Presentation EDU 5077 3

Click here to load reader

  • date post

    20-Jun-2015
  • Category

    Education

  • view

    772
  • download

    2

Embed Size (px)

description

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Transcript of Presentation EDU 5077 3

  • 1. PERKONGSIAN DALAM PENDIDIKAN EDU 5077 Pendidikan Ibu Bapa & Pendidikan Guru DURASNITA BINTI ABDULLAH (GS39111) MASTER SAINS SOSIOLOGI PENDIDIKAN

2. Pendidikan Ibu Bapa Pendidikan ibu bapa didefinisikan sebagai latihan dan sokongan yang disediakan oleh sekolah dan agensi untuk membantu ibu bapa dengan kemahiran keibubapaan. Selain itu, ibu bapa juga didedahkan kepada akademik, sosial, perkembangan dan isu kesihatan anak-anak mereka. Ia juga termasuk penyebaran maklumat keibubapaan dan sokongan pendidikan bagi ibu bapa dan kanak-kanak untuk meningkatkan pembelajaran di rumah. Guru, ibu bapa, pelajar, pentadbir, ahli agensi, jururawat, pakar perubatan, pekerja sosial dan semua ahli komuniti terlibat menyumbang dalam pendidikan ibu bapa. Promising Practices for Family Involvement in Schools 3. Pendidikan ibu bapa boleh dilaksanakan semasa persekolahan atau selepas waktu persekolahan, semasa mesyuarat dan juga di kelas. Ia boleh juga dilaksanakan di rumah melalui lawatan ke rumah oleh pendidik ibu bapa, melalui pusat informasi keluarga atau melalui alam maya seperti laman web dan surat siaran. Pendidikan ibu bapa yang berkualiti dapat memantapkan keluarga dan masyarakat dengan menyatukan guru, pentadbir, ibu bapa, pelajar dan masyarakat bersama dengan itu membolehkan kakitangan sekolah untuk lebih memenuhi keperluan pelajar dan ibu bapa sambil mereka menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Promising Practices for Family Involvement in Schools 4. 1. Melengkapkan prosedur taksiran menyeluruh sebelum pelaksanaan program untuk memastikan keperluan ibu bapa dan pelajar (Cooner, 2000: Freedman & Montgomery, 1994) 2. Menarik ibu bapa dan memastikan mereka terlibat, dengan secara berterusan mendekati mereka. ( France and Hager, 1993; Freedman & Montgomery, 1994). Melibatkan bapa dan membantu mereka membangunkan peranan mengasuh dan memberi penjagaan kerana mereka mungkin tidak mempunyai model semasa membesar. (Beale, 1999) 3. Menunjukkan kepekaan, hormat dan kepelbagaian pada setiap masa.(Freedman & Montgomery, 1994; Hurd, Lerner, & Barton, 1999; National PTA Standards, 2000) Promising Practices for Family Involvement in Schools Ciri-ciri Pendidikan Ibu Bapa yang berkesan 5. 4. Melibatkan ibu bapa, guru dan ahli masyarakat dalam dalam menetapkan matlamat dan menentukan aktiviti-aktiviti untuk program pendidikan ibu bapa ( Conner, 2000) 5. Membangunkan program latihan berterusan di mana ibu bapa, pentadbir dan kakitangan adalah peserta (Freedman & Montgomery, 1994) Promising Practices for Family Involvement in Schools 1. Matlamat program perlu dinyatakan dengan jelas sebagai hasil yang boleh diukur. 2. Program ini adalah panjang dan kepadatan relative yang mencukupi berbanding dengan tahap faktor-faktor risiko keluarga 3. Program bertumpu kepada keluarga dan bukannya kanak- kanak atau ibu bapa semata-mata. 6. 