Rpt thn 6 (2015)
-
Upload
mariam-isa -
Category
Education
-
view
146 -
download
3
Transcript of Rpt thn 6 (2015)
SK KEMENTAH, KUALA LUMPURRANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS
TAHUN 6 2015
MINGGU BIDANG PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
1(12-16 Jan
2015)
MENYIASAT ALAM
KEHIDUPAN/
BENDA HIDUP
Interaksi Antara Hidupan
1.1Memahami sesetengah
haiwan hidup secara berkumpulan dan sesetengah yang lain
hidup
menyendiri
1.1.1 menyatakan bahawa sesetengah haiwan hidup berkumpulan.1.1.2 menyatakan bahawa sesetengah haiwan hidup menyendiri.1.1.3 memberi contoh-contoh haiwan yang hidup berkumpulan.1.1.4 memberi contoh-contoh haiwan yang hidup menyendiri.1.1.5 menerangkan mengapa haiwan hidup berkumpulan1.1.6 menerangkan mengapa haiwan hidup menyendiri.1.1.7 menyatakan bahawa kerjasama adalah satu bentuk interaksi antara haiwan.
Murid menonton tayangan video tentang haiwan cara hidup haiwan. Murid kenalpasti kawasan tempat tinggal haiwan.
Murid buat peta pokok tentang jenis haiwan dan kawasan tempat tinggal mereka (padang pasir, padang rumput, hutan, gua, kawasan sejuk, paya bakau etc)
Murid mengumpul maklumat dan memberi contoh-contoh haiwan dan buat peta pokok tentang haiwan yang hidup berkumpulan dan yang hidup menyendiri.
Murid berbincang mengapa haiwan hidup berkumpulan, contoh:
a) untuk keselamatan,b) untuk makanan.
Murid memerhati bagaimana semut hidup bersama di dalam sebuah vivarium.
Murid berbincang mengapa haiwan hidup menyendiri, contoh:
a) untuk mengelakkan persaingan mendapatkan makanan,
b) untuk mengelakkan persaingan
mendapatkan ruang
Video – You tube
Guru menyediakan sebuah vivarium semut dua minggu sebelum memulakan pelajaran.
Peta I-Think
Peta pokok (jenis haiwan dan jenis kawasan tempat tinggal)
Peta pokok (hidup berkumpulan dan hidup menyendiri)
Contoh Soalan KBAT
Mengapa haiwan hidup menyendiri/ berkumpulan?
Kaitankan jenis kawasan tempat tinggal haiwan dengan cara hidup haiwan sama ada menyendiri atau berkumpulan.
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
2(19-23 Jan
2015)
MENYIASAT ALAM
KEHIDUPAN/
BENDA HIDUP
Interaksi Antara Hidupan
1.2 Memahami persaingan
adalah satu bentuk interaksi antara benda
hidup
1.2.1 menyatakan bahawa hidupan berinteraksi antara satu sama lain di dalam persekitaran.
1.2.2 menyatakan bahawa persaingan adalah satu bentuk interaksi.
1.2.3 menyenaraikan faktor-faktor persaingan haiwan.
1.2.4 memberi sebab-sebab mengapa haiwan bersaing
1.2.5 menyenaraikan faktor-faktor persaingan
tumbuhan.
1.2.6 memberi sebab-sebab mengapa tumbuhan bersaing antara satu
sama lain.
Murid menonton tayangan video tentang jenis interaksi antara benda hidup dalam pelbagai habitat.Murid berbincang dan memberi contoh-contoh interaksi antara benda hidup.
Murid berbincang bahawa persaingan adalah satu bentuk interaksi.Murid menonton tayangan video atau simulasi komputer tentang persaingan antara haiwan.
Murid berbincang dan menyenaraikan faktor-faktor persaingan haiwan iaitu:
a) makanan, b) air,c) pasangan,d) tempat tinggal,e) wilayah/kawasan.
