TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

of 104/104
NAMA MATA PELAJARAN: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) KOD MATA PELAJARAN: ULT 1022 TAJUK TUGASAN: INTERAKSI DIANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA DI MALAYSIA NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIKS NO. KAD PENGENALAN KURSUS SEKSYEN KHAIRULNIZAM BIN ABDUL MOKMIN SX055666HDD01 751211-06- 5101 SHD 01 VOON CHI CHIAN SX041397PHJ12 831207-13- 5293 SPH 01 RIDI ANAK JURI SX040997PHJ12 620107-13- 5659 SPH 01 NORFAZLINDA BT ABDUL MAJID SX085753HRD01 811009-04- 5248 SHR 01 NUR ANATI BT SHAMSUL - HANA SX085755HRD01 881129-01- 6082 SHR 01 RAFIDAH BT RAHMAT SX085759HRD01 800313-01- 5592 SHR 01 ZAITON BT OTHMAN SX085763HRD01 710513-01- SHR 01
  • date post

    27-Jun-2015
  • Category

    Education

  • view

    7.944
  • download

    9

Embed Size (px)

description

berkongsi dgn rakan2 yang lain

Transcript of TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS)

NAMA MATA PELAJARAN: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

KOD MATA PELAJARAN: ULT 1022

TAJUK TUGASAN: INTERAKSI DIANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA DI MALAYSIANAMA AHLI KUMPULANNO. MATRIKSNO. KAD PENGENALANKURSUSSEKSYEN

KHAIRULNIZAM BIN ABDUL MOKMINSX055666HDD01

751211-06-5101

SHD

01

VOON CHI CHIANSX041397PHJ12831207-13-5293SPH01

RIDI ANAK JURISX040997PHJ12620107-13-5659SPH01

NORFAZLINDA BT ABDUL MAJIDSX085753HRD01811009-04-5248SHR01

NUR ANATI BT SHAMSUL - HANASX085755HRD01881129-01-6082SHR01

RAFIDAH BT RAHMATSX085759HRD01800313-01-5592SHR01

ZAITON BT OTHMANSX085763HRD01710513-01-5352SHR01

NAMA PENSYARAH: USTAZ ABDUL HAFIZ BIN ABDULLAHISI KANDUNGANMUKA SURAT

Prakata1

Bab 1: Pendahuluan Sejarah Tamadun Melayu di Malaysia Sejarah Tamadun China di Malaysia2 6

Bab 2: Ciri-ciri Tamadun Melayu Ekonomi Politik Sosial7810

Bab 3: Ciri-ciri Tamadun China Ekonomi Politik Sosial132029

Bab 4: Interaksi Positif Tamadun Melayu dan Tamadun China Teknologi Integrasi / Integriti Tulisan Sosial Perayaan Pendidikan Bahasa Budaya Ekonomi Politik Asimilasi Kaum717375788384

Bab 5: Cadangan Interaksi Positif Tamadun China dan Tamadun Melayu Dialog Peradaban Integrasi Pendidikan Asimilasi Penempatan

Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

PRAKATA

Terlebih dahulu kami mengucapkan rasa kesyukuran dan berbanyak terimza kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus TITAS ini.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Abdul Hafiz Bin Abdullah yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar langkah-langkah menyediakan tugasan yang dapat memenuhi keperluan kerja kursus. Penerangan dan nota yang dibekalkan membolehkan kami mencari maklumat dengan lebih tepat.

Kepada keluarga kami terutamanya isteri/suami dan anak, telah banyak memberi sokongan dan dorongan serta pengorbanan yang tidak ternilai sepanjang kami menyiapkan tugasan TITAS. Begitu juga dengan rakan-rakan yang banyak membantu dengan berkongsi bahan ilmiah, maklumat dan sokongan bagi menjayakan penulisan kerja kursus ini.

Tugasan TITAS ini banyak membantu kami dalam menambah pengetahuan dan kemahiran mengenai penulisan laporan tugasan.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menyempurnakan tugasan TITAS kami. Jasa dan sumbangan sekalian tetap dikenang.

DEFINISI TAMADUNTamadun berasal daripada perkataan arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Ada pendapat mengatakan ianya juga berpunca daripada kata kerja maddana yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku juga membawa erti membuka bandar. Terbit juga perkataan madinah yang bermaksud Bandar dan juga madani iaitu orang yang berkelaukuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.

Kesimpulannya, istilah Tamadun boleh ditakrifkan sebagai jumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara dan bangsa. Secara ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai satu pencapaian bentuk budaya yang tinggi.

Elemen elemen asas bagi pembentukan tamadun boleh dibahagikan kepada enam aspek yang penting iaitu :1) Penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang strategik.

2) Hayat penghidupan stabil yang panjang.3) Wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosial, dan pendidikan yang teratur dan sistematik.

4) Adanya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewaris khazanah ilmunya.

5) Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan tindak tanduk anggota masyarakatnya.

6) Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah, dan lain-lain juga meningkatnya penciptaan sains dan teknologi. TAMADUN CINA

China merupakan antara pusat terawal tamadun manusia. Tamadun China merupakan salah satu daripada sedikit tamadun yang menciptakan sistem tulisannya yang tersendiri.

Dinasti pertama menurut sejarah Cina merupakan Dinasti Xia, akan tetapi tidak terdapat bukti arkeologi yang mengesahkan kewujudan dinasti ini. Dinasti pertama yang dapat disahkan merupakan Dinasti Shang yang menduduki lembah sungai Huang He sejak kurun ke-18 sehinggalah kurun ke-12 sebelum masihi. Dinasti Shang pula digulingkan oleh Dinasti Zhou yang mengambil alih pemerintahan daripada kurun ke-12 sehingga ke kurun ke-5 sebelum masihi. Kerajaan ini berpusat akan tetapi ini semakin terhapus dengan pemberian secara bebas tanah jajahan kepada bangsawan-bangsawan sehingga timbulnya negeri-negeri bebas dan kuat pada musim bunga dan luruh. Negeri-negeri ini hanya memberikan sedikit pengiktirafan kepada kerajaan pusat Zhou. Negeri-negeri ini kemudian dipusatkan semula dibawah pemerintahan satu maharaja China ( 221 sebelum masihi) iaitu maharaja Qin Shi Huang yang membawa kepada penubuhan Dinasti Qin, iaitu penyatuan semua tanah jajahan pertama di bawah China.

Dinasti Qin tidak dapat bertahan lama kerana disebabkan pemerintahan kuku besinya , dan bertindak memusnahkan banyak sumber-sumber yang dianggap berbahaya kepada pemerintahannya iaitu para cendekiawan dan golongan terpelajar. Sumber-sumber ini dikatakan boleh membantu kerajaan dalam pentadbirannya, meskipun itulah satu-satunya kegunaan mereka.

Selepas kejatuhan kerajaan Qin,muncul pula Dinasti han yang bertahan sehingga tahun 220 Masihi. Daripada dinasti inilah orang Cina memnaggil mereka Bangsa Han. Selepas dinasti ini, era perpisahan wujud sekali lagi sehingga tahun 580, dengan penyatuan semula Dinasti Sui, Dinasti Tong Dan Dinasti Song. Pada masa inilah China mengalami zaman emasnya. Daripada kurun ke-7 Masihi sehinggalah kurun ke-14 masihi, China merupakan salah satu tamadun yang paling maju dari segi teknologi, sastera, dan seni lukis.

3

Dinasti Song tumpas di tangan penjajah Mongol daripada Mongolia pada tahun 1279 yang diketuai oleh Kublai Khan menubuhkan Dinasti Yuan iaitu satu dinasti yang tidak disukai oleh orang cina Han. Satu ahli golongan petani yang bernama Zhu Yuanzhang menggulingkan dinasti Yuan dan menubuhkan Dinasti Ming iaitu pemulihan pemerintahan bangsa Han terhadap Negara China. Akan tetapi China sekali lagi dijajah oleh orang asing di bawah Dinasti Qing yang ditubuhkan bangsa Manchu yang mengambil kesempatan merampas kuasa pada tahun 1644. Dinasti qing ini ditumpaskan sekali lagi oleh bangsa Han pada tahun 1911 dengan pengusiran maharaja terakhir mereka Puyi daripada takhta. Bangsa Han sekali lagi gembira dengan pengambilan semula China ke dalam tangan mereka.

Proses penukaran pemerintahan daripada satu dinasti ke dinasti yang lain adlah sesuatu yang ganas dan melibatkan rasa tidak puas hati yang kuat terhadap golongan pemerintah. Oleh sebab itu, para pemerintah seringkali bertindak melakukan sesuatu yang akan memastikan penerusan pemerintahan mereka, seperti penanaman sifat setia terhadap mereka ke dalam jiwa rakyat mereka. Sebagai contoh, selepas penggulingan dinasti Ming oleh orang Manchu, disebabkan rasa sangsi mereka terhadap Bangsa Han,mereka mengambil sikap berhati-hati dalam perhubungan antara diri mereka dan bangsa tersebut, seperti memastikan semua dokumen rasmi kerajaan menggunakan bahasa Manchu di samping bahasa Cina. Akan tetapi, tindakan- tindakan preventif ini kelihatan tidak berhasil apabila orang Manchu telah melupakan bahasa dan budaya mereka dengan sepenuhnya dan menjadi sama dengan Orang Cina Han.

