PERBANDINGAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES … · adalah penting dalam menjalankan kerja amali...

24
PERBANDINGAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS BERSEPADU DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS DAN ALIRAN BUKAN SAINS WONG KOK TONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERBANDINGAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES … · adalah penting dalam menjalankan kerja amali...

PERBANDINGAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

BERSEPADU DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN

SAINS DAN ALIRAN BUKAN SAINS

WONG KOK TONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja

kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERBANDINGAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES

SAINS BERSEPADU DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN

EMPAT ALIRAN SAINS DAN ALIRAN BUKAN SAINS.

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya WONG KOK TONG

_______________________________________________________________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

_________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:

Tarikh: MAC 2010 Tarikh: MAC 2010

PROF. MADYA DR. BAHARIN B. ABU

Nama Penyelia

20, MEDAN BINJAI,

TAMAN SRI RAMAI,

14000 BUKIT MERTAJAM,.

PULAU PINANG.

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia/Matematik)”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. BAHARIN B. ABU

Tarikh : MAC 2010

PERBANDINGAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

BERSEPADU DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT

ALIRAN SAINS DAN ALIRAN BUKAN SAINS

WONG KOK TONG

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia/Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2010

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama : WONG KOK TONG

Tarikh : MAC 2010

iii

DEDIKASI

Buat istimewa bagi

Buddha, dhamma dan sangka

Ibu dan bapa yang tersayang dan tercinta

Wong Soon See

Wong Yoke Hun

Adik beradik yang disayangi

Wong Kok Wei dan Chow Chui See

Wong Kok Yeong

Wong Pei Yee

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Buddha, Dhamma dan Sangka.

Pada kesempatan ini ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda iaitu Prof. Madya Dr. Baharin Bin Abu

atas segala bimbingan, bantuan, dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang masa

penyelidikan Projek Sarjana Muda ini

Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada pengetua sebuah sekolah menengah di

zon Skudai yang membenarkan penyelidik menjalankan kajian di sekolah tersebut.

Seterusnya, semua pelajar tingkatan empat yang terlibat dalam menjawab soalan soal

selidik dengan jujur dan ikhlas.

Di samping itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada

kawan-kawan yang sentiasa membantu, memberi sokongan dan dorongan kepada saya agar

saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang ditetapkan. Mereka

ialah Chuzairy Bin Hanri, Kiew Siaw Fui, Loh Hueh Yong, Marsila Binti Minhat, Noor

Fahzylah Binti Fajar, Nur Syuhada Binti Rusli dan Peggy Tiong.

Tidak lupa juga kepada ahli-ahli keluarga membantu penyelidik dalam menjayakan

Projek Sarjana Muda ini. Ribuan terima kasih diucapkan atas segala dorongan, nasihat

serta motivasi yang diberi oleh mereka.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membandingkan tahap penguasaan

kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) dalam kalangan pelajar tingkatan empat aliran

sains dan aliran bukan sains. Terdapat lima aspek KPSB yang dikaji iaitu kemahiran

mentafsir data atau maklumat, kemahiran mendefinisi secara operasi, kemahiran mengawal

pemboleh ubah, kemahiran membuat hipotesis, dan kemahiran mengeksperimen. Seramai

192 pelajar tingkatan empat yang terdiri daripada 49 orang pelajar aliran sains serta 143

orang pelajar aliran bukan sains telah dipilih dari sebuah sekolah menengah kebangsaan di

zon Skudai. Set soal selidik telah digunakan untuk mengukur tahap penguasaan aspek-

aspek KPSB. Data yang terkumpul dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS

(Statistical Packages for the Social Science) 16.0. Statistik yang digunakan untuk analisis

data adalah min, dan sisihan piawai. Kebolehpercayaan soal selidik adalah pada nilai