Murid menjalankan beberapa aktiviti untuk memerhati haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan,contoh: ikan atau burung
Murid berbincang bahawa haiwan bersaing kerana:a) sumber makanan terhad,b) sumber air terhad,c) mendapatkan pasangan untuk membiak,d) mempertahankan atau mencari wilayah,e) mempertahankan atau mencari tempat tinggal.
Murid menonton tayangan video atau melihat gambar tumbuhan di dalam hutan. Berdasarkan video atau gambar, murid berbincang mengapa tumbuhan di dalam hutan mempunyai ketinggian berbeza. Murid menjalankan aktiviti untuk memerhati persaingan antara tumbuhan. Murid berbincang bahawa tumbuhan bersaing untuk:a) cahaya matahari,b) air,c) ruang, d) nutrient
Video – You tube
Peta Minda
Jenis interaksi (Kerjasama & Persaingan)
Faktor persaingan haiwan dan tumbuhan
Peta I-Think
Peta Buih Berganda (Perbezaan dan persamaan faktor persaingan antara haiwan dan tumbuhan)
Contoh Soalan KBAT
Mengapa haiwan bersaing?
Mengapa tumbuhan bersaing?
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
3(26-30 Jan
2015)
MENYIASAT ALAM
KEHIDUPAN/
BENDA HIDUP
Interaksi Antara Hidupan
1.3 Memahami tanggung- jawab manusia dalam melindungi spesies terancam
1.3.1memberi contoh – contoh haiwan yang telah pupus.
1.3.2 memberi contoh- contoh haiwan yang terancam.
1.3.3 memberi contoh- contoh tumbuhan yang terancam
1.3.4menerangkan mengapa haiwan dan tumbuhan tertentu menghadapi ancaman kepupusan
1.3.5mencadangkan langkah- langkah untuk mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuhan
Murid menonton tayangan video atau melihat gambar haiwan yang telah pupus,contoh: dinosaur.
Murid menonton tayangan video atau melihat gambar haiwan dan tumbuhan yang terancam, contoh: harimau, penyu, orang utan, panda, badak sumbu, bunga pakma dan pokok periuk kera
Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa haiwan dan tumbuhan tertentu sedang menghadapi ancaman kepupusan akibat aktiviti manusia secara haram dan berleluasa:a) pembalakan,b) pemburuan,c) pembangunan
Berbincang langkah-langkah untuk mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuhan, contoh:a)kempen menentang pembalakan yang berleluasa,b)mendidik orang awam tentang kepentingan memelihara dan memulihara haiwan dan tumbuhan,c) mengelakkan penggunaan atau pembelian produk yang
dibuat daripada spesies terancam,d)menguatkuasakan undang-undang
Peta I-Think Peta Bulatan
(Kepupusan haiwan/ Haiwan yang telah pupus/ Haiwan terancam/ Tumbuhan terancam)
Peta Pelbagai Alir (Sebab dan Akibat Ancaman Kepupusan kepada haiwan dan tumbuhan)
Peta Minda Langkah-langkah
mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuhan
Contoh Soalan KBAT Berikan kebaikan
daripada kepupusan haiwan. (Dinosaur)
Berikan teori-teori kepupusan dinosaur. (Murid cari dari sumber internet)
Berikan contoh dan sebab hanya terdapat haiwan dan tumbuhan tertentu yang diancam kepupusan.
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
4(2- 6 Feb
2015)
Cuti Hari Thaipusam3 Feb 2015
Selasa
MENYIASAT ALAM
KEHIDUPAN/
BENDA HIDUP
Interaksi Antara Hidupan
1.4 Mengetahui kesan-kesan aktiviti manusia terhadap persekitaran
1.4.1 memberi contoh- contoh kemusnahan persekitaran yang disebabkan oleh manusia
1.4.2 menerangkan bagaimana aktiviti-aktiviti manusia menyebabkan kemusnahan persekitaran
1.4.3 meramalkan apa yang akan berlaku kepada Bumi jika aktiviti- aktiviti manusia tidak dikawal
Murid menonton tayangan video atau gambar tentang kemusnahan persekitaran yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia, contoh: a) hakisanb) tanah runtuhc) banjir kilatd) pencemaran air,e) pencemaran udara.
