FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi...

24

Transcript of FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi...

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan
Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR

MENENGAH RENDAH MEMILIH PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL.

SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KAWASAN

SENGGARANG, BATU PAHAT JOHOR.

AB. HADI BIN MOHAMED

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan
Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

iv

DEDIKASI

Buat nenekanda tersayang,

Pn. Fatimah Bt. Taib dan Allahyarham Abdullah bin Hamat

Terima kasih atas doamu dan segala pengorbanan serta kepayahan kalian mendidikku.

Teristimewa buat insan tersayang,

Nadzriah bt. Abd Rasid dan anak-anak Nur Farhana Nabila,

Nur Deanna Syafiyya dan Nurin Afina Hafiy

Doa dan pengorbanan kalian menjadi azimat kejayaan papa.

Jadikanlah kejayaan ini pendorong kalian semua.

Tak dilupakan buat,

Ab. Rasid Zainal Abidin, Hasnah Lebai Man (mertua)

Kakak, abang serta adik yang banyak memberi sokongan

Untuk kejayaan saya

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Pengasahani.

Allhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat allah S.W.T kerana dengan izinNya

dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda pada semester ini.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik

Shahrin Bin Hashim yang telah sudi memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta buah

fikiran disepanjang tempoh saya menyiapkan penyelidikan saya ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada panel penilai yang memberi komen dan

cadangan yang amat membina dalam menyempurnakan lagi penulisan ini. Ucapan

penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak

membantu mengeluarkan pendapat dan berkongsi pengetahuan untuk menghasilkan

penyelidikan ini.

Terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pengetua dan guru-

guru sekolah dan pelajar-pelajar yang telibat dengan kajian ini kerana telah memberi

kerjasama dalam menjayakan penyelidikan ini.

Akhir sekali untuk isteri yang tercinta, serta anak-anak yang tersayang yang mana

banyak berkorban untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. Jasa kalian semuanya

akan tetap dikenang buat selama-lamanya.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

vi

ABSTRAK

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan tujuan bagi mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar-pelajar menengah rendah memilih aliran pendidikan teknik dan vokasional selepas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Objektif kajian ini untuk mengenal pasti adakah faktor minat, faktor ibu bapa, faktor rakan sebaya, faktor guru, faktor kurikulum, faktor peluang kerjaya dan peluang pembelajaran serta faktor pengetahuan sedia ada, di dalam mempengaruhi keazaman pelajar memilih untuk mengikuti aliran ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Senggarang dan SMK Tunku Mahmood Iskandar, Senggarang , Batu Pahat, Johor. Seramai 200 orang responden telah mengembalikan soal selidik untuk diproses. Data mentah dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Sosial Science (SPSS) versi 11.5. Analisis dinyatakan dalam bentuk min, peratusan dan kekerapan. Hasil kajian mendapati bahawa faktor guru, peluang kerjaya, peluang pembelajaran dan kurikulum adalah merupakan faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar memilih aliran pendidikan teknik dan vokasional. Faktor minat, ibubapa, rakan sebaya dan pengetahuan sedia ada didapati kurang mempengaruhi keazaman pelajar memilih untuk mengikuti aliran teknik dan vokasional. Oleh yang demikian, adalah diharapkan satu usaha dapat dilakukan untuk menimbulkan minat dan menambah pengetahuan pelajar tentang aliran teknik dan vokasional ini.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

vii

ABSTRACT

This descriptive study is conducted to indentify the factors that influence students in choosing technical and vocational education after passing Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). This, the objective of this study is to find out if factors such as students interest, their parents and family, friends, teachers, curriculum, career opportunities, study opportunities and prior knowledge play a part in choosing this discipline. The students form 3 of SMK. Senggarang and SMK. Tunku Mahmood Iskandar, Senggarang, Batu Pahat, Johor were use as the sample of this study. 200 respondents have returned this questionnaires given to them to be processed and analyzed. The data is gathered and analyzed using Statistical Packages For Social Science (SPSS) version 11.5. The results of the analysis are presented in term of min, percentage and frequency. The finding show that teachers, career opportunities, study opportunities and curriculum play a dominant part in influencing students choice of this discipline. In contrast, students interest, parents, friend and prior knowledge are found to be less of an influence. It is hope that the finding of this study would provide some insight in our effort to generate interest and increase students’ knowledge of the technical and vocational education.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

ix

1.7 Batasan kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Penutup 12

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Minat terhadap pembelajaran 14

2.3 Pengaruh Keluarga dan Ibu Bapa 15

2.4 Pengaruh Guru 16

2.5 Pengaruh Rakan Sebaya 17

2.6 Pengaruh Peluang Kerjaya 18

2.7 Pengaruh Kurikulum 20

2.8 Pengetahuan Sedia Ada 21

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Reka Bentuk Kajian 22

3.3 Tempat Kajian 23

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 24

3.5 Instrumen Kajian 24

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Prosedur Kajian 30

3.8 Penganalisisan Data 30

3.9 Penutup 32

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

x

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Bahagian A 34

4.3 Analisis Bahagian B 36

4.3.1 Analisis persoalan Kajian Pertama:

Faktor Minat 37

4.3.2 Analisis persoalan Kajian kedua:

Faktor Guru 39

4.3.3 Analisis persoalan Kajian Ketiga:

Faktor Ibu bapa dan Keluarga 41

4.3.4 Analisis persoalan Kajian Keempat:

Faktor Rakan Sebaya 43

4.3.5 Analisis persoalan Kajian Kelima:

Faktor Kurikulum 45

4.3.6 Analisis persoalan Kajian Keenam:

Faktor Peluang Pekerjaan 47

4.3.7 Analisis persoalan Kajian Ketujuh:

Faktor Peluang Pembelajaran 49

4.3.8 Analisis persoalan Kajian Kelapan:

Faktor Pengetahuan Sedia Ada 51

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 55

5.2.1 Latar Belakang Responden 55

5.2.2 Perbincangan Mengenai Faktor

Yang mempengaruhi Keazaman

Pelajar Memilih Aliran Pendidikan

Teknik dan Vokasional 55

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

xi

5.3 Rumusan 61

5.4 Cadangan 63

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.6 Penutup 64

BIBLIOGRAFI 65

LAMPIRAN 69

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan sampel 24

3.2 Bahagian A dalam Borang Soal selidik 25

3.3 Bahagian B dalam Borang Soal Selidik 26

3.4 Jadual Skala Likert 27

3.5 Pengkelasan Skala Likert 31

3.6 Markat Skala Penyelidik 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Keturunan 34

4.2 Taburan responden Mengikut Pekerjaan

Ibu Bapa 34

4.3 Taburan responden Mengikut Elektif KHB 35

4.4 Analisis Faktor Minat 37

4.5 Analisis Faktor Guru 39

4.6 Analisis Faktor Ibu Bapa dan Keluarga 41

4.7 Analisis Faktor Rakan Sebaya 43

4.8 Analisis Faktor Kurikulum 45

4.9 Analisis Faktor Peluang Kerjaya 47

4.10 Analisis Faktor Peluang Pembelajaran 49

4.11 Analisis Faktor Pengetahuan Sedia Ada 51

4.12 Pengkelasan Tahap Penilaian 53

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

5.1 Nilai Min 53

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

xiii

SENARAI SINGKATAN

RMK 8 - Rancangan Malaysia Kelapan

BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

RRJPK3 - Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga

SMT - Sekolah Menengah Teknik

MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan

BBS - Borang Soal Selidik

PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

SPSS - Statistical Package For Social Science

PMR - Penilaian Menengah Rendah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

xiv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Jadual 4.4, Guna Tenaga Mengikut 69

Pekerjaan Terpilih, 1995-2005 B Borang Soal Selidik 70 C Surat akuan EPRD Kementerian Pendidikan Malaysia 77 D Surat Kebenaran JPNJ 78 E Analisis Data Kajian Rintis 79 F Kesahan Item Soal Selidik 80

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Keperluan kepada pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia kini dilihat

sebagai satu perkara yang utama. Pendidikan teknik dan vokasional ini adalah

bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan boleh

dilatih dalam mencapai matlamat pembangunan sumber tenaga manusia dalam

pembangunan Negara.

Keperluan pendidikan ini turut dipaparkan dalam Rancangan Malaysia Ke 8

( RMK 8 ), bahawa guna tenaga dalam sektor pembuatan berkembang pada kadar

purata 4.8 % setahun dalam tempoh rancangan. Sektor pembuatan merupakan

penyumbang utama pewujudan pekerjaan, iaitu 530,800 pekerjaan baru dan ini

meningkatkan bahagiannya dalam jumlah guna tenaga kepada 27.6 % pada tahun

2000 daripada 25.3 % pada tahun 1995. Peningkatan ini adalah satu jaminan

kepada peluang-peluang pekerjaan yang luas dan terbuka kepada rakyat Malaysia

menceburinya.

Sesungguhnya pada masa ini bilangan rakyat Malaysia yang menceburi

bidang-bidang teknik dan vokasional adalah masih kecil jumlahnya. Mengikut

lapuran RMK 8, permintaan untuk jawatan jurutera pada tahun 2005 ialah 108,400

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

2

dan bagi pembantu jurutera peningkatan guna tenaga ialah seramai 247,739 orang,

sedangkan stok yang ada pada tahun 2000 bagi jurutera ialah seramai 55,485 dan

bagi pembantu jurutera ialah seramai 130,024 orang. Dari data di atas menunjukkan

bahawa guna tenaga bagi jurutera dan pembantu jurutera amatlah tinggi

permintaanya terutama dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik,

mekanikal, awam serta kejuruteraan kimia seperti yang dilapurkan dalam RMK 8

(lampiran A ). Manakala kenyataan dari Institut Kejuruteraan Malaysia bahawa

Malaysia sedang menghadapi krisis kejuruteraan, Malaysia memerlukan sekurang-

kurangnya 30,000 orang jurutera dalam berbagai bidang menjelang 2020 nanti.

Pendidikan merupakan suatu institusi masyarakat yang sangat penting

disamping institusi masyarakat yang lain seperti keluarga, agama, undang-undang

dan sebagainya. Melalui pendidikan, masyarakat dapat menyalurkan kebudayaan,

cara hidup dan pelbagai bidang ilmu dan kemahiran daripada satu generasi kepada

satu generasi yang lain. ( Zakaria 1995).

Pendidikan merupakan satu proses pembentukkan diri seseorang individu.

Hasil pendidikan diharap dapat memberi perubahan daripada suatu keadaan kepada

suatu keadaan yang lebih baik dari sebelumnya. Di sini nyatalah bahawa tugas

mendidik dan membentuk personaliti seseorang individu adalah satu tugas yang

kompleks dan luas. Tugas ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh satu golongan

seperti guru-guru di sekolah saja. Semua anggota masyarakat yang mempunyai

hubungan dengan seseorang individu mempunyai pengaruh dan peranan

(Robiah,1994).

Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Pendidikan Teknik dan

Vokasional (BPTV) turut menyusun semula kurikulumnya pada tahun 1987 supaya

ianya lebih berkaitan dengan sains dan teknologi pada masa kini. Sistem pendidikan

teknik dijalankan di Politeknik, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional serta

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

3

Sek Men Akademik di seluruh negara. Kurikulum PTV yang baru bertujuan untuk

memenuhi matlamat:

1. membantu negara dalam proses pembangunan dan pemodenan

industri melalui program PTV yang mengeluarkan tenaga manusia

terlatih serta berpengetahuan teknikal.

2. menyediakan pendidikan asas untuk membolehkan pelajar

melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi.

3. memperkembangkan minat dikalangan pelajar dalam bidang sains

dan teknologi.

4. memperkembangkan sikap yang positif, bertanggungjawab dan

berdisiplin di kalangan pelajar.

Untuk merealisasikan matlamat Pendidikan Teknik dan Vokasional ini

kerajaan telah mengambil langkah yang sewajarnya iaitu dengan menambah

pembinaan sekolah teknik diseluruh negara. Oleh itu, adalah dirasakan semua pihak

seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Pentadbir sekolah, guru- guru, ibubapa

mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi mendorong keazaman pelajar

memilih bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional ini. Pelajar-pelajar perlu

disemaikan minat terhadap mata pelajaran sains dan teknologi. Ini kerana sikap dan

minat yang ada pada seseorang bukanlah sesuatu yang diwarisi dari sesiapa. Ianya

wujud dalam diri seseorang apabila seseorang itu berkeinginan terhadap sesuatu

yang diingini. Minat adalah sebahagian daripada tingkahlaku dan ianya wujud

dengan sendirinya. Apabila seseorang itu berminat dengan sesuatu pekara, ia akan

berusaha untuk mempelajarinya sehingga ia dapat menguasai perkara yang diminati

tersebut.

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Meskipun pada masa sekarang terdapat pelbagai institut latihan pendidikan

teknik dan vokasional yang dianjurkan samada oleh kerajaan atau pihak badan

berkanun dan swasta yang melahirkan pelatih-pelatih tenaga separuh mahir atau

mahir, namun pihak kerajaan masih lagi menghadapi masalah kekurangan tenaga

kerja dalam sektor-sektor yang tertentu, sehinggakan kerajaan terpaksa membawa

masuk pekerja asing untuk memenuhi keperluan ini. Dalam laporan kerajaan dalam

RMK 8 seramai 749,200 orang pekerja asing pada tahun 2000 dan pada tahun 2005

dijangkakan seramai 570,000 orang pekerja asing diperlukan dalam berbagai

bidang. Dari data tersebut jelas menunjukkan bahawa permintaan guna tenaga amat

tinggi. Sepanjang tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJPK3)

sektor pembuatan dan pengeluaran sahaja memerlukan penggunaan tenaga manusia

kerana terujudnya 3.543 juta pekerjaan pada tahun 2010.

Bermula tahun 1991, kesemua Sekolah menengah vokasional akan

dinaikkan taraf kepada sekolah menengah teknik. Pada tahun 2003 ini jumlah

sekolah menengah teknik ialah sebanyak 87 buah semuanya.

Kemasukan pelajar ke sekolah teknik adalah berdasarkan kepada keputusan

peperiksaan PMR. Pelajar-pelajar yang terpilih akan dijuruskan ke kursus-kursus

aliran teknik dan vokasional di Sekolah Teknik. Pelajar memulakan pengajian

mereka dari tingkatan empat hingga tingkatan lima. Pelajar-pelajar di sekolah

teknik akan mengikuti pelajaran mengikut kursus yang ditawarkan. Subjek yang

ditawarkan di sekolah teknik akan menjurus pada untuk melanjutkan pelajaran

dalam bidang kejuruteraan di universiti dan juga menjurus kepada menceburi alam

pekerjaan. Sekolah teknik sekarang menawarkan empat kursus atau jurusan untuk

dipilih oleh pelajar, iaitu Kursus Pendidikan Teknikal, Pendidikan Vokasional,

Pendidikan Latihan Kemahiran dan Pendidikan Kursus Kemahiran Khusus.

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

5

Pendidikan Teknikal bertujuan untuk memberi pendidikan asas dalam

bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan

terhadap bidang tersebut dan mengekalkan kecenderungan ini supaya membolehkan

mereka melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di institusi pengajian

tinggi. Pendidikan Teknikal menawarkan tiga kursus iaitu Kejuruteraan Mekanikal.

Kejuruteraan Awam dan kejuruteraan Elektrik.

Objektif Pendidikan Vokasional ialah menyediakan pelajar dengan

pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perdagangan ,

industri dan pertanian serta membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian

dalam bidang teknikal dan vokasional. Terdapat lapan kursus yang ditawarkan

dalam jurusan Pendidikan Vokasional ini iaitu Elektrik, Elektronik, Amalan

Bengkel Mesin, Kimpalan & Fabrikasi Logam, Automotif, Binaan Bangunan,

Penyejukan dan Penyaman Udara dan Pengurusan Perniagaan.

Pendidikan Latihan Kemahiran adalah kursus yang terbuka kepada pelajar

yang pencapaian rendah yang memilih untuk meneruskan pelajaran dalam bidang

kemahiran. Pelajar-pelajar akan mengikuti latihan kemahiran dalam kursus-kursus

Awam, Mekanikal dan Elektrik dan Elektronik mengikut sukatan pelajaran yang

disediakan oleh Kementerian Pendidikan selaras dengan piawaian Sijil MLVK.

Pelajar dalam aliran ini akan berpeluang menceburkan diri dalam pekerjaan di

sektor swasta. Mereka juga berpeluang melanjutkan latihan kemahiran dalam

bidang tertentu di Institut Latihan Kemahiran dan sijil akan dikeluarkan oleh

Kementerian Sumber Manusia.

Jurusan seterusnya yang ditawarkan di sekolah teknik ialah Pendidikan

Kursus Kemahiran Khusus, kursus ini bertujuan untuk memberi peluang pelajar

lepasan sekolah teknik dan akademik mendapatkan latihan khusus atau lanjutan

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

6

dalam bidang-bidang tertentu seperti kursus Senireka Tanda dan Automotif

Lanjutan Diesel.

Pada tahun 2000, seramai 59,500 pelajar mendapat pendidikan di Sekolah

Menengah Teknik. Adalah dijangkakan pada tahun 2005, seramai 99,755 pelajar

akan berada di Sekolah Menengah Teknik di seluruh Negara. Daripada jumlah ini,

50 peratus adalah dalam bidang aliran vokasional dan 10 peratus dalam aliran

kemahiran. Enrolmen pelajar di Sekolah Menengah Teknik merupakan 8.5 peratus

daripada jumlah enrolmen di peringkat menengah atas.

Berdasarkan kepada fakta-fakta diatas, ini menunjukkan bahawa terdapat

keperluan yang tinggi terhadap guna tenaga dalam bidang teknikal. Selain dari itu

jumlah pelajar yang mengikuti pelajaran dalam bidang teknik dan vokasional juga

terus meningkat. Oleh itu pengkaji ini mengkaji faktor – faktor yang mendorong

motivasi pelajar menengah rendah untuk memilih bidang pendidikan teknik dan

vokasional bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah atas dan seterusnya

di peringkat yang lebih tinggi atau universiti.

1.3 Pernyataan Masalah

Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan satu pendidikan yang

penting bagi memenuhi keperluan guna tenaga dalam bidang teknikal pada masa

akan datang. Pendidikan Teknik dan Vokasional ini dijalankan oleh Kementerian

Pendidikan di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Bilangan kemasukkan pelajar ke aliran pendidikan teknik dan vokasional

terus meningkat dari tahun ke tahun. Seramai 49,300 orang pelajar telah ditawarkan

memasuki tingkatan 4 di SM Teknik dan SM Vokasional di seluruh negara pada

tahun 2002, meningkat 3,040 orang berbanding tahun 2001( Zabidi, 2002)

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

7

Sungguhpun bilangan kemasukkan pelajar untuk mengikuti aliran ini

semakin meingkat, namun maklumat-maklumat mengenai faktor-faktor yang

mempengaruhi keazaman pelajar lepasan PMR memilih untuk mengikuti aliran

pendidikan ini agak terhad dan kurang jelas. Adakah para pelajarbenar-benar

mempunyai minat yang mendalam terhadap aliran pendidikan ini, tahu mengenai

peluang-peluang kerjaya, peluang pembelajaran yang ada atau dorongan daripada

pihak-pihak yang tertentu.?

Menurut Bakhtiar (1991), walaupun petanda-petanda baik telah mula

kelihatan, ini bukan bermakna bahawa sikap pelajar yang telah mendapat tempat di

SMT atau SMV keseluruhannya telah menjadi sangat berminat terhadap aliran

teknik dan vokasional ini, tetapi sebahagian besar mereka merasakan bahawa

bidang lain yang tiada kaitan dengan bidang vokasional lebih memberi kepuasan

bekerja.

Berdasarkan kepada situasi diatas, maka timbul persoalan, apakah

sebenarnya faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar lepasan PMR

memilih untuk mengikuti alitan pendidikan teknik dan vokasional ini.? Dalam

kajian ini pengkaji ingin mengkaji mengenai factor-faktor yang mempengaruhi

keazaman pelajar untuk memilih pendidikan teknik dan vokasional dari segi faktor

dorongan dari ibu bapa, keluarga dan guru, faktor minat, pengetahuan sediada dan

faktor peluang pembelajaran dan peluang kerjaya dalam bidang teknik dan

vokasional.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang

factor-faktor yang mendorong keazaman pelajar dalam memilih aliran pendidikan

teknik dan vokasional:

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

8

1.4.1. Mengenal pasti samaada faktor minat mempengaruhi keazaman pelajar

memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.

1.4.2. Mengenal pasti samaada faktor guru mempengaruhi keazaman pelajar

memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.

1.4.3. Mengenal pasti samaada faktor dorongan ibu bapa dan keluarga

mempengaruhi keazaman pelajar memilih Pendidikan Teknik dan

Vokasional.

1.4.4. Mengenal pasti samaada faktor rakan sebaya mempengaruhi keazaman

pelajar memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.

1.4.5. Mengenal pasti samaada kurikulum mempengaruhi keazaman pelajar

memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.

1.4.6. Mengenal pasti samaada peluang kerjaya mempengaruhi keazaman

pelajar memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.

1.4.7. Mengenal pasti samaada peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang

teknikal mempengaruhi keazaman pelajar memilih Pendidikan teknik

dan vokasional.

1.4.8. Mengenal pasti samaada faktor pengetahuan sediada mempengaruhi

keazaman pelajar memilih Pendidikan Teknik dan Vokasional.

1.5 Persoalan Kajian

1. Adakah faktor minat mempengaruhi keazaman pemilihan pendidikan

teknik dan vokasional.?

2. Adakah guru faktor yang mempengaruhi pelajar dalam pemilihan aliran

Pendidikan teknik dan vokasional di Sekolah Menengah Teknik.?

3. Adakah ibu bapa dan keluarga mempengaruhi keazaman pelajar memilih

aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional.?

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAZAMAN PELAJAR MENENGAH ... · faktor-faktor yang mempengaruhi keazaman pelajar menengah rendah memilih pendidikan teknik dan vokasional. satu tinjauan

9

4. Adakah rakan sebaya mempengaruhi keazaman pelajar memilih aliran

Pendidikan Teknik dan Vokasional.?

5. Adakah kurikulum di SM Teknik mempengaruhi keazaman pelajar

dalam pemilihan aliran pendidikan teknik dan vokasional.?

6. Adakah peluang kerjaya mempengaruhi keazaman pelajar memilih

pendidikan teknik dan vokasional.?

7. Adakah peluang pembelajaran mempengaruhi keazaman pelajar memilih

pendidikan teknik dan vokasional.?

8. Adakah pengetahuan sediada yang mempengaruhi keazaman pelajar

memilih pendidikan teknik dan vokasional.?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharap dapat

a. membantu pendidik tentang beberapa faktor yang mempunyai

hubungan dengan motivasi pelajar memilih Pendidikan Teknik dan

Vokasional.

b. Membantu guru kaunseling tentang peranan mereka dalam

meningkatkan minat pelajar terhadap pendidikan teknik dan

vokasional.

c. Menyediakan maklumat kepada pihak yang terlibat dalam

menyediakan program yang berkaitan dengan pendidikan teknik dan

vokasional