Jenis perpustakaan & bibliografi
description
Transcript of Jenis perpustakaan & bibliografi
PENGENALAN
Perpustakaan
Gambar 1 : Contoh perpustakaan negara :Perpustakaan Julio Pérez Ferrero, Cúcuta,
Colombia
Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber
maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan
oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu
perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti
buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini
dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan
bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan
hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan
terbesar adalah "Library of Congress".
1.0 JENIS-JENIS PERPUSTAKAAN DI MALAYSIA
1.1 Perpustakaan Negara
Perpustakaan negara merupakan perpustakaan terbesar untuk sesebuah
negara dan mempunyai koleksi terbanyak serta menjadi pusat rujukan
utama. Kebanyakan perpustakaan negara juga dijadikan "Pusat
Bibliografi Nasional". Pengguna untuk perpustakaan negara adalah orang
awam samaada rakyat negara terbabit atau masyarakat luar (terutama
penyelidik yang mahu membuat kajian terhadap negara terbabit).
Belanjawan perpustakaan negara adalah di bawah kerajaaan yang
KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008
mentadbir sesebuah negara itu. Contoh perpustakaan negara ialah
Perpustakaan Negara Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia berperanan penting sebagai teras
khazanah ilmu dalam memupuk budaya membaca di kalangan
masyarakat terutamanya menjelang alaf baru. Justeru itu adalah menjadi
tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyelaras
pembangunan prasarana perkhidmatan perpustakaan dan maklumat di
seluruh negara bagi memastikan agar seluruh masyarakat dapat
menikmati kemudahan perkhidmatan maklumat yang berkesan.
Tanggungjawab ini termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara
(Pindaan)
1987 Bahagian II Seksyen 4(2)(h) iaitu: “menggalakkan dan
memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara
selaras dengan piawaian kebangsaan bagi mengadakannya.” Dan
peruntukan Bahagian II Seksyen 4(2)(I) iaitu: “menggalakkan penubuhan
suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai-piawai
kebangsaan bagi mengadakannya.
1.1.1 Objektif Perpustakaan Negara Malaysia
• Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan
satu koleksi sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan;
•Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber
perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan
• Mengadakan kepimpinan dalam perkara- perkara yang berkaitan
dengan perpustakaan.
KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008
1.1.2 Perkhidmatan yang disediakan untuk orang ramai
Perkhidmatan Penasihat Pembaca
Perkhidmatan Pempakejan Maklumat
Perkhidmatan Mikrofilem Suratkhabar
Perkhidmatan Rujukan Penyelidikan
Perkhidmatan Rujukan Koleksi Media Elektronik
Perkhidmatan Rujukan Manuskrip Melayu
Perkhidmatan wifi – internet wireless untuk orang ramai
1.1.3 Jabatan-jabatan di dalam Perpustakaan negara Malaysia :
Jabatan Pemerolehan (Acquisition)
Jabatan Pengkatalogan (Cataloging)
Jabatan Edaran (Circulation)
Jabatan Jentera (Automation)
Jabatan Bersiri (Series)
KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008
2.0 Perpustakaan Akademik
Perpustakaan akademik merujuk kepada perpustakaan yang terdapat di pusat pengajian
tinggi dan koleksi-koleksinya berasaskan kursus yang terdapat di pusat pengajian tinggi
tersebut. Ia dibuka kepada para pelajar, pensyarah dan penyelidik luar. Perpustakaan
Tun Dr Ismail (UiTM, Johor).
Dasar kerajaan yang memberi perhatian utama kepada sektor pendidikan di Institusi
pendidikan Tinggi (IPT) dengan memberi peruntukan kewangan yang besar
membolehkan perpustakaan akademik dianggap sebagai perpustakaan yang termaju di
negara ini jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain seperti
perpustakaan awam, perpustakaan sekolah atau perpustakaan khusus.
Perpustakaan akademik terdapat di semua institusi pengajian tinggi, institut pendidikan
perguruan, politeknik-politeknik, kolej-kolej matrikulasi, kolej-kolej awam dan kolej-kolej
swasta. Perpustakaan akademik telah wujud lebih daripada 10 tahun di mana perolehan
bahannya melebihi 200, 000 koleksi termasuk buku, jurnal, bahan elektronik dan bukan
elektronik.
2.1 Objektif Perpustakaan Akademik
• Memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam
kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan
• Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat
• Memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran
sepanjang hayat
2.2 Contoh perpustakaan akademik di Malaysia :
Perpustakaan Universiti Malaya
Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM
Perpustakaan Universiti Putra Malaysia
Perpustakaan Universiti Sains Malaysia
Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM
KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008
3.0 Perpustakaan Awam
Perpustakaan awam merujuk kepada perpustakaan negeri. Perpustakaan awam dibiayai
oleh kerajaan negeri masing-masing dan koleksinya adalah menyeluruh. Penggunanya
adalah sama seperti perpustakaan negara tetapi ia lebih menekankan kepada
masyarakat setempat. Contoh perpustakaan awam ialah Perpustakaan Awam Melaka.
Perpustakaan awam terdapat di seluruh negeri dengan tujuan untuk memastikan semua
masyarakat tanpa mengira kaum dan peringkat umur mendapat kemudahan membaca
dan menggunakaan peralatan moden yang lain seperti perkakasan dan perisian
komputer, televisyen, radio, pemain kaset video dan sebagainya bagi menambahkan
ilmu pengetahuan maklumat mutakhir dalam menjalani kerja seharian mereka. Bahan
rujukan di perpustakaan awam tidak kira buku atau media elektronik moden sentiasa
diperbaharui dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna mendapat
perkhidmatan terbaik.
3.1 Objektif Perpustakaan Awam.
• Menanam dan mengukuh tabiat membawa di kalangan masyarakat awam
supaya menjadi masyarakat yang berilmu dan celik IT.
• Mengaplikasikan teknologi tinggi sebagai penjana maklumat dengan efektif dan
efisyen.
• Memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya.
3.2 Contoh perpustakaan awam yang terdapat di Malaysia ialah :
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Pustaka Peringatan Kuala Lumpur
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008
4.0 Perpustakaan Khusus/khas (Special Library)
Perpustakaan Khusus/khas
Perpustakaan Khusus merupakan sebuah organisasi atau badan Kerajaan yang
menyediakan perkhidmatan khusus kepada pengguna organisasi atau mempunyai
koleksi khusus dalam bidang berkaitan dengan atau bagi kepentingan organisasi induk.
Perpustakaan Khusus juga dikenali sebagai Pusat Sumber,Pusat maklumat dan Pusat
rujukan.
4.1 Objektif Perpustakaan Khusus
• Bekerjasama di kalangan ahli dengan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah
meningkatkan serta mengukuhkan pembangan perkhidmatan Perpustakaan Khusus
Perkhidmatan Guna sama.
• Bekerjasama di kalangan ahli dan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah
pembangunan sumber manusia di Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna Sama.
• Sebagai saluran untuk mengemukakan masalah perkhidmatan dan yang berkaitan
dengan Perpustakaan Negara Malaysia dan mengatasinya bersama.
• Menghubungkan siraturrahim pegawai perpustakaan khusus perkhidmatan guna sama
melalui perjumpaan dan program-program yang berbentuk professional dan separa
professional.
• Mewujudkan satu panduan pengurusan perkhidmatan khidmat nasihat dan khidmat
perundingan.
• Memastikan khidmat nasihat dan perundingan yang cemerlang dan berkesan serta
memenuhi keperluan pengguna mengikut perkembangan semasa.
Kebanyakan perpustakaan khusus adalah perpustakaan yang dibina oleh syarikat-
syarikat persendirian yang mempunyai koleksi berkaitan perniagaan mereka. Sebagai
contoh Perpustakaan Khusus SIRIM yang mengandungi koleksi hanya berkaitan SIRIM
sahaja. Penggunanya pula adalah kakitangan SIRIM dan penyelidik luar yang mahu
maklumat mengenai SIRIM.
KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008
4.2 Contoh perpustakaan khusus di Malaysia :
Women's Affairs Division (HAWA),
Kementerian Pertahanan
Kementerian Belia dan Sukan
Hospital Kuala Lumpur
Institute of Medical Research
Public Health Institute
National Heart Institute
Forest Research Institute, Malaysia
Malaysian Judiciary Library
Judiciary and Legal Training Institute
The Attorney General Chambers
Perpustakaan Parlimen Malaysia
Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Penerangan, Pusat Maklumat (MOI)
Radio Televisyen Malaysia
Filem Negara Malaysia
Arkib Negara
Muzium Kebangsaan Malaysia
The National Treasury
Jabatan Hasil Dalam Negeri
Institut Penilaian Negara
Kementerian Perikanan, Institut Penyelidikan Perikanan
Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
Land and Cooperative Department
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian
Kementerian Perhubungan Luar Negara
KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008
5.0 Pusat Sumber
Apabila berkata mengenai pusat sumber, ia lebih merujuk kepada pusat sumber
sekolah. Koleksinya pula hendaklah berkaitan dengan kurikulum sekolah. Namun
permasalahan yang terdapat di dalam pusat sumber adalah kekurangan koleksi
berbentuk ilmiah dan kebanyakan pusat sumber hanya menumpukan kepada koleksi
berbentuk luar dari ilmiah seperti novel.
Pusat Sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta
koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat
Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan
pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran
maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar
membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
5.1 Objektif Pusat Sumber Sekolah
1. Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta
sahsiah.
2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan
pembelajaran supaya mereka tidak hanuya bergantung kepada buku teks dan
kaedah tradisional sahaja.
3. Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian
dan penggunaaan maklumat secara sistematis.
4. Membantu pelajar dan guru menghasilka, menilai dan menggunakan pelbagai
alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran
5. Mengadakan perkhidmatan untuk memenehi keperluan pembelajaran yang
berbeza di kalangan pelajar-pelajar
6. Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008
KESIMPULAN
Terdapat berbagai - bagai jenis perpustakaan yang wujud di dunia ini khasnya di
Malaysia sendiri. Dengan fungsi dan peranan yang berbeza menjadikan perpustakaan
sebagai medium yang amat penting bagi mencari bahan-bahan rujukan tidak kiralah
samada ianya bersifat ilmiah, akademik atau pun hiburan dan rekreasi.
KPLI-KDC-PEM(K2)/IPTHO2008