Sang ketitir sang gagak

of 13 /13

Embed Size (px)

description

sebuah cerita kanak-kanak. ibu bapa digalakkan untuk mempersembahkan cerita ini kepada anak-anak untuk perkembangan otak mereka.

Transcript of Sang ketitir sang gagak

  • 1. SANG KETITIR DENGAN SANG GAGAK NAMA : KELAS : SEKOLAH : Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com

2. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 1 Pada suatu hari, Sang Gagak mencari makanan di tempat buangan sampah sarap. 3. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com Gak, gak, gak! Sang Gagak itu bersuara. Sang Gagak gembira kerana di situ terdapat banyak makanan. Gak, gak, gak! Sang Gagak bersuara lagi. 2 4. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 3 Tiba-tiba Sang Gagak terdengar suara ketawa. Rupa-rupanya Sang Ketitir berada di atas sebatang pokok. 5. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 4 Mengapakah engkau ketawa, wahai Sang Ketitir? Sang Gagak berasa hairan. 6. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 5 Aku ketawa kerana bunyi suaramu sangat buruk. Suara aku lebih merdu, Sang Ketitir bermegah. Semenjak itu, setiap hari Sang Ketitir datang ke situ. 7. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 6 Apabila melihat Sang Gagak datang mencari makanan, Sang Ketitir pun bernyanyi. Sang Ketitir berbangga dengan suaranya yang merdu itu. 8. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 7 Sang Gagak berdiam diri sahaja. Sang Gagak tidak mahu diejek oleh Sang Ketitir. 9. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 8 Pada suatu hari, Sang Ketitir tiada lagi di situ. Sang Gagak berasa hairan. 10. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 9 Pada suatu hari yang lain pula, Sang Gagak pergi mencari makanan di tepi sebuah rumah. Terkejutlah Sang Gagak apabila melihat Sang Ketitir berada di dalam sebuah sangkar. 11. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 10 Sang Gagak lalu berkata, Wahai Sang Ketitir! Mujurlah suaraku sangat buruk. Orang tidak mahu memeliharaku. 12. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet www.zoom-a.com 11 Engkau ditangkap orang kerana suaramu sangat merdu. Sekarang engkau boleh menyanyi di dalam sangkar itu, kata Sang Gagak. Sang Ketitir berasa sangat malu.