Dalam kurun ke 18, China mendapat kemajuan teknologi yang lebih daipada para musuhnya dikawasan Asia Tengah, iaitu bangsa-bangsa yang mereka cuba untuk menjajah selama beberapa kurun kebelakangan itu. Pada masa yang sama, tamadun china berada di belakang Eropah dari segi kemajuan teknologi. Keadaan ini menyebabkan situasi tegang pada kurun ke-19, dimana China mengambil pendekatan bertahan daripada penjajahan barat pada masa yang sama ia menjajah kawasan asia tengah.

4TAMADUN MELAYU

Tamadun melayu merupakan sebahagian daripada Tamadun Islam. Ini dapat dilihat di mana Tamadun Islam adalah tamadun yang berasaskan manifestasi Islam sebagai addin yang mencakupi kemajuan rohani dan jasmani. Tamadun Islam juga mewujudkan keseimbanagn dalam hubungan manusia,Allah dan alam sekitar.

Pakar-pakar Antropolgi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut kebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehinggalah ke Laut China Selatan dan akhirnya mendiami empat-tempat yang berbeza-beza.

Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan yang telah disokong oleh ahli pengkaji iaitu R.H Geldern, J.H.C Kern, J. R Foster,Jr Logen, Slametmuljana dan Asmah Hj omar. Melayu proto merupakan melayu asli yang pertama sekali datang ke tanah melayu dan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua iaitu Melayu deutro ( 1500 sm) dan mendiami pesisiran pantai pula mempunyai kemahiran menagkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Ausralasia dan Negrito.

Terdapat bukti-bukti yang menyokong perkara ini. Antaranya ialah,

1) Alatan batu yang dijumpai di kepulauan.

2) Persamaan adat resam Melayu dan Assam.3) Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja adalah berasal dari Sungai Mekong.

Terdapat teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 682 masihi yang mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006. Inskripsi batu Bersurat Kedukan Bukit yang dijumpai di Palembang dan tulisan tradisonal masyarakat minority Dai adalah berasal dari bahasa-bahasa Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal Wilayah Yunnan China.

5Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama-nama tempat seperti Kampung Cham, Kambujadesa, Kampung Chhnang dan sebagainya. Sejarah melayu dengan jelas menyebut terdapat komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa telah memeluk Agama Islam. Pada sekitar tahun 1700, raja muslim terakhir Champa Po Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.

Pada masa kini, kita dapat lihat masih ada lagi wanita Yunnan yang memakai kain batik dan sarung. Perkara ini adalah bersamaan dengan wanita melayu.

6CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU

EKONOMI

Kepintaran penjajah menyekat dan menguasai terusan perdagangan di Alam Melayu, ekonomi orang Melayu yang pada suatu masa dahulu berasaskan ekonomi maritim ( maritime economy ) seperti di Langkasuka, Srivijaya, Samudra-Pasai, Temasik, Melaka, Acheh, Johor-Riau, telah berusaha mengubah strategi kehidupan kepada ekonomi pertanian ( agrarian economy ).

Pada zaman penjajahan, ekonomi orang Melayu terikat kepada system ekonomi dualism. Di satu segi, mereka harus hidup secara sara diri dan terlibat dengan ekonomi sara diri ( subsistence economy ), dan terpaksa pula masuk ke sistem ekonomi wang ( cash economy ) dengan menghasilkan tanaman-tanaman berasaskan wang seperti getah. Sistem ekonomi ini juga disebut sebagai ekonomi pertanian ( peasantry economy ) yang terdapat di kawasan luar bandar. Disebalik sistem ekonomi sedemikian, orang Melayu juga menghadapi masalah kemiskinan disebabkan saiz pemilikan tanah kecil, malahan ada yang tidak bertanah, menghasilkan pengeluaran yang kecil dan menyebabkan kadar simpanan yang rendah. Orang Melayu terperangkap di dalam lingkaran kemiskinan.

Pihak kerajaan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan memberikan tanah kepada mereka melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( LKTP ) atau yang dikenali sekarang sebagai FELDA yang ditubuhkan pada tahun 1956. Rancangan pembangunan tanah merupakan tumpuan utama kerajaan untuk berusaha memodenkan orang Melayu di luar bandar. Usaha ini untuk mengimbangi rancangan pembukaan tanah oleh pemerintah colonial British kepada syarikat-syarikat gergasi seperti Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Socfin, dan lain-lain yang dimiliki oleh golongan mereka dan kaum pendatang.

7CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU

POLITIK

Cabaran dalam Aspek Pemerintahan dan Perundangan

Kerajaan dan sistem pemerintahan menjadi tonggak sebuah masyarakat dan memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun. Banyak kerajaan Melayu yang dibina oleh masyarakat Melayu dalam siri kegemilangan tamadun Melayu. Setiap kerajaan mempunyai sistem pemerintahan masing-masing yang berasaskan undang-undang Islam. Contohnya, Undang-Undang Laut Melaka. Sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, isu kewarganegaraan adalah isu yang cukup mencabar. Perlembagaan mengiktiraf faktor jus sanguinis (by birth) atau menjadi warganegara kerana faktor kelahiran, tetapi dengan kematangan politik pemimpin negara, faktor jus soli atau pengiktirafan warganegara secara undang-undang (by act of law) juga dapat diterima. Kematangan politik melalui musyawarah dan perundingan telah dapat menyelesaikan pelbagai isu di dalam negara berdaulat Malaysia.

Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia berusaha untuk mewujudkan satu jati diri kebangsaan bagi warganegaranya. Asas-asas kebangsaan tersebut telah sedia ada seperti yang termaktub di dalam Akta Pendidikan (1961) dan Akta Bahasa (1967). Namun, selepas Tragedi 13 Mei 1969, satu dasar ekonomi diperkenalkan dengan nama Dasar Ekonomi Baru (1971) untuk digunakan sebagai instrumen atau wahana perpaduan kaum dan negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) juga antara wahana untuk mencapai perpaduan kaum.

8

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) sudah diterima sebagai dasar negara untuk mewujudkan jati diri tersebut. Dasar ini menyatakan bahawa kebudayaan kebangsaan negara hendaklah berasaskan kebudayaan masyarakat asal rantau ini. Islam sebagai agama universal ialah teras kebudayaan kebangsaan dan nilai-nilai yang baik dari budaya lain akan diambil kira. Dasar ini telah mengambil kira bahawa imej atau cita kebangsaan mestilah cita kemelayuan, iaitu citra yang sudah sebati dengan wilayah budaya rantau ini. Dasar ini tidak pula melarang budaya-budaya lain untuk berkembang atau dipertontonkan kepada orang luar. Rukun Negara (1971) telah dirangka sebagai ideologi negara agar rakyat Malaysia memiliki sistem nilai yang berasaskan prinsip-prinsip yang dipersetujui bersama. Prinsip-prinsip tersebut ialah kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan, dan kesusilaan. Prinsip-prinsip tersebut dilihat universal, tetapi memiliki unsur setempat. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kepelbagaian tersebut merupakan suatu kekuatan dan bukannya sesuatu kelemahan. Lantaran itu, setiap kepelbagaian perlu diikat dengan prinsip-prinsip yang dapat diterima oleh semua pihak untuk menyatupadukan mereka.

9CIRI-CIRI TAMADUN MELAYU

SOSIAL

Proses Sosialisasi dan Pembudayaan dalam Masyarakat Melayu

Proses sosialisasi (socialization process) ialah proses seseorang itu mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan beliau berfungsi di dalam masyarakat tersebut. Pembudayaannya pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya (culture traits) bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma, dan nilai (budaya) masyarakat yang dianggotainya. Kedua-dua proses ini dijalankan pada semua tahap dalam kitaran hidup (life cycle), tetapi yang terpenting pada masa seseorang itu masih kecil, iaitu tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti masyarakat seterusnya tamadun. Proses sosialisasi dilengkapi dengan kawalan sosial (social control) dan tekanan sosial (social sanction). Kawalan sosial sama ada berbentuk prima seperti adat resam, amalan masyarakat atau berbentuk sekunder seperti undang-undang tindakan badan formal seperti mahkamah, polis, dan sebagainya. Bertujuan untuk memastikan agar anggota masyarakat akur kepada segala peraturan dan bertindak dalam lingkungan yang dibenarkan oleh masyarakat dan budaya. Sekiranya terdapat penyelewengan, maka akan dikenakan tekanan oleh masyarakat dalam bentuk cacian, cemuhan ataupun denda.

10Pembentukan Peibadi Melayu Islam

Dalam masyarakat Melayu, pembentukan jati diri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak, dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Keluarga sebagai agen sosialisasi utama dalam masyarakat menjalankan tanggungjawab ini dan turut dibantu untuk komuniti yang melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Tujuan utamanya ialah mendidik dan mengajar supaya seseorang anak itu akan menjadi anggota masyarakat fungsional atau menjadi orang.

Oleh sebab budaya Melayu berteraskan Islam dan adat, maka kedua-dua aspek ini menjadi asas utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Beberapa upacara rites de pasage gabungan unsur agama dan adat diadakan pada hampir setiap tahap dalam kitaran hidup. Malahan sebelum seseorang itu dilahirkan lagi, berbagai-bagai pantang larang diikuti. Ibu yang mengandung, malahan bapa pun dikehendaki supaya tidak melakukan perbuatan yang buruk dan keji. Dengan berbuat demikian, dipercayai anak yang bakal dilahirkan sedikit sebanyak akan mewarisi perangai buruk kedua-dua ibu bapanya (yang dilakukan semasa ibu mengandungkannya). Pada peringkat ibu mengandung juga, ibu bapa dikehendaki melakukan perkara yang baik-baik, termasuk tidak meninggalkan suruhan agama. Sebaik sahaja dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan jika bayi itu lelaki, atau mengikamatkan jika ia perempuan. Tujuannya adalah untuk memperdengarkan buat pertama kalinya kepada bayi tersebut. Selain itu, beberapa upacara lain diamalkan oleh masyarakat Melayu (tradisi) dari peringkat kelahiran hingga seseorang itu meningkat remaja. Contohnya seperti upacara mencukur jambul ketika bayi.

Proses sosialisasi pada tahap kanak-kanak juga memperlihatkan penerapan unsur-unsur Islam yang berterusan. Seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi diajar konsep-konsep pahala, dosa, haram, dan sebagainya. Setelah meningkat umur 5 tahun ke atas, kanak-kanak juga diajar bersembahyang, berpuasa, dan lain-lain. Dalam perkampungan Melayu, lazim kelihatan ibu bapa membawa anak mereka ke masjid atau surau, terutama pada hari Jumaat dan pada sepanjang bulan puasa. Ibu bapa juga melatih anak mereka berpuasa separuh hari atau beberapa hari penuh berselang seli disepanjang bulan Ramadan. 11Kaedah dalam Proses Sosialisasi Dalam konteks mengajar seseorang anak ke arah pembentukan peribadi yang baik, di samping membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anak tersebut, ibu bapa Melayu menggunakan kaedah termasuk menegur, memberi nasihat, menakut-nakutkan anak-anak atau dengan merotan, tetapi tidak sampai mencederakan. Apabila anak-anak meningkat remaja, kaedah tegas dan nasihat lebih banyak digunakan. Bagi orang Melayu teguran ini dilakukan sepanjang masa sehingga pada peringkat anak sudah dewasa, malahan selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Orang Melayu mempunyai daya kreativiti intelektual yang tinggi dari segi memerhati dan menghayati faktor-faktor alam secara rasional dan saintifik. Kemudiannya, mereka menggubal peribahasa dan pelbagai kata perbilangan yang lain sebagai analogi kepada perkara-perkara yang mereka perhatikan, alami, dan hayati tersebut. Peribahasa ini digunakan sebagai panduan, teladan, dan sempadan dalam menjalani hidup bermasyarakat termasuk digunakan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan.

12Ciri-Ciri Tamadun Cina Di Malaysia

Sistem Ekonomi

Salah satu aspek orang Cina dalam sektor ekonomi tempatan adalah nilai pelaburan dan hasil-hasil yang diperoleh daripadanya. Selain itu, ialah bilangan orang-orang Cina sebagai tenaga buruh dalam sektor perindustrian. Mengenal hal tersebut, jumlah sebenarnya jarang diperoleh.

Secara keseluruhannya, orang-orang Melayu adalah merupakan petani-petani dan banyak menanam padi walaupun hasilnya kecil berbanding dengan penggunaan negara dan orang-orang Cina dan India menyediakan tenaga buruh bagi perindustrian asas.

Kita mulakan dengan kegiatan penanaman padi dan padi. Di negeri-negeri Melayu Bersekutu, menurut bancian yang diadakan pada tahun 1931, jumlah orang-orang Melayu yang terlibat dalam penanaman padi adalah 78009 orang (44421 lelaki dan 33588 perempuan). Penanam padi : orang India pula adalah 1892 orang, 1689 lelaki dan 203 perempuan), manakala orang-orang Cina hanya melebihi seribu orang (1038 orang termasuk 77 perempuan). Penglibatan orang-orang bukan Melayu yang kecil dalam bidang ini kerana dasar Tanah Simpanan Melayu dan tidak dibenarkan pemindahan milik tanah padi kepada orang-orang Cina dan India. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, kadar perbandingan adalah sama iaitu 159861 orang Melayu, 5888 orang Cina manakala orang India tidak dikira berasingan. Di Negeri-negeri Selat, kawasan penanaman padi adalah kecil dengan 2877 orang Melayu, 84 orang India dan 322 orang Cina.

Jabatan Pertanian sering melaporkan bahawa penanam padi Cina mendapat hasil pulangan setiap ekar yang lebih tinggi berbanding dengan penanam lain.

13 Perikanan pula adalah merupakan kegiatan perindustrian kecil. Pada tahun 1931, di negeri-negeri Selat terdapat 9159 orang Melayu termasuk 125 perempuan, 335 India termasuk 4 perempuan dan 6092 orang Cina termasuk 47 perempuan. Di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula, terdapat 5717 orang Melayu, 56 India dan 7291 Cina manakala di Johor terdapat 2552 orang Melayu, tiada nelayan India dan 2257 orang Cina. Di Kedah dan Perlis, terdapat 2185 orang Melayu, tidak ada nelayan India dan 15 orang Cina dan di Terengganu, terdapat 10204 orang Melayu, tidak ada nelayan India dan 171 orang Cina.

Bijih timah merupakan hasil Semenanjung Tanah Melayu yang menjadi tumpuan orang-orang Cina sejak perhubungan dagangan yang awal. Dalam sesetengah kes, mereka menguruskan perlombongan bijih timah dan orang Cina diambil sebagai buruh. Kebanyakan tenaga buruh terdiri daripada orang-orang Melayu sehingga abad kesembilan belas. Menjelang akhir abad kelapan belas, hasil pengeluaran tahunan dari Perak dianggarkan sebanyak 5000 pikul (16.8 pikul=1 tan). Sebahagian besar bijih timah dilombong oleh orang-orang Melayu di Kinta dan Batang Padang. Intan yang terletak di Perak Utara telah menghasilkan bijih timah sejak 300 tahun yang lalu. Newbold mengganggarkan bilangan orang Cina di beberapa kawasan perlombongan pada tahun 1830an, tetapi menjelang 1850an hasil penemuan kawasan bijih timah yang kaya di Larut barulah ramai pelombong Cina menumpukan perhatian dalam sektor tersebut.

Sebahagian besar bijih timah di Semenanjung adalah hasil daripada lanar, tetapi satu daripada lombong telerang bijih timah terbesar di dunia adalah Sungai Lembing, Pahang.

14

Pertambahan penggunaan mesin secara beransur-ansur dan kadar kecekapan yang sentiasa meningkat, telah membolehkan longgokan-longgokan bijih timah dikerjakan. Berbanding dengan masa lepas, kerja-kerja ini tidak menguntungkan kerana dalamnya timbunan tanah, kandungannya yang sedikit dan kadar kelembapannya. Pada tahun 1939, kuasa elektrik telah menggantikan stim dan minyak di lombong-lombong. Kesan daripada kepentingan penggunaan teknologi dapat dilihat melalui kadar bijih timah yang dilombong mengikut kaedah orang-orang Eropah adalah tinggi berbanding dengan orang-orang Cina. Walau bagaimanapun, pertambahan ini sebahagian besarnya sejak tahun 1931 disebabkan oleh pengenalan rancangan kawalan bijih timah. Pengenalan kapal korek pada tahun-tahun awal abad ini menandakan satu revolusi dalam sejarah perindustrian ini. Walaupun kapal-kapal korek ini kepunyaan syarikat Eropah tetapi orang-orang dan lain-lain bebas untuk melabur dalam saham-saham syarikat dan menggunakan kapal korek tersebut.

Kaedah-kaedah perlombongan di Tanah Melayu pada masa kini dibahagikan kepada kapal korek, pam kerikil, hidraulik, lombong dedah, lombong syaf, lombong telerang dan mendulang. Kaedah yang paling popular di kalangan orang-orang Cina adalah melalui pam kerikil. Melalui pam kerikil ini, pam tekanan digunakan kepada monitor yang akan mengeluarkan pancutan air yang kuat yang akan menghancurkan tanah. Bahan-bahan yang hancur dalam tanah liat tersebut akan dibawa melalui saluran dan air akan disalurkan oleh pam kerikil ke dalam palung yang terletak lebih kurang 40 hingga 120 kaki ke atas. Bijih timah yang berat ini disekat dalam palung oleh batang kayu yang diletakkan bersilang di bahagian bawah di palung tersebut. Kebanyakan pasir dan tanah liat yang ringan keluar bersama dengan air dari palung dan ditimbunkan di ruang pembuangan.

Orang-orang Cina menunjukkan kebijaksanaan dalam usaha membuang kotoran ini dari lombong pam kerikil.

Dalam mengkaji peranan orang Cina dalam bidang perlombongan di Tanah Melayu, kita harus membezakan di antara hak milik, kaedah-kaedah dan tenaga buruh. Orang-orang Cina menyumbang sebahagian besar daripada tenaga buruh. Oleh itu, mereka telah menjalankan kegiatan carigali secara intensif di lombong-lombong dedah. Lombong yang tertua ialah di Sungai Besi, Selangor yang panjangnya 3000 kaki dan lebar 1200 kaki dengan 125 kaki dalam, yang meliputi 16000000 ela kubik tanah. Kesemuanya digali oleh tenaga tangan dengan menggunakan cangkul. Lubang yang terbesar ialah Lombong Hong Fatt yang berdekatan yang dalamnya 310 kaki dan 30000000 ela kubik tanah yang dialihkan.

Lombong dedah yang menggunakan tangan manusia adalah satu kaedah Cina yang asli. Tanah diletakkan dalam raga-raga yang leper yang digantung di hujung sebatang kayu dan diletakkan di atas bahu kuli-kuli. Beberapa tahun lalu, lombong-lombong jenis ini disaliri air oleh satu kaedah Cina iaitu pam berantai yang berfungsi melalui satu kincir pam jenis ini biasa dijumpai di sawah-sawah padi di Selatan China. Sebahagian daripada pam berantai ini berfungsi melalui satu roda air.

Lombong telerang yang terbesar terletak di Sungai Lembing yang mula dikerjakan oleh orang-orang Cina tetapi tidak ada sebarang usaha yang dilakukan di bawah paras air. Orang-orang Eropah mula melombong di sini pada tahun 1887.

Mendulang merupakan satu kaedah yang digunakan untuk memperoleh bijih timah di negara ini. Kerja-kerja ini dilakukan oleh kaum wanita Cina, biasanya daripada keturunan Hakka. Sesetengah daripada mereka diambil bekerja oleh pelombong-pelombong untuk melombong bijik timah dalam terusan-terusan, manakala yang lain bekerja sendiri di anak sungai.

Satu dulang kayu yang garis pusatnya berukuran 30 inci dan 3 inci dalam di bahagian pusat. Dulang dimasukkan ke dalam pasir terusan atau dasar anak sungai dan mengaut tanah dan air. Dulang ini diayak untuk membuang sisa bahan-bahan dan bijih ditinggalkan. Kerja mendulang ini merupakan satu perkara biasa di Tanah Melayu yang menggambarkan ketabahan orang-orang Cina. Kaum wanita Cina tunduk berjam-jam lamanya di bawah panas matahari dan air di paras lutut serta bayi yang diikat di belakang mereka.

Kegiatan perlombongan yang lain di Tanah Melayu sebahagian besarnya bergantung kepada buruh Cina. Arang batu dilombong di dalam dasar-dasar bertingkat di Batu Arang, Selangor. Sebanyak 661500 tan arang batu tidak berasap merupakan keluaran maksimum pada tahun 1929. Emas dilombong di Raub 700000 oz. dalam masa 50 tahun di lombong telerang kepunyaan Syarikat Raub Australian Gold Mining. Kegiatan tersebut juga dijalankan secara kecil-kecilan melalui perlombongan lanar di tempat-tempat lain.. Wolferam dan Sheelite juga dilombong di Tanah Melayu. Lombong-lombong besi Jepun di Terengganu dan Johor juga menggunakan tenaga buruh Cina.

Kerja shafting kebanyakannya dilakukan oleh suku kaum Hakka. Keturunan Hailam biasanya menjadi buruh di lading getah atau sebahagian kecil menjadi pembantu rumah atau penternak babi. Mereka hanya akan menjadi pelombong sekirannya mendatangkan keuntungan. Suku kaum Hokkien pula menjadi pekedai-pekedai di lombong-lombong dan hanya sebahagian kecil kaum Teochiu menjadi pelombong. Sebahagian besar pelombong terdiri daripada suku kaum Kantonis atau Hakka.

Peleburan bijih timah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dilakukan oleh orang-orang Cina, terutamanya kawasan perlombongan yang utama seperti Larut, Kinta, dan Kuala Lumpur. Relau berbentuk silinder kecil digunakan dan arang sebagai bahan api. Pada tahun 1940, hanya seorang pelebur Cina yang masih ada di Tanah Melayu di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Selain daripada itu, semua kegiatan peleburan timah di negara ini dilakukan oleh dua syarikat Eropah iaitu Syarikat Eastern Smelting dan Syarikat Straits Trading. Ini merupakan contoh yang membuktikan teknologi moden membolehkan bangsa Eropah bersaing dengan orang-orang Cina.

Berbanding dengan bangsa Asia yang lain, orang-orang Cina lebih ramai menjadi pemilik-pemilik dan pengurus dalam perindustrian timah. Walau bagaimanapun, bilangannya tidaklah begitu besar iaitu 209 orang termasuk 5 orang perempuan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1931. Pada tahun 1931, terdapat seramai 61992 orang lelaki Cina dan 8712 orang perempuan yang bekerja di lombong bijih di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Ini merupakan jumlah tenaga buruh yang paling besar. Orang-orang India pula seramai 4622 orang termasuk 546 perempuan dan orang-orang Melayu seramai 478 lelaki dan 65 perempuan. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu jumlahnya seperti berikut : orang Cina 1481 orang, Melayu 39 orang manakala orang-orang India tidak kira berasingan.

Sementara orang Cina menguasai industri bijih, buruh India merupakan yang paling ramai dalam perusahaan getah. Orang Cina selalu menjalankan kerja-kerja yang sukar seperti membersihkan hutan untuk penanaman dan lain-lain kerja yang berkaitan pembukaan ladang getah. Ramai di kalangan mereka yang digajikan sebagai penoreh getah dan kaum perempuan bekerja membersih rumput. Kerajinan mereka lebih tekun berbanding dengan orang India tetapi mereka lebih sukar dikendalikan. Mereka merupakan individu yang tekun dan hanya akan bekerja sebagai penoreh sekiranya dibayar mengikut jumlah kerja.

Pemilik estet Cina mempunyai perbelanjaan asas yang rendah berbanding dengan estet Eropah yang menjalankan pekerjaan berdasarkan kaedah saintifik. Pada tahun 1931, di Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdapat seramai 84342 orang lelaki Cina dan 16447 orang perempuan Cina yang bekerja dalam industri getah berbanding dengan jumlah orang India seramai 131099 orang dan orang Melayu seramai 27618 orang. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, jumlahnya terdiri daripada 61374 orang Cina, 34776 orang Melayu, manakala orang India tidak dikira berasingan.

Perlombongan bijih timah telah dijalankan di Tanah Melayu sejak dahulu kala dan lebih kurang satu abad yang lalu oleh orang-orang Cina, manakala perindustrian getah merupakan ciptaan British. Satu pemerihalan mengenai asal-usul dan perkembangan industri getah tidak perlu dimasukkan dalam sektor ini, tetapi disebabkan orang-orang Cina melibatkan diri dengan meluas dalam kegiatan ini, maka perkara-perkara penting dijelaskan secara ringkas.

Selain daripada itu, orang Cina juga memiliki banyak kebun kecil. Kebun-kebun kecil getah meliputi keluasan 1215522 ekar di seluruh Tanah Melayu pada tahun 1931 berbanding dengan 1855797 ekar estet getah yang melebihi 100 ekar. Perangkaan ini tidak menunjukkan bilangan pemilik Cina, tetapi disebabkan sebahagian besar daripada kebun kecil getah yang dipunyai oleh orang Melayu disewakan kepada orang Cina untuk ditorehkan, maka pemilikan tersebut tidak mempunyai sebarang makna. Pada tahun 1931, pengeluaran estet getah yang melebihi 100 ekar ialah 239435 tan dan kebun kecil getah menghasilkan sebanyak 195422 tan di seluruh Tanah Melayu.

Pemilikan lombong bijih timah dan estet getah oleh orang-orang Cina bukan merupakan petunjuk sebenar kekayaan mereka di negara ini. Contohnya, orang-orang Cina mempunyai saham yang banyak dalam syarikat getah Eropah. Kebanyakan industri sampingan yang penting dan sedang berkembang di Tanah Melayu dikuasai oleh orang Cina. Industri nanas yang diasas sejak dua dekad yang lalu adalah perusahaan orang-orang Cina. Nanas yang ditinkan merupakan 1.2 peratus daripada eksport dagangan Tanah Melayu pada tahun 1938. Di Singapura, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Klang, Ipoh dan lain-lain tempat, orang-orang Cina memiliki perusahaan minyak, kilang biskut, kerja-kerja getah bagi pengeluaran kasut, tayar dan lain-lain, tempat pelebur besi, kilang kayu dan kilang sos. Terdapat juga syarikat perkapalan Cina, agensi motor dan bengkel. Kebanyakan daripada perniagaan runcit di merata-rata tempat dimiliki oleh orang Cina. Satu petunjuk membuktikan kekayaan komuniti ini ialah orang-orang Cina di Tanah Melayu telah menghantar lebih daripada $110000000 (833000) ke China pada tahun 1941.

Penanaman sayur-sayuran, penternakan ayam dan babi juga dimonopoli oleh orang Cina. Orang Melayu turut membekalkan telur dan ayam kepada penawaran negara dan mereka menjualkan hasil keluaran kepada orang tengah Cina. Orang Cina juga memonopoli bidang pembinaan dan kemahiran pertukangan, walaupun terdapat orang-orang India utara dan selatan yang mengusahakannya.

Kebanyakan orang Cina juga menjadi tukang jahit dan tukang kasut. Menjelang 1937, mereka mula menandingi orang-orang India utara yang sebelum ini menguasai bidang pembuatan fesyen wanita. Bidang dobi pula diusahakan oleh orang Cina dan India selatan. Pembantu-pembantu rumah selalunya terdiri daripada orang Cina terutamanya berketurunan Hailam dan sebahagian kecil orang India selatan. Kadang kala orang Melayu dan Jawa bekerja sebagai pembantu rumah dan pemandu kenderaan.

Kebanyakan orang Cina juga melibatkan diri dalam perusahaan balak, penarik beca dan kegiatan penerokaan dan pembersihan hutan untuk sektor pertanian.

Sistem Politik

Pertubuhan politik yang pertama diasaskan dengan objektifnya melancarkan revolusi di China ialah Hsing Chung Hui. Ia diasaskan oleh Dr.Sun Yat-Sen di Honolulu pada tahun 1984. Beliau cuba mendapatkan sokongan orang-orang Cina untuk menjatuhkan Dinasti Macau. Dr.Sun mula-mula sekali melawat Singapura pada tahun 1900. Dari tahun 1900-1905, Hsing Chung Hui bertanggungjawab ke atas setiap pemberontakan bersenjata di China. Pada tahun berikutnya, Hsing Chung Hui telah bergabung dengan beberapa pertubuhan revolusioner yang lain menjadi Tung Meng Hui dengan Dr.Sun dilantik sebagai Presiden.