Alpha Cronbach 0.94. Dapatan kajian menunjukkan kesemua aspek KPSB yang dikaji

adalah penting dalam menjalankan kerja amali di kalangan pelajar. Hasil dapatan kajian

mendapati bahawa tahap penguasaan KPSB secara keseluruhan pelajar aliran sains dan

pelajar bukan aliran sains adalah sederhana. Pelajar aliran sains mempunyai tahap tinggi

dalam penguasaan kemahiran mengawal pemboleh ubah dan kemahiran membuat hipotesis

manakala pelajar aliran bukan sains paling menguasai kemahiran mengawal pemboleh

ubah. Walau bagaimanapun, pelajar aliran bukan sains paling kurang menguasai

kemahiran mengeksperimen. Beberapa cadangan kajian turut disertakan diakhir laporan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to compare the mastery level of integrated science

process skills (ISPS) among form four science stream students and non science stream

students at Skudai zone. There are five ISPS was investigated this study such as, the skills

of interpreting data or information, defining operationally, controlling variables,

formulating hypotheses, and experimenting. A total of 192 forms four students which 49

students come from science stream and 143 students come from non-science stream have

been selected. Set of questionnaire has been used to test the mastery levels of ISPS. Data

collected were analyzed by using SPSS (Statistical Packages for the Social Science) 16.0.

Descriptive statistics in the form of mean and standard deviation was used in data analysis.

The reliability coefficient of Alpha Cronbach is 0.94. Research indicated that all ISPS

aspect are important for the students to carry out the experiment. Findings showed that the

mastery level of ISPS of science stream students and non-science stream students are

moderate. Science stream students have high mastery level in controlling variables and

formulating hypotheses skills. While non science stream students have highest mastery

level in controlling variables compare to other skills and the lowest mastery level skills is

experimenting. Some suggestion were given at the end of this report.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Skop Kajian 8

viii

1.9 Definisi Istilah 8

1.9.1 Kemahiran Saintifik 8

1.9.2 Kemahiran Proses Sains 8

1.9.3 Kemahiran Proses SainsBersepadu 9

1.10 Kesimpulan 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Kemahiran Saintifik 10

2.3 Kemahiran Proses Sains 12

2.2.1 Kemahiran Proses Sains Asas 14

2.2.2 Kemahiran Proses Sains Bersepadu 16

2.4 Kemahiran Proses SainsBersepadu dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran Sains 20

2.5 Kesimpulan 22

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 23

3.2 Reka Bentuk Kajian 23

3.3 Responden Kajian 24

3.4 Kajian Rintis 24

3.5 Prosedur Kajian 25

3.6 Instrumen Kajian 26

3.7 Analisis Data 27

3.8 Penskoran 28

3.9 Kesimpulan 29

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 31

ix

4.2 Latar Belakang Responden 31

4.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu Pelajar

Tingkatan Empat Aliran Sains dan Pelajar Aliran Bukan Sains 32

4.3.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Mentafsir Data

atau Maklumat 32

4.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Mendefinisi Secara

Operasi 35

4.3.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Mengawal Pemboleh

Ubah 37

4.3.4 Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis 39

4.3.5 Tahap Penguasaan Kemahiran Mengeksperimen 41

4.4 Perbandingan Min bagi Pelajar Aliran Sains dan Pelajar Aliran

Bukan Sains 44

4.5 Kesimpulan 46

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan 48

5.3 Perbincangan 50

5.3.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Mentafsir Data

atau Maklumat 50

5.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Mendefinisi Secara

Operasi 51

5.3.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Mengawal Pemboleh

Ubah 52

5.3.4 Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis 53

5.3.5 Tahap Penguasaan Kemahiran Mengeksperimen 53

5.4 Cadangan Kajian 54

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 56

5.6 Kesimpulan 57

RUJUKAN 58 - 63

x

LAMPIRAN 64 - 84

Lampiran A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (EPRD) Kementerian Pelajaran

Malaysia 64

LampiranB Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Fakuiti Pendidikan 66

Lampiran C Soal Selidik Tahap Penguasaan Kemahiran Proses

Sains Bersepadu Dalam Kalangan Pelajar Aliran

Sains Dan Aliran Bukan Sains 67

Lampiran D Pengesahan Instrumen Kajian 72

Lampiran E Jadual Kekerapan dan Peratusan 75

xi

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kemahiran Proses Sains Asas: Definisi 15

2.2 Kemahiran Proses Sains Bersepadu: Definisi 17

3.1 Pengelasan Item Soalan Dalam Soal Selidik Berdasarkan Lima

Aspek Kemahiran Proses Sains Bersepadu 26

3.2 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 27

3.3 Skor dan Penerangan Skor yang Diberikan 28

3.4 Perubahan Markat dan Skala 29

3.5 Markat Skala 3 Mata 29

4.1 Analisis Bilangan dan Peratusan Mengikut Jantina dan Kursus

dalam kalangan Pelajar Tingkatan Empat 32

4.2 Analisis Tahap Penguasaan Pelajar Aliran Sains dan Pelajar

Aliran Bukan Sains Dalam Kemahiran Mentafsir Data atau

Maklumat. 33

4.3 Analisis Tahap Penguasaan Pelajar Aliran Sains dan Pelajar

Aliran Bukan Sains Dalam Kemahiran Mendefinisi secara

Operasi 36

4.4 Analisis Tahap Penguasaan Pelajar Aliran Sains dan Pelajar

Aliran Bukan Sains Dalam Kemahiran Mengawal Pemboleh

Ubah 38

4.5 Analisis Tahap Penguasaan Pelajar Aliran Sains dan Pelajar

Aliran Bukan Sains Dalam Kemahiran Menbuat Hipotesis 40

4.6 Analisis Tahap Penguasaan Pelajar Aliran Sains dan Pelajar

Aliran Bukan Sains Dalam Kemahiran Mengeksperimen 42

4.7 Nilai Purata Min bagi aspek-aspek Kemahiran Proses Sains

Bersepadu 45

xii

SENARAI RAJAH

NO TAJUK MUKA SURAT

2.1 KOMPONEN KEMAHIRAN SAINTIFIK 12

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

AAAS American Association for the Advancement of Science

EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ISCS Intermediate Science Curriculum Study

ISPS Integrated Science Process Skills

JERIS Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah

LSS Lower Secondary Science

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KM Kemahiran Manipulatif

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KPS Kemahiran Proses Sains

KPSA Kemahiran Proses Sains Asas

KPSB Kemahiran Proses Sains Bersepadu

KS Kemahiran Saintifik

MOE Ministry of Education

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

SPSS Statistical Packages for the Social Science

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

ST Sains dan Teknologi

STM Sains, Teknologi dan Masyarakat

UPTKS Ujian Penilaian Tahap Kefahaman Kemahiran Saintifik

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

Lampiran A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (EPRD) Kementerian Pelajaran

Malaysia 64

LampiranB Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari

Fakuiti Pendidikan 66

Lampiran C Soal Selidik Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains

Bersepadu Dalam Kalangan Pelajar Aliran Sains Dan

Pelajar Aliran Bukan Sains 67

Lampiran D Pengesahan Instrumen Kajian 72

Lampiran E Jadual Kekerapan dan Peratusan 75

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sains dan teknologi merupakan elemen penting dalam pembangunan sesebuah

negara. Justeru, bagi merealisasikan impian Malaysia untuk mencapai taraf negara maju,

penerapan sains dan teknologi ke dalam sistem pendidikan negara adalah amat perlu.

Tanpa penerapan sains dan teknologi, Malaysia mungkin akan ketinggalan. Usaha ini

sejajar dengan Wawasan 2020 untuk membawa Malaysia ke taraf negara perindustrian

yang maju menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 bertujuan untuk meningkatkan

Malaysia menjadi sebuah negara maju dan negara perindustrian menjelang tahun 2020.

Cabaran ke-enam Wawasan 2020 menyatakan dengan jelas hasrat Malaysia untuk

mencapai tahap negara maju yang berteraskan sains dan teknologi. Justeru, suatu

mekanisme telah dibentuk di dalam sistem pendidikan negara. Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah

Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. PIPP merupakan pelan yang tertakluk dalam

Rancangan Malaysia ke- sembilan (RMK-9). Pelan ini dirancangkan untuk meningkatkan

kualiti sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia

mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melahirkan modal insan berpengetahuan

dan berkemahiran.

2

Sains dan teknologi merupakan bidang yang penting untuk memajukan bidang

perindustrian serta menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Sains merupakan cara

yang menerangkan tentang bagaimana kerja berlaku dan juga bermaksud tentang

kesefahaman di sekeliling dunia (Micheal dan Christine,2000). Sains dan teknologi dapat

diperluaskan kepada rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan negara Malaysia.

Penggubalan pendidikan sains adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

dengan penerapan nilai-nilai murni iaitu jasmani, emosi, rohani, intelektual dan

sahsiah(JERIS) serta ilmu pengetahuan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005).

Bagi mencapai matlamat, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

melaksanakan Dasar 60 : 40 ( 60% pelajar aliran sains dan teknologi, 40% pelajar aliran

bukan sains dan teknologi). KPM berhasrat agar dasar ini dapat dicapai menjelang tahun

2010. Kementerian Pelajaran Malaysia akan berusaha untuk memastikan bilangan pelajar

yang mengambil pengkhususan sains dan teknologi (ST) adalah meningkat bagi

memenuhi keperluan pekerjaan dalam bidang ini pada masa hadapan.

Kurikulum sains digubal dengan mengikut keperluan negara. Kurikulum sains

dapat dibahagikan kepada dua komponen iaitu matapelajaran teras dan elektif ( Abu

Hassan Kassim, 2003). Matapelajaran teras ialah sains untuk sekolah rendah dan sains

untuk sekolah menengah. Terdapat empat cabang bagi mata pelajaran elektif iaitu Biologi,

Fizik, Kimia, dan Sains Tambahan. Pembelajaran berfikrah yang berteraskan kepada

kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik adalah ditekankan dalam kurikulum sains.

Untuk menguasai fakta dan konsep dalam mata pelajaran sains, pelajar perlu

memahami kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting

dan dapat diaplikasikan dalam menjalankan sebarang penyiasatan seperti menjalankan

eksperimen, penyelidikan dan projek (Abu Hassan Kassim, 2006). Kemahiran saintifik

dapat dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Kemahiran proses sains juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran

proses sains asas (KPSA) dan kemahiran proses sains bersepadu (KPSB). Komponen–

komponen yang terdapat dalam KPSA ialah memerhati, mengelas, mengukur dan

3

menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi, dan menggunakan

perhubungan ruang dan masa. Terdapat lima komponen dalam KPSB iaitu mentafsir data

atau maklumat, mendefinisikan secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat

hipotesis dan kemahiran mengeksperimen atau mereka bentuk uji kaji.

Manakala bagi kemahiran manipulatif, terdapat lima konstruk yang perlu dikuasai

oleh pelajar iaitu mengguna dan mengendalikan alat radas dan bahan sains dengan cara

yang betul dan selamat, menyimpan peralatan dengan kaedah yang betul dan selamat,

membersihkan peralatan sains dengan kaedah yang betul, mengendalikan spesimen

dengan betul dan cermat, dan membuat pemerhatian, merekod serta membuat pengukuran

dengan kaedah yang betul.

Penguasaan KPSB bagi pelajar sekolah menengah masih rendah walaupun sains

KBSM telah dijalankan selama satu dekad. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia

boleh menjadi batu penghalang bagi negara Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju.

Oleh itu, kajian tentang tahap penguasaan KPSB pelajar dibuat bagi meningkatkan

pencapaian sains pelajar.

1.2 Latar Belakang

Sains merupakan satu bidang yang teratur dengan merangkumi cabang ilmu

pengetahuan yang melibatkan pemerhatian,pemikiran rasional, fikiran umum, dan

mengeksperimen untuk mendapat rumusan idea yang dibuat, penerangan dan

kesefahaman terhadap fenomena alam sekitar (Hewitt,dan Lyons,2007). Manakala hasil

atau produk daripada sains ialah fakta, konsep, prinsip, hukum, dan teori.

Matlamat sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah untuk

melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sains dan

teknologi dengan berkemampuan menyelesaikan masalah, membuat keputusan dalam

kehidupan seharian melalui tingkah laku saintifik dan nilai-nilai murni serta berfikiran

kritis dan kreatif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Demi mencapai dan menyerap

elemen-elemen ini kepada pelajar, pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran proses

4

sains harus ditekankan. Konsep merupakan satu idea yang melibatkan semua rangsangan

yang terdapat di sekeliling alam. Konsep sains boleh diperolehi melalui pengalaman

pelajar dan ia sentiasa berubah mengikut peredaran semasa dan keadaan persekitaran

(Abu Hassan Kassim, 2003).

Kurikulum pengajaran dan pembelajaran sains KBSM dibentuk untuk lebih

memusatkan pelajar berbanding sebelum penggubalan kurikulum sains yang lebih

memusat terhadap guru. Kurikulum Sains KBSM digubalkan melalui tujuh prinsip iaitu

kesepaduan unsur-unsur JERIS, pendidikan semur hidup dan untuk semua pelajar,

penguasaan Bahasa Melayu dipertingkatkan, kesinambungan dari peringkat sekolah

rendah, mengaplikasi disiplin ilmu yang sedia ada, dan pendidikan yang menyokong

pembelajaran dalam kelas (Abu Hassan Kassim, 2003). Terdapat pelbagai pendekatan

yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik

seperti pendekatan inkuiri-penemuan, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual, sains,

teknologi dan masyarakat, pembelajaran masteri dan penggunaan teknologi.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan pelajar dapat diterangkan

atau dihuraikan melalui penggunaan kaedah inkuiri-penemuan. Pendekatan Penemuan

Inkuiri merupakan pendekatan penting dalam kurikulum. Pembelajaran Penemuan

Inkuiri berlaku apabila pelajar menemui prinsip dan konsep yang dikaji secara sendiri

(Abu Hassan Kassim, 2003). Dengan itu, pelajar dapat menguasai konsep atau

pengetahuan sains serta menguasai kemahiran dengan lebih berkesan dan bermakna. Jadi,

pendekatan penemuan inkuiri dapat merangsang pembentukan KPSB dan nilai-nilai

murni pelajar.

Pembelajaran Kontekstual merupakan salah satu pendekatan pembelajaran. Teori

pembelajaran kontekstual menyatakan bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila

pelajar memproses pengetahuan baru yang relevan dalam rangka rujukan (Center for

Occupational Research and Development, 1999). Dalam teori ini, pelajar dapat

menghubungkaitkan bahan yang diajar dengan kehidupan seharian. Pelajar tidak belajar

secara teori tetapi belajar menerusi pengalaman kehidupan seharian dan dapat menghayati

kerelevanan pembelajaran sains dalam kehidupan mereka.

5

Bagi pendekatan sains, teknologi, dan masyarakat (STM) pelajar dilatih untuk

membiasakan diri bersikap ambil berat akan masalah-masalah sosial dan lingkungan yang

berkaitan dengan ilmu pengetahuan sains dan teknologi (Aisyah, 2007). Selain itu,

pendekatan pembelajaran masteri juga digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Pelajar perlu menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam

sesuatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya

semasa pembelajaran masteri diaplikasikan (Abu Hassan Kassim, 2006).

Guru juga merupakan penyumbang utama kepada pembentukan KPSB di

kalangan pelajar. Dengan itu, pendidik membantu untuk mencapai matlamat

pembentukan yang seimbang seperti di mana yang telah diterangkan dalam FPK. Jadi,

kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap penguasaan KPSB di kalangan

pelajar tingkatan empat.

1.3 Pernyataan Masalah

Sains merupakan ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik ) yang boleh diuji

atau dibuktikan kebenarannya (Abu Hassan Kassim, 2003). Sains adalah subjek yang

wajib diambil oleh pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi pelajar menengah

atas, mereka perlu menguasai kemahiran proses sains dalam subjek sains elektif ataupun

sains teras. Mereka memperolehi kemahiran saintifik melalui kerja amali. Sejak tahun

1960 lagi, pembangun kurikulum meletakkan kerja amali sebagai intisari dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sains (Shulman dan Tamir, 1973).

Ujian-ujian lepas mendapati tahap penguasaan kemahiran saintifik pelajar masih

berada pada tahap rendah. Menurut Mohd Najib Abd Ghafar (1995), kebanyakan guru

yang lebih berminat menggunakan cara tradisional iaitu proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih memusatkan guru. Dengan itu, guru hanya memberi tunjukcara

daripada melibatkan pelajar dalam kerja amali. Kaedah pengajaran yang lebih

memusatkan pelajar menyebabkan pelajar kurang menguasai kemahiran saintifik. Justeru,

adakah pelajar tingkatan empat menguasai kemahiran proses sains bersepadu? Apakah

tahap penguasaan mereka terhadap kemahiran proses sains bersepadu?

6

Sehubungan dengan itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengkaji tahap

penguasaan pelajar tingkatan empat aliran sains dan aliran bukan sains dalam kemahiran

proses sains bersepadu. Aspek yang akan dikaji ialah kemahiran mentafsir data,

kemahiran mendefinisi secara operasi, kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran

membuat hipotesis, dan kemahiran mengeksperimen.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dibincangkan, lima objektif telah

dikenalpasti bagi kajian ini iaitu:

i. membandingkan tahap penguasaan kemahiran mentafsir data atau maklumat bagi

pelajar tingkatan empat dari aliran sains dan aliran bukan sains dalam kerja amali

ii. membandingkan tahap penguasaan kemahiran mendefinisi secara operasi bagi

pelajar tingkatan empat dari aliran sains dan aliran bukan sains dalam kerja amali

iii. membandingkan tahap penguasaan kemahiran mengawal pemboleh ubah bagi

pelajar tingkatan empat dari aliran sains dan aliran bukan sains dalam kerja amali

iv. membandingkan tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis bagi pelajar

tingkatan empat dari aliran sains dan aliran bukan sains dalam kerja amali

v. membandingkan tahap penguasaan kemahiran mengeksperimen bagi pelajar

tingkatan empat dari aliran sains dan aliran bukan sains dalam kerja amali

1.5 Persoalan Kajian:

Untuk mencapai objektif kajian yang ditentukan sebelum ini, beberapa persoalan kajian

disediakan untuk dijadikan panduan dalam kajian ini.

i. Apakah tahap penguasaan kemahiran mentafsir data atau maklumat bagi pelajar

tingkatan empat aliran sains dengan pelajar aliran bukan sains dalam kerja amali?

ii. Apakah tahap penguasaan kemahiran mendefinisi secara operasi bagi pelajar

tingkatan empat aliran sains dengan pelajar aliran bukan sains dalam kerja amali?

7

iii. Apakah tahap penguasaan kemahiran mengawal pemboleh ubah bagi pelajar

tingkatan empat aliran sains dengan pelajar aliran bukan sains dalam kerja amali?

iv. Apakah tahap penguasaan kemahiran membuat hipotesis bagi pelajar tingkatan

empat aliran sains dengan pelajar aliran bukan sains dalam kerja amali?

v. Apakah tahap penguasaan kemahiran mengekperimen bagi pelajar tingkatan

empat aliran sains dengan pelajar aliran bukan sains dalam kerja amali?

1.6 Kepentingan Kajian

i. Kajian ini dapat memberi maklumat awal kepada penyelidik yang berminat untuk

mengkaji tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu di sekolah-sekolah

menengah kebangsaan.

ii. Dapatan kajian ini dapat digunakan oleh guru-guru sekolah menengah dapat

membantu pelajar untuk menguasai kemahiran proses sains bersepadu selepas

kajian ini dijalankan.

1.7 Batasan Kajian

Kajian yang telah dijalankan hanya melibatkan sebuah sekolah menengah di zon

Skudai. Responden yang dipilih dalam penyelidikan ini hanya melibatkan pelajar

tingkatan empat aliran sains dan aliran bukan sains. Pelajar tingkatan empat dipilih

sebagai respoden kajian kerana pengalaman mereka adalah berbeza dengan pelajar

menengah rendah. Selain itu, pelajar tingkatan lima tidak dipilih kerana mereka hendak

membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malysia ( SPM).

Dapatan responden yang diperolehi untuk meninjau perspektif pelajar tentang kemahiran

saintifik dan hanya terbatas di sekolah tersebut sahaja. Kejituan dan kebolehpercayaan

hanya bergantung kepada sejauh manakah respoden-responden yang terbabit dalam

menjawab soal selidik dengan sikap yang jujur dan bertanggungjawab.