Murid menonton tayangan video dan berbincang tentang aktiviti-aktiviti manusia yang menyebabkan kemusnahan persekitaran, contoh:a)pembalakan secara haram dan berleluasa,b)pemburuan secara haram dan berleluasa,c)pengurusan pembangunan yang tidak terancang.
Murid berbincang apa yang akan berlaku kepada Bumi jika aktiviti-aktiviti manusia yang menyebabkan kemusnahan persekitaran tidak dikawal.
Murid menyediakan buku skrap tentang kemusnahan persekitaran yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia dan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kesan-kesannya.
Peta I-Think Peta Pelbagai Alir
(Sebab dan Akibat aktiviti manusia terhadap kemusnahan persekitaran)
Peta Minda Kesan aktiviti
manusia terhadap alam sekitar
Contoh Soalan KBAT Apakah yang akan
berlaku jika aktiviti manusia tidak dikawal?
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
5(9- 13 Feb
2015)
UJIAN PRESTASI 1 TAHUN 6
(10 - 12 FEBRUARI 2015)
6(16 - 20 Feb
2015)
MENYIASAT ALAM
FIZIKAL
1. Daya
1.1 Memahami bahawa tarikan dan tolakan adalah daya
1.2 Memahami kesan -kesan
daya.
1.1.1menyatakan bahawa tarikan dan tolakan adalah daya.
1.1.2menyatakan bahawa daya itu tidak dapat dilihat tetapi kesannya dapat diperhatikan
1.2.1menyatakan bahawa daya boleh menggerakkan objek pegun.
1.2.2menyatakan bahawa daya boleh mengubah kelajuan objek.
1.2.3menyatakan bahawa daya boleh mengubah bentuk objek.
Murid menolak dan menarik tapak tangan pasangan untuk merasai kesan daya.
Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa tolakan dan tarikan adalah daya.
Berdasarkan aktiviti di atas, murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa daya tidak boleh dilihat tetapi kesannya boleh diperhatikan.
Murid menjalankan beberapa aktiviti dan membincangkan kesan-kesan menolak:
a) sebiji bola yang pegun,b) sebiji bola yang bergerak.
Murid menekan, memulas atau memicit objek seperti plastisin, span dan spring.
Murid membuat pemerhatian dan berbincang tentang kesan daya
Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa daya boleh:a) menggerakkan objek pegun,b) memberhentikan objek yang bergerak,c) menukar arah pergerakan objek,d) membuatkan pergerakan objek lebih laju atau lebih
perlahan,mengubah bentuk objek
Peta I-Think Peta Pokok (Daya
Tolakan dan Daya Tarikan)
Peta Buih (Kesan Daya)
Peta Minda Kesan Daya
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA ( 19 – 20 FEBRUARI 2015)
7(23 - 27 Feb
2015)
MENYIASAT ALAM
FIZIKAL
1. Daya
1.3 Menganalisis geseran
1.3.1menyatakan bahawa geseran adalah daya.
1.3.2menghuraikan kesan-kesan daya geseran
1.3.3menghuraikan cara-cara mengurangkan geseran
1.3.4menghuraikan cara-cara geseran.
1.3.5menyatakan kebaikan geseran.
1.3.6menyatakan kelemahan geseran.
1.3.7membuat kesimpulan bahawa geseran wujud apabila dua permukaan bersentuhan
1.3.8menjalankan ujikaji untuk
Murid memerhati satu objek seperti buku atau duit syiling menggelongsor di atas suatu permukaan.
Murid berbincang bahawa geseran memperlahankan pergerakan objek dan membuat kesimpulan bahawa geseran adalah daya.
