustrian
bengkel logam yang masih digunakan pada hari ini.
Orang Cina kemudiannya mencipta satu cara yang lebih
berkesan untuk mengisar bijirin, iaitu menggunakan batu
kilangan.
Mesin tersebut dipanggil sebagai multiple geared grist mill.
Ia digerakkan oleh kuasa air dan dibantu oleh gerakan batu
dalam sistem sudut yang rumit dalam geometri dan
trigenometri.
n mengkuasakan sembilan batu kilangan dua nada secara
berasingan.
Ia juga merupakan satu cara yang ekonomikal untuk menjana
kuasa yang diperlukan.
PEMBUATAN BATU CINCIN JADE
Para sarjana juga telah membuat kajian terhadap reka bentuk
cincin Jade yang ditemui dalam makam sejak 400 SM.
Ahli arkeologi percaya bahawa ketepatan menghasilkan reka
bentuk tersebut adalah dengan menggunakan mesin.
Mesin tersebut dikenali sebagai mesin kompaun iaitu dimana
satu menyegerakkan putaran dengan gerakan linear. Ini
bermakna bahawa satu bahagian mesin akan menggerakkan
cakera dan satu lagi melukis garis pada masa yang sama
dengan ketepatan geometri yang mustahil dilakukan dengan
tangan.
Patung Tentera Terracotta yang
pertama dijumpai telah mengejutkan
dan membuktikan keupayaan dan
kehebatan para jurutera dan artis
cina.
Ramai orang telah menganggap
tentera Terracotta tersebut adalah
keajaiban dunia yang kelapan. Ia
merupakan salah satu penemuan
arkeologi yang utama di dunia dan ia
adalah sama penting dengan piramid.
Tentera Terracotta telah dikebumikan
berhampiran dengan kubur maharaja
Chin untuk mempertahankan beliau
di akhirat.
Artis dan jurutera Cina telah mencipta lebih 8,000
patung pahlawan yang sangat berkualiti tinggi.
Pahlawan tersebut sebenarnya bersenjata dengan
lebih 10,000 senjata gangsa yang boleh membawa
maut dan berfungsi sepenuhnya.
Lebih daripada dua ribu tahun kemudian, senjata-
senjata tersebut masih mempunyai keupayaan
untuk mendatangkan kuasa kerosakan yang besar.
Ia telah membuktikan bahawa senjata dan patung
pahlawan tersebut telah dibuat secara besar-besaran
di kilang-kilang penempaan logam tamadun China.
Cendekiawan moden menganggarkan bahawa
pembinaan tentera terracotta tersebut
menggunakan 750,000 tenaga buruh yang yang
telah bekerja selama 10 tahun atau lebih.
Mereka perlu 20 hari dan sebanyak 300 pound
tanah liat untuk membuat satu tentera Terracotta. Ini
bermakna bahawa artisan yang mencipta tentera
terracotta tersebut memerlukan sebuah kawasan
yang kaya dengan tanah liat yang melebihi sebanyak
seribu tan.
Enjin Kosmik Dan Komputer Astronomi
Dunia Purba Yang Dikawal Oleh Air.
Terdapat satu lagi penciptaan mesin semasa Dinasti Song dan ia
dikenali sebagai enjin kosmik dan komputer astronomi dunia purba
yang dikawal oleh air. Pencipta enjin kosmik tersebut bernama Sue
Song.
Penciptaannya yang kompleks telah menjadi enigma bagi para
jurutera dan perekacipta.
Enjin yang kompleks tersebut direka untuk mengira masa bukan
hanya untuk mengira beberapa jam dan minit, tetapi untuk
mengira mingguan, bulanan, dan musim. Ia juga digunakan untuk
mengira cara pergerakan bumi dan planet-planet di angkasa.
Rakyat dalam tamadun Cina percaya bahawa pergerakan bintang
berkait rapat dengan nasib negara dan raja-raja mereka.
Agama Orang-orang Cina Di
Malaysia
↕The Chinese immigrants brought with them religious
beliefs, practices and institutions. Chinese religion, beliefs
and customs originated in their ancestral land (south
Chinese peasant folk religion).
↕The majority of the Chinese belong to the Mahayana
School of Buddhism, a substantial number of Theravada
Buddhism while many also follow both schools.
↕The existence of over 3,500 Buddhist temples, societies
and organisations does show that the number of Buddhist
amongst Malaysian Chinese is considerable.
Sambungan…
Buddhist associations and societies are usually attached to
temples and vice versa.
The Goddess Kwan Yin (Goddess of Mercy) and Kwan Ti
(God of War) are the most popular amongst the Mahayanist
pantheon.
There are also many Thai Buddhists and Sinhalese Buddhist in
Malaysia.
They also have their own temples and monasteries especially
in Kelantan, Penang and Kedah. Most of them follow the
Theravada School. (For further details see Jan Jakob Maria
De Groot [1910], The Religious System of China,
Leiden: E.J. Brill.)
Sambungan…
Most non-Chinese Buddhists follow the Theravada
School such the Siamese, Sinhalese and Burmese
Buddhist.
The main organisation for the Chinese Buddhist is the
Malaysian Buddhist Association.
The others are Buddhist Missionary Society, Soka
Gakkai [Value Creation] Malaysia, and Sasana
Abiwurdhi Wardhana (Dispensation of the Buddha
Society].
Lihat Hashim: Information Malaysia 1997…, p. 13.
5.4.2 Pandangan Semesta Dalam Tamadun
Cina: Nilai Dalam Tamadun China
Ajaran Konfusius meletakkan
manusia itu sebagai titik tolak
segala perubahan dan pemupukan
diri manusia menuju
kesempurnaan peribadi dan
ketinggian nilai kehidupan.
Samb…. Moralisme
Ideologi Moralisme: pemikiran
tokoh-tokoh Cina seperti
Konfusius, Meng Zi dan Xun Zi.
Pada dasarnya, sifat semula jadi
manusia itu boleh dibentukkan
sama ada menjadi baik ataupun
jahat.
Pandangan nilai orang Cina
banyak dipengaruhi oleh
pemikiran Konfusius, Dao dan
Buddha yang merangkumi
persoalan nilai etika, nilai moral,
tatasusila dan tingkah laku.
Aksiologi Dalam Tamadun Cina
Dalam tamadun Cina,
pandangan nilai-nilai tertentu
sama ada yang berbentuk
keagamaan dan tradisi
mempengaruhi perkembangan
dan kemajuan tamadun itu
sendiri.
Antara pandangan nilai-nilai itu
ialah nilai agama, kesedaran,
ekonomi, politik, masyarakat,
akhlak dan kejayaan.
Menurut Lok Chong
Hoe, “Kedua-dua
falsafah China
(Konfucius dan
Mencius) dan Barat
mempunyai
pandangan sama
terhadap identiti
perbuatan yang
bersifat moral.”
Apakah Yang Dikatakan Sebagai
Moral Dalam Tamadun Cina? dan (ii) Perbuatan atau
prinsip moral mestilah universal. Sesuatu prinsip itu hanya boleh menjadi prinsip moral jika ia menegaskan bahawa setiap manusia di dalam dunia ini mesti mematuhi dan mengikut prinsip tersebut.
Tanpa syarat (i) dan (ii) sesuatu perbuatan itu tidak boleh dikira sebagai perbuatan yang bersifat moral.”
“Kedua-dua falsafah China dan Barat menunjukkan dua syarat perlu yang mesti dipenuhi dalam setiap perbuatan manusia yang bersifat moral.
Dua syarat perlu itu ialah: (i)Perbuatan yang moral mesti dilakukan kerana nilainya dan bukan kerana kita ingin mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut;
Nilai-nilai Moral Dalam Tamadun Cina
Nilai moral Buddhisme, Taoisme dan Confusianisme
menjadi teras kehidupan tamadun Cina.
Pengawalan Nafsu melalui Empat Kebenaran Mulia
(The Four Noble Truth)
i. Penderitaan hidup manusia
ii. Nafsu penyebab manusia menderita
iii. Penghapusan nafsu daripada diri manusia
iv. Penderitaan dapat dihapuskan dengan Lapan
Laluan:
Jalan Lapan Laluan (Eight Fold Path)
1. Pengetahuan yang baik
2. Pemikiran baik
3. Perkataan baik
4. Pertapaan baik
5. Keinginan baik
6. Kelakuan baik
7. Kehidupan baik
8. Usaha yang baik
Ajaran ini juga mengambil berat soal:
1. pengamalan moral tinggi
2. elak pembunuhan
3. tidak menipu
4. mengawal perasaan dan emosi
5. tidak mencuri
6. tidak mengumpat
7. AHIMSA (larangan memusnahkan
benda hidup untuk capai Nirvana)
Feng Shui Dalam Tamadun Cina
The Malaysian Chinese believe also in feng-shui, that is the
ancient Chinese art of tuning into the seasonal changes, tides
and vibrations of nature to bring health, wealth and good
fortune.
According to Stephen Skinner, “The principles of feng-shui are
designed to alter your environment, your home and your heart, so that
you feel at peace with yourself and the universe, and therefore able to
use those in the tides of fortune that ceaselessly churn through your
life to your best advantage.”
Many Malaysian Chinese businessmen have been believers in
feng-shui and attribute much of their success to its beneficial
practices.
Sambungan…
Stephen Skinner observes: “It is no coincidence that in
Hong Kong and Taiwan many of the buildings have feng-
shui inspired features, and that these two states have amongst
the highest per capita income in the world, closely followed
in Asia by Singapore and Malaysia, two other advanced
'tiger' economies. Businessmen in these countries take feng-
shui very seriously”.
Stephen Skinner [1997], Feng Shui, Bristol:
Parragon, p. 6 and p. 7.
Nilai Moral Confusianisme
1. Konsep Li (kelakuan baik)
2. Konsep Ren (berperikemanusiaan)
3. Lima Hubungan Asas:
- Pemerintah – rakyat
- Ibubapa – anak
- Suami – isteri
- Abang – adik
- Kawan - kawan
Urbanisasi Di China Pada 1990-an, kawasan-
kawasan pedalaman China telah mengalami satu trend pembangunan yang pesat dalam urbanisasi.
Tumpuan yang lebih diberikan kepada 2 wilayah iaitu Xuanwei dan Yunnan.
Pakar ekonomi di China berpendapat proses urbanisasi adalah jalan
menuju pemodenan sekaligus membawa kemajuan kpd ekonomi China. Para pemimpin China mengambil langkah yang bersungguh-sungguh untuk memajukan proses urbanisasi
Di antara langkah yang diambil untuk
menjalankan proses urbanisasi ialah:
Permodenan sekolah
Pemuliharaan infrastuktur awam
Manipulasi kerajaan
Sebagai langkah permulaan kerajaan
China telah menaikkan taraf wilayah
dan kampung kpd status bandar.
PEMODENAN SEKOLAH
Dianggap sebagai salah satu misi kerajaan yang bertujuan membangunkan sistem persekolahan di kawasan pedalaman China
Ia bukanlah satu usaha untuk menambahkan pendapatan negara.
Semua sekolah telah diminta untuk menyelaraskan sukatan pelajaran berdasarkan kriteria kerajaan.
Di Yunnan projek permodenan sekolah termasuk mentadbir semua wilayah kecil di sana.
Ia juga melibatkan pengubahsuaian bilik, penambahan bahan pengajaran dan memperbaiki kebajikan para pengajar(pendapatan dan penginapan).
PEMULIHARAAN INFRASTUKTUR
Pembinaan rumah-rumah kos rendah untuk menggantikan setinggan.
Membekal sumber air bersih serta memberi bekalan elekrtik
Menyediakan sistem pembentungan yang cekap dan sistematik.
Pembinaan pusat-pusat kesihatan kecil
Pembinaan sistem pengangkutan spt jalan raya dan jalan keretapi untuk menghubungkan kawasan –kawasan pedalaman tersebut dengan kawasan sekitarnya.
MANIPULASI KERAJAAN
Proses perbandaran di Xuanwei
misalnya,telah menunjukkan suatu
perubahan yang nyata dalam pentadbiran
kerajaan.
Bidang pertanian dianggap kurang
menguntungkan kerana pasaran pertanian
antarabangsa yang tidak menentu.
Oleh itu para petani tidak berminat
melabur dalam bidang tersebut.
Kerajaan China pula menggalakkan para petani khususnya untuk melabur dalam bidang tersebut dengan memberikan insentif-insentif yang menarik kepada golongan petani.
Pada awal penyusunan semula China, Presiden Deng Xiou Ping telah memberi jaminan bahawa rakyat China akan mendapat satu kehidupan yang selesa, kaya dan bertaraf tinggi menjelang hujung 2000.
Jaminan serta galakan daripada pihak kerajaan merupakan faktor penting untuk meningkatkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk untuk memajukan negara.
KESIMPULAN Proses urbanisasi yang dijalankan di kawasan pedalaman di
China adalah satu langkah jangka panjang dan berterusan.
Menurut penulis,China perlu mengambil satu tempoh masa yang agak panjang untuk maju sepenuhnya.
Kadar kemiskinan di China yang agak tinggi perlu diatasi bagi memajukan negara tersebut.
Impak proses urbanisasi dapat dilihat dalam pelbagai aspek spt ideologi politik kerajaan tempatan China yang berubah, peningkatan dalam politik, pembangunan dan mentaliti pemimpin dan rakyat China yang lebih matang.
PERTEMBUNGAN TAMADUN CINA
DENGAN TAMADUN-TAMADUN LAIN.
1. Interaksi Tamadun Cina & Tamadun
Jepun.
Suatu proses dinamisme-tidak
hanya bergantung kepada faktor
dalaman semata-mata .
Penerimaan unsur-unsur luaran
juga penting bagi mewujudkan
sebuah tamadun yang unggul.
Perspektif Sejarah
China telah menjalinkan hubungan yang baik
dengan Jepun ketika zaman pra-sejarah.
Buktinya: perjumpaan barangan yang
diperbuat daripada gangsa yang dipercayai
kesan-kesan pengaruh dari China oleh ahli
arkeologi.
- Interaksi berlaku sejak abad pertama T.M.
Proses Interaksi
Melalui dua tahap utama iaitu:
1. Tahap pertama Tamadun China berinteraksi dengan tamadun
Jepun melalui Korea.
2. Tahap Kedua Hubungan secara lansung dengan Jepun
diwujudkan kerana Jepun mahukan lebih maklumat tentang China dan mahukan unsur-unsur yang asli dari China.
Kesan-kesan interaksi
1. Bidang pertanian
Budaya penanaman padi yang menjadi pekerjaan tradisi
masyarakat China dan Jepun.
Teknik-teknik dan peralatan baru telah memajukan pertanian
kedua-dua tamadun.
Sambungan…
2. Barangan Logam
Penemuan barangan logam seperti gangsa dan logam wujud
sejak zaman pra-sejarah.
Logam besi - membuat alatan pertanian seperti pisau,
cangkul dan tajak .
Senjata - pedang, tombak dan loceng.
3. Budaya makam atau “ tomb culture”
↕ Sesuatu kubur itu mempunyai ruang yang sangat besar yang menempatkan pelbagai barangan yang ditanam bersama-sama mayat. - Ianya dibuat khusus untuk kelas aristokrat.
↕ Proses interaksi ini berjalan dengan lancar dan menurut catatan dalam rekod “Wei Chih” ( rekod dinasti Wei), hubungan yang terjalin antara keduanya lebih menjurus ke pada landasan politik dan sosial.
↕ Pada tahun 1789, telah dijumpai cop mohor rasmi yang diperbuat daripada emas di Utara Kyushu yang tertulis perkataan “King of Nu of Wa, Vassal of Han”.
↕ Beberapa utusan telah dihantar oleh Permaisuri Himiko kepada Dinasti Wei antara tahun 238 hingga 247 T.M.
↕ Interaksi ini mencapai tahap yang kemuncak dengan kemasukan agama Buddha pada abad ke-6 yang telah berlanjutan hingga kini dan mempengaruhi aspek kehidupan masyarakat kedua-dua tamadun.
2. Interaksi Tamadun Cina dengan
Tamadun Islam
Terdapat ungkapan bahasa Arab lama-“Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China”.
Tiada bukti yang tepat tentang kedatangan Islam ke China tetapi ada pendapat ianya melalui para pedagang yang melalui jalan-jalan perdagangan laut yang utama ketika itu.
Kisah orang-orang Arab direkodkan melalui di dalam “Chinese Annals” pada era pemerintahan Dinasti Tang ( 618-907).
Masyarakat Islam di Negara China
Terdapat 10 kumpulan minoriti Islam di negara China dan dari segi etnik ia dibahagikan kepada 2 kumpulan yang utama.
1. Mereka yang terdiri dari puak-puak yang dikenali sebagai Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik,Uzbek, Tartar dan Baoan. Mereka berasal dari Manchuria, Mongolia, Sinkiang, Persia dan Asia Tengah.
2. Kumpulan yang dikenali sebagai kaum Hui yang menguasai bahasa Cina dan memakai pakaian seperti orang-orang Cina.
Asal keturunan mereka adalah dari negara-negara seperti Tanah Arab, Parsi dan juga Asia Tengah yang telah berhijrah ke negara China sewaktu zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung dan Yuan.
Budaya Masyarakat Hui
1. Pekerjaan
Pekerjaan mereka berkaitan dengan beberapa aktiviti yang khusus seperti penjual daging lembu dan kambing,pertukangan kulit,peniaga kedai makan, memproses bulu biri-biri dan juga pengukir batu-batu jed dan permata.
2. Pendidikan
Masyarakat Hui ternyata sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam bidang pendidikan agar mereka berpeluang untuk maju seiring dengan bangsa Han di peringkat kebangsaan. Oleh itu, masyarakat Hui merupakan satu-satunya kumpulan etnik minoriti yang mendapat pendidikan yang memuaskan dan sewajarnya berbanding kumpulan-kumpulan etnik minoriti yang lain.
3. Perkahwinan
Perkahwinan bagi masyarakat Hui merupakan satu perkara yang amat dipelihara dan dijaga rapi agar tidak berlaku perkahwinan di antara seorang yang berbangsa Hui dengan bangsa lain khususnya bangsa Han. Secara tradisinya, masyarakat Hui hanya menerima masuk wanita-wanita dari bangsa Han ke dalam komuniti mereka dan jarang sekali membenarkan wanita-wanita mereka dikahwini oleh lelaki berbangsa Han.
3. Interaksi Tamadun Cina dan
Tamadun Barat.
Sejarah interaksi kedua tamadun ini bermula sejak zaman
Mongol.Sejak abad ke-19, beberapa peristiwa yang
mengejutkan telah mencabar sikap dan kepercayaan-
kepercayaan tradisional Tamadun Cina.
Orang-orang Cina tidak dapat mempertahankan negeri
mereka daripada pencerobohan kuasa-kuasa lain terutama
negeri-negeri Eropah.
Cabaran terhadap nilai-nilai
tradisional
Pengaruh idea-idea Barat terhadap golongan intelektual dan lapisan-lapisan lain dalam masyarakat Cina. Menjelang abad ke-20.
Kebanyakan mereka cuba menyingkirkan ajaran-ajaran Konfusius yang dikatakan menghalang proses modenisasi negeri China.
Salah satu ideologi yang mempengaruhi mereka ialah fahaman Marxisme oleh Parti Komunis Cina pimpinan Mao Zedong.(1949-1976) yang lebih membawa keburukan kepada rakyat China.
Antara perubahan-perubahan yang berlaku:
1. Menentang corak pemikiran lama dan adat lama sebaliknya menyokong corak pembelajaran baru dari Barat.
2. Menentang sistem monarki dan kepentingan politik untuk segelintir orang sebaliknya menyokong sistem demokrasi, liberalisme, individualisme dan sosialisme.
3. Menentang etika tradisional seperti kesetiaan mutlak kepada kerajaan, tanggungjawab mutlak kepada ibu bapa serta ketaksamaan di antara lelaki dan wanita.
4. Menentang keluarga tradisional yang besar sebaliknya menyokong sistem keluarga yang kecil.
5. Menentang perkahwinan yang ditetapkan oleh ibu bapa sebaliknya menyokong kebebasan bercinta dan berkahwin.
6. Menentang kepercayaan karut dan agama sebaliknya menyokong sains dan teknologi.
7. Aspek ekonomi pula mementingkan pengeluaran secara kolektif dan bermatlamat mewujudkan negara kapitalisme.Perindustrian perlu ditekankan berbanding pertanian.
SASTERA, SENI, SAINS DAN
TEKNOLOGI CINA
Sains dan teknologi Cina telah wujud dari kurun 15 hingga 11 Sebelum Masehi.
Teknologi terawal ialah kejuruteraan hidraulik.
Kejayaan mengawal banjir Sungai Kuning.
Teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan.
Porselin, Kertas dan Loyang
Pengeluaran porselin, kertas dan
loyang dikatakan bermula lebih awal
lagi.
Pengembaraan Marco Polo tahun
1275-1292 telah memperkenalkan
Cina kepada dunia Barat dan
menghasilkan interaksi tamadun.
Pengaruh Tamadun Cina Terhadap
Barat
Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin dibawa masuk ke Barat melalui Cina.
Cina tertinggal dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke 20 kerana pemerintah tidak menggalakkan penciptaan, perniagaan dan perindustrian serta hubungan perniagaan dengan dunia luar.
Evolusi Politik dan Pergolakan
Sosial
Evolusi politik dan
pergolakan sosial telah
membangkitkan kesedaran
orang Cina tentang
kepentingan sains dan
teknologi moden.
Sumbangan TC Dalam Astronomi
oASTRONOMI: Sejak kurun 11 hingga 3 SM
(Dinasti Zhou) orang Cina telah mampu
menyediakan katalog bintang, pencatatan
tepat mengenai gerhana dan komet.
oSumbangan mereka yang paling signifikan
ialah penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang
sempurna,
Sistem Kalendar dan Matematik
Dalam TC
Tepat dan berterusan selama 2000 tahun.
Sistem kalendar Cina adalah sistem terawal, maju dan
tepat di dunia.
MATEMATIK: Sempoa (abacus) telah disebut dalam
karya Xu Yue pertama kali pada kurun ke 2 walaupun
ketika itu belum digunakan secara meluas.
Sambungan… Karya agung Zhang Cang; Jiuzhang Suanshu (Sembilan
Bab Matematik) mengandungi hampir keseluruhan matematik orang Cina.
Orang Cina juga telah mengenal pasti nilai pi, perpuluhan dan sistem pecahan.
PERUBATAN CINA:
Bermula sejak zaman
Fu Xi (2953SM)
dikembangkan oleh
Shen Nong dan
kemudiannya Huang Di.
RANGKA TEORI ASAS PERUBATAN CINA
TEORI KOSMIK DUALISTIK YIN DAN YANG DAN TEORI
LIMA ELEMEN
KESEIMBANGAN KUASA YIN DAN YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN
TEORI LIMA ELEMEN
KADAR TIDAK SEIMBANG YIN DAN
YANG - KESAKITAN BERLAKU
TUMPUAN PERUBATAN CINA
ADALAH PADA KADAR YIN DAN
YANG ( YG. BOLEH DIKAWAL)
PERUBATAN CINA
Perubatan Cina menggabungkan unsur-
unsur perubatan dari pengaruh luar
terutamanya dari India, Tibet, Asia Tengah
dan Tenggara, serta perubatan barat.
Perubatan Cina berkembang selari dengan
perubatan barat dengan kewujudan
akupunktur dan falsafah perubatan Cina.
Penyembuhan melalui perubatan cina
Sejarah perubatan klasik cina melibatkan karya mengenai teori perubatan, iaitu pengelasan, diagnosis, rawatan penyakit dan arahan penggunaan dadah.
KARYA PERUBATAN TRADISI DINASTI
HAN Karya perubatan tradisi pada zaman Dinasti Han adalah:
Inner Canon merangkumi pengajian dalam subjek teras.
The Divine Husbandman’s Materia Medica mengandungi huraian tentang ciri-ciri dan sifat lebih dari 300 jenis sayuran, haiwan dan dadah yang dikelaskan kepada tiga (tinggi, pertengahan, rendah).
Canon of Problems menyenaraikan 81 isu-isu yang sukar berkenaan diagnosis dan rawatan akupunktur.
The Treaties on Cold-Damage Disorders merujuk kepada cara-cara diagnosis dan rawatan penyakit yang disebabkan oleh faktor-faktor kesejukan luaran (demam berjangkit)
PERUBATAN TRADISI CINA
Perubatan tadisi cina adalah satu ilmu klasik yang mengutamakan konsep yin yang dan wu xing yang merangkumi panduan untuk memahami tubuh manusia (mikrokosme) dan makrokosme.
Kesihatan bergantung kepada pemeliharaan harmoni di dalam tubuh dan di antara tubuh manusia, alam sekitar dan peraturan sementara penyembuhan adalah berdasarkan bagaimana keharmonian dapat dipulihkan.
PERUBATAN TRADISI CINA
Sebelum Dinasti Han, penyakit
dihubungkaitkan dengan roh atau
‘angin’ jahat yang menguasai jiwa
dan rawatan adalah melalui jampi
serapah atau dadah dan tangkal serta
azimat. Sehingga kini, kepercayaan
ini masih wujud dalam karya-karya
perubatan.
ELEMEN DALAM PERUBATAN CINA
Perkataan qi (ch’i) diterjemahkan dalam falsafah semulajadi sebagai udara, wap dan tenaga yang merangsang proses pertukaran dan sebagai perantara untuk proses tersebut. Dalam perubatan cina, qi mengatur fungsi badan untuk memelihara kesihatan.
ELEMEN DALAM PERUBATAN CINA
Yin bermaksud dalaman dan yang adalah luaran dimana ianya membentuk struktur masa dan ruang. Penyakit akan mengalami fasa yang pada permulaannya dan diikuti dengan fasa yin yang mungkin memerlukan rawatan. Perkataan wu xing diterjemahkan sebagai
lima unsur iaitu kayu, api, tanah, logam dan air. Kelima-lima unsur tersebut adalah berhubungkait di antara satu sama lain.
ELEMEN DALAM PERUBATAN CINA
Tubuh badan manusia dipengaruhi oleh ciri-ciri qi, yin yang dan wu xing, di mana ianya dipisahkan dari persekitaran luaran oleh kulit yang boleh dijangkiti oleh kuman. Saluran peredaran dalam badan
menghubungkan organ dalaman dan deria rasa, perasaan dan sistem penghadaman. Kesemuanya ini dinyatakan dalam teori perubatan klasik yang melibatkan lima sistem peredaran yin dan enam sistem yang.
ELEMEN DALAM PERUBATAN CINA Penghasilan qi akan mengekalkan keharmonian
dan keseimbangan, dan seterusnya meningkatkan kesihatan dan memanjangkan umur. Ketidakseimbangan yin dan yang akan
mengganggu peredaran qi dan apabila ianya dalam peringkat permulaan yang, ketidakseimbangan ini boleh ditangani. Sebaliknya, apabila ketidakseimbangan mencapai tahap yin yang merbahaya, ianya tidak dapat diselamatkan. Konsep rawatan penyakit berjangkit adalah
hampir kepada rawatan barat, tetapi digunakan untuk merawat penyakit tertentu sahaja.
Praktis dalam perubatan CINA Doktor perlu mengenalpasti jenis penyakit dan perkembangannya
sebelum menetapkan rawatan, dan mengetahui latar belakang dan kedudukan pesakit. Ini boleh mempengaruhi haluan penyakit dan mengenalpasti reaksi terhadap rawatan.
Denyutan nadi dan pemerhatian terhadap tanda-tanda fizikal dan emosi amat penting dalam menentukan penyakit. Denyutan nadi memberikan maklumat tentang peredaran qi dan seterusnya sebarang ketidakseimbangan dalam badan dan bagaimana sistem organ dalaman telah dijangkiti. Pemerhatian terhadap keadaan fizikal dan emosi akan menentukan simptom-simptom penyakit.
Praktis dalam perubatan CINA Empat jenis kaedah pemeriksaan melibatkan soal-siasat,
pemeriksaan mata, pemeriksaan audit dan bau, dan pengambilan denyutan nadi. Terapi menggabungkan dua aspek iaitu menghapuskan patogen qi dan menentang kesannya.
Kebanyakan penyakit dianggap sebagai ‘dalaman’ manakala perubatan ‘luaran’ merupakan kepentingan kedua. Pembedahan pula tidak terlibat dalam perubatan utama.
Penggunaan dadah dibawah arahan doktor adalah penting sebagai terapi dalam perubatan tradisional.
Akupunktur dan ‘moxibustion’ Akupunktur memperkenalkan pemeliharaan dan
penyeimbangan qi dengan menggunakan jarum sebagai alat untuk mengembalikan keseimbangan aliran tenaga di dalam badan.
‘Moxibustion’ melibatkan pembakaran tumbuhan ‘wormwood’ kering di atas bahagian kulit seperti bekam.
Akupunktur dan ‘moxibustion’ diamalkan untuk menghasilkan rangsangan sepanjang peredaran qi, melancarkan peredaran qi yang tersekat untuk mengembalikan peredaran badan yang normal.
Golongan Perubatan
Doktor ‘Confucion’ (ruyi) merupakan pelatih perubatan yang mempelajari ilmu perubatan untuk tujuan kebajikan melalui pembelajaran teks dan pengalaman. Doktor turun-temurun (shiyi)
datangnya dari keluarga doktor dan latihan perubatan diamalkan melalui perantisan dan pembelajaran teks.
Golongan Perubatan
Profesion sebagai doktor profesional dikategorikan berdasarkan keputusan peperiksaan perubatan kerajaan sebelum berkhidmat sebagai pegawai perubatan kerajaan. Pangkat mereka tidaklah begitu tinggi dan sukar memperlihatkan prestasi yang cemerlang untuk kenaikan pangkat.
Dinasti Song dan Yuan memperlihatkan kewujudan farmasi dan klinik kerajaan dan prestasinya semakin menurun disebabkan wujudnya pusat perubatan persendirian semasa Dinasti Ming.
Pembangunan perubatan Cina moden
Perubatan cina mula bertapak di negara Jepun moden yang menawarkan latihan profesional dan seragam di kolej perubatan persendirian dan hospital. Seterusnya, ia memperkenalkan arahan perubatan dan rawatan dalam sistem insuran di Jepun dan Korea.
Kaum cina diperkenalkan dengan perubatan barat melalui kegiatan mubaligh dan dengan penubuhan hospital dan latihan gaya barat, perubatan cina terpaksa bersaing dengan perubatan barat dalam mewujudkan sistem prubatan kerajaan moden.
Pemikiran perubatan ‘syncretic’ telah menghasilkan keseimbangan dalam perubatan barat dan cina, dimana ia melibatkan perubahan dari segi fungsi kepada fahaman kebendaan (materialisme) dalam konsep perubatan.
Pelatih perubatan cina hanya menjalani latihan yang kurang mendalam dan kemahiran diri hanya boleh dicapai melalui pembelajaran teks yang berasaskan perubatan barat.
Perubatan saintifik wujud di barat yang mengandungi pengetahuan program dan kuasa yang baru seiring dengan anatomi dan kajian tubuh badan.
Perubatan Cina mengabaikan anatomi
dan asas perubatan saintifik dan ini
menyebabkan ianya kurang mendapat
sambutan di barat. Tambahan pula,
kewujudan pelbagai budaya baru,
teknologi yang canggih dan penerangan
saintifik yang lebih tepat meningkatkan
lagi kekuatan perubatan saintifik.
KEPELBAGAIAN TAMADUN
ISLAM DI CINA
Islam dikatakan sudah sampai ke China pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w. melalui Laluan Sutera (Silk Route)
SEJARAH
SAAD BIN ABI WAQQAS ADALAH ORANG PERTAMA
SAMPAI DI NEGARA CHINA PADA 650 MENGIKUT
DINASTI TANG. (zaman Saidina Uthman bin ‘Affan)
MAHARAJA YUNG-WEI MENERIMA KEDATANGAN
SAAD DAN MENGANGGAP CONFUSIANISME SERASI
DENGAN ISLAM
Masjid Di Cina
BELIAU MEMBENARKAN MASJID PERTAMA DI CHINA IAITU DI CH’ANG AN.
2 BUAH MASJID TERTUA DI CHINA YANG MASIH LAGI WUJUD IALAH DI CANTON DAN CHUANG CHOW.
PERNIAGAAN ANTARABANGSA MELIBATKAN IMPOT-EKSPOT SUDAH WUJUD SEJAK ZAMAN DINASTI SUNG (960-1279)
Dakwah dan Perdagangan
Zaman Umayyah dan
Abbasiyyah menyaksikan 6
delegasi dihantar ke China
untuk tujuan dakwah dan
perdagangan.
DINASTI MING
KETIKA DINASTI MING (1368-1644), ISLAM
DI CHINA DIANGGAP MENCAPAI
KEGEMILANGAN.
INTEGRASI CINA MUSLIM DENGAN
MASYARAKAT HAN BERLAKU. NAMA
CINA DISERAPKAN DENGAN NAMA
ISLAM.
MAKANAN DAN PEMAKAIAN BUSANA
ISLAM TERPELIHARA.
DINASTI YUAN
ZAMAN DINASTI YUAN –
CINA MUSLIM
MEMAINKAN PERANAN
PENTING DALAM
POLITIK
POPULASI TAHUN 1970an DAN
TERKINI
JUMLAH PENDUDUK
CINA MUSLIM DI CINA
IALAH 30 JUTA (1970an).
SEKARANG – JUMLAH
MELEBIHI 60 JUTA
(Millenium).
Bagaimana Islam Sampai di Cina?
ISLAM SAMPAI DI CHINA MELALUI
JALAN AIR (LAUTAN)
TERUTAMANYA DI DAERAH
KWANG TUNG (CANTON) DAN
HOKKIEN
ISLAM SAMPAI KE BARAT DAN
TIMUR CHINA MELALUI AKTIVITI
PERDAGANGAN
SIAPAKAH CINA MUSLIM?
1. ORANG-ORANG HUI – BERKETURUNAN ARAB – HAN – PEDAGANG BERKAHWIN DENGAN PENDUDUK TEMPATAN. RAMAI MENETAP DI NINGSHA (UTARA CHINA). POPULASI CINA MUSLIM TERBESAR DI CHINA.
2. ORANG CINA BERKETURUNAN TURKI
3. ORANG-ORANG HAN DI LUAR TANAH BESAR CHINA. SEMAKIN MENGIKIR CIRI-CIRI KECINAAN.
Identiti Orang Cina Muslim
ORANG CINA MUSLIM DIKENALI SEBAGAI
ORANG YANG SANGAT TAAT KEPADA AGAMA.
DR. KONG CHEE KEONG “ORANG-ORANG
CINA MUSLIM ADALAH ISLAM ITU SENDIRI”
KEBANYAKAN ORANG CINA MUSLIM
BERMAZHAB HANAFI YANG TERDIRI DARIPADA
BANGSA TAJIKS, TARTAR, KHIRGIS, UZBEKS
DAN KAZAKS.
Bangsa dan Daerah HAMPIR SEMUA CINA MUSLIM DI MALAYSIA
BERMAZHAB SHAFIE.
BEBERAPA KELOMPOK BANGSA CINA SERING DIKAITKAN DENGAN DAERAH ATAUPUN AGAMA. CONTOH:
BANGSA MAN – MANCHU
BANGSA TSANG – TIBET
BANGSA HAN – CINA
BANGSA HUI – MUSLIM
BANGSA MENG - MONGOL
Ciri-ciri Dominan Bangsa Han
ORANG-ORANG HAN
DIANGGAP SEBAGAI
ORANG CINA WALAUPUN
APA AGAMANYA KERANA
CIRI-CIRI DAN
KERUPAAN CINA.
SENI BINA MASJID CINA MUSLIM
WARNA MERAH SEBAGAI TRADISI
KECINAAN MASIH DIKEKALKAN
MASJID MASIH MENGIKUT SENI BINA
CHINA
SENI BINA ISLAM SEPERTI KEWUJUDAN
MENARA DAN, MIMBAR DAN TEMPAT
WUDUK DIINTEGRASIKAN
Masjid di China Masakini
32,749 buah masjid
pada 1998.
23,000 dalam
wilayah Xinjiang
sahaja.
SENI BINA MASJID CINA MUSLIM
WARNA MERAH
SEBAGAI TRADISI
KECINAAN MASIH
DIKEKALKAN
MASJID MASIH
MENGIKUT SENI BINA
CHINA
SENI BINA ISLAM
SEPERTI KEWUJUDAN
MENARA DAN, MIMBAR
DAN TEMPAT WUDUK
DIINTEGRASIKAN
Masjid Seni bina Cina Di Rome,
Italy
BUDAYA MAKAN BERSEPIT (CHOP STICK)
BAHASA MANDARIN DALAM AKTIVITI KEAGAMAAN
KEBANYAKANNYA MENGGUNAKAN NAMA PERTAMA DENGAN PANGGILAN “MA” KERANA:
1. RAMAI PENDUDUK BARAT CHINA MENGGUNAKAN NAMA MA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM TERUTAMANYA OLEH PENDUDUK BERBANGSA HAN SEPERTI MA WU DAN MA TONG.
NAMA”CHU” DITUKAR KEPADA “HEH” KERANA CHU BERMAKSUD “KHINZIR”`
Amalan keagamaan
Muslim dibenarkan disemadikan dalam kubur yang tersendiri Muslim dibenarkan berkahwin dengan
dikhutbahkan oleh imam Musim perayaan Muslim dibenarkan
bercuti Muslim dibenarkan menunaikan haji Cina Muslim juga bergiat aktif dalam
politik dalaman dan memperjuangkan hak-hak mereka.
Tamadun Islam di negara China dinamakan ‘hui zhu’ (回族). Di China, kaum Islam adalah bilangan kaum yang ketiga
terbesar tetapi mereka tinggal terpisah-pisah.
Pada zaman sekarang, mereka telah tersebar kepada seluruh
negara China seperti Henan, Inner Mongolia, Shanghai,
Beijing, Hainan, Sichuan dan sebagainya.
Pada zaman sekarang, kaum Islam sudah berada di seluruh
China.
Pertembungan Tamadun Cina
Dengan Tamadun-tamadun Lain Dan
Masa Depannya
Signifikan Pertembungan Tamadun
Mengwujudkan natijah positif dan memperkasakan tamadun Interaksi peradaban Proses pinjam-meminjam antara peradaban Pengayaan ilmu melalui penterjemahan dan
peminjaman bahasa, istilah, kesusasteraan dan lain-lain. Pengayaan penciptaan (invention) dan
penemuan
Interaksi Dengan Tamadun Luar
Penerimaan unsur luar
dapat meneruskan
keberterusan (survival)
dan pengukuhan
tamadun
Pertembungan Tamadun Cina Dengan
Jepun
Sejak zaman pra sejarah berlaku Tamadun Jepun banyak menerima pengaruh China dan
Korea dalam pembinaan tamadunnya. Tamadun Jepun berasaskan pandangan semesta, falsafah dan kosmologi serta konsep agama dan ajaran Shinto,Buddha dan Konfusius yang memperkuatkan sistem kepercayaan diri orang Jepun. Tamadun Jepun yang juga dikenali sebagai Daughter of
Chinese Civilization banyak meminjam daripada budaya China dan diacukan dalam bentuk baru bersesuaian dengan budaya Jepun itu sendiri, seperti dalam bidang tulisan, agama Buddha, falsafah Konfusius dan lain-lain lagi.
Pertembungan Tamadun Cina Dengan
Islam
Negara China adalah negara yang ketiga terbesar di dunia selepas Russia dan Kanada. Negara China juga diiktiraf sebagai salah sebuah negara yang pernah mewujudkan tamadun awal dunia yang dikenali sebagai Tamadun Hwang Ho (sempena mengambil nama sungai Hwang Ho di utara China).
Negara itu pernah ditadbir oleh pelbagai kerajaan dan dinasti sama ada oleh bangsa Cina (Han) atau dari suku kaum yang lain. Di antara dinasti berbangsa Cina adalah seperti Dinasti Shang, Dinasti Zhou, Dinasti Qin, Dinasti Han, Dinasti Tang, Dinasti Song, dan Dinasti Ming.
Manakala contoh dinasti bukan berbangsa Cina adalah seperti Dinasti Kin (Tatar Besi), Dinasti Yuan (Monggol), dan Dinasti Ching(Manchu).
Pertembungan Dengan Tamadun Islam
Umat Islam Di Cina Berjumlah lebih 60 juta
Mengikut beberapa sumber dari China, adalah dipercayai bahawa Islam telah sampai ke negara China di zaman pemerintahan Dinasti Tang dan pernah mencapai kegemilangannya ketika pemerintahan Dinasti Yuan dan dinasti Ming. Ia mengalami kemerosotan di zaman dinasti Manchu.
Pada tahun 1911 pemerintahan Dinasti Manchu digulingkan dan digantikan dengan Republik China yang berpusat di Nanjing 1912, dan kemudian berpindah ke Peking.
Pada tahun 1949 parti komunis telah dapat mengawal keseluruhan Tanah Besar Negara China kecuali Pulau Taiwan. Berikutan dari itu pada 1hb Oktober 1949, Mao Zedong, pengasas parti komunis telah mengumumkan Negara China dikenali sebagai Republik Rakyat China (People’s Republic of China) (Zhonghua Remmin Gonghe Guo).
Sambungan…
Penduduk yang beragama Islam pula boleh di dapati di mana-mana bahagian atau di semua daerah negara China. Namun begitu kebanyakan penduduk yang
beragama Islam adalah berada di beberapa daerah seperti Xinjiang (wilayah autonomi Uighur), wilayah autonomi Hui Ningxia,Yunnan, Shaanxi, Gansu, Hebei, Honan, Shandong, Sichuan and Shanxi. (Brian, 1996)
Orang Islam di China (Yvonne Moonen dan
Annette O’Riordan, 2015, Islam in China)
China mempunyai 1.3 bilion penduduk yang terdiri daripada 56
kumpulan etnik.
Orang Cina Han (dikenali sebagai MINZU) adalah majoriti dengan
kira-kira 91% daripada populasi.
Yang lain 55 (lagi) yang disebut etnik minoriti membentuk 9%
daripada jumlah keseluruhan.
Sepuluh daripada kumpulan etnik ini adalah orang Islam.
Mereka berjumlah lebih kurang 60 juta orang dan mewakili hampir
2% daripada jumlah penduduk China.
Sepuluh kumpulan minoriti Islam adalah Hui, Uyghur, Kazakh,
Kirgiz, Dongxian, Salar, Tajik, Uzbek, Tartar dan Bonan. Hanya Tajik
(0.01%) mengikut Shiah.
Sambungan…
Kumpulan lain adalah Sunni. Mereka hidup terutamanya di wilayah
Barat Utara China: Xinjiang, Gansu, Qinghai dan Ningxia. Wilayah
ini kaya dengan sumber semulajadi seperti jed dan menghasilkan
banyak tanaman gandum dan beras berkualiti baik.
Kumpulan ini ditemui juga di wilayah Yunnan di Barat Laut dan
Henan, di tengah China.
Selain daripada itu, umat Islam China ditemui di bandar-bandar
besar China, terutamanya di PantaiTimur, Xi'an dan Beijing.
Daripada 60 juta umat Islam China, Hui adalah majoriti, dengan kira-kira
10.5 juta orang. Mereka adalah keturunan bekas pendatang yang membawa
agama mereka dan berasimilasi melalui perkahwinan. Mereka tersebar di
seluruh China. Mereka mempunyai identiti Cina dalam penampilan fizikal
dan dalam bahasa.
Walaupun mereka dikategorikan sebagai 'Muslim', ini tidak bermakna
mereka semua mengamalkan agama mereka. Mereka boleh menjadi sekular
dan hanya tahu bahawa Islam adalah sebahagian daripada identiti mereka.
Sembilan etnik minoriti yang lain adalah orang Turki yang berasal dari
AsiaTengah. Mereka hidup di tanah nenek moyang mereka di kawasan
pegunungan yang terpencil, di sekeliling padang pasir yang luas dan di
bandar-bandar oasis di Barat Laut China. Mereka berpegang pada budaya
mereka sendiri, tradisi dan bahasa.
Uighur pula adalah salah satu daripada kelompok orang Turki dan
merupakan kumpulan Islam yang kedua terbesar di China dengan populasi
kira-kira 10 juta orang. Mereka tinggal di Wilayah Barat Utara Xinjiang.
Wanita Hui di Xi’an
Lelaki Uighur di Shanghai
Lelaki Hui di Linxia, ‘Small
Mecca’, Gansu
Orang Uighur di Turpan,
Xinjiang
HUBUNGAN ANTARA ISLAM DAN
CHINA Terdapat tiga isu utama yang mengaitkan dasar negeri China terhadap umat
Islam:
Pertama, isu Uighur, orang-orang yang tinggal di Xinjiang yang berusaha
untuk kemerdekaan. Cara kasar China memperlakukan dan menuduh
mereka sebagai separatis menyebabkan mereka lebih mendapat sokongan
antarabangsa. China cuba meyakinkan dunia bahawa mereka berhadapan
dengan ancaman pengganas antarabangsa.
Isu kedua adalah mengenai impot minyak. Layanan buruk terhadap orang
Islam di China merendahkan imej China dalam kalangan negara Islam
pengekspot minyak. China menggalakkan hubungan antara Muslim Cina
dengan Timur Tengah.
Aspek ketiga ialah hasrat China untuk mengambil bahagian dalam
organisasi antarabangsa. Bagi kepimpinan Cina, penting untuk
menunjukkan bahawa mereka berpegang pada prinsip apabila negara-
negara asing campur tangan dalam masalah Tibet dan Uighur.
Pertembungan Tamadun Cina Dengan
Barat
Kurun ke 16 Zaman Mongol
Kesan Perang Candu (1839-
1942) – Tertewas dalam
peperangan.
Keaktifan mubaligh Kristian
Perjanjian-perjanjian tidak berat
sebelah
Sambungan…
oModenisasi politik terutamanya dalam aspek pemerintahan
oContohi Peter The Great dan Maharaja Meiji
oGerakan Kebudayaan Baru – Moden dengan perubahan pemikiran dan Sikap, promosi oleh intelek berpendidikan Jepun, Barat dan US, kemasyhuran sains dan demokrasi, pengenalan “pragmatisme” dan Marxisme.
Sambungan…
Kecondongan kepada
Barat – perubahan
pemerintahan, pendidikan
Barat menonjol,
perubahan nilai, cara
hidup dan bahasa.
Masa Depan Tamadun Cina Beberapa ajaran Konfusius yang meletakkan manusia itu sebagai titik tolak
segala perubahan dan pemupukan diri manusia menuju kesempurnaan peribadi dan ketinggian nilai kehidupan.
Kelangsungan orientasi humanisme
Sekularisme
Ideologi Moralisme: pemikiran tokoh-tokoh Cina seperti Konfusius, Meng Zi dan Xun Zi. Pada dasarnya, sifat semula jadi manusia itu boleh dibentukkan sama ada menjadi baik ataupun jahat. pandangan nilai orang Cina banyak dipengaruhi oleh pemikiran Konfusius, Dao dan Buddha yang merangkumi persoalan nilai etika, nilai moral, tatasusila dan tingkah laku. Dalam tamadun Cina, pandangan nilai-nilai tertentu sama ada yang berbentuk keagamaan dan tradisi mempengaruhi perkembangan dan kemajuan tamadun itu sendiri. Antara pandangan nilai-nilai itu ialah nilai agama, kesedaran, ekonomi, politik, masyarakat, akhlak dan kejayaan.
Masa Depan Tamadun Cina
Keakraban manusia
dengan alam semesta
Institusi Keluarga
Keharmonian
Masa Depan Tamadun Cina Sebagai rumusan, asas kecemerlangan tamadun secara umumnya
bertitik tolak daripada kepercayaan, agama, nilai, akhlak, moral, etika, tatasusila dan ilmu pengetahuan. Manusia sebagai pelakon utama dalam pembinaan tamadun harus menjalin hubungan yang rapat dengan Tuhan dan alam sekitar.
Pandangan alam semesta dan kosmologi turut menggarap perkembangan ketamadunan yang berkualiti. Nilai-nilai falsafah bagi setiap tamadun ternyata banyak mencorakkan perjalanan tamadun itu sendiri. Ilmu dan pengetahuan merupakan teras kepada tamadun dan sentiasa dikaji dan diperkembangkan untuk memupuk tamadun sejati.
Cabaran Masa Kini dan Masa Depan
Globalisasi
Modenisasi
Materialisme
Peperangan Nuklear
Komunisme
Mengekalkan pegangan falsafah
moral
Perkembangan Terkini Islam Di
China (MAC 2017) Pada Mac 2017, peraturan baru
diluluskan oleh Dewan Wilayah
Xinjiang yang mengharamkan 15
jenis tingkah laku yang
dipercayai ada hubungan dengan
fahaman pelampau agama.
Ia termasuk memakai purdah,
janggut panjang, enggan
menonton siaran stesen
televisyen kerajaan dan enggan
menduduki pelajaran
kebangsaan.
Ibu bapa Islam diharamkan itu
menamakan anak mereka
dengan nama yang didakwanya
melambangkan radikalisme.
29 nama termasuk, Jihad, Imam
dan Saddam yang dilarang
Muslim di wilayah itu sudahpun
diharam berjanggut atau
memakai purdah di tempat
awam, sebahagian daripada
langkah China untuk apa yang
didakwanya tindakan
mengekang keganasan.
Sambungan…
Kanak-kanak yang diberi nama yang terkandung dalam
senarai itu akan dinafikan identiti mereka dari segi
perundangan.
Bayi dengan nama yang diharamkan itu tidak akan
memperoleh Hukou, pendaftaran kelahiran di China.
Ini bukan kali pertama nama Islam diharamkan di Xinjiang.
Bacaan Tambahan
Lok Chong Hoe (1998), Tamadun Cina: Falsafah, Pandangan
Dunia, dan Aspek-Aspek Kesenian. Kuala Lumpur.: DBP.
Ann Wan Seng (2007), Rahsia Kegemilangan Islam Di China,
Batu Caves: La Khauf Marketing.
Hang Tuah Arshad (1967), Kebudayaan Tionghua, Kuala
Lumpur: Pustaka Antara.
Yusuf Liu Baojun (1999), Perkembangan Masyarakat China
Muslim di Dunia, Kuala Lumpur: Pusat Penyelidikan
Ensiklopedia Malaysia Berhad.