Cawangan Tung Meng Hui di Singapura telah ditubuhkan pada bulan Ferbruari 1906. Sebelum ini sudah terdapat parti politik yang dikenali Chung Hui Tang, yang diasaskan oleh Yau Lit, ahli pertubuhan Hsing Chung Hui di Hong Kong. Pada tahun 1906, Dr. Sun datang semula ke Singapura dan meneruskan usaha untuk menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, beliau gagal untuk menubuhkan cawangan di Ipoh kerana mendapat tentangan kuat daripada penyokong parti di raja Pro Macau. Selepas itu, cawangan di Pulau Pinang, Seremban, Melaka dan Kuala Pilah ditubuhkan.

Dari tahun 1905-1099, Singapura menjadi tempat pertemuan pelarian politik China. Di antara yang terkenal termasuklah Sun Yat-Sen, Wang Ching Wei dan Hu Han Min. Pada tahun 1907, akhbar Cina iaitu Chung Hing Yat Pao telah diterbitkan dengan objektif utama untuk menganjur revolusi di China. Pada waktu ini, banyak lagi akhbar revolusioner diterbitkan dan ini menyebabkan persaingan hebat dengan akhbar yang menyokong Manchu terutama sekali Union Times dan Yat-Pau Press. Dr.Sun Yat-Sen telah menulis banyak artikel di dalam akhbar revolusioner. Akibatnya beliau mendapat surat amaran dari Pegawai Hal Ehwal Orang Cina kerana sikapnya menentang Kerajaan Manchu sedangkan Great Britain menjalinkan persahabatan dengan kerajaan Manchu.

Selepas melancarkan pemberontakan di China pada tahun 1908 yang dirancang oleh Dr.Sun. 700 orang pemberontak terpaksa berundur ke Tonkin. Sebahagian daripada mereka telah dihantar ke Singapura oleh Perancis sebagai mewakili Dr.Sun. Kemudiannya, mereka dikaitkan dengan kumpulan perompak di Jurong. Adalah menarik untuk dicatatkan bahawa di antara tahun 1909 dan 1911, Persatuan Triad di Melaka telah melakukan beberapa rompakan dan hasil daripada rompakan tersebut dihantar ke China untuk membantu perjuangan revolusioner.

Pada tahap ini memperlihatkan kewujudan banyak persatuan, kelab dan pertubuhan bacaan untuk mengembangkan propaganda revolusioner. Di antara yang terkenal ialah Kesatuan Philomathic Orang Cina di Pulau Pinang yang didaftarkan di bawah Ordinan Pertubuhan pada bulan November 1908. Pada tahun 1910, Kwang Wah Yat Pao ditubuhkan di Pulau Pinang oleh ahli-ahli Tung Meng Hui.

Dr.Sun berada di Pulau Pinang dari tahun 1910 dan sebahagian tahun 1911. Beliau membuat rayuan agar menubuhkan tabung untuk membantu gerakan pemberontakan di Canton. Kegiatannya di Pulau Pinang menyebabkan beliau mendapat surat amaran dari Pegawai Hal Ehwal Orang Cina yang mengarahkannya supaya meninggalkan negara ini. Beliau telah pergi ke Eropah dan kemudiannya berada di Amerika sehinggalah revolusi yang dilancarkan berjaya.

Hasil kejayaan revolusi tersebut, maka tertubuhlah parti Kuomintang di China pada tahun 13 Ogos 1912 yang merupakan gabungan lima buah persatuan termasuklah Tung Meng Hui.

Selepas penubuhan parti Kuomintang di China, Lu Chih telah dihantar untuk menubuhkan cawangan-cawangan parti di Tanah Melayu. Pada tahun 1912, kerajaan Negeri-negeri Selat memutuskan untuk mendaftarkan pertubuhan itu di bawah Ordinan Pertubuhan. Kerajaan berpendapat Tung Meng Hui tidak pernah melakukan penentangan terhadap kewibawaan kerajaan Tanah Melayu. Tambahan pula, kejayaan revolusi sebelum ini telah memperkukuhkan kedudukan parti. Cawangan parti Kuomintang yang pertama didaftarkan di Singapura pada 18 Disember 1912, di atas nama Pusat Perhubungan Kuomintang Peking di Singapura. Pada tahun 1913, tujuh orang daripada lapan orang ahli jawatankuasa yang utama adalah rakyat British. Seorang daripada mereka ialah Dr. Lim Boon Keng. Pada tahun 1914, pusat tersebut terpaksa tertutup. Penutupan ini disebabkan terbongkarnya satu rancangan bahawa pusat itu akan dibubarkan dan digantikan dengan sebuah syarikat bernama Syarikat Industri Laut Selatan Berhad. Terdapat juga tekanan daripada Pendaftar Pertubuhan ke atas pusat tersebut yang mahukan nama dan alamat ahli. Selepas ini, pusat ini bergerak secara sulit. Cawangan sulit di Pulau Pinang masih wujud. Semua cawangan lain telah didaftarkan di bawah Enakmen Pertubuhan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1913 tetapi telah hilang atau bergerak secara bawah tanah. Notis Gazette tahun 1922 telah mengisytiharkan pertubuhan tersebut tidak wujud lagi. Cawangan-cawangan lain juga didaftarkan di Negeri-negeri Melayu secara serentak atau pada masa lain juga telah dibubarkan.

Berikut adalah secara ringkas Kuomintang di negeri China telah berkonflik dengan Yuan Shih Kai. Kuomintang telah menganjurkan pemberontakan tetapi dapat dipatahkan oleh tentera Yuan dan Kuomintang telah diharamkan. Walau bagaimanapun, usaha Yuan Shih Kai untuk menjadi Maharaja telah digagalkan oleh Kuomintang apabila penduduk di wilayah selatan dirangsang supaya melakukan pemberontakan. Semasa Kuomintang di bawah Li Yuan Huang, yang memerintah dalam tempoh yang singkat, tercetus pula penentangan oleh tentera-tentera di wilayah utara. Kerajaan telah dibubarkan pada tahun 1917. Manakala Dr.Sun Yat-Sen telah menubuhkan cawangan Kuomintang di Canton dengan bantuan ketua-ketua tentera dari Kwangsi, Yunnsn dan Fukien. Pada masa itu, sejarah perjuangan Dr.Sun sangat mencabar. Dr.Sun telah dihalau keluar oleh Leftenan Jeneral Cheng Chiung Ming pada tahun 1921, beliau kembali semula ke Canton pada bulan Februari 1923. Beliau membawa bersamanya penasihat Parti Bolshevik, Jacon Borodin. Pada tahun 1924, beliau pergi semula ke Peking, mungkin disebabkan kedudukan beliau di Canton agak genting Dr.Sun meninggal dunia di Peking pada bulan Mac 1925.

Ajaran Dr.Sun menjadi penting dari segi politik setelah beberapa tahun beliau meninggal dunia. Penguasaan semula Kuomintang dalam kerajaan pada tahun 1927 di bawah kepimpinan Chiang Kai Shek. Tiga prinsip telah dijadikan teras dalam dasar kerajaan. Contohnya,Undang-undang kewarganegaraan berdasarkan prinsip yang pertama iaitu Nasionalisme. Prinsip ini memberi kesan yang besar ke atas politik Tanah Melayu. Oleh itu, kita perlu meneliti San Min Chu I yang terkandung dalam siri kuliah Dr.Sun Yat Sen di antara tahun 1924-1925.

San Min Ghu I

Nasionalisme

Orang-orang Cina berasal dari bangsa dari bangsa berkulit kuning disebabkan mereka mempunyai stok darah yang berbangsa kuning. China merupakam satu-satu negara di mana bangsa dan kaum adalah sama.Untuk menyelamatkan China, kita perlu membangkitkan semangat kebangsaan. Orang-orang Cina adalah bangsa Han atau bangsa Cina yang mempunyai kesamaan darah, bahasa, agama dan adat resam.

Demokrasi

Kerajaan yang diasaskan oleh manusia melalui tiga peringkat iaitu teokratik, otokratik dan demokratik. Kita berada di peringkat keempat iaitu era manusia berjuang menentang monarki dan raja-raja mereka. Isu sekarang adalah di antara baik dan jahat dan di antara mungkin dan benar. Orang Cina seharusnya mengikut aliran kecenderungan yang dialami di dunia.

Kehidupan bersama

Asas kehidupan bersama adalah Sosialisme. Komunisme, Kolektifisme. Persoalan utama ialah kesan kemajuan pesat dalam tamadun kebendaan di seluruh dunia. Pengenalan alat-alat jentera membawa kepada pengangguran. Walaupun Sosialisme telah menjadi tenaga penggerak untuk beberapa dekad tetapi penduduk Barat masih belum dapat mencari penyelesaian ke atas setiap soalan yang timbul. Pengagihan kekayaan telah banyak menghancurkan monopoli golongan perdagang. Cukai yang tinggi menguntungkan pekerja. Beberapa tahun dahulu, Kuomintang menyelesaikan prinsip parti iaitu penghidupan bersama melalui penyamarataan hak milik tanah dan pengaliran modal. Sekiranya kita mengikut kedua-dua kaedah tersebut, kita akan dapat menyelesaikan masalah kehidupan bersama di China.

Kerajaan telah menumpaskan Kuomintang di Tanah Melayu pada tahun 1925 disebabkan aktivitinya dianggap subversif. Ia merupakan agen untuk mengedarkan propoganda nasionalisme yang dicetak di Canton yang bernadakan anti-British yang meluap-luap. Pada masa ini, terdapat usaha ke arah perjuangan yang berhaluan kiri dengan mengeluarkan proppganda yang berbisa. Pertubuhan buruh Kuomintang pula muncul dalam negeri di bawah nama persatuan yang mempunyai kepentingan bersama.

