Rubah Dan Gagak

download Rubah Dan Gagak

of 5

description

cerita pendek

Transcript of Rubah Dan Gagak

RUBAH DAN GAGAK

RUBAH DAN GAGAKSeekor rubah yang kelaparan sedang mencari makanan dalam hutan. Sewaktu berjalan melepasi sepohon pokok, dia terdengar bunyi di atasnya.Dia mendongak dan ternampak seekor gagak bertenggek di sebatang dahan. Gagak sedang menggigit secebis daging pada paruhnya. Rubah cuba mencari jalan untuk mendapatkan makanan gagak.

Dia berfikir sungguh-sungguh dan akhirnya mendapat satu akal. "Apa khabar, Cik Gagak?" tanya rubah dengan suara yang lembut.

Gagak hanya memandang ke arahnya dan menganggukkan kepala. "Kamu ialah seekor burung yang cantik," kata rubah. "Bulu kamu sungguh cantik!" Gagak sangat suka dengan pujian rubah.

Rubah berkata,"jika suara kamu menyanyi semerdu wajah kamu yang cantik, tentu kamu ratu segala burung!" Gagak sangka dirinya memang pandai menyanyi, maka dia pun menyanyi untuk rubah.

Tetapi sebaik sahaja dia mengangakan paruhya, cebisan daging itu terjatuh ke tanah. Rubah mentertawakan gagak yang bodoh ketika melarikan daging itu.