Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian
-
Upload
scribdsufi -
Category
Documents
-
view
1.854 -
download
11
Transcript of Amali 3- Menyemai Bijibenih Di Tapak Semaian
MENYEMAI BIJIBENIH DI TAPAK SEMAIAN Saiz bijibenih adalah faktor utama dalam pemilihan
teknik menyemai bijibenih. 3 cara menyemai:
i. Biji benih yang kasar (kacang panjang, peria dan timun)- disemai terus ke batas.
ii. Biji benih yang kecil ( terung, cili dan tomato)-disemai dahulu dalam kotak semaian dan kemudiannya diubah.
iii. Bijibenih yang halus seperti kailan, sawi dan bayam disemai terus ke batas kemudian dilakukan penjarangan.
iv. Bahan tampang – kangkung, keladi, keledek, bawang – disemai terus ke batas.
Medium semaian hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum menyemai bijibenih.
Jenis Tapak Semaian
1. Batas – perlu diberikan naungan secukupnya. Letakkan medium semaian di atas batas dan gaulkan untuk proses menyemai.
2. Bekas – kotak, pasu dan polibeg
MENYEDIAKAN MEDIUM SEMAIANAlatan yang diperlukan:i. Sekop ii. Penapis (diameter 0.6cm)iii. Bekas penyukat iv. Penimbangv. Najis ternakanvi. Pasir sungaivii. Tanah loam viii. Baja fosfat
Langkah-langkah:1. Tapis tanah loam dan pasir sungai secara berasingan.2. Buat tanah campuran 2 : 1 : 13. Gaulkan bahan-bahan hingga rata4. Bina satu timbunan5. Tambahkan baja fosfat dengan kadar 0.5kg bagi 1m3
medium.6. Masukkan medium ke dalam kotak semaian.
MENYEMAI BIJIBENIH KECIL DI DALAM KOTAK SEMAIANPeralatan:- Penyiram - Kotak semaian- Biji benih kecil - Campuran racun kulat dan serangga.- Kepingan kaca @ kertas politena @kertas surat khabar
Langkah-langkah:1. Bersihkan kotak semaian.2. TUtup lubang saliran kotak semaian dengan batu-batu kecil, serpihan pasu
atau serpihan batu bata.3. Isikan medium semaian sehingga 1 @ 2 cm dari permukaan kotak semaian
dan ratakan.4. Siram medium sehingga air keluar melalui lubang saliran.5. Taburkan bijibenih di permukaan kotak semaian hingga rata.6. Tabur satu lapisan medium nipis di atas bijibenih.7. Tutup kotak semaian dengan kepingan kaca atau kertas politena yang
lutsinar.8. Letakkan kotak semaian di tempat yang teduh.
MENYEMAI BIJIBENIH HALUS DI BATASPeralatan:- Pencakar - Bijibenih- Penyiram - Pelepah kelapa
Langkah-langkah:1. Ratakan permukaan batas dengan pencakar.2. Sediakan alur semaian dengan jarak 20cm dan sedalam 2.3cm.3. Siram permukaan batas sebelum menyemai.4. Ambil bijibenih halus dan campurkan dengan pasir halus dalam
kadar 1 bahagian bijibenih dengan 5 bahagian pasir sungai (1 : 5)5. Semai bijibenih ke dalam alur dan tutup dengan satu lapisan nipis
medium.6. Tutup permukaan batas dengan pelepah kelapa naungan atau
gunakan bahan-bahan sungkupan yang lain.7. Setelah anak benih bercambah, lakukan penjarangan dengan cara
mencabut dengan tangan.
MENYEMAI BIJIBENIH KASAR DI BATAS
Peralatan dan bahan:- Pancang - Penyiram- Sudip tangan - Bijibenih kasar- Campuran racun kulat dan racun serangga.
Langkah-langkah:1. Gaulkan bijibenih dengan campuran racun.2. Tandakan lubang penanaman dengan jarak yang sesuai.3. Buat lubang penanaman sedalam 2cm-3cm.4. Masukkan 2 – 3 bijibenih ke dalam setiap lubang.5. Timbus lubang dan padatkan dengan jari.6. Siram batas dengan penyiram berlubang halus.7. Setelah anak benih bercambah, buang anak benih yang kurang sihat
dan tinggalkan hanya satu anak benih dalam satu lubang.
MENYEMAI BIJIBENIH DI DALAM POLIBEG (BEG POLITENA) Biji benih sayuran boleh juga disemai di dalam polibeg. Dibuat secara kecil-kecilan bagi sayur-sayuran tertentu
terutamanya bagi sayuran yang biji benihnya mahal. Langkah-langkah:
Isikan medium semaian John Innes Potting di dalam polibeg dan kemudian semai bijibenih yang telah dipilih.
Setelah anak benih bercambah, biar anak benih yang sihat dan buang yang lemah.
Biarkan hanya satu anak benih yang hidup di dalam polibeg.
Anak benih Asparagus dalam tapak semaian yang dibuat daripada polibeg.
Anak benih asparagus Pokok asparagus dewasa dan telah mengeluarkan hasil.
PENYEMAIAN MENGGUNAKAN BAHAN TAMPANG
a. Keratan - kangkung dan keledek.- ukuran keratan 20 – 30cm yang
mempunyai 6 buku/ruas.- buang daun di bahagian yang hendak
ditanam.b. Sulur - keladi
- sulur yang berumur 2 bulan.c. Bawang - digunakan untuk membiakkan bawang
putih, bawang merah dan bawang besar.
*** lobak merah, lobak putih dan sengkuang ditanam menggunakan biji benih.
PENGERASAN
- Anak benih perlu dibiarkan mengalami proses pengerasan secara beransur-ansur sebelum diubah ke ladang.
- Proses pengerasan ini melibatkan pengurangan lindungan dan penyiraman air ke atas tapak semaian secara beransur-ansur supaya anak benih lebih bersesuaian dengan suasana di ladang (tidak terencat tumbesaran).
- Pengerasan dilakukan untuk mengurangkan kejutan anak benih selepas proses mengubah.
- Proses pengerasan dilakukan selama 7 – 10 hari.- Mengubah anak benih dilakukan pada waktu
petang untuk mengurangkan proses transpirasi.
MENGUBAH ANAK BENIH ATAU PENJARANGAN:
- Anak benih dari kotak semaian atau batas semaian sesuai diubah apabila ketinggiannya mencapai 7.5cm atau mempunyai 4 – 5 helai daun.
- Jika anak benih kecil – layu dan mati- Jika terlalu besar – akarnya yang panjang
akan terputus – pertumbuhan terencat.
Samb…
- Langkah-langkah mengubah anak benih dari kotak semaian ke batas:
1. Sediakan lubang pada permukaan batas sebelum menanam
anak benih.
2. Anak benih perlu dikorek dengan menggunakan sudip tangan
dengan cermat supaya akarnya tidak rosak.
3. Masukkan anak benih ke dalam lubang yang disediakan.
4. Kejapkan tanah disekeliling anak pokok yang baru ditanam.
5. Siram.
6. Sungkupkan permukaan tanah di sekeliling anak benih yang
baru ditanam dengan menggunakan daun-daun lalang atau
daun kelapa.
PENJARANGAN:
- Bermaksud kerja membuang anak benih yang tumbuh terlalu rapat dan anak benih yang berpenyakit.
- Dilakukan pada anak benih yang disemai terus ke batas.
- Dilakukan apabila anak benih mengeluarkan 4-5 helai daun atau ketinggian 8 -10cm.
- Dilakukan dengan cara mencabut dengan tangan atau memotong pangkal batang anak benih.
Tujuan penjarangan dilakukan:
1. Mengurangkan persaingan antara anak benih bagi mendapatkan air, cahaya dan nutrien.
2. Membuang anak benih yang kurang segar atau berpenyakit.
3. Menghapuskan tempat pembiakan perosak atau agen penyakit.
MEMILIH BIJIBENIH
- Pastikan membeli bijibenih yang tulin dan bersesuaian dengan iklim dan tanah tempatan.
- Sayur-sayuran daripada jenis pendebungaan kacuk tidak dapat dijamin ketulinannya dan tidak elok disimpan benihnya untuk ditanam semula pada musim yang berikutnya.
a. Sayuran jenis pendebungaan kacuk ialah jagung, timun,tembikai, labu air atau kuning, sawi pahit,
kobis, kobis bunga dan lobak.b. Sayuran jenis pendebungaan sendiri ialah cili, tomato, karot, kacang panjang, kacang buncis dan kacang botor.
- Kecergasan biji benih perlu diberikan perhatian (biji benih disimpan terlalu lama dalam keadaan tidak terkawal.)
RAWATAN BIJIBENIH
Semasa penyimpanan, biji benih mestilah dalam keadaan kering dan kawasan penyimpanannya berkeadaan sejuk.
Untuk mendapat percambahan yang baik, biji benih boleh dirawat dengan merendamkannya ke dalam air panas (50oC selama 5 – 10 minit) untuk membunuh bakteria yang berada pada biji benih.
Biji benih juga boleh dirawat dengan racun kulat dan racun serangga sebelum penyemaian.
MEMILIH BIJI BENIH YANG BERMUTU:
- Ciri-ciri biji benih yang baik:1. Dari varieti yang sesuai dengan keadaan iklim2. Resistan terhadap serangan penyakit dan perosak.3. Mengeluarkan hasil yang tinggi dan bermutu.
- Biji benih yang baik dan bermutu mempunyai ciri-ciri yang berikut:i. Cukup matang – daripada buah yang cukup masak.ii. Bernas – biji benih yang bernas ialah yang cukup berisi
kerana biji benih yang berisi dapat membekalkan makanan untuk pertumbuhan embrio.
iii. Bebas dari penyakit dan perosak – Tidak berpenyakit atau diserang oleh serangga perosak.
MENGUJI PERATUS PERCAMBAHAN BIJI BENIH Biji benih yang dipilih boleh diuji peratus dan
kadar percambahannya. Seharusnya mempunyai % percambahan
yang tinggi. ( paling baik mempunyai % percambahan >75%)
% percambahan boleh ditentukan dengan membuat ujian sebelum proses penyemaian.
LANGKAH-LANGKAH MENGUJI PERCAMBAHAN BIJIBENIH:a. Letakkan sekeping kertas turas ke dalam
ceper petri yang bersih.b. Lembapkan kertas turas dengan air suling.c. Pilih 20 biji benih dan masukkan ke dalam
ceper petri.d. Tutup ceper petri dan biarkan beberapa hari
sehingga bijibenih bercambah.e. Kira bijibenih yang bercambah selepas 3 – 5
hari.f. Kira % percambahan biji benih.
FORMULA PENGIRAAN PERATUS PERCAMBAHAN BIJIBENIH.
% Percambahan = Bil. Biji benih bercambah x 100
Bil. Bijibenih disemai