4. Program ini disesuaikan dengan perkembangan pencapaian penting keluarga atau peralihan besar dalam kehidupan keluarga (contohnya, ibu bapa baru, ibu bapa pra-remaja, pra atau selepas perceraian) 5. Program-program berkesan dikompromi daripada kekuatan berasaskan model, dan bukan memberi tumpuan kepada kelemahan atau kekurangan ibu bapa 6. Kandungan program direka untuk menghormati kuasa ibu bapa dan menghargai perbezaan individu di kalangan ibu bapa 7. Program yang berkesan menggabungkan pendekatan ekologi dalam isi kandungan program, yang mengakui pengaruh kejiranan, sekolah dan pekerjaan ibubapa Effective Parent Education Programs (Laura Colosi & Rachel Dunifon, 2003) 7. 1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kebangsaan (National PTA) di Amerika Syarikat merupakan organisasi tertua dalam pendidikan ibu bapa semenjak 1897. 3 misi utama ialah; Menyokong dan mewakili kanak-kanak serta remaja di sekolah, dalam masyarakat, sebelum badan-badan kerajaan atau organisasi tertentu membuat sebarang keputusan yang memberi kesan kepada kanak-kanak dan remaja Membantu ibu bapa dalam kemahiran keibubapaan untuk pembesaran dan melindungi anak-anak mereka Menggalakkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat umum dalam sekolah Sejarah Program Pendidikan Ibu Bapa 8. 2. Projek Head Start- dimulakan pada tahun 1965 dengan tujuan asal membasmi kemiskinan oleh Presiden Johnson. Projek pertama yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan berkhidmat untuk kanak-kanak dan keluarga 3. Program Pembangunan Sekolah Comer ( The Comer School Development Program) yang ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Dr. James Comer bersama kawan-kawannya di Pusat Pendidikan Kanak-Kanak Yale, juga dikenali sebagai Proses Comer. Ia dicipta untuk memperbaiki pengalaman pendidikan kanak-kanak dan remaja miskin. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kanak-kanak yang selesa, selamat dan dihargai. 3 prinsip utama Proses Comer ialah tiada kesilapan dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan sebulat suara dan berkolaborasi. 9. 4. Program Kemahiran Mega (Megaskills) ditubuhkan pada tahun 1972 oleh Dr. Dorothy Rich berfokuskan membina kecekapan dan perhubungan dalam pembelajaran. Program ini menekankan pendidikan guru, kelas dan kurikulum bersama ibu bapa, hubungan antara rumah dan sekolah, perhubungan dengan dunia pekerjaan, pelbagai bahasa dan nilai pendidikan untuk membina pencapaian. 5. STEP- Systematic Training for Effective Parenting yang ditubuhkan oleh Dr. Don Dinkmeyer dan Dr. Gary McKay pada tahun 1976. Mengandungi 9 minggu kursus latihan keibubapaan yang mengajar tentang teori tingkah laku (behaviorisme), kemahiran berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan disiplin. Ibu bapa yang terlibat menunjukkan perbezaan daripada segi sikap, penerimaan terhadap sikap kanak-kanak yang agresif, kanak-kanak yang perlukan kasih sayang dan ekspresi diri kanak-kanak. 10. 6. Brookline Early Education Program bermula pada lewat 70-an sebagai perkhidmatan campur tangan pelbagai bagi prasekolah. Matlamat program ini adalah memperkasakan ibu bapa dan kecekapan sosial kanak-kanak. Ibu bapa akan melihat diri mereka sebagai pembela kepada kanak-kanak dan kanak-kanak pula menunjukkan kecekapan sosial yang lebih baik dan penurunan dalam keperluan khas. 7. FAST- program penglibatan keluarga di sekolah selama 8 minggu dibangunkan oleh Dr. Lynn McDonald pada tahun 1988, ia adalah program intervensi yang membawa ibu bapa, kanak-kanak, guru dan masyarakat luar bersama-sama, memastikan kanak-kanak mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk memenuhi potensi mereka di sekolah dan dalam kehidupan. 11. Ada beberapa cara pendidikan ibu bapa disebarkan; 1. Lawatan ke rumah yang dikendalikan oleh pendidik ibu bapa 2. Sesi kumpulan yang diketuai oleh ibu bapa terlatih 3. Bengkel dan kursus yang dikendalikan oleh pakar 4. Pusat maklumat ibu bapa atau pusat pendidikan ibu bapa 5. Sumber dalam talian seperti siaran berita dan laman web Model Penyampaian Pendidikan Ibu Bapa 12. 1. Faedah kepada keluarga- kanak-kanak meluangkan masa yang lebih banyak bersama ibu bapa dengan itu membantu ibu bapa menambahkan pengetahuan dan lebih memahami kanak-kanak, menyebabkan mereka menilai dahulu cara pemikiran dan membantu ibu bapa membina cara lebih efektif untuk berhdapan dengan anak-anak mereka 2. Pencapaian kanak-kanak dalam akademik lebih baik berbanding kanak-kanak yang ibu bapa tidak terlibat dalam pendidikan ibu bapa. 3. Membentuk dan meningkatkan hubungan yang baik antara sekolah dan ibu bapa sehingga ke tahap personal. Guru-guru lebih memahami ibu bapa sendiri menjadikan tugasan mereka menyeronokkan dan memudahkan juga pentadbiran sekolah. Faedah Pendidikan Ibu Bapa 13. Pentadbir dan guru perlukan latihan sebelum perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan untuk menyediakan mereka berkomunikasi dengan ibu bapa secara kerap dan berkesan, menjadikan mereka sebagai pendidik ibu bapa, untuk melibatkan ibu bapa dalam kerja sekolah anak-anak mereka , untuk guru bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat dalam membuat keputusan dan menyelesaikan konflik yang timbul dengan ibu bapa supaya mereka tidak memutar belitkan keadaan sehingga di luar kawalan. Suruhanjaya California telah membuat draf pertama pada tahun 1991 berkaitan kesediaan guru untuk perkongsian dalam pendidikan. Pada tahun 1997, setiap program latihan guru menetapkan standard berikut bagi Kelayakan Guru iaitu; Pendidikan Guru 14. mendapat tahu mengenai rangkaian penuh cara perkongsian keluarga-sekolah yang boleh meningkatkan pengajaran yang baik dan menyokong pembelajaran pelajar dan kesejahteraan pelajar. setiap calon guru, perlu pengetahuan yang mendalam tentang keluarga, masyarakat dan diri. mampu untuk memupuk hubungan hormat dan produktif dengan keluarga di rumah dan persekitaran masyarakat yang pelbagai National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) telah mengakui bahawa persediaan dan perkembangan professional pendidikan guru mesti melibatkan perkongsian sekolah, keluarga dan masyarakat 15. NCATE meletakkan mandat bahawa latihan professional guru mestilah; Mempertimbangkan konteks sekolah, keluarga dan masyarakat dalam menghubungkan konsep pengalaman sebelum pelajar Bekerja dengan pelajar, keluarga dan masyarakat Menjalinkan hubungan dengan rakat sejawat, ibu bapa/keluarga dan agensi luar yang luas untuk menyokong pembelajaran pelajar Memahami kepelbagaian pelajar dari kepelbagaian keluarga dan masyarakat Penilaian bersama dengan mutu kerja bersama pelajar, keluarga dan masyarakat Pusat Latihan perguruan di California juga menggariskan 3 jenis penglibatan keluarga dalam pendidikan guru iaitu; 16. Kemahiran berkomunikasi dengan keluarga Melibatkan keluarga dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di rumah Cara untuk menghubungkan budaya keluarga dengan pembelajaran di sekolah Isu terbesar berkaitan pendidikan guru , adakah latihan perkongsian dalam pendidikan ini perlu diasingkan atau dimasukkan dalam kurikulum. Dengan itu, beberapa cadangan berkaitan kursus perkongsian pendidikan; Perlu b