Kertas Kerja Pondok Sungai Bayu

download Kertas Kerja Pondok Sungai Bayu

of 8

description

contoh kertas kerja program kemasyarakatan berbentuk kembara

Transcript of Kertas Kerja Pondok Sungai Bayu

KERTAS KERJA

PROGRAMJEJAK PRIHATIN &KEMBARA ILMUKEKELANTAN SIRI 225 28 DISEMBER 2014

ANJURAN:SURAU Al-KAUTHAR SEKSYEN 4 , BANDAR BARU BANGI

DENGAN KERJASAMA

WE CARE WE SHAREKELAB BIMBINGAN LATIHAN DAN KEBAJIKAN ISLAM (BALKIS)1. Pendahuluan

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.Sebagi menghayati daripada hadis di atas,pihak Surau Al Kauthar bersama dengan NGO We Care We Share mengambil inisiatif untuk meneruskan program Jejak Prihatin demi untuk menjejaki saudara-saudara seagama yang kehidupannya mungkin kurang bernasib baik berbanding kita semua. Di dalam kita menikmati indahnya kehidupan di bumi Malaysia bertuah ini,betapa sebenarnya , nun jauh dari pandangan kebiasaan kita,masih wujud segolongan manusia yang kurang bernasib baik dari segi menikmati indahnya kehidupan sepertimana kita rasai. Atas rasa tanggungjawab dan dasar keprihatinan sebagai seorang muslim,pihak kami telah merangka siri-siri Jejak Prihatin yang mana bertindak sebagai penghubung antara warga yang prihatin dengan warga yang memerlukan bantuan. Program pada kali ini merupakan lanjutan daripada siri pertama yang telah berjaya dijayakan pada tahun lepas di Kelantan.Pihak kami juga bertindak sebagai medium untuk mengabungkan para muslim yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk sama-sama turun ke medan masyarakat sebagai sukarelawan yang mampu , menghulurkan sedikit tenaga,buah fikiran dan sebagainya dalam menjayakan usaha kita untuk meringankan beban saudara muslim kita yang lain. Pihak kami ingin menerapkan satu kesedaran kepada saudara di luar bahawa,gerak kerja kesukarelawan juga adalah merupakan suatu sedekah yang diiktiraf dalam islam.Mengambil pengajaran dari hadis Rasululllah S.A.W, Abu Musa RA meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, Sedekah adalah wajib ke atas semua orang Islam. Mereka (sahabat-sahabat) bertanya, Ya Rasulullah, kalau kami tidak ada apa-apa untuk disedekahkan?Baginda menjawab, Dia perlu bekerja dengan tangannya dan beroleh hasil untuk dirinya dan bersedekah.Mereka bertanya lagi, Kalau tidak dapat juga?Baginda menjawab, Dia perlu menolong orang yang berhajat untuk menyelesaikan hajatnya Mereka bertanya lagi, Kalau itupun dia tak dapat buat? Baginda menjawab, Dia patut membuat perkara yang baik dan jauhi dari maksiat. Itulah sedekahnya.Oleh kerana itu,selain dari menjadi penghubung kepada pihak yang berhajat untuk menyumbang dari segi material,pihak kami juga menjadi satu medium untuk saudara muslim sekalian untuk sama-sama turun bersama-sama kami dalam menjalankan segala gerak kerja menyalurkan bantuan kepada warga yang memerlukan. Untuk Jejak Prihatin Siri Kedua ini,pihak kami bercadang sekali lagi menjelajah ke Negeri Kelantan .Untuk siri kedua ini,beberapa pembaharuan akan dibuat.Fokus pada kali ini ialah bantuan kepada pelajar sekolah dari kalangan keluarga miskin yang bakal kembali ke sekolah awal tahun hadapan .Walaupun fokus adalah untuk pelajar sekolah,namun bantuan pek makanan asas untuk keluarga miskin tidak dilupakan Cuma ianya menjadi keutamaan kedua. Manakala konsep Ziarah Mahabbah Pondok bakal diperkasakan dengan mewujudkan elemen Jejak Ilmu iaitu dengan memberikan ruang dan peluang kepada para sukarelawan merasai sendiri sesi pengajian secara Talaqqi kitab dari Ulama2 yang terdapat di pondok-pondok yang diziarahi sebagai mengambil iktibar dari hadis yang dinyatakan pada awal muqaddimah iaitu barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Semoga segala daya usaha kita,sedikit sebanyak akan mampu memberikan sedikit sinar dan kemanisan kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Diharapkan juga,dengan penglibatan kita sebagai sukarelawan dalm membantu saudara muslim yang daif ,akan memberikan keinsafan kepada kita agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.Ketahuilah,betapa disebalik kesenangan dan kemanisan kehidupan yang sedang kita kecapi kini,terselit dicelah celah masyarakat,golongan yang bibirnya hanya mampu menelan air liur semata lantaran kekurangan yang sedang mereka hadapi. Semoga ,rasa prihatin kita boleh menjadi satu asbab kepada kesempurnaan keimanan kita sebagai muslim,sejajar dengan sabda Rasulullah SAW : Dari Anas ra., dari Nabis.a.w., sabdanya: "Tidak sempurnaimanseseorang dari kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sepertimana ia kasih kepada dirinya sendiri. (Bukhari dan Muslim)

