Report amali 3
-
Upload
zulkifli-hamzah -
Category
Automotive
-
view
960 -
download
3
Transcript of Report amali 3
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
1
SISTEM PELINCIRAN
1.0 PENGENALAN
Minyak pelincir mestilah mampu bertahan terhadap suhu lampau dan kejutan beban. Ia
juga mestilah membentuk kedapan gelangsar di antara gelang omboh dan dinding silinder
dengan lapisan minyak yang cukup tebal bagi meminimumkan geseran bendalir. Minyak
pelincir juga berfungsi sebagai separuh penulen bagi memegang butiran padu yang
terampai sehingga disingkirkan oleh penuras. Sesetengah butir yang sangat halus akan
kekal terampai dalam minyak sehingga minyak diganti. Hayat enjin bergantung
sepenuhnya kepada sistem pelinciran dan pendinginan. Jika enjin tidak mempunyai
bekalan minyak atau tidak dapat didinginkan secukupnya, enjin akan cepat musnah. Bagi
mencapai keberkesanan maksimum, minyak enjin dipengaruhi oleh kualiti tertentu iaitu
kebolehan membasah yang baik, kelikatan yang betul, pemeluwap ketika kendalian
minimum, tidak bertoksik, tiada endapan yang merosakkan, dan tiada kecederungan
longgokan varnish, gam serta endapan cemar. Sistem pengambilan udara, sistem
pendinginan dan sistem bahan api mestilah diselenggara dengan betul. Penuras minyak
mestilah ditukar secara berkala dan suhu pendingin mesti diselenggara di antara 85°C
hingga 96°C bagi membolehkan minyak pelincir berfungsi dengan sempurna.
2.0 PELINCIRAN
Sistem pelinciran membekalkan minyak ke semua bahagian yang bergerak dalam enjin.
Pam minyak menyedut minyak daripada takungan minyak dan kemudian menghantar
minyak melalui saluran galas utama melalui lubang minyak yang digerudi dalam aci
engkol ke galas rod penyambung. Sesetengah minyak mengalir daripada kelegaan
minyak galas kemudian disimbah ke bahagian yang bergerak. Pada masa yang sama,
minyak mengalir melalui saluran minyak ke kepala silinder. Di sini minyak melalui
kolong minyak untuk melicirkan galas aci sesondol dan bahagian rangkaian injap.
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
2
Selepas minyak mengelilingi semua bahagian enjin, ia jatuh semula ke dalam takungan
minyak.
Minyak mengalir ke atas melalui geronggang rod tunjal untuk melicinkan lengan
jumpelang dan batang injap. Sesetengah minyak disimbah melalui rod penyambung ke
dinding silinder. Dalam enjin jenis V, minyak disimbah ke dinding silinder yang
bertentangan dalam baris silinder lain. Ia melincirkan omboh, gelang omboh dan cemat
omboh. Kebanyakkan enjin mempunyai alur temu kecil atau liang sembur dalam setiap
rod peyambung. Bukaan menyediakan pelinciran tambahan omboh dan dinding silinder.
Liang sembur akan menyembur minyak apabila liang dalam rod sejajar dengan liang
minyak jurnal aci engkol sekali setiap pusingan. Sistem pelinciran menjalankan beberapa
tugasan penting dalam enjin. Justeru, ia mestilah mempunyai bekalan minyak pelincir
yang cukup untuk mendingin atau menyejuk, membersih, melincir dan mengedap enjin.
Ia juga menyingkirkan pencemaran daripada minyak dan menghantar minyak ke semua
kawasan yang diperlukan dalam enjin.
3.0 KADAR SERVIS MINYAK
Minyak dikadarkan oleh angka kelikatan dan kadar servis. Amerika Petroleum Institut
(API) telah mengorak kadar servis minyak pelincir yang memudahkan pemilihan minyak.
API mengkelaskan minyak pelincir sebagai piawai atau kelas S untuk kereta penumpang
dan trak perdagangan tugas ringan atau kelas C untuk kegunaan trak perdagangan tugas
berat. Sebagai tambahan, pelbagai gred minyak dalam setiap kelas dikelaskan secara
abjad bergantung kepada kebolehan memenuhi spesifikasi jaminan pengilang enjin.
Kini kadaran untuk enjin petrol terdiri daripada SA,SB,SC,SD,SE,SF, SG, SH hingga SL.
Minyak SA ialah minyak mentah tulen tanpa bahan tambahan dan direka bentuk untuk
kegunaan tugas yang sangat ringan. Minyak SB hingga SJ pula diubahsuai bagi
memenuhi keperluan enjin semasa. Minyak SJ disyorkan untuk kebanyakkan kenderaan
masa kini.
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
3
Kadaran untuk enjin diesel pula terdiri daripada CA,CB,CC,CD,CE,CF,CG,CH hingga
CL. Minyak CA ialah minyak mentah tulen tanpa bahan tambahan dan direka bentuk
untuk kegunaan tugas yang sangat ringan. Minyak CB hingga CJ pula telah diubahsuai
bagi memnuhi keperluan enjin semasa. Minyak CJ disyorkan untuk kebanyakkan
kenderaan masa kini.
Disamping bahan tambahan minyak, faktor kelikatan minyak sangat penting dalam
memilih minyak pelincir. Kelikatan ialah kebolehan minyak mengalir dan kelikatan
dipengaruhi oleh suhu. Sebagai contoh, minyak panas akan mengalir lebih pantas
berbanding minyak sejuk. Kadar aliran minyak ini amat penting bagi menentukan hayat
enjin. Oleh sebab enjin dikendali di bawah kadar suhu yang besar, memilih kelikatan
yang betul menjadi satu perkara yang sangat penting. Pengkelasan SAE dan kadaran API
lazimnya tertera di luar bekas minyak pelincir. Memilih minyak secara khusu yang
memenuhi atau melebihi syor pengilang dan dengan menukar minyak secara teratur
membolehkan pemilik memperolehi hayat servis enjin yang maksimum.
4.0 PENGGUNAAN MINYAK
Penggunaan minyak yang berlebihan boleh berpunca daripada kebocoran dalaman dan
luaran, kerosakan peralatan tambahan, atau kerosakan gelang omboh dan pandu injap.
Kebocoran dalaman akan menyebabkan minyak terbakar dan sukar didiagnosis. Untuk
mendiagnosis enjin yang menggunakan terlalu banyak minyak mulakan dengan
menyemak kebocoran luaran enjin. Kebocoran boleh berlaku pada gasket, penutup injap,
palam pengembang aci sesondol, penuras minyak, kedap minyak hadapan dan belakang,
gasket tekungan minyak, gasket pam bahan api, dan penutup gear pemasaan. Walaupun
hanya berlaku kebocoran minyak kecil, namun ia masih menyebabkan penggunaan
minyak berlebihan. Kehilangan tiga titik minyak bagi setiap pergerakan 100 meter boleh
menyebabkan kehilangan minyak sebanyak 8 liter bagi setiap 1600 km. kebocoran luaran
boleh berlaku di bawah aci engkol normal dan tidak normal.
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
4
5.0 OBJEKTIF
1. Memahami sistem pelinciran dalam enjin.
2. Mempelajari dan mengetahui fungsi komponen-komponen yang terdapat dalam sistem
pelinciran.
3. Merombak dan merawat sistem pelinciran.
6.0 KOMPONEN UTAMA SISTEM PELINCIRAN
Komponen utama dalam sistem pelinciran adalah seperti berikut:
PAM MINYAK
Pam minyak ialah jantung kepada sistem pelinciran. Seperti jantung manusia di mana darah
mengalir mengelilingi bafan manusia melalui pembuluh darah, pam minyak pula mengedarkan
minyak pelincir ke sistem saluran dalam enjin. Pam minyak biasanya ditempatkan dalam
takungan minyak enjin. Ia bertujuan untuk membekalkan minyak pelincir ke bahagian yang
bergerak dalam enjin. Isi padu minyak yang dialairkan adalah bergantung pada isi padu minyak
pelincir yang berada dalam takung.
PIKAP PAM MINYAK
Pikap pam minyak ialah satu saluran daripada pam minyak ke bekalan minyak dalam takungan
minyak pelincir. Ia biasanya mengandungi satu saringan penuras yang direndamkan ke dalam
minyak sepanjang masa. Penyaring berfungsi sebagai mengelakkan butiran kasar daripada
masuk ke dalam pam minyak. Penyaring perlu dibersihkan setiap kali takungan minyak diservis.
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
5
Rajah: Penyaring Pam Minyak
TAKUNGAN MINYAK
Takungan minyak dikepilkan ke kotak engkol atau bongkah. Ia bertindak sebagai takungan
untuk minyak pelincir. Ia direka bentuk untuk menakung jumlah minyak yang diperlukan bagi
melincirkan enjin apabila enjin berkendali. Takungan minyak membantu mendinginkan minyak
pelincir melalui sentuhan udara luar.
Rajah : Tangki Minyak Pelincir
PENURAS MINYAK
Minyak pelincir mengalir daripada pam minyak di bawah tekanan lolos melalui satu penuras.
Sebarang benda asing yang terapung dalam minyak akan dituras sebelum dihantar ke sistem.
Hal ini mengelakkan benda asing daripada mengalir mengelilingi enjin dan boleh menyebabkan
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
6
haus pramatang. Penuras juga dapat memanjangkan hayat penggunaan minyak pelincir. Penuras
minyak pelincir dilengkapi dengan injap pirau untuk memiraukan minyak apabila penuras
tersumbat. Penuras minyak pelincir mempunyai injap pelega yang bertujuan untuk mengelakkan
pengaliran minyak daripada penuras apabila enjin tidak berkendali. Hal ini membolehkan enjin
yang dihidupkan mempunyai tekanan minyak pelincir.
Rajah : Penuras Minyak Pelincir
GASKET DAN KEDAP MINYAK
Gasket dan kedap minyak digunakan pada kebanyakkan bahagian enjin bagi mengelakkan
kebocoran dalaman dan luaran. Bahan yang biasa digunakan untuk mengedap ialah getah tiruan,
plastik lembut, gentian dan gabus. Pada kawasan kritikal bahan tersebut diikat terus pada logam.
Rajah: Gasket
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
7
TOLOK CELUP
Tolok celup digunakan untuk mengukur aras minyak pelincir dalam takungan minyak. Hujung
tolok celup ditandakan untuk menunjukkan apabila aras minyak pelincir pada kedudukan yang
betul. Ia juga mempunyai tanda untuk menunjukkan minyak perlu ditambah atau tidak.
Rajah: Tolok Celup
PENDINGIN MINYAK
Sesetengah enjin seperti enjin diesel atau enjin bercas turbo menggunakan pendingin minyak
luaran. Lazimnya ia menyerupai penyinar kecil dan dicagak di hadapan enjin. Haba
disingkirkan daripada minyak sebaik sahaja udara mengalir melalui pendingin. Suhu minyak
enjin maksimum normal ialah 121°C (250°F). Minyak panas yang bercampur dengan oksigen
akan dioksida dan membentuk karbon serta varnish. Suhu tinggi akan menyebabkan lebih
pantas longgokan terbina. Pendingin minyak membentuk minyak pelincir agar sentiasa berada
pada kendalian suhu normal.
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
8
SALURAN MINYAK
Minyak mengalir daripada penuras ke dalam saluran minyak pelincir. Saluran minyak pelincir
ini mengandungi liang bergerudi bersambung lengkap dalam bongkah silinder. Hujung luar
saluran disumbat supaya minyak pelincir boleh beredar melalui saluran ini ke bahagian-
bahagian enjin. Aci engkol juga mempunyai saluran yang mengalirkan minyak pelincir daripada
galas utama ke permukaan galas rod penyambung.
7.0 PERALATAN
Nama: Spanar Gabung
Kegunaan: membuka nat pada
bahagian tangki minyak pelincir dan
penyaring pam minyak
Nama: Spanar Soket
Kegunaan: Untuk membuka dan
mencengkam kepala bolt pada
bahgian tangki minyak pelincir.
Nama: Spanar Gelang dan T
Kegunaan: Mengetat dan
melonggarkan skru penutup tangki
minyak pelincir.
Nama: Spana Swalaras
Kegunaan: Mengetat dan
melonggarkan penapis minyak
pelincir.
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
9
8.0 LANGKAH KERJA MENSERVIS
Tutup suis enjin bagi mematikan pergerakan dan pengoperasian enjin.
Buka tudung kepala silinder bagi membenarkan pengaliran udara
berlaku apabila membuka penutup tangki minyak pelincir.
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
10
Buka penutup tangki minyak pelincir dan tadahkan penangkung bagi
menangkung minyak pelincir yang keluar dari tangki minyak pelincir.
Selepas semua minyak pelincir yang berada dalam tangki
minyak pelincir dibuang, lakukan kerja-kerja membuka skru
untuk membuka tangki minyak pelincir bagi kerja-kerja
pembersihan tangki minyak pelincir.
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
11
Bahagian dalam tangki minyak pelincir setelah diasingkan
dari enjin. Lakukan pembersihan dengan menggunakan
minyak petrol untuk membunag kotoran dan jika berlakunya
kerosakan pada gasket. Gantikan gasket yang baru.
Gantikan penapis minyak pelincir jika didapati rosak atau tidak boleh
digunakan lagi.
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
12
Lakukan kerja-kerja memasang semula iaitu tangki minyak pelincir
penyedut minyak pelincir dan penapis minyak pelincir pada
kedudukan asal.
Lakukan kerja-kerja memasukan minyak pelincir yang baru
melalui lubang saluran minyak pelincir yang berada pada
kepala selinder.
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
13
Setelah selesai memasukan minyak pelincir yang baru. Pastikan minyak
pelincir yang diisi mengikut sukatan yang betul dengan melihat pada
tolok celup. Pastikan tolok celup dikeringkan dahulu sebelum
memeriksa tahap penuh minyak pelincir.
Setelah minyak pelincir sudah mencapai tahap penuh yang
diperlukan iaitu tahap maximum. Tutup kembali penutup saluran
minyal pelincir yang berada pada kepala silinder. Selepas itu,
hidupkan enjin bagi memberikan pengaliran minyak pelincir ke
seluruh bahagian enjin.
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]
14
9.0 PERBINCANGAN
Pembelajaran secara kaedah pengajaran berasakan projek telah mencapai tahap pemahaman
pengendalian sistem pelinciran. Rombak rawat sistem pelinciran merupakan pendekatan
yang lebih baik berbanding dengan pembelajaran kaedah pengajaran langsung. Suasana
bengkel juga kurang memuaskan kerana tidak mempunyai kelengkapan pembelajaran.
Walaubagaimanapun kami telah memepelajari bagaimana mensrvis sistem pelinciran
dengan baik.
Kami berharap Fakulti Pendidikan Teknik Vokasional menyediakan bengkel yang
mempunyai kemudahan belajar dan menyediakan lebih banyak kemudahan seperti minyak
pelincir dan peralatan yang sesuai untuk digunakan bagi pengajaran dan penerangan yang
disampaikan diterima oleh pelajar sepenuhnya.
10.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dihasilkan oleh kumpulan kami adalah mengenai aktiviti
menservis sistem pelinciran enjin. Aktiviti ini dapat mengatasi masalah yang dialami oleh
pengguna. Sistem pelinciran enjin sangat penting kerana sistem ini juga menyejukkan enjin dan
melincirkan pergrakan omboh dalam lejang. Sesebuah enjin hendaklah sentiasa berada dalam
keadaan yang baik agar kenderaan dapat bertahan lebih lama dan pengguna hendaklah
memastikan sistem pelinciran dalam keadaan baik. Dengan kemudahan yang disediakan di
dalam bengkel, pelajar dapat belajar menservis sistem pelinciran enjin dan dapat
mengaplikasikan pada masa akan datang. Selain itu, dengan kemudahan yang disediakan dapat
mendidik pelajar di dalam situasi yang sebenar. Pengalaman dalam situasi yang sebenar dengan
hanya belajar secara teori sangat berbeza. Pelajar harus mempunyai pengalaman dalam
merombak dan merawat sistem pelinciran untuk memudahkan pelajar mengingati dan
memahirkan pelajar sebelum mengajar di sekolah.