Mpat tahap 3

100
2013

Transcript of Mpat tahap 3

Page 1: Mpat tahap 3

2013

Page 2: Mpat tahap 3

\

PENGAJIAN

KEJURUTERAAN AWAM

(TAHAP 1)

NAMA:

TINGKATAN:

NAMA :

TINGKATAN :

TAHUN :

SEKOLAH :

TIDAK BOLEH DIJUAL

CETAKAN PERTAMA 2013

Page 3: Mpat tahap 3

Cetakan Pertama Disember 2013 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini termasuk ilustrasi dan isi kandungan tidak boleh diterbitkan semula bagi tujuan komersial dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 5&6 Blok E14, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Persekutuan, 62604 Putrajaya. 03 – 88845194 Faks : 03 – 88845195

Disediakan oleh: Unit Teknikal Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Diterbitkan oleh : Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidkan Malaysia

Page 4: Mpat tahap 3

PRAKATA

M-TEK singkatan kepada Modul Pembelajaran Teknikal dihasilkan ekoran pencapaian pelajar aliran teknikal yang kurang memberangsangkan. Kekurangan bahan sokongan di pasaran turut menyumbang kepada masalah ini. Selain itu, keupayaan pelajar yang berbeza-beza dalam peperiksaan memberikan cetusan idea kepada Unit Teknikal, Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk menghasilkan modul ini. Modul yang disediakan ini selari dengan keperluan sukatan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5. Ia merupakan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu guru-guru dan pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik ke tahap yang boleh dibanggakan. Sebagai usaha permulaan modul ini dilengkapi dengan nota ringkas peta minda (Mind Map) dan soalan-soalan latihan mengikut topik. Penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa agar selari dengan keperluan kurikulum terkini. Saya mewakili Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Teknikal, Pengurusan Akademik kerana mengambil inisiatif menerajui projek ini. Sekalung penghargaan saya panjatkan kepada guru-guru di atas sumbangan dan kepakaran mereka sebagai panel penulis modul. Semoga M-TEK yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dengan penggunaan yang optimum. Adalah diharapkan modul ini dapat memberi impak yang besar sebagai bahan sokongan pembelajaran yang sekaligus menyumbang kepada keberhasilan pelajar aliran teknikal untuk melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang yang mampu bersaing diperingkat lebih tinggi.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 5: Mpat tahap 3

BIL PERKARA

NOTA RINGKAS & PETA MINDA 1. KEJURUTERAAN PEMBINAAN

2. BAHAN BINAAN

3. STRUKTUR KEJURUTERAAN AWAM

4. UKUR KEJURUTERAAN

5. GEOTEKNIK

6. SISTEM PENGANGKUTAN, KEJURUTERAAN JALAN DAN ISYARAT LALU LINTAS

7. SUMBER DAN BEKALAN AIR

8. SISTEM PEMBERSIHAN

9. ATURCARA KONTRAK DAN TAKSIRAN

SOALAN

SKEMA JAWAPAN

Page 6: Mpat tahap 3
Page 7: Mpat tahap 3

`

TOPIK 3 : KEJURUTERAAN PEMBINAAN

Peruntukan

Kewangan

Wang Sendiri

Pinjaman Institusi

Kewangan

Kombinasi

Melantik

Perunding

Arkitek, Jurutera Awam,

Jututera Mekanikal,

Jurutera Elektrik,

Juruukur Bahan,

Juruukur Tanah

PROSES PEMBINAAN

Peringkat

Perancangan

Peringkat

Pembinaan

Peringkat

Penyerahan

Kajian

Kemungkinan

Kejuruteraan

Ekonomi

Alam sekitar

Peringkat

Pengurusan

Mengumpul Maklumat

Penawaran Tender

Mendapatkan Pekerja

Mendapatkan Bahan

Dan Peralatan

Sijil Tamat Kerja

Sijil Penyiapan

dan Pematuhan

Tempoh Tanggungan

kecatatan

Pembinaan Struktur

Melengkapkan Kemudahan

Persediaan untuk membina

Kerja tanah

Pembinaan Substruktur

Pembinaan Superstruktur

Sistem perpaipan, elektrik,

perhubungan, penyaman

udara

Peringkat Analisis

dan reka bentuk

Mengukur

Tapak

Memilih

tapak

Menyiasat

Tanah

Reka Bentuk

Bangunan

Lukisan dan

Spesifikasi kerja

Page 8: Mpat tahap 3

3.1 PROSES PEMBINAAN

Peringkat Perancangan

1. Penyiasatan awal bagi memastikan sesuatu projek boleh dilaksanakan. 2. Memastikan kesesuaian projek dari aspek kejuruteraan, ekonomi dan kesan alam

sekitar (EIA). 3. Mendapatkan sumber kewangan dari wang sendiri,pinjaman dari institusi kewangan

berlesen atau kombinasi (wang sendiri dan pinjaman daripada institusi kewangan berlesen)

4. Perunding terdiri daripada arkitek, jurutera awam, jurutera mekanikal & elektrikal, juruukur bahan dan juruukur.

5. Perunding menyelaraskan kerja – kerja pada semua peringkat dalam proses pembinaan.

Peringkat Analisis Dan Rekabentuk

1. Menentukan kedudukan dan keluasan tapak bina. 2. Mendapatkan bentuk muka bumi dan pemandangan indah. 3. Menentukan lokasi dan batu sempadan tapak pembinaan. 4. Menyediakan aras formasi. 5. Mendapatkan maklumat sifat-sifat tanah dan lapisan tanah. 6. Menentukan aras air bumi. 7. Menyediakan 3 rekabentuk iaitu rekabentuk arkitek, struktur dan kejuruteraan awam. 8. Menyediakan lukisan kerja yang terdiri daripada lukisan rekabentuk, struktur dan

perkhidmatan. 9. Menyediakan spesifikasi piawaian kerja. 10. Disediakan dalam bentuk senarai kuantiti atau harga gumpalan (lump-sum)

Peringkat Pengurusan

1. Maklumat seperti spesifikasi piawaian kerja, senarai lukisan, ringkasan tender dan borang kontrak dikumpulkan dan disatukan dalam dokumen tender

2. Tawaran dibuat dalam bentuk tawaran terbuka , terhad, perundingan atau prakelayakan.

3. Kontraktor yang berminat membeli dokumen tender. 4. Pemilihan kontraktor dijalankan. 5. Kontraktor yang dilantik diserahkan ‘Surat Setuju Terima’ dan perlu

mengembalikannya kepada klien. 6. Perjanjian atau kontrak ditandatangani di antara klien dan kontraktor. 7. Kontraktor mendapatkan pekerja mahir, pekerja separa mahir dan pekerja am. 8. Kontraktor mendapatkan kuantiti dan jenis bahan yang diperlukan mengikut

keperluan projek. 9. Bahan disimpan, disusun dan diuruskan dengan betul.

Peringkat Pembinaan 1. Persediaan membina

1.1 Membersih tapak pembinaan. 1.2 Menyediakan laluan keluar masuk. 1.3 Menyediakan jalan sementara 1.4 Menyediakan bangunan sementara 1.5 Menyediakan pagar dan adang. 1.6 Menyediakan papan tanda keselamatan dan projek.

Page 9: Mpat tahap 3

2. Menyediakan aras formasi. 3. Melakukan kerja pemotongan dan penambakan. 4. Memancang tanda 5. Memancang ukur 6. Memancang aras 7. Melaksanakan pembinaan substruktur melibatkan kerja cerucuk (jika perlu), asas,

tunggul tiang, tingkat bawah tanah dan lapisan asas lantai 8. Melaksanakan pembinaan superstruktur seperti, tiang, lantai atas dan bumbung. 9. Melengkapkan sistem perpaipan. 10. Melengkapkan sistem elektrik. 11. Melengkapkan sistem perhubungan. 12. Melengkapkan sistem penyaman udara.

Peringkat Penyerahan 1. Sijil tamat kerja diberikan kepada kontraktor setelah projek pembinaan siap. 2. Kontraktor menyerahkan projek yang telah siap kepada klien. 3. Tempoh Tanggungan Kecacatan 18 bulan atau mengikut perjanjian. 4. Kontraktor bertanggungjawab membaiki kerosakan dalam Tempoh Tanggungan

Kecacatan.

3.2 PIHAK BERKUASA YANG TERLIBAT DALAM PEMBINAAN

Pihak Berkuasa Fungsi

Pihak Berkuasa Tempatan Merancang pembangunan bandar baharu.

Mengurus perkhidmatan pungutan sampah.

Pejabat Tanah & Galian Mengurus hal berkaitan hak milik tanah.

Meluluskan pertukaran penggunaan tanah untuk kegunaan awam dan persendirian

Jabatan Kerja Raya Mengurus kerja operasi dan penyelenggaraan jalan rayadan bangunan pejabat kerajaan.

Sebagai pengurus projek bagi projek agensi kerajaan.

Jabatan Alam Sekitar Meluluskan Laporan EIA bagi sesuatu projek pembinaan.

Memastikan syarat-syarat kelulusan laporan EIA dijadikan sebahagian dokumen tender

Jabatan Bomba dan penyelamat Memeriksa dan menguji sistem pencegah kebakaran.

Mencegah dan memadam kebakaran.

Pihak Berkuasa Air Menyediakan bekalan air bersih yang mencukupi.

Meluluskan permohonan bekalan air.

Tenaga Nasional Berhad Menyediakan sistem bekalan elektrik yang mencukupi dan selamat

Jabatan Pengairan Dan Saliran Menyediakan infrastruktur pengairan dan

Page 10: Mpat tahap 3

saliran.

Mendalamkan sungai.

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Menguruskan sistem rawatan kumbahan.

Mengawal selia perkhidmatan pembetungan

3.3 KAKITANGAN TEKNIKAL YANG TERLIBAT DALAM PEMBINAAN

Kakitangan Teknikal Fungsi

Jurutera Awam Merancang, menyelia dan mengurus pelbagai aspek pembinaan.

Membuat analisis dan rekabentuk kej. awam dan struktur

Jurutera Mekanikal/Elektrik Mengurus dan menyelia kerja pemasangan sistem mekanikal

Mengurus dan menyelia projek kerja-kerja pemasangan elektrik

Perancang Bandar dan Wilayah Menyediakan pelan induk untuk pembangunan

Merancang aliran lalulintas dan keperluan infrastruktur

Arkitek Menyediakan ringkasan projek mengikut kehendak klien.

Menyediakan pelan konsep,pelan susun atur, pelan tapak projek dan lukisan butiran bangunan

Juruukur Tanah Mendapatkan pelan akui daripada JUPEM untuk menentukan kedudukan tapak projek.

Memulakan kerjaj ukur tanah bagi mentukan keluasan, sempadan dan aras laras tapak

Juruukur Bahan Menyediakan dan menyemak anggaran kos.

Menyediakan dan menyemak dokumen tender

Pembantu Teknik Menyelia dan menyelaraskan kerja-kerja pembinaan.

Menyediakan spesifikasi kerja

Juruteknik Membantu pembantu teknik dalam menyelia dan melaraskan kerja-kerja pembinaan.

Boleh mengambilalih tugas penyelia tapak

Pelukis pelan Membuat lukisan terperinci

Pekerja Mahir Melaksanakan kerja-kerja pembinaan

Pekerja Am/Buruh Membantu pekerja mahir

Page 11: Mpat tahap 3

TOPIK 4 : BAHAN BINAAN

BAHAN BINAAN

KAYU

KONKRIT

BATA

KELULI KELULI LEMBUT

KELULI TEGANGAN TINGGI

KONKRIT JISIM

LEMBUT

KONKRIT BERTETULANG

KONKRIT PRATEGANGAN

KAYU KERAS BERAT

PRATEGANGAN

KAYU KERAS SEDERHANA

SSEDERHANANGAN

KAYU KERAS RINGAN

KAYU LEMBUT

PRATEGANGAN

BATA TANAH LIAT

PRATEGANGAN

BATA SIMEN

PRATEGANGA

N BATA PASIR KAPUR/ SILIKA

Page 12: Mpat tahap 3

4.1 KAYU

SIFAT UTAMA KAYU Sifat Utama Kayu Dan Faktor Yang Mempengaruhinya

i. Kekuatan ii. Ketahanlasakan iii. Kemasan Rupa

Kekuatan Faktor yang mempengaruhi kekuatan kayu adalah:

Ketumpatan Ketumpatan bergantung pada ketebalan dinding sel kayu.

Struktur Ira Kayu Kekuatan lenturan bertambah jika kecerunan ira kayu berkurang.

Kecacatan Kecacatan semulajadi – tumbesaran tidak normal, tiupan angin yang kuat,

panahan petir. Kecacatan semasa proses memotong, mengergaji dan pengawetan / pengerinngan dan serangan serangga serta parasit.

Modulus keanjalan Modulus keanjalan adalah tegasan / terikan.

SIFAT UTAMA KAYU

KEKUATAN KETAHANLASAKAN KEMASAN RUPA

Ketumpatan

Struktur Ira Kayu

Kecacatan

Modulus

Keanjalan

Kandungan

Lembapan

Semulajadi

Proses

Pengeringan

Page 13: Mpat tahap 3

Tegasan ( = P/A) Modulus keanjalan = -------------------------

Terikan ( =δl/ l)

Pl = -------- Aδl Ketahanlasakan

• Bergantung pada kandungan kelembapan

Berat air dalam kayu - Kandungan Lembapan = ----------------------------------- x 100% Berat kayu semasa kering

- Dari masa kayu yang ditebang / digergaji hingga dibuat binaan, kandungan lembapan yang seimbang mengalami turun naik bergantung pada keadaan suhu dan kandungan udara sekeliling.

- Kandungan lembapan pada kayu untuk kegunaan dalaman lebih kurang 8% dan kegunaan luaran lebih kurang15%.

Kemasan rupa

• Yang baru ditebang disebabkan : a) Kecacatan semujadi

• Kekadang boleh mencantikkan rupa kayu bila disapu varnish. (menimbulkan rupa bentuk ira

• b) Proses Pengeringan

• Akibat pengeringan seperti rekah, pecah, terpiuh, menggeleding dan melengkung.

Page 14: Mpat tahap 3

Pengelasan Kayu Dan Kegunaannya Dalam Pembinaan

Kebaikan Dan Keburukan Kayu

Kebaikan Keburukan

Mudah untuk dikerjakan Kemasan cantik Penebat haba dan elektrik Ketahanlasakan tinggi Mudah diperolehi Sesuai digunakan semua struktur

danbahagian pembinaan bangunan

Mudah terbakar Berlaku pengecutan dan

pengembangan dipengaruhi oleh cuaca

Mudah diserang serangga dan kulat

4.2 KELULI Jenis Keluli

Keluli lembut

Keluli tegangan tinggi

Sifat Keluli

I. Kekuatan II. Keanjalan

III. Kemuluran IV. Rintangan Kakisan V. Rintangan kebakaran VI. Pengembangan dan pengecutan

Page 15: Mpat tahap 3

Kekuatan

Mampu menahan tegangan dan mampatan.

Akan mengalami keterikan dan ketegasan.

= P A N/mm2

= Tegasan P = Beban A = Luas keratan keluli

= l

L

= Terikan l = Pemanjang L = Panjang asal

Graf Lengkung Tegasan Terikan bagi Keluli

Di mana

Peringkat awal, OA keterikan berkadar terus dengan tegasan.

Titik A (titik had Anjal) titik perubahan daripada sifat anjal ke sifat plastik.

Sepanjang sifat anjal keluli boleh kembali ke panjang asal bila beban dilepaskan.

Sekira beban terus dibekalkan lebih titik A iaitu A ke B sifat keluli tidak berkadar terus dan bersifat plastik.

Semasa bersifat plastik keluli tidak akan kembali ke panjang asal tetapi masih boleh dikira dalam kerja merekabentuk.

Sekiranya diteruskan keluli akan patah/putus seperti di titik B.

OA = bersifat elastik/anjal , AB = bersifat Plastik , B = titik gagal

Tegasan alah Tegasan kerja/tegasan terizin = ------------------------------ Faktor keselamatan

Teg

asa

n

Keterikan

Tegasan Alah

B A

O

Page 16: Mpat tahap 3

Keanjalan

Dikira keanjalan apabila keluli mengalami tegasan / terikan. Ini dinamakan Modulus keanjalan (E).

Mengalami perubahan bentuk yang kecil mempunyai Modulus keanjalan yang tinggi.

Kemuluran

Kemampuan keluli mengalami sifat plastik sebelum putus atau patah.

Rintangan Kakisan

Kehadiran air dan oksigen menyebabkan karat (Ferus Oksida terhidrat).

Proses karat berterusan akan mengurangkan kekuatan keluli.

Untuk mengatasi karat – sapu cat, salut krom, minyakkan dll.

Rintangan Kebakaran

Keluli lemah terhadap haba yang tinggi.

Ikatan keluli berubah maka kekuatan menurun

Pengembangan dan Pengecutan

Keluli amat sentitif kepada suhu panas dan sejuk.

Cara atasi masalah ini keluli dibengkokkan pada hujungnya, mempunyai bentuk bunga pada batang keluli.

Kegunaan Keluli

Amat meluas sebagai tetulang, kekuda bumbung, rasuk, tiang, cerucuk, jambatan, tangki air dan pelbagai binaan tambahan.

Kebaikan Dan Keburukan Keluli

Kebaikan

Mudah didapati di dalam pelbagai bentuk

Mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi / mengalami sifat plastik yang panjang.

Kekuatan ditingkat dengan menambah karbon dan mangan

Bersifat seragam.

Keburukan

Mudah karat

Menambah beban diri dalam bahan binaan seperti konkrit bertetulang

Lemah pada suhu 55oC

Page 17: Mpat tahap 3

4.3 KONKRIT Pengenalan

Konkrit ialah campuran simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air dalam nisbah tertentu.

Contoh nisbah ialah 1 : 2 : 4 bermaksud 1 untuk simen, 2 untuk batu baur halus and 4 untuk batu baur kasar.

Bahan Konkrit Simen

kehalusan

kerencaman kimia yang tinggi Batu Baur Halus

Tekstur permukaan yang kasar

Saiz digredkan

Bentuk yang tidak seragam

Mesti dibersihkan Batu Baur Kasar

Tekstur permukaan yang kasar

Saiz digredkan

Bentuk yang tidak seragam

Mesti dibersihkan

Air

Tidak mempunyai bendasing

Tidak tercemar

Tetulang

Tidak berkarat / berkualiti tinggi

Mengikut saiz yang direkabentuk

Jenis keluli yang sesuai

Bahan Tambah

Diguna untuk mengubah ciri-ciri konkrit dan memudahkan kerja konkrit seperti

Pencepat (mempercepat kadar pengerasan awal konkrit)

Pelambat (melambatkan kadar pengerasan awal konkrit)

Perangkap Udara (memerangkap udara tanpa penggunaan air yang banyak)

Pemudah Adun (membantu simen tersebar dengan lebih berkesan dalam air supaya dapat mempercepatkan sifat kejelekitan)

Page 18: Mpat tahap 3

Sifat Utama Konkrit

Sifat utama konkrit baru (konkrit yang masih basah) ialah kebolehkerjaan. Kebolehkerjaan

Kebolehkerjaan konkrit baru bermaksud senang atau susah pengendalian konkrit yang melibatkan kerja membancuh, menggaul, mengangkat, menuang dan memadat.

Sifat utama konkrit terkeras: Kekuatan Pengembangan dan pengecutan Ketahanlasakan

Kekuatan

Konkrit terkeras mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi. Kekuatan mampatan pada umur 28 hari dijadikan ukuran. Kekuatan konkrit juga boleh ditingkatkan

- mengguna bahan-bahan yang bermutu, - nisbah bancuhan yang betul, - keadah penyediaan yang betul serta - proses kuring yang sempurna.

Konkrit mempunyai kekuatan tegangan yang rendah. Selain daripada itu kekuatan mampatan dan tegangan boleh ditambah

dengan memasukkan gentian ke dalam bancuhan. Contoh : - gentian kaca dalam konkrit pratuang - gentian keluli dalam konkrit bertetulang gentian

Pengembangan dan Pengecutan

Dipengaruhi oleh - Kelembapan konkrit - Suhu udara sekeliling - Kadar pengudaraan ke atas permukaan konkrit - Luas permukaan konkrit berbanding isipadu konkrit. - Nisbah air simen - Pengecutan batu baur

Ketahanlasakan

Konkrit yang menyerap air akan mengurangkan ketahanlasakan. Nisbah bancuhan konkrit yang betul akan menghasilkan konkrit yang

homogen dan padat.

Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehkerjaan Konkrit

Ketekalan Boleh diukur kebasahan dan kebendaliran konkrit.

Kemudahgerakan

Page 19: Mpat tahap 3

Kebolehan bancuhan konkrit mengalir dengan mudah dan memenuhi acuan.

Kebolehpadatan

Kebolehan konkrit dipadatkan sepenuhnya. Boleh dipadat sepenuhnya dan faktor yang mempengaruhi :

- Kandungan air - Saiz batu baur - Bentuk batu baur - Tekstur permukaan batu baur - Kadar serapan batu baur - Penggredan batu baur

UJIAN KONKRIT Ujian Mengukur Kebolehkerjaan Ujian Penurunan

3 jenis penurunan – Penurunan sebenar, penurunan ricih dan penurunan runtuh.

Nota :

Penurunan sebenar = Konkrit yang berkualiti, berjelekit dan campuran kaya.

Penurunan ricih = Campuran kurang simen dan kurang kejelekitan.

Up to 125

mm 150-250 mm Up to 150

mm

Penurunan

ricih

Penurunan

sebenar

sebenar

Penurunan

runtuh

UJIAN KONKRIT

Kebolehkerjaan

Kekuatan

Ujian Penurunan

Ujian Kiub

Page 20: Mpat tahap 3

Penurunan runtuh = Bancuhan terlalu basah dan menghasilkan konkrit berkualiti rendah

Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Konkrit

Dipengaruhi oleh :

- Bahan yang digunakan - Kaedah penyediaan - Kuring

Bahan Yang Digunakan

Bahan utama simen, batu baur halus, batu baur kasar, air dan tetulang sebagai tambahan dalam struktur konkrit bertetulang.

Kaedah Penyediaan

Pengelompokan - Simen, batu baur halus dan batu baur kasar perlulah digaul dengan sempurna untuk mengelakkan berlaku pengelompokan.

Nisbah air simen - Nisbah air simen yang sesuai perlulah ditentukan agar memudahkan proses

menggaul dan memadat bagi menghasilkan konkit yang berkualiti.

Campuran

Bahan

Simen

Pasir

FAKTOR FAKTOR MEMPENGARUHI

KEKUATAN

KONKRIT

Kaedah Penyediaan

Bahan

Kaedah Pengawet

Air

Batu baur

Nisbah bancuhan Cara

mengawet Nisbah Air Simen

Tempoh Peletakan

Penuangan

Jarak penghantaran

Pemadatan

penghantaran

Pengelompokan

penghantaran

Page 21: Mpat tahap 3

- Campuran konkrit 1:3:6 mengandungi lebih banyak batu baur berbanding 1:2:4.

Peletakan - Peletakan atau penuangan konkrit ke dalam acuan hendaklah tidak melebihi

ketinggian 1.5m untuk mengelakkan penjujuhan dan pengasingan.

Pemadatan - Pemadatan perlu dilakukan secara menyeluruh pada semua ruang dalam acuan

supaya tiada liang antara konkrit. - Pemadatan menggunakkan kaedah yang betul

Pengaruh Kuring

Menghalang penyejatan air daripada konkrit yang baru dituang untuk jangka masa yang tertentu.

Mengurangkan keretakan pada konkrit Ujian Menentukan Kekuatan Konkrit

Ujian mampatan dilakukan untuk menguji kekuatan konkrit. Ujian yang dijalankan ialah ujian kiub.

JENIS KONKRIT

Jenis Konkrit Dan Kegunaannya

I. Konkrit Jisim II. Konkrit Bertetulang

III. Konkrit Prategasan a. Konkrit Prategangan b. Konkrit Pascategangan

JENIS KONKRIT

Konkrit

Prategasan

Konkrit

Bertetulang

Konkrit

Jisim

Prategangan Pascategangan

Page 22: Mpat tahap 3

Konkrit Jisim

Konkrit yang tidak mempunyai tetulang dan bergantung pada beratnya sendiri untuk menganggung beban.

Konkrit jisim digunakan bagi pembinaan tembok penahan, empangan, benteng pemecah ombak dan lain-lain.

Konkrit Bertetulang

Kekuatan mampatan yang tinggi

Kekuatan tegangan yang rendah

Tetulang diperlukan untuk merintangi tegasan tegangan.

Konkrit Prategasan

Retakan masih berlaku di bahagian bawah rasuk konkrit akibat lenturan yang berlaku walaupun tegasan tegangan dirintangi oleh tetulang.

Bagi mengatasi masalah ini, konkrit prategasan boleh digunakan.

Konkrit prategasan mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi.

Tegasan tegangan yang dikenakan tidak melebihi tegasan pramampatan, keretakan tidak akan berlaku.

Terdapat dua kaedah penegasan untuk konkrit prategasan:

a. Konkrit prategangan b. Konkrit pascategangan

Konkrit Prategangan

Dibuat dengan cara menuang konkrit ke dalam acuan selepas tendon ditegangkan antara dua dinding landas.

Langkah pembinaan konkrit prategangan

Page 23: Mpat tahap 3

Apabila konkrit sudah cukup kuat, tendon ditanggalkan daripada tembok landas dan dipotong mengikut panjang konkrit.

Daya mampatan dipindahkan pada konkrit melalui ikatan yang wujud antara tendon dengan konkrit.

Konkrit Pascategangan

Kaedah pembinaan konkrit pascategangan dimulakan dengan memasukkan tendon ke dalam sesalur pada kedudukan mengikut profil yang ditentukan.

Konkrit dituang ke dalam acuan seperti rajah di bawah.

Langkah pembinaan konkrit pascategangan

Apabila konkrit mencapai kekuatan yang diperlukan, tendon ditegangkan dan ditambat pada kedua-dua hujung konkrit.

Lengkung profil tendon sengaja diadakan dalam konkrit pascategangan untuk mengagihkan tegasan dalam keratan dengan berkesan.

Kelebihan Konkrit Prategasan Berbanding Konkrit Bertetulang

Kuantiti konkrit dan tetulang yang diperlukan berkurangan dan pada masa yang sama dapat mengurangkan beban diri.

Sebarang kecacatan pada bahan atau nisbah campuran akan dapat dikesan melalui ujian konkrit prategasan semasa proses pembuatan.

Konkrit prategasan dapat mengurangkan tempoh pembinaan. Kelebihan Dan Kekurangan Konkrit

Kelebihan Konkrit

Bahan untuk membina konkrit senang diperolehi.

Mudah dibentuk mengikut acuan.

Mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi.

Tidak berkarat dan sesuai digunakan sebagai struktur dalam Kejuruteraan Marin.

Bahan kedap air dan penebat haba yang baik.

Tahan lama.

Kurang penyenggaraan dan tahan api.

Page 24: Mpat tahap 3

Kekurangan Konkrit

Mempunyai kekuatan tegangan yang rendah.

Sukar diubahsuai apabila keras.

Mempunyai ketumpatan yang tinggi, iaitu satu anggota yang berat berbanding isipadunya.

4.4 BATA

Bata banyak digunakan dalam pembinaan bangunan (dinding, asas, tiang, tembok penahan)

Bahan utama - tanah liat, pasir, kapur dan simen.

Saiz piawai – 215mm (panjang) x 102.5mm (lebar) x 65mm (tebal).

BATA

Bata Tanah Liat Bata Pasir

Kapur/Bata silika

Bata Simen

Bata Biasa

BataMuka

Bata Kejuruteraan

Bata Api

Page 25: Mpat tahap 3

Jenis Bata

Jenis Bata Kegunaan Bata

1. Bata tanah liat a) Bata biasa -Mempunyai permukaan yang kasar dan warna yang kurang menarik.

-Untuk kegunaan dalaman dan dinding sekat dan ia perlu dilepa.

b) Bata muka -Tekstur yang menarik -Tahan lasak pada cuaca

-Sesuai digunakan untuk pembinaan yang tidak memerlukan lepaan kerana kemasan muka yang menarik.

c) Bata kejuruteraan -Sangat keras, padat dan tidak

mudah menyerap air

-Digunakan untuk pembinaan dinding yang menanggung beban.

Contoh : tembok penahan, asas

d) Bata api -Mampu menahan haba yang tinggi

- Digunakan untuk pembinaan bag merintangi suhu yang tinggi.

Contoh: Dandang dan tanur

2. Bata pasir-kapur/ bata silica (Kalsium Silika)

-Bahan:

Kapur Terhidrat

Pasir

Nisbah 1:8

- Sebagai alternatif kepada ‘Bata Tanah Liat Biasa’

- Untuk kegunaan dalaman dan dinding sekat.

3. Bata simen -Bahan:

Simen

Pasir

Nisbah 1:8

- Sebagai alternatif kepada ‘Bata Tanah Liat Biasa’

- Untuk kegunaan dalaman dan dinding sekat.

Kelebihan Dan Kekurangan Bata

Kelebihan Kekurangan

1. Mudah digunakan untuk kerja pembinaan tembok atau dinding.

2. Mudah diangkat dan dikendalikan 3. Bata muka boleh dijadikan hiasan

tanpa perlu dilepa. 4. Sesuai digunakan untuk membina

tiang jinjang. 5. Tahan serangan asid atau alkali.

1. Kerja menurap bata memerlukan pekerja yang mahir.

2. Kekuatan tegangan yang rendah.

Page 26: Mpat tahap 3

TOPIK 5 : STRUKTUR KEJURUTERAAN AWAM

Asas

Cerucuk

--Beban bangunan terlalu besar. -Tanah berkeupayaan galas rendah.

Geseran

Galas hujung

ASAS

Asas Pad

Asas

Rakit

-Bangunan kurang dari 4 tingkat

-Beban yang rendah

-Keupayaan galas tanah yang tinggi.

-Lebih ekonomik dan praktikal

-Bangunan berkerangka

- Bangunan bertiang

-bangunan tidak bertiang -dinding agihkan beban ke asas.

-keupayaan galas rendah. -Tanah mengenap secara tidak sekata.

Asas Jalur

Jalur biasa

Jalur Dalam

Jalur Lebar

Papak Padu

Rasuk dan

Papak

Bersel

Page 27: Mpat tahap 3

RASUK

Disokong

Mudah

Julur

Selanjar Hujung

Terikat

-Disokong oleh rola dan pin. -Melentur bila terima beban -Tetulang utama diperlu bahagian bawah .

-Terikat pada satu hujung

-Hujung satu lagi tidak disokong.

-Apabila dikenakan beban pada hujung ia akan melentur

-Bahagian atas mengalami tegangan

-Bahagian bawah mengalami mampatan.

-Bahagian atas perlu diletakkan tetulang utama.

-Disokong sekurang-kurang pada tiga tempat

-Apabila dikenakan beban bahagian tengah akan

mengalami tegangan .

-Bahagian rasuk pada sokong akan meleding ke atas.

- Disokong pada kedua-dua hujung oleh sokong terikat.

-Apabila dikenakan beban ia akan melentur seperti rasuk

disokong mudah.

-Bahagian bawah rasuk yang dikenakan beban akan

mengalami tegangan.

-Bahagian atas kedua-dua hujung yang diikat akan mengalami

tegasan tegangan.

Page 28: Mpat tahap 3

- Lapisan asas batu pejal

- Lapisan kedap

- Lapisan konkrit

- Membran kalis lembap

- Lapisan skrid

- Lapisan kemasan

LANTAI

Lantai Bawah

Padu

Lantai Atas - Menggunakan lantai konkrit

DINDING

Tanggung Beban

Panel

Monolit

- Menanggung beban mati,(beban rasuk,

lantai,bumbung)

- beban kenaan (berat sendiri)

- Dipasang pada kerangka.

- Menanggung beban sendiri sahaja.

- Satu unit dinding tanpa sambungan

- Bersekali bukaan pintu dan tingkap.

Page 29: Mpat tahap 3

TANGGA

Larian Lurus

Suku Pusingan

Separuh Pusingan

Geometri

Jenis

Komponen

-Pelantar dibina jika lebih 16 anak tangga

-Mempunyai satu atau dua larian

-Mempunyai dua larian

-Larian atas dan bawah bersudut tepat pada

pandangan pelan.

-Dipisah dengan pelantar berbentuk segiempat sama

-Mempunyai dua larian

-Larian atas dan bawah kelihatan selari pada pandangan

atas

-Dipisah dengan pelantar berbentuk segiempat tepat.

-Jejak anak tangga yang menirus dari pandangan atas.

-Anak tangga yang mengelilingi ruang terbuka berbentuk elips

atau mengelilingi tiang yang berbentuk bulat .

Larian

Pelantar

Kecerunan

Ruang kepala

-Terdiri dari anak-anak tangga.

-Setiap larian tidak lebih 16 anak tangga.

-Anak tangga terdiri jejak dan naik

-Dibina antara dua aras lantai.

-Berfungsi sebagai ruang rehat

sementara

-Rumah kediaman tidak melebihi 420

-Bangunan awam tidak melebihi 380

-Ukuran min ketinggian

pugak 2m.

-Jarak serenjang 1.5m

Susur tangan

-Tinggi tangga lebih

600mm atau 3 anak tangga -Tinggi susur tangan 840

mm – 1000mm

Page 30: Mpat tahap 3

BUMBUNG

Rata

Curam

- Kecerunan tidak melebihi 100

- Bangunan yang besar. Kompleks membeli belah Rumah pangsa

- Kecerunan melebihi 100

- Sesuai bangunan yang kecil

- Mempunyai kecuraman sama

- Terbahagi tiga jenis Limas Tibar layar Pisang sesikat

Kategori

Faktor Pemilihan

Saiz bangunan

Bentuk bangunan

Nilai estetika

Ekonomi

Page 31: Mpat tahap 3

5.1 PENGENALAN

Struktur ialah binaan kejuruteraan yang menanggung beban mati dan beban hidup. Tidak mengalami perubahan bentuk yang ketara. Contoh struktur bangunan, jambatan dan empangan. Komponen struktur pula ialah beberapa anggota pada struktur itu sebagai contoh seperti asas.

JENIS BEBAN

Beban mati Nilainya tetap Kedudukannya tetap Tindakannya tetap Contoh beban mati ialah rasuk, dinding,tiang,bumbung dan lantai

Beban kenaan

1. Nilainya berubah-ubah 2. Kedudukannya berubah-ubah 3. Tindakannya berubah-ubah 4. Contoh beban hidup

Perabot dalam bangunan Kenderaan yang melalui jambatan Berat takungan air.

5.2 JENIS STRUKTUR

Stuktur jisim Bergantung kepada jisimnya untuk menanggung beban Contoh struktur jisim ialah empangan tanah Struktur kerangka Struktur dibina mengikut komponen struktur Menerima beban dan agih beban kepada komponen lain.

5.3 FUNGSI DAN KONSEP BINAAN STRUKTUR DALAM BANGUNAN

Asas

Komponen bangunan yang terletak paling bawah

Fungsi utama - terima beban bangunan dan agih beban ke tanah di bawahnya. i. Asas Pad

Asas pad dibina bagi tanah yang mempunyai keupayaan galas yang tinggi. Rumah kediaman dan bangunan yang tidak melebihi 4 tingkat

Page 32: Mpat tahap 3

ii Asas Jalur

- Asas jalur dibina bagi tanah yang mempunyai keupayaan galas yang tinggi. - Rumah kediaman dan bangunan yang tidak melebihi 4 tingkat. - Binaan tiang yang rapat. - Binaan dinding tanggung beban Jenis-jenis asas jalur - Asas jalur biasa - Asas jalur dalam - Asas jalur lebar.

iii. Asas Rakit

- Dibina bagi tanah yang berkeupayaan galas rendah. - Nilai beban pada bangunan yang berbeza dan cenderung untuk mengenap

secara tak sekata. Jenis-jenis asas rakit - Asas rakit papak padu - Asas rakit rasuk dan papak - Asas rakit bersel.

iv. Asas cerucuk - Dibina pada beban bangunan yang terlalu besar - Keupayaan galas tanah rendah - Beban dipindahkan kepada lapisan tanah kukuh

Jenis-jenis asas cerucuk 1. Cerucuk geseran

Kaedah beban cerucuk geseran dipindahkan - Bergantung pada geseran antara tanah sekeliling cerucuk dengan permukaan

cerucuk. 2. Cerucuk galas hujung

Kaedah beban cerucuk galas hujung dipindahkan - Beban bangunan diagih terus ke lapisan tanah kukuh. - Bahan yang digunakan untuk cerucuk ialah kayu, konkrit dan keluli. - Dibina secara bersendirian atau kumpulan.

Tiang

- Fungsi utama untuk menerima beban rasuk dan bumbung untuk diagihkan ke asas

i. Tiang tunggal - Dibina berasingan dengan dinding - Dibina daripada kayu ,keluli,batu dan bata.

ii. Tiang jinjang

- Dibina bersekali dengan tembok bata. - Tidak menerima beban tinggi - Dibina diatas lapisan asas.

Page 33: Mpat tahap 3

Rasuk - Fungsi utama ialah menerima beban daripada lantai dan memindahkannya

kepada tiang. - Rasuk di kelaskan mengikut cara ia disokong.

i. Rasuk disokong mudah - Satu hujung disokong pin satu lagi disokong rola. ii. Rasuk Julur - Terikat pada satu hujungnya - Satu hujungnya tidak disokong. iii. Rasuk selanjar - Disokong sekurang-kurangnya tiga tempat. iv. Rasuk hujung terikat - Kedua-dua hujungnya terikat.

Lantai

- Fungsi utama menerima beban kenaan dan beban mati dan memindahkan ke rasuk.

i. Lantai bawah padu. - Dibina diatas tanah Lantai bawah padu terdiri daripada

- Lapisan batu pejal - penyediaan bagi lapisan konkrit - bahan terdiri daripada pecahan bata, pecahan konkrit dan kelikir. - Ketebalan 150mm hingga 300 mm.

- Lapisan kedap - bahan yang digunakan pasir - ketebalan 25mm hingga 50mm. - Lapisan konkrit - Konkrit dituang selepas lapisan kedap - dipadatkan - menggunakan nisbah campuran konkrit yang sesuai. - Ketebalan lapisan ialah 100 mm hingga 150mm. - Membran kalis lembap - Bahan yang digunakan minyak bitumen atau asfal mastik. - Dibina selanjar dengan lapisan kalis lembap. - Lapisan skrid - Bahan simen dan pasir - Ketebalan lapisan 50mm.

Dinding - Berfungsi sebagai pelindung daripada kesan cuaca atau sebagai pembahagi

ruang atau bilik. Dibahagikan kepada tiga jenis i. Dinding tanggung beban. ii. Dinding panel iii. Dinding monolit

Page 34: Mpat tahap 3

Tangga Komponen struktur yang menghubungkan antara dua aras. i. Prinsip pembinaan tangga. Larian tangga - anak tangga yang berturutan dari aras bawah ke aras atas. - Setiap larian tidak lebih 16 anak tangga.

Pelantar

- Berfungsi sebagai ruang rehat sementara. Kecerunan

- Kecerunan rumah kediaman 42º. - Kecerunan bangunan awam 38º.

Ruang kepala

- Tujuan ruang kepala adalah memberi ruang yang mencukupi bagi pergerakan pengguna.

Susur tangan - Dipasang bila ketinggian tangga melebihi 600 mm atau tiga anak tangga. - Ketinggian susur tangan ialah 840mm hingga 1000mm.

ii. Jenis tangga

Tangga larian lurus Tangga suku pusingan Tangga separuh pusingan. Tangga Geometri

Bumbung Faktor kepada pemilihan bumbung

i. Saiz bangunan. ii. Bentuk bangunan iii. Nilai estetika iv. Ekonomi

Kategori Bumbung

i. Bumbung rata - Kecerunan tidak melebihi 10º. ii. Bumbung curam. - Mempunyai kecerunan melebihi 10º

Page 35: Mpat tahap 3

TOPIK 6 : UKUR KEJURUTERAAN

-Menggambarkan muka

keratin kerja ukur

disepanjang garisan

ukur

UKUR

KEJURUTERAAN

Ukur Rantai

Ukur Teodolit

Ukur Aras

Ukur

Kompas

Ukur Meja

Prinsip Asas

Peralatan

Rantai metik-

Pancang jajar-

Pita Ukur-

Panah rantai-

Piket kayu-

Buku kerja luar-

Menggunakan meja ukur-

Butiran diplot serentak-

semasa kerja ukur

Prinsip Asas

Peralatan

Utara benar & -

Utara magnet

Trabas kompas-

Kompas prIsma-

Pelambab-

Jenis Trabas

Alat teodolit

Trabas terbuka-

Trabas tertutup-

Penyilang kanan-

Penyilang kiri-

Peta topo/Pelan

Penyedian Peta Topo/Geologi

Ukur Udara

Ukur Teodolit

Prinsip Asas

Peralatan

Memplot Keratan

Prosedur

Kontur

-Perbezaan antara dua

titik berdasarkan datum

-Alat aras

-Staf

Kerja Lapangan Kerja Lapangan

-Pelarasan sementara

-Pencerapan

-Pembukuan

-Naik turun/Kolimantan

-Pelarasan aras laras

-Semakan aritmetik

-Semakan ketepatan

-Sela kontur

-Nilai ufuk setara

-Saling Nampak

-Ciri-ciri kontur

-Kegunaan kontur

-Kaedah membuat kontur

-Memplot kontur

Page 36: Mpat tahap 3

6.1 TUJUAN KERJA UKUR - menghasilkan pelan, keratan rentas, keratan membujur kawasan yang akan dibina

- menentukan sempadan dan keluasan tapak - menentukan profil tanah untuk kawasan projek yang akan dibina dan seterusnya

menentukan pemotongan dan penambakan yang perlu dilakukan. 6.2 KAEDAH KERJA UKUR DALAM KEJURUTERAAN AWAM • Ukur Rantai - untuk mengukur jarak lelurus • Ukur Meja - untuk mengambil butiran dan diplotkan serentak semasa kerja ukur • Ukur kompas - untuk mengukur jarak dan bearing untuk menghasilkan pelan • Ukur Aras - menentukan ketinggian sesuatu titik di atas permukaan bumi dari datum • Ukur Teodolit - menentukan sudut ufuk dan sudut pugak dari stesen ukur ke butiran • Ukur Udara - untuk menghasilkan peta topografi atau pelan dengan tepat • Penderiaan jauh - Mendapatkan data objek di permukaan bumi atau ruang udara

6.3 PROSEDUR MENJALANKAN KERJA UKUR

Terbahagi kepada dua peringkat iaitu:

- Kerja di lapangan : Meliputi kerja pelarasan sementara, pencerapan dan

pembukuan.

- Kerja meja: Meliputi pelarasan aras laras, semakan aritmetik, semakan ketepatan

kerja ukur dan pemplotan.

PELARASAN SEMENTARA ALAT ARAS

(i)Mendirisiap alat aras

(ii)Mengaras alat aras

(iii)Memfokus alat aras

Mendirisiap alat aras

1. Dirikan kaki tiga di atas tanah pada ketinggian yang sesuai

2. Tekan kaki tiga ke dalam tanah

3. Buka penutup atas kaki tiga

4. Keluarkan alat aras dan pasangkan di atas plat permukaan kaki tiga

5. Ketatkan alat aras pada kaki tiga.

Mengaras alat aras

1. Pusing teropong supaya selari dengan mana-mana skru kaki pelaras

2. Pusing skru ke arah berlawanan

3. Ulangi proses sehingga gelembung udara masuk dan berada di tengah bulatan

Memfokus alat aras

1. Halakan teropong pada objek yang cerah

2. Laraskan kanta mata hinga ulir silang jelas kelihatan

3. Halakan teropong pada staf

4. Laraskan skru pelaras sehingga staf jelas kelihatan

5. Laraskan skru sehingga ulir silang berada di tengah-tengah staf

6. Pastikan tidak terdapat beza lihat antara imej dan sta

Page 37: Mpat tahap 3

7.1 PENGENALAN

Tanah didefinisikan sebagai sebarang endapan lembut atau longgar yang wujud

secara semulajadi dan menghasilkan kerak bumi.

Tanah terdiri daripada pelbagai bahan seperti kerikil, pasir, kelodak, tanah liat atau campuran bahan-bahan tersebut.

Ujian pengelasan tanah ialah untuk mengenalpasti sifat-sifat kejuruteraannya. Ujian tersebut ialah Ujian Analisis Saiz Zarah Tanah dan Ujian Keplastikan Tanah

7.2 JENIS TANAH

Tanah mempunyai pelbagai jenis dan setiap jenis mempunyai sifat dan ciri-cirinya yang tersendiri.

Jenis sesuatu tanah boleh ditentukan berdasarkan ciri-ciri tanah seperti kumpulan, sifat dan saiz tanah.

Kumpulan Jenis Tanah Saiz tanah Contoh Tanah

Butir kasar Tanah Tak jeleket 0.06 - 2.0 mm 2.0 - 60 mm

Pasir Krikil

Butir halus Tanah Jeleket < 0.002 mm

0.002 - 0.06 mm Tanah liat Kelodak

Organik Tanah organik < 0.002 mm Tanah gambut

Kumpulan, jenis,saiz dan contoh tanah

Bentuk zarah tanah

TOPIK 7 : GEOTEKNIK

Bersegi Prisma

Leper Bulat

Page 38: Mpat tahap 3

PENGELASAN

TANAH

JENIS-JENIS

TANAH

Tanah tak jelekit

Tanah Organik

Tanah jelekit

UJIAN

PENGELASAN

TANAH

Tanah Liat-

Kelodak-

Pasir-

Kerikil-

Tanah gambut-

Analisis saiz

zarah tanah

Keplastikan

tanah

-Analisis ayakan

kering

-Had kecutan

-Had plastik

-Had cecair

Page 39: Mpat tahap 3

Tanah jeleket

Terdapat daya kejeleketan antara zarah yang tinggi

Bersifat plastik

Mudah mampat

Basah – melekat antara satu sama lain

Kering – membentuk zarah pepejal yang keras

Hampir tidak boleh telap air

Zarah-zarah halus berbentuk leper

Contoh: tanah liat dan kelodak

Tanah tak jeleket

Tiada jeleketan antara zarah

Terdapat geseran antara zarah

Tidak bersifat plastik

Tidak mudah mampat

Berlaku endapan serta merta apabila dikenakan beban

Boleh telap air

Zarah berbentuk bulat, bersegi atau berprisma

Contoh: pasir dan kerikir

Tanah organic

Ikatan zarah longgar dan rapuh

Berasid dan lembut

Had plastik dan had cecair tinggi

Mudah mampat dengan kebolehmampatan yang tinggi

Menyimpan air dengan kandungan lembapan yang tinggi

Contoh: tanah gambut

Ujian Pengelasan Tanah

Ujian analisis saiz zarah tanah

Ujian keplastikan tanah.

Page 40: Mpat tahap 3

7.3 KEKUATAN TANAH

Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Tanah :

Kandungan udara

Kandungan lembapan

Tekanan air liang

Kandungan bahan organik

Tekanan sekeliling

Kandungan udara

Tanah bersifat peroi dan gembur.

Lompang yang dipenuhi udara.

Kandungan udara banyak

kekuatan zarah tanah lemah.

keupayaan galas rendah

mudah mendap Kandungan lembapan

Lompang dipenuhi air

Tekanan Sekeliling Lembapan

Kandungan

Udara

FAKTOR MEMPENGARUHI

KEKUATAN TANAH

Kandungan Lembapan

Tekanan air Liang

Lembapan

Kandungan Bahan Organik

Page 41: Mpat tahap 3

Kandungan lembapan tanah meningkat.

Kandungan air yang tinggi:

Tanah bersifat lembut

Mempunyai keupayaan galas dan kekuatan tanah rendah.

Contoh: tanah gambut. Tekanan Air Liang

Air yang memenuhi di dalam lompang atau ruang udara akan mewujudkan tekanan hidrostatik pada dinding zarah tanah.

Tekanan air liang meningkat:

Ikatan antara zarah meningkat.

Keupayaan galas tanah kurang.

Kandungan Bahan Organik

Bahan organik yang tinggi dalam tanah akan membentuk lompang.

Lompang dipenuhi air dan udara:

keupayaan galas tanah rendah.

Mudah mampat apabila dikenakan beban ke atasnya.

Tekanan sekeliling

Merupakan tekanan sisi semula jadi.

Tegasan ricih – Apabila tekanan paksi melebihi tekanan sekeliling.

Tegasan ricih kenaan melebihi tegasan ricih tanah akan menyebabkan kegagalan ricih dan melemahkan kekuatan.

Penyiasatan Tanah

Tujuan : - mengenal pasti jenis tanah bagi setiap lapisan

- tanah di bawah asas sesebuah binaan - mengenal pasti kekuatan tanah

- mengenal pasti kelembapannya. PENYIASATAN TANAH

UJIAN SPEEDY UJIAN KETUHAR

PENYIASATAN TANAH

KEUPAYAAN

GALAS TANAH

KANDUNGAN

LEMBAPAN

UJIAN PROBA

MACKINTOSH

Page 42: Mpat tahap 3

Antara kaedah penyiasatan tanah ialah - ujian untuk menentukan keupayaan galas tanah : Ujian Proba Machintosh - ujian untuk menentukan kandungan lembapan tanah : Ujian Speedy dan ujian Ketuhar

7.4 ASAS

Komponen bangunan yang terletak paling bawah

Fungsi utama terima beban dan agih beban ketanah di bawahnya.

Faktor Pemilihan Sesuatu Jenis Asas

keadaan tanah

jenis dan saiz struktur yang akan didirikan

7.5 CERUN

Jenis Cerun

terhingga (cerun pendek)

tak terhingga(cerun Panjang) Mod Kegagalan Cerun

- Mod gelinciran putaran (bagi tanah jelekit) - Mod gelinciran lurus (bagi tanah tak jelekit)

FAKTOR KESTABILAN CERUN

FAKTOR YANG

MEMPENGARUHI

KESTABILAN CERUN

TEKANAN AIR LIANG

KECERUNAN

GEOLOGI

PENYALIRAN

KEJELEKETAN

TANAH BEBAN

Page 43: Mpat tahap 3

KAEDAH MENSTABILKAN CERUN

Kaedah Menstabilkan Cerun

- Tembok penahan - Sistem Perparitan - Tembok Gabion - Penanaman rumput - Sistem Penambat - Membina Teres - Melandaikan cerun - Geosintetik

PEMBINAAN KAEDAH PENSTABILAN CERUN

A) Tembok Penahan

- Tanah yang mengelongsor diangkut keluar - Bersihkan permukaan jalan - Bina tembok dengan menganjakkan ke dalam kaki cerun - Sesuaikan tinggi dan lebarkan tembok / bagi menjamin keselamatan cerun

- Tembok dibina dengan memasang acuan dan tetulang untuk asas yang kukuh (konkrit bertetulang)

- Tuang konkrit dan padatkan - Lubang leleh dibina dengan meletakkan bahan berbutir tergred disekeliling laluan masuk lubang leleh - Tanah ditimbus di belakang tembok mengikut profil cerun - Tanah dipadatkan - Rumput ditanam

Page 44: Mpat tahap 3

PEMBINAAN TEMBOK GABION

- Tanah mengelongsor diangkut keluar - Bersihkan permukaan jalan - Bina tembok dengan menganjakkan kedalam kaki cerun mengikut

rekabentuk tembok - menyusun sangkar jaring biasanya berukuran 1m x 1m x 1m - masukkan batu - susun mengikut kesesuaian tinggi dan lebar yang dikehendaki - menjamin kestabilan cerun - bina asas yang kukuh - tanah ditimbus dibelakang/ikut profil cerun - tanah dipadatkan - rumput ditanam

Page 45: Mpat tahap 3

PROSES PEMBINAAN

JALAN

1. Tinjauan

5. Pembinaan struktur

jalan

2. Ukur Lokasi

3. Pembersihan tapak

dan Kerja Tanah

4. Pemotongan dan

penambakan

PROSES PEMBINAAN JALAN

TOPIK 8 : SISTEM PENGANGKUTAN, KEJURUTERAAN JALAN DAN ISYARAT LALULINTAS

Page 46: Mpat tahap 3

KEROSAKKAN JALAN DAN KAEDAH PENYELENGGARAAN Kaedah penyelenggaraan

KEROSAKAN

JALAN

Perubahan

bentuk

permukaan

Penstoran

semula

Pembinaan semula

permukaan

Kecacatan bucu

dan bahu

Kecacatan

permukaan

Struktur Jalan

Lapisan

turapan

Lopak

Retakan

Pembinaan semula

Page 47: Mpat tahap 3

8.1 PERBANDINGAN JENIS TURAPAN

Turapan Lentur Turapan Tegar

Definisi Turapan yang bersifat elastik iaitu jalan raya boleh melentur apabila menerima beban dari kenderaan dan kembali semula kepada profil asalnya apabila beban kenderaan tidak dikenakan lagi.

Papak konkrit yang tidak akan melentur walaupun dikenakan beban kenderaan.

Ciri Bersifat elastik, kerja penyenggaraan mudah,tidak memerlukan sambungan pengembangan dan kedap air.

Papak konkrit bersifat tegar.Papak konkrit dibina berpetak dan bersambung, kebolehkhidmatan yang panjang, kerja penyenggaraan sukar dan kos penyenggaraan yang tinggi.

Bahan Binaan Bitumen terdiri daripada bahan pengisi (serbuk batu kapur dan simen Portland) ,batu baur dan asfalt/tar.

Konkrit,tetulang dan bahan kedap sambungan.

Penyenggaraan Lopak,retakan,perubahan bentuk permukaan, kecacatan permukaan, kecacatan bahu dan bucu.

Kerosakan bahan kedap sambungan, serpihan, retakan,mendapan kebezaan dan kecacatan permukaan.

8.2 PROSES PEMBINAAN JALAN RAYA Tinjauan - Kerja tinjauan dilakukan sebelum kerja perancangan dan rekabentuk dimulakan. - Kerja meja dijalankan seperti mengumpul maklumat.

Ukur Lokasi - Menentukan kedudukan garis tengah cadangan jalan. - Ukur aras dibuat sepanjang garis tengah jalan. - Mengenalpasti dan mendapatkan maklumat. - Mempertimbangkan beberapa alternatif lokasi lain jika melibatkan pembinaan jalan yang

besar.

Pembersihan Tapak Dan Kerja Tanah - Pembersihan Tapak melibatkan kerja membuang rumput rampai,menebang

pokok,menugal tunggul kayu dan membuang akar kayu sehingga 1 m di bawah subgred. - Kerja Tanah melibatkan kerja pengorekan, pemunggahan, pelonggokan, perebakan,

pemadatan dan pemarasan.

Operasi Pemotongan Dan Penambakan - Kerja pemotongan tanah dilakukan jika aras formasi jalan lebih rendah daripada tanah asal. - Kerja penambakan tanah dilakukan jika aras formasi jalan lebih tinggi daripada tanah asal.

Page 48: Mpat tahap 3

Pembinaan struktur jalan

Lapisan Subgred - Fungsi lapisan subged adalah menerima beban daripada lapisan subtapak dan

mengagihkan beban ke tanah. - Subgred merupakan lapisan yang terletak di bawah aras formasi jalan. - Lapisan subgred dikamberkan.

Lapisan Subtapak - Fungsi lapisan subtapak adalah menerima beban daripada lapisan tapak dan mengagihkan beban ke lapisan subgred. - Meratakan beberapa lapisan bahan laterit dan pasir di atas lapisan subgred. - Setiap lapisan tidak melebihi 150 mm dan dipadatkan dengan jentera penggelek. - Lapisan subtapak dikamberkan.

Lapisan Tapak

- Fungsi lapisan tapak adalah menerima beban daripada lapisan turapan dan mengagihkan beban ke lapisan subtapak.

- Pembinaan lapisan tapak dibuat dengan menggunakan batu kerikil.

Lapisan Pengikat - Fungsi lapisan pengikat adalah menerima beban daripada lapisan haus dan

mengagihkan beban ke lapisan tapak. - Langkah pembinaan lapisan pengikat: Sembur salut perdana pada lapisan tapak. Biarkan selama 24 jam. Sembur salut jelujur. Turap dan padatkan pracampuran dengan suhu antara 1100hingga 1350C. Kamberkan lapisan pengikat.

Lapisan Haus - Fungsi lapisan haus adalah menerima beban daripada beban kenderaan dan

mengagihkan beban ke lapisan pengikat. - Langkah pembinaan lapisan haus: Sembur salut jelujur di atas lapisan pengikat. Turap dan padatkan pracampuran dengan suhu antara 1100C hingga 1350C. Kamberkan lapisan haus.

Page 49: Mpat tahap 3

8.3 KEROSAKAN JALAN DAN KAEDAH PENYENGGARAAN

Kaedah Penstoran Semula

8.5 PERABOT JALAN

Perabot jalan terdiri daripada: Tanda lalulintas Tanda jalan Kelengkapan keselamatan

Tanda Lalulintas - Tanda Peraturan terbahagi kepada dua iaitu:

Tanda Mandatori (contohnya: tanda berhenti, jalan sehala,ikut kiri) Tanda Larangan (contohnya: larangan berhenti,larangan memotong dan

kenderaan dilarang masuk)

Page 50: Mpat tahap 3

- Contoh Tanda Amaran ialah tanda berhati-hati,selekoh tajam,kawasan persimpangan dan kawasan tanah runtuh.

- Contoh Tanda Makluman ialah tanda hospital,telefon awam,stesen minyak dan tempat meletak kenderaan.

Tanda Jalan

Tanda pada permukaan jalan (contohnya: tanda garisan tepi jalan,garisan tengah jalan,garisan larangan memotong dan garisan larangan berhenti.

Tanda pada objek jalan (contohnya: bebendul,pembahagi jalan dan bonggol) Kelengkapan Keselamatan - Contoh kelengkapan keselamatan ialah rel adang,penghalang laga,penyahlelurus,jalur

derum dan mata kucing. Kemudahan Jalan - Antara contoh kemudahan jalan ialah kawasan Rehat & Rawat (R & R), telefon

kecemasan dan lampu jalan.

8.6 ISYARAT LALULINTAS

Tujuan Pemasangan Lampu Isyarat:

Menambah keupayaan laluan dipersimpangan

Memberi keyakinan pemandu

Memberi arahan di persimpangan

Mengurangkan konflik perjalanan

Menyediakan masa laluan mengikut kesesakan lalu lintas. Langkah-langkah penentuan masa kitar optimum, Co:

1. Dapatkan jumlah aliran sebenar,q bagi setiap persimpangan 2. Dapatkan aliran tepu,S

3. Dapatkan kadar aliran berbanding aliran tepu iaitu

4. Dapatkan nilai ymaks iaitu nilai yang terbesar bagi setiap fasa 5. Dapatkan nilai Y iaitu jumlah ymaks bagi setiap fasa

6. Dapatkan masa kitar optimum, CO

Masa kitar optimum, CO boleh diterima sekiranya berada antara 45 saat hingga 120 saat.

Co = 1.5L + 5

1 - Y

Page 51: Mpat tahap 3

Contoh kiraan penentuan masa kitar optimum, Co:

Sebuah persimpangan lampu isyarat mempunyai aliran lalu lintas (pcu/hr) dan Lebar jalan masuk seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Jadual 1 di bawah.

Berdasarkan maklumat pada Jadual 1:

(a) Calculate: Hitung:

(i) Aliran tepu, (s)

(ii) Kadar penggunaan persimpangan ,(y)

(iii) Masa kitar optimum, (Co) jika masa hilang ialah 8 saat.

Utara

Selatan

Timur

Barat

Lebar Jalan Masuk(m)

(W)

7.0 7.0 7.5 7.5

Jumlah Aliran

Lalulintas (q)

1300 1050 1250 1000

Rajah1 jadual 1

Jadual

1

Page 52: Mpat tahap 3

a)

(b) Nyatakan sama ada masa kitar optimum itu boleh diterima atau tidak. Berikan alasan anda.

- Masa kitar optimum, CO diterima kerana berada di antara 45 saat dan 120 saat.

Fasa A Fasa B

N S W E

Lebar jalan masuk(m) 7.0 7.0 7.5 7.5

Jumlah aliran sebenar ,q 1300 1050 1250 1000

(i) S = 525W

3675 3675 3937.5 3937.5

(ii) y = q/s

0.35 0.29 0.32 0.25

y max

0.35 0.32

(iii) Y = y mak Fasa A + y mak Fasa B = 0.35 + 0.32 = 0.67

C0 = 1.5(L) + 5 1 - Y

= 1.5 (8) + 5 1 - 0.67 = 51.51 s

Page 53: Mpat tahap 3

jjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjkkkkkkkkkkkkkkkjjjd

Utara

TOPIK 9 : SUMBER DAN BEKALAN AIR

Proses penyingkiran bendasing makro seperti kayu,

sampah sarap dan sebagainya.

Meningkat kandungan oksigen terlarut, rasa segar,

kurangkan bau hidrogen sulfida, mengoksida bahan

larut besi dan mangan kepada oksida besi dan mangan

tidak larut dalam air.

Mencampurkannbahan kimia (aluminium sulfat @ alum) ke dalam air mentah

Pengentalan

Tindakbalas

kimia yang

menjadikan

partikel halus

menarik antara

satu sama lain

untuk

membentuk

bukuan

Penggumpalan

Penyatuan bahan berbuku yang lebih

besar dan berat supaya memudahkan

proses pengenapan.

PENAPISAN

Mengurangkan pepejal terampai dalam air.

Menyingkir bahan terampai yang tidak

terenap semasa proses pengenapan.

PEMBASMIAN KUMAN

PEMFLORIDAAN

PENYESUAIAN pH

Proses memasukkan klorin ke dalam air untuk

membunuh kuman

Proses memasukkan florida ke dalam air untuk mencegah

kerosakan gigi

Page 54: Mpat tahap 3
Page 55: Mpat tahap 3

9.1 PENGENALAN

- Kitaran hidrologi ditakrifkan sebagai proses kitaran air yang berlaku dari permukaan bumi (iaitu tanah, laut, tasik dan sungai) ke atmosfera dan kembali semula ke bumi.

- Kitaran ini terjadi daripada proses semula jadi, - Air adalah bahan utama yang diperlukan oleh setiap kehidupan. Bumi dilitupi oleh

hampir 75% air, manakala badan manusia mengandungi 70% air. Sebagai bahan yang sangat bernilai, ianya perlu dilindungi dari sebarang pencemaran.

9.2 OLAHAN AIR

- Air mentah di ambil dan diolah terlebih dahulu sebelum dibekalkan kepada pengguna.

Proses olahan air Penyaringan : Proses penyingkiran benda-benda asing makro seperti kayu, sampah sarap

dan lain-lain Penyingkiran Kersik : Proses penyingkiran bahan-bahan halus seperti pasir, batu-batu halus dan

lain-lain. Pengudaraan : Proses penambahan kandungan oksigen dalam air, penyingkiran ion-ion besi

dan mangan, menambah kesegaran air. Pembauran Kimia : Proses mencampurkan bahan kimia (aluminium sulfat) ke dalam air mentah. Pengentalan dan Penggumpalan :

Pengentalan - Tindakbalas kimia yang menjadikan partikel halus menarik antara satu sama lain untuk membentuk bukuan. Penggumpalan – Bukuan bercantum membentuk bukuan yang lebih besar dan berat untuk memudahkan proses pengenapan

Pengenapan : Proses pengenapan bahan-bahan terampai yang bergumpal dalam tangki

pengenapan. Penapisan : Proses memerangkap bahan-bahan terampai yang tidak mengenap semasa

pengenapan. Pembasmian Kuman : Proses memasukkan klorin ke dalam air untuk membunuh kuman. Pemfloridaan : Proses memasukkan florida (sodium silicon florida) ke dalam air untuk

mencegah kerosakan gigi. Penyesuaiaan pH : Proses menstabilkan pH air supaya dalam keadaan neutral.

Page 56: Mpat tahap 3

9.3 PENGAGIHAN AIR Kaedah agihan air

Page 57: Mpat tahap 3

Pros

es

men

stabi

Penyimpanan Air

- Tangki Simpanan - Air disimpan di loji olahan sebaik saja diolah - Tangki Pengimbang - Air dari tangki simpanan disimpan

sebelum dihantar ke satu atau beberapa tangki perkhidmatan

- Tangki Perkhidmatan - Air dari tangki pengimbang disimpan sebelum diagihkan kepada pengguna

Sistem Perpaipan

- Sistem Hujung Mati Paip Utama

Paip Cawangan Paip Cabang

- Sistem Grid paip cawangan paip utama Paip Cabang

- Sistem Berjejarian

Page 58: Mpat tahap 3

- Air diagihkan kepada pengguna melalui sistem perpaipan. Sistem perpaipan yang

digunakan bergantung kepada susun atur kawasan dan kedudukan pengguna.

Sistem perpaipan yang digunakan - Sistem Hujung Mati - Sistem grid - Sistem berjejarian -

Faktor Kehilangan Turus(tenaga) Dalam Paip

- Perbezaan saiz paip - Pertukaran arah paip - Kesan geseran dalam paip - Perbezaan aras paip

9.4 KOMPONEN PAIP UTAMA Selain dari paip utama, ada beberapa komponen paip yang perlu dipasang untuk beberapa tujuan.

- Injap Berhenti - untuk memberhentikan aliran didalam paip.

- Pili Bomba - untuk mendapatkan air bagi memadam kebakaran

- Injap Pelepas udara - melepaskan udara yang terperangkap di dalam paip

9.5 ALIRAN BENDALIR Aliran air dalam paip akan mengalami keadaan aliran lamina, aliran gelora dan aliran peralihan bergantung kepada halaju aliran, kelikatan, ketumpatan bendalir dan garis pusat paip.

Kadar alir ialah isipadu air yang mengalir melepasi sesuatu titik bagi satu unit masa yang ditentukan.

Q = A x v di mana Q = kadar alir, m3/s A = Luas keratan aliran, m2 V = halaju aliran,m/s

Page 59: Mpat tahap 3

Fungsi

TOPIK 10 : SISTEM PEMBERSIHAN

Duduk SISTEM

PEMBERSIH

AN

PAIP LEKAPAN

Satu Paip -Paip tumpu najis dan air sisa -Paip bolong

Paip Tumpu -Paip tumpu najis dan air sisa tunggal

Dua Paip -Paip tumpu najis -Paip tumpu air sisa

LEKAPAN SANITARI

Najis

Air Sisa

Tandas

Urinal

Papak

Kandang

Mangkuk

Dulang Pancuran Sinki Besen Basuh

Tab Mandi - Magna - Sitz - Penjuru

PAIP SALIR

Sistem Paip Salir

-Berasingan - Gabungan -Berasingan Separa

Prinsip

Pemasang

anan

Ujian Paip Salir --Mutu -Kedap Air -Kecerunan -Kelurusan -Pengalihudaraan -Penyokongan

--Kedapan -Kelurusan- Cermin dan cahaya -Kerataan Sambungan- Ujian bebola

--Ujian Air -Ujian Asap -Ujian Tekanan (udara)

LURANG DAN KEBUK PEMERIKSA

AN Tempat

Pemasanganan

-Perubahan arah paip -Persimpangan -Perubahan Cerun -Perubahan Saiz paip -Paip terllu panjang

Page 60: Mpat tahap 3

--Menguji -Memudahkan kerja Pemeriksaan -Membersih - Mengambil sampel air -- )

SISTEM

PEMBERSIHAN

PEMBENTUNG AWAM

Kaedah Berasingan - Pembentung

najis - Pembentung

air sisa

Kaedah Bergabung - Pembentung najis dan

air sisa bersekali

RAWATAN KUMBAHAN

Loji rawatan

kumbahan

Pembentung Awam

Tangki Septik

Page 61: Mpat tahap 3

10.1 PENGENALAN - Sistem pembersihan merupakan satu sistem yang menyalirkan kumbahan daripada

bangunan ke loji rawatan kumbahan.

10.2 SISTEM PEMBETUNGAN NAJIS DAN AIR SISA

LEKAPAN SANITARI - Ianya terbahagi kepada lekapan najis dan lekapan air sisa. - Lekapan najis terdiri dari tandas dan urinal - Lekapan air sisa terdiri daripada dulang pancuran, tab mandi, sinki dan besen basuh

PAIP LEKAPAN - Dari lekapan sanitari najis dan air sisa disalirkan ke paip lekapan. Paip lekapan terdiri

daripada. 1. Sistem dua paip 2. Sistem satu paip 3. Sistem paip tumpu.

Sistem Dua Paip - Gunakan dua paip iaitu satu paip tumpu najis dan satu paip tumpu air sisa. - Paip tumpu najis menyalirkan najis dan air sisa dari mangkuk tandas dan urinal. - Paip tumpu air sisa menyalirkan air sisa dari dulang pancuran, besen basuh dan tab

mandi. Sistem Satu Paip - Menggunakan satu paip untuk menyalirkan najis dan air sisa - Paip tumpu bolong perlu dipasang untuk melepaskan sebarang udara termampat. - Ianya lebih ekonomi dan mudah dipasang berbanding sistem dua paip. Sistem Paip Tumpu - Menggunakan satu paip untuk menyalirkan najis dan air sisa - Tidak menggunakan paip bolong kerana paip tumpu berfungsi sebagai paip bolong. - Sesuai untuk bangunan bertingkat - Ianya paling ekonomi berbanding sistem dua paip dan sistem satu paip. PAIP SALIR - Najis dan air sisa dari paip lekapan disalirkan ke paip salir di bawah tanah. Paip salir

terdiri daripada 1. Sistem berasingan 2. Sistem gabungan. 3. Sistem berasingan separa

Sistem Berasingan - Ia menggunakan dua paip salir untuk menyalirkan najis, air sisa dan air permukaan

ke pembetung. - Diameter paip biasanya kecil - Satu paip menyalirkan najis dan air sisa ke loji rawatan manakala satu lagi paip

menyalirkan air permukaan ke sungai atau laut. - Kelebihan sistem ini ialah kuantiti kumbahan akan kekal walau pun pada musim

hujan kerana ia dialirkan secara berasingan. - Kekurangannya ialah kerja pembinaan dan pemasangannya lebih mahal.

Page 62: Mpat tahap 3

Sistem Gabungan - Merupakan satu paip salir sahaja. - Diameter paip perlu lebih besar - Pembinaannya lebih murah kerana satu paip sahaja. - Kekurangannya ialah loji rawatan akan bermasalah pada musim hujan kerana

menerima limpahan air permukaan bercampur kumbahan yang tinggi.

Sistem Berasingan Separa - Menggunakan dua paip salir iaitu untuk menyalirkan najis dan air sisa dan air

permukaan. - Keunikannya ialah paip salir air permukaan yang hampir dengan paip salir najis dan

air sisa akan disambungkan bersama. - Ia menggunakan paip salir yang lebih pendek dari sistem berasingan. - Lebih ekonomi berbanding sistem berasingan.

Prinsip Pemasangan Paip Salir

Mutu - Kuat dan tahan lasak. - Mengikut piawai, peraturan dan undang-undang - Dipasang pada kedalaman secukupnya untuk menghalang paip salir dari mengalami

kerosakan - Paip besi tuang lebih sesuai dari paip tanah liat untuk pembinaan di bawah jalan. - Kaedah penyambungan paip hendaklah dilakukan dengan sempurna.

Kedap Air - Paip salir yang kedap air menentukan tahap kualiti pemasangan paip salir yang baik. - Kedap air bererti air dari luar tidak dapat masuk ke dalam paip salir dan najis dan air

sisa pula tidak boleh keluar.

Kecerunan - Kecerunan hendaklah mengikut piawai. - Kecerunan hendaklah memastikan kumbahan tidak mengenap ke dasar paip salir

sehingga menyebabkan ia tersekat dan tersumbat. - Jika cerun terlalu landai, kumbahan akan dialirkan dengan perlahan. - Jika cerun terlalu curam, paip salir akan terhakis kerana kelajuan kumbahan.

Kelurusan - Jika paip dipasang lurus, penyaliran kumbahan akan lebih berkesan. - Liku hendaklah dikurangkan dan dilakukan pada keadaan tertentu sahaja. - Pemasangan paip secara lurus mengurangkan kerja senggaraan.

Pengalihudaraan - Pengalihudaraan diperlukan supaya sebarang gas yang terhasil tidak terkumpul. - Gas yang terkumpul akan menyebabkan tekanan udara naik turun. - Pengalihudaraan akan berlaku dengan cara memasang paip tumpu bolong secara

bersambung kepada hujung paip lekapan najis dan air sisa. - Hujung paip tumpu bolong hendaklah dipasang di tempat yang tinggi dan terbuka. - Kepala paip bolong hendaklah setinggi 900 mm di atas sebarang tingkap atau lubang

udara bangunan. - Ia juga hendaklah 3 m dari cucur atap bangunan, tingkap atau lubang udara

bangunan.

Page 63: Mpat tahap 3

Penyokongan - Paip salir disokong oleh tanah yang berada di bawah paip. - Tanah itu perlu kuat atau diperkukuh dengan menganti dengan bahan yang kuat. - Jenis penyokongan paip salir bergantung kepada keadaan tanah dan kekuatan paip

salir.

Jenis Ujian Paip salir - Ujian paip salir perlu dijalankan untuk memastikan sambungan tidak bocor dan

permukaan di dalam paip berkeadaan lurus dan rata. a. Ujian Kedapan - Ujian kedapan terbahagi kepada tiga iaitu ujian air, ujian asap dan ujian tekanan

(i) Ujian air - Bertujuan untuk menguji kebocoran ke atas paip salir .

(ii) Ujian asap - Bertujuan untuk mengesan kebocoran dalam paip salir.

. (iii) Ujian Tekanan (Udara)

- Bertujuan untuk menguji kebocoran ke atas paip salir.

b. Ujian Kelurusan - Ujian ini juga dinamai ujian cermin dan cahaya. - Paip salir dikatakan lurus jika imej yang disuluh berbentuk penuh.

c. Ujian Kerataan Sambungan (Ujian Bebola)

- Bertujuan menguji kerataan pada sambungan paip salir

Page 64: Mpat tahap 3

LURANG DAN KEBUK PEMERIKSAAN - Ruang atau lubang yang dibina pada bahagian tertentu di atas paip salir atau

pembetung - Saiz kebuk pemeriksaan lebih kecil dari lurang - Kedalaman kebuk pemeriksaan adalah kurang dari 1 m - Kedalaman lurang lebih dari 1 m. - Fungsi lurang dan kebuk pemeriksaan ialah memudahkan kerja memeriksa, menguji,

membersih dan mengambil sampel air. - Lurang dibina menggunakan bata, konkrit pratuang atau plastik. - Tempat pemasangan lurang dan kebuk pemeriksaan ialah pada perubahan arah

paip salir,persimpangan, perubahan cerun, perubahan saiz paip dan paip salir terlalu panjang.

PEMBETUNG AWAM - Ianya dibina bagi menyalirkan kumbahan ke loji rawatan. - Terdapat dua jenis kaedah pembetung awam iaitu kaedah berasingan dan kaedah

bergabung

Kaedah Berasingan - Kaedah ini menggunakan dua pembetung untuk menyalirkan kumbahan dan air

permukaan - Satu pembetung akan menyalirkan najis dan air sisa ke loji rawatan manakala satu

lagi menyalirkan air permukaan ke sungai atau laut.

Kaedah Bergabung - Menggunakan satu pembetung tunggal - Najis dan air sisa serta air permukaan akan di alirkan ke loji rawatan. - Diameter paip adalah lebih besar. - Tidak sesuai untuk kawasan taburan hujan yang tinggi

10.3 KAEDAH RAWATAN KUMBAHAN

TANGKI SEPTIK - Merupakan satu struktur yang dibina dalam tanah. - Biasanya digunakan untuk rumah kediaman persendirian. - Ia boleh dibina untuk sebuah rumah atau untuk beberapa buah rumah. - Mempunyai satu, dua atau tiga kebuk. - Pepejal kumbahan akan mendap ke bawah dan mengalami proses penguraian

anaerob. - Terdapat tiga lapisan di dalam tangki septik.

Lapisan Kekam - Mengandungi sisa seperti buih sabun, minyak masak, gris dan bahan-bahan lain

yang tidak tengelam. - Ia menjadi tempat pembiakan bakteria anaerob, oleh itu ia perlu dikekalkan.

Lapisan Tengah (zon tengah) - Ia mengandungi pepejal terampai dan bakteria yang akan diuraikan oleh tindakan

bakteria - Ia perlu mempunyai masa tahanan yang mencukupi supaya semua bahan dapat

diuraikan.

Page 65: Mpat tahap 3

Lapisan Enap Cemar - Ianya terletak di bahagian bawah tangki. - Lapisan ini lama kelamaan akan menebal dan perlu dikeluarkan ke tapak

penyerapan.

LOJI RAWATAN KUMBAHAN

Kolam Penstabilan Sisa - Ia merupakan beberapa kolam yang cetek dan direka bentuk untuk merawat

kumbahan domestik. - Kedalaman dari permukaan 0.5 m hingga 1.0 m adalah proses aerob. - Kedalaman 1.0 m hingga 2.0 m adalah proses fakultatif - Kedalaman 2.0 m hingga 4.0 m adalah proses anaerob - Ia memerlukan kawasan yang luas bagi memudahkan oksigen larut ke dalam air. - Masa yang diambil dari titik masuk hingga ke titik keluar ialah antara 10 hingga 50

hari. - Kecekapan rawatan mencapai sehingga 90% - Mudah diselenggara dan tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi.

Lagun Berudara - Merawat kumbahan dengan kolam yang mempunyai luas permukaan yang kecil

berbanding kolam penstabilan sisa. - Ianya lebih dalam iaitu 3 m hingga 5 m. - Pengudaraan dilakukan dengan dua cara iaitu kaedah kocakan permukaan dan

peresap udara di dasar lagun. - Tujuannya ialah untuk mengampaikan pepejal yang mengandungi bakteria. - Tujuan lain ialah untuk melarut dan menguraikan bahan organik. - Memerlukan kawasan tanah/operasi yang kecil - Masa tahanan yang pendek iaitu antara 2 hingga 6 hari.

Enap Cemar Teraktif - Satu kaedah rawatan kumbahan aerob. - Ianya lebih cekap kerana enap cemar yang dihasilkan dikitar semula. - Dua cara digunakan iaitu menggunakan pengocak pada permukaan tangki dan

menggunakan presap udara pada bahagian bawah. - Masa tahanannya pendek iaitu 8 hingga 12 jam. - Tidak memerlukan kawasan yang luas

Turas Cucur - Satu kaedah rawatan kumbahan aerob. - Kumbahan disiram di lapisan atas penuras dan mengalir ke bawah melalui celah-

celah media penuras. - Sesuai untuk merawat kumbahan domestik - Memerlukan kawasan pembinaan yang kecil - Sesuai dibina di kawasan bandar. - Kecekapan turas cucur ialah antara 50% hingga 90%

Penyentuh Biologi Berputar - Ia menggunakan bakteria aerob dan fakultatif - Bakteria atau mikrob membiak di atas cakera yang berputar dengan 40% daripada

bahagiannya tenggelam di dalam kumbahan. - Kelajuan putaran boleh diubah mengikut kesesuaian tahap rawatan.

Page 66: Mpat tahap 3

- Masa tahanan adalah antara 3 hingga 6 jam. - Kecekapan operasinya adalah 95%. - Tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap.

Di tawarkan kepada semua kontraktor

Kepada kontraktor berada dalam kelas kelayakkan

yang tawaran

Klien memilih kontraktor untuk menyertai tawaran

Pemilihan berdasarkan rundingan terus

Tender dikeluarkan untuk projek yang

komplek

TOPIK 11 : ATUR CARA KONTRAK DAN TAKSIRAN

-Proses Fakultatif -Proses Anaerob

TENDER TERPILIH

TENDER

PERUNDINGAN

TENDER PRA

KELAYAKAN

TENDER TERHAD

TENDER TERBUKA

Page 67: Mpat tahap 3

7.1 TENDER

Tender terbahagi kepada lima:

i. Tender terbuka: - Ditawarkan kepada semua kontraktor yang layak. - Kontraktor yang menawarkan harga berpatutan akan dipilih. - Memberi peluang kepada kontraktor yang baru. - Proses penyediaan tawaran mengambil masa lama. - Sesuai untuk kos pembinaan yang rendah atau sederhana - Proses pemilihan kontraktor sukar .

ii. Tender Terhad

- Hanya kontraktor yang berada dalam kelas kelayakan dalam tender sahaja berdasarkan

iklan tawaran. - Memberi peluang penyertaan mengikut kelas tertentu: - Kontraktor dari kelas lain tidak diberi peluang memasuki tawaran. - Persaingan mendapatkan tender lebih adil - Klien boleh mendapatkan hasil kerja yang berkualiti - Kurang persaingan

iii. Tender Terpilih.

- Kontraktor terpilih biasanya mempunyai kepakaran dan pengalaman. - Klien lebih yakin mendapat hasil kerja yang berkualiti. - Tender adalah terhad. - Jumlah yang menyertai tender lebih kecil

- Proses pemilihan cepat - Sesuai untuk mendapatkan kontraktor yang pakar dalam bidang khusus. - Bilangan tender yang dipelawa adalah terhad - Kontraktor yang tiada pengalaman tidak mendapat peluang memasuki tender. - Kemungkinan harga tender tinggi.

iv. Tender Perundingan.

- Pemilihan kontraktor berdasarkan rundingan terus. - Kontraktor yang mempunyai pengalaman dan kemahiran tertentu sahaja yang

menyertai tender. - Menutup peluang kontraktor lain yang tidak dipelawa menyertai tender - Proses tender lebin mudah dan cepat. - Pertandingan tender sangat terhad. - Harga tender berkemungkinan lebih tinggi.

Page 68: Mpat tahap 3

v. Tender Prakelayakan

- Biasanya tawaran dikeluarkan untuk projek binaan yang komplek dan

memerlukan kepakaran - Memerlukan proses saringan pada peringkat prakelayakan. - Proses pemilihan panjang. - Klien memperolehi kontraktor berpengalaman, keupayaan dan rekod baik. - Harga tender yang diterima mungkin tinggi.

Dokumen Tender Sebuah dokumen yang mengandungi beberapa perkara:-

- Borang Kontrak - Borang Penerimaan Tawaran - Spesifikasi Piawaian Kerja - Senarai Kuantiti. - Lukisan Kerja - Jadual Kadar Kerja - Surat Setuju Terima Proses Tender

- Merupakan tatacara tawaran dijalankan dari awal hingga akhir.

i. Iklan Tender - Kenyataan yang dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor. - Dipamerkan dalam media cetak atau elektronik. . ii. Jemputan Tender - Proses membaca iklan di media cetak dan elektronik. - Mengambil dan melengkapkan dokumen tawaran - Dokumen yang lengkap dimasukkan ke dalam peti tawaran.

iii. Pemilihan Tender - Jawatankuasa Pembuka Tawaran (JPT) akan bersidang untuk membuka

tawaran. - JPT tersebut mengandungi sekurang-kurang dua orang. - Tawaran akan disenaraikan dari harga tertinggi kepada harga paling rendah. - Senarai penyertaan diserah kepada Panel Penilai Tawaran (PPT). - PPT akan bertanggungjawab menilai, menyemak dan menganalisis - Menyediakan laporan dan memberi cadangan kontraktor yang layak. .

Page 69: Mpat tahap 3

Penilaian ke atas tawaran dijalankan dalam 2 peringkat.

a. Penilaian Peringkat Pertama. - Kesempurnaan Tawaran. - Kedudukan Kewangan yang memuaskan. - Prestasi kerja semasa yang memuaskan.

b. Penilaian Peringkat Kedua. Setelah lulus peringkat pertama, kriteria berikut digunakan untuk menentukan tawaran yang paling layak.

- Harga tawaran. - Pengalaman. - Prestasi Kerja Semasa. - Kakitangan Teknikal - Loji, Kuari dan Kilang.

c. Penerimaan Tawaran:- - Kontraktor yang layak akan dianugerahkan tawaran. - Surat penerimaan akan dikeluarkan. - Kontraktor perlu menyerah surat setuju terima dalam masa yang ditetapkan - Perjanjian atau Kontrak ditandatangani .

d. Sebab-sebab Tawaran Ditolak/Gagal - Kontraktor mengemukakan harga tawaran yang terlalu tinggi. - Kontraktor mengemukakan harga tawaran yang terlalu rendah. - Kontraktor masih dalam menyiapkan projek lain. - Kontraktor mempunyai rekod kerja yang tidak memuaskan. - Kontraktor tidak mematuhi syarat tawaran.

Page 70: Mpat tahap 3

SOALAN

Page 71: Mpat tahap 3

SOALAN PENGGUNAAN PENGETAHUAN

SOALAN 1

Rajah 1 menunjukkan sebahagian ruang lantai sebuah rumah mengalami kerosakan

selepas 6 bulan diduduki. Lantai tersebut dibina daripada konkrit padu bertetulang.

Kerosakan yang dialami menampakkan tetulang jejaring lantainya.

`

Rajah 1

Terangkan punca kerosakan lantai te3rsebut itu daripada aspek :

a) Bahan binaan

b) Kaedah penyediaan

c) Kuring

TOPIK 4 : BAHAN BINAAN

Page 72: Mpat tahap 3

SOALAN PENGGUNAAN PENGETAHUAN

SOALAN 2

Rajah 1 menunjukkan cerun runtuh yang berlaku berhampiran sebatang jalan raya

selepas hujan lebat. Tembok Penahan telah dicadangkan untuk dibina bagi

menstabilkan

cerun di sebatang jalan raya berhampiran

a) Huraikan faktor yang menyebabkan cerun itu runtuh. b) Nyatakan kesesuaian Tembok Penahan dipilih

c) Terangkan langkah-langkah pembinaan tembok Penahan tersebut.

TOPIK 4 : BAHAN BINAAN

TOPIK 7 :

GEO

TEK

NIK

Page 73: Mpat tahap 3

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH

1. Rajah 1 menunjukkan sebatang jalan raya turapan lentur yang mengalami kerosakan disebabkan faktor cuaca dan beban trafik.

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1:

(a) (i) Cadangkan kaedah yang sesuai untuk penyelenggaraan jalan itu.

(ii) Huraikan langkah-langkah penyelenggaraan yang dicadangkan. [ 12 markah ]

(b) Terangkan kaedah untuk mengatasi masalah air bertakung dari aspek saliran permukaan

[ 6 marks ]

TOPIK 8 : SISTEM PENGANGKUTAN, KEJURUTERAAN JALAN DAN ISYARAT

LALULINTAS

Page 74: Mpat tahap 3

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH 2 Rajah 2 menunjukkan sebahagian jalan turapan lentur yang mengalami kerosakan

lapisan turapan disebabkan oleh factor cuaca, kualiti pembinaan dan beban kenderaan.

Hasil siasatan didapati struktur asas jalan masih dalam keadaan baik.

Rajah 2

Berdasarkan Rajah 2, (a) Cadangkan kaedah untuk membaiki kerosakan tersebut.

[ 1 markah ] (b) Huraikan langkah-langkah untuk membaikinya.

[ 13 markah ]

(c) Terangkan pembinaan untuk mengatasi masalah air larian permukaan yang bertakung di atas permukaan jalan.

[ 6 markah ]

Page 75: Mpat tahap 3

SOALAN JUSTIFIKASI

3. Rajah 3 menunjukkan cadangan dua laluan bagi pembinaan jalanraya,iaitu laluan P

dan laluan Q, yang akan menghubungkan pekan A dengan pekan B .

100

105

110

Laluan Q 115

Laluan P

RAJAH 3

(a) Tentukan kesesuaian setiap cadangan laluan pada rajah 6. Berikan alasan anda

[13 markah]

(b) Tentukan kesesuaian setiap jenis turapan yang digunakan. Berikan alasan anda.

[7 markah]

Pekan A

Page 76: Mpat tahap 3

TOPIK 9 : SUMBER DAN BEKALAN AIR

SOALAN JUSTIFIKASI 1. Rajah 1 menunjukkan pelan tapak cadangan sebuah kawasan perumahan. X dan Y

adalah lokasi cadangan untuk tangki perkhidmatan.Loji olahan air berdekatan dengan lokasi Y.

Rajah 1

(a) Tentukan kesesuaian setiap lokasi dan kaedah agihan sesuai dengan cadangan pembinaan tangki perkhidmatan bagi kawasan perumahan itu. Berikan alasan anda

[14 markah]

(b) Tentukan sistem perpaipan yang sesuai bagi taman itu Berikan alasan anda

[6 markah]

Page 77: Mpat tahap 3

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH 2.. Rajah 2 menunjukkan satu sistem perpaipan agihan air di sebuah penempatan

pinggir bandar. Semasa kebakaran berlaku di rumah A, tekanan air tidak dapat ditingkatkan untuk memadamkan kebakaran dengan berkesan.

Rajah 2

Berdasarkan Rajah 2,

a) Namakan sistem perpaipan yang sedia ada dan nyatakan kelemahan sistem tersebut.

[ 4 marks ]

b) Cadangkan satu sistem perpaipan agihan air yang lebih berkesan. Berikan justifikasi pada cadangan anda. Gunakan lakaran untuk membantu jawapan anda.

[ 12 marks ] c) Namakan dua jenis injap yang digunakan dan nyatakan fungsinya.

[ 4 marks ]

Main Pipe

Paip Utama

Branch Pipe

Paip Cabang

Arah aliran air

Pekan B

House

A

Rumah

A

Page 78: Mpat tahap 3

TOPIK 10 : SISTEM PEMBERSIHAN

SOALAN JUSTIFIKASI

Soalan 1

Rajah 1 menunjukkan satu kawasan perumahan rumah banglo seluas 5 hektar.

a. Tentukan kesesuaian kaedah rawatan kumbahan yang sesuai bagi taman itu samada Tangki Septik atau Pembetung Awam. [ 15 markah ] b. Nyatakan tempat pemasangan lurang dan kebuk pemeriksaan? [ 5 markah ]

Page 79: Mpat tahap 3

SOALAN PENGGUNAAN PENGETAHUAN

2. Rajah 2 menunjukkan lakaran empat buah rumah satu tingkat dalam pembinaan. Empat buah rumah itu akan berkongsi tangki septik berkumpulan. Kedudukan paip salir, luarng dan kebuk pemeriksaan telah dikenal pasti.

Rajah 2

Sistem saliran kawasan rumah itu perlu direka bentuk supaya tahan lama dan dapat mengelakkan paip tersumbat dan pecah.

(a) Terangkan:

(i) Faktor utama reka letak pemasangan paip salir daripada aspek kecerunan

dan kelurusan.

(ii) Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan paip salir berdasarkan mutu dan bahan.

(iii) Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam kerja pemasangan paip salir daripada aspek penyokongan, kedap air dan pengalihudaraan

(b) Mengapa lurang diperlukan di A, B, C dan D.

[ 20 markah ]

Page 80: Mpat tahap 3

SOALAN PENGGUNAAN PENGETAHUAN

3. Rajah 3 menunjukkan sebahagian paip salir antara Lurang A dan Lurang B

berdiameter 100 mm mempunyai kecerunan paip salir 1:180. Kawasan tanah di C telah berbau busuk dan paip salir di antara Lurang A dan Lurang B didapati telah patah.

a. Nyatakan kemungkinan sebab paip itu patah .

( 4 markah ) b. Huraikan bagaimanakah cara untuk membaiki paip yang patah itu .

( 16 markah )

C Lurang A Fe

ed

er

Pi

pe

Pa

ip

Ca

wa

ng

an

Page 81: Mpat tahap 3

SOALAN PENYELESAIAN MASAALAH 4. Rajah 5 menunjukkan satu sistem perpaipan agihan air di sebuah penempatan

pinggir bandar. Semasa kebakaran berlaku di rumah A, tekanan air tidak dapat ditingkatkan untuk memadamkan kebakaran dengan berkesan.

Figure 5

Rajah 5

(a) Namakan sistem perpaipan agihan air yang sedia ada dan nyatakan kelemahan

sistem tersebut.

[4 markah]

(a) Dengan bantuan lakaran menggunakan Lampiran 2 di halaman 13, cadangkan sistem perpaipan agihan air yang lebih berkesan. Terangkan sistem tersebut dan berikan justifikasi pada cadangan anda.

[10markah] (c) (i)

Namakan dua jenis injap yang digunakan.

(ii) Nyatakan fungsi dan lokasi pemasangan injap tersebut

[6 markah]

Lurang B

Rumah A

Page 82: Mpat tahap 3

SOALAN JUSTIFIKASI

1. Sebahagian kenyataan tender daripada klien ialah “ Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor –kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga industry Pembangunan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) “ bagi membina sebuah makmal computer sekolah.

Dua jenis tawaran yang dicadangkan oleh klien untuk di iklankan kepada kontraktor supaya projek dapat dilaksanakan, ialah tawaran terhad atau tawaran terpilih.

(a) Tentukan kesesuaian bagi setiap jenis tawaran yang perlu dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor.

Beri justifikasi anda

[14 markah]

(b) Nyatakan 6 kandungan di dalam document tender.

[6 markah]

TOPIK 11 : ATUR CARA KONTRAK DAN TAKSIRAN

Page 83: Mpat tahap 3

JAWAPAN

Page 84: Mpat tahap 3

TOPIK 4 : BAHAN BINAAN

JAWAPAN

a) Bahan Binaan (Konkrit)

Simen

- simen terdedah kepada udara/berketul-ketul

- kehalusan simen kurang - tiada kerencaman kimia

Pasir/batu baur halus

- mengandungi bendasing atau kotor - tidak digredkan/diayak/ditapis - tekstur licin - bentuk dan saiz seragam

Batu baur kasar

- tidak digredkan - tekstur licin - mengandungi bendasing - bentuk dan saiz seragam

Air

- mengandungi bendasing/kotor - keliatan air yang tinggi

(ii) Tetulang keluli

- bar keluli kotor/minyak/berkarat

- saiz bar tidak tepat

- guna keluli lembut

- jenis bar tidak betul

- saiz bar kecil

Page 85: Mpat tahap 3

b) Kaedah Penyediaan Konkrit

Pengelompokan

- Simen, batu baur halus dan batu baur kasar tidak digaul dengan

sempurna bagi mengelakkan berlakunya pengelompokan

Nisbah Air Simen

tidak menggunakan nisbah air simen yang betul

Nisbah Campuran Konkrit

menggunakan nisbah campuran yang tidak betul

Perletakan Konkrit

- menuang konkrit melebihi 1.5 m tinggi

Pemadatan

- tidak melakukan pemadatan yang sempurna/pemadatan yang

berlebihan/pemadatan yang tidak mencukupi / tidak dipadatkan

Tempoh/Jarak Masa

tempoh antara membancuh dan perletakan terlalu lama

b) Kuring

Kerja kuring tidak dilakukan pada konkrit baru

Kerja kuring tidak dijalankan dengan betul pada konkrit baru iaitu tidak guna guni basah atau kertas tak telap air @ plastik

Melakukan kuring dengan tidak mengikut jangka masa yang ditentukan

Page 86: Mpat tahap 3

TOPIK 7 : GEOTEKNIK

JAWAPAN

a) Faktor cerun runtuh i. Beban.

- Beban /daya yg bertindak melebihi kekuatan ricih tanah

ii. Kejelekitan tanah

-kurang upaya daya geseran dan rekatan menahan beban tanah dan beban kenaan.

iii. Penyaliran

-Penyaliran air permukaan dan resipan boleh meningkatkan kandungan lembapan dan

aras air bumi.

-Kewujudan air secara statik melemahkan ikatan antara zarah-zarah tanah.

-Kandungan lembapan meningkatkan berat tanah dan mengurangkan kekuatan ricih

tanah.

-Lompang yang terdapat pada tanah dipenuhi air.

-Tanah yang mempunyai kandungan air yang tinggi bersifat lembut dan mempunyai

keupayaan galas yang rendah.

iv. Tekanan air liang

-kandungan air berlebihan dalam tanah akan meningkatkan tekanan air liang yang

sedia ada.

-Menyebabkan tekanan antara zarah tanah berkurangan / ikatan zarah tanah

longgar.

-Melemahkan kekuatan tanah cerun.

-Lompang atau ruang udara dalam tanah apabila dipenuhi air akan mewujudkan

tekanan hidrostatik pada dinding zarah tanah

-Peningkatan tekanan air liang akan melemahkan ikatan antara zarah

-Ini akan mengurangkan keupayaan galas tanah

Page 87: Mpat tahap 3

v. Kecerunan

- kecuraman cerun yang kurang sesuai dengan jenis tanah.

- Tanah yang mempunyai kejelekitan rendah, kecerunan perlu

dibina lebih landai.

vi. Geologi

-kesan dari proses luluhawa,hakisan tanah dan pelapisan tanah.

-arah gelongsoran tanah.

b) Kesesuaian Tembok Penahan Tembok

- tembok yang dibina menahan tanah dari terus mengelongsor

lubang leleh yang dibina menyalirkan air keluar

- bahan binaan mudah didapati

- tembok mudah dibina

- penyelenggaraan mudah

- rekabentuk kukuh/tahan lama

- penanaman dilakukan untuk mengukuhkan cerun

- kemas/cantik

c) Membina Tembok Penahan

- Tanah yang menggelongsor diangkut keluar

- Bersihkan permukaan jalan

- Bina tembok dengan menganjakkan ke dalam kaki cerun/profil

cerun asal tidak diubah

Page 88: Mpat tahap 3

- Sesuaikan tinggi dan/lebar tembok mengikut rekabentuk bagi menjamin kestabilan

Cerun

- Pasangkan acuan dan tetulang untuk asas

- Tuang konkrit dan padatkan

- Pastikan tembok dibina dengan asas yang kukuh

- Lubang leleh dibina dengan meletakkan bahan berbutir tergred

disekeliling laluan masuk lubang leleh

- Tanah dipenuhkan dibelakang tembok mengikut profil

cerun asal

- Tanah dipadatkan

- Rumput ditanam

Page 89: Mpat tahap 3

TOPIK 8 : SISTEM PENGANGKUTAN, KEJURUTERAAN JALAN DAN ISYARAT

LALULINTAS

Soalan 1

a) Lopak sedia ada 2) Lopak dipotong segiempat dan di bersihkan 3) salut jejujur disembur TOPIK 8 : SISTEM PENGANGKUTAN, KEJ

4) Bahan pracampuran dimasukkan kedalam lopak dan di padatkan menggunakan jentera pemadat.

b) - Permukaan jalan dikamberkan - Bahu jalan dikamberkan dan di bina parit dikiri dan kanan jalan - Membina gegeluk dan salir erong

Page 90: Mpat tahap 3

SOALAN 2

(a) kaedah pembinaan semula permukaan

(b) Keseluruhan bahagian turapan jalan yang rosak hendaklah digali/dibuang/dibersihkan.

- lapisan berbitumen

- Pembinaan lapisan pengikat

- semburkan salut perdana

- biarkan selama 24jam

- semburkan salut jelujur

- turap pracampuran lapisan pengikat

- pemadatan dengan mengawal suhu pracampuran

- dikamberkan

- Pembinaan lapisan haus

- semburkan salut jelujur

- turap pracampuran lapisan haus dan padatkan

- padat dengan mengawal suhu pracampuran

- dikamberkan

(c) - Permukaan jalan hendaklah dikamber

- mencerun bahu jalan

- Membina gegeluk

- Membina erong salir

- Membina parit jalan.

- Air dari parit jalan melalui pembetung masuk ke sungai atau laut

Page 91: Mpat tahap 3

Soalan 3

(a) Laluan P - Jarak pendek - Kos pembinaan jalan rendah - Terdapat kerja pemotongan - Kos pemotongan tinggi - Masa perjalanan singkat - Kurang perabot jalan - Sesuai Laluan Q - Jarak yang panjang - Kos pembinaan jalan tinggi - Tiada kerja pemotongan - Jimat kos pemotongan - Perjalanan ambil masa lebih panjang - Lebih perabot jalan - Tidak sesuai

(b) Turapan lentur - Kebolehkhidmatan yang singkat - Kerja penyelenggaraan mudah - Tempoh pembinaan singkat - Lebih sesuai.

Turapan tegar - Kebolehkhidmatan yang lama - Kerja penyenggaraan sukar - Tempoh pembinaan lama - Tidak sesuai

Page 92: Mpat tahap 3

TOPIK 9 : SUMBER BEKALAN AIR

1.

a) Lokasi x

- Lokasi sesuai menggunakkan kaedah graviti - Tidak menggunakan kaedah pam - Tidak menggunakan elektrik - Memerlukan laluan jalan baru - Kesan kepada alam sekitar - Tidak sesuai - Kos penyelenggaraan kurang - Air diagih secara gravity - Tangki simpanan berada lebih tinggi dari kawasan agihan - Tidak sesuai

(ii) Lokasi Y

-lokasi sesuai menggunakan kaedah pam dan takungan

-tangki simpanan berada sama aras dengan kawasan agihan.

-pada waktu permintaan tinggi,air diagih menggunakan pam dan tangki perkhidmatan.

-jika tiada elektrik,air diagih secara gravity sahaja

-pam tidak digunakan berterusan

-kaedah agihan yang menjimatkan

-pada waktu malam,pam hanya untuk memenuhkan tangki perkhidmatan sahaja.

-Sesuai

Page 93: Mpat tahap 3

TOPIK 10: SISTEM PEMBERSIHAN

SOALAN 1.

Kaedah rawatan menggunakan tangki septik.

- Bilangan penduduk mestilah kurang dari 100 orang setiap hektar. - Sesuai untuk isipadu kumbahan yang kecil. - Murah dibina. - Tidak menggunakan elektrik. - Memerlukan kawasan yang kecil. - Penyelenggaraan mudah dan tidak kompleks. - Tangki tertutup menyebabkan tiada bau busuk. - Pembinaan tangki septik adalah sesuai.

Kaedah rawatan menggunakan pembetung awam.

- Bilangan penduduk mestilah melebihi 100 orang setiap hektar. - Sesuai untuk isipadu kumbahan yang besar/banyak. - Memerlukan kos yang tinggi. - Memerlukan kawasan yang luas. - Penyelenggaraan adalah sukar. - Ada pembetung awam yang terbuka mengeluarkan bau busuk. - Pembinaan pembetung awam adalah tidak sesuai.

a. - pemeriksaan - perubahan arah - perubahan saiz - perubahan cerun - persimpangan - paip salir terlalu panjang -

Page 94: Mpat tahap 3

SOALAN 2.

Kecerunan

- Kecerunan paip salir hendaklah mengikut cerun

yang disarankan / direkabentuk / sesuai

-Kecerunan yang terlalu landai / menyebabkan pepejal

kumbahan mengenap ke dasar paip.

-Menyebabkan kumbahan tersekat

-Paip salir tidak terlalu curam / untuk mengelakkan mengorek tanah terlalu dalam

-Mengelakkan paip terhakis / disebabkan kelajuan Kumbahan

-Bagi paip yang berdiameter 100 mm, kecerunan minimum adalah 1 dalam 80.

Kelurusan

-Penyaliran kumbahan lebih berkesan apabila paip disambung lurus

-Perubahan arah dikurangkan

-Boleh mengurangkan senggaraan

-Paip tidak mudah pecah / rosak

ii. Mutu dan Bahan

-Paip hendaklah kukuh / tahan lasak

-Bahan paip hendaklah bermutu tinggi

-Paip yang sesuai dengan tanah

iii. Penyokongan

-Paip salir yang dipasang di dalam tanah perlu di sokong di bawahnya

-Penyokongan lemah menyebabkan paip patah

-Tanah hendaklah diperkukuhkan / diganti dengan bahan yang kuat / jika KGT rendah

Page 95: Mpat tahap 3

Kedap Air

-Paip hendaklah kedap air / air luar tidak dapat masuk ke dalam paip salir

-Najis dan air sisa tidak boleh keluar dari paip salir

-Paip hendaklah dipasang kemas

Pengalihudaraan

-Perlu supaya gas yang terhasil tidak seimbang

-Gas yang terkumpul menyebabkan tekanan udara turun dan naik / tidak seimbang

--Perlu pasang paip pengalihudaraan

2 (b) - Perubahan arah paip salir

- Persimpangan

- Perubahan cerun

- Perubahan saiz paip salir

- Paip terlalu panjang

Page 96: Mpat tahap 3

SOALAN 3.

a. Kecerunan paip salir tersebut terlalu landai

menyebabkan air kumbahan tersumbat dan

tekanan kepada paip salir tinggi dan berlaku

kebocoran pada paip salir tersebut.

b.

- mula-mula buka penutup Lurang A.

-pamkan air kumbahan di Lurang A.

-korek tanah antara Lurang A dan Lurang B

- keluarkan paip salir antara Lurang A dan Lurang B

- gantikan paip salir yang baru

- pemasangan paip salir mestilah mengikut prinsip pemasangan paip salir iaitu paip

salir mestilah berkualiti,kedap air,kecerunan yang sesuai, lurus, mempunyai

pengalihudaraan dan paip salir perlu ada penyokongan.

- selepas itu paip salir perlu dilakukan ujian paip salir iaitu ujian kedapan,ujian

kelurusan dan ujian kerataan sambungan.

-tutup semula Lurang A dan Lurang B.

-setelah ujian paip salir telah dilakukan, kambuskan semula tanah antara Lurang A dan

Lurang B.

Page 97: Mpat tahap 3

SOALAN 4.

(a) Sistem Hujung Mati Kelemahan : 1. Kerosakan kepada satu bahagian dalam sistem ini akan menjejaskan bekalan air ke bahagian yang lain. 2. Semasa kebakaran: tekanan air tidak dapat ditingkatkan. 3. Enapan akan terkumpul 4. Memerlukan injap salir keluar untuk membuang enapan. (b) Sistem Grid

Paip utama mengagihkan air dari loji rawatan/tangki air ke kawasan agihan.

Paip utama disambungkan secara terus kepada paip cawangan.

Paip cawangan akan disambung pula kepada paip cabang untuk mengagihkan air melalui meter rumah.

Injap boleh dibina bagi memudahkan kerja penyelenggaran dan bagi tujuan kecemasan.

Bila berlaku kebakaran di rumah A, tekanan air dapat dipertingkatkan kerana tekanan air dalam paip mudah diseimbangkan.

Air di dalam paip sentiasa mengalir/semua arah.

Hasilkan air bersih & segar/tidak tercemar/tergenang.

Pengguna dapat bekalan air sama rata.

Air dialirkan dengan kehilangan turus yang kecil.

Semasa kecemasan hanya sebahagian kecil pengguna akan terjejas

Main pipe

Paip utama Paip

cawangan

Page 98: Mpat tahap 3

(a) Dua jenis injap

Nama Injap

Fungsi Lokasi

Injap sluis

memberhentikan aliran di dalam paip.

Dipasang pada jarak 1.5 km dan persimpangan.

Injap get memberhentikan aliran di dalam paip.

Dipasang pada sistem paip dalam loji rawatan air/rumah pam

Injap pelepas udara

Melepaskan udara yang terperangkap/membenarkan udara masuk ke dalam paip apabila paip perlu dikosongkan.

Dipasang pada jarak 1 km antara satu sama lain.

Page 99: Mpat tahap 3

TOPIK 11: ATUR CARA KONTRAK DAN TAKSIRAN

1. Limited tender

- Bilangan kontraktor terhad - Proses pemilihan lebih cepat - Memberi peluang menyertai tawaran kepada kontraktor dalam kelas tertentu - Pertandingan untuk mendapat tawaran secara adil - Binaan yang berkualiti jika kontraktor berpengalaman luas - Peluang tidak diberi kepada kontraktor dari kelas lain yang mahir - Pertandingan merebut tawaraqn kurang - Sesuai

Selected tender

- Kontraktor dipilih dikalangan kontraktor - Klien lebih yakin mendapat hasil kerja yang baik - Kontraktor yang mempunyai prestasi dan pengalaman kerja sahaja yang akan menyertai tawaran - Proses pemilihan cepat kerana jumlah menyertai tawaran kecil - Kemungkinan berlaku pakatan harga tawaran di kalangan kontraktor terpilih - Kualiti kerja tinggi. - Tawaran yang diperoleh terhad dan menutup peluang kepada kontraktor yang tidak terpil

Page 100: Mpat tahap 3

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN TEKNIKAL

(M-TEK)

RADIN KHALID BIN R.HUSIN - SMT TUANKU JAAFAR MOHD SHUKRI BIN MOHD SHARIFF – SMT TAR PUTRA MOHD EFFENDI BIN JAMLOS - SMT KUANTAN RUZAINI BINTI OSMAN – SMT ALOR SETAR NOR AZIZAH BINTI RASHID – SMT SEPANG WAHIDAN BIN WAHAB – SMT KUANTAN IBRAHIM BIN MAT YASSIN – SMT MELAKA MOHD NOH BIN AHAMAD – SMT GRIK