2. OBJEKTIF

1. Menyalurkan bantuan barangan asasi kepada warga fakir miskin. 2. Menjadi satu medium kepada para muslim untuk menjadi sukarelawan dalam membantu muslim yang kurang bernasib baik.3. Menyediakan pengisian motivasi dan rohani kepada warga fakir miskin.4. Mendekati para alim ulama di pondok pengajian sebagai mengambil ilmu dan keberkatan darinya. 5. Merasai sendiri kaedah pembelajaran di pondok dalam meningkatkan lagi kefahaman tentang ilmu Islam. 6. Memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan ikatan silaturahim antara warga kerja.7. Menanamkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang telah dikurniakan melalui pemerhatian terhadap golongan yang kurang bernasib baik. 3. MODUS OPERANDI

BILPERKARAKETERANGAN

1.Bantuan Back To SchoolBantuan berupa keperluan asas persekolahan akan diberikan kepada seramai 100 orang remaja yang berasal dari keluarga yang fakir miskin. Cadangan barangan adalah sepasang pakaian sekolah,kasut dan alat tulis.

2.Pek Bantuan MakananPek Bantuan mengandungi makanan asasi yang terdiri daripada beras,minyak masak,gula,susu ,biskut dan sebagainya bagi meringankan sedikit beban keluarga yang kurang berkemampuan.

3.Ziarah ke pondok pengajian Islam.Ziarah ini dirancang sebagai satu medium penghubung antara para sukarelawan dengan institusi pondok.Ianya bertujuan memupuk rasa cinta untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.

4.Program Menadah KitabPihak pondok akan mengadakan sesi pengajian kitab terpilih dan memberikan peluang kepada para sukarelawan untuk merasai sendiri suasana pembelajaran di pondok.

5.Kem Penghayatan Islam

Kem Motivasi ini dirangka untuk memberikan pengisian rohani dan motivasi kepada 100 org pelajar yang diberikan bantuan persekolahan. Program akan dilaksanakan sepenuhnya oleh para fasilator yang berada di bawah seliaan Kelab Balkis.

6.Ceramah Agama

Ceramah agama oleh wakil sukarelawan akan diberikan kepada para penerima Pek Bantuan Makanan yang terdiri dari 50 keluarga fakir miskin terpilih.

4. TENTATIF PROGRAM

25 DISEMBER 2014 : KHAMIS

7.00 a.mBerkumpul di Surau Al-Kauthar.

8.00 a.mBertolak ke Kelantan.

1.00 a.mTiba di Pondok Sungai Bayu ,Gua Musang.

2.00 p.mSesi bersama dengan warga Pondok Sungai Bayu

3.30 p.mBertolak ke Kota Bharu

6.30 p.mDaftar Masuk Hotel

MalamIstirehat

26 DISEMBER 2014 : JUMAAT

7.30 a.m Sarapan pagi

9.00 a.mProgram Sumbangan kepada Masjid Kg Mujo ,Jelawat Bachok.

1.00 p.m Solat Jumaat

2.30 p.m Majlis Penyampaian Bantuan Back To School & Bantuan Warga Miskin

5.00 p.m Kembali ke Hotel

7.00 p.m Makan Malam dan Solat

8.00 p.m Kembali ke hotel

Malam Aktiviti bebas

27 DISEMBER 2014 : SABTU

7.30 a.m Sarapan pagi

9.30 a.m Sesi bersama warga Pondok Lubuk Tapah

10.00 a.mSesi Menadah Kitab 1

12.30 p.mMakan Tengahari

1.00 p.mSolat Zuhur

2.00 p.m Sesi Menadah Kitab 2

5.00p.m Istirehat

8.00 p.m Sesi Penutup Program Menadah Kitab

10.00 p.m Istirehat

28 DISEMBER 2014 : AHAD

7.30 a.m Sarapan pagi

8.00 a.m Bertolak Pulang ke Bangi

5. ANGGARAN BELANJAWAN

BILPERKARAJUMLAHCATATAN

1.1. PEK BANTUAN MAKANAN Cadangan Barangan Keperluan ( RM 100 )- Beras- Minyak - Tepung - Gula - The uncang - Kicap - Sos cili/ tomato dan lain-lain.

RM 100 x 50 Keluarga

RM 5,000Bergantungkepada kutipan yang diperolehi

2.Pek Back To SchoolCadangan barangan untuk pek Bernilai RM 100

Pakaian sepasang Kasut dan stoking Alat tulis

RM 100 x 100 Murid

= RM 10,000Jenis barangan akan ditentukan berdasarkan jumlah kutipan yang diperolehi

3.Wang sumbangan untuk setiap keluarga RM 100 x 50 Keluarga

= RM 5,000

Bergantung kepada kutipan.

4. Bantuan untuk pembangunan Pondok 1- Pondok Sungai Bayu2- Pondok Lubuk Tapah

RM 5000 RM 5000= RM 10,000**Jumlah sumbangan untuk pada pondok bergantung kepada kutipan.

5.Kem Penghayatan Islam ( 1 hari )

RM 1500Dikendalikan oleh Kelab BALKIS

JUMLAH RM 31,500

6. PENUTUP :

Semoga segala perancangan yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.Segala perubahan dan penambahbaikan perancangan akan sentiasa dikemaskinikan dengan kerjasama dan perbincangan antara ke enam pertubuhan kemasyarakatan yang telah berganding bahu untuk menjayakan suatu program kemanusiaan dan dakwah lapangan secara langsung kepada masyarakat.

Disediakan oleh :

SURAU Al-KAUTHAR SEKSYEN 4 , BANDAR BARU BANGI