Murid menjalankan aktiviti - aktiviti yang melibatkan geseran, contoh:a) membuka penutup balang dengan tangan yang kering,b) membuka penutup balang dengan tangan yang berminyak.
Murid berbincang dan membuat kesimpuan bahawa lebih mudah membuka penutup balang menggunakan tangan yang kering kerana ia mempunyai daya geseran yang tinggi.Murid menjalankan beberapa aktiviti melibatkan geseran, contoh:a) menggosok kedua tapak tangan,b) menarik objek yang berat,c) menggosok getah pemadam di atas permukaan.
Berdasarkan aktiviti-aktiviti di atas, murid dapat menjelaskan bahawa kesan geseran menyebabkan:a) tapak tangan menjadi panas kerana geseran menghasilkan
haba,b) sukar menggerakkan objek kerana geseran menentang arah
pergerakan,c) getah pemadam menjadi semakin kecil kerana geseran
menyebabkan permukaan haus dan koyak.
Murid menyenaraikan dan berbincang tentang kesan daya dalam kehidupan harian.
Murid membandingkan kesan daya apabila menggosok tapak
Peta I-Think Peta Bulatan
(Geseran)
Peta Minda (Kesan Geseran dan
Faktor Geseran) (Kebaikan &
Keburukan Geseran) (Menambah &
mengurang geseran)
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
MENYIASAT ALAM
FIZIKAL
1. Daya
mengenalpasti bagaimana perbezaan jenis permukaan memberi kesan ke atas jarak pergerakan troli dengan menentukan pembolehubah manipulasi, pembolehubah dimalarkan dan pembolehubah bergerakbalas
tangan : a) tanpa minyak,b) dengan minyak.
Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa minyak boleh mengurangkan geseran.
Murid mencadangkan beberapa cara untuk mengurangkan geseran.
Murid melakukan beberapa aktiviti untuk menguji cadangan yang diberi.
Murid mengumpulkan maklumat tentang kelebihan dan kekurangan geseran dalam kehidupan harian.
Murid membincangkan tentang pelbagai situasi yang melibatkan geseran dan membuat kesimpulan bahawa geseran terbentuk apabila dua permukaan bersentuhan.
Murid merancang dan menjalankan satu eksperimen untuk menyiasat jenis permukaan yang berbeza mempengaruhi jarak yang dilalui oleh troli.
8(2 – 6 Mac
2015)
UJIAN PRESTASI 2/ PRA PPT TAHUN 6
(3 – 6 MAC 2015)
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
9(9 – 13 Mac
2015)
MENYIASAT ALAM
FIZIKAL
2. Pergerakan
2.1 Memahami kelajuan
. 2.1.1menyatakan bahawa objek yang
bergerak lebih laju menghasilkan jarak
perjalanan yang lebih jauh pada masa yang
ditetapkan.
2.1.2menyatakan bahawa suatu objek yang bergerak lebih laju mengambil
masa yang lebih singkat untuk bergerak ke suatu jarak yang ditetapkan.
2.1.3menyatakan apakah kelajuan.
2.1.4menyelesai- kan masalah menggunakan formula
Murid menjalankan beberapa aktiviti untuk:a) membandingkan jarak yang dilalui oleh dua objek yang
bergerak pada masa yang ditetapkan,b) membandingkan masa yang diambil oleh dua objek yang
bergerak pada jarak yang ditetapkan.
Murid membincangkan dan membuat kesimpulan bahawa:a) apabila suatu objek bergerak lebih laju, lebih jauh jarak
yang dilalui pada masa yang ditetapkan,b) apabila suatu objek bergerak lebih laju, lebih singkat masa
yang diambil pada jarak yang ditetapkan.
Murid membuat kesimpulan bahawa:a) kelajuan adalah ukuran berapa cepat suatu objek
bergerakb) kelajuan boleh ditentukan menggunakan formula,
laju = jarak masa
Murid menyelesaikan masalah dengan menggunakan formula
Peta I-Think Peta Bulatan
(Kelajuan)
Peta Minda Hubungan antara
jarak, masa dan kelajuan
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 114 MAC 2015 – 22 MAC 2015
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
10(23 – 27 Mac
2015)
MENYIASAT ALAM BAHAN
1.Pengawetan makanan
1.1Memahami kerosakan
makanan
1.1.1menyatakan maksud kerosakan makanan.
1.1.2Mengenal pasti ciri-ciri makanan yang telah rosak.
1.1.3menyatakan bahawa mikroorganisma boleh merosakkan makanan.
1.1.4menyatakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan mikroorganisma.
Murid memerhati contoh-contoh makanan yang rosak.
Murid berbincang dan membuat kesimpulan makanan yang rosak tidak selamat untuk dimakan.
Murid membuat kesimpulan bahawa makanan yang telah rosak mempunyai ciri-ciri berikut:
a) berbau busuk,b) berasa masam,c) bertukar warna,d) berubah tekstur,e) berkulat.
Murid mejalankan aktiviti untuk memerhati kerosakan makanan dengan meletakkan sekeping roti di kawasan terbuka untuk beberapa hari.
Murid berbincang dan membuat kesimpulan mikroorganisma boleh menyebabkan makanan menjadi rosak.
Murid mengumpul maklumat dan membuat kesimpulan mikroorganisma memerlukan beberapa keadaan untuk membiak:
a) udara,b) air,c) nutrien,d) suhu yang sesuai,e) kadar keasidan yang sesuai.
Peta I-Think Peta Bulatan
(Makanan Rosak –Ciri)
Peta Minda Tujuan pengawetan
makanan
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
11(30 Mac – 3 April 2015)
MENYIASAT ALAM BAHAN
1.Pengawetan makanan
1.2Mensintesis konsep
pengawetan makanan
1.3Menyedari kepentingan pengawetan makanan.
1.2.1Menyatakan cara-cara pengawetan makanan.
1.2.2Memberi contoh makanan bagi setiap kaedah pengawetan
1.2.3memberi alasan mengapa setiap kaedah pengawetan makanan digunakan.
1.2.4menyatakan apa itu pengawetan makanan.
1.2.5merangka dan membuat projek pengawetan makanan yang diberi.
1.3.1Memberi sebab mengapa kita perlu mengawet makanan
Murid mencari maklumat tentang cara-cara untuk mengawet makanan dan memberi contoh makanan yang diawet dengan cara berikut, iaitu:
a) pengeringan,b) pendidihan,c) penyejukan,d) pembungkusan vakum,e) penjerukan,f) penyejuk bekuan,g) pembotolan / pengetinan,h) pempasturan,i) pengasinan,j) penyalaian,k) pelilinan.
Murid berbincang dan membuat kesimpulan mengapa cara-cara di atas digunakan untuk mengawet makanan.
Murid menonton tayangan video atau melawat kilang memproses makanan untuk memerhati bagaimana proses pengawetan makanan dijalankan.
Murid berbincang bahawa pengawetan makanan adalah proses melambatkan makanan menjadi rosak.
Murid menjalankan projek untuk mengawet makanan yang telah diberi.
Murid berbincang dan memberi alasan mengapa kita perlu mengawet makanan, contoh:a) menjadikan makanan tahan lebih lamab) memudahkan menyimpan makanan,c) mengurangkan pembaziran makanan.
Makanan yang boleh diberi:a) ubi kayub) pisangc) telurd) mangga
e) cili
Peta Minda Kaedah pengawetan
makanan Kepentingan
pengawetan makanan
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
12(6 – 10 April
2015)
MENYIASAT ALAM BAHAN
2.Pengurusan bahan buangan
2.1Memahami kesan pembuangan bahan buangan yang tidak terancang terhadappersekitaran
2.1.1mengenalpasti jenis-jenis bahan buangan dalam persekitaran.