Kerajaan Tanah Melayu bersikap tegas terhadap aktiviti Kuomintang yang bersifat subversif. Ahli-ahli mesti menyesuaikan diri dengan pertubuhan Kuomintang akan memberi arahan dari masa ke semasa kepada mereka.

Kejayaan cemerlang Kuomintang di China pada tahun 1920 dan 1927 menyebabkan kerajaan Tanah Melayu berada dalam keadaan serba salah. Kerajaan Tanah Melayu pernah mengiktiraf Kerajaan Nasionalisme China yang dikuasai oleh Kuomintang. Oleh itu, Pejabat Hal Ehwal Luar British berpendapat agar kerajaan mengkaji semula hal tersebut. Akibatnya, tercetus rusuhan meminta supaya kerajaan menarik balik pengharaman ke atas Kuomintang dan rusuhan tersebut dihalang oleh Kerajaan Tanah Melayu. Pada waktu itu, Kuomintang mendapat simpati yang meluas di kalangan Cina di Tanah Melayu terhadap perjuangan nasionalis. Dasar mereka ialah untuk menyokong prinsip Dr.Sun Yat-Sen untuk menyatukan Soviet-Russia dengan Komunis dan menyatukan kaum petani dan buruh-buruh. Dasar tersebut mendapat sokongan segelintir orang Cina kelas pertengahan dan buruh-buruh Kantonis yang mahir.

Gerakan pembersihan unsur-unsur Komunis dalam Kuomintang oleh Ching Kai-Shek turut memberi kesan di Tanah Melayu. Kerajaan Negeri-negeri Selat pula menafikan bahawa nasionalisme orang-orang Cina perlu dihapuskan. Pembersihan ke atas Kuomintang menyebabkan golongan pelampau berpecah dan mewujudkan organisasi mereka sendiri seperti Jawatankuasa Revolusioneri Moden Kuomintang China, Suruhanjaya Sementera Laut Selatan Parti Komunis China, Parti Belia Komunis dan Kesatuan Sekerja Nanyang. Pertubuhan ini yang kebanyakan ahlinya orang Hailam, telah bekerja keras untuk menyebarkan ideologi komunis di kalangan orang Cina di Tanah Melayu.

Dasar propoganda yang agresif oleh Kerajaan China tidak dapat mengubah keadaan. Contnohnya, pada bulan Julai 1929, mereka telah menerbitkan satu senarai Hari-hari Penghinaan berserta dengan fakta-fakta yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang diperingati.Kerajaan Tanah Melayu mensyaki bahawa Kuomintang menggangap Indo-China, Hong Kong dan Tanah Melayu sebagai terra-irredenta. Hakikat sebenarnya, keadaan adalah luar biasa disebabkan Kuomintang masih berfungsi dengan meluas di Nanyang. Parti Pusat dan cawangan di Tanah Melayu saling berutus surat dengan banyak sekali. Orang-orang Cina di Tanah Melayu juga tidak boleh dihalang untuk menjadi ahli Kuomintang.China dan tidak perlu campur tangan dengan ahli-ahli tang selagi kegiatan tidak mendatangkan kesan negatif terhadap kepentingan kerajaan tempatan. Tindakan tersebut dengan syarat tiada usaha dilakukan untuk menubuhkan semula kawalan atau cawangan tangpu atau membentuk pertubuhan tang tempatan di Tanah Melayu.

Pindaan undang-udang telah diluluskan di Tanah Melayu, walaupun ia tidak membawa sebarang perubahan keadaan. Selepas bermulanya pemusuhan China-Jepun pada tahun 1937, barulah wujudnya aduan-aduan yang serius terhadap kerajaan Tanah Melayu. Sementara itu, pada tahun 1939, Kerajaan Cina telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Cina Seberang Laut.

Kita melihat semula sejarah Parti Komunis di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Kegiatan Komunis dapat dikesan pada tahun 1934 dengan terjumpanya arahan yang dikeluarkan oleh Parti Comitern di Shang hai kepada ahli jawatankuasa pusat Parti Komunis Malaya. Kebanyakan kegiatan yang diarah adalah dalam bentuk mogok sabotaj di pangkalan tentera laut British, memulaukan pengangkutan, demokrasi menentang kenaikan cukai dan sebagainya. Selepas menerima surat tersebut, Parti Komunis Malaya dan Pasukan Belia Komunis Tanah Melayu telah melancarkan kempen pembersihan dan dalam waktu singkat itu. Semangat diberikan kepada Parti ke arah mencapai matlamatnya iaitu melancarkan revolusi di Tanah Melayu.

Pada waktu itu, Jawatakuasa Pusat Parti Komunis Malaya diminta untuk mengadakan perhubungan sulit dengan pihak antarabangsa dan mengasakan perhubungan di antara Parti Komunis Malaya dengan India dan England. Dalam menyelaras dan menubuhkan jawatankuasa bersama yang mewakili orang India, Melayu dan Cina.

Parti Komunis Malaya kurang berjaya untuk mewujudkan perasaan tidak puas hati di kalangan buruh Kantonis dan Hokkien di pangkalan tentera laut, penjara baru dan berek-berek tentera. Pada tahun 1935, kempen anti Jepun dan anti Kuomintang telah dilancarkan dan berlaku demostrasi di luar Kelab Orang-orang Jepun tetapi pada bulan Disember 1935, kegiatan-kegiatan parti mulai merosot. Namun begitu, banyak propoganda anti perang dan anti Jepun masih terus disebarkan. Pada tahun 1936, parti tersebut sangat aktif dalam menyusun kegiatan mogok.

Ching Kai Shek telah ditangkap di Sian oleh Marsal Chang Hsueh Liang. Gerakan Pembebasan Kebangsaan yang muncul akibat peristiwa tersebut telah menjadi masyhur. Jawatankuasa pusat di Tanah Melayu telah mengambil kesempatan daripada keadaan ini dengan menubuhkan cawangan-cawangan untuk mengutip derma dan membantu tentera-tentera yang menentang Jepun di Suiyan.

Parti Komunis telah mengeksploitasi peperangan yang tercetus di antara China dengan Jepun pada bulan Julai 1937. Ia telah mewujudkan rekrut-rekrut baru dalam Pertubuhan Pembebasan Kebangsaan. Dalam usaha untuk melahirkan semangat anti Jepun, maka cawangan pertubuhan tersebut di seberang laut telah dibentuk dengan dua jawatankuasa iaitu bawah tanah dan terbuka. Jawatankuasa pertama bertanggungjawab merekrut Komunis di kalangan ahli-ahli, manakal yang kedua bertujuan menarik minat mereka yang anti-Komunis dan parti-parti lain yang tidak menyertai komunis setelah menyedari tentang pengaruh Komunis.

Sehingga tahun 1938, terdapat bantahan terhadap Trotskyites dan satu dasar baru telah diamalkan berserta dengan barisan anti Jepun dan anti penjajahan untuk mengatur kegiatan mogok. Organisasi parti adalah amat kompleks dengan Jawatankuasa pusat mengarahkan semua aktiviti. Bahagian Belia Komunis, Kesatuan Buruh Am, Pasukan Piket untuk tujuan menggertak, cawangan Khas seperti Gestapo Komunis dan Liga Pembebasan Kaum Tanah Melayu, untuk mengajak orang-orang Melayu dan India menyertai Komunis. Terdapat juga Pertubuhan Pembebasan Kebangsaan Orang Cina Seberang Laut yang memainkan peranan untuk menyemai semangat patriotik di kalangan belia-belia Cina dan mempengaruhi mereka dengan mengajar prinsip-prinsip Komunis.

Sebuah lagi pertubuhan ialah Pertubuhan Penulis-penulis Proletarian. Pertentangan di antara Kuomintang dengan Komunis di China semakin kurang selepas coup detat di Sian mempunyai kesan secara tidak langsung di Tanah Melayu. Pelbagai nama pertubuhan Komunis di Tanah Melayu telah disesuaikan dengan dasar parti yang anti Jepun. Contohnya, Kesatuan Buruh Am kini menjadi Persatuan Penyokong Anti Musuh Kelas Buruh. Kesulitan mengorganisasi semula pada tahap ini adalah sukar untuk diikuti dan sekiranya diberi nama, ia juga akan mengelirukan cerita sebenar.

Selepas tercetusnya peperangan dengan German pada tahun 1939, Parti Komunis Malaya mula mengalih perhatian kepada kemungkinan berlakunya perang di antara Great Britain dan Jepun. Akhirnya Parti Komunis Malaya mengeluarkan risalah-risalah yang menjelaskan akan membantu Kerajaan Tempatan sekiranya berlakunya peperangan. Perkara ini sama dengan yang dikemukakan oleh Parti Komunis China dan Kerajaan Kebangsaan China. Ini termasuk penghapusan dasar menentang kemajuan, pengenalan sistem demokrasi dan pembaikan taraf hidup penduduk sebagai tambahan kepada kesanggupan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan.

Mereka tidak mendapat tindak balas daripada kerajaan Tanah Melayu. Pihak Komunis, terutamanya Persatuan Penyokong Anti Musuh terus mengeluarkan tulisan-tulisan anti British. Kira-kira pertengahan bulan September 1940, Parti Komunis Malaya menerima arahan dari Parti Komunis China di Hong Kong supaya melaksanakan perkara-perkara berikut: kesemua gerakan anti-British dan rusuhan pemogokan mestilah diberhentikan dengan serta merta di Tanah Melayu dan parti haruslah menumpukan perhatian untuk menyatupadukan gerakan anti-Jepun dan menyokong Gerakan Pembebasan Kebangsaan di Tanah Melayu dan tidak menentang parti jika terdapat kempen yang dilakukan oleh komuniti Cina di Tanah Melayu untuk membantu British.

Parti Komunis Malaya bersetuju untuk menerima arahan-arahan tersebut. Gerakan ini mendapat inspirasi dari satu persetujuan yang dicapai pada tahun 1940 di antara Kerajaan Kebangsaan China dengan Parti Komunis China di Chungking. Walau bagaimanapun, parti masih meneruskan rusuhan industri.

Jelas menunjukkan bahawa Komunis tempatan berada dalam dilema. Di antara 22 Jun 1941, semua Jerman menyerang Russia dan 8 Disember 1941, semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, kedudukan mereka adalah tidak jelas. Bagaimanapun, selepas serangan ke atas Russia oleh Jerman, serangan Parti Komunis terhadap Britain semakin berkurangan dan selepas Jepun menakluk Tanah Melayu, keseluruhan dasarnya telah berubah. Parti tersebut telah berpihak sepenuhnya kepada Kerajaan Tempatan.

Setelah penaklukan berlangsung kira-kira satu bulan, baharulah usaha dilakukan untuk menyatukan parti-parti politik orang Cina dalam satu barisan peperangan. Pada penghujung bulan Disember 1941, Jawatankuasa Pengerahan orang-orang Cina telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Tan Kah Kee. Jawatankuasa Pengerahan ini telah mendapat persetujuan daripada pertubuhan Kuomintang dan Parti Komunis dan mendapat restu daripada Gabenor Sir Shenton Thomas. Ahli-ahlinya telah mengambil bahagian menentang Jepun melalui berbagai-bagai cara seperti menjadi polis tambahan yang mengisi kekosongan di antara mereka dengan polis biasa di Johor Bahru. Semasa kedatangan kontinjen Jepun di paya bakau Singapura, sebahagian daripada pasukan Dalforce, berperang dengan penuh keberanian. Walau bagaimanapun, perkembangan ini agak lewat dan sudah terlambat untuk menjadi lebih berkesan. Semuanya berakhir dengan kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942.

Sistem Sosial

Agama Dan Kepercayaan

Orang-orang Cina selalu dianggap orang yang paling bertolak ansur di dalam soal agama. Mereka juga tidak mempunyai sistem kasta seperti orang Hindu. Kita juga mengetahui bahawa mereka tidak mempunyai peraturan-peraturan tertentu untuk memasuki tokong dan tidak memerlukan pakaian khas. Walaupun mereka menganut agama Buddha, Confucious atau Taoisme, namun mereka bertolak ansur tentang mazhab yang bukan anutnya. Terdapat juga yang menganut dua atau ketiga-tiga kepercayaan sekaligus. Kebanyakan orang-orang Cina sukar memberitahu adakah Tuhan atau pahlawan mereka adalah dewa suci Buddha atau Taoisme. Manakala penganut Buddha telah menerima sebilangan Tuhan yang berasal dari Taoisme ke dalam kepercayaan mereka. Tambahan pula, orang-orang Cina merasa bersalah sekiranya tidak menghormati tuhan mereka.Orang Cina juga menganggap tuhan mereka mempunyai semangat yang sama. Mereka tidak lagi menghormati kebijaksanaan setengah-setengah daripada mereka yang didapati menipu penyembahan sebaik sahaja mereka berada di belakang. Tetapi yang penting ialah mereka mempercayai agama dan kepercayaan karut dengan tidak ragu-ragu sebagaimana penganut Kristian. Sekiranya kepercayaan yang dianuti bertentangan dengan pendidikan saintifik, maka ini adalah kes Tertulilian iaitu credo quia impossible est. Pascal tidak mungkin menjadi seorang Cina.

Dewa yang paling popular di dalam kepercayaan orang Cina adalah Kwan Yin. Ia setaraf dengan dewi Taoist iaitu Tien Hou Sheng Mu, Ibu Suci, Ratu Syurga dan ia telah dianugerah sifat semula jadi seperti Virgin Mary. Nama Kwan Yin orang Kantonis menyebut Kwun Yam adalah singkatan dari Kwan Shih Yin yang bermaskud dewi yang mendengar permintaan doa insan tuhan yang melihat ke dunia dan mendengar jeritannya.Terdapat juga tradisi bahawa beliau serupa dengan Miao-Shen, anak perempuan Raja Fo Kiah yang menakluki kerajaan China pada tahun 2587 S.M. Namun begitu, tidak terdapat pengesahan tentang perkara ini dan tidak syak lagi bahawa ia sangat penting dalam Buddist Bodhisattva Avalokiteswara. Avalokiteswara berasal dari dua perkataan Sanskirt avalokita yang bermakna melihat ke bawah atau memerhati dan isvara yang bermaka Tuhan iaitu nama Brahmin untuk Tuhan yang tertinggi.

Agama Buddha dianuti dengan pelbagai bentuk oleh kebanyakan orang di Bahagian Utara. Kwan Yin menduduki tempat yang paling masyhur. Ia telah menolak Wen Shu dan sehinggalah kepada Pu Hsien diketepikan. Rumah ibadatnya di dalam tempat pemujaan ia merupakan dewi yang paling popular.Terdapat tiga buah rumah berhala di Pulau Pinang khusus untuknya dan ia juga wujud di kebanyakan rumah berhala. Tokong Kwan Yin di Melaka dipanggil Tsing Wan Ting atau Tokong Awan Biru.

Satu lagi Tuhan yang popular di kalangan orang Cina di Pulau Pinang ialah Kwan Ti, Tuhan Peperangan. Kwan Ti mempunyai sejarah unik. Persoalan yang timbul ialah bagaimankah orang yang tidak dikenali ini dianggap sebagai Tuhan Peperangan. Ini merupakan satu misteri yang membingungkan kebanyakan pelajar bidang keagamaan. Pemujaan terhadap Kwan Ti dilakukan di kebanyakan rumah dan tokong di China. Patung beliau ditempatkan di dalam dewan utama di biara-biara Buddha. Pemujaan terhadapnya dilakukan pada hari kelima belas bulan yang kedua dan hari yang ketiga belas bulan yang kelima.

Selain itu, terdapat satu lagi pemujaan iaitu ke atas nenek moyang yang diambil dari ajaran Confucious. Asal usul pemujaaan ini lebih tua berbanding pemujuaan ke atas pahlawan tempatan iaitu shen, fu dan yao. Sebenarnya orang-orang Cina di Tanah Melayu dan Nanyang umumnya adalah berbeza dengan rakan-rakan mereka di China dalam hal pemujaan shen dan fu ini, kecuali di daerah-daerah asal imigran tersebut. Contoh yang paling baik berhubung perkara ini ialah di Pulau Pinang dan Melaka; Sam Po Tai Shan untuk memuja shen dan Toh Peh Kong Ta Pai Kung untuk fu.

Pemujaan yang sudah lama diamalkan di Tanah Melayu ialah pemujaan ke atas Wang Yeh. Wang Yeh mempunyai tugas spiritual untuk menyelia alam ini sebagai wakil Syurga. Pemujaan ke atas Wang Yeh dibuat sejak dahulu lagi, tetapi perayaan Wang Kang di Melaka hanya bermula pada tahun 1856. Menurut orang Cina tempatan, Wang Kang bermaksud Kapal Wang bermaksud nama keluarga Ong atau raja atau ketua. Ong Yehs telah diberikam kebenaran untuk merayau-rayau dan melakukan sewenang-wenangnya tanpa takut dengan hukuman. Orang Cina Melaka bercadang untuk menghapuskannya dan terus membuangnya ke dalam perahu.Perayaan ini hanya disambut di antara 5 hingga 14 tahun. Perarakan dibuat mengelilingi bandar di mana satu model kapal mewakili Wang Kang berada di depan sekali. Kemudian ia diikuti oleh lima patung Wang Yeh dan diikuti pula dengan patung Chye lian kahs (Tsai Lien Chias) dan patung Chye lian Taus (Tsai Lien Tous) berpakaian indah iaitu bertopi putih, berjubah putih dan tali pinggang sutera merah tetapi tidak berkasut. Mereka berjalan berpasangan dalam lima barisan dan setiap orang membawa kayu pendayung.

Berdasarkan bilangan tokong-tokong dan sokongan yang diberikan oleh pemuja-pemuja iaitu dalam bentuk pembelian colok, kertas suci dan yuran kertas mencabut undi, kita dapat katakan bahawa orang Cina adalah penganut setia pada agama mereka buat selama-lamanya. Di kalangan golongan berpelajaran, terdapat mereka yang tidak mempercayai agama. Satu-satunya agama yang dianuti orang Cina adalah pemujaan nenek moyang dan kebanyakan orang Cina menganut ketiga-tiga agama tersebut serentak. Hubungan yang lama dengan orang Cina di Tanah Melayu menyakinkan seseorang bahawa sikap tidak minat dan tidak mempercayai agama berkembang meluas di kalangan cendekiawan.

31

Tetapi sama ada mereka menganut agama tradisional atau tidak, keseluruhan fikiran mereka telah dipengaruhi oleh kepercayaan ini. Orang yang tidak beragama akan menjadi risau jika melanggar kepercayaan karut ini. Menilik juga, menjadi pegangan sebahagian besar manusia feng shui mesti diraikan. Ramai towbay yang kolot mempercayai amalan karut ini dan menjemput tukang tilik bersama-sama dengan kompas geomantiknya untuk menentukan kedudukan rumah baru atau kubur yang sesuai dengan kehendak Eight Diagram dan Yin dan Yang. Tukang tilik tempatan menyatakan kebakaran berlaku berpunca dari Gunung Selatan di daerah tersebut yang menyerupai bentuk udang galah; kubur cabang pertama sesebuah keluarga yang rumahnya telah terbakar adalah bernasib baik kerana kubur mereka memenuhi bahagian kepala udang. Tetapi pada akhir-akhir ini cabang yang keempat sebuah keluarga telah menempatkan kubur di bahagian kanan kuku udang galah menyebabkan berlakunya kekacauan di dalam kubur cabang kedua dan cabang ini menunjukkan tanda-tanda kemerosotan yang membawa kepada kecelakaan kepada rumah mereka. Penjelasan ini diterima secara meluas. Keadaan ini dapat dijelaskan lagi melalui analogi.

Walau bagaimanapun. Selagi kepercayaan karut dan menilik masih kuat, maka selagi itulah ia akan menyulitkan orang-orang Cina untuk beroperasri dengan logik. Sedang jutawan Cina yang berpengaruh ke atas komuniti mereka mengawal pelaburan dengan membaling potongan pokok buluh di tokong Toh Peh Kong, maka adalah mustahil untuk menjangkakan komuniti Cina secara keseluruhannya akan berubah. Sifat semula jadi orang Cina yang bertolak ansur dan keupayaan mereka untuk menganut dua atau tiga bentuk kepercayaan walaupun kontradik, pada masa yang sama mereka menghalang agama mereka daripada berubah.

Sepertimana penganut Buddha mengambil tuhan-tuhan Taoist ke dalam kepercayaan mereka, orang Cina juga sering menghormati kramat orang Islam atau tempat-tempat suci. Juga telah menjadi kebiasaan untuk melihat colok dinyalakan oleh orang Cina di bawah pokok-pokok suci batu-batu yang berbentuk ganjil. Orang Cina mempunyai cara tersendiri untuk menempatkan diri mereka ke dalam semua dewa-dewi dan jin.

32Perayaan Orang-Orang Cina Di Malaysia

Perayaan adalah kaedah paling berkesan untuk menyatukan orang-orang Cina sebagai satu komuniti ialah melalui pengukuhan upacara. Malah golongan Cina Baba yang lupa pada bahasa nenek moyang mereka tidak melupakan upacara-upacara mereka agama. Dalam seratus tahun yang lalu, upacara ini telah diubahsuai:

Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Pendapat umum menggalakkan mempraktikkan undang-undang yang menghadkan perbelanjaan upacara perkhawinan, pengebumian dan perarakan. Namun begitu, dalam amalan utama mereka, upacara-upacara ini masih sama dengan apa yang telah mereka bawa bersama-sama dan sama dengan amalan yang telah dianuti oleh nenek moyang beribu-ribu tahun dahulu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.

Manakala orang Cina tidak menghiraukan sama sekali kalendar Gregorian di China sejak revolusi dan penggunaanya secara rasmi di Tanah Melayu. Mereka selalu memberikan tarikh mengikut bulan. Dalam kalendar ini, hari yang keenam belas bulan yang kesebelas ditunjukkan dalam huruf Cina sebagai Hsian Han atau musim sejuk yang kurang kuat dan hari yang kedua pada bulan yang kedua belas pula ditunjukkan sebagai Tan Har atau musin sejuk yang amat kuat. Oleh kerana tidak ada musim yang tertentu di Tanah Melayu, kita sentiasa tinggak dalam musim panas setiap hari. Malah kepentingan kalendar orang Cina secara keseluruhannya yang berkait rapat dengan perubahan semula jadi akan lenyap begitu sahaja di dalam persekitaran yang berbeza dengan mencipta kalendar ini. Mengenai Tahun Baru Cina, The Moon Year menyatakan bahawa secara moralnya ia menggambarkan pengembalian ide, menghidupkan semula tahun tersebut, memandangkan ia termasuk Li Chun atau permulaan musim bunga dan juga penghidupan secara umum iaitu zaman di mana Yang dan Yin, ketua Lelaki dan Perempuan bertemu serta bersatu dalam Harmoni dan memerintah dunia; zaman di mana Syurga secara misteri menyuburkan tanah untuk menanam tanaman yang boleh memberi makanan kepada bangsa; sewaktu nadi setiap makhluk yang bernyawa bergerak cepat sebagai tindak balas kepada tenaga yang meningkat. Ini menjelaskan kepada kita bahawa tanda-tanda kehilangan makna yang didiami oleh orang Cina telah diubah tetapi orang-orang Kristian di Australasia merayakan Perayaan Hidup Semula pada musim gugur.

Hari yang kedua puluh empat bulan yang kedua belas hari yang ditetapkan di China Utara ialah hari yang kedua puluh tiga, Pada hari tersebut korban dibuat untuk Tsao Chun atau Tsao Wang iaitu Tuhan Dapur. Di kalangan orang-orang Hokkien di Pulau Pinang, ia dikenali sebagai Chow Koon Kong. Ia meninggalkan syurga beberapa tahun lalu untuk membuat laporan mengenai kelakuan sesebuah keluarga. Pada asalnya, Tuhan Dapur dikenal pasti sebagai pencipta simbol tempat api dan rumah. Ia telah diterima oleh kedua-dua. Taoisme dan Buddhisme, malah lebih tua daripada kedua-duanya. Pemujaan secara besar-besaran telah diadakan di China untuk menghormati Tsao Wang, termasuklah pemberian hadiah seperti tembikai, kek dan halwa buah-buahan. Bibirnya dilumuri dengan makanan manis yang istimewa diperbuat dari nasi atau madu supaya ia tidak bebas bercakap di dunia lain. Pada tahun 1941, upacara pemujaan di Pulau Pinang telah dikurangkan dengan meletakkan tiga cawan teh di atas meja suci, menyalakan sepasang lilin merah untuk menghormatinya dan membakar kertas colok atau Kim Chua. Pembakaran mercun juga mesti dilakukan. Pada hari ini ia dikenali sebagai Sung Sun, penghantaran sami.

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting. Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan meriah setiap tahun.Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong, China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

HaiwanDahan bumiTarikhTarikh

Tikus z19 Februari 19967 Februari 2008

Lembu chu7 Februari 199726 Januari 2009

Harimau yn28 Januari 199814 Februari 2010

Arnab mo16 Februari 19993 Februari 2011

Naga chn5 Februari 200023 Januari 2012

Ular s24 Januari 200110 Februari 2013

Kuda w12 Februari 200231 Januari 2014

Kambing wi1 Februari 200319 Februari 2015

Monyet shn22 Januari 20048 Februari 2016

Ayam yu9 Februari 200528 Januari 2017

Anjing x29 Januari 200616 Februari 2018

Khinzir hi18 Februari 20075 Februari 2019

Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian).

Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

35Mitos

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang, Yunnan, China.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nian ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guo nian yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Hari pertama

Tarian Singa

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (kai nian) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (chi kou), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja.Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (jiao zi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" po wu). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (ren ri, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

39Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (tian gong) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien.

Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuanxiao jie atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tangyuan bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tangyuan ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

40Hidangan Tahun Baru

Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (tuanyuan fan) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (yu) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina (nian nian you yu), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun."

Intisari Makanan41NamaHuraian

Luohan zhaiLuohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk dan yong tau fu.

IkanRamuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (yu). Ramuan utama bagi yee sang.

Yee sangSalad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk menyambut tuah.

Ladu jiao ziLadu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau mandarinLimau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih bakulKuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".

MiMi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

Gula-gulaGula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam.

TikoyPuding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang)

Amalan Tahun Baru

Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (hong bao, bahasa Hokkien: ang-pau; bahasa Hakka: hung bao; bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian bo jin). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

42Pasar Tahun Baru

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

43Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab keselamatan.

Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya tidak selalu dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.

Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.

Singapura: Pengharaman separa dikanakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972. Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial.

44Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham Square, Chinatown.

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

Shou Sui.

Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara (fu), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina atau "terbalik", berbunyi sama dengan (dao), atau "tiba". Maka, fu dao melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.

Bunga

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.

Hiasan BungaMaksud

Bunga plummelambangkan tuah

Kumkuatmelambangkan kemakmuran

Narcissusmelambangkan kemakmuran

Bunga kekwamelambangkan panjang umur

Buluhtumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga mataharibermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan

IkonMaknaIlustrasi

IkanIkan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cina (nian nian you yu).

Jongkong YuanbaoYuanbao emas (jin yuanbao) melambangkan wang dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam.

TanglungTanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.

PerhiasanHiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian singaTarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

Cai ShenCai Shen merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina.

Balik kampung

Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun"dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" ( jx xiang hua).

Selamat Tahun Baru

"Selamat Tahun Baru": xin nian kuai le ; Bahasa Kantonis : sannihn faailohk; bahasa Hokkien Sin-ni khoai-lok) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap idengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China, "guo nian hao" yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai

"Gong xi fa cai" gong xi fa cai; Bahasa Kantonis : gung hei faat choih; bahasa Hokkien : Kiong-hi hoat-chai; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk); manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Suisui ping an" diucapkan serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". Sui bermaksud "usia" sama bunyi dengan ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan alam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, Niannian you yu, hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata yu yang juga ditulis ikan, menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan Singapura.

Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Gongxi fa cai, hongbao na lai), yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

Pantang-larang sewaktu perayaan

Tuah baik

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.

Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.

Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.

Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahas