Model Assure

32
Model Assure Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai. Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. Peringkat-peringkat berkenaan adalah 1. Tarik perhatian pelajar. 2. Beritahu objektif pembelajaran. 3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar. 4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran. 5. Bimbing pembelajaran pelajar. 6. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti. 7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar. 8. Taksir pencapaian pelajar. 9. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran. Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran

description

selamat membaca

Transcript of Model Assure

Page 1: Model Assure

Model Assure

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Reka bentuk pengajaran bilik darjah melibatkan tugas guru merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini , guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai.

Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun.Perancangan yang dimaksudkan ialah susunatur pengajaran agar pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Gagne (1985) menyatakan pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat.

Peringkat-peringkat berkenaan adalah1. Tarik perhatian pelajar.2. Beritahu objektif pembelajaran.3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar.4. Sampaikan isi pelajaran/ bahan pemgajaran dan pembelajaran.5. Bimbing pembelajaran pelajar.6. Uji penguaswaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti.7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar.8. Taksir pencapaian pelajar.9. Tingkatkan ingatan dan pemidahan pembelajaran.Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media.

Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

Model ASSUREAplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat

Page 2: Model Assure

menjamin kejayaan.

1. Analyse Learners (Analisis Pelajar)2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)1. Analisis PelajarMenganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:1. Ciri-ciri umum pelajar.2. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.3. Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajarCiri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia adaSetiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber

Page 3: Model Assure

pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

Gaya Pembelajaran PelajarPelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

2. Nyatakan Objektif/Hasil PembelajaranObjektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik.

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)2. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)3. Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)4. Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga

Page 4: Model Assure

hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah melakar menamakan meramal membaca menjawab melukis menilai melabel menjelas

Situasi dan Syarat PerlakuanApakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran

Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai.

Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih penulisan objektif pengajaran dan pembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu. Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.

Page 5: Model Assure

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan SumberSetiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut: Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya. Adakah bahan ini menepati kurikulum? Adakah isipelajaran menepati kurikulum? Adakah laras bahasanya jelas? Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar? Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar? Adakah bahan ini berkualiti? Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan? Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak? Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.

4. Gunakan Media dan Bahan Sumber

Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Page 6: Model Assure

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah.

6. Nilai dan Semak Semula

Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

jawapan

Jawab SEMUA soalan

1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-langkah tersebut.

Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.

2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar.

Page 7: Model Assure

3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan.Berikan rasional pemilihan tersebut,

4. Dalam fasa “analisis learner”, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE.

5. Model “Mutiple Intelligence” adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda.

6. Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar.

7. Sediakan satu contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) matapelajaran pengkhususan anda. Bagaimana Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda.

MUHAMMAD AMIN BIN SIMON

Pensyarah

30/06/2011

JAWAPAN1. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE.Senaraikan langkah-

langkah tersebut.

Pilih dua langkah daripadanya dan huraikan secara terperinci langkah-langkah berkenaan. Huraian hendaklah disertakan contoh yang sesuai dengan subjek pengkhususan anda.

Enam langkah dalam model ASSURE.A = Analyse learner (Analisis pelajar).S = State objectives (Nyatakan objektif).S = Select, modify or make media (Pilih Kaedah, Media dan Bahan)U = Use media (Gunakan media)R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar).E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).

A = Analyse learner (Analisis pelajar).

Page 8: Model Assure

Terdapat 3 perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:

(a) Ciri-ciri umumMerupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya.

(b) Kompetensi khususBerkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.

(c) Gaya pembelajaran Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.

“Tidak semua orang mempunyai kebolehan yang sama ;tidak semua orang belajar dengan cara yang sama”

-Gardner

Tabiat Pemprosesan Maklumat

Urutan Konkrit pengalaman secara “hands-on” mengikut urutan logikal Buku Kerja Pengajaran Terancang (PI) Tunjukcara Pendekatan Makmal berstrutur

Urutan Abstrak -pelajar mampu mendekod maklumat verbal & simbolik dengan mudah Persembahan Verbal (reading presentation) Mendengar persembahan

Rawak Konkrik menjurus kepada pendekatan cuba jaya (TNE) Permainan Simulasi Projek pembelajaran kendiri Kaedah penemuan

Rawak Abstrak – tangapan makna (pemahaman) dari persembahan perantara (manusia) dan respons pada nada dan gaya penyampai Perbincangan kumpulan Kuliah dengan sesi soal jawab Video Televisyen

Page 9: Model Assure

S = Select modify or make media ( Pilih Kaedah, Media dan Bahan)

Terdapat 3 langkah dalam pemilihan kaedah, media dan bahan pengajaran.

a) Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran.

Sesuatu sesi pengajaran kemungkinan mengambil kira dua atau lebih kaedah untuk melayani tujuan yang berlainan dalam perkembangan pelajaran. Seperti Set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran yang baru.

b) Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.

Pemilihan media berasaskan kriteria yang tertentu:1. Sepadan dengan kurikulum2. Maklumat tepat dan terkini3. Bahasa yang jelas dan tepat4. Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar5. Menggalakkan penglibatan pelajar6. Mempunyai teknikal kualiti yang baik.7. Terdapat bukti keberkesanannya8. Bebas daripada bias.9. Mempunyai buku panduan yang lengkap.

(c) Mereka bentuk media

Bagi mereka bentuk media, ia terdiri daripada: Media sedia ada Ubah suai media yang sedia ada Mereka bentuk media yang baru

Tujuh perkara yang perlu diambil kira untuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri.1. Objektif2. Pelajar3. Kos

Page 10: Model Assure

4. Kepakaran teknikal5. Peralatan6. Fasiliti7. Masa

Gunakan Media dan Bahan

Terdapat lima langkah bagi penggunaan media yang baik:1. Preview bahan2. Sediakan bahan3. Sediakan persekitaran4. Sediakan pelajar5. Sediakan pengalaman pembelajaran

2. Anda hendak menyediakan satu rancangan persediaan mengajar bagi satu topik pelajaran subjek anda. Sediakan dua objektif pengajaran pembelajaran setelah menganalisis ciri-ciri pelajar.

Objektif pembelajaran

a. Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian).

Objektif Pembelajaran Ikan Hiasan Tahun 5

Di akhir pembelajaran ini pelajar berupaya :

1. Mengenal, melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan hiasan tropika2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.

Page 11: Model Assure

3. Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium.4. mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan.5. mengenal pasti kandungan mutu air.6. mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan.7. menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.3. Pilih media yang sesuai bagi topik yang berkenaan. Berikan rasional

pemilihan tersebut,

Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian:

1. Kesesuaian

2. Peringkat penerimaan/kefahaman

3. Pemerolehan

4. Harga

5. Mutu

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan seperti penggunaan computer dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, ia dapat memberikan kemudahan seperti berikut : Pengajaran lebih terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid. Menguat dan mengekalkan daya ingatan Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan masa

Page 12: Model Assure

Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Selain itu, menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing.

Deria % Penerimaan

Mata 70Hidung 5Mulut 4Telinga 15Rasa/sentuhan

6

4. Dalam fasa “analisis learner”, aspek pelajar adalah diutamakan. Apakah ciri-ciri umum pelajar yang dapat dikaitkan dengan Model ASSURE

Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu computer. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu.Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi.Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale.Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu.Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk

Page 13: Model Assure

menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka.

Soalan 5

Model “Mutiple Intelligence” adalah satu contoh gaya pembelajaran. Terangkan ciri-ciri yang terdapat dalam model ini. Berikan contoh berdasarkan subjek pengkhususan anda.

“Mutiple Intelligence” atau dalam bahasa melayunya ialah pelbagai kecerdasan. Berikut ialah apa yang saya telah pelajari contoh gaya pembelajaran;

Pelbagai Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir

Dalam kes ini, para pelajar perlu memahami lapan kecerdasan (eight multiple intelligences) dan kemahiran berfikir yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual atau masteri.

Mengapa Lapan kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan?

1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang perlu dikembangkan.

2. kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.

3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Bagaimana Lapan Kecerdasan Dikembangkan?

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap

Page 14: Model Assure

kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

a. Bahasa

b. Logik-Matematik

c. Ruang (spatial)

d. Muzik

e. Kinestatik

f. Interpersonal

g. Intapersonal

h. Nature Smart

Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri lapan kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut:

Kecerdasan Cerdas dalam Pekerjaan1. Bahasa Menulis karangan,

sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan.

Penulis, penyajak, penceramah

2. Logik Matematik Menaakul, kiraan, membuat analisis

Saintis, jurutera, akauntan

3. Ruang (spatial) Mencorak, melukis, mengukir

Pelukis, pengukir

4. Muzik Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memainkan alat muzik

Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.

5. Kinestatik Gerakan, tarian, lakonan, sukan, permainan

Atlet, pemain bola sepak, peninju, penari,, pelakon.

Page 15: Model Assure

6. Interpersonal Perhubungan manusia Diplomat, ahli politik, peniaga

7. Intrapersonal Nilai murni, pendirian, falsafah

Pengarang, penyajak, ahli falsafah

8. Nature Smart Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna

Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist

Guru boleh mengembangkan kecerdasan-kecerdasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bahasa berkenaan:

i. Pembelajaran koperatif: Mengembangkan kecerdasan interpersonal.

ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang.

iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang.

iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik.

Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran-kemahiran berikut:

i. Menaakul secara logik.

ii. Membuat kiraan.

iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir.

iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan.

v. Membuat keputusan

vi. Menyelesaikan masalah.

Soalan 6

Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran guru menggunakan media pengajaran semasa memberikan input kepada

Page 16: Model Assure

pelajar penting untuk mendapatkan perhatian pelajar. Pilih kemahiran guru yang sesuai untuk mendapatkan kemahiran pelajar.

Mengapa Guru Perlu Menggunakan Media Pengajaran

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Artikel ini akan membincangkan peranan media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Menurut kajian, peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing. Deria % Penerimaan Mata 70%, Hidung 5%, Mulut 4%, Telinga 15%, Rasa/sentuhan 6%.

Kepentingan media pengajaran dalam proses pengajaran pembelajaran ialah seperti berikut:

Pengajaran lebih terancang Melibatkan pelbagai deria Memperkayakan pengalaman Perluasan batasan komunikasi Pembelajaran individu Keseronokan belajar/motivasi Sumber maklumat Menolong membentuk gambaran yang betul dalam fikiran murid. Menguat dan mengekalkan daya ingatan Menghubungkan yang abstrak kepada konkrit Memberikan gambaran dan peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah Menjimatkan masa Membantu murid membentuk konsep dengan lebih mudah serta jelas Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran

Page 17: Model Assure

Pemilihan Media Pengajaran Seseorang guru harus tahu dan bijak untuk memilih media pengajaran, faktor-faktor berikut perlu diberikan perhatian:

1. Kesesuaian

2. Peringkat penerimaan/kefahaman

3. Pemerolehan

4. Harga

5. Mutu Kesesuaian

Sebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak. Sesuatu media dianggap sesuai jika memenuhi syarat berikut:

Memenuhi kehendak isi dan objektif murid Memudahkan kefahaman murid Memerlukan latihan yang minimum untuk menggunakannya Menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan Mudah diubahsuai dari segi penggunaan serta juga senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain Selamat digunakan oleh murid

Peringkat penerimaan/kefahaman Mungkin isi kandungan media yang dipilih itu sesuai, tetapi cara penyampaian atau peringkat penerimaan murid adalah tidak setara dengan keupayaan mereka. Dengan lain perkataan media tersebut tidak setanding dengan keupayaan murid untuk menerima dan memahami isi kandungan yang disampaikan oleh media tersebut. Ini berlaku kepada media yang telah siap tersedia oleh pihak-pihak tertentu seperti syarikat pengeluar media tersebut. Untuk mengelakkan perkara ini, media perlulah dihasilkan sendiri oleh guru yang mengajar. Media yang dapat memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang hendak disampaikan hendaklah dipilih.

Page 18: Model Assure

Harga Sesuatu media yang hendak digunakan hendaklah diperolehi dengan mudah dan harga yang murah. Media elektronik tidak dapat dinafikan mempunyai keupayaan yang lebih baik walaupun harganya mahal. Sekiranya harga tidak menjadi masalah, pilihlah media yang dapat memberikan kesan yang lebih baik. Kos adalah munasabah dan tidak terlalu membebankan.

Pemerolehan Seseorang guru yang merancang menggunakan media pengajaran, perlu mengenal pasti pemerolehan sesuatu media itu. Adakah media tersebut ada di pusat sumber atau sekolah masing-masing? Bolehkah media tersebut disediakan dengan mudah? Sekiranya mudah diperolehi, akan mendorongkan seseorang guru menggunakannya dengan lebih kerap.

Mutu Sekiranya faktor-faktor di atas sudah dipenuhi, apakah guru akan menolak penggunaan media tersebut kerana mutu yang rendah? Sesuatu objektif pembelajaran tidak akan tercapai sekiranya mutu media yang digunakan itu tidak elok seperti warna, suara dan tulisan yang tidak jelas.

Penghasilan Media Kebanyakan media yang ada di pasaran adalah dipasarkan untuk mencari keuntungan tanpa memenuhi kehendak dan keperluan tertentu guru dan murid. Oleh itu untuk menyediakan media yang sesuai, guru perlulah membuat sendiri. Banyak sekali faedah yang diperolehi dari penghasilan media oleh guru seperti berikut:

Isi kandungan yang sesuai dengan sukatan sekolah Objektif pengajaran pembelajaran disusun dengan lebih tepat Jika dilibatkan murid dalam penghasilan media, akan dapat mengukuhkan lagi daya ingatan dan meberikan pengalaman yang berguna kepada murid Menambahkan koleksi pusat sumber sekolah di samping menjimatkan kos

Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam penghasilan media adalah seperti berikut:

Pengetahuan mengenai bahan yang hendak dihasilkan (isi kandungan) Kemahiran untuk penghasilan Mempunyai daya kreatif Tenaga untuk penghasilan

Page 19: Model Assure

Alatan khas yang diperlukan Masa Kos

model assure

A -Analyze Learners (Analisis Pelajar)

S -State Objectives (Nyatakan Objektif)

S -Select Methods, Media & Materials (Pilih kaedah, media dan bahan)

U- Utilize Media & Materials (Gunakan media dan bahan)

R -Require Learner Participation (Pelajar mengambil bahagian)

E -Evaluate & Revise (Nilai dan Ubahsuai

Model ASSURE dapat diintegrasikan dalam pembinaan RPH anda melalui apa yang saya terangkan di bawah ini.

Kenalpasti ciri-ciri peringkat masuk (pengetahuan sedia ada) berkaitan dengan tajuk dan isi kandungan (pengetahuan, kemahiran dan sikap) sebelum seseorang itu ingin membuat Rancangan pengajaran Harian (RPH).

Menyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus di dalam RPH.

Biasanya objektif diambil daripada sukatan, panduan kurikulum atau buku teks. Penentuan objektif berdasarkan peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteriakriteria atau darjah pencapaian. Model ASSURE.

Memilih media bahan yang sesuai harus difikirkan sebelum membuat RPH.

Dipilih berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Menyediakan bahan yang sesuai, tempat-tempat belajar, makmal dan pusat sumber yang cukup. Menyediakan set induksi yang menarik bersesuaian dengan tujuan dan objektif pembelajaran.

Page 20: Model Assure

Libatkan pelajar semasa dalam PNP.

Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran (membuat latihan, simulasi, perbincangan, latihtubi, kuiz dan lain-lain) Pengukuhan serta-merta diberikan akan menghasilkan tindakbalas yang betul.

Nilai dan semak semula bahan yang telah diletakkan dalam RPH

-Penilaian dan semakan semula perlu dijalankan di akhir pembelajaran.

-Tujuannya adalah untuk mengesan:

Adakah objektif tercapai?

• Adakah alat atau bahan dapat membantu pembelajaran?

• Adakah pelajar mengendalikan bahan dengan betul?

• Adakah suasana pembelajaran selesa?

Page 21: Model Assure

sample jawapa :2

. Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Model ASSURE mengandungi 6 langkah (Heinich (1982). A – Analyse learner (Analisis pelajar) S – State objective (Nyatakan objektif) S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan) U – Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan) R – Require learner participation (Dorong penglibatan pelajar) E – Evaluate and revise (Nilai dan semak)

Huraian dua langkah daripada langkah-langkah berkenaan :

i). Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)

Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.

ii). Use media (gunakan media)

Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.

____________________________________________________________________________2. Subjek : Kemahiran Hidup Tahun 4

Topik : Menyelenggara Lampu Suluh

Objektif Pengajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid boleh:

1) Membuka sembilan komponen lampu suluh.2) Mengenalpasti fungsi 4 daripada 4 komponen dalam lampu suluh.3) Memasang semula komponen dengan sempurna dan berfungsi.

Page 22: Model Assure

____________________________________________________________________________3. Media yang sesuai digunakan bagi topik Melenggara Lampu Suluh ini ialah media

bukan cetak dan media cetak:

Media Bukan Cetak

Antara contoh media bukan cetak yang boleh digunakan dalam topik ini ialah media tayangan kaku dan bergerak seperti slaid bergerak dan video, bahan pameran tiga-dimensi seperti lampu suluh sebenar dan model keratan lampu suluh.

Rasional memilih media ini ialah kerana media ini lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan. Melalui tayangan video dan slaid yang menayangkan rajah sebenar model yang dipelajari, murid dapat mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar. Media jenis ini jugak lebih menarik minat murid kerana unsur-unsur warna, pergerakan, bunyi-bunyian dapat mengatasisikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti.

Media Cetak

Media cetak yang sesuai digunakan dalam pengajaran topik ini ialah seperti lembaran kerja dan rajah komponen-komponen elektronik yang terdapat di dalam lampu suluh.

Rasional pemilihan media ini ialah bertujuan menyujudkan suasana perbincangan dan pengamatan oleh murid. Melalui rajah komponen yang diedarkan, murid dapat meneliti dan memahami dengan kaedah inkuiri penemuan yang dijalankan. Edaran ini juga boleh menjadi rujukan kepada sebarang kemusykilan yang dihadapi murid. Lembaran kerja pula memberi ruang untuk murid berinteraksi sesama murid dan berkongsi kefahaman melalui pembelajaran yang telah dijalani.

___________________________________________________________________

4. Terdapat 3 perkara penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar:

(a) Ciri-ciri umumMerupakan deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya.

(b) Kompetensi khusus

Page 23: Model Assure

Berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.

(c) Gaya pembelajaran Merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.

____________________________________________________________________________

5. Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences)

Teori pelbagai kecerdasan (multiple intelligences) diperkembangkan oleh Howard Gardner (seorang profesor pendidikan di Harvard University) dalam tahun 1983. Beliau berpendapat tanggapan tradisional tentang kecerdasan (intelligence) iaitu berasaskan ujian I.Q. adalah terlalu terhad. Sebaliknya, beliau mencadangkan lapan kecerdasan yang berbeza untuk mengambil kira kepelbagaian potensi manusia, iaitu:

Kinestatik Kebolehan untuk menggunakan satu badan, atau anggota bagi satu badan, untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu, atau meletakkan ke atas satu penghasilan.

Interpersonal Keupayaan untuk memahami, berkomunikasi dan berhubung dengan orang dan kumpulan lain.

Intrapersonal Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan satu persekitaran terdekat.

Logikal/

Matematikal

Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami perhubungan sebab dan akibat sesuatu sistem.

Muzikal/Lirik Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian dan mencipta muzik.

Semulajadi Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya

Verbal/Linguistik

Keupayaan untuk menggunakan bahasa, secara lisan dan bertulis secara berkesan

Visual/Spatial Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej, bentuk dan corak

______________________________________________________________________

Page 24: Model Assure

6. Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:

a. Menyayangi semua pelajarb. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualitic. Mencintai mata pelajaan yang diajard. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajarane. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaranf. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah

1. PerbincanganPerbincangan melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru. Jadi, perbincangan adalah kaedah dinamik yang menggalakkan perhubungan ahli bilik darjah dan melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Melalui kaedah ini, pelajar berbincang antara satu sama lain, berkongsi maklumat serta memberi dan menerima pendapat.

2. Tunjuk CaraTunjuk cara merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Pelajar dapat melihat sendiri bagaimana langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dan pelajar boleh mengikuti contoh yang diperhatikan selepas ditunjukkan caranya.

3. Pembelajaran KoperatifPembelajaran koperatif ialah satu persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah di mana pelajar dari kumpulan berkebolehan berlainan (heterogeneous) bekerjasama belajar kemahiran kaloboratif dan sosial apabila bekerja dalam kumpulan kecil ke arah pencapaian objektif dan matlamat pengajaran yang sama. Contohnya dalam merekabentuk dan menghasilkan projek sistem pengurusan pangkalan data, setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan berkongsi pengetahuan, saling menyoal atau menjawab soalan dan sama-sama mengkaji sesuatu masalah. Seorang pelajar tidak dapat menyempurnakan tugas tersebut secara sendirian sebaliknya perlu bergantung kepada ahli-ahli lain dalam kumpulannya. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara, pembimbing atau pembekal sumber maklumat. Setiap kumpulan pada akhirnya membentangkan projek yang telah dihasilkan untuk dibincangkan.

4. Eksplorasi PenemuanKaedah eksplorasi penemuan menggalakkan pelajar mencari jawapan sendiri

Page 25: Model Assure

terhadap sesuatu masalah melalui proses celik akal serta cuba-cuba dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu proses perisian. Guru sebagai fasilitator atau pengurus pembelajaran akan menyediakan persekitaran pembelajaran agar eksplorasi penemuan dapat dilaksanakan. Prinsip utama dalam kaedah eksplorasi penemuan ini ialah pelajar menemui sesuatu secara perbuatan bukan secara mendengar atau membaca (Siti Fatimah 1998 )

5. ProjekKaedah projek yang berkonsepkan belajar sambil membuat (learning by doing) boleh mempercepatkan proses pembelajaran. Projek atau tugasan menjadi matlamat kepada kemahiran yang hendak diperolehi. Guru menyediakan kriteria output yang hendak dihasilkan setelah pelajar menguasai kemahiran tersebut melalui aktiviti berkumpulan. sistem yang telah dibina. Projek ini diberitahu pada awal pembelajaran topik supaya pelajar lebih bermatlamat dan boleh merancang strategi dalam menyiapkan projek berkenaan dengan jayanya.

6. Pembelajaran AktifDalam strategi pembelajaran aktif, pelajar bukan sahaja belajar dari guru malah pelajar boleh mendapatkan maklumat menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Pelajar akan mendapat maklumat yang diperlukan secara sendiri. Pelajar digalakkan untuk meneroka dan mendalami bidang ilmu tertentu supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang.

7. Pembelajaran KaloboratifPembelajaran ialah pelajar belajar menerusi interaksi dengan orang lain. Kolaborasi mempunyai dua aspek asas iaitui. melibatkan hubungan antara para pelajar. Pelajar bekerja bersama-sama sebagai rakan sebaya, menggunakan gabungan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah. Perbincangan hasilan memberikan peluang kepada pelajar meneroka lebih jauh lagi pilihan terjemahan dan untuk menguji serta memurnikan kefahaman mereka.

ii. melibatkan peranan guru. Ini bukan bermakna guru mengetahui jawapan kepada masalah tersebut. Sebenarnya masalah itu mungkin baru bagi guru sebagaimana ia baru bagi pelajar. Bagaimanapun, guru mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dengan proses penyelesaian masalah dan membina pengetahuan. Dengan itu guru bertugas sebagai model dan penunjuk arah, menunjukkan kepada pelajar bagaimana untuk memperkembangkan pengetahuan mereka dan memberikan tunjuk ajar apabila mereka mempunyai kesulitan.

Page 26: Model Assure

8. Pembelajaran KontekstualPembelajaran dalam konteks adalah berdasarkan bahawa pengetahuan berkembang apabila digunakan. Oleh sebab itu, arahan adalah berupa suruhan kepada pelajar supaya mengambil pengetahuan untuk bekerja dalam konteks menyelesaikan masalah sebenar dan bermakna. Bagaimanapun tidak semua masalah mempunyai kesan yang sama.

9. Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri (Mastery Learning) telah diperkenalkan oleh Bloom (1956). Pembelajaran Masteri dipercayai boleh menangani masalah pelajar yang mempunyai pelbagai peringkat kebolehan. Pengajaran individu didapati sukar untuk dilaksanakan walaupun tiap-tiap pelajar boleh belajar mengikut kebolehan mereka, menggunakan bahan yang berbeza mengikut kebolehan mereka serta membenarkan pelajar belajar mengikut objektif masing-masing