Post on 29-Oct-2015
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKAJABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
ANATOMI DAN FISIOLOGI POSISI ANATOMIAMALI 3
Nama: NOR AZIRA BINTI AB RAZAK Opsyen: PPG SAINS 1 (Ambilan Jun 2011)
Arahan:Berdasarkan rangsangan di bawah, berikan justifikasi anda beserta contoh-contoh yang sesuai.
Posisi Anatomikal / Satah (Penerangan Ringkas)1. Posisi anatomikal
a) Orang berdiri dan menghadap ke depan
b) Lengan di samping tubuh dengan telapak tangan menghadap ke depan.
c) Tungkai dan kaki merapat dengan kaki mengarah ke depan
Posisi Penerangan
Anterior - posterior Depan – belakang
Ventral - dorsal Ke arah perut – ke arah punggung
Superior - inferior Atas – bawah
Kranial - kaudal Ke arah kepala – ke arah ekor
Dextra - sinistra Kanan - kiri
Interna - externa Terletak di sebelah dalam - luar
Superfisial - profundal Terletak di sebelah permukaan – sebelah dalam
Medial - intermedial Terletak di tengah – terletak diantara du bahagian lain
Medialis – lateralis Mengarah ke bahagian tengah tubuh – menjauhi
bahagian tengah tubuh
Proximal – distal Terletak pada pangkal, awal – terletak pada hujung
akhir
Radial - ulna Terletak pada sisi radius – terletak pada sisi ulna
Palmar - dorsal Ke arah telapak tangan – ke arah punggung tangan
Tibia - fibula Terletak pada tibia – terletak pada sisi fibula
Plantar - dorsal Ke arah telapak kaki – ke arah punggung kaki
2. Melabelkan dan warnakan selular dan tisu organisma
Kepentingan Kimia
Kimia adalah satu bidang sains yang mengkaji jasad yang kecil serta
interaksinya.Dalam kimia, jasad ini dikenali zarah-zarah yang dibahagi kepada atom,
molekul dansebatian (kompoun). Interaksi antara atom seperti ikatan kovalen dan
ikatan ionik akanmempengaruhi sifat-sifat fizikal sesuatu zarah. Manakala elektron
dalam atom tersebutakan menentukan sifat kimia. Bahan kimia selalunya ditulis
sebagai Na, O2, CH4, NaCl dan lain-lain. Bidang ini adalah penting kerana setiap
unit jasad adalah terdiri daripada bahankimia. Contohnya air adalah dibentuk melalui
pergabungan satu atom oksigen dan dua atom hydrogen, Garam masak pula adalah
dari pada natrium dan klorin.
Bidang kimia dalam sistem biologi pula digelarkan sebagai biokimia. Bahan-bahan di
perlukan untuk sel hidup adalah seperti karbonat, protein, lemak, asid nukliek dan
sebagainya. Bahan ini adalah signifikan kerana mereka memainkan peranan dala
membina dan menggantikan sel-sel untuk tumbesaran. Ia juga berkemampuan untuk
mengeluarkan tenaga untuk aktiviti asas sel hidup.
Apakah homeostasis
Definisi
Homeostsis ialah proses mengekalkan keseimbangan faktor fizikal dan kimi di
persekitaran dalam tubuh. Persekitaran dalam merujuk kepada persekitaran yang
mengelilingi sel, iaitu bendalir tisu yang membasahi setiap sel itu. Faktor fizikal
termasuk suhu, tekanan darah dan tekanan osmosis manakala faktor kimia
termasuk nilai pH, kepekatan mineral dan gula.
.
Kitaran
Terdapat 2 kitaran iaitu
Sistem tertutup
Keseimbangan statik. Dimana keadaan dalam yang tidak berubah seperti botol
tertutup.
Sistem terbuka
Keseimbangan dinamik dimana keadaan dalam yang malar walaupun sistem ini
terus berubah contohnya seperti sebuah kolam di dasar air terjun
Jenis Homeostasis
Terdapat 2 jenis homeostasis iaitu
Suap balik positif
Contoh deman, badan akan bertambah panas untuk membunuh bakteria dan
virus.
Suap balik negatif
Contoh keadaan panas, badan akan dikawalatur untuk mengurangkan haba
daripada badan .