assignment PJM kecederaan dlm sukan
-
Upload
valleriejirum -
Category
Documents
-
view
264 -
download
8
description
Transcript of assignment PJM kecederaan dlm sukan
1.0 Pengenalan
Sukan merupakan aktiviti fizikal yang mendedahkan atlit kepada risiko kecederaan.
Sukan dapat didefinisikan sebagai segala jenis aktiviti gerak badan dan permainan
yang memerlukan tenaga dan ketangkasan. Menurut kamus pelajar edisi kedua, cedera
dapat ditarifkan sebagai luka ataupun patah tulang dan sebagainya pada badan kerana
kemalangan. Justeru itu, kecederaan dalam sukan dapat dirumuskan sebagai
kecederaan yang dialami semasa bersukan.
Walaupun majoriti kecederaan sukan adalah tidak serius, kecederaan yang
dialami mempunyai kesan dari aspek kewangan kepada atlit. Aspek kewangan
merangkumi kos perubatan, rawatan dan rehabilitation. Tambahan pula, kecederaan
dapat menyebabkan individu menarik diri daripada melibatkan diri dalam aktiviti sukan
pada masa akan datang. Sebanyak 8% kanak-kanak pada setiap tahun menarik diri
daripada mengikuti aktiviti sukan kerana faktor kecederaan. Justeru itu, amatlah penting
bagi mengetahui jenis kecederaan, kaedah rawatan dan langkah-langkah untuk
mengurangkan risiko kepada kecederaan bagi menjamin penglibatan individu dalam
aktiviti sukan.
1
2.0 Objektif
1. Mengenal pasti kecederaan sukan yang di pilih. Kecederaan sukan terbahagi
kepada dua, iaitu kecederaan acute dan kronic. Kecederaan acute merupakan
kecederaan jangka masa pendek seperti lebam dan kebas otot. Kecederaan
kronic pula melibatkan kecederaan jangka masa panjang seperti patah tulang,
dan hamstring. Untuk penulisan kerja kursus ini, penulis memilih kecederaan
anterior cruciate ligament (ACL) bagi sukan bola sepak. ACL merupakan
kecederaan Kronic.
2. Menyenaraikan simptom kecederaan ACL yang dipilih. Keupayaan untuk
mengenalpasti symptom-simptom kecederaan dapat membantu mengurangkan
tahap kecederaan tersebut.
3. Adalah amat penting untuk mengetahui jenis rawatan bagi kecederaan yang
dipilih. Rawatan terbahagi kepada dua iaitu rawatan awal dan rawatan lanjutan.
4. Mengetahui langkah-langkah pencegahan kecederaan amat penting bagi
mengelakkan atlit mengalami kecederaan. Langkah pencegahan dapat
menjimatkan kos perubatan, meningkatkan mutu permainan dan dapat
mengelakkan atlit terutamanya kanak-kanak daripada menarik diri dari terlibat
dalam sukan.
2
3.0 Aspek Kecederaan Dalam Sukan
3.1 Kecederaan dalam sukan bola sepak
Berdasarkan laman web rasmi Fédération Internationale de Football Association (FIFA),
kecederaan yang biasa di hadapi oleh pemain bola sepak ialah kecederaan buku lali,
bahagian lutut, hamstrings dan kepala. Tahap kecederaan adalah berbeza-beza
berdasarkan jenis kemalangan yang dialami pemain. Walaubagaimanapun, kecederaan
bahagian kaki menyumbang kepada peratusan tertinggi kecederaaan dalam sukan bola
sepak. Ini mungkin disebabkan oleh sukan tersebut memerlukan lebih contact point
dengan bola mengunakan bahagian kaki, sinonim dengan nama sukan tersebut sendiri.
Tambahan pula, body contact juga sering dilakukan oleh pemain bola sepak semasa
sesuatu perlawanan. Walaupun begitu, kecederaan serius adalah jarang.
Setiap sukan mempunyai kecederaan berdasarkan pergerakan dan lakuan yang
terlibat. Secara umumnya, majoriti kecederaan dalam sukan bola sepak adalah
kecederaan ringan dari lebam sehingga seliuh sendi penyambung. Terseliuh sendi
penyambung ( joint sprains) merupakan jenis kecederaan yang kerap dihadapi pemain
bola sepak.
Jenis-jenis kecederaan dalam bola sepak adalah seperti dibawah;
a) Kecederaan buku lali merupakan kecederaan yang kerap dihadapi oleh pemain
bola sepak. Kecederaan buku lali ialah seliuh buku lali..
b) Kecederaan lutut. Salah satu kecederaan lutut yang teruk ialah anterior cruciate
ligament tear atau rupture. Kecederaan ini dapat menyebabkan kerosakan
kepada struktur lain di bahagian lutut.
c) Hamstrings merupakan otot dibahagian belakang kuadriseps. Memecut serta
pergerakan secara tiba-tiba menyumbang kepada kecederaan hamstring.
d) Kecederaan gegaran otak terjadi disebabkan pertembungan melibatkan
bahagian kepala seperti semasa pemain berebut menanduk bola. Sebagai
contoh, Peter Cech semasa perlawanan melawan Bolton.
3
3.2 Pengenalan kepada Anterior Cruciate Ligament (ACL)
Kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) merupakan kecederaan lutut yang serius.
Kecederaan ACL dapat menyebabkan pemain terpaksa direhatkan sehingga sembilan
bulan. Tetapi, mana-mana kecederaan bahagian lutut akan menyebabkan kecederaan
yang serius.
Bahagian lutut merupakan bahagian penyambung (joint) yang mudah cedera
dikalangan pemain bola sepak. Daya secara terus, seperti di bentes atau secara tidak
terus seperti kesan berpusing ke atas lutut akan memberi kesan kepada bahagian
ligament ( terutamanya anterior cruciate ligament) , tendon dan kartilej.
ACL merupakan salah satu daripada ligament yang berfungsi sebagai penstabil
di sendi lutut untuk mengelakkan pergerakan yang berlebihan bahagian bawah kaki
keatas bahagian atas kaki, iaitu paha. Selain ACL, terdapat posterior cruciate ligament
(PCL), medial collateral ligament dan lateral colalateral ligament di bahagian lutut.
4
Rajah 1 :Pandangan depan kedudukan ACL
Rajah 2: pandangan sisi kedudukan ACL
Fungsi-fungsi ACL di bahagian lutut adalah seperti dibawah;
i. Bertindak sebagai mekanisma penstabilan. Selain itu, ACL juga bertindak untuk
memberi maklum balas kepada lutut.
ii. Mengehadkan pergerakan bahagian hadapan tibia diatas femur.
iii. Menghalang extensi hiper pada lutut.
iv. Menjadi penstabil kedua bagi stress Valgus.
v. Mengawal putaran tibia pada femur dalam lingkungan 30 darjah dari extensi
lutut.
Jika pemain mengalami kecederaan ACL, pemain tersebut akan terpaksa direhatkan
dalam tempoh masa yang lama, iaitu dari tempoh enam bulan sehingga sembilan
bulan. Kecederaan seperti ini jelaslah mendatangkan kerugian kepada mana-mana
pasukan terutamanya jika pemain tersebut merupakan pemain utama pasukan tersebut.
tambahan pula, kos rawatan bagi ACL adalah sangat tinggi.
Jika kecederaan tersebut melibatkan dua pertiga koyak penuh acl, kecederaan
tersebut akan mempengaruhi struktur lain dalam bahagian lutut. Jika ACL mengalami
koyak penuh, akan menyumbang kepada masalah jangka masa panjang, seperti
kurangnya kestabilan diri, kesan awal penyakit sendi pada lutut yang biasanya dihadapi
oleh warga tua disebabkan faktor usia.
3.2.1 Punca kecederaan ACL
Tujuh puluh peratus kecederaan ACL berlaku tanpa melibatkan sebarang contact
dengan pemain lain. Mekanisma pergerakan dalam bola sepak memerlukan pergerakan
menukar arah secara mengejut, mendarat daripada melompat semasa berebut bola di
udara dengan bahagian lutut dan pinggul di regangkan, dan berhenti secara tiba-tiba
selepas membuat pecutan seperti dengan cuba menghentikan daya pecutan dalam
satu langkah. Bahkan, kurangnya konsentrasi pemain juga menyumbang keapda
kecederaan ini. Ringkasnya, kecederaan ini berlaku kebanyakkannya tanpa berlaku
sebarang contact dengan pemain lain.
5
Berdasarkan gambar di atas, Kecederaan ACL berlaku apabila femur dan tibia,
bergerak dalam arah yang berlawanan dengan berat penuh badan. Pergerakan
tersebut mampu menyebabkan ACL terkoyak.
Berhenti secara tiba-tiba selepas bergerak laju merupakan antara punca
kecederaan ACL. Atlit yang menghentikan gerakan mereka dalam satu langkah berisiko
tinggi mendapat kecederaan ACL. Untuk menghentikan gerakan mereka, atlit akan
mengunakan sebelah kaki untuk menahan badan dan menghentikan larian. Daya yang
6
Rajah 3 :Pergerakan femur dan tibia menyebabkan kecederaan ACL.
Rajah 4 : Berhenti secara tiba-tiba dalam satu langkah.
terhasil dengan berat badan yang dibawa ke depan secara tiba-tiba akan menyebabkan
tulang femur dan tiba bergerak kearah yang berlawanan. Keadaan ini akan
meregangkan ACL sehingga ke tahap maksimum sehingga mendedahkan ligament
tersebut kepada risiko untuk tercedera.
Teknik mendarat yang salah juga antara salah satu faktor kecederaan ACL. Dalam (1),
atlit mendarat dengan teknik yang salah dimana postur bahagian atas badan adalah
tidak sebaris dengan bahagian kaki. Selain itu, semasa mendarat, atlit tersebut juga
tidak menyerap daya. Keadaan ini menyebabkan femur berputar ke dalam manakala
tibi berputar ke luar. Sebagai penyambung antara dua tulang tersebut, ACL akan
diregangkan ke tahap maksimum dan mempunyai risiko untuk terkoyak disebabkan
daya pendaratan tersebut. Dalam (2) pula, menunjukkan atlit berebut bola diudara.
Perhatikan kaki yang diregangkan sehingga menjadi lurus. selain itu, bahagian atas dan
bawah badan (kaki) adalah tidak sejajar atau sebaris. Semasa mendarat, keadaan ini
akan menyebabkan bahagian lutut mendapat daya dan berat penuh badan. Justeru itu,
risiko mendapat kecederaan ACL menjadi lebih tinggi.
7
1 2
Rajah 5 : Teknik dan kesan mendarat yang salah
Dalam permainan bola sepak, kemampuan untuk menukar arah semasa membawa
bola dan mengelecek amatlah penting. Tetapi, keupayaan untuk menukar arah semasa
bergerak dengan laju mengundang risiko kecederaan ACL kepada pemain.
Berdasarkan gambar diatas, pemain tersebut berlari dalam laluan yang lurus sebelum
beliau menukar arah gerakan secara mengejut dengan mengunakan kaki kiri. Daya
tumpuan untuk menukar arah gerakan beserta berat badan yang dibawa akan memberi
tekanan berlebihan kepada bahagian lutut.
Body contact ataupun daya terus ke atas bahagian lutut dapat mendatangkan
kecederaan ACL kepada pemain. Dalam gambar diatas , kaki pemain tersebut telah
8
Rajah 6 : Menukar arah pergerakan secara tiba-tiba
Rajah 7: Tekanan daya secara terus pada bahagian lutut.
dipijak oleh pihak lawan semasa berebut bola dimana daya pijakan adalah dibawah
lutut. Daya tersebut mampu menyebabkan tibia bergerak ke dalam manakala femur
akan bergerak keluar. Disebabkan pergerakan secara tiba-tiba dan kuat tersebut, ACL
akan terkoyak. Justeru itu, pemain tersebut akan tercedera.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji dapati bahawa atlit perempuan
lebih mudah mendapat kecederaan ACL berbanding atlit lelaki. Penemuan ini sehingga
sekarang masih menimbulkan tanda tanya kenapa atlit wanita lebih berisiko mendapat
kecederaan ACL. Jawatan kepada persoalan tersebut mungkin dapat dijumpai dari
perbandingan anatomi lelaki dan wanita. Terdapat perbezaan bentuk di lutut lelaki dan
wanita dimana untuk lelaki, takuk tersebut berbentuk U dimana ianya lebih luas
manakala untuk wanita, berbentuk A, iaitu lebih sempit berbanding dengan bentuk U.
keluasan takuk tersebut mempengaruhi panjang ligamen. Walaubagaimanapun begitu,
teori ini masih belum dapat disahkan kesahihannya oleh para pengkaji.
9
Rajah 8 :Anatomi lelaki dan perempuan
3.2.2 Simptom-simptom kecederaan
Simptom awal kecederaan ini haruslah diketahui agar rawatan awal dapat diberikan
kepapa pemain untuk mengelakkan kecederaan menjadi lebih serius. Simptom atau
tanda awal kecederaan ini adalah seperti dibawah.
1. Bunyi pop ataupun seperti sesuatu putus dalam lutut ketika berlakunya
kecederaan.
2. Atlit berasa sakit di bahagian lutut dan bahagian tersebut membengkak. Selain
itu, bahagian lutut tidak dapat diluruskan.
3. Oleh kerana ACL merupakan ligament penyambung dua tulang dan bertindak
sebagai penstabil, berat badan tidak dapat dikenakan keatas lutut dan akan rasa
seolah-olah longgar ataupun tidak stabil di bahagian lutut.
3.2.3 Cara rawatan kecederaan.
Cara rawatan terbahagi kepada dua, iaitu rawatan awal dan pembedahan. Rawatan
awal dilakukan semasa berlakunya kecederaan ACL. Untuk rawatan awal,kaedah
PRICE dikenakan keatas lutut yang tercedera.
P ialah untuk Protection atau melindungi . melindungi bahagian yang cedera
adalah langkah terawal yang sangat penting. Perlindungan yang diberikan akan dapat
mengelakkan kecederaan daripada menjadi lebih teruk. Pemain seharusnya dihentikan
daripada bermain. Bahagian yang cedera harus dilindungi dengan mengunakan pad
dan mengunakan tongkat ketiak untuk mengurangkan tekanan berat ke atas lutut. .
R ialah untuk Rest atau berehat. Kecederaan yang dialami seharusnya diberikan
masa untuk sembuh. Elakkan permain daripada meneruskan permainan dan segera
dapatkan rawatan daripada doktor mengetahui tahap kecederaan tersebut.
I ialah untuk Ice atau ais. Letak ais keatas bahagian yang cedera untuk
mengurangkan kesakitan dan kebengkakan daripada menjadi lebih teruk. Elakkan
daripada mengenakan ais secara terus kerana bahan sejuk dapat menyebabkan
bakaran sejuk (cold burn) keatas kulit. Sebaik-baiknya, ais dibalut mengunakan kain
10
ataupun plastic sebelum diletakkan dibahagian yang cedera. Ais harus diletakkan
selama 15-20 minit dan selepas itu dialihkan. Selepas 1 jam setengah sehingga 2 jam,
ais akan diletakkan balik selama 15-20 minit.
C ialah Compression atau menekan atau memampatkan bahagian yang cedera.
Langkah ini dapat membantu mengurangkan bengkak dikawasan tersebut. Gunakan
pembalut untuk membalut kecederaan tersebut. walaubagaimanapun, balutan
seharusnya tidak terlalu ketat dan harus diperiksa selang beberapa minit. Pemeriksaan
yang kerap adalah perlu kerana pembengkakan secara berterusan dapat menyebabkan
balutan menjadi ketat walaupun pada mulanya, kawasan tersebut tidak dibalut dengan
ketat.
E ialah untuk Elevation. Mengangkat bahagian lutut kearas paras lebih tinggi
dari paras jantung dapat mengurangkan kebengkakkan pada lutut.
Untuk memastikan bahawa kecederaan atlit adalah kecederaan ACL, terdapat 2
jenis ujian yang dapat digunakan, iaitu ;
Bil Ujian Gambar1 Lachman test
1. Sebelum ujian dijalankan,
pesakit akan diberikan ubat
pelali ataupun ubat penahan
sakit.
2. Satu tangan memegang dan
menstabilkan bahagian femur
manakala sebelah tangan lagi
memegang bahagian tibia.
3. Bahagian tibia digerakkan
secara perlahan dan dengan
lembut.
4. Penilai akan menilai endpoint
yang lembut atau padat.
11
2 Pivot shift test
a) Lutut diluruskan dengan
tekanan valgus dan daya
tekanan dalaman lakukan
pada lutut.
b) Dengan sudut lutut yang
semakin dikecilkan (melebihi
30 darjah), tibia akan
bertindak dari ekstensor
kepada fleksor lutut. Gerakan
ini akan menyebabkan
anterolateral tibial kembali ke
tempat asal.
Setelah atlit disahkan mendapat kecederaan ACL, atlit akan dirujuk kepada pakar dan
bahagian yang cedera akan di scan dengan mengunakan magnetic resonance imaging
(mri). MRI digunakan untuk mengesan tahap kecederaan ACL dan kerosakan lain yang
mungkin berlaku pada struktur dalaman lutut. Di (A) menunjukkan kerosakan ACL dan
di (B), menunjukkan kecederaan lain disebabkan kerosakan ACL.
12
A B
Rajah 9 : Imej bahagian lutut dari MRI
Satu-satunya cara rawatan yang efektif bagi kecederan ACL adalah melalui
pembedahan. Pembedahan terbahagi kepada dua iaitu :
i. Pembedahan membaiki ACL. Kaedah rawatan dengan membaiki ACL
terbukti kurang efektif. Dalam kaedah ini, ACL akan dijahit semula.
ii. Pembedahan membina ACL.
Walaupun terapi fizikal dapat digunakan, tetapi kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa atlit yang mengunakan terapi fizikal tidak berjaya dipulihkan
sepenuhnya dari aspek julat pergerakan kaki, kestabilan dan kekuatan kaki. Tujuan
pembedahan adalah untuk membina semula ligament di tengah lutut dengan ligament
baru. Pembedahan akan mengembalikan kestabilan asal lutut dan juga fungsi asal yang
lain sebelum berlakunya kecederaan. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk
mengelakkan kerosakan berlaku pada struktur lutut yang lain.
Semasa dibedah, pesakit akan diberi ubat pelali, dimana sepanjang
pembedahan, pesakit akan tidur dan tidak mengalami kesakitan. Tisu yang akan
digunakan untuk mengantikan ACL yang rosak akan diambil dari badan pesakit sendiri
ataupun dari penderma. Tisu yang diambil dari badan sendiri dikenali sebagai
autograft. Kebiasaannya, terdapat dua tempat untuk mengambil tisu di badan manusia,
iaitu di tendon hamstring dan knee cap tendon. Tisu yang diambil dari penderma pula
dikenali sebagai allograft.
Prosedur pembedahan membaiki ACL bisanya dilakukan dengan artroskopi.
Dengan arthroskopi, kamera mini akan dimasukkan kedalam lutu melalui luka kecil.
Kamera tersebut bersambung dengan motitor TV dalam bilik pembedahan. Melalui imej
tersebut, doktor akan dapat memeriksa ligament dan tisu di bahagian lutut.
Doktor bedah akan membuat ‘laluan’ sekeliling lutut. Selepas itu, doktor akan
memasukkan peralatan pembedahan. Doktor akan merawat sebarang kerosakan
Struktur lain yang dijumpai dan seterusnya akan mengantikan ACL yang rosak.
Langkah-langkah mengantikan ACL adalah seperti dibawah :
13
a) Ligamen yang rosak akan dibuang dengan mengunakan shaver dan peralatan
lain.
b) Jika mengunakan tisu diri sendiri, doktor akan membuat luka yang lebih besar.
Ligamen tersebut akan dikeluarkan melalui laluan tersebut.
c) Doktor bedah akan membuat lubang di tulang pesakit untuk membawa tisu baru
masuk ke dalam lutut. Tisu tersebut akan diletakkan ditempat ACL yang telah
dikeluarkan.
d) Tisu yang digunakan akan diletakkan bersama tulang dengan mengunakan skru
ataupun bahan lain untuk memastikan tisu tersebut tidak beralih tempat. Lubang
di tulang akan beransur-ansur penuh selaras dengan proses penyembuhan dan
seterusnya akan mengukuhkan kedudukan ligament baru tersebut.
Selepas pembedahan, luka tersebut akan di jahit. Semasa pembedahan, gambar
semasa prosedur pembedahan diambil daripada skrin video agar pesakit mengetahui
tahap kecederaan dan apa yang telah dilakukan dalam proses pembedahan tersebut.
14
Rajah 10 : ilustrasi prosedur pembedahan ACL.
Kenapa rawatan ACL adalah sangat penting?
Seperti yang telah dinyatakan, ACL merupakan ligament penstabil bagi lutut. Justeru
itu, jika kecederaan ACL tidak dirawat, individu akan berasa tidak stabil semasa
melakukan aktiviti harian. Selain itu, individu tersebut juga akan menyebabkan rasa
sakit di bahagian lutut. Tambahan pula, kecederaan ACL juga akan mempengaruhi
struktur lain dalam lutut. Oleh kerana ACL merupakan juga bertindak sebagai
penyambung, penghidap akan berisiko menghidap penyakit arthritis.
3.2.4 Risiko pembedahan rawatan ACL.
Setiap pembedahan akan mendatangkan risiko keatas pesakit dan pembedahan ACL
juga tidak terkecuali. Dari aspek pengunaan ubat pelali keatas pesakit, pesakit
berkemungkinan akan mengalami alahan kepada ubat selain mengalami masalah
pernafasan.
Risiko umum bagi setiap pembedahan adalah pendarahan dan jangkitan kuman.
Bagi pembedahan rawatan ACL, pesakit menghadapi risiko darah beku, kegagalan
ligament untuk sembuh, kecederaan kepada kapilari darah, kesakitan pada lutut, lemah
bahagian lutut dan juga ketegangan pada bahagian lutut selain daripada pergerakan
lutut terbatas walaupun setelah pembedahan.
3.2.5 Selepas pembedahan
Selepas pembedahan, pesakit dikehendaki mengunakan alat penyokong lutut untuk
tempoh satu hingga empat minggu. Dalam tempoh yang sama, pesakit juga perlu
mengunakan tongkat ketiak sebagai langkah untuk mengurangkan berat badan
dikenakan keatas lutut yang baru dibedah. Doktor kebiasaannya membenarkan pesakit
mengerakkan bahagian lutut mereka secara terkawal untuk mengelakkan ketegangan
otot.
Setelah menjalani pembedahan, adalah disarankan agar pesakit menjalini terapi
fizikal. Terapi fizikal dapat membantu pesakit mendapat kembali gerakan lutut serta
15
kekuatan lutut dalam proses tersebut. Tempoh terapi fizikal adalah selama dua bulan
sehingga enam bulan. Selepas tempoh selama empat hingga enam bulan kebiasaanya,
pemain dapat bermain seperti biasa.
Kecederaan ACL merupakan sejenis kecederaan yang serius sehingga boleh
menamatkan karier seorang pemain bole sepak. Tetapi, dengan kemajuan teknologi
perubatan pada zaman ini, rawatan ACL biasanya sangat berjaya. Kemajuan teknologi
perubatan berjaya mengurangkan kesakitan dan ketegangan otot, kurang kesan
sampingan pembedahan dan masa penyembuhan yang pantas.
3.3 Kaedah pencegahan kecederaan ACL
Menurut Olsen et al (2005), aktiviti memanaskan badan secara berstruktur mampu
mengurangkan risiko kecederaan pada bahagian lutut dan buku lali. Tambahan pula,
aktiviti memanaskan badan yang menekankan aspek kekuatan, regangan, plyometrics
dan aktiviti berasaskan ketangkasan dalam bola sepak adalah lebih berkesan dalam
mengurangkan kecederaan ACL pada atlit bola sepak.
3.3.1 The “11+” – aktiviti pemanasan badan berstruktur
Badan manusia mempunyai pertahanan semulajadi untuk mengelakkan kecederaan.
Pertahanan tersebut dapat diperkuatkan lagi dengan latihan yang sesuai. Sebagai
contoh, melatih otot-otot penstabil badan seperti melatih kestabilan diri semasa
mendarat dari melompat. latihan akan mengurangkan peratusan pemain daripada
kehilangan kestabilan diri. Ini adalah kerana semasa latihan tersebut, pemain akan
berlatih untuk melompat dan mendarat dengan teknik yang betul. Justeru itu, ianya
akan mengurangkan risiko pemain daripada mendapat kecederaan semasa situasi
kritikal seperti berebut bola di udara.
FIFA telah memperkenalkan sejenis latihan yang dikenali sebagai 11+. 11+
merupakan sejenis kaedah memanaskan badan yang dapat mengelakkan risiko
16
mendapat kecederaan. Daripada kajian yang dijalankan dengan 2000 atlit muda wanita,
pasukan yang menjalankan 11+ sekurang-kurangnya dua kali seminggu mempunyai
kadar kecederaan yang rendah iaitu dari 30%-50% berbanding pasukan lain yang
mengamalkan aktiviti pemanasan badan secara biasa. Walaupun kaedah memanaskan
badan ini terbukti keberkesanannya, hanya atlit berumur sekurang-kurangnya 14 tahun
dan keatas sahaja yang di benarkan untuk menjalani 11+.
The 11+ di perkenalkan pada tahun 2003 oleh sekumpulan saintis di
Switzerland. Penerapan secara menyeluruh di Negara tersebut dari tahun 2004-2008
telah membuktikan keberkesanan program memanaskan badan ini dengan kadar
penurunan kecederaan semasa pertandingan dan latihan. Selain membuktikan
keberkesanannya, program ini juga membuktikan bahawa ianya mudah dan senang
dikuasai oleh atlit. Pada tahun 2006, program The 11+ telah di tambah baik agar
menjadi satu bentuk latihan yang lebih menyeluruh. Program ini haruslah dijadikan
sebagai satu bentuk latihan memanaskan badan yang standard bagi mana-mana
pasukan dan mengambil masa selama 20 minit untuk dijalankan.
The 11+ terdiri daripada tiga bahagian yang merangkumi lima belas aktiviti.
Setiap aktiviti tersebut haruslah dilakukan berdasarkan urutan pada permulaan setiap
sesi latihan. Perkara utama yang perlu ditekankan dalam program ini ialah mengunakan
teknik yang betul dalam setiap latihan. Postur badan, kawalan anggota badan, jajaran
kedudukan lutut ke jari kaki yang lurus dan pendaratan badan harus diberi perhatian
penuh dalam program ini.
Bahagian 1 : berlari secara perlahan dan regangan aktif dilakukan. Selain itu,
contact dengan pasangan masing-masing adalah secara terkawal.
Bahagian 2 : enam set latihan, yang memberi focus kepada kekuatan abdomen
(core) dan kaki, kestabilan diri, plyometrics/ketangkasan, dengan setiap tiga
tahap kesukaran yang semakin meningkat.
Bahagian 3 : berlari dengan kelajuan sederhana atau tinggi yang digabungkan
dengan gerakan memotong ke dalam.
17
Untuk ke tahap kesukaran yang seterusnya, setiap pemain harus bermula
dengan tahap satu. Pemain hanya dibenarkan untuk ke tahap seterusnya apabila
pemain tersebut berjaya menjalankan aktiviti tanpa mengalami kesulitan semasa
menjalankan aktiviti tersebut. pendek kata, pendekatan ansur maju digunakan dalam
latihan seperti ini.
Untuk melangkah ke tahap seterusnya, terdapat tiga pilihan bagi setiap jurulatih bagi
membenarkan pemain mereka ke tahap seterusnya. Pilihan-pilihan tersebut adalah ;
I. Untuk lebih ideal, kriteria untuk ke tahap seterusnya adalah berdasarkan
kemampuan individu pemain.
II. Semua pemain dibenarkan ke tahap seterusnya tetapi dengan syarat,
meneruskan tahap latihan yang sedia ada dengan latihan lain.
III. Semua pemain dibenarkan untuk ke tahap latihan yang seterusnya selepas
tempoh tiga atau empat minggu.
Untuk setiap aktiviti tersebut, setiap pemain haruslah menunjukkan prestasi yang baik
dengan melakukan lakuan dengan teknik yang betul bagi menjamin keberkesanan
program ini. justeru itu, amatlah penting bagi setiap jurulatih menyelia dan membetulkan
teknik pemain yang salah. Dan sebelum sesuatu perlawanan, pemain hanya perlu
membuat senaman larian di bahagian satu dan tiga sahaja.
Untuk memastikan keberkesanan program THE 11+, terdapat dua perkara yang harus
diberi penekanan, iaitu ;
a. Jurulatih harus memastikan atlit dapat melakukan aktiviti dengan tepat.
Kesilapan atlit harus dibetulkan. Semakin rapi penyeliaan oleh jurulatih, semakin
berkesan kesan program ini.
b. Aktiviti 11+ haruslah dijalankan dengan kerap dengan sekurang-kurangnya dua
kali seminggu.
18
4.0 Penutup
Kecederaan ACL merupakan kecederaan yang serius. Oleh itu, langkah-langkah
pencegahan haruslah di titik beratkan oleh jurulatih dan juga atlit. Langkah pencegahan
yang dapat digunakan ialah melalui latihan yang berstruktur .Walaupun langkah
pencegahan tidak 100% menjamin bahawa atlit tidak akan ditimpa kecederaan, tetapi
sekurang-kurangnya ianya akan mengurangkan risiko atlit mengalami kecederaan.
Ringkasnya, aktiviti fizikal akan sentiasa mendedahkan atlit kepada risiko kecederaan
tetapi risiko tersebut dapat dikurangkan dengan mengamalkan langkah-langkah
pencegahan yang telah dikenalpasti.
19
5.0 Refleksi
Kekuatan ;
Perkara yang menjadi kekuatan pembuatan penulisan ilmiah ini adalah kemudahan
untuk mengakses maklumat. Terdapat pusat sumber, kemudahan wireless institut juga
banyak memudahkan guru pelatih untuk mencari dan mengakses maklmuat yang
berkaitan.
Tempoh masa yang mencukupi untuk penyiapan menulisan ilmiah juga merupakan
kekuatan bagi tugasan ini. peruntukan masa yang secukupnya membolehkan maklumat
berkaitan dapat dicari dengan lebih terperinci.
Kelemahan ;
Maklumat berkaitan statistik kecederaan bola sepak di Malaysia sukar diperolehi. Kajian
berkaitan ACL masih kurang di Malaysia. Kebanyakan maklumat yang diperolehi adalah
berdasarkan kajian yang dilakukan di Negara barat.
Kelemahan kedua ialah cara untuk menganalisis dan menghurai maklumat yang
diperolehi. Saya akui bahawa saya beberapa kali menukar bahagian maklumat kerana
kurang pasti di bahagian mana maklumat tersebut harus diletakkan. Selain itu, huraian
isi saya juga berada pada tahap yang sederhana.
Penambahbaikan :
Berbincangan dengan rakan guru pelatih akan banyak membantu saya dari segi
menghuraikan maklumat dan susun atur maklumat tersebut. Selain itu, perbincangan
berkaitan kecederaan yang sama dengan guru pelatih lain akan menambahkan lagi
pemahaman saya berkaitan kecederaan ACL.
20
6.0 Rujukan
Buku rujukan
Alter, M.J. (1997) Sport Stretch (2nd ed.) Champaign, IL: Human Kinetics.
Knight, k.l. (1995). Cryotherapy in Sport Injury Management. Champaign, IL :Human
Kinetics.
Jurnal
Olsen Oe, Myklebust G, Engebretsen L, et al. Exercises to prevent lower limb injuries in
youth sports: cluster randomised controlled trial. BMJ 2005;330:449.
Mandelbaum BR, Silvers HJ, Watanabe DS, et al. Effectiveness of a neuromuscular
and proprioceptive training program in preventing anterior cruciate ligament injuries
in female athletes: 2-year follow-up. Am J Sports Med 2005;33:1003–10.
Bahr R, Lian O. A two-fold reduction in the incidence of acute ankle sprains in volleyball.
Scand J Med Sci Sports 1997;7:172–7.
Ekestrand J, Gillquist J. Prevention of sport injuries in football players. Int J Sports Med
1984;5:140–4.
Abernethy & bleakly (2007).Strategies to prevent injury in adolescent sport : a
systematic review. Br J Sports Med 2007 41: 627-638.
21
Laman Sesawang
http://kidshealth.org/parent/nutrition_center/exercise_safety/acl_injuries.html diakses
pada 02 Ogos 2013.
http://sportsmedicine.about.com/od/soccerinjuries/a/soccerinjury.htm di akses pada 02
Ogos 2013.
http://www.youtube.com/watch?v=q96M0jRqn7k diakses pada 04 Ogos 2013.
http://www.fifa.com/aboutfifa/footballdevelopment/medical/playershealth/injuries/
commoninjuries/knee.html diakses pada 06 Ogs 2013
http://f-marc.com/11plus/home/ diakses pada 05 Ogos 2013.
http://www.medicinenet.com/mri_scan/article.htm diakses pada 07 Ogos 2013
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/001074.htm diakses pada 01 Ogos
2013.
http://orthopedics.about.com/od/aclinjury/f/children.htm diakses pada 06 Ogos 2013.
http://www.seattlechildrens.org/medical-conditions/bone-joint-muscle-conditions/joint-
ligament-injuries/acl-injuries/ diakses pada 03 Ogos 2013
22
7.0 Lampiran
7.1 Jadual Pelaksanaan Tugasan (JPT)
Bil
Tarikh Perkara Tindakan
1. 31 Julai 2013 a) Serahan soalan kerja kursus
b) Taklimat kerja kursusPensyarah
2. 01 Ogos 2013 a) Mencari maklumat kecederaan
dalam sukan bola sepakGuru pelatih
3. 03 Ogos 2013 a) Mengumpul bahan-bahan yang
relevan dengan tajuk tugasan:
kecederaan ACL.Guru pelatih
4. 06 Ogos 2013
-
13 Ogos 2013
a) Membuat nota
b) Penulisan ilmiah
c) Mencari bahan-bahan yang
relevan
Guru pelatih
5. 14 September
2013
a) Mencetak kerja kursus
Guru pelatih
6. 17 September
2013
a) Serahan kerja kursus kepada
pensyarah pembimbingGuru pelatih
23
7. 2 KOLABORASI
NAMA : RANDY ANAK LATAN
KUMPULAN : PISMP PJ 1110
Bil Tarikh Perkara Tandatangan
24
25
26