i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi...

22

Transcript of i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi...

Page 1: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan
Page 2: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan
Page 3: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

i

TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU SAINS DI

KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT AKHIR SARJANA MUDA DALAM

PENDIDIKAN (SAINS), UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SITI ZUBAIDAH BINTI OSMAN

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 4: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

ii

Page 5: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

iii

DEDIKASI

Buat Suami dan Anak-Anak Tercinta.

Buat Bonda Yang Tak Terbalas Jasa,

Buat Sahabat Peneman Suka Dan Duka,

Buat Pensyarah Yang Tak Jemu Mengasah Minda,

Buat UTM Yang Sudi Menerima,

Inginku Laungkan Seribu Penghargaan

Sebagai Tanda Terima Kasihku

Atas Sokongan Dan Pengorbanan Kalian

Yang Telah Dicurahkan Khas Buatku

Kasih Kalian KanKu Jadikan Azimat

Dalam Perjuangan Meraih Segulung Ijazah

Yakinlah

Budimu KuKenang Baktimu Ku Julang

Semoga Allah Sentiasa Merahmati Walau DiMana Kalian

Berada

Page 6: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrohma ..nirrohim

Alhamdulillah. Dengan izin Allah Yang Maha Esa, kajian dan laporan

penyelidikan ini telah dapat disempurnakan dengan jayanya dalam tempoh yang telah

ditetapkan.

Di ruangan ini, saya ingin mengambil peluang untuk merakamkan ucapan

ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat Tn. Hj. Meor Ibrahim bin Kamaruddin

selaku pensyarah pembimbing atas segala perhatian, teguran, bimbingan, bantuan,

nasihat dan tunjuk ajar yang tidak pernah putus sepanjang proses menyempurnakan

penulisan laporan Projek Sarjana Muda ini.

Ucapan terima kasih juga buat rakan-rakan yang sudi menghulur bantuan,

memberi tunjuk ajar dan idea yang bernas dalam penulisan laporan penyelidikan ini.

Terima kasih juga kepada pensyarah yang sudi memberi bantuan iaitu P.M. Aziz bin

Nordin. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada rakan yang sudi berkongsi dan

menyumbang bahan-bahan sebagai rujukan bagi penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung dalam kajian ini dan juga kepada responden-responden yang sudi

bekerjasama dalam penyelidikan ini.

Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati perjalanan hidup kalian

dunia akhirat.

Page 7: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

v

ABSTRAK

Mata pelajaran Sains dan Matematik telah diperkenalkan dengan imej baru pada

tahun 2003 apabila pengajarannya dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Matlamat

kerajaan ialah mencapai perlaksanaan sepenuhnya pada tahun 2007. Kajian ini

dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi

bakal-bakal guru Sains Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan empat

aspek tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang utama bagi bakal-bakal guru iaitu aspek

pemahaman kosa kata Sains dalam Bahasa Inggeris, minat, keyakinan dan penguasaan

Bahasa Inggeris. Kajian ini berbentuk diskriptif dan menggunakan soal selidik sebagai

instrumen pengumpul data. Seramai 38 orang bakal guru Sains UTM yang terdiri

daripada 17 orang pelajar 4SPN (PKPG) dan 21 orang pelajar 4SPN (Perdana) terlibat

sebagai responden kajian. Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen ialah 0.9404. Analisis

dijalankan dengan menggunakan pengiraan secara manual menggunakan kalkulator

berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap

penguasaan bagi keempat-empat aspek tahap penguasaan berada pada tahap sederhana

(min 2.81, 2.71, 2.70, dan 2.39 masing-masing). Semua pihak yang berkaitan perlu

bekerjasama bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam

Sains bagi bakal-bakal guru ini supaya mereka lebih bersedia untuk mengajar Sains

dalam Bahasa Inggeris kelak.

Page 8: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

vi

ABSTRACT

The teaching of Science and Mathematics subjects in English was introduced in

the year 2003 and was expected to be fully implemented by 2007. This survey was

carried out to identify the students’ English mastery level. Thirty eight of future

Science teachers of 4SPN from PKPG (17 students) and main stream (21 students)

were involved in this survey. Four main aspects of English mastery level were look

into: Science terminology, interest , confidence and the English proficiency. The survey

is a descriptive survey. Questionnaires were used as data collector’s instrument.

Realibility coefficient value for the instrument is 0.9404. The data collected was

analysed by manual and were presented in frequency, percentage and mean. Findings

of the study revealed that the English mastery level of the four aspects: Science

terminology (mean 2.81); interest (mean 2.71); confidence (mean 2.70) and English

profiency (mean 2.39). All those in the teaching of Science in English should cooperate

and take initiatives to enhance the English mastery level of these future Science

teachers.

Page 9: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop dan Batasan Kajian 7

1.8 Takrifan Istilah 7

1.8.1 Kosa kata 8

Page 10: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

viii

1.8.2 Minat 8

1.8.3 Keyakinan 9

1.8.4 Penguasaan 9

1.8.5 Bakal Guru 9

1.8.6 Sains 10

1.8.7 Bahasa Inggeris 10

1.9 Penutup 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kepentingan Pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris 13

2.3 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dalam 15

Bahasa Inggeris

2.4 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Bagi Bakal Guru 15

Yang Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris.

2.4.1 Faktor Penguasaan Kosa Kata Sains, 17

Pemahaman, Pertuturan dan Penulisan

Dalam Bahasa Inggeris

2.4.2 Faktor Minat 18

2.4.3 Faktor Keyakinan Mengajar Dalam 19

Bahasa Inggeris

2.5 Penutup 20

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 21

3.2 Reka Bentuk Kajian 21

3.3 Sampel Kajian 22

3.4 Instrumen Kajian 22

3.5 Prosedur Kajian 24

3.6 Kajian Rintis 24

3.7 Analisis Data . 25

3.8 Penutup 27

Page 11: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

ix

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN.

4.1 Pengenalan 28

4.2 Analisis Latar Belakang Bakal Guru 28

4.3 Analisis Tahap Penguasaan Bakal Guru untuk Mengajar 31

Sains dalam Bahasa Inggeris

4.3.1 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Dari Aspek 31

Pemahaman Kosa Kata Sains Bagi Bakal Guru

Sains UTM

4.3.2 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris dari Aspek 34

Minat Bagi Bakal Guru Sains UTM

4.3.3 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris dari Aspek 36

Keyakinan Bagi Bakal Guru Sains UTM

4.3.4 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris dari Aspek 39

Pemahaman, Pertuturan Dan Penulisan Dalam

Bahasa Inggeris Bagi Bakal Guru Sains UTM

4.3.4.1 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris 40

Dari Aspek Pemahaman Bagi Bakal

Guru Sains UTM

4.3.4.2 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris 42

Dari Aspek Pemahaman Bagi Bakal

Guru Sains UTM

4.3.4.3 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris 44

Dari Aspek Penulisan Bagi Bakal

Guru Sains UTM

4.4 Penutup 47

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan Kajian 48

5.3 Implikasi Kajian 52

5.4 Cadangan Kajian Lanjut 54

5.5 Penutup 55

Page 12: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

x

RUJUKAN 56

LAMPIRAN 61

Page 13: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Jadual respon yang digunakan dalam instrumen 23

3.2 Pecahan item soalan mengikut mengikut aspek- 23

aspek minat , keyakinan, penguasaan pemahaman,

pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris.

3.3 Tiga tahap penilaian fakta atau maklumat yang 26

diperolehi.

3.4 Sistem pemarkahan mengikut piawaian permarkahan 26

pihak sekolah.

3.5 Tiga pemeringkatan bagi tahap penguasaan kosa 27

kata yang diperolehi

4.1 Bilangan dan peratusan responden mengikut kursus 29

4.2 Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 29

4.3 Bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa 30

4.4 Keputusan SPM bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris 30

4.5 Keputusan peperiksaan Bahasa Inggeris UHB 31

4.6 Min perolehan jawapan betul responden bagi 33

soalan berkaitan pemahaman kosa kata Sains dalam

Bahasa Inggeris

4.7 Peratusan persetujuan responden tentang minat 35

mengajar Sains dalam Bahasa Inggeris

4.8 Peratusan persetujuan responden tentang keyakinan 38

Mengajar Sains dalam Bahasa Inggeris

4.9 Skor min terhadap persetujuan responden tentang 39

Page 14: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

xii

penguasaan Bahasa Inggeris secara keseluruhan.

4.10 Peratusan persetujuan respondan tentang penguasaan 41

Bahasa Inggeris dari aspek pemahaman

4.11 Peratusan persetujuan responden tentang penguasaan 43

Bahasa Inggeris dari aspek pertuturan

4.12 Peratusan persetujuan responden tentang penguasaan 46

Bahasa Inggeris dari aspek penulisan

Page 15: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

xiii

SENARAI SINGKATAN

4SPN

4SPN (PKPG)

MUET

P&P

PPSMI

SPM

UTM

SPN

SPSS

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) saluran

perdana tahun empat

Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) saluran

Bahagian Pendidikan Guru tahun empat

Malaysian University English Test

Pengajaran dan Pembelajaran

Pelaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris

Sijil Pelajaran Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia

Program Khas Pensiswazahan Guru

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Page 16: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 61

Jawapan Latihan

B Dapatan Kajian Rintis (Reliability Statistic) 71

Page 17: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Wawasan 2020 adalah aspirasi negara yang inginkan kemajuan industri yang

berasaskan Sains dan Matematik di samping masyarakat yang bertamadun dengan taraf

pendidikan yang tinggi. Justeru, institusi pendidikan dari peringkat yang rendah hingga

institut pengajian tinggi awam (IPTA), sentiasa berusaha bagi merealisasikan wawasan

tersebut dengan pelbagai pendekatan.

Bahasa Inggeris telah dikenal pasti sebagai bahasa antarabangsa yang luas

digunakan dalam kebanyakan negara di dunia. Justeru, kebanyakan ilmu-ilmu berkaitan

Sains dan Matematik dibukukan dalam Bahasa Inggeris. Bekas Perdana Menteri

Malaysia, Tun Dr. Mahathir menekankan bahawa setiap warganegara Malaysia yang

berpendidikan harus mempunyai kecekapan dalam Bahasa Inggeris. Menurut beliau

lagi, kemahiran dalam menguasai Bahasa Inggeris merupakan salah satu syarat bagi

membangunkan negara Malaysia untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang maju

(Asmah, 1994).

Pada tahun 2002, Kerajaan telah memutuskan tentang penggunaan bahasa

Inggeris sebagai bahasa penghantar mata pelajaran Sains dan Matematik dengan alasan

kuat bahawa Bahasa Inggeris merupakan medium perantara utama dalam mendapatkan

maklumat bagi kedua-dua bidang tersebut di peringkat tertinggi. Perlaksanaan

dimulakan pada tahun 2003 bermula di peringkat sekolah rendah bagi tahun satu,

Page 18: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

2

peringkat sekolah menengah bagi tingkatan satu, empat dan enam bawah dan peringkat

matrikulasi.

Fakta yang sebenarnya ialah, keputusan itu bukan terhad pada dua mata

pelajaran seperti yang difahami oleh kebanyakan orang, tetapi melibatkan semua mata

pelajaran yang berasaskan Sains dan Matematik. Menurut unjuran daripada

Kementerian Pelajaran, 80% peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan

Sains dan Matematik akan dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2008.

Sehubungan perlaksanaan tersebut, implikasi negatif yang cukup segera

dirasakan terutama oleh anak-anak luar bandar yang majoritinya orang Melayu ialah

gangguan dalam penguasaan ilmu Sains dan Matematik disebabkan oleh faktor

penggunaan bahasa asing. Pelajar mengalami masalah kerana terpaksa memindahkan

konsep-konsep Sains dan Matematik daripada bahasa asing ke dalam bahasa ibundanya

dalam keadaan pelajar tidak atau belum menguasai bahasa asing itu. Masalah menjadi

bertambah serius kerana guru yang diwajibkan mengajarkan Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris merupakan guru yang selama ini dilatih mengajarkan mata pelajaran itu

dalam Bahasa Melayu. Sehubungan itu, guru-guru adalah bertanggungjawab menguasai

Bahasa Inggeris terlebih dahulu sebagai persediaan agar dapat menyesuaikan diri

dengan suasana baru dalam bidang Sains dan Matematik dalam usaha melahirkan anak-

anak didik yang cemerlang dalam bidang tersebut.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kesan perlaksanaan pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris dalam sistem

pendidikan negara kini telah mula kelihatan. Perlaksanaannya yang dijalankan secara

peringkat demi peringkat bermula tahun 2003 masih lagi diteliti dan dipantau dari

semasa ke semasa oleh kerajaan terutama berkaitan perkembangan akademik pelajar.

Kementerian Pelajaran mula melahirkan kebimbangan berikutan peratusan

kelulusan rendah dikalangan pelajar sekolah menengah terutama di luar Bandar dalam

mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Berdasarkan

Page 19: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

3

pemantauan yang telah dijalankan, didapati walaupun tahap kefahaman pelajar sekolah

menengah meningkat, namun peratusan kelulusannya masih rendah.

Kajian terakhir yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2005

menunjukkan di sekolah menengah luar bandar pencapaian kelulusan pelajar tingkatan

satu bagi mata pelajaran Sains ialah 41.1 %, manakala tingkatan dua adalah 43.0 %. Di

sekolah rendah, kelulusan bagi mata pelajaran Sains untuk tahun satu di Bandar ialah

78.3 % dan Matematik 63.0 %, manakala sekolah luar bandar masing-masing 69.1 %

dan 55.8 %.

Perlaksanaan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

diperhebatkan lagi sebagai usaha bagi mengatasi masalah penurunan peratus kelulusan

tersebut. Langkah kerajaan untuk memantau dan memperhebatkan lagi perlaksanaan

pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris ini sememangnya wajar demi memastikan

setiap guru sekolah di peringkat akar umbi benar-benar memikul tanggungjawab ini

sejajar dengan dasar kerajaan.

Ramai guru yang merupakan pelaksana dasar menghadapi masalah besar.

Mereka masih tidak dapat mencapai tahap yang memuaskan bagi mengajar dalam

Bahasa Inggeris walaupun kursus-kursus intensif jangka panjang dan jangka pendek

telah disediakan. Ini merupakan satu cabaran yang amat besar terhadap guru-guru yang

telah di latih untuk menyampaikan pengajaran dalam Bahasa Melayu dan kemudiannya

terpaksa mengajar dalam Bahasa Inggeris. Ramai guru masih tidak menguasai sebutan

Bahasa Inggeris dan kemudian terpaksa mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Apabila Sains diajar dalam bahasa kedua, terdapat hubungan erat antara peranan

bahasa dengan fungsi kognitif bahasa yang bergantung pada kognitif dikenal pasti

menimbulkan kesukaran kepada pengguna Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Antara kesukaran yang dikenal pasti adalah berkaitan dengan keupayaan membaca,

menulis, mendengar dan bertutur. Selain daripada kurang kebiasaan menggunakan

Bahasa Inggeris, pelajar yang belajar Sains dalam Bahasa Inggeris menghadapi

kesukaran kerana struktur, gaya bahasa dan corak persembahan bahasa saintifik adalah

berbeza dengan Bahasa Inggeris komunikasi yang dipelajari (Cummins, 1980).

Page 20: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

4

Kesukaran ini bukan sahaja dihadapi oleh pengguna bahasa kedua, malah turut

dialami oleh pelajar yang bahasa ibundanya adalah Bahasa Inggeris, namun begitu

kesan yang lebih besar dihadapi oleh pelajar yang mengguna Bahasa Inggeris sebagai

bahasa kedua (Zurida, Syarifah Norhaidah & Mohd. Ali , 2006).

Kesan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar ini akan mewujudkan konsep

kendiri negatif dalam diri pelajar. Konsep kendiri negatif menyebabkan pelajar

mempunyai aras keyakinan diri yang rendah. Ini seterusnya menyebabkan pelajar

berkenaan membentuk sifat rendah diri (Ee, 1997).

Borang soal selidik dibina untuk dijawab oleh pelajar SPN (PKPG) dan pelajar

SPN (Perdana) di UTM, Skudai, Johor Bharu. Fokus utama instrumen adalah untuk

melihat tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar dalam mata pelajaran Sains, sikap

pelajar dalam matapelajaran Sains, kefahaman konsep Sains pelajar dan persediaan

yang dilakukan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bakal guru

Sains.

1.3 Pernyataan Masalah

Perlaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris telah

berlangsung selama lima tahun sejak 2003 hingga kini. Isu yang dibangkitkan bukan

lagi pandangan pendidik mahupun cendekiawan tentang dasar ini, sebaliknya lebih

kepada prestasi pencapaian murid yang sedang melewati perlaksanaannya. Hakikatnya

untuk menghakimi kejayaan kegagalan dasar ini bukanlah tepat pada masanya.

Tempoh lima tahun belum mencukupi untuk menilai sama ada sesuatu sistem

atau program yang diperkenalkan itu mencapai matlamat atau sebaliknya. Presiden

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) menyarankan jika guru adalah

punca penurunan prestasi pelajar, latihan perlu diberikan untuk guru menguasai Bahasa

Inggeris, manakala kelemahan pelajar perlu di atasi dengan bimbingan ibu bapa.

Page 21: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

5

Faktor bahasa bukan alasan utama yang menyebabkan sesetengah pelajar gagal

menunjukkan prestasi yang baik dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, sebaliknya

faktor guru dan latar belakang pelajar digariskan antara penyumbang wujudnya

perbezaan dalam pencapaian antara pelajar dalam mata pelajaran itu.

Oleh itu, kajian ini akan mengkaji tahap perlaksanaan pengajaran Sains dalam

Bahasa Inggeris di sekolah sama ada guru-guru ini pada dasarnya menyahut seruan

kerajaan. Di samping itu kajian ini akan mengenal pasti langkah-langkah persediaan

yang telah dilaksanakan oleh pelajar itu sendiri atau kerajaan dalam usaha meningkatkan

kualiti penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dalam subjek Sains.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk:

(a) Mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar 4SPN

di UTM dari aspek pemahaman kosa kata Sains dalam Bahasa Inggeris.

(b) Mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar 4SPN

di UTM dari aspek minat terhadap pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris.

(c) Mengenal pasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar 4SPN

di UTM dari aspek keyakinan terhadap pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris.

(d) Mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar 4SPN

di UTM dari aspek pemahaman, pertuturan dan penulisan terhadap pengajaran

Sains dalam bahasa Inggeris.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penguasaan guru Sains dari aspek

pemahaman kosa kata Sains, minat, keyakinan dan penguasaan dalam Bahasa Inggeris

Page 22: i TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS BAGI BAKAL GURU …€¦i tahap penguasaan bahasa inggeris bagi bakal guru sains di kalangan pelajar tahun empat akhir sarjana muda dalam pendidikan

6

bagi pengajaran Sains dalam Bahasa Inggeris. Secara khususnya, kajian ini bertujuan

untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan berikut:

(a) Sejauh manakah tahap penguasaan Bahasa Inggeris dari aspek pemahaman kosa

kata Sains bagi bakal guru Sains (SPN) UTM?

(b) Sejauh manakah tahap penguasaan bahasa Inggeris dari aspek minat bagi bakal

guru Sains (SPN) UTM?

(c) Sejauh manakah tahap penguasaan Bahasa Inggeris dari aspek keyakinan bakal

guru Sains (SPN) UTM?

(d) Sejauh manakah tahap penguasan Bahasa Inggeris dari aspek pemahaman,

pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris bagi bakal guru Sains (SPN)

UTM?