Idealisme Keindahan Dalam Seni Tampak

12
IDEALISME KEINDAHAN DALAM SENI TAMPAK 1. Pendahuluan Untuk mendapatkan gambaran yang adil berhubung idealisme keindahan dalam seni tampak, perbincangan akan menjurus pada perkembangan seni kontemporari dengan nilai estetik hasil seni tampak berbentuk ekspresif. Secara ringkasnya hasil seni berbentuk ekspresif mengambil rujukan dari seni Abstrak dan Abstrak Ekspresionisme. Tinjauan menunjukkan di awal abad ke-21 kemunculan idealisme keindahan meletakkan semua lapangan seni sebagai suatu ekspresi perasaan. Dalam kerja-kerja penghasilan seni, dinyatakan ada dua imej iaitu imaginasi dan perasaan. Mainan perasaan yang lahir bersama imaginasi menjadi rapat dan sebati. Imej-imej tampak yang digelar sebagai “imejan di bawah sedar”, yang bercelaru dan tidak jelas menjadi paparan dalam karya-karya ekspresif. Walaupun begitu kesan emosi yang melahirkan bentuk dapat membantu menyempurnakan imej-imej yang juga membuka laluan untuk idea-idea intelektual berkembang. Keadaan ini dikatakan sebagai “identity of intuition and expression”. Perbezaan kedua-duanya antara mainan emosi dan gerak rasa hanya pada apa yang tersurat yang menekankan emosi untuk melahirkan suatu perasaan. Gerak rasa yang sedia untuk diekspresifkan telah difikirkan dalam suasana idealisme, menunggu untuk diluahkan. Bentuk komunikasi tampak ini lebih kepada luahan yang ditunjuk dan dizahirkan melalui imej tampak yang terpapar pada kanvas, kertas dan berbagai bahantara lain. 2. Nilai Estetik Adalah Nilai Keindahan Beberapa pendapat yang turut dikongsi antaranya oleh Croce dan Collingwood menyimpulkan bahawa teori keindahan boleh diperhalusi dan mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Begitu sukar untuk 1

Transcript of Idealisme Keindahan Dalam Seni Tampak

Page 1: Idealisme Keindahan Dalam Seni Tampak

IDEALISME KEINDAHAN DALAM SENI TAMPAK

1. Pendahuluan

Untuk mendapatkan gambaran yang adil berhubung idealisme keindahan dalam seni tampak, perbincangan akan menjurus pada perkembangan seni kontemporari dengan nilai estetik hasil seni tampak berbentuk ekspresif. Secara ringkasnya hasil seni berbentuk ekspresif mengambil rujukan dari seni Abstrak dan Abstrak Ekspresionisme. Tinjauan menunjukkan di awal abad ke-21 kemunculan idealisme keindahan meletakkan semua lapangan seni sebagai suatu ekspresi perasaan.

Dalam kerja-kerja penghasilan seni, dinyatakan ada dua imej iaitu imaginasi dan perasaan. Mainan perasaan yang lahir bersama imaginasi menjadi rapat dan sebati. Imej-imej tampak yang digelar sebagai “imejan di bawah sedar”, yang bercelaru dan tidak jelas menjadi paparan dalam karya-karya ekspresif. Walaupun begitu kesan emosi yang melahirkan bentuk dapat membantu menyempurnakan imej-imej yang juga membuka laluan untuk idea-idea intelektual berkembang. Keadaan ini dikatakan sebagai “identity of intuition and expression”.

Perbezaan kedua-duanya antara mainan emosi dan gerak rasa hanya pada apa yang tersurat yang menekankan emosi untuk melahirkan suatu perasaan. Gerak rasa yang sedia untuk diekspresifkan telah difikirkan dalam suasana idealisme, menunggu untuk diluahkan. Bentuk komunikasi tampak ini lebih kepada luahan yang ditunjuk dan dizahirkan melalui imej tampak yang terpapar pada kanvas, kertas dan berbagai bahantara lain.

2. Nilai Estetik Adalah Nilai Keindahan

Beberapa pendapat yang turut dikongsi antaranya oleh Croce dan Collingwood menyimpulkan bahawa teori keindahan boleh diperhalusi dan mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Begitu sukar untuk dikembangkan sebarang teori tanpa dikaitkan dengan teori-teori lain. Manakala bagi Kennick dan rakan-rakannya berpendapat nilai estetik sebagai idealisme keindahan adalah sebahagian teori fundamental (lebih bersifat dasar) yang berada dekat dengan kehidupan seharian. Sama ada ianya munasabah dan berguna hanya boleh terjawab apabila timbulnya persoalan-persoalan yang seumpamanya seperti apakah itu seni? Mengapakah ianya dikatakan seni? Untuk apakah dan kepada siapakah yang layak untuk dinyatakan tentang seni?

Hal yang dijangka menjadi isu dan boleh disalahertikan ialah nilai estetik dalam seni tradisional akan berbeza tafsiran apabila idealisme baru muncul. Merujuk pandangan Kennick, Parkewr dan Bell nilai indah dalam seni tradisional merupakan tanggapan awal yang berbeza pendapat dengan idealisme baru. Istilah dan nilai seni tradisional

1

Page 2: Idealisme Keindahan Dalam Seni Tampak

yang dihujahkan oleh Kennick adalah diguna ke atas karya-karya seni bersandarkan pengalaman semulajadi. Apabila seni tampak berkembang dalam arus zaman, pendekatan, gaya dan idealisme telah berubah. Nilai idealisme keindahan yang dikatakan berkait dengan gerak rasa ekspresif diri mulai disemarakkan oleh pendokong-pendokong baharu dalam dunia seni.

Kennick bersandarkan imaginasi dengan banyaknya objek tampak yang berbentuk mimpi di bawah sedar, khayalan, tafsiran makna yang lebih ke arah tersirat, main-mainan bentuk yang misteri dizahirkan dalam kerja-kerja seni. Kesukaran dalam meletakkan imaginasi tersebut sudah dikesan sejak tahun 1950-an. Keadaan yang mengelirukan orang ramai dalam membuat definasi telah berpanjangan dengan satu demi satu tafsiran definasi dibahaskan. Sebagai suatu istilah berbagai konotasi kalaupun tidak mengelirukan tetapi mungkin membuntukan.

Merujuk kepada pandangan Bell yang terkenal dengan penemuan kaedah ekspresi seni melalui istilah “significant form” dan penemuan ini boleh membantu menyempurnakan definasi seni. Dijelaskan “significant form” dan “expression” dianggap oleh setengah pihak sebagai jalan tengah dalam menyempurnakan definasi seni antara seni tradisional dan seni era kontemporari. Orang ramai tidak begitu jelas tentang istilah seni itu sendiri. Istilah dan definasi seni itu perlu difahami dan dilihat dalam hubungan seni dan budaya.

Manakala Susanne Langer mengkaji pergerakan falsafah estetik bersama idealisme bentuk yang menglahirkan nilai estetik. Beliau menampilkan bentuk sebagai analisis awal dalam idealisme keindahan. Melalui bentuk-bentuk, bidang seni akan ada perkaitannya dengan kehidupan masyarakat.

3. Idealisme Seni Tampak Suatu Perkongsian

Masalahnya ialah tidak ada yang boleh membantu untuk menyokong tafsiran seni itu sekiranya ianya tidak mewakili sesuatu zaman di mana pengaruh seni itu berkembang. Salah faham ini boleh diperbetulkan supaya kefahaman tentang seni harus dianggap sebagai suatu bahasa alam yang membawa makna umum berdasarkan pengalaman dan boleh dikongsi oleh semua pihak. Perkongsian pengalaman ke atas objek-objek seni yang estetik ini berkembang dalam satu zaman dan era tertentu.

Wittgenstein merujuk masalah ini sebagai suatu permainan yang berkait dengan mencari makna. Dengan kepelbagaian perkataan, seni itu boleh dikongsi dalam semua karya-karya seni untuk dipersetujui sebagai suatu bahasa alam. Perkongsian pengalaman itu mempunyai kesinambungan dan memperkayakan lagi istilah keindahan yang ada dalam alam semulajadi. Idealisme keindahan adalah idealisme alam semulajadi yang dicipta begitu cantik untuk dikongsi dan dipelihara.

2

Page 3: Idealisme Keindahan Dalam Seni Tampak

Namun jika kita terus bersetuju bahawa seni itu berkait dengan “ekspresi” yang telah ditolak oleh setengah pihak kerana percubaannya untuk menjawab persoalan apresiasi tidak menepati sasaran. Jawapan yang diberi tidak memenuhi kehendak sesuatu pihak dan jawapan lain yang diekspresi sebagai seni pula yang diketengahkan. Hal ini menyebabkan perbahasan tentang seni telah tidak menarik minat ramai. Analisis estetik diandaikan sebagai seni yang mengelirukan sehingga ada dua pihak yang tertarik dan tidak tertarik dengan seni. Penilaian yang indah dan hodoh telah menjadikan definasi apa itu seni tidak dapat dicari maknanya yang tepat.

Persolannya adakah seni suatu yang lahir secara ekspresif? Soalan-soalan lain akan menyusul seperti, apakah maknanya yang dapat difahami dari hasil-hasil seni yang diekspresifkan? Adakah ianya dapat menyempurnakan luahan emosi? Kesimpulannya secara langsung boleh mengubah keadaan analisis estetik yang cuba dilakukan oleh Croce yang dianggap suatu usaha ideal yang meletakkan seni begitu ekstrim. Usaha ini telah menarik minat masyarakat untuk dikaitkan dengan pelbagai persoalan yang berhubungkait dengan persoalan ekspresif estetik dengan tumpuan arah kepada kesan emosi. Maka setiap persoalan nilai indah dan estetik dari sejarah awal berkembang menjadi seni ekspresif merupakan suatu perkongsian emosi.

Susanne Langer yang mengkaji pergerakan falsafah estetik melihat dari segi karya-karya yang menampilkan bentuk. Beliau mengandaikan semua jenis seni mempunyai sesuatu penampilan bentuk yang berkait langsung dengan hal ehwal masyarakat. Akhirnya pendapat beliau telah diterima dengan kenyataan untuk mencari kesatuan perlu diyakini bahawa dalam setiap bidang seni akan ada perkaitannya dengan kehidupan masyarakat dan terdorong merangsang minda masyarakat ke arah positif. Dari perkaitan ini sudah membuktikan idealisme keindahan adalah suatu perkongsian. Jelas dari pandangan ini definasi seni yang ditemui secara ilmiahnya boleh menerima bahawa seni menampilkan bentuk ialah penglahiran idea melalui gerak rasa ekspresif. “Karya seni adalah hasil ciptaan kreatif yang ekspresif ke atas bentuk-bentuk. Ciptaan kreatif yang dizahirkan mengikut persepsi masing-masing melalui imaginasi dan kesan rasa dari kehidupan manusia”.

Susanne Langer begitu berhati-hati meletakkan makna dan kesan maknanya ke atas hasil seni itu. Bagaimana seni itu dapat mendorong manusia meluahkan kesan rasa masing-masing. Dalam teori ekspresi seni dirujuk pada simbol yang terdapat dari bentuk yang diekspresifkan. Simbol yang berkait dari bahagian ke bahagian lain secara simbolisme. Hasil seni menjadi satu simbol kepada perasaan. Dengan melahirkan sesuatu yang nampak dan tidak nampak yang berada dalam bentuk dan perasaan maka seni itu mudah difahami melalui simbol tertentu. Hujah ini diterima ramai kerana dalam seni kontemporari kewujudan simbol yang disejagatkan membawa makna dan kefahaman bagi semua orang secara universal.

3

Page 4: Idealisme Keindahan Dalam Seni Tampak

Stephen Davies membawa ke depan perkara yang rumit ini. Seni sebagai suatu bahasa emosi maknanya boleh difahami melalui pendengaran, penglihatan, sentuhan (muzik, filem, seni tampak, arca). Sebagai pendengar, pemerhati dan penikmat seni akan menerima maknanya secara formal melalui gerak rasa. Untuk memahaminya akan dicari sama ada melalui pendengaran, penglihatan dan sentuhan. Pencarian ini akan menemui jawapannya kepada maknanya yang dapat dikaitkan dengan kehidupan.

Secara semulajadinya disebalik seni itu mengandungi makna yang tersendiri dan menyentuh perasaan. Kesan yang dapat dilihat seperti sedih tanpa menghadirkan kesedihan. Seni yang dihasil dan digubah itu berdasarkan pengalaman dan emosi akan berada dekat dengan diri manusia.

Pihak yang masih menegakkan nilai ekspresi dalam karya seni telah mengeksploitasikan objek-objek yang diambil dari bahan organik dan bukan organik. Ada yang menampilkan nilai seni yang ekspresif sehingga dikutip objek yang sudah tidak bernyawa diawet dan dijadikan karya seni. Nilai ekspresi seni bersama fungsi-fungsinya menggambarkan secara semulajadi dalam bentuk kemampuan atau kecenderungan minat untuk menampilkan imej dan bentuk sebagai simbol.

Simbol telah dijadikan suatu penggambaran semula sehingga bertahap tinggi. Karya seni dikatakan berkemampuan membuka ruang kebebasan untuk tatapan umum. Nilai ekspresi sebagai bentuk yang kompleks akan dirujuk dan diberi makna berdasarkan simbol.

Dalam karya Cezanne yang menggambarkan semula “Mont Sainte Victoire” menunjukkan nilai semantik (kajian tentang makna perkataan) sebagai fakta yang menunjukkan gunung di Perancis. Dalam beberapa edisi lukisan-lukisan tersebut ianya menonjolkan dominasi warna biru. Keutamaan warna kebiruan yang disederhanakan sehingga melahirkan berbagai mood. Elemen seni dalam bentuk warna ini bukan sekadar menonjolkan kesan jalinan malah mainan warna menampilkan kekuatan bentuk, saiz dan diterima sebagai simbol. Karya-karya lain juga akan terikut apabila suatu sudut atau elemen seni itu diutamakan sebagai tumpuan. Dengan penggunaan warna biru bukanlah suatu titik pengenalan kepada lukisan Cezanne kerana lukisan beliau dari segi lain perlu dirujuk berasaskan pokok pangkal pengalaman dan emosi yang pernah dilalui. Warna biru itu hanya elemen simbol yang menjadi petanda untuk mendapatkan titik perkongsian apabila penilaian semantik digabungkan dalam idealisme keindahan.

Beberapa contoh karya seni tampak berbentuk ekspresi diubahsuai dan dinilai kembali. Perbezaaan antara nilai ekspresi dengan bentuk-bentuk yang telah diubahsuai melahirkan nilai ekspresi baharu dalam bentuk metafora (pemakaian kata-kata yang

4

Page 5: Idealisme Keindahan Dalam Seni Tampak

menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna sebenar). Nilai metafora itu berbeza tanggapannya dan kesimpulan maknanya juga turut berubah. Pengubahsuaian dalam menggunakan elemen-elemen seni ini diterokai dalam seni kontemporari dan dizahirkan secara ekspresif bagi mengajak khalayak berkongsi idealisme keindahan yang disarankan.

Walaubagaimanapun mood yang hendak dilahirkan dalam karya-karya seni tampak itu tidak boleh menjadi sama erti secara literal dengan lain-lain karya seni. Bahasa komunikasi tampak dalam karya seni yang sebelum ini menunjukkan jurang telah cuba didekatkan melalui bentuk metafora.

Apabila karya-karya seni tampak yang mengekspresifkan mood kesedihan, pengalaman dan emosi itu boleh menjadi kebenaran bukan bererti ia dengan mudah boleh memaksa orang bersedih. Karya-karya seni selain seni tampak yang menjadikan hal bendanya menerusi objek-objek metafora yang boleh menghadirkan berbagai pengalaman emosi dari kesan literal ini dapat memaksa orang lain merasai mood kesedihan itu tetapi tidak dalam karya-karya seni tampak. Contoh dalam filem, lambang dan objek-objek metafora dalam berbagai mood boleh mengajak audiens bersama menghayati mood tersebut. Begitu juga dalam penulisan novel dan cerpen yang mampu mengajak pembaca menjadi sebak, sedu, sayu, gembira dan sebagainya.

Secara tidak langsung pembuat seni tampak mempunyai pilihan dalam mereka cipta karya berdasarkan pengalaman sebagai pemerhati. Bahasa seni tampak itu boleh menyambut dan menerima luahan perasaan dalam karya-karya seni tanpa bantuan makna-makna literal. Namun untuk turut menangis tidak mungkin terjadi. Hanya yang uniknya perkongsian idealisme keindahan itu berada di puncak apabila mainan warna, jalinan dan elemen-elemen seni yang dilain dieksploitasi dengan bijak. Hanya dengan sapuan berus yang spontan boleh dinilai sebagai suatu karya berbentuk protes, agresif, marah atau sebaliknya namun untuk mengajak audiens menjadi marah tidak akan kesampaian. Akhirnya karya seni tampak dinilai dan diberi apresiasi dari sudut kekuatan mengolah, kematangan bermain dengan teknik dan ekspresif diri pembuat seni.

Karya ekspresi adalah suatu kebenaran dan tidak mengelirukan untuk dikenalpasti. Melalui mainan perasaan sebagai pengalaman sebenar dalam kehidupan boleh dirasai dan dikongsi. Pendapat lain juga bersandarkan nilai ekspresi yang dimasukkan dari pengalaman berkaitan dengan objek-objek semulajadi yang pernah dilihat. Karya seni yang bernilai ekspresi dapat difahami secara mudah apabila diperjelaskan secara deskriptif (pernyataan berbentuk karangan) dan ungkapan verbal (berbentuk lisan) dalam strukturnya yang tersendiri melalui sesi apresiasi akan membantu menonjolkan objek-objek yang ada dalam pengalaman dan perasaan.

5

Page 6: Idealisme Keindahan Dalam Seni Tampak

Kerja-kerja seni yang telah dibangkitkan kembali dengan segala kekuatan berasaskan pengalaman emosi dapat berdiri sendiri walaupun diterima sebagai tidak logik. Karya-karya sebegini dilebih dan diberatkan dengan elemen seni seperti mainan warna hingga ke tahap kemabukan warna, kesan jalinan yang terlalu ekspresif melalui pelbagai media jenis mudah lentur, digital, keras seperti logam bersama campuran pelbagai media, garis kontur yang dinamik menjadikan pemerhati terpukau, unsur-unsur harmoni yang silih berganti berupa mainan psikologi dan kesan kontra yang di luar kebiasaan sebagai kriteria-kriteria yang menjadi intipati kepada karya-karya yang dihasilkan.

Sebagai karya yang memaparkan kesan tingkahlaku, tempias dari persekitaran semulajadi dijelmakan melalui cerminan emosi walaupun secara tidak logik masih dapat diterima berasaskan pengalaman. Kesesuaian nilai ekspresif itu tidak ditunjukkan melalui air muka sebagai gambaran kesedihan, kepenatan atau tekanan. Fakta yang jelas ialah sumber estetik itu indah dan penting dalam seni. Namun asas-asas nilai ekspresif itu boleh difahami dan mudah ditafsir sekiranya karya seni itu ditampilkan dalam stail tertentu sama ada ianya realis atau abstrak.

Kesukaran ini dapat diatasi melalui intuisi dan gerak hati. Hal ini telah dinyatakan dalam beberapa teori persepsi tampak yang membantu khalayak mengamati seni secara bebas melalui intuisi atau gerak hati.

Beberapa pihak yang menyokong isu ini dari sudut kognetif dan psikologi juga turut bersetuju bahawa idealisme keindahan dalam seni tampak boleh dikongsi oleh khalayak untuk menghayati nilai indah walaupun ianya berbentuk karya ekspresif. Antaranya seperti maklumat tentang proses berkarya, dokumentasi sejarah seni, himpunan catatan, lakaran idea, perlakuan tabiat pengkarya dari aspek psikoanalisis dalam bentuk surat/catatan/memo dan koleksi mentah sebelum tercetusnya idea adalah bahan yang boleh mencelik senikan masyarakat. Selain itu kesani gaya atau stail melalui sapuan berus, mainan warna, jalinan dan olahan bentuk merupakan antara persepsi kognetif yang boleh dikongsi. Perbandingan dengan karya-karya sezaman dan gaya yang dianuti menjadi rujukan sejarah seni dan teori keindahan estetik merupakan bahan penting menyelesaikan masalah yang berkisar dalam dunia seni ekspresif. Segala dokumentasi diri peribadi pembuat seni dari aspek kognetif dan psikologi boleh diterima menjadi suatu perkongsian dalam memahami idealisme keindahan.

6

Page 7: Idealisme Keindahan Dalam Seni Tampak

4. Idealisme Keindahan: Pencarian Seni yang Indah dan Benar

Doktrinasi nilai estetik meletakkan keyakinan bahawa seni itu suatu yang indah. Di sebalik keindahan itu suatu kebenaran yang diperkatakan sebagai nilai estetik. Beberapa pemikiran cuba dikumpulkan dalam menyatakan definasi seni. Antaranya Claude Levi-Strauss, Ferdinand de Saussure, Roland Berthes, Noam Chomsky dan Jean Piaget. Nama-nama pemikir ynag disenaraikan ini lebih memahami seni sebagai bentuk-bentuk logikal dalam pencarian seni yang indah dan benar.

Sebagai contoh salah seorang daripadanya iaitu Claude Levi-Strauss menyatakan segala bentuk budaya diserap ke dalam struktur aktiviti sosial. Seni dalam budaya menjadi sebahagian darinya dan berfungsi dalam aktiviti sosial yang saling melengkapi.

Levi-Strauss menyandarkan pendekatan beliau pada teori komunikasi, dialektif Hegelian, linguistik struktural dan sedar kedudukan keindahan seni itu berubah dari pengalaman sehingga kekal menjadi konvensi sosial.

Apa yang difikirkan dalam masyarakat tentang diri dan persekitaran menjadi suatu kegiatan dalam mencetuskan idea. Jelmaan secara logikal idea-idea ini digambarkan dalam pencarian seni. Dalam pencarian itu, seni ditimbulkan menjadi indah dan benar. Aktiviti sosial dijadikan objek dan ditunjukkan dalam lukisan, arca dan lain-lain artifak seni. Warna-warna dalam lukisan ditafsir sebagai idealisme keindahan yang dikatakan muncul secara semulajadi. Begitu juga unsur-unsur alam diserapkan dengan sifat semulajadi dalam pengolahan bahan bagi menegakkan bahawa seni itu indah dan benar.

Apabila Abstrak Ekspresionisme mulai berkembang idealisme keindahan turut ditafsir kembali. Levi-Strauss merumuskan bahawa lukisan Abstrak terus berkembang dengan mengambil alih fungsi dekorasi yang membawa idea keindahan ditafsir secara semiotik (kajian tentang tanda dan lambang, hubungan dengan idea yang dimaksudkan). Dengan satu bahasa tampak ianya tidak dapat disembunyikan dan boleh wujud dalam semua bahagian. Antara makna keindahan dalam alam semulajadi silih berganti dalam budaya. Akhirnya Levi-Strauss melihat bahawa kebenaran seni yang indah dalam semua budaya akan berubah dalam bentuk pemikiran dan konvensi. Masa yang menyebabkan berubahnya budaya dan berubahnya pencarian seni namun idealismenya masih tetap indah dan benar.

7

Page 8: Idealisme Keindahan Dalam Seni Tampak

Penutup

Persoalan berhubung idealisme keindahan telah menemukan kita dengan beberapa perbahasan. Dari jalur sejarah dan pemikiran tentang nilai keindahan, persoalan idealisime ekspresif dalam seni tampak bukan mudah untuk ditolak. Idealisme ekspresif sebenarnya memudahkan kita untuk mendekati beberapa teori seni lain yang secara umumnya menjadikan seni itu sedia berkembang menempuh cabaran. Teori-teori seni secara semulajadinya akan sedia berkembang menjadi lebih kompleks, mencabar dan menarik minat untuk dibahaskan namun dalam ruang yang sempit. Disebabkan lebih banyak persoalan lain yang diuruskan dari sudut falsafah yang berkait dengan idealisme dalam kebenaran kerja-kerja artistik maka isu yang sama, kandungan yang serupa akan dibangkitkan lagi untuk perkembangan seni artistik dilahirkan semula.

Rujukan:

Contemporary Philosophy of Art. Reading In analytic Aesthetics. Edited by John W. Bender, Ohio University, New Jersey: Prentice Hall, englewood cliffs, 1993.

James O. Young, Art and Knowledge, London: Routledge Taylor & Francis Group, 2001.

Jack Burnham, The Structure of Art, New York: George Braziller, 1973.

Langer, Susanne K., Philosophy in a New Key, Cambridge, Mass., Harvard University Press, 1951.

Tilghman, Benjamin, Wittgenstein, Ethics and Aesthetics, Basingstoke, Macmillan, 1991. Walsh, Dorothy, “The Cognitive Content of Art”, Philosophical Review, 1943, vol. 52, 433-51

___, ‘Art, Knowledge, and Exemplification’, British Journal of Aesthetics, 1999, vol.39, 126-37

8