2.1.1mengenalpasti sumber-sumber bahan buangan.
2.1.3menyatakan cara pembuangan bahan buangan yang tidak terancang.
2.1.4 Menyatakan cara pembuangan bahan buangan yang terancang
2.1.5Menerangkan kesan buruk pembuangan bahan buangan yang tidak terancang
2.1.6Menerangkan bagaimana bahan buangan kawasan setempat dilupuskan.
2.1.7Mencadang- kan cara-cara untuk
menambah baik kaedah pelupusan
bahan buangan
Murid memerhati beberapa jenis bahan buangan di dalam tong sampah, contoh: plastik, kaca, bahan buangan kimia, bahan buangan organik dan logam.
Murid menonton tayangan video tentang pelbagai jenis bahan buangan dari kilang, gerai makanan dan pasar.
Murid mengumpul maklumat tentang:a) sumber-sumber bahan buanganb) pelbagai cara pelupusan bahan buangan.
Murid berbincang dan mengelaskan cara pembuangan bahan buangan yang terancang dan tidak terancang.
Murid berbincang tentang kesan buruk akibat pembuangan bahan buangan yang tidak terancang, contoh:a) pencemaran udara,b) pencemaran air,c) penyakit dan wabak penyakit,d) hujan asid,e) banjir kilat.
Murid mengumpul maklumat tentang cara pembuangan bahan buangan di kawasan setempat.
Murid berbincang dan mencadangkan cara-cara untuk memperbaiki pelupusan bahan buangan kawasan setempat.
Murid melawat pusat pengurusan bahan buangan atau mendengar ceramah untuk mengumpul maklumat tentang pengurusan bahan buangan
Peta I-Think Peta Pokok (Jenis
bahan buangan) Peta Pelbagai (Sebab
dan Akibat Pembuangan tidak terancang)
Peta Minda Pembuangan
terancang
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
13(13 - 17 April
2015)
MENYIASAT ALAM BAHAN
2.Pengurusan bahan buangan
2.2 Memahami bahawa bahan buangan boleh mereput
2.2.1Menyatakan bahawa bahan buangan tertentu boleh mereput
2.2.2memberi contoh-contoh bahan buangan yang boleh mereput.
2.2.3memberi contoh-contoh bahan buangan yang tidak boleh mereput.
2.2.4menyatakan bahawa mikroorganisma bolehmenyebab- kan bahan buangan mereput
2.2.5menyatakan kebaikan pereputan bahan buangan
2.2.6menyatakan keburukan pereputan bahan buangan
2.2.7meramalkan apa yang akan berlaku kepada manusia dan persekitaran jika bahan buangan tidak mereput.
Murid menonton tayangan video dan melihat foto selang-masa tentang bahan buangan yang mereput dan bahan buangan yang tidak boleh mereput.
Murid mengasingkan bahan buangan dari tong sampah mengikut kategori seperti sayur-sayuran, kertas, kaca, plastik dan kayu. Masukkan setiap jenis bahan buangan ke dalam beg plastik tebal yang berasingan. Letakkan ia di tempat terbuka dan memerhati perubahan yang berlaku dalam suatu tempoh masa.
Murid berbincang dan memberi contoh-contoh bahan buangan yang:
a) mereput,b) tidak mereput.
Murid membincangkan dan membuat kesimpulan,a) sesetengah mikroorganisma menyebabkan bahan buangan
mereputb) semasa proses pereputan,nutrien dikembalikan kepada
tanah, cara ini ia dapat digunakan semula.
Murid mengumpul maklumat dan membincangkan kebaikan dan keburukan pereputan bahan buangan.
Murid membincangkan dan meramalkan apa yang akan berlaku kepada manusia dan persekitaran jika bahan buangan tidak mereput
Peta I-Think Peta Pokok (Bahan
buangan mereput dan tidak mereput)
Peta Minda Kebaikan pereputan
bahan buangan Keburukan pereputan
bahan buangan
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
14(20 – 24
April 2015)
MENYIASAT BUMI DAN
ALAM SEMESTA
1.Gerhana
1.1 Memahami gerhana bulan
1.1.1menyatakan maksud gerhana bulan.
1.1.2menyatakan
kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari ketika kejadian gerhana bulan.
1.1.3menerangkan bagaimana gerhana bulan berlaku
Murid menggunakan model untuk mensimulasikan pergerakan Bumi dan Bulan.
Murid menonton tayangan video atau simulasi komputer tentang gerhana bulan separa dan gerhana bulan penuh.
Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa gerhana bulan berlaku disebabkan oleh:a) kedudukan Bumi berada di antara Bulan dan
Matahari.b) Bumi, Bulan dan Matahari berada pada satu garis lurus.
Murid melakar gambarajah bagi menunjukkan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari ketika kejadian gerhana bulan.
Peta Minda Sebab berlakunya
gerhana bulan
15(27April- 1 Mei 2015)
Cuti Hari Pekerja
1 Mei 2015Jumaat
MENYIASAT BUMI DAN
ALAM SEMESTA
1.Gerhana
1.2Memahami gerhana matahari
1.2.1menyatakan maksud gerhana matahari.
1.2.2menyatakan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari ketika kejadian gerhana matahari.
1.2.3menerangkan bagaimana gerhana matahari berlaku.
1.2.3meramalkan senario di Bumi ketika kejadian gerhana matahari.
Murid menggunakan model bagi menunjukkan simulasi pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari.
Murid membincangkan bahawa gerhana matahari berlaku pada waktu siang.
Murid menonton video atau simulasi komputer tentang gerhana matahari separa dan gerhana matahari penuh
Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa gerhana matahari terjadi disebabkan oleh: a) kedudukan Bulan berada di antara Bumi dan Matahari, b) Bumi, Bulan dan Matahari berada pada satu garis lurus.
Murid melakar gambarajah yang menunjukkan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari ketika kejadian gerhana matahari.
Murid berbincang dan meramalkan senario di Bumi ketika kejadian gerhana matahari
Peta I-Think Peta Buih Berganda
(Persamaan dan Perbezaan antara Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari)
Peta Minda Sebab berlakunya
gerhana matahari
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
CUTI SEMPENA HARI PEKERJA (1 MEI 2015)
16(4 – 8 Mei
2015)
Cuti Gantian Hari Wesak4 Mei 2015
Isnin
MENYIASAT DUNIA
TEKNOLOGI
1. Mesin
1.1 Memahami mesin ringkas
1.1.1menerangkan maksud mesin ringkas
1.1.2menerangkan jenis-jenis mesin ringkas.
1.1.3memberi contoh setiap jenis mesin ringkas
1.1.4menerangkan jenis-jenis mesin ringkas.
1.1.5memberi contoh setiap jenis mesin ringkas
Murid mencuba untuk membuka penutup tin menggunakan:a) tangan b)sudu.
Murid membandingkan kesukaran menyempurnakan tugasan yang diberi dan membincangkan tentang fungsi alat.
Murid berbincang bahawa mesin ringkas adalah alat yang membantu kita menggunakan kurang daya dan membuatkan kerja lebih mudah dan lebih cepat.
Murid menguji dan memanipulasikan contoh-contoh mesin ringkas berikut:
a) roda dan gandar,b) tuas,c) baji,d) takal,e) gear,f) satah condong,g) skru.
Murid berbincang mengenai jenis-jenis mesin ringkas.
Murid berjalan di sekitar kawasan sekolah dan mengenal pasti pelbagai jenis mesin ringkas.
Murid menguji dan memanipulasikan contoh-contoh mesin ringkas berikut:
a) roda dan gandar,b) tuas,c) baji,d) takal,e) gear,f) satah condong,g) skru.
Peta I-Think Peta Bulatan (Jenis
mesin ringkas) Peta Dakap (Ciri
setiap mesin ringkas)
Peta Minda Mesin ringkas
MINGGUBIDANG
PEMBELAJARANHASIL
PEMBELAJARAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
KHUSUSCADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN NOTA
Murid berbincang mengenai jenis-jenis mesin ringkas.
Murid berjalan di sekitar kawasan sekolah dan mengenal pasti pelbagai jenis mesin ringkas.
CUTI SEMPENA HARI WESAK (4 MEI 2015)
17(11 - 15 Mei
2015)
MENYIASAT DUNIA
TEKNOLOGI
1. Mesin
1.2Menganalisis
mesin kompleks
1.3Menghargai rekaan mesin yang membuatkan kehidupan lebih mudah
1.2.1mengenal pasti mesin ringkas yang terdapat dalam mesin kompleks.
1.2.2membuat kesimpulan bahawa mesin kompleks adalah gabungan daripada beberapa mesin ringkas.
1.2.3memberi contoh-contoh mesin kompleks.
1.3.1meramalkan bagaimana kehidupan tanpa mesin.
1.3.2menerangkan bagaimana mesin membuatkan kerja lebih mudah.
1.3.3Mereka bentuk satu mesin untuk menyelesaikan masalah.
Murid mengenal pasti mesin ringkas yang terdapat pada basikal dan kereta sorong.
Murid berbincang dan membuat kesimpulan bahawa mesin kompleks adalah gabungan beberapa mesin ringkas.
Murid menyediakan buku skrap yang menunjukkan contoh-contoh mesin kompleks
Murid membuat simulasi untuk mengetahui bagaimana menjalani kehidupan tanpa mesin.
Murid berbincang dan meramalkan bagaimana menjalani kehidupan tanpa mesin.
Murid mengenal pasti satu masalah dan mereka bentuk satu mesin untuk menyelesaikan masalah tersebut
Peta I-Think Peta Dakap ( Mesin –
Mesin ringkas & Mesin Kompleks)
Peta Pokok ( Mesin – Mesin ringkas & Mesin Kompleks)
Peta Minda Mesin kompleks Jenis tuas Contoh mesin
kompleks
18(18 - 22 Mei
2015)
ULANGKAJI
19(25 - 29 Mei
2015)
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT)
(25 - 29 MEI 2015)
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
30 MEI 2015 – 14 JUN 2015
20 -
22(15 Jun – 3 Julai 2015)
ULANGKAJI
23(6 - 10 Julai
2015)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR
7 JULAI 2015 – 9 JULAI 2015
24(13 - 17 Julai
2015)
ULANGKAJI
CUTI SEMPENA HARI RAYA PUASA
17 JULAI 2015 – 18 JULAI 2015
25 -
27(20 Julai – 7 Ogos 2015)
ULANGKAJI
28(10 – 14
Ogos 2015)
GERAK GEMPUR UPSR
11 OGOS 2015 – 13 OGOS 2015
29(17 – 21
Ogos 2015)
ULANGKAJI
30(24 – 28
Ogos 2015)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2 / PRA PAT
24 OGOS 2015- 28 OGOS 2015
31(31 Ogos- 4 Sept 2015)
ULANGKAJI
32(7 - 11 Sept
2015
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
8 SEPTEMBER 2015 – 10 SEPTEMBER 2015
33(14 - 18 Sept
2015)
AKTIVITI SELEPAS UPSR
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
19 SEPTEMBER 2015 – 27 SEPTEMBER 2015
CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA24 SEPTEMBER 2015
34 -
37(28 Sept – 23
Okt 2015)
AKTIVITI SELEPAS UPSR
38(26 – 30 Okt
2015)
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
26 OKTOBER 2015 – 30 OKTOBER 2015
39 -
41(2 – 20 Nov
2015)
AKTIVITI SELEPAS UPSR
PERSEDIAAN PENEMPATAN KE SEKOLAH MENENGAH