brljar cina.pdf

24
GANGGUAN BAHASA IBUNDA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN DI KALANGAN PELAJAR MELAYU UiTM JOHOR: SATU ANALISIS KESILAPAN SINTAKSIS OLEH : TOH LING LING AINOL HASANAL JALALUDDIN WEE SHEAU PING DISEMBER 2OO5 COPYRIGHT @ UiTM

Transcript of brljar cina.pdf

  • GANGGUAN BAHASA IBUNDA DALAM PEMBELAJARAN BAHASAMANDARIN DI KALANGAN PELAJAR MELAYU UiTM JOHOR:

    SATU ANALISIS KESILAPAN SINTAKSIS

    OLEH :

    TOH LING LINGAINOL HASANAL JALALUDDIN

    WEE SHEAU PING

    DISEMBER 2OO5

    COPYRIGHT @ UiTM

  • IJnit of Research, Development and CommercialisationUnit Penyelidikan, Pembangunan dan PengkomersilanUniversiii Teknologi MARACawangan Johor 85000 SegamatTel : 07-9352343Fax: 07-9352277 I 2288

    E {TNTVERSITITEIC{Or,OGIMARASurat KamiTarikh

    100-cJ(AKA 9t10t7) Jld 4 (30)26 Oktober 2004

    Cik Toh Ling LingPensyarah Bahasa MandarinUniversiti Teknologi MARA85009 SegamatJohor DarulTakzim

    Puan

    GANGGUAN BAHASA IBUNDA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN DIKALANGAN PELAJAR UITM JOHOR SEGAMAT

    Dengan hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.

    Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa URDC Bil 3l2OO4 pada 8 dan 14Oktober 2004 telah mengambil keputusan:

    i. Bersetuju meluluskan cadangan penyelidikan yang dikemukakan oleh puan, En.Ainol Hasanal bin Jalaluddin dan Pn. Wee Sheau Ping.

    ii. Adalah diharapkan projek penyelidikan ini dapat ditamatkan selepas 12 bulan mulai1 Disember 2004 sehingga 30 November 2005.

    iii. Kos yang diluluskan ialah sebanyak RM3090.00 sahaja.iv. Penggunaan geran yang diluluskan hanya akan diproses setelah perjanjian

    ditandatangani.

    v. Kertaskerja boleh dibentangkan dalam seminar setelah 75o/o deraf awal laporanakhir projek dihantar ke URDC untuk semakan. Walaubagaimana pun, puan perlumembuat permohonan kepada Unit Penyeliclikan, Pembangunan danPengkomersilan.

    vi. Pihak puan dikehendaki mengemukakan Laporan Kemajuan Projek Penyelidikansetiap

    'g bulan dari tarikh kuatkuasa. Laporan akhir perlu dihantar sebaik sahajaprolet< penyelidikan disiapkan. Format menulis laporan akhir boleh diperolehi diURDC Johor.

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Bersama-sama iniberkenaan dengan

    Pengarah

    disertakan. perjanjian untuk ditandatangani. Sila penuhkanmenggunakan pen dakwat hitam dan kemibalikan ke uRDC,

    "SELAMAT MENJALANKAN PENYELIDIKAN,,

    perjanji

    1)

    2)

    s.k

    DR. MOHAMED HASHIM BIN MOHD KAMTL

    Koordinator .-Unit Penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilanUniversiti Teknologi MARA Johor

    Timbalan BendahariUniversiti Teknologi MARA Johor

    Yang benar

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Surat Karni :Tarikh :E

    396

    PengarahU|TM Cawangan JohorKampus Segamat, Batu 8Jalan Muar85009 SegamatJohor

    Tuan/ Puan

    PERLANTIKAN BAGI MENJALANKAN PENYELIDIKAN

    Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini dimajukan salinan surat kelulusanmenjalankan penyelidikan serta ringkasan kos perbelanjaan bagi penyelidikan yangdijalankan oleh pensyarah dari UiTM Cawangan Johor;

    :Gangguan Bahasa lbunda Dalam Pembelajaran BahasaMandarin di Kalangan Pelajar UiTM Johor Segamat

    : Cik Toh Ling Ling

    600-tRDC/SSP 5/3/121 Disember 2OO4

    UNWSNSITI TEKNOLOGI MARAInstitut Penyelidikan, Pembangunan danPengkomersilan (IRDC)Institute of Research, Deoelopment andCommer cialisation (IRD C )(sebelun ini rlikmli sebagai Biro Pmyelilkan don Pmndingan)40450 Shah Alam, MalaysiaWebsite t}rrry I I : www.uitm.edu.my/brc

    Tajuk Projek

    Ketua Projek

    Kos Yang diluluskan : RM 3,090.00

    Jenis Geran

    Sekian, terima kasih.

    : Geran Dalaman

    Yang benar,

    -t

    I

    . PROF MADYA DR ROSMIMAH MOHD ROSLINKetua Penyelidikan (Sains Sosial dan Pengurusan)s.k: 1. Prof Madya Ruhana Zainuddin

    Koordinator URDCUITM Cawangan Johor

    2 Gik Toh Ling LingKetua ProjekUITM Cawangan Johor

    3. Encik Mohd Halil MarsukiPenolong AkauntanUnit KewanganZon 17

    , (Sila hantarkan geran penyelidikan bagi pr$ek ini ke Kampus Cawangan)

    aib Cmselor (Penyelidikm)fidikm (Sairc Sosial dm Pengurusm)rlidikm (Sains dan Teknologi)REC:lingm(Kewagan)

    : 0T5544209415 KetuaPerundingm:O3-55442097 KetuaPengkomersilm:03-55442097 KehnHartalntelek: 03-55442760 Penolong Pendaftar:Q3-5544209O PegawaiSains

    : 03-55t142100: 03-5544275Q: 03-55442753: 03-55442092: 03-55442098

    PegawaiEksekutif | 03-55442Q57PejabatAm : Q3-55442Q93/2101Fa :03-55442096UnitKewmgan Zon 12 : 03-554t13140PenolongAkautan :A3-55442099

    @M| s'R't "--E- |

    COPYRIGHT @ UiTM

  • APPROVED RESEARCH BUDGET

    A. Program/Projectnumber; 600-IRDC/SSPS/3/1396Project title: Gangguan Bahasa lbunda Dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin di Kalangan pelajar U|TM JohorSegamat

    Project leader: Cik Toh Ling Ling

    Project duration :_12_______(Months)Tel:019-209'f419 Fax:

    B. Approved Project ExpenditureDate start l Disember 2004 Date ends: 30 November 2005

    Temporary and contractpersonnel (J 400)

    Research materials andsupplies (J 700)Minor modifications andrepairs (J 800)

    Special equipment andaccessories (J 1000)

    C. Project members:Ainol Hasanal b. Jalaluddin

    Wee Sheau Ping

    Pengerusi Jawatankuasa PenyelidikanDate: 21Dis 2004

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Tarikh : 20 DISEMBER 2005No. Fail Projek : 600-IRDC/SSP/ 51311396

    Penolong Naib Canselor (Penyelidikan)Institut Penyelidikan, Pembangunan dan PengkomersilanUniversiti Teknologi MARA40450 Shah Alam

    Yang berbahagia Prof.,

    LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN "GANGGUAN BAHASAIBUNDA DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN DIKALANGAN PELAJAR MELAYU UiTM JOHOR: SATU ANALISISKESILAPAN SINTAKSIS"

    Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 3 (tiga) naskahLaporan Akhir Penyelidikan bertajuk "GANGGUAN BAHASA IBUNDADALAM PEMBELAJARAN BAHASA MANDARIN DI KALANGANPELAJAR MELAYU UiTM JOHOR: SATU ANALISIS KESILAPANSINTAKSIS".

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    KetuaProjek Penyelidikan

    TOH LING LI

    COPYRIGHT @ UiTM

  • KUMPULAN PENYELIDIKAN

    -JA.: TOH LING LINGKetua Projek Penyelidikan

    AINOL HASANAL JALALUDDIN

    Ahti

    Uno

    Tandatangan

    WEE SHEAU PING

    Ahli

    COPYRIGHT @ UiTM

  • PENGHARGAAN

    Kami ingin memanjatkan rasa kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana denganlimpah kurniaNya, projek ini telah dapat disudahkan dengan baik dan lancar. Juga,setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihakyang-terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membolehkan penyelidikanini disiapkan dengan sempurna. Terutama sekali kepada Encik Lim Yoon Chong,PM Ruhan a Zainuddin dan Puan Azizah Aris. Meskipun berbagai halangan dankesusahan melanda tetapi ia tidak sekumit pun mematahkan semangat kami untukmenyudahkan projek yang amat bererti buat kami semua khususnya dan UiTMamnya. Di dalam pelbagai kepayahan yang diharungi, episod kenangan manis danbermakna juga mewarnai kehidupan pengajaran dan penyelidikan kami. Di sampingitu, kami merasa gembira apabila hasil yang dituai amat memberangsangkan. Prosespenyelidikan telah sedikit sebanyak mendewasakan kami iaitu ia telah menjadikankami lebih memahami tanggungjawab dan agenda yang perlu dilaksanakan olehpensyarah universiti. Perkongsian pengalaman dan pandangan dalam duniapengajaran cukup banyak dan indah untuk diperkatakan dan diperkembang supaya iamemberi manfaat dan impak yang maksimum kepada khalayak yang berminat danberkaitan. Tanpa sokongan dan dukungan rakan-rakan sepejabat danpenanggungiawab di URDC, mustahil projek ini dapat disudahkan dengan iayanya.

    COPYRIGHT @ UiTM

  • ISI KANDUNGAN

    Abstrak

    Bab 1: Pengenalanl.l Pendahuluan1.2 Pernyataan Masalah1.3 Objektif Kajian1.4 Kepentingan Kajian1.5 Batasan Kajian

    Bab 2z Analisis Kontrastif dan Analisis Kesilapan2.1 Pengenalan Analisis Kontrastif2.2 P engenalan Analisis Kesilapan2.3 Pengenalan Sintaksis2.4 Perbandingan Struktur Ayat Bahasa

    79t4

    Cina dan Bahasa Melayu 15

    Bahasa lbunda3537394244

    .,

    34f,6

    Bab 3: Metodologi Penyelidikan3.1 Pengenalan3,2 Latar Belakang Responden3.3 Alat-alat Kajian3.4 Prosedur Kajian3.5 Analisis Data

    Bab 4: Kesilapan Sintaksis yang Disebabkan oleh Gangguan4.1 Kategori Kekurangan Frasa4.2 Kategori Berlebihan Frasa4.3 Kategori Salah Slot4.4 Kategori Songsangan4.5 Kategori Salahguna Frasa

    Bab 5: Langkah Pemulihan Dan Kesimpulan5.1 Kesimpulan5.2 Langkah Pemulihan5.3 Batasan Kajian dan Cadangan Untuk Kajian Lanjut

    BibliografiLampiran

    2323252628

    48495J

    5760

    COPYRIGHT @ UiTM

  • DAFTAR ILLUSTRASI

    Jadual 2.1 Ayat tanya tanpa kata tanya

    Jadual 2.2 Ayat penyata 'shi' (ialah)Jadual 2.3 Ayat tanya dengan kata tanya

    Jadual 2.4 Ayat penyata dengan kata keterangan tempat

    Jadual 2.5 Ayat penyata dengan kata keterangan masa

    Jadual 2.6 lryat penyata dengan kata keterangan cara

    Jadual 2.7 Ayat penyata dengan kata kerja bersiriJadual 2.8 Ayat dengan kata waktu

    Jadual 2.9 Ayat dengan penjodoh bilangan

    Jadual 2.10 Ayat dengan kata bantu 'de' (punya)

    Jadual 2.ll Ayat dengan kata bantu aspek'le' (telah)Jadual 3 Jumlah masa ulangkaji responden dalam semingguJadual 3.1 Jenis-jenis Kesilapan Dalam Bahagian A Cijn Ch6ngzil

    (Susun Semula Ayat)Jadual3.2 Jenis-jenis Kesilapan Dalam Bahagian B Zioji

    (Bina Ayat)Jadual3.3 Jenis-jenis Kesilapan Dalam Bahagian C Fanyi

    (Penterjemahan)

    Jadual 3.4 Jenis-jenis Kesilapan Dalam Bahagian E Zubw6n(Karangan)

    Jadual3.5 Jenis-jenis Kesilapan Dalam Bahagian D Tiwbn(Bina Soalan)

    Jadual 3.6 Perbandingan Jenis-jenis Kesilapan Dalam Kelima-limaBahagian

    Jadual 3.7 Jenis-jenis Kesilapan Sintaksis Secara Keseluruhan DalamKelima-lima Bahagian

    t6

    16

    t7

    t7

    l8

    19

    20

    20

    2l

    2l))24

    28

    29

    30

    31

    32

    32

    33

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Abstrak

    Kajian ini meneliti jenis-jenis kesilapan sintaksis di kalangan pelajar-pelajar Melayu

    UiTM Johor dalam pembelajaran Bahasa Mandarin yang disebabkan oleh gangguan

    bahasa ibunda. Subjek kajian ini ialah pelajar-pelajar Melayu semester ketiga UiTM

    Johor yang mengambil Bahasa Mandarin I sebagai bahasa ketiga dalam kursus

    diploma pada semester November 2004- April 2005.

    Untuk menunjukkan perbezaan sintaksis antara bahasa sasaran dan bahasa ibunda,

    iaitu Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu, satu perbandingan struktur ayat akan

    dibuat. Ayat-ayat yang dikaji terbatas kepada ayat-ayat yang sedia ada dalam buku

    teks kursus Bahasa Mandarin I demi keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.

    Dari hasil perbandingan struktur ayat Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu, jenis-

    jenis kesilapan yang dilakukan oleh para pelajar yang disebabkan oleh gangguan

    bahasa ibunda akan dikenalpasti dan dikaji. Di samping itu, punca-punca kesilapan

    selain daripada gangguan bahasa ibunda juga dapat dikenalpasti.

    Dengan memastikan jenis-jenis kesilapan serta faktor-faktor yangmempengaruhinya, kajian ini juga akan mengemukakan beberapa langkahpemulihan untuk mengatasi masalah-masalah penguasaan sintaksis Bahasa

    Mandarin di kalangan pelajar Melayu di UiTM Johor khasnya dan di luar UiTM

    Johor amnva.

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Bab 1: Pengenalan

    1.1 Pendahuluan

    Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor Kampus Segamat mulaberoperasi sejak tahun 1982. la mula beroperasi di Segamat Baru dan Bukit Siput,

    Segamat. Pada awal tahun 1990 UiTM Johor Segamat telah dipindahkan ke kampus

    tetapnya sekarang iaitu di KM 12 Jalan Muar, Segamat'

    Setelah 23 tahun beroperasi, UiTM Cawangan Johor menawarkan program-

    program untuk pelajar-pelajar secara sepenuh masa, separuh masa, dan pendidikan

    jarakjauh daripada peringkat diploma hingga iiazah sarjana muda. Diploma yang

    ditawarkan di UiTM Johor merangkumi jurusan Diploma Pengajian Perniagaan

    (DBS), Diploma Analisis Pelaburan (DIIA), Diploma Perbankan (DIB) dan lain-lain

    lagi. Antara jurusan-jurusan tersebut, pelajar-pelajar DBS, DIIA dan DIB

    diwajibkan mengambil kursus bahasa asing yang ditawarkan oleh Akademi

    Pengajian Bahasa. UiTM Johor hanya menawarkan dua kursus bahasa asing, Bahasa

    Mandarin adalah salah satu bahasa asing yang ditawarkan.

    Di UiTM Johor, kursus Bahasa Mandarin yang ditawarkan mempunyai tiga

    peringkat atau tahap, iaitu Mandarin I, Mandarin II dan Mandarin III. Mandarin I

    merangkumi 12bab. Sukatan pelajaran Mandarin I mementingkan empat kemahiran

    bahasa, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Buku teks bahasa

    Mandarin I disediakan oleh Unit Mandarin Akademi Pengajian Bahasa di UiTMShah Alam. Bab-bab buku teks ini bermula dengan bahagian dialog dalam sesuatu

    situasi; misalnya ayat sapaan, memperkenalkan diri, memperkenalkan ahli keluarga,

    memperkenalkan penggunaan nombor dalam menyebut umur, masa, tarikh dan

    COPYRIGHT @ UiTM

  • menceritakan aktiviti masa lapang. Setiap bab juga dilengkapi dengan rakaman pita

    audio. Ini akan membantu pelajar bahasa Mandarin berlatih sebutan dan pertuturan

    mereka di samping memahirkan daya mendengar mereka. Daripada segi kemahiran

    membaca dan menulis, sistem 'Hanyu Pinyin' digunakan dalam pengajaran.t Pola-

    pola ayat disediakan dalam setiap bab untuk memudahkan pembelaiaran struktur

    ayat tertentu. Penjelasan tatabahasa juga disertakan untuk memberi penerangantentang unsur-unsur tatabahasa yang diperkenalkan dalam sukatan bahasa Mandarin

    I.

    1.2 Pernyataan Masalah

    Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang paling penting, dengan mengetahui

    bahasa kaum lain, komunikasi boleh dijalankan dengan lebih lancar. Tambahanpula, multi-linguistisme merupakan satu fenomena yang lumrah di dunia moden ini,

    menurut Richards dan Rodgers (1986: l):It has been estimqted that some sixty percent of today's worldpopulation is multilingual. Both from a contemporary and a historicalperspective bilingualism or multilingualism is the norm rqther thanthe exception. It is fair, then to say that throughout history foreignlonguage learning has always been an important practical concern.

    Sememangnya, dalam proses pembelajaran bahasa, pelajar tidak dapat terlepas

    daripada membuat kesilapan bahasa. Perkara ini adalah satu gejala yang sering

    ditempuhi oleh pelajar-pelajar bahasa baik dalam usaha menguasai bahasaibundanya mahupun dalam proses mempelajari bahasa-bahasa asing. Oleh itu, dalam

    kajian ini, satu perbandingan sintaksis Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu akan

    ' Sistem Fonetik Bahasa Mandarin yang mengikut Basic rules for Hanyu Pinyin @ Orthography GB/ T116159-1996 dan diaplikasi sejak I Julai 1996.

    COPYRIGHT @ UiTM

  • dibuat untuk menunjukkan perbezaan ciri-ciri kedua-dua bahasa ini. Selain daripada

    itu, kesilapan sintaksis yang kerap berlaku akan dikenalpastikan dan punca

    kesilapan akan dikaji juga. Lantaran itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah

    ini akan dikemukakan.

    1.3 Objektif KajianObjektif utama kajian ini ialah mengkaji kesilapan sintaksis yang disebabkan oleh

    gangguan bahasa ibunda dalam pembelajaran Bahasa Mandarin di kalangan pelaiar

    pelajar Melayu UiTM Johor demi keberkesanan pembelajaran. Hasil kajian ini boleh

    dijadikan salah satu rujukan penting untuk pengajar-pengajar Bahasa Mandarin di

    UiTM Johor.

    Objektif kajian ini boleh dikhususkan sebagai:i. Menggambarkan perbezaan struktur ayat Bahasa Mandarin dan Bahasa

    Melayu.

    ii. Mengenalpasti gangguan bahasa ibunda terhadap pembelajaran BahasaMandarin dari segi sintaks bahasa di kalangan pelajar-pelajar Melayu

    UiTM Johor Segamat.

    iii. Mengenalpasti punca-punca kesilapan selain daripada gangguan bahasaIbunda.

    iv. Mencadangkan alternatif penyelesaian masalah-masalah ataumetodologi pengajaran yang berkesan supaya meningkatkanberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mandarin.

    4

    COPYRIGHT @ UiTM

  • 1.4 Kepentingan KajianKajian ini penting ditujukan kepada para pengaj ar dan pelajar di UiTM Johor agar ia

    dapat dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada mereka yang secara langsung

    atau secara tidak langsung terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Mandarin di kalangan warga UiTM Johor. Mereka yang dimaksudkan

    termasuk:

    a) Para pelajar: membantu para pelajar memahami dan memastikan kelemahanatau masalah diri sendiri dalam proses pembelajaran dan penguasaan Bahasa

    Mandarin. Dengan ini, strategi-strategi pembelajaran dapat disusun semula

    untuk mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran masing-masing.

    Para pengajar: setelah memastikan jenis-jenis dan punca-punca kesilapanpara pelajar, para pengajar boleh menyediakan rancangan pelajaran danpembelajaran yang lebih sesuai dan sempurna untuk memudahkan proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Penyunting teks: kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh para pelajar akan

    menjadi maklumat rujukan yang bernilai untuk para penyunting teks agar

    tumpuan khas dapat diberi kepada kelemahan-kelemahan pelajar-pelajar ini.

    b)

    c)

    COPYRIGHT @ UiTM

  • 1.5 Batasan KajianBeberapa batasan kajian yang bakal wujud dalam kajian ini adalah seperti berikut:

    l. Kajian ini terhad kepada pelajar-pelajar diploma semester ketiga yang

    berbangsa Melayu dan menganibil kursus Bahasa Mandarin peringkat I

    di UiTM Johor Segamat.

    Pelajar-pelajar yang diambil sebagai sampel kajian merujuk kepadasemua pelajar diploma semester ketiga yang mengambil BahasaMandarin peringkat I pada semester Nov 2004-April 2005. Seramai 5l

    orang pelajar telah mengambil kursus Bahasa Mandarin peringkat Ipada semester berkenaan.

    Data-data kesilapan yang dikumpul daripada para responden terhad ke

    dalam jangka masa terhad sahaja. Jenis-jenis data tersebut tidakdibandingkan satu sama lain.

    Ayat Bahasa Mandarin yang dikaji terbatas kepada pola-pola ayat yangsedia ada dalam buku teks Bahasa Mandarin peringkat I sahaja.

    Buku-buku tatabahasa yang dijadikan pegangan untuk menentukansalah-betul sintaksis dalam kajian ini ialah: -

    a) Zhuang Wenzhong (1991). Zhongxue Jiaoxue Yufq Xinbian(Suntingan Baru Teknik Pengajaran Tatabahasa SekolahMenengah). Jiangsu: Jiangsu Jiaoyu Chubanshe.

    ll.

    lll.

    lv.

    v.

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Bab 2: Analisis Kontrastif dan Analisis Kesilapan

    2.1 Pengenalan Analisis Kontrastif

    Analisis Kontrastif adalah satu cabang linguistik yang meneliti persamaan dan

    perbezaan ciri-ciri linguistik di antara dua atau lebih daripada dua bahasa pada paras

    fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Bidang ini telah dikembangkan oleh

    Bloomfield (1914) serta Fries dan Lado pada tahun-tahun lima puluhan.

    Analisis Kontrastif berlandaskan tiga prinsip utama, iaitu:-

    i) Analisis ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasakedua atau dipanggil 82, seseorang pelajar selalu digangguatau dipengaruhi oleh bahasa ibundanya atau Bl (Fries, 1945)kerana pelajar akan memindahkan bentuk struktur dan sistem

    Bl ke dalam B2. Sama ada pemindahan ini akanmempermudahkan atau menyulitkan pembelajaran B2bergantung semata-mata kepada jurang persamaan danperbezaan di antara kedua-dua sistem bahasa itu, seperti mana

    yang diperkenalkan oleh Lado (1957:l):... individuals tend to transfer the forms and meanings and thedistribution of forms ond meaning of their native languoge ondculture to the foreign language and to act in the culture ondreceptively when attemping to grasp and understand thelanguage ... as practiced by the native.

    ii) Analisis kontrastif mendakwa ia dapat menelah masalah-masalah dalam pembelajaran 82. Menurut buku berjudulLinguistic Across Cultures (1957:3-4) yang ditulis oleh Lado:

    Knowing not only what the pattern is, but knowing preciselywhat feoture in that pattern is troubling the student and what

    COPYRIGHT @ UiTM

  • dffirent feature he is substituting can lead to a sample hint orprinter that may solve an otherwise bffiing situation'

    iii) Hasil penemuan analisis kontrastif boleh digunakan untukmengurangkan gangguan B I semasa seseorang pengajarmenyediakan bahan pengajaran 82. Menurut Lado (1957:2):

    The teacher who has made o comparison of the foreignlanguage with the native language of the students will knowbetter what the real learning problems qre and can betterprovide for teaching them. He gains insight into the linguisticproblems involved that cannot easily be achieved otherwise.

    Pernyataan bahawa analisis kontrastif dapat menelah masalah-masalah dalam

    pembelajaran 82 merupakan satu prinsip analisis kontrastif versi kuat. Manakala,

    analisis kontrastif versi lemah pula menyatakan bahawa analisis ini hanya dapat

    menjelaskan sesuatu kesilapan apabila kesilapan itu telah berlaku. Wardhaugh

    (1974: l4-15) dalam artikelnya berjudul "The Contrastive Analysis Hypothesis"menyatakan bahawa:

    The weqk version ... starts with the evidence provided by linguisticinterference and use such evidence to explain the similarities anddffirences between them.

    Pada masa yang sama analisis kontrastif juga didapati mempunyai beberapa

    kelemahan, ia kadang-kala melakukan penelahan melampau dan ramalan yang tidak

    benar. Ramai pengkaji telah membuktikan bahawa kesilapan dalam prosespembelajaranB2 bukan semata-matanya akibat gangguan Bl, ada juga sebab-sebab

    lain yang menyebabkan kesilapan berlaku. Selain daripada itu, penentang analisis

    kontrastifjuga tidak setuju dengan anggapan bahawa kesilapan tidak harus berlaku.

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Walau bagaimanapun, analisis kontrastif tetap memainkan peranan penting

    dalam proses pembelajaran bahasa kerana kajian telah membuktikan bahawasekurang-kurangnya satu pertiga daripada kesilapan bahasa yang dilakukan oleh

    pelajar adalah berhubungkait dengan B I (Dulay dan Brt, 1974:l; Duskova, 1969).

    2,2 Pengenalan Analisis KesilaPan

    Dalam proses pembelajaran bahasa asing, melakukan kesilapan merupakan satu

    perkara yang amat biasa dan tidak boleh dielakkan. Kesilapan ini tidak boleh

    dianggap sebagai kesalahan kerana menurut Corder (1967), terdapat perbezaan di

    antara kesilapan dan kesalahan.

    Corder berpendapat bahawa kesalahan berlaku secara rambang dan tidak

    sistematik, iaitu kesalahan yang dilakukan itu tidak sama setiap kali. Kejadian

    kesalahan selalu disebabkan oleh faktor fizikal dengan kemampuan peralihan

    seseorang. Kejadian kesilapan dipengaruhi oleh faktor-faktor dalam pembelajaran

    seperti kurang faham, kurang mahir ataupun gangguan antarabahasa. Oleh itu,

    pakar-pakar bahasa berpendapat bahawa kesilapan dapat menggambarkan proses

    pemerolehan seseorang pelajar.

    Satu kaedah yang dipanggil analisis kesilapan telah diperkenalkan

    berdasarkan anggapan ini. Analisis kesilapan merupakan satu teori atau kaedah

    penting dalam kajian terhadap pembelajaran bahasa, ia menitikberatkan prosespemerolehan bahasa dan strategi-strategi yang digunakan oleh pelajar untukmengenalpastikan punca-punca kesilapan.

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Dalam proses analisis kesilapan, penyelidik boleh mengumpul, menganalisis

    dan mengklasifikasikan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajat B2 dan

    seterusnya mengenalpasti punca-punca kesilapannya. Corder (1974) telahmengkelaskan kesilapan dalam tiga peringkat berdasarkan kemampuan pelajar

    dalam mengenalpasti, menjelaskan serta membetulkan kesilapan bahasa itu:-

    i) Kesilapan PrasistematikKesilapan prasistematik berlaku di peringkat awal pembelajaran, iaitu

    pada tahap di mana pelajar masih belum memahami sistem-sistem dan

    peraturan-peraturan B2 lagi. Kesilapan ini selalu berlaku secararambang dan pelajar sendiri tidak dapat membetulkan kesilapan.Kesilapan-kesilapan pada peringkat ini biasanya merupakan kesilapan

    tatabahasa dan struktur ayat. Corder juga menyifatkan kesilapan inisebagai kesilapan kemampuan yang membayangkan kemampuan

    peralihan seseorang pelajar. Kekerapan kesilapan ini akan berkurang

    sejajar dengan peningkatan tahap penguasaan peraturan-peraturantatabahasa B2.

    Kesilapan Sistematik

    Kesilapan sistematik berlaku pada peringkat di mana pelajar telah

    mempelajari sesetengah peraturan B2. Pada tahap ini, seseorangpelajar sanggup membuat hipotesis berdasarkan pengetahuan yang

    telah diperolehnya. Namun, oleh sebab pengetahuan yang terhad dan

    penguasaan yang kurang mahir, kesilapan tetap berlaku.

    Kesilapan Possistematik

    ii)

    iii)

    l0

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Kesilapan possistematik berlaku pada peringkat di mana pelajar telah

    mempelajari peraturan tatabahasa secara lengkap. Pada tahap ini,

    pelajar telah dapat menguasai tatabahasa B2 tetapi kadang-kalakesilapan tetap berlaku. Kebanyakan daripada kesilapan ini bukan

    berpunca daripada faktor kemampuan pelajar tetapi faktor fizikal dan

    faktor psikologi seperti letih, kurang perhatian, terlupa dan

    sebagainya. Dalam peringkat pembelajaran ini, pelajar berupayamembetulkan kesilapan dan menerangkan peraturan tatabahasa 82.

    Kesilapan possistematik boleh dikategorikan di bawah kesilapanpenampilan juga kerana ia wujud secara rambang dan tidak konsisten,

    ia tidak menunjukkan sebarang kecacatan pengetahuan tatabahasa B2

    juga. Punca kesilapan ini tdak berkenaan dengan kemampuan pelajar

    tetapi dipengaruhi oleh faktor-faktor lain, jadi dalam keadaan begini,pelajar biasanya dapat membuat pembetulan sendirinya.

    Dari pemerhatian di dalam kelas, didapati bahawa kesilapan yang sering

    dilakukan oleh pelajar-pelajar kursus Bahasa Mandarin di UiTM Johor adalah

    kesilapan prasistematik dan kesilapan sistematik kerana kursus ini merupakan

    kursus peringkat permulaan. Pelajar kursus ini tiada pengetahuan asas dalam bahasa

    sasaran langsung semasa kursus dimulakan, dalam kursus bertempoh l4 minggu ini,

    pelajar akan mempelajari lebih kurang l8l perkataan dan 44 pola ayat. Inimerupakan satu tahap di mana pelajar hanya dapat menguasai sebahagian kecil

    daripada pengetahuan tatabahasa Mandarin.

    ll

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Kesilapan prasistematik dan kesilapan sistematik yang dilakukan oleh

    pelajar-pelajar kursus Bahasa Mandarin boleh dibahagikan juga kepada duakategori, iaitu kesilapan antarabahasa (interlingual error) dan kesilapandalambahasa (intralingual error). Pada peringkat awal pembelajaran, kesilapan yang

    paling kerap dikesan ialah kesilapan antarabahasa. Konsep antarabahasa atau

    dikenali sebagai 'interlanguage' dalam Bahasa Inggeris ialah satu konsep yang

    diperkenalkan oleh pengkaji-pengkaji bahasa seperti Selinker (1969), Nemser(1971), Coder (1974) dan Richards (1974).

    Antarabahasa merupakan satu sistem bahasa yang unik dan sentiasa

    berkembang atas satu kontinum yang terletak di antara B I dan 82. Sistem bahasa ini

    mempunyai aturan nahu, peraturan-peraturan penggunaan serta laras bahasa

    tersendiri. Semasa seseorang pelajar itu maju dalam proses pembelajaranB2, beliau

    akan cuba membuat rumus-rumus hipotesis berdasarkan kaedah nahu

    antarabahasanya. Pelajar tersebut akan terus maju sekiranya nahu antarabahasanya

    sama dengan nahu 82. Jika nahu antarabahasa bercanggah dengan nahu 82, pelajar

    terpaksa menyemak semula hipotesisnya atau menolak hipotesis berkenaan dan

    mencuba hipotesis baru. Kesilapan yang wujud dalam proses ini dikenali sebagai

    kesilapan antarabahasa. Kesilapan-kesilapan ini menggambarkan bahawa struktur-

    struktur tatabahasa Bl atau bahasa ibunda pelajar itu mempengaruh pemerolehan82. Oleh itu, Lado (1957) menganggap punca ini sebagai gangguan daripada B l.

    Dengan kata lain, kesilapan antarabahasa berlaku akibat daripada gangguan bahasa

    ibunda atau B l.

    t2

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Di samping berlakunya kesilapan antarabahasa, kadang-kala kesilapandalambahasa juga berlaku. Kesilapan dalambahasa ini ialah kesilapan yangdipengaruhi oleh cara pembelajaran yang salah atau tidak menyeluruh, misalnya

    akibat kurang pemahaman tentang struktur tatabahasa 82, ia tiada kaitan dengan Bl

    langsung. Menurut Richards (1971), kesilapan-kesilapan ini membayangkankemampuan 82 pelajar pada tahap tertentu dan merupakan hasil pembelajaran

    bahasa secara semulajadi.

    Di Malaysia, kajian terhadap masalah-masalah pembelajaran BahasaMandarin di kalangan pelajar Melayu kurang dan terhad bilangannya. Penyelidik-

    penyelidik yang pernah menjalankan kajian seumpama termasuk Saw Kin Lee(1997) yang menjalankan kajian ke atas penutut di INTAN. Responden beliau ialah

    kaum Melayu dewasa yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Manakala Ooi

    Ping Sing (199S) pula menjalankan kajian ke atas pelajar ITM yang menggunakan

    sukatan pelajaran yang berbeza dafipada UiTM sekarang. Berpandu kepada hasil

    penyelidikan mereka, penyelidik mendapati masih terdapat banyak ruang dan aspek

    yang boleh dikaji dalam bidang ini khususnya kajian terhadap pelajar-pelajarMelayu UiTM yang mempelajari Bahasa Mandarin. Kajian ini berusaha menelitimasalah pembelajaran Bahasa Mandarin di kalangan pelajar UiTM kususnya dalam

    masalah gangguan bahasa ibunda sebagai satu titik permulaan dalam bidang kajian

    yang masih mempunyai pelbagai ruang yang boleh diterokai ini.

    l3

    COPYRIGHT @ UiTM

  • 2.3 Pengenalan Sintaksis

    Menurut Tatabahasa Dewan (1996:317):

    Sintaksis dapat ditakriJkan sebagai bidang bahasa ilmu yqngmengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstrulrsis sebagai kajiantentang hukum atau rumus tatabahasa yang ntendasari kaedahpenggabungan dan penyusunan perkataan atqu kelompok perkataanuntuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa itu dikenali sebagaisatu binaan atsu konstruksi. Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadargabungan atdu rentetan bentuk kata yang sewenang-wensng dan tidaktersusun, tetapi sebaliknya terbentuk daripada susunan beberapo unitkecil rangkai kata yang dalam ilmu bahasa, dikenali sebagai unsuratau konstituen.

    Pendek kata, setiap pembentukan ayat ada peraturannya sendiri. Walaupun hampir

    semua bahasa mempunyai unsur pembentukan ayat yang sama' iaitu, ayat

    mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada frasa dan frasa pula

    terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan, tetapi seperti mana yang dikatakan dalam

    buku Tatabahasa Dewan (1996:324):

    Setiap bahasa mempunyai hukum atau rumus yang mendasqri prosesurutan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.Proses yang kita katakan sebagai urutan kata ini tidak semuanyaserupq dalam setiaP bahasa.

    Oleh kerana setiap bahasa mempunyai tatabahasanya, peraturan pembentukan

    ayat ataupun urutan kata ini memang ada perbezaannya di antara bahasa-bahasa

    berlainan. Perbezaan hukum ini memainkan peranan penting dalam pembelajaran

    sesuatu bahasa asing, kerana ia mungkin wujud sebagai gangguan utama dalam

    proses pembelajaran. Oleh itu, mengkaji dan memahami perbezaan urutan kata

    bahasa sasaran dan bahasa ibunda pelajar merupakan satu tugas yang penting bagi

    t4

    COPYRIGHT @ UiTM