FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong...

26
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK TAHUN SATU UTM MEMILIH MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN MOHD ADNAN BIN NURULDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG

PELAJAR-PELAJAR JPTK TAHUN SATU UTM MEMILIH MELANJUTKAN

PELAJARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

MOHD ADNAN BIN NURULDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA2011

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”

Tanda tangan : ………………………………............

Nama Penyelia : EN. HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : ……………………

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG

PELAJAR-PELAJAR JPTK TAHUN SATU UTM MEMILIH MELANJUTKAN

PELAJARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

MOHD ADNAN BIN NURULDIN

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : MOHD ADNAN BIN NURULDIN

Tarikh : 10 MEI 2011

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

iii

DEDIKASI

Untuk Ayahnda dan Bonda

NURULDIN BIN MOHD HUSIN

ROKIAH BTE CHE KOB@KOR PO KAI

Yang dihormati, disayangi lagi dikasihi,

Dengan doa dan restumu aku disini,

Memenuhi hajat dan harapan mu,

Menebus kegagalan diriku sendiri,

Kerana kesilapan di masa lalu.

Buat Kak Long dan Kak Ngah

NURNI BTE NURULDIN

NURZIE BTE NURULDIN

Sesungguhnya kalian,

Banyak memberi semangat kepada adikmu ini,

Yang banyak membantu pengajianku,

Segala pengorbanan dan doronganmu,

Tidak mampuku balas semuanya itu.

Kepada adik-adikku tersayang

Yang banyak memberi semangat kepada abangmu ini,

Tidak mampu aku nyatakan,

Di atas jasa-jasa kalian,

Semoga ikatan persaudaraan,

Antara kita kekal berpanjangan,

Selagi hayat dikandung badan.

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah dengan rasa syukur dan segala puji-pujian kehadrat Allah

S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan hidayahNya, maka penyelidikan ini

dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup). Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

pesuruh Allah yang amat dikasihi.

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan

tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, En. Hassan

Bin Hushin atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang

diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Saya juga ingin merakamkan

ucapan terima kasih ini kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberi

semangat kepada saya demi merialisasikan cita-cita ini.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta

sesiapa yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan projek penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi

pembalasan yang setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya.

Insyaallah ianya akan tetap dikenang hingga ke akhir hayat.

Wassalam.

Mohd Adnan bin Nuruldin

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif berbentuk tinjauan secara soal selidik ini adalah untuk mengetahui

faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar JPTK tahun satu UTM memilih

melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Responden terdiri daripada 114 orang

pelajar yang sedang mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kemahiran Hidup (SPH), Kejuruteraan Awam (SPQ), Kejuruteraan Elektrik &

Elektronik (SPR) dan Kejuruteraan Mekanikal (SPJ). Sebanyak 40 item soal selidik

telah diajukan yang mengandungi persoalan yang berkaitan faktor minat, faktor

keluarga, faktor gaji dan faktor pekerjaan. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal

selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden. Penganalisaan data

dibuat dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS version 16)

dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min. Kajian mendapati secara

keseluruhannya semua faktor-faktor yang dikemukakan iaitu faktor minat, faktor

keluarga, faktor gaji dan faktor pekerjaan mendorong pelajar-pelajar JPTK tahun satu

UTM memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Kesemua faktor-faktor

yang mendorong ini berada pada tahap tinggi dan ianya sangat mendorong pelajar-

pelajar JPTK tahun satu UTM untuk memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang

pendidikan. Daripada hasil kajian ini, beberapa cadangan kajian turut diberikan untuk

menambahbaik peluang kemasukan pelajar ke dalam program JPTK di UTM ini.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

vi

ABSTRACT

This descriptive research, in the form of questionnaire is to determine factors that

encourages first years JPTK students to further their studies in education in UTM. The

respondents consisted of 114 first year UTM students, who are undergoing the

Programme in Bachelor of Technology with Education Living Skills (SPH), Mechanical

Engineering (SPJ), Civil Engineering (SPQ) and Electrical & Electronic Engineering

(SPR). 40 items regarding interest factor, family factor, salary factor and working factor

was asked to the respondents. Questionnaire was used as the research instrument and

distributed to respondents. Data was analyzed using Statistical Package for Social

Science (SPSS Version 16) and presented in mean and percentages. The outcome of this

research showed that all the factors which includes interest factor, family factor, salary

factors and working factor encourages first years JPTK students to further their studies

in education in UTM. All these factors are at a high level, which means they encourages

these first years JPTK students to further their studies in education in UTM. Therefore,

from the outcome of this research, some recommendation were given to improve the

intake to the programmes offered at JPTK in UTM.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

viii

1.8 Kepentingan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.9 Rumusan 11

II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknik

dan Vokasional 13

2.3 Kajian-kajian Lepas 13

2.3.1 Faktor Minat 14

2.3.2 Faktor Keluarga 17

2.3.3 Faktor Gaji 19

2.3.4 Faktor Pekerjaan 20

2.4 Rumusan Kajian Lepas 21

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 23

3.4 Instrumen Kajian 24

3.5 Kajian Rintis 26

3.6 Kaedah Penganalisis Data 27

3.7 Rumusan 29

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

ix

IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 30

4.2 Analisis Data Bahagian A 31

4.2.1 Kursus Yang Diikuti 31

4.2.2 Jantina 32

4.2.3 Umur 33

4.2.4 Tahap Pencapaian Akademik 34

4.2.5 Taraf Perkahwinan 35

4.2.6 Pengalaman bekerja 35

4.3 Analisis Data Bahagian B 37

4.3.1 Faktor Minat 39

4.3.2 Faktor Keluarga 42

4.3.3 Faktor Gaji 45

4.3.4 Faktor Pekerjaan 48

4.4 Min Mengikut Faktor 51

4.5 Rumusan 52

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan 54

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Pelajar-pelajar

JPTK 54

5.2.2 Rumusan Hasil Persoalan Kajian 55

5.2.2.1Minat 55

5.2.2.2Keluarga 56

5.2.2.3Gaji 56

5.2.2.4Pekerjaan 57

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

x

5.3 Perbincangan Hasil Dapatan Kajian 58

5.3.1 Apakah faktor minat mendorong pelajar

JPTK tahun satu UTM memilih melanjutkan

Pelajaran dalam bidang pendidikan.

(Faktor Minat). 58

5.3.2 Apakah faktor keluarga mendorong pelajar

JPTK tahun satu UTM memilih melanjutkan

pelajaran dalam bidang pendidikan.

(Faktor Keluarga). 61

5.3.3 Apakah faktor gaji mendorong pelajar

JPTK tahun satu UTM memilih melanjutkan

pelajaran dalam bidang pendidikan.

(Faktor Gaji). 63

5.3.1 Apakah faktor pekerjaan mendorong pelajar

JPTK tahun satu UTM memilih melanjutkan

pelajaran dalam bidang pendidikan.

(Faktor Pekerjaan). 65

5.4 Cadangan 66

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.6 Penutup 68

RUJUKAN 69

LAMPIRAN 71

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

xi

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Surat Menjalani Projek Sarjana Muda (PSM) 73

B Keputusan Kajian Rintis 75

C Surat Pengesahan Item Soal Selidik 77

D Borang Soal Selidik 80

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

xii

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA

JADUAL SURAT

3.1 Bilangan Pelajar JPTK Tahun Satu FP 2010/2011 24

3.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 25

3.3 Skala Pemeringkatan Likert 26

3.4 Pemeringkatan Skor Skala Likert 28

3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 28

3.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 29

4.1 Taburan RespondenMengikut Kursus Yang Diikuti 32

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 32

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 33

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pencapaian

Akademik 34

4.5 Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan 35

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Kerja 36

4.7 Faktor Minat 39

4.8 Faktor Keluarga 42

4.9 Faktor Gaji 45

4.10 Faktor Pekerjaan 48

4.11 Min Mengikut Faktor 51

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

xiii

SENARAI SINGKATAN

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PJJ - Pendidikan Jarak Jauh

PKPG - Program Khas Pengsiswazahan Guru

PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

SPSS - Statistical Package For Sosial Science

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPMV - Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional

SPQ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPR -Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik

& Elektronik)

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bidang pendidikan teknik dan vokasional merupakan pemangkin dalam

pembangunan modal insan, teknologi dan industri di Malaysia. Ia membekalkan

sumber tenaga manusia yang mampu berdaya saing didalam semua sektor di

Malaysia. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad telah

meletakkan matlamat Negara untuk mencapai Negara maju dan berteknologi

menjelang tahun 2020. Pelbagai program pendidikan dan latihan kemahiran telah di

laksanakan oleh pihak kerajaan bagi merealisasikan hasrat ini.

Dalam melaksanakan sesuatu kurikulum baharu, peranan guru merupakan

elemen yang sangat penting yang tidak boleh diabaikan untuk memastikan kurikulum

yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sufean (1995) ada menyatakan,

guru-guru perlu bertindak professional demi untuk mencapai keberkesanan,

produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab. Oleh itu, sebagai guru untuk

memenuhi peranan dan tanggungjawab dalam professional perguruan, guru itu perlu

komited pada peranan dan tanggungjawab yang diberikan kepadanya, menjaga

maruah diri dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa.

Perlaksanaan yang dibuat oleh guru-guru di dapati amat tidak professional, tidak

kreatif dan kurang unsur-unsur inovatif yang menjadikan pembelajaran tidak menarik

dan sukar untuk menarik minat pelajar. Kelemahan ini juga menyebabkan pendidikan

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

2

yang berlaku di sekolah tidak mampu membangungkan potensi pelajar (Abd Rahim,

2003).

Perubahan-perubahan yang telah dan sedang berlaku ini adalah akibat

daripada reformasi pendidikan di Malaysia hari ini dalam konteks memenuhi

matlamat dan hasrat Wawasan 2020 natijah daripada Falsafah Pendidikan Negara

yang secara langsung melibatkan kaum pendidik di seluruh negara. Dalam

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) menyatakan bahawa “Peningkatan daya

saing ini memerlukan modal insan bertaraf dunia yang berpengetahuan tinggi,

berkemahiran, serba boleh dan kreatif serta memiliki etika kerja positif dan nilai

kerohanian. Oleh itu, dalam tempoh RMK-9, bina upaya akan diberi keutamaan

tinggi. Bagi tujuan ini, penambahbaikkan secara komprehensif sistem penyampaian

pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan dilaksanakan.

Penekanan juga akan diberikan kepada pembangunan kemahiran keusahawanan bagi

semua peringkat pendidikan dan latihan untuk membantu mewujudkan masyarakat

usahawan. Program pembelajaran sepanjang hayat akan diperluas bagi menyediakan

lebih banyak peluang kepada individu untuk meningkatkan dan menambah baik

kualiti diri melalui pemerolehan pengetahuan dan kemahiran secara berterusan.”

(Rancangan Malaysia Ke-9, 2006 – 2010)

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah untuk mendapatkan pekerjaan oleh para siswazah universiti

menyebabkan banyak kursus-kursus yang ditawarkan di universiti di pandang rendah

oleh segelintir ibubapa dan masyarakat. Malah ada juga diantara mereka yang

menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak menyediakan peluang pekerjaan yang

secukupnya dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Selain dari itu ada juga yang

berpendapat masalah siswazah menganggur sebenarnya disebabkan oleh sikap

siswazah itu sendiri yang terlalu memilih pekerjaan dan tidak memperkemaskan diri

dengan ilmu yang secukupnya semasa di universiti. Menurut Mahathir Mohammad

(Utusan Malaysia, 5 Ogos 2000) ramai lulusan Institut Pengajian Tinggi menganggur

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

3

kerana memilih jurusan yang tidak bernilai dan tidak mahir dalam Bahasa Inggeris.

Ada juga kursus-kursus yang tidak mendapat sambutan kerana pasaran pekerjaan

yang terhad serta perlu bersaing dengan ramai graduan. Malah untuk mendapat

jaminan pekerjaan ada juga diantara pelajar yang menyambung pelajaran didalam

bidang yang tidak diminati. Menurut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib

Mahmud (Utusan Malaysia, 02 Mac 2008), kira-kira 60 000 graduan di negara ini

tidak mendapat pekerjaan kerana kelulusan mereka tidak menepati keperluan dalam

sektor-sektor pekerjaan dalam pasaran sekarang. Ini menunjukkan bahawa wujudnya

ketidaksetaraan dalam kehendak dan keperluan antara universiti dan industri.

Universiti dan pusat pengajian sepatutnya menyediakan graduan yang dapat

memenuhi kehendak industri dengan kata lain mendapatkan pekerjaan berdasarkan

ilmu yang diperolehi.

Kebelakangan ini ramai di kalangan para pelajar menyambung pelajaran

dalam pelbagai bidang pendidikan termasuklah pendidikan Teknik dan Vokasional.

Masalah untuk mendapatkan pekerjaan yang dihadapi oleh para graduan universiti

yang mengikuti kursus bukan pendidikan, telah menjadikan kursus pendidikan

semakin mendapat sambutan di hati para pelajar. Ini kerana kursus pendidikan

mendapat permintaan yang tinggi oleh pihak kerajaan dan juga menjanjikan

pekerjaan setelah tamat belajar. Menurut Mahathir Mohammad (Utusan Malaysia, 5

Ogos 2000), masalah siswazah menganggur timbul kerana terdapat ketidaksuaian

antara bidang yang dipilih untuk dipelajari dengan keperluan kepakaran yang diisi.

Walaupun setiap pelajar harus diberi peluang mempelajari bidang yang diminati,

mereka perlu memikirkan tentang keperluan semasa sama ada mereka mudah

mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian. Pelajar perlu digalakkan mengambil

jurusan yang berkaitan dengan permintaan tenaga kerja. Program pendidikan teknik

dan vokasional adalah sama seperti kursus-kursus pendidikan yang lain di universiti

yang mewajibkan pelajar mengikuti pengajian selama 4 tahun. Semua pelajar-pelajar

tidak terkecuali dalam usaha memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih tinggi

seterusnya meningkatkan tahap pencapaian akedemik dan teknikal mereka melalui

program ini.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

untuk memenuhi syarat kemasukan bagi kursus pendidikan di universiti. Ujian Medsi

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

4

adalah salah satu usaha pihak kementerian untuk memilih calon yang benar-benar

layak dari segi pengetahuan dan psikologi sebelum mengikuti kursus pendidikan.

Tidak cukup dengan ujian Medsi, sesi temuduga pula dijalankan kepada mereka yang

lulus ujian Medsi bagi melihat kesungguhan dan bakat untuk menjadi seorang

pendidik. Namun begitu semua ini belum cukup untuk menjamin para pelajar betul-

betul menjadi seorang pendidik yang berwibawa dan akan memartabatkan anak

bangsa ke persada dunia pada suatu hari nanti. Sedangkan masih ada lagi guru-guru

yang tidak begitu komited dalam menjalankan tugas atau hanya melepaskan batuk di

tangga semasa mengajar. Ada juga yang menyatakan bahawa para pelajar yang

memlih bidang pendidikan ini sebenarnya bukan kerana minat atau cintakan dunia

pendidikan. Tetapi memilih bidang ini kerana jaminan kerja, gaji yang tinggi,

kehendak keluarga dan sebagainya. Perkara sebeginilah yang menjatuhkan profesion

perguruan dan melahirkan bakal-bakal guru yang tidak berkualiti.

Kementerian Pelajaran Malaysia sedang merancang dan melaksanakan

program-program untuk memperkasakan lagi profesion perguruan dan melahirkan

guru-guru berkualiti dalam Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9). Menteri

Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kementerian

terus menggunakan dasar sedia ada iaitu meningkatkan jumlah guru siswazah kepada

sekurang-kurangnya 50 peratus di sekolah rendah dan 100 peratus di sekolah

menegah menjelang 2010.” (Utusan Malaysia, 20 Mei 2005)

Menurut Mok Soon Sang (1996), kaum guru harus sedar untuk meningkatkan

mutu perkhidmatan, maka hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan

yang mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap

tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta mempunyai sikap yang positif

terhadap pekerjaan. Peningkatan ilmu pengetahuan penting bagi seseorang guru agar

ia tidak ketinggalan dengan arus perkembangan semasa.

Apabila seseorang menaruh perhatian terhadap sesuatu, maka minat akan

menjadi motif yang kuat untuk berhubungan secara lebih aktif dengan sesuatu yang

menarik minatnya. Menurut Abu Zahari (1987), mengatakan minat berperanan

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Minat yang tinggi boleh

mempengaruhi dan mendorong seseorang itu berusaha dengan gigih untuk

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

5

menguasai apa yang dikehendaki. Menurut Shukor (1994, dalam: Mohd Khalled

Khairol 2008) menyatakan minat juga merupakan perhatian, kesukaan,

kecenderungan dan kegemaran seseorang terhadap sesuatu.

.

Discenza, dalam: Zulfikar (1993), telah mengemukakan alasan bahawa

seseorang melanjutkan pelajaran ialah kerana dorongan ibu bapa, keluarga, biasiswa,

prestasi akademik dan tempat institusi. Ini menunjukkan peranan dari ibu bapa dan

keluarga tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi sebab pelajar-pelajar

melanjutkan pelajaran.

Pelajar juga harus sedar bahawa peningkatan kelayakan akademik yang

diperolehi akan meletakkan diri mereka di tempat yang lebih baik berbanding

sebelumnya. Menurut Mohd Noor Ibrahim (1990), dalam ulasannya mengenai teori

Human Capital ” oleh Beker, seseorang yang mempunyai pendidikan yang tinggi

adalah sesuai dan lebih berkemampuan untuk menikmati pendapatan dan produktiviti

yang tinggi. Oleh itu para pelajar mestilah menganggap bahawa peningkatan

kelayakan akademik akan memberikan keuntungan atau aset dalam kerjaya mereka.

Menurut Holland (1973), menemukakan teori yang menyatakan bahawa

setiap individu mempunyai citarasanya tersendiri mengenai dunia pekerjaan Ia akan

mempunyai nilai – nilai positif dan nilai negatif tersendiri terhadap sesuatu bidang

pekerjaan Oleh itu citarasa dan nilai tersendiri ini akan memainkan peranan yang

penting dalam mempengaruhi pilihan kerjaya seseorang individu.

Berdasarkan perkembangan inilah kajian dijalankan oleh penyelidik untuk

mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar JPTK tahun satu UTM

melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

6

1.3 Penyataan Masalah

Dalam menuju era Wawasan 2020 agar membentuk negara maju dalam

segenap bidang khususnya dalam memperkasakan mutu pendidikan bertaraf dunia,

kerajaan sedang menambah bilangan bakal-bakal guru Teknik dan Vokasional agar

hasrat kerajaan dalam menaikkan taraf mutu pendidikan teknikal Negara tercapai.

Usaha menambah bilangan bakal-bakal guru Teknik dan Vokasional adalah selaras

dengan kehendak kerajaan memartabatkan sistem pendidikan teknikal ke bertaraf

dunia. Bakal-bakal guru mestilah sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan

kemahiran serta kemajuan diri ke tahap yang lebih baik. Ini kerana prestasi guru

sentiasa mempengaruhi kualiti perkhidmatan pendidikan di sesebuah negara.

Kerajaan telah membuka peluang seluas-luasnya kepada guru-guru untuk

mengikuti program-program dan latihan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian.

Namun masih ada lagi guru-guru yang tidak begitu komited dalam memperkasakan

diri terhadap kursus dan kemahiran yang diberikan. Malah mereka lebih gemar

memberi tumpuan kepada aktiviti lain seperti berniaga dan menguruskan perniagaan

yang merupakan sumber rezeki kedua mereka. Mengapakah keadaan seperti ini

berlaku dan apakah puncanya. Holland (1973) pernah menyatakan, seseorang

individu tidak akan kekal lama dalam sesuatu pekerjaanya sekiranya tidak puas

dengan pekerjaan yang dibuat. Mohd. Salleh (1998) pula menyatakan sukar mencari

dan memastikan calon-calon guru yang benar-benar berminat menjadi guru atau

memilih profesion perguruan, terutama golongan lelaki, mereka ingin menceburi

bidang perniagaan, perkilangan dan pentadbiran. Beliau tidak menyenaraikan minat

sebagai faktor yang menyebabkan pemilihan profesion perguruan.

Pengalaman optima seseorang individu adalah hasil dari kepuasan yang

diperolehi daripada apa yang dilakukan atau hasil dapatan dari aktiviti yang

dilakukan. Atas perkembangan inilah kajian ini dijalankan untuk melihat dan

mengetahui faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar JPTK tahun satu UTM

memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan dari aspek minat, keluarga,

gaji dan pekerjaan.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran jelas sejauh manakah

faktor-faktor pendorong akan mendorong pelajar-pelajar JPTK tahun satu UTM

memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Aspek-aspek ini akan

dikaji melalui beberapa objektif berikut :

(a) Mengenal pasti apakah faktor minat mendorong pelajar-pelajar JPTK

tahun satu UTM memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang

pendidikan.

(b) Mengenal pasti apakah faktor keluarga mendorong pelajar-pelajar

JPTK tahun satu UTM memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang

pendidikan.

(c) Mengenal pasti apakah faktor gaji mendorong pelajar-pelajar JPTK

tahun satu UTM memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang

pendidikan.

(d) Mengenal pasti apakah faktor pekerjaan mendorong pelajar-pelajar

JPTK tahun satu UTM memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang

pendidikan.

1.5 Persoalan Kajian

Berpandukan kepada penyataan masalah di atas, persoalan kajian yang

hendak di selidiki melalui kajian ini ialah:-

(a) Apakah faktor minat mendorong pelajar-pelajar JPTK tahun satu

UTM memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan?

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

8

(b) Apakah faktor keluarga mendorong pelajar-pelajar JPTK tahun satu

UTM memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan?

(c) Apakah faktor gaji mendorong pelajar-pelajar JPTK tahun satu UTM

memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan?

(c) Apakah faktor pekerjaan mendorong pelajar-pelajar JPTK tahun

satu UTM memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan?

1.6 Skop Kajian

Skop kajian ini hanya melibatkan pelajar-pelajar tahun satu yang sedang

mengikuti Program dibawah Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan di UTM

dalam empat program pendidikan iaitu Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH),

Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal (SPJ), Pendidikan Kejuruteraan Elektrik &

Elektronik (SPR) dan Pendidikan Kejuruteraan Awam (SPQ). Pemilihan pelajar

JPTK sebagai sampel dan responden kajian adalah kerana jumlah pelajar di bawah

program JPTK tahun satu adalah paling ramai berbanding pelajar yang mengikuti

lain-lain program di fakulti pendidikan. Selain daripada itu, skop kajian ini juga

hanya melibatkan empat faktor iaitu faktor minat, faktor keluarga, faktor gaji dan

juga faktor pekerjaan. Sampel yang diperolehi juga merupakan suatu sampel yang

lebih khusus kerana ianya hanya melibatkan pelajar-pelajar JPTK tahun satu sahaja.

Kajian ini akan berpandukan kepada maklumat yang diberikan oleh pelajar-pelajar

iaitu responden kajian. Item-item kajian yang digubal adalah untuk mengetahui

sejauh mana faktor-faktor pendorong seperti minat, keluarga, gaji dan pekerjaan

mendorong pelajar-pelajar JPTK tahun satu UTM untuk memilih melanjutkan

pelajaran dalam bidang pendidikan.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

9

1.7 Batasan Kajian

Oleh kerana terdapat kekangan dari segi masa dan sumber kewangan, kajian

ini hanya dibataskan kepada pelajar-pelajar tahun satu yang sedang mengikuti

Program dibawah Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan di UTM dalam empat

program pengajian sahaja iaitu Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH), Pendidikan

Kejuruteraan Mekanikal (SPJ), Pendidikan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

(SPR) dan Pendidikan Kejuruteraan Awam (SPQ), bukan keseluruhan pelajar tahun

satu Fakulti Pendidikan.

1.8 Kepentingan kajian

Hasil daripada kajian dan penyelidikan ini maka diharap ianya akan dapat

dijadikan panduan oleh pihak-pihak tertentu. Terdapat juga beberapa manafaat yang

diperolehi hasil daripada kajian yang dijalankan. Antaranya ialah :

i. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah Pihak yang

bertanggungjawab sepenuhnya dalam membuat garis panduan dan

syarat kemasukan bagi memilih bakal-bakal guru baru. Hasil daripada

kajian ini diharapkan dapat membantu pihak KPM dalam

menambahbaik garis panduan dan syarat kemasukan ke kursus

pendidikan di semua universiti di Malaysia. Kajian dijalankan untuk

mengenalpasti kelemahan yang berlaku dan perlu dibaiki.

ii. Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.

Kajian yang dijalankan ini boleh di jadikan panduan kepada pihak

universiti untuk menambahbaik proses pembelajaran untuk menarik

perhatian serta minat pelatih untuk menceburi bidang pendidikan yang

disediakan. Dapat memberi maklum balas kepada JPTK tentang

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

10

perancangan matapelajaran yang ditawarkan kepada bakal-bakal guru

JPTK serta mengkaji semula matapelajaran yang kurang sesuai.

Disamping itu pihak pentadbiran universiti juga mungkin boleh

membina satu garis panduan baru untuk mengambil pelatih yang

terdiri daripada belia yang benar-benar layak.

iii. Bakal-bakal guru Teknik dan Vokasional

Menyedarkan pelajar supaya mereka membuat pemilihan yang tepat

untuk mengikuti sesuatu bidang yang diceburi. Hal ini penting untuk

memastikan mereka mempunyai minat terhadap bidang yang diceburi

dan dapat menjadi guru yang terlatih, berketrampilan dan berkualiti

serta boleh diterima di dalam dunia pendidikan.

iv. Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini juga dapat mendatangkan manfaat kepada pensyarah-

pensyarah di UTM. Melalui dapatan kajian ini nanti, pensyarah

seharusnya dapat mencari pendekatan pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai untuk memastikan pelatih berminat dan bersungguh-

sungguh di dalam bidang yang diceburi.

1.9 Definisi Istilah

Dalam memberi kefahaman di dalam kajian ini terdapat beberapa definisi yang

digunakan oleh penyelidik bagi memperjelaskan sesuatu perkara supaya lebih selari

dengan maksud atau makna yang diutarakan.

Page 26: FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR-PELAJAR JPTK … · faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar jptk tahun satu utm memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan mohd

11

1.9.1 Faktor

Faktor adalah keadaan atau tenaga yang mempunyai pengaruh keatas hasil

dari sesuatu yang berlaku itu mesti ada sebabnya (kamus dewan, 1991). Dalam

kajian ini faktor merujuk kepada faktor-faktor yang mendorong pelajar melanjutkan

pelajaran. Mengikut Kamus Dewan Edisi (1990), faktor adalah keadaan peristiwa

dan lain-lain yang mempengaruhi terjadinya sesuatu, manakala mengikut The Oxford

English Dictionary, faktor membawa maksud suatu elemen yang terdapat dalam

komposisi tertentu yang membuahkan hasil atau sebagai agen. Dalam kajian ini ia

membawa maksud unsur-unsur yang mendorong pelajar-pelajar JPTK tahun satu

UTM memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan.

1.9.2 Melanjutkan Pelajaran

Menambah atau meneruskan belajar secara sepenuh masa di Institusi

Pengajian Tinggi Awam, dengan tujuan untuk mempertingkatkan prestasi akedemik

samada ilmu pengetahuan atau kemahiran secara formal (Kamus Dewan, 1996).

Suatu proses meningkatkan ilmu pengetahuan ke tahap yang lebih tinggi dan

sekaligus merubah status seseorang kepada kedudukan yang lebih baik dan dihormati

oleh masyarakat. (Rahimah Ahmad,1988).

1.10 Rumusan

Dalam bab ini pengkaji telah menerangkan serba sedikit tentang latar

belakang kajian, penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian dan

kepentingan kajian. Oleh itu, dapatlah dibuat rumusan bagi mengatur langkah dan

strategi untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar-pelajar JPTK

tahun satu